analisis hubungan solat dengan akhlak murid melayu … · gaya hidup manusia semakin jauh daripada...
Post on 17-Aug-2019
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
58
ANALISIS HUBUNGAN SOLAT DENGAN AKHLAK MURID
MELAYU TAHUN ENAM SEKOLAH RENDAH DI DAERAH
JEMPOL
ANALYSIS OF SOLAH AND MORALITY AMONG SIX YEAR MALAY
STUDENTS IN PRIMARY SCHOOL IN BANDAR SERI JEMPOL
Saerah Hj. Karin 1
Adenan Ayob 2
Mohd Rosli Saludin 3
Noor Aini Ahmad 4
1,2,3,4 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Accepted date: 13-04-2019
Published date: 01-07-2019
To cite this document: Karin, S., Ayob, A., Saludin, M. R., & Ahmad, N. A. (2019). Analisis
Hubungan Solat Dengan Akhlak Murid Melayu Tahun Enam Sekolah Rendah Di Daerah
Jempol. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 4(21), 58 - 86.
___________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan diantara amalan solat dengan akhlak
murid melayu sekolah rendah di daerah Jempol. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif.
Ini berdasarkan instrumen kajian soal selidik, kajian lapangan, pemerhatian dan soal jawab.
Kajian ini telah dijalankan di tiga sekolah yang telah dipilih di sekitar daerah Bandar Seri
Jempol. Seramai 254 orang murid tahun enam dipilih dalam kajian ini. Data telah dianalisis
secara deskriptif serta diperkukuhkan dengan maklumat statistik subjektif. Teori yang
digunakan adalah Teori Takmilah dan Teori Ta’abudiyyah yang menjadikan Nabi Muhammad
(S.A.W) sebagai panduan dalam kehidupan masyarakat. Hasil dapatan kajian akhlak murid
terhadap ibubapa di tahap tinggi, berdasarkan skor (M=4.302; SP = 0.353), tahap akhlak
murid kepada guru pula adalah skor (M=3.822; SP = 0.354) manakala akhlak murid terhadap
rakan mendapat skor (M=3.671; SP=0.364). Hasil keseluruhan kajian adalah (M=3.931;
SP=0.302). Ini menunjukkan perlunya murid Melayu melengkapkan solat setiap masa agar
mereka semua boleh menjadi insan yang terbilang dan terdidik dengan akhlak sempurna.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap amalan solat dan tahap akhlak murid berada
pada tahap tinggi terhadap ibubapa iaitu (SP 0.669;) guru (SP= 0.453); murid (SP 0.436). Ini
menunjukkan tahap akhlak mereka bergaul dengan masyarakat sekeliling. Implikasi kajian
memberi banyak faedah kepada pelbagai pihak terutama murid, sekolah, dan guru Pendidikan
Islam juga komuniti setempat, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Negeri serta
kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kata Kunci: Hubungan solat, Akhlak murid, Sekolah rendah
Volume: 4 Issues: 21 [June, 2019] pp. 58 - 86]
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED) eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
59
Abstract: This study aims to examine the relationship between prayer practice with the
morality of primary school students in Jempol district. This study uses quantitative methods.
This is based on questionnaire, field survey, observation and questionnaire. This study was
conducted in three selected schools around Bandar Seri Jempol district. A total of 254 six
year students were selected in this study. Data has been analyzed descriptively and
strengthened with subjective statistical information. The theory used is Takmilah Theory and
the Ta'abudiyyah Theory that makes Prophet Muhammad (S.A.W) a guide in the life of society.
(M = 4.302; SP = 0.353), the students 'morality level is the score (M = 3.822; SP = 0.354),
students' morality towards friends gets the score (M = 3.671; SP = 0.364). The overall results
were (M = 3.931 ; SP = 0.302). This shows the need for Malay students to complete their
prayers at all times so that they can all be distinguished and educated with perfect morals.
The findings of the study also found that the level of prayer practice and student morality level
was high in the parents ( SP= 0.669; Parents SP= 0.453; Student SP = 0.436). This shows
the level of morality they associate with the surrounding community. Research implications
provide benefits to various quarters, especially students, schools, and Islamic Education
teachers as well as local communities, the District Education Office, the State Education
Office and the Ministry of Education Malaysia.
