jenis wacana

Post on 17-Feb-2016

67 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

wacana

TRANSCRIPT

JENIS WACANA

1) Naratif

Istilah naratif berasal dari Bahasa Inggeris ‘narration’ yang bererti cerita,

Naratif merupakan jenis wacana yang bersifat penceritaan yang mempunyai rentetan

peristiwa. Jenis wacana naratif ini disampaikan secara berurutan bermula dengan

permulaan, diikuti dengan perkembangan dan kemudian diakhiri dengan pengakhiran.

Wacana ini memberikan interpretasi tersendiri bagi setiap individu yang membacanya.

(Sumber : http://www.riansaputra.info/2015/03/rubah-dan-gagak.html (30.09.2015))

2) Deskriptif

Wacana deskriptif merupakan sejenis wacana yang berbentuk pemerihalan, penerangan,

pemberitahuan atau penggambaran lengkap tentang sesuatu perkara, proses atau peristiwa

kepada pihak lain. Wacana deskriptif memerihalkan sesuatu perkara dengan seadanya

tanpa tokok tambah atau secara mudahnya menyatakan sahaja sesuatu perkara.

( sumber : http://www.bharian.com.my/node/85351 (30.09.2015))

3) Argumentasi

Wacana argumentasi banyak menggunakan proses penaakulan atau lebih dikenali sebagai

penghujahan. Oleh yang demikian, wacana ini dikenali sebagai wacana yang bersifat

interaktif dan bertujuan untuk mempengaruhi pembaca supaya menerima pendapat atau

idea yang dikemukakan oleh penulisnya. Untuk memperkuat pendapat, penulis wacana

argumentasi biasanya menyertakan fakta-fakta yang menyokongnya. Hal ini bertujuan

agar pembaca menjadi semakin yakin atas kebenaran yang telah disampaikan penulis.

(sumber:http://panitiabmsmkss.blogspot.my/2011/03/contoh-teks-bahas-perdana-

menteri.html (05/10/2015)

4) Eksplanatori

Ekspalanatori adalah sejenis wacana yang bersifat menjelaskan sesuatu secara informatif

lebih mendalam tentang sesuatu perkara, peristiwa atau proses. Bahasa yang digunakan

cenderung denotatif dan rasional, yang termasuk dalam wacana ini adalah ceramah

ilmiah, artikel di media masa. Wacana ini juga dikenali sebagai perluasan wacana

deskriptif.

(sumber: http://www.bharian.com.my/node/13095 (05/10/2015))

5) Instruksi

Wacana instruksi adalah wacana yang memberi garis panduan kepada pendengar atau

pembaca dan ia bersifat tunjuk cara. Wacana instruksi sanagt bermanfaat dalam

kehidupan seharian yang mana wacana ini menerangkan cara atau proses melakukan

sesuatu, menggunakan sesuatu, mengelak kemalangan dan lain-lain.

(sumber: http://www.shamsuriyadi.com/tips/bagaimana-untuk-menukar-screen-lcd-

laptop/ (30.09.2015))

6) Bujukan / Persuasi

Iklan adalah salah satu bentuk wacana persuasi yang merupakan sebahagian daripada

kaedah pemasaran yang bermaksud untuk memujuk khalayak atau masyarakat untuk

membeli atau menggunakan sesuatu barangan. Wacana ini biasanya berjaya membuatkan

masyarakat tertarik dengan iklan tersebut. Jadi wacana persuasi adalah wacana yang ada

daya pujuk yang dapat membangkitkan keghairahan pembaca untuk terhadap apa yang

dibaca.

(sumber : https://www.google.com/search?

q=contoh+iklan+pemujukan&es_sm=122&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAcQ_AUo

AWoVChMI-

dGDkPudyAIVEHCOCh1MBgEH&biw=1366&bih=643#tbm=isch&q=contoh+iklan+persuasif

&imgrc=rALU3Y4sfBOL4M%3A (30.09.2015))

top related