edu 3103(complete)
Post on 15-Jan-2016
57 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
PENGENALAN DIRI
1
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
PENGHARGAAN
Saya bersyukur dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek EDU3103,
Murid dan Alam Belajar. Seperti pepatah Melayu ada menyatakan hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih.
Pertama sekali, ingin saya tujukan lafaz penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada pensyarah bimbingan saya dalam subjek Murid dan Alam Belajar
(EDU3103 )yang telah banyak memberikan dorongan, bimbingan, panduan dan
komen-komen yang membina sepanjang penghasilan kerja kursus ini bukan sahaja
dari aspek penyampaian maklumat bahkan dari segi motivasi. Hasil daripada usaha
beliau yang sangat murni ini telah memberi saya dan juga rakan sekelas yang lain
bersemangat untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik.
Sekalung penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat tidak kira secara
langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini terutama sekali
kepada rakan-rakan yang banyak membantu dari segi meminjamkan buku rujukan
dan terima kasih juga ditujukan kepada mereka yang bijak menjalankan peranan
masing-masing dalam memberi tunjuk ajar dan sudi berkongsi maklumat yang
diperoleh. Ilmu yang dikongsi bersama akan saya pedomankan di dalam dada agar
sentiasa menjadi ingatan dan santapan di hari kelak.
Saya berharap agar kerja kursus ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya
bukan sahaja untuk generasi guru pada hari ini bahkan generasi akan datang. Di
samping itu, dapat membuka minda bakal-bakal guru tentang pentingnya suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid. Ini adalah
berkaitan teori-teori pembelajaran yang telah dipelajari. Melalui penghasilan kerja
kursus ini juga saya dapat menimba banyak ilmu tentang strategi, kaedah, teknik
dan pendekatan yang akan digunakan kelak di dalam bilik darjah.
2
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
01. PROFIL PELAJAR 1
03. PENGHARGAAN 2
04. ISI KANDUNGAN 3
PENGENALAN 4
05. TUGASAN 1
Pelan Tindakan Persekitaran Pembelajaran 5-14
06 TUGASAN 2
Teori-Teori Pembelajaran 15-22
07. TUGASAN 3
Refleksi 23-24
08. RUMUSAN 25-26
11. BIBLIOGRAFI 27-28
3
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
PENGENALAN
Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang
berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar
dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan
hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan
hubungan guru-murid dan sesama murid. Alam belajar seseorang turut
mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum.
Kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu
dalam pembelajaran seseorang.Manakala pengajaran boleh didefinisikan sebagai
satu cara menyediakan murid dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan agar dirinya dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, guru harus mengenal
pasti gaya pembelajaran murid-muridnya dan menggunakan strategi yang sesuai
berdasarkan teori-teori pembelajaran tertentu.
Teori ialah hasil daripada kajian saintifik yang telah diterima sebagai suatu
prinsip yang boleh dijadikan panduan pelaksanaan. Teori-teori pembelajaran
merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan
oleh ahli-ahli psikologi pendidikan berdasarkan kajian mereka yang merujuk kepada
cara manusia dan haiwan belajar serta memberikan cadangan serta pilihan-pilihan
cara menyelesaikan masalah. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru dapat
memahami pelbagai cara dan teknik murid-muridnya belajar dan seterusnya
berupaya menghubung kait prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah
mengajar yang sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan.
Oleh yang demikian, pengajaran merupakan proses penyampaian ilmu serta
memudah cara penimbaan ilmu, menentukan standard, menggalakkan kreativiti,
membantu pelajar belajar dan mencapai potensi yang optimum. Pada asasnya teori-
teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab utama
iaitu behaviorisme, kognitif, sosial, konstriktivisme, dan humanisme. Oleh itu, kita
akan melihat secara dasar teori-teori pembelajaran tersebut agar dapat
dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
1.0 KONSEP PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat
mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta
berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak
komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan
aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini,
murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan
kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
1.1.1 Persekitaran Fizikal
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah
yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland
(1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam
pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan
pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi
aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan
pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan,
pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga
termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.
1.1.2 Persekitan psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri
seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana
yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi
peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran
psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk
komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran
5
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan
murid. Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah
menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang
terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif.
Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid.
Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran
yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.
1.1.3 Peraturan dan rutin bilik darjah
Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan
pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon
yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada
peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran
pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur
dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam
bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti
dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara
yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah
setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan
mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan
mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin,
asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan
dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan
tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru
untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam
gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua
kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu.
Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan
selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid
dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara
mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas,
6
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk
hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi
satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah
tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model
Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan
dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah.
7
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
a)
b)
8
2.0 PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
c)
d)
9
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
2.1.1 Meja guru
Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah
amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga
hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid
dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di
belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan
pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap
gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu
dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat
merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.
10
2.1 PERANCANAGAN PERSEKITARAN
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
2.1.2 Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah
kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan
selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat
tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana
meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid.
Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja
kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri.
Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling
membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun,
untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan
murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah
memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif
kepada kumpulan. Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan
mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau
latihan selaras dengan pencapaian murid.
2.1.3 Sudut multi-media
Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21
memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-elemen ini
menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran.
(Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga
perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan
jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada
di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan
murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan
kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan
bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya
adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau
kemalangan.
11
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
2.1.4 Sudut bacaan
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini,
dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid.
Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah
mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar,
majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan
bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan
berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi
sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan
bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas
rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini
boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal
Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.
2.1.5 Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang
mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat
elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat
kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik
supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan
dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk
pengudaraan.
2.1.6 Meja bulat
12
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang kelas.
Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-aktiviti atau
tugasan-tugasan tertentu.
2.1.7 Tempat simpanan bekal makanan
Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan
tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki
menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana
sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid,
andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan
mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik
perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya
tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih
kondusif.
2.1.8 Papan kenyataan
Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan
gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual
tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas.
Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari.
Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila
mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan
minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang
bermanfaat kepada semua murid
13
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
2.1.9 Bakul sampah
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid
perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah.
2.1.10 Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan
cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan
cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti
ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.
2.1.11 Jam dan Kalendar
Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula
digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa
penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-
peristiwa penting sebegini.
2.1.12 Rak guru
Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan
bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.
RUMUSAN
Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik darjah
merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan
sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan
persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah,
faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran
bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan
suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik
darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala
14
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
ponteng sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti
pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan
masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
3.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Dewasa kini, pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah amat
dititikberatkan. Hal ini kerana, pembelajaran yang menarik terutamanya dengan
teknologi masa kini dapat membantu murid lebih memahami konsep pembelajaran
dengan mudah dan kaedah yang digunakan kini selaras dengan teori pembelajaran
yang dikemukakan oleh ramai psikologi dunia. Teori pembelajaran boleh
15
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
dibahagikan kepada lima jenis, iaitu teori pembelajaran pembelajaran behavioris,
kognitif, konstruktivisme, sosial dan pendekatan humanis. Setiap jenis teori
pembelajaran tersebut mempunyai prinsip dan pemfokusan yang berlainan. Malah,
hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor
teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat
setempat. Jika kita mengkaji dan memahami teori-teori tersebut, sangat jelas dan
nyata, idea yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut
diilhamkan.
Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, penyusunan suasana
bilik darjah adalah penting dalam memaksimakan keberkesanan pemantauan
perkembangan pelajar dan ia merupakan tanggungjawab guru. Aktiviti P&P yang
dijalankan dalam sebuah bilik darjah bergantung kepada interaksi antara guru
dengan murid-muridnya. Menurut kajian, P&P ini bergantung kepada corak interaksi
antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan
pembelajaran. Sebagai seorang guru yang mementingkan penyediaan suasana bilik
darjah yang kondusif, guru perlulah kreatif dan bijak dalam mengatur persekitaran
fizikal yang kondusif selaras dengan umur, tahap persekolahan, kecerdasan, emosi
minat dan keperluan murid-murid agar ruang dan persekitaran dalam kelas tersebut
lebih interaktif.
Dalam teori pembelajaran behavioris, Ivan Pavlov berpendapat bahawa
pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh
seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak
balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas
mempunyai kaitan. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian setiap kali murid
membuat hasil kerja yang baik, maka hasil kerja murid akan dapat diteruskan
walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu, guru perlu kerap memberikan
rangsangan untuk memperkukuhkan gerak balas terlazim. Guru juga boleh
memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal
tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-
kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh
meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran
16
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
dan pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan
pembelajaran dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid.
Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses
pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek
dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid pelbagai tahap kecerdasan
dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui
latihan, kebiasaan dan pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi
boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam
situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang
yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.
Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang
guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu,
konsep pemulihan semerta dapat membantu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-
murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek
untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.
Kajian J.B Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.
Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi
mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan
dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan
keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga
perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti
mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi
mendorong mereka berminat untuk belajar. Selain itu, minat murid juga boleh
ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu
mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid
terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti
kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid
17
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran
guru tersebut tidak menarik atau membosankan.
Teori pelaziman operan yang dipelopori oleh Skinner lebih menekankan
kepada peneguhan diberikan selepas responden berjaya dalam sesuatu usaha atau
berlakunya peningkatan positif. Melalui kajian yang dijalankan beliau terhadap tikus,
dapatlah disimpulkan bahawa tingkahlaku yang disertai dengan pengukuhan akan
meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa akan
datang. Manakala peneguhan negatif yang diberi akan membawa kesan tidak
menyeronokkan dan responden akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.
Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan
secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik
itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Selain daripada itu, prinsip penghapusan melalui
proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah
laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan
dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai
digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Malah, guru juga perlu
membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan
supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.
E.L Thorndike (1874) telah memperkenalkan tiga hukum, iaitu hukum
Kesediaan, Latihan dan Kesan. Sebelum memulakan sesi pembelajaran di dalam
kelas, murid perlu mempersiapkan diri mereka bagi mewujudkan aktiviti
pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan berkesan. Guru boleh menggunakan
motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan
murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia,
maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalah
sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk
belajar. Bagi meningkatkan perhubungan di antara rangsang dan gerak balas pula,
murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan
pembelajaran. Sebagai contoh, jika seseorang murid diberi latihan Matematik yang
banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk
menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat
mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi
18
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih
tubi, kuiz atau soal jawab yang menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan
dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran mereka.
Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara rangsangan
dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
menyeronokkan. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang
menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan
dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang
dihasilkan. Oleh itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang
yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru
juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat
menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan
motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang
kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran
mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai
oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan yang padu supaya mereka tidak
mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka
ingini.
Mekanisma utama dalam teori pembelajaran kognitif, Ausubel (1918) telah
memperkenalkan Advance Organizer (AO). AO perlu diberikan lebih awal agar
pelajar mendapat maklumat yang perlu untuk membolehkan mereka mempelajari
sesuatu yang berkaitan dengannya. Pengurusan awal perbandiigan merujuk kepada
pengetahuan sedia ada yang ada kaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.
Sebagai contoh, guru hendak mengajar murid-murid mengenai warna-warna primer
dan sekunder. Guru perlu memastikan pelajar mengetahui tentang warna-warna
asas. Pada pembelajaran sebelum ini guru telah mengajar kepada pelajarnya
mengenai warna-warna asas. Maka, pengetahuan tentang warna tersebut menjadi
asas kepada pembelajaran tentang warna primer dan sekunder. Struktur kognitif
akan menyusun semula maklumat tentang warna asas untuk membolehkan struktur
kognitif menggarap maklumat yang berkaitan. Dengan itu, guru berperanan
19
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
membantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan pengetahuan
sedia ada.
Menurut teori pembelajaran kognitif juga, isi kandungan hendaklah disusun
mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah
daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada
pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk
mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi contoh
yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu. Seterusnya, guru harus sedar
bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran yang berbeza dan guru
perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses P&P. Sebagai contoh, jika
terdapat murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran
yang berlangsung, guru perlu memikirkan cara yang efisein bagi menarik minat
mereka.
Langkah ini dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Ini merupakan prinsip asas dalam menyampaikan pengajaran
guru di bilik darjah. Dengan menggunakan pendekatan ini juga, pelajar akan dapat
mengikuti urutan guru peringkat demi peringkat. Ini disebabkan pelajar biasanya
lebih mudah memahami benda-benda yang konkrit terlebih dahulu kerana ia lebih
khusus dan nyata. Gambaran bahan dan benda yang konkrit akan memberikan latar
belakang terhadap pengajaran guru diperingkat permulaan dan barulah disusuli
dengan benda dan bahan pengajaran yang bercorak abstrak seperti konsep dan
takrif (Omardin Ashaari, 1999).
Selain itu, guru juga seharusnya memaksimumkan penglibatan pelajar secara
aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi
berpusatkan pelajar seperti kaedah perbincangan dan menyelesaikan masalah. Ini
boleh diwujudkan melalui kepimpinan guru yang bersifat demokratik di mana murid-
murid digalakkkan untuk berinteraksi di antara satu sama lain, tidak merasa segan
untuk bertanya dan mengemukakan pendapat. Mok Soon Sang (2003) menyatakan
diantara punca timbulnya masalah disiplin di dalam bilik darjah yang berlaku adalah
disebabkan penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai.