Keywords: Prayer relation, Moral student, Primary school.
___________________________________________________________________________
Latar Belakang Kajian
Islam meletakkan elemen pendidikan di kedudukan yang paling penting dan merupakan satu
ibadah yang besar. Al-Quran telah menyatakan tentang kepentingan pendidikan perlu
ditekankan melalui ayat al-Quran pertama diturunkan iaitu surah al-Alaq ayat 1 hingga 5.
Firman Allah:
نإسان منإ علق )2( م رب ك الذي خلق )1( خلق الإ اقإرأإ باسإ5( لمإ نإسان ما لمإ يعإ رم )3( الذي علم بالإقلم )4( علم الإ كإ اقإرأإ وربك الإ
[Bacalah dengan (menyebut) Nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan
manusia dari 'Alaq, Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, Yang mengajar manusia
dengan pena, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya].
Nabi Muhammad S.A.W telah diperintahkan oleh Allah S.W.T dalam surah al- Alaq ayat 1
hingga 5 supaya memberitahu dan menyebarkan risalah kepada semua umat manusia. Wahyu
yang pertama ini mengandungi perintah yang menyuruh manusia belajar mengenal Tuhan,
memahami fenomena alam dan diri sendiri serta menghayati bahawa cara hidup yang baik
adalah tergolong dalam prinsip aqidah, ilmu dan amal. Islam amat menekankan juga
pendidikan duniawi dan ukhrawi. Dalam hubungan ini, jelaslah menurut Dato’ Ismail Kamus
dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam buku bertajuk “Indahnya Hidup Bersyariat”(2015)
menyebut tentang bahawa ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah merupakan dua bahagian ilmu
yang diwajibkan ke atas umat Islam. Kedua-dua ilmu ini adalah ilmu yang diwajibkan kepada
semua orang Islam agar mempelajari dan melaksanakannya.
Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajib dan mesti ada pada sekelompok manusia dalam
kalangan masyarakat tanpa melihat kepada segelintir individu tertentu seperti ilmu perniagaan,
60
pembuatan senjata, kedoktoran, ketenteraan, pertukangan, kemahiran, ekonomi, sains, fizik,
kimia dan sebagainya. Sekiranya tiada seorang Muslim pun dalam masyarakat Islam yang
berbuat demikian, maka ilmu fardu kifayah ini akan menjadi ilmu fardu ain iaitu wajib diceburi
oleh orang Islam.
Pendidikan dalam Islam bertujuan untuk melahirkan individu yang serba lengkap sama ada
dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material
atau sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
Proses pendidikan dalam Islam akan membentuk serta mengembangkan aspek-aspek
kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut
pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa.. Dalam
hubungan ini, manusia sebagai khalifah dan hamba Allah berkewajipan memikul
tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T serta
menyedari akibat baik dan buruk sesuatu perbuatan mereka serta akibat meninggalkan solat
bagi orang Muslim menurut Dr. Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki dalam buku yang
bertajuk “Keistimewaan Umat Nabi Muhammad” (2005) terbitan Jabatan Mufti Negeri
Sembilan.
Pembelajaran yang tulen dan efisyen adalah pembelajaran yang bertunjangkan kepada konsep
aqidah kerana dengannya peribadi insan yang luhur dapat dibentuk dan dipupuk dengan
gabungan yang harmoni antara jiwa, bumi, ilmu dan amal soleh serta menjadikan sains dan
teknologi sebagai asas pembangunan negara agar lebih terjamin kebaikannya kepada manusia
dan alam sekitar. Menurut Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani-(2018) dalam buku
yang bertajuk “Matla’ al-Badrain – Panduan Lengkap Fiqh Sepanjang Zaman”. Maka,
keharmonian antara sains dan teknologi serta amal soleh itu perlu ditanamkan pada setiap
peringkat pendidikan kanak-kanak Muslim. Konsep pengabdian manusia kepada khaliqnya
tidak tercapai tanpa Pendidikan Islam. Dalam rangka pembangunan negara ke arah kemajuan,
sepatutnya konsep tauhid diserapkan dalam pembelajaran sains dan teknologi supaya para
saintis dan teknologi dapat mengamalkan kerjaya mereka dengan penuh sedar tanggungjawab
mereka sama ada kepada manusia, alam sekitar atau khaliqnya. Ianya penting untuk mencapai
kebaikan di dunia dan di akhirat. Seperti yang diketahui, pembelajaran Fardu Ain telah berlaku
sejak zaman Rasulullah S.A.W, sahabat Baginda dan seterusnya sehingga kini yang mana asas
kepada pembelajaran agama Islam itu terkandung di dalam al-Quran nul – Karim (2016)
terbitan Karya Bestari SDN. BHD.
