bml 3063 tutorial

Post on 25-Jun-2015

319 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BML 3063SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TUTORIAL

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif

Ayat aktif

Guru disiplin yang garang itu memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolah.

Ayat pasif

Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolah sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang itu.

Ayat aktif

Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan

pembedahan ke atas pesakit tersebut.

Ayat pasif

Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.

Ayat aktif

Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan

Matematik.

Ayat pasif

Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik belum awak

jelaskan.

Ayat aktif

Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.

Jawapan

Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

Ayat pasif

Seekor tikus yang sangat besar ditangkap oleh kucing jantan berbulu lebat itu.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif

Ayat pasif

Negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dihubungkan oleh Lebuh Raya Utara.

Ayat aktif

Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Ayat pasif

Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.

Ayat aktif

Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar mempermainkan perasaan gadis itu.

Ayat pasif

Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta telah saya duduki pada awal bulan lalu.

Ayat aktif

Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta pada awal bulan lalu.

Ayat pasif

Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.

Ayat aktif

Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

Ayat pasif

Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

Ayat pasif

Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.

Gabungkan ayat-ayat berikut menggunakan kata hubung yang

bersesuaian

Ayat-ayat tunggal

(a) Budak lelaki itu duduk di atas bangku.

(b) Budak lelaki itu adik saya.

Ayat majmuk

Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya.

Jenis: Ayat majmuk pancangan relatif.

Ayat tungal:

(a)Kereta itu dijual olehnya.

(b)Kereta itu sentiasa rosak.

Ayat majmuk

Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual olehnya.

Ayat ( a ) dan ( b ) digabungkan dengan kata hubung lalu, sementara ayat( c ) dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk.

Ayat-ayat tunggal

(a) Masalah itu tidak sukar.(b) Kami mengatasi masalah itu.

Ayat majmuk

Untuk kami mengatasi masalah itu tidak sukar.

Ayat majmuk gabungan campuran.Bahagian objek dalam ayat kecil, iaitu `masalah itu’ berkongsi dengan bahagian subjek dalam ayat induk, iaitu `masalah itu’ dalam ayat komplemen dengan menggunakan kata hubung komplemen `untuk’.

Ayat-ayat tunggal

(a) Saya tidak hadir

(b) Saya dihidapi demam kuning.

Ayat majmuk

Saya tidak hadir kerana dihidapi demam kuning.

Ayat majmuk keterangan menggunakan kata hubung ‘kerana’.

Ayat-ayat tunggal

(a) Amri memerhatikan keadaan di sekelilingnya.

(b) Amri menikmati udara segar.

Ayat majmuk

Amri memerhatikan keadaan di sekelilingnya sambil menikmati udara segar.

* Ayat majmuk gabungan menggunakan kata hubung ‘sambil’.

Cerakinkan ayat-ayat majmuk berikut menjadi ayat tunggal.

Ayat majmuk

Pak Mail menyiang sementara Cik Salma menggoreng ikan parang.

Ayat-ayat tunggal

(a) Pak Mail menyiang ikan parang.

(b) Cik Salma menggoreng ikan parang.

Ayat Majmuk

Fatin bertungkus-lumus belajar tetapi Rafiq bermain komputer sejak petang semalam.

Ayat ayat tunggal

(a) Fatin bertungkus-lumus belajar sejak petang semalam.

(b) Rafiq bermain komputer sejak petang semalam.

Ayat majmuk

Halimah memilih bunga ros manakala Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumah mereka.

Ayat-ayat tunggal

(a) Halimah memilih bunga ros untuk hiasan rumahnya.

(b) Zahidah mengambil bunga orkid untuk hiasan rumahnya.

Ayat Majmuk

Shafie atau Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.

Ayat-ayat tunggal

(a) Shafie akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.

(b) Rizwan akan dipilih untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa minggu depan.

Tukar ayat-ayat di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya

Ayat biasa

Syarikat pengedar komputer di Malaysia tumbuh dengan pesat kini.

Ayat songsang

Tumbuh dengan pesat kini syarikat pengedar komputer di Malaysia.

Ayat biasa

Sudah dua tahun Azman menjadi jurutera setelah menamatkan pengajian di universiti.

Ayat songsang

Setelah menamatkan pengajian di universiti sudah dua tahun Azman menjadi jurutera.

Ayat biasa

Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu.

Ayat songsang

Untuk memenangi pertandingan itu kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh

Baca petikan di bawah dengan teliti dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan berikut menjadi ENAM (6) ayat dengan mengekalkan susunan dan maksud asalnya.

Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan amatlah dialu-alukan. Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import, cumamentaliti segelintir rakyat yang belum berubah. Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian,alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial yang mampu memberi kepuasankepada pelanggan dan patut dikekalkan penggunaannya.

(i) Langkah kerajaan menggalakkan rakyat mengguna-kan barangan tempatan amatlah dialu-alukan.

(ii) Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan barangan import.

(iii) Mentaliti segelintir rakyat belum berubah.

(iv) Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian, alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai komersial.

(v) Barangan tempatan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan.

(vi) Barangan tempatan patut dikekalkan penggunaannya.

TAMAT

top related