pedagogi 2
Post on 24-Jul-2015
148 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
PEDAGOGIECS 2263
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN SALIM
TOPIK 9 MENGAPLIKASIKAN TEKNOLOGI PENGAJARAN KONVENSIONAL
KLASIFIKASI BAHAN FUNGSI DAN PERANAN BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN CIRI-CIRI BAHAN 2D 3D DAN MEDIA
PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN DAN SUMBER
KHAIRUNNISA BT MOHD AMIN ROSLAN
4141006381
NUR NADHIRAH SYAFIQAH BT MAZLAN
4141000601
SUFFIAH BT TUMPONG
4141000171
Definisi teknologi
pendidikan Teknologi pendidikan ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses P&P dari
segi objektif khusus berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran
manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumber manusia
dan bukan manusia yang membawa kepada pembelajaran yang berkesan.
BAHAN 2D
Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak
atau di gambar fotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
• Antara jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah ialah:
GAMBAR GRAFIK CARTA
PETA GRAF POSTER
KAD IMBASAN
KAD GAMBAR
GAMBAR ATAU GAMBAR FOTO
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna
merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem.
GRAFIK Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam
bentuk hitam putih atau berwarna warni.
Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana berlakunya perbezaan intepretasi mengenai mesej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut.
Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya.
CARTA merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan perkara yang telah berlaku dalam
jangka masa tertentu.
Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran
perubahan sesuatu.
GRAF
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu.
Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting ; i. Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan ii. Tahap fahaman atau penerima murid.
POSTER Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang
mengabungkan penggunaan garisan-garisan,huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentukyang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan.
.
KAD IMBASAN (FLASH CARD)
Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya,nombor, perkataan, huruf dan sebagainya.
Maklumat pada kad imbasan perlu jelas,ringkas dan tepat.
Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertasmanila.
KAD GAMBAR
Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya selalu berukuran ¼ daripada kertas manila. Selalunya hanya satu
gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk
murid-murid pra sekolah.
BAHAN 3D
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar.
Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi.
• Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah :
REALIA MODEL DIORAMA
AKUARIUM TERRARIUM BONEKA
TOPENG
REALIARealia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang
dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera
dan lain-lain.
(ii) Realia AwetBahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia.Contoh, ikan dan serangga.
(iii) Spesimen
merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu
biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan.
MODEL
Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan
keras seperti tanah liat, plastersin dan getah.
DIORAMA
• satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu
situasi pemandangan asal.
• Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah
Terrarium atau dikenali sebagai vivariumMerupakan sebuah tempat yang direka untuk
menciptakan suatu ekosistem kecil dari tumbuh-tumbuhan mahupun binatang
Secara amnya, terrarium diperbuat daripada gelas kaca dan disediakan dalam pelbagai bentuk yang menarik
TERRARIUM
AKUARIUMAkuarium ialah tempat untuk
memelihara hidupan dalam air. Akuarium boleh disediakan dengan
menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik.
BONEKA ATAU PATUNG
Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.
Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru antaranya ;
(i) Boneka sarung Tangan (ii) Boneka Lidi
(iii) Wayang Kulit (iv) Boneka Bertali
PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN
Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang
yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu
fakta dan ilmu.
KEPENTINGAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PROSES
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN• Pengajaran lebih terancang
• Melibatkan pelbagai deria
• Keseronokan belajar/motivasi
• Membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid
• Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
• Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
• Menjimatkan masa
SYARAT KESESUAIAN SESUATU MEDIA
• Memenuhi kehendak isi dan objektif murid
• Memudahkan kefahaman murid
• Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
• Selamat digunakan oleh murid
KATEGORI PEMILIHAN MEDIA OLEH GURU
• Media pengajaran yang akan digunakan untuk persembahan dalam bilik darjah,
perbincangan dengan murid, penilaian atau aktiviti yang diarahkan oleh guru.
• Contohnya, bahan tayangan yang mudah seperti transparensi, slaid, kaset audio, poster,
grafik dan bahan pameran.
FAEDAH PENGHASILAN MEDIA DARIPADA GURU
• Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah
• Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat
• Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid
• Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos
Sekian
,Terima
kasih
top related