Di dalam penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), melalui pengajaran dan pembelajaran
(PdP), salah satu perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid adalah boleh mendirikan
ibadat solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamah, menjawab azan dan
iqamah serta dapat membaca doanya dengan betul. PAFA merupakan sebahagian kecil
daripada isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran PAFA adalah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, maka pengajaran
dan pembelajarannya adalah sepanjang masa dimulai dari tahun satu hingga tahun enam di
peringkat sekolah rendah dan Tingkatan satu hingga Tingkatan lima di peringkat sekolah
menengah. Guru perlu mengenal pasti tajuk dan isi kandungan yang berkaitan PAFA supaya
dapat diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid kerana solat
boleh mencegah diri dari perbuatan dosa dan maksiat serta boleh mengajak kepada kebaikan
apabila dikerjakan dengan tertib dan sempurna. Semoga kita semua dianugerahi bentuk solat
yang benar-benar dapat mencegah dari dosa dan maksiat serta mudah membawa kita ke arah
kebaikan dan kebajikan dalam diri.
61
Pernyataan Masalah
Pendidikan Islam dikatakan masih kurang berkesan kerana masih banyak berlakunya masalah
sosial di kalangan remaja berpunca daripada kelemahan kurikulum Pendidikan Islam itu sendiri
dan juga dikaitkan dengan kurangnya peranan guru sebagai murabbi dalam menyampaikan
ilmu kepada murid. Kebanyakan murid-murid di sekolah masih kurang mantap tentang
pengamalan asas fardu ain serta belum dapat memuaskan hati semua pihak terutama guru,
penjaga dan ibu bapa murid-murid sekolah. Ada beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan
melaporkan tentang tahap keupayaan amalan fardu ain murid-murid yang telah habis
bersekolah masih tidak memberansangkan. Ada yang melaporkan bacaan fatihah yang tidak
fasih, bacaan dalam solat yang tidak sempurna, bacaan al-Quran yang belum fasih dan khatam,
cara berwuduk yang masih boleh dipertikaikan, belum bersedia untuk menjadi imam solat fardu
dan berani pula melanggar larangan agama Allah S.W.T dan sebagainya. Pendapat dari buku
bertajuk “Mencontohi Cara Hidup Ulamak Salaf” (2015) hasil tulisan Ustaz Hj. Zamihan Hj.
Mat Zin al-Ghari.
Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2011), ajaran Islam amat menekankan umatnya sentiasa
menjadi cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Apatah lagi kepada guru
Pendidikan Islam yang diberi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak Islam kepada
ketinggian akhlak, peribadi dan kesempurnaan iman dan amal agama.
Kekangan-kekangan utama lain yang dihadapi oleh guru-guru adalah tekanan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dalam proses mempersiapkan murid untuk menghadapi
peperiksaan, kekurangan masa dan kemudahan, sikap negatif murid terhadap pembelajaran,
kekurangan latihan semasa guru mengikuti kursus perguruan dan tidak memperolehi
pendedahan yang mencukupi untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran semasa di dalam
kelas. Pemerhatian Jemaah Nazir Sekolah mendapati bahawa kualiti guru perlu dipertingkatkan
dan terdapat ruang untuk penambahbaikan yang perlu dijalankan.