20
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
Pelajar merasa bosan hingga mereka memberontak dan mencetuskan masalah
disiplin di dalam bilik darjah.
Kebanyakan aktiviti pembelajaran di dalam sebuah kelas, pembelajaran
konstruktivisme berbenuk aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan. Sebagai
contoh, kita boleh melihat kesa ini menerusi perbincangan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Guru
berperanan sebagai fasilitator kelas tersebut di mana murid di dalam kelas tersebut
boleh mengemukakan sesuatu topik untuk dibincangkan ataupun dibahaskan. Guru
hanya memberikan garis panduan kepada pelajarnya semasa melakukan
perbincang secara berkumpulan. Misalnya, seorang guru boleh mengemukakan satu
usul atau topik untuk dibahaskan dalam kalangan murid kelas tersebut. Murid-murid
pula akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sesetengahny akan menyokong
usul manakala sebahagian akan membantah usul yang diberikan oleh guru. Murid-
murid akan membincangkan isi-isi perbahasan dan guru akan memberikan kata
kunci untuk merangsang murid-muridnya.
Berdasarkan teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura,
pemerhati akan meniru setiap langkah ‘model’ sekiranya tingkah laku model tersebut
mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti
yang diminati oleh pemerhati. Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya
turut mempunyai sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia
secara tidak langsung amat berkait rapat terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran
sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti memberi insenif,
pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberikan kepada murid-murid secara
berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan
murid-murid pada masa kini. Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia
dengan kemahiran komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi di dalam kelas jelas
dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya,
jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah
menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara
mudah.
21
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau
contoh-contoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar
murid dapat melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang
diajar oleh gurunya. Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh
kepada murid lain berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk membuat
demonstrasi mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang terbaik itu. Guru juga
perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi serta simulasi
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat membentuk murid ke
arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh membuat aktiviti
seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan yang mencabar
minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat berkembang secara
berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi dan seterusnya dapat
memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan tahap mereka.
Abraham Maslow (1908) telah memperkenalkan Hierarki Keperluan Maslow
yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan keselamatan, kasih sayang,
harga diri dan berakhir dengan penyempurnaan kendiri. Oleh itu, guru perlu
memenuhi keperluan asas murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran.
Kenalpasti setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran.
Peruntukkanlah sedikit masa untuk melakukannya. Guru hendaklah menerima murid
tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Menurut Noriati, Boon
dan Sharifah Fakhriah (2009), guru hendaklah melayani individu pelajar sebagai
insan, membentuk individu pelajar mengikut potensi masing-masing dan
menyediakan mereka untuk menghadapi zaman dewasa kelak.
Setiap murid dilahirkan daripada latar belakang yang berbeza, maka
perbezaan ini akan mewujudkan tingkah laku yang pelbagai. Guru hendaklah
menerima diri setiap pelajar tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-
masing-masing. Guru juga perlu bijak dalam melayani perbezaan invidu semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, seorang guru diberi tanggungjawab
menjadi guru kelas, makan guru tersebut perlu mengenali dan mengingati nama
serta hal yang berkaitan dengan murid-muridnya kerana setiap murid yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang. Hal ini menunjukkan bahawa guru tersebut prihatin
22
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
terhadap muridnya dan murid akan berasa dihargai oleh guru walaupun lahir
dariapada latar belakang yang berbeza.
Para pelajar pada hari ini sering mengharapkan sesuatu yang menarik,
berkesan dan tidak membebankan semasa proses pembelajaran. Maka, prinsip
dalam teori-teori pembelajaran amat penting bagi membantu guru memilih strategi
pengajaran dan membantu proses pembelajaran murid secara optimum. Ia juga
dapat membantu guru dalam memastikan objektif dan matlamat sesuatu
pembelajaran dan pengajaran tercapai.
Tuntasnya, kesemua prinsip-prinsip teori pembelajaran yang telah dikaji oleh
ahli-ahli psikologi pendidikan dapat dimanfaatkan pada semua peringkat
pembelajaran dan tidak terhad kepada peringkat tertentu mahupun mata pelajaran
tertentu. Tambahan lagi, pengaplikasian prinsip-prinsip teori pembelajaran sama
teori behavioris, teori sosial, teori kognitif, teori humanis dan teori konstruktivis dapat
menjadikan pengajaran dan pembelajaran meneroka skop yang lebih luas dan
efisen.
23
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
REFLEKSI.
