kertas cadangan ldp 2015

Post on 03-Dec-2015

236 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Kertas cadangan

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGANBENGKEL LATIHAN DALAM PERHIDMATAN

PROFESIONALISME KEGURUAN SK CONVENT JALAN PEEL

1.0 PendahuluanGuru merupakan tunjang dan pelaksana paling utama bagi menjayakan transformasi pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Peranan guru sangat penting dalam membentuk masyarakat dewasa ini. Cabaran guru semakin bertambah dengan ledakan teknologi maklumat yang menjadikan masyarakat mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa melalui guru semata-mata. Oleh yang demikian, guru harus sentiasa mengembangkan dirinya secara profesional supaya dapat bergerak bersama-sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.

2.0 ObjektifDi akhir program diharapkan guru SK Convent Jalan Peel dapat:2.1 Meningkatkan penghayatan tentang kepentingan memupuk budaya kerja

berpasukan cemerlang.2.2 Memupuk perasaan saling percaya dan menghormati antara ahli pasukan.2.3 Menanamkan sikap proaktif serta dedikasi dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab sama ada sebagai ketua atau ahli biasa dalam pasukan.2.4 Menyemai semangat spirit the corp dan perasaan kekitaan antara ahli pasukan.2.5 Memupuk persefahaman, interaksi dan komunikasi yang cemerlang dalam

pasukan.2.6 Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah secara muafakat.

3.0 Nama ProgramBengkel Latihan Dalam Perkhidmatan Profesionalisme KeguruanSK Convent Jalan Peel

4.0 Butiran Program4.1 Tarikh : 30 hingga 31 Oktober 20154.2 Hari : Jumaat hingga Sabtu4.3 Tempat :Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abd Razak (IPPTAR),

Kuala Lumpur5.0 Kumpulan Sasaran

Seramai 43 orang guru SK Convent Jalan Peel

6.0 Tentatif ProgramSila rujuk Lampiran A

7.0 Aggaran PerbelanjaanSila rujuk Lampiran B

8.0 PenutupDiharapkan melalui kursus ini, semua guru dapat mengorak langkah dalam mencapai profesionalisme khususnya dalam mempertingkatkan kerjaya sebagai pendidik bagi membangunkan potensi individu untuk menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Disediakan Oleh,

………………………………(ROHIMAH BINTI AHMAD)Setiausaha 1,Latihan Dalam Perkhidmatan,SK Convent Jalan Peel

Disahkan Oleh,

…………………………………..

.

top related