Secara jelas dalam Falsafah Pendidikan Islam ada menegaskan bahawa matlamat yang ingin
dicapai adalah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Jadi, sudah pasti ianya berasaskan kepada
keimanan yang mantap kepada Allah S.W.T. Namun dari segi realitinya matlamat ini
menghadapi cabaran yang sungguh hebat dalam cabaran era globalisasi ini. Masalah
keruntuhan aqidah dan sosial seperti gejala murtad, keruntuhan akhlak, zina, rogol, sumbang
mahram, gangsterism serta kegagalan remaja Islam untuk melaksanakan tuntutan asas Islam
telah menimbulkan pelbagai persepsi di dalam masyarakat. Budaya barat telah menyebabkan
gaya hidup manusia semakin jauh daripada fitrah kejadian manusia yang dicipta oleh Allah
S.W.T. Perkembangan dalam gaya hidup sosial, ekonomi, politik, seni dan seumpamanya
mengarah kepada gaya hidup yang bertentangan dengan sifat tabii manusia. Oleh itu kita
memerlukan konsep pendidikan bersepadu sebagai alternatif untuk menangani pengaruh-
pengaruh negatif tersebut.
Kegagalan mematuhi segala perintah Allah S.W.T adalah kerana kelemahan iman kepadaNya.
Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T akan membawa kepada ibadat sebagai bukti
kecintaan kepada Allah S.W.T. Ibadat mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak kerana
menerusi ibadat yang betul akan melahirkan tingkahlaku manusia yang baik, berdisiplin,
bersopan dan berakhlak mulia. Seorang hamba harus menjadikan solat sebagai pedoman
hidupnya, baik lahir mahupun batin yang mana hati, lisan dan perbuatannya menyatu dalam
solat. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat: 238 yang bermaksud (Berdirilah
untuk Allah dalam solatmu dengan khusyuk).
62
Kegagalan menghayati ibadat solat dalam kalangan murid dan umat Islam serta penyakit sosial
yang menular dalam suasana masyarakat yang berhadapan dengan nilai-nilai yang semakin
jauh dari akhlak mulia adalah sesuatu yang amat membimbangkan. Adakah ini hasil daripada
sistem pendidikan kita? Walau apa pun yang berlaku, perkara ini perlu diatasi dengan segera
supaya generasi Islam tidak terpesong jauh dari jalan yang benar.
Melihat situasi ini, maka penyelidik melahirkan hasrat untuk mengkaji mengenai amalan ibadat
solat dalam PAFA serta hubungannya dengan akhlak murid hari ini. Penyelidik berpendapat
bahawa ibadat solat adalah sesuatu yang cukup penting untuk dipelajari, diamalkan dan
dihayati bagi melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia, menyayangi ibu bapa,
menghormati guru-guru dan bersopan terhadap rakan-rakan dimana ia adalah merupakan sifat
dan ciri-ciri seorang muslim menurut Al-Sheikh Mohammad Fauzi dalam buku bertajuk “ Sifat
dan Ciri-Ciri Seorang Muslim”(2005).
Kajian korelasi ini perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna dari
segi mengenal pasti tahap penghayatan dan amalan ibadat solat murid serta hubungannya
dengan akhlak murid tersebut. Kajian ini juga perlu dilakukan untuk mengukur kejayaan
pelaksanaan penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) khususnya ibadat solat dalam
membentuk akhlak murid khususnya murid di sekolah rendah. Oleh itu dalam konteks
pendidikan di sekolah pada hari ini, sewajarnya ibadat solat itu dijadikan asas pembentukkan
akhlak yang baik dikalangan murid seterusnya menjadi benteng untuk mengurangkan masalah
disiplin di sekolah kerana soalan yang diajukan adalah berkaitan tentang solat dan adab
terhadap ibubapa serta ihsan kepada Allah. (2014) dalam buku “Pemantapan Amali Fardu Ain”
terbitan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Apabila kewajiban ini diabaikan, dibimbangi
matlamat Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis di dunia dan akhirat tidak tercapai.