Saya telah mendapat satu kerja kursus pendek (KKP) bagi mata pelajaran
Murid dan Alam Belajar (EDU 3103) yang perlu dilakukan secara individu. Tugasan
ini memerlukan saya menghasilkan satu penulisan akademik dengan menghuraikan
cadangan atau langkah sebagai seorang guru dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran kondusif di dalam kelas. Kelas tersebut terdiri daripada murid-murid
yang mempunyai IQ (intelligence quotient) dan EQ (emotional quotient) yang
pelbagai. Penulisan tersebut melibatkan penelitian dan aplikasi teori-teori
pembelajaran behavioris, kognitif dan konstruktivis, humanis dan sosial.
Ketika mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan
tetapi setelah pensyarah pembimbing banyak memberi panduan dan tunjuk ajar
sehingga saya benar-benar faham dengan apa yang dikehendaki soalan tugasan.
Saya bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan
sebahagian tajuk ketika kuliah dijalankan. Tajuk tersebut adalah berkaitan dengan
teori-teori pembelajaran. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk lebih
memahami konsep di dalam teori-teori pembelajaran.
Sewaktu menjalankan tugasan ini, agak sukar untuk menjelaskan yang telah
diberikan walaupun banyak maklumat boleh didapati di mana-mana sumber tetapi
saya perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Begitu juga
dengan penjelasan dalam penulisan akademik mengenai teori-teori pembelajaran.
Huraian daripada teori-teori pembelajaran utama juga perlu dilaksanakan dan saya
harus menjelaskan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang saya cari juga amat sukar untuk diperoleh di perpustakaan
memandangkan sumber buku amatlah terhad untuk digunakan oleh semua orang di
dalam kelas saya dan kelas-kelas lain. Dalam tempoh menyiapkan tugasan kerja
kursus ini juga, banyak perkara yang menguji saya seperti pengurusan masa yang
tidak sistematik. Tempoh yang diberikan agak singkat dan saya menghadapi
kekangan masa kerana terdapat beberapa tugasan lain yang perlu disiapkan dalam
tempoh yang sama.
24
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
Namun begitu, hal ini tidak melemahkan semangat saya kerana saya percaya
inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang bl guru. Saya juga telah mengambil
alternatif lain seperti melakukan perbincangan dengan rakan serta menanyakan
pendapat pensyarah mengenai hasil kerja saya. Melalui kerja kursus ini, saya juga
lebih bijak membahagikan masa antara tugas-tugas yang perlu dilakukan secara
segera dan tugas-tugas yang penting tetapi tidak perlu disegerakan. Saya percaya
jika saya menjadi seorang guru, beban yang menanti saya akan saya pikul dan
bersedia dari sekarang terutamanya dalam kebijaksanaan pembahagian masa
supaya tidak terkejar-kejar dalam melaksanakan tugasan yang diberi dan dapat
menyiapkan tugasan itu dengan sempurna dan mengikut masa yang telah
ditetapkan.
Melalui tugasan ini, saya bukan sahaja sekadar mengetahui dan mengetahui
tentang proses pengajaran dan pembelajaran tetapi menerusi tugasan ini juga
pelbagai kesedaran timbul dalam diri saya. Menerusi tugasan ini, saya sebagai
seorang l guru dapat menyedari kelemahan diri dan seharusnya sentiasa berusaha
untuk mengatasi kelemahan tersebut melalui pelbagai strategi yang bernas dan
memberangsangkan. Dengan adanya kesabaran dan iltizam yang tinggi, hasil kerja
ini dapat juga disiapkan denga baik. Bahkan ini juga sedikit sebanyak telah
menyedarkan saya untuk sentiasa bekerja dengan konsisten dan komited serta tidak
membuang masa setelah diberi sesuatu tugasan itu.
Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan
yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya
peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai guru. Ini juga
sekaligus dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berpengetahuan
dan komited pada kerjaya pada masa akan datang. Semoga tugasan ini juga dapat
dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya.
Sekian, terima kasih.
25
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
RUMUSAN
Para pelajar pada hari ini sering mengharapkan sesuatu yang menarik,
berkesan dan tidak membebankan semasa proses pembelajaran. Maka, prinsip
dalam teori-teori pembelajaran amat penting bagi membantu guru memilih strategi
pengajaran dan membantu proses pembelajaran murid secara optimum. Ia juga
dapat membantu guru dalam memastikan objektif dan matlamat sesuatu
pembelajaran dan pengajaran tercapai.
