kecerdasan pelbagai

Post on 24-May-2015

22.704 Views

Category:

Education

17 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KECERDASAN PELBAGAI

PN NORMALA BINTI MEHAT

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS

APA ITU KECERDASAN?

KECERDASAN

• Pelajar yang memperoleh pencapaian tinggi dalam peperiksaan dikatakan sebagai pandai atau cerdas. Dalam situasi begini, kecerdasan bermaksud kebolehan untuk mendapat markah yang tinggi atau prestasi yang baik di sekolah.

DEFINISI KECERDASAN

• Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran.

• Weschler (1975) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

• Teori ini telah diperkenalkan pada tahun 1983

HOWARD GARDNER

PENGENALANKecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner.Dilahirkan di Seranton pada 1943.Berketurunan Jerman.Pengarang 18 buah buku dan ratusan artikel.Cth:The Discipline Mind; what all student should understand (1999).

HOWARD GARDNER

Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan

bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa

yang kedua-duanya adalah profesional.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan

DR. ROGER SPERRY TURUT MENYATAKAN KAITAN KECERDASAN

KONSEP KECERDASAN

Definisi Konsep Kecerdasan Pelbagai kemahiran menyelesaikan masalah

sebenar dalam kehidupan. kebolehan mencipta barang/perkhidmatan

yang bernilai. berpotensi mencari/mencipta masalah

untuk memperolehi pengetahuan baru.

KONSEP KECERDASAN

Tanggapan Mengenai Teori Kecerdasan1) Tanggapan Salah

- Kecerdasan adalah tetap.- Setiap individu hanya mempunyai satu

jenis kecerdasan sahaja.2) Fakta Sebenar

- Kecerdasan boleh dipelajari & sentiasa berubah.

- Sekurang-kurangnya,individu mempunyai 9 jenis kecerdasan.

Prinsip-prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai

- Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu.

- Mempunyai campuran kecerdasan yang unik & berubah.

- Kecerdasan setiap individu adalah berbeza.

- Kecerdasan bersifat dinamik.

- Latar belakang peribadi adalah penting dalam membentuk pengetahuan,kepercayaan & kemahiran dlm semua kecerdasan.

9

Existential

CIRI-CIRI KECERDASANKECERDASAN CERDAS DLM PEKERJAAN

1) Bahasa Tulis karangan, puisi,pantun dan lain-lain.

Penulis, penceramah.

2) Logik-Math Menaakul,kiraan, membuat analisis.

Saintis, jurutera dll.

3)Ruang/Spatial Mencorak,melukis Pelukis dll.

4) Muzik Mencipta lagu,menyanyi dll

Penyanyi, pencipta lagu

5) Kinestetik Tarian,sukan dll Atlet,penari dll

6) Interpersonal Perhubungan manusia

Guru,ahli politik,peniaga

7) Intrapersonal

Nilai murni,falsafah.

penyajak.,ahli falsafah.

8) Naturalist Minat kpd alam semulajadi.

Doktor haiwan, saintis dll.

9) Existential Minat tentang hayat,evolusi manusia & kematian.

Guru-guru agama.

KECERDASAN LOGIK MATEMATIK

Definisi: orang yang mahir memanipulasi nombor & pengiraan.Mereka juga mampu menyatakan sesuatu secara deduktif @ induktif.

Mereka mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya.

Contoh tokoh: Albert Einstein,Madam Curie dan Barbara MacIntoch.

KECERDASAN LOGIK MATEMATIK

Ciri-ciri:

- dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat.

- suka menggunakan komputer.

- melakukan eksperimen kepada perkara-perkara yang tidak difahami.

KECERDASAN LINGUISTIK BAHASA

Definisi: merangkumi pembacaan,penulisan & perbualan dalam bahasa sendiri @ bahasa asing.

Ciri-ciri:- suka menulis & bercerita.- mempunyai ingatan yang baik pada nama tempat,tarikh atau lirik.- suka pada permainan bahasa.

KECERDASAN LINGUISTIK BAHASA

Tokoh-tokoh:

- Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert Conrad dan Pearl S.Bug.

KECERDASAN MUZIK

Def: kecerdasan ini amat sensitif pada bunyi & kesannya pula dapat mengimbangi serta mempengaruhi kehidupan manusia.

Istilah muzik: Bunyi yang tersusun yang boleh mententeramkan keadaan.

Kategori muzik: i) Lagu & nyanyian

KECERDASAN MUZIK

ii) Alam semulajadi : bunyi ombak,angin.iii) Binatang : bunyi burung,unggas.iv) Jentera : bunyi kenderaan,kilang.v) Senjata : bunyi tembakan.