Apatah lagi suasana yang amat mencabar seperti masalah menghisap rokok, penagihan dadah,
gengstarisme, tidak mentaati ibu bapa, melawan guru, ponteng sekolah dan lain-lain semakin
serius berlaku dikalangan murid sekolah. Bagi mengatasi masalah ini pendekatan agama perlu
diambil kira khususnya penekanan ibadat solat yang boleh mencegah seseorang daripada
perbuatan keji dan mungkar. Wajah manusia yang ingin dijelmakan sudah tentu merupakan
wajah manusia yang indah dan unggul. Manusia perlu dibentuk menjadi insan yang baik dan
mulia, rakyat yang amanah dan bertanggungjawab serta warganegara yang setia dan
bersemangat tinggi.
Inilah idealisme yang harus diperjuangkan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
dan Wawasan 2020. Matlamat-matlamat pendidikan yang luhur ini perlu diterapkan dalam
pendidikan kita supaya hala tuju pendidikan di Malaysia dapat dimantapkan.
Dengan penghayatan dan keinsafan inilah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dibentuk
pada tahun 1987 seperti di bawah ini. (Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke
arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara).
63
Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula mendukung cita-cita pendidikan seumur hidup. Usaha
mengembangkan potensi (fitrah) individu tidak terbatas semasa murid berada dibilik darjah
sahaja, tetapi ia juga berlaku di luar bilik darjah, di rumah dan juga berlaku di dalam
masyarakat. Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang
bertanggungjawab dan menyumbangan sesuatu terhadap kemakmuran dan keharmonian rakyat
dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk membangunkan seluruh potensi insan dari
segi rohani, akal, emosi dan jasmani yang juga menjadi cita-cita dan matlamat Pendidikan
Islam. Pembentukan dan pembangunan insan soleh dan solehah serta mempunyai ciri-ciri insan
kamil merupakan mercu akhir matlamat Pendidikan Islam. Pendidikan Islam adalah salah satu
pendidikan yang membantu menyokong cita-cita pembangunan insan kamil yang sentiasa
berilmu, beriman dan beramal soleh serta beradab dan berakhlak mulia di mana, Pendidikan
Islam ini memerlukan kurikulum pendidikan yang mengimbangi antara keilmuan, keimanan
dan kemahiran agar insan atau murid yang dilahirkan seimbang antara ilmu duniawi dan
ukhrawi.
Dengan wujudnya keseimbangan yang sepadu antara ketiga-tiga faktor di atas, maka lahirlah
insan yang sempurna serta mampu mendukung cita-cita sebagai seorang khalifah dan hamba
Allah di atas muka bumi dan seterusnya mendapat keredhaan Allah S.W.T serta sejahtera hidup
di dunia dan di akhirat nanti. Justeru, pihak Kementerian Pendidikan telah membentuk
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) bagi memenuhi cita-cita pembentukan insan soleh atau insan yang patuh kepada
ajaran agama Islam.
Disini, jelaslah bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan menepati kehendak dan cita-cita
matlamat Pendidikan Islam. Kekuatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terletak di atas paksi
ketauhidan. Keunggulannya pula terletak kepada hasrat membangunkan fitrah manusia supaya
menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Manakala, kesempurnaannya pula terletak kepada
kelahiran manusia yang berilmu, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya untuk
memberi sumbangan kepada kemakmuran sejagat.
Falsafah Pendidikan Islam, KBSR dan KBSM merupakan suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarkat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Justeru, penumpuan
khusus dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berteraskan kepada: pertama,
Pendidikan Asas Tilawah al-Quran. kedua, Pembentuan asas Aqidah dan Bimbingan Asas
Fardu Ain. ketiga, Pemupukan amalan-amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh
syariat Islam dan keempat, Penerapan akhlak dan adab Islam yang berteraskan Asas Akhlak
Islamiah ke dalam diri murid.
Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan sempurna dan berkesan.
