ass gerko sem 2 pismp
Post on 11-Feb-2016
228 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Penghargaan
Refleksi Tugasan
Saya Tamil Selvi A/P Ramasami, guru pelatih unit Pemulihan- PISMP Sem 2 Ambilan Jun 2013 terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu saya menyiapkan kerja kursus GERKO ini.
Pada semester 2 PISMP ini, saya telah menerima tugasan yang berkaitan dengan
menyediakan kertas kerja. Tugasan ini dilakukan secara individu. Setelah saya membaca
arahan yang terdapat dalam helaian tugasan tersebut, saya mendapati bahawa saya perlu
menyediakan satu kertas kerja mengenai pertandingan bola keranjang yang dianjurkan oleh
Bahagian Gerak kerja Ko-Kurikulum (GERKO) Unit Permainan Bola Keranjang.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak faedah. Antaranya
adalah, saya dapat mengetahui secara mendalam tentang matlamat dan objektif pertandingan
bola keranjang. Selain itu, saya juga mengetahiu tentang cara pengelolaan sesuatu
pertandingan. Contohnya, saya dapat mengetahui cara membina jadual perbelanjaan untuk
kertas kerja pengeloaan pertandingan bola keranjang.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mencari informasi daripada pelbagai sumber
seperti buku-buku yang kami pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet.
Saya pergi ke perpustakaan dan mencari buku yang berkaitan permainan bola keranjang.
Selepas itu saya mengumpul maklumat yang berkaitan. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan
oleh pensyarah saya dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan
saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi
pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, tugasan ini sangat berguna kepada saya dalam mencurahkan
pengetahuan mendalam tentang cara membuat kertas kerja bagi sesuatu permainan. Sekali,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
top related