Ciri-ciri Kecerdasan Muzik.- boleh bermain alat muzik.- boleh mengenalpasti not-not muzik.- perlu muzik apabila belajar.- suka menyanyi untuk diri sendiri.

KECERDASAN MUZIK Kerjaya yang biasa diceburi:

- komposer.

- pengkritik lagu & muzik.

- ahli muzik.

- penyanyi.

- pemimpin orkestra.

Tokoh-tokoh:

- Tan Sri P Ramlee.

- Mozart.

- Elvis Presley.

KECERDASAN RUANG/SPATIAL

Definisi: kebolehan untuk memahami ruang. Individu yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk berfikir dengan menggunakan gambar & perlukan imej yang jelas bagi memudahkan pemprosesan maklumat baru.

Ciri-ciri:

- suka subjek yang melibatkan peta,carta dll.

- suka penuhkan ruang kosong pada kertas.

- suka melukis

KECERDASAN KINESTETIK BADAN

Definisi: kebolehan untuk mengawal pergerakan badan dan mengendali objek dengan mahir.

Ciri-ciri:

- minat dalam bidang sukan & seni.

- mahir dalam bidang kraftangan,pertukangan kayu atau menjahit.

- bijak meniru mimik muka orang lain.

Pekerjaan yang sesuai: atlet sukan,penari dll

KECERDASAN INTERPERSONAL

Definisi: kebolehan untuk fahami niat orang lain & berupaya untuk menyelami perasaan orang lain

Ciri-ciri: - mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.- menjadi pendengar yang baik.- mengambil berat perasaan orang lain.- suka bekerja dalam kumpulan.

KECERDASAN INTERPERSONAL

Pekerjaan yang sesuai:

- guru,ahli politik,kaunselor,doktor &

jururawat.

Tokoh:

- Anne Sullivan.

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Definisi: dimiliki oleh mereka yg mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan,niat dan matlamat hidup.

Kecerdasan ini sukar dinilai.

Tokoh-tokoh: Sigmund Freud & Ebbinghaus.

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Ciri-ciri:

- kebolehan untuk berdikari.

- memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk kontroversi.

- suka bersendirian.

- memiliki keyakinan diri yang tinggi.

KECERDASAN NATURALIST

Definisi: dimiliki oleh mereka yang berminat kepada alam semulajadi.

Ciri-ciri:

-boleh mengenalpasti tumbuhan,galian,haiwan

-gemar meneroka hutan,pelihara haiwan,

dan menanam pokok.

Contoh pekerjaan: ahli arkeologi dll.

KECERDASAN EXISTENTIAL

Definisi: dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepekaan dan upaya untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia & kematian.

Ciri-ciri: - taat kepada ajaran agama masing-masing.- minat belajar hal-hal agama.

IMPLIKASI KEPADA P & P

Guru perlu memberi peluang kepada semua pelajar yang berpotensi mengikut kecerdasan masing-masing.

Guru perlu membina semula kefahaman pelajar-pelajar secara aktif. Guru yang bertanggungjawab dapat membentuk pelajar,bersesuaian dengan kecerdasan yang dimiliki.

Guru perlu merancang aktiviti yang berguna serta relevan yang dapat membantu proses P&P.

IMPLIKASI KEPADA P & P

• Teori pelbagai kecerdasan melengkapi teori asas utk menentukan perbezaan kebolehan & bakat pelajar.

• Kecerdasan setiap pelajar tidak dapat dilihat sec langsung@pengiraan

• Pendekatan & penilaian pembelajaran dalam perkara ini mendapati pmbelajaran berlaku secara meluas, seterusnya menyebabkan kejayaan pelajar ketika proses pembelajaran dalam bilik darjah.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM SITUASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA

HUBUNGAN BERIKUT: • PERKATAAN (linguistic intelligence)

• NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)

• GAMBAR (spatial intelligence)

• MUZIK (musical intelligence)

• REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)

• PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)

• PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or

• PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

• Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Manusia dapat menempa nama dalam bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia dan dihormati sepanjang zaman.

KESIMPULAN

• Gardner menyedarkan kita bahawa sekiranya kanak-kanak tidak pandai dalam akademik, tidak semestinya mereka tidak cerdas. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan kinestetik-badan, dan sekiranya mereka mendapat bimbingan dan galakan, suatu hari nanti mereka boleh berjaya menjadi bintang sukan negara

SEKIAN TERIMA KASIH

top related