Penyampaian yang sempurna dan berkesan amat penting agar ia mampu menanamkan asas-
asas keimanan yang jitu, mampan serta dapat membentuk murid-murid agar mempunyai cita-
cita yang tinggi, daya tahan terhadap ajakan duniawi yang mencabar, semangat juang yang
tinggi, gigih berusaha dan mampu mengubah diri agar dapat menyumbang kepada asas
tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Setiap pendidik perlulah menentukan dengan pasti
agar setiap murid dapat menguasai keilmuan, pengamalan dan kemahiran yang telah ditetapkan
64
agar mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim
yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, beramal
soleh serta bertakwaan.
Untuk memantapkan lagi pembelajaran dalam Pendidikan Islam, Pihak Kementerian
Pendidikan juga telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan
bengkel dan akhirnya mengadakan seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-
QAF) pada 3 – 5 Mac 2004. Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk
dilaksanakan sebagai projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun
2005 secara berperingkat. Konsep j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam
melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain yang
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan bermatlamatkan empat objektif: Pertama,
memahami dan menguasai bacaan dan peulisan jawi dengan baik. Kedua, berjaya khatam al-
Quran semasa di sekolah rendah. Ketiga, menguasai bahasa Arab dengan baik dan Keempat,
memantapkan dan menghayati amalan asas Fardu Ain.
Secara keseluruhannya dengan mengambil kira aspek-aspek penting yang perlu ada dalam
menilai keberhasilan pembelajaran murid dalam bidang ibadat solat dalam penilaian Perkara
Asas Fardu Ain (PAFA) seperti yang dinyatakan di atas mendorong penyelidik untuk membuat
penilaian terhadap tahap penguasaan murid di kelas aliran perdana sekolah rendah dalam
memastikan mereka berakhlak mulia terhadap ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sekelas.
Objektif Kajian
Kajian ini menjurus kepada objektif yang berikut:-
1) Mengenal pasti tahap amalan ibadat solat dalam kalangan murid sekolah rendah.
2) Menganalisis tahap akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah serta hubungannya
dengan amalan ibadat solat.
3) Mengkaji perbezaan tahap amalan ibadat solat dan tahap akhlak murid berdasarkan
jantina dan keputusan mata pelajaran.
Soalan Kajian
Kajian ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul. Diantaranya adalah seperti
berikut:-
1) Bagaimanakah tahap amalan ibadat solat dalam kalangan murid di sekolah rendah?
2) Sejauh manakah tahap akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah boleh
dipertingkatkan melalui ibadat solat?
3) Adakah terdapat perbezaan tahap amalan ibadat solat dan akhlak murid berdasarkan
jantina dan keputusan mata pelajaran?
65
Kerangka Konseptual Kajian
Keterangan tentang kerangka konseptual
Berdasarkan Teori Takmilah dan Teori Ta’abbudiah, pengkaji telah mengaplikasikan teori
tersebut dalam kajian iaitu untuk menjadikan kesempurnaan diri murid-murid tahun enam yang
dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Murid ini juga dapat melindungi diri mereka dari
sifat dan akhlak yang keji melalui ibadat solat yang dilakukan sehari semalam dengan hati yang
ikhlas dan ditunaikan dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas kerana Allah semata-mata. Di
samping itu juga, murid perlu melengkapkan diri dengan ilmu keduniaan dan ilmu akhirat yang
seimbang agar boleh dijadikan sebagai contoh ikutan di kalangan rakan-rakan mereka semasa
bergaul dan berinteraksi.
Sebagai makhluk dan hamba Allah sudah selayaknya murid-murid menghambakan diri kepada
Allah S.W.T melalui ibadat ssolat dan mengamalkan perlakuan yang berakhlak terhadap alam
Lengkapkan
diri dengan
ilmu dunia
dan akhirat.
Menyucikan
jiwa dari sifat-
sifat buruk.
Kesempurnaan
diri. TEORI
TAKMIL
AH
Shafie Abu
Bakar
(1996) MURID
BERAKHLAK
MULIA
TERHADAP
GURU, IBU
BAPA DAN
RAKAN
Tazkiyatun-
Nafs
Sebagai
contoh ikutan
kepada murid
lain.
Menjadi
contoh
ikutan.
(Role Model) TEORI
TA’ABBU
DIAH
Abdul
Rahman
Hanapiah
(1986)
Pengabdian
diri kepada
Allah. Ketundukkan
hati, taat dan
menyerahkan
diri kepada
Allah
Memelihara
hubungan
dengan Allah
dan makhluq.
