teori perkembangan kognitif jean piaget

Post on 17-May-2017

396 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

JEAN PIAGET

SIAPAKAH JEAN PIAGET

• Seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak

• Dilahirkan pada 9th Ogos 1896 di Neuchâtel, Switzerland.

• Banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak.

• Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses

asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.

• Mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak-kanak yang telah diterima

sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat.

• Meninggal pada 17th September 1980 di Geneva.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

• Proses pemikiran berubah secara menyeluruh bermula sejak lahir sehingga mencapai tahap kematangan.

• Sentiasa cuba untuk faham dan adaptasi perubahan-perubahan yang berlaku dipersekitaran mereka.

Faktor yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu

Kematangan biologi

Interaksi dengan persekitaran

Pengalaman sosial

Keseimbangan

• Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh baka/genetik.

• Pengalaman individu dengan orang-orang dipersekitaran.

Proses mencapai keseimbangan

Fikiran manusia mempunyai struktur yang disebut skemaatau skemata yang dikenali sebagai struktur kognitif.

Dengan menggunakan skema itu seseorang mengadaptasi dan mengkoordinasi lingkungannya sehingga terbentuk

skema yang baru, iaitu melalui proses asimilasi dan akomodasi.

Proses keseimbanganperkembangan kognitif

SKEMA

ORGANISAS

ASIMILASI & AKOMODASI

gagalberjaya

Individu dapat ADAPTASI pengalaman baru

KESEIMBANGAN BERLAKU SKEMA BARU terbentuk

Pengalaman/ Pembelajaran

disusun

PENGALAMAN BARU

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)

PERINGKAT SENSORIMOTOR (SEJAK LAHIR ~ 2 TAHUN)

PERINGKAT PRA OPERASI (2 ~ 7 TAHUN)

PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 ~ 11 TAHUN)

TEORI KOGNITIF

JEAN PIAGET

PERINGKAT SENSORIMOTOR

(0 – 2 TAHUN)

• Kemampuan yang terbatas• Hanya menyedari persekitarannya dengan kabur.• Hanya menjadi pemerhati dan pemerhatian akan diikuti

dengan gerak balas.• Belum dapat menguasai atau bahasa.• Cara interaksi dengan persekitaran melalui kesan deria dan

gerak geri.• Apabila umur meningkat 10 bulan, mula memahami konsep

kekal, iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang dari pandangan, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.

PERINGKAT PRA - OPERASI(2 – 7 TAHUN)

• Mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk objek di sekeliling.

• Pengusaan yang masih baru dan terbatas.• Mula meneroka alam di sekeliling.• Membantu mereka menemui benda-benda baru dan rasa

ingin tahu turut meningkat.• Pada hujung peringkat ini, kanak-kanak mula petah bercakap

dan bertutur.

• Ekspresi seperti ini harus digalakkan untuk melatih mereka menyatakan sesuatu dengan betul.

• Menurut Piaget, kanak-kanak ini masih belajar untuk menghubung kait simbol dan perkatan dengan objek dengan cara intuisi dan bukan dengan cara penaakulan.

• Pemikiran adalah sehala dan cara pemikiran sangat egosentrik.

PERINGKAT OPERASI KONKRIT

(7 – 11 TAHUN)

• Pertumbuhan mental yang berterusan, penguasaan pengetahuan dan pemikiran bertambah banyak.

• Perasaan ingin tahu yang tinggi dan keinginan belajar yang besar.• Penguasaan yang baik dalam pertuturan dan banyak bercakap

untuk melancarkan pertuturan.• Kebolehan menguasai konsep pengekalan tentang paduan,

nombor, berat, dan padatan.

• Turut memahami konsep lain yang lebih rumit serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.

• Perasaan ingin tahu yang tinggi menjadikan minat sentiasa berubah-ubah.

• Selalu putus asa dan kecewa.• Kematangan dalam berfikir dan tidak lagi egosentrik.

PERINGKAT OPERASI FORMAL

(12 TAHUN KE ATAS)

• Peringkat perkembangan kognitif yang tertinggi.• Dapat mengurus dan mengolah persekitaran dengan baik.• Mampu menerima pelbagai kemungkinan daripada tindakan

mereka dan tidak mudah keliru dengan hasil di luar jangkaan.• Mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental.• Pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan

mereka.• Mula memahami konsep abstrak dan ini membantu mereka

memahami prinsip moral dan etika.• Mula mempunyai kesedaran tentang kepentingan falsafah

hidup, etika, politik, dan hal-hal keagamaan.

IMPLIKASI TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PRA OPERASI (2-7 TAHUN)

• Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit.• Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan

contoh.• Mereka susah memahami sesuatu perkara daripada sudut

pandangan orang lain.• Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan “hands-on”

terhadap sesuatu kemahiran. Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka.

OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)

• Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks.

• Beri peluangkepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Suruh pelajar bentangkan idea dankritik idea yang dikemukakan.

• Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta. Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut dan terima pendapat mereka.

top related