anemia semasa hamil (27-9-10)

Post on 10-Apr-2016

330 Views

Category:

Documents

44 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Anemia semasa hamil

Dr Fadzilah bte IshakPegawai Perubatan UD48

Klinik Ibu dan AnakKlinik Kesihatan Port Dickson

Apa itu Anemia?• Anemia merupakan keadaan di mana

berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah.

• Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

• Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

• Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

• Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.

• Terdapat banyak jenis anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Kenapa berlakunya Anemia?

• Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian

• Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

• Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia

• walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.

• Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor - faktor risiko Berikut adalah beberapa faktoryang dapat meningkatkan risikountuk mendapat anemia :• Wanita yang mengandung yang

tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.

• Wanita yang mengandung kembar

• Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.

• Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

• Merokok dan meminum alkohol berlebihan

• Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan

• Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlakuadalah : • Merasa letih, lemah anggota dan

sering pengsan. • Kelihatan pucat • Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku : • Loya • Mengalami debaran (palpitasi) -

dengupan jantung yang cepat • Sakit kepala dan pening • Kerengsaan dan juga keradangan

pada lidah • Mudah lupa

Berikut merupakan gejala yangjarang berlaku : • Mengalami jaundis ataupun

kekuningan, terutama pada mata dan kulit

• Sakit di bahagian perut atau abdomen

Adakah anemia bahaya kepada saya?

Anemia sangat bahaya keranaboleh menyebabkan :• Tumpah darah semasa dan

selepas bersalin• Tekanan darah tinggi(eklampsia)• Keguguran • Kematian

Adakah anemia bahaya kepada bayi saya?

Anemia sangat bahaya keranaboleh menyebabkan:• Kematian janin• Kelahiran bayi tidak cukup bulan• Kelahiran bayi kurang berat

badan

Bagaimana anemia dikesan?

• Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin(Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl

Seriuskah masalah anemia saya?

Tahap keterukan anemia adalahseperti berikut:

Paras Hb (g/dl) Tahap keterukan

< 6.9 Sangat teruk

6.9 < 8.0 Teruk

8.0 < 9.5 Sederhana

9.5 – 10.5 Ringan

Ujian-ujianUntuk mendapatkan diagnosis,pemeriksaan berikut perludijalankan : • Sejarah perubatan dan pemeriksaan

fizikal oleh doktor. • Selain ujian paras hemoglobin, ujian

ferum, hematokrit dan juga paras asid folik juga dibuat. Ini adalah penting untuk mengesan sebarang kekurangan ferum dan juga asid folik.

• Ujian Full Blood Picture(FBP) dan Hb analysis dibuat untuk mengesan penyakit Thalassemia.

2 Cara untuk mengatasi anemia

Pil Hematinik

Pil hematinik terdiri daripada 4 jenisPil iaitu:• Pil zat besi(ferous fumarate)• Pil asid folik• Pil vit. B kompleks(B co)• Pil vit. C

CARA 1

Pil hematinik sangat pentingkerana:• Kandungan zat besi, B kompleks

dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.

• Pil vit. C membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

FAKTA

Pil hematinik membantu anda pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi anda besar. Berat lahir bayi yang normal adalah di antara 2.5-4.0kg.

Mengapakah saya perlumakan kesemua 4 jenispil ini?

Mengapakah saya perlu makan kesemua 4 jenis pil ini?

Kesemua 4 jenis pil diperlukan untuk memulihkan masalah anemia. Jika tidak lengkap, rawatan tidak akan berkesan.

FAKTA

Makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.

Berapa banyak pil hematinikyang perlu saya makan?

Patuhi arahan doktor kerana jumlahsukatan pil bergantung kepadatahap keterukan anemia.

FAKTA

Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Apa terjadi jika saya

tidak patuh?

Jika tidak patuh

Paras hemoglobin di dalam sel darah merah semakin berkurang

Keupayaan darah mengangkut oksigen semakin menurun

KESAN

IBU BAYI•Tumpah darah semasa dan selepas bersalin•Tekanan darah tinggi (eklampsia)•Keguguran•kematian

•Kematian janin•Kelahiran bayi tidak cukup bulan•Kelahiran bayi kurang berat badan

Adakah saya akan mengalamikesan sampingan sekiranyamengambil pil hematinik?

o Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening.

o Walaubagaimanapun, kesan tersebut hanya sementara sahaja.

Bagaimana saya bolehmengatasi kesan sampingan?• Jika sembelit -minum lebih banyak air dan

makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.

• Jika loya -makan pil bersama buah atau jus

buah.• Jika pening -berehat seketika selepas makan

pil.

Bilakah masa yang sesuai untukmengambil pil hematinik?

• Pil hematinik digalakkan diambil pada waktu pagi bersama-sama jus buah-buahan ataupun air kosong.

• Bagaimanapun pengambilannya mengikut kesesuaian ibu.

• Pil hematinik juga boleh diambil pada waktu malam.

Makan makanan kaya zat besiApakah makanan yang kayadengan zat besi?• Sumber makanan kaya zat besi yang

baik adalah dari sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.

• Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi.

CARA 2

Berapa banyakkah saya perlu makan?

• Untuk mengatasi masalah anemia, anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Pilihan makanan yang kaya zat besi adalah seperti berikut:

Sumber zat besi (saiz satu sajian)• Daging- 2 keping saiz kotak

mancis• Ayam- 1 ketul dada ayam• Hati ayam- 1 ketul (2 lobus)• Kerang- 20 biji• Hati lembu- 1 ketul saiz kotak

mancis• Ikan- 1 ekor ikan sederhana• Ikan bilis- 5 sudu makan (tanpa

kepala)

FAKTA

Sekiranya anda vegetarian,anda perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dhal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. di samping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, anda juga perlu makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

Tingkatkan penyerapan zat besi dengan 2 cara:1. Lebihkan makan makanan yang

membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan anda seperti:

• Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, limau, betik mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, sawi, kailan, pucuk paku, bayam dan kangkung.

• Minum jus buah-buahan• Makan bersama pencecah buah-

buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi

• Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan isi daging.

2. Kurangkan makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, the, minuman berkola dan minuman bercoklat.

• Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut, pastikan diambil sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas waktu makan utama atau selepas makan pil hematinik.

• Susu juga mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Piramid makananIbu hamil juga perlu makan makanan yang seimbang berdasarkan PIRAMID MAKANAN

Sekiranya anda berlebihan berat badan, pilihlah makanan yang kurang kandungan lemak seperti daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit. Kurangkan juga pengambilan minyak dan lemak seperti santan, marjerin dan minyak sapi di dalam masakan.

top related