Patuh kepada
perintah Allah dan
berakhlak baik
dengan ibu bapa,
guru dan rakan
66
sekitar dan manusia terutama kepada ibu bapa, guru dan rakan semasa berinteraksi. Justeru,
sudah menjadi kebiasaan individu muslim (murid) untuk memelihara dan menjaga hubungan
dengan Allah S.W.T dan makhluq agar wujudnya akhlak murid yang baik dan bersopan
terhadap ibubapa, guru dan juga rakan hasil dari pelaksanaan solat dalam penilaian Perkara
Asas Fardu Ain (PAFA). Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ini adalah merupakan mata
pelajaran Pendidikan Islam yang bertujuan untuk memastikan setiap murid mengetahui,
memahami dengan betul aspek-aspek Islam seperti yang dituntut oleh syarak. Perkara yang
diuji dalam PAFA ialah perkara yang berkaitan dengan fardu ain dan dijalankan dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Rajah 1 : KerangkaTeori Takmilah
Hipotesis Kajian
Murid-murid tahun enam yang telah menjalani ujian penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)
semenjak dari tahun satu lagi pasti menunjukkan dengan lebih baik perlakuan solat yang
sempurna serta menunjukkan akhlak yang baik terhadap ibubapa, guru dan rakan apabila
bergaul.
Ho 1:Tiada perbezaan yang signifikan pada amalan ibadat sembahyang (solat) mengikut
jantina.
Ho 2: Tiada perbezaan yang signifikan dari segi adab dan akhlak murid berdasarkan jantina.
Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan berdasarkan pencapaian mata
pelajaran Pendidikan Islam.
Definisi Kaedah dan Operasional
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, amalan didefinisikan sebagai perbuatan yang baik-baik
atau biasa dilakukan atau kebiasaan, pelaksanaan prinsip atau teori yang dipelajari berasaskan
pengalaman. Dalam kajian ini, amalan bermaksud pengalaman murid melalui amalan dan
pelaksanaan ibadat solat setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran PAFA di sekolah.
Mengetahui, memahami dan mengamalkannya dengan betul dan sempurna sebagaimana yang
telah ditetapkan oleh syarak.
Amalan
Bermaksud perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bukti kepada atau kerana Tuhan
seperti solat, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia dan lain-lain lagi.
67
Fardhu Ain
Ilmu Fardhu Ain adalah merupakan satu ilmu yang wajib dan mesti dipelajari serta diamalkan
oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal sempurna, seperti melafazkan kalimah
syahadah, menunaikan sembahyang (solat) lima kali sehari semalam, berpuasa di bulan
Ramadhan dan menunaikan fardu haji di Mekah al-Mukarramah.
Ibadat Solat
Ibadat berasal daripada perkataan Arab ‘Abada‘dari segi bahasa beerti patuh, taat, setia,
tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah syara’, solat
bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta
niat dan diakhiri dengan Salam beserta syarat-syarat tertentu.
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)
Wahbah al-Zuhaili (1994) mendefinisikan fardu sebagai sesuatu perkara yang dikehendaki oleh
syarak agar melakukan dan melaksanakannya. Pelakuan itu adalah pelakuan yang mesti dan
pasti yang tiada kesamaran lagi. Contohnya seperti Rukun Islam yang 5 yang sabit tuntutannya
dengan al-Quran Al-Karim. Ilmu-ilmu yang diwajibkan itu ialah ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan aqidah, syariah dan akhlak iaitu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan membetulkan
pegangan dan keyakinan, pembawaan lahiriah manusia dan pembersihan hati dari penyakit-
penyakit hati. Peribadi Muslim hanya sempurna apabila tercapainya kesempurnaan aqidah,
syariah dan akhlak. Faktor aspek penilaian ini, murid dapat mencapai kefahaman yang betul
dan boleh mengamalkannya seboleh-bolehnya pada tahap yang asas dan minimum.
Akhlak
Dari segi bahasa, akhlak