Teori pembelajaran amat penting bagi membantu guru memilih strategi dan
membantu pelajar secara optimum. Teori pembelajaran behaviorisme, sosial,
kognitif, konstruktivisme dan humanisme dapat dimanfaatkan pada semua peringkat
pembelajaran. Teori pelaziman klasik membuktikan perlakuan manusia, emosi dan
sikap dapat dipupuk dan dibentuk melalui pengulangan dan latihan.
Peneguhan positif dapat diberikan dalam bentuk ganjaran material dan non-
verbal. Peneguhan positif dapat mengekalkan dan mengukuhkan tingkah laku.
Tingkah laku akan diulangi atau diteruskan jika individu berasa puas hati dan
seronok. Peneguhan negatif akan meningkatkan kemungkinan tingkah laku diulangi
apabila rangsangan yang tidak selesa ditiadakan. Dendaan dan hukuman
memungkinkan tingkah laku tidak diulangi. Untuk membentuk tingkah laku ke arah
mencapai sesuatu matlamat, berikan peneguhan secara berterusan. Setelah
matlamat tercapai, berikan peneguhan secara berkala.
Hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan dapat dimanfaatkan untuk
mendapatkan pembelajaran yang berkesan berlaku. Pembelajaran melalui peniruan
melibatkan tumpuan perhatian, ingatan, pengeluaran dan motivasi peneguhan.
Pembelajaran berlaku dalam bentuk hierarki daripada pembelajaran isyarat kepada
pembelajaran penyelesaian masalah. Teori konstruktivisme mengemukakan
konstruktivisme psikologi dan sosial, iaitu maklumat yang disampaikan guru
digabungkan dan disusun semula dalam struktur kognitif pelajar.
Tuntasnya, kesemua prinsip-prinsip teori pembelajaran yang telah dikaji oleh
ahli-ahli psikologi pendidikan dapat dimanfaatkan pada semua peringkat
pembelajaran dan tidak terhad kepada peringkat tertentu mahupun mata pelajaran
26
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
tertentu. Tambahan lagi, pengaplikasian prinsip-prinsip teori pembelajaran sama
teori behavioris, teori sosial, teori kognitif, teori humanis dan teori konstruktivis dapat
menjadikan pengajaran dan pembelajaran meneroka skop yang lebih luas dan
efisen. Pendidikan kanak-kanak adalah untuk menyediakan mereka menghadapi
alam dewasa. Dengan itu, anak-anak hendaklah dididik untuk menghadapi
zamannya, sesuai dengan keperluan semasa. Pada peringkat sekolah rendah,
kanak-kanak hendaklah didik dengan etika dan berdisiplin serta mematuhi peraturan
sosial.
27
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
BIBLIOGRAFI
Chong Lean Keow (2008), Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,
Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin (1993), Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik
Darjah, Longman Malaysia Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Lee Shok Mee (1994), Asas Pendidikan 2 Psikologi dalam Bilik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),
Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar, Oxford Fajar, Shah Alam,
Selangor.
Ee Ah Meng (2002), Pedagogi III Edisi Kedua(Semester III), Fajar Bakti Sdn
Bhd, Shah Alam, Selangor.
Mok Soon Sang (2010), Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan
Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan(2008), Psikologi
Pendidikan, PTS Profesional Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Mel Silberman (2007), Pembelajaran Aktif:101 Strategi untuk Mengajar Apa
Jua Subjek, Institut Terjemahan Negara, Kuala Lumpur.
28
BUKU
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
Fail Profil Nilai Potensi Pelajar:Utusan Malaysia. [Online]. Diperoleh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm [2012,
Ogos 20].
ARKIB : 09/07/2009. [Online]. Diperoleh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm [2012,
Ogos 22].
Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Menarik: Berita Harian [Online].
Diperoleh: http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
cmd=resetall&grp=2&key=1721&lg=1&opt=com_article&sec = [2009 Julai 22].
EDU 3103 Murid dan Alam Belajar. [Online].
Diperoleh: http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-pembelajaran.html [2012,
Ogos 22]
Pendekatan Kognitif. [Online].
Diperoleh: http://www.scribd.com/doc/17064250/Pendekatan-Kognitif [2012,
September 13].
Perbezaan Individu dalam Pembelajaran [Online].
Diperoleh :
http://adzidane.blogspot.com/2012/06/perbezaan-individu-dalam-pengajaran-
dan.html [2012, Ogos 28]
Definisi Pengajaran dan Pembelajaran [Online]
Diperoleh :
http://www.scribd.com/doc/59136105/9/DEFINISI-PENGAJARAN-DAN-
PEMBELAJARAN [2012, Ogos 28]
Motivasi [Online]
Diperoleh :
29
INTERNET
MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103
http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6-
motivasi.html [2012, September 11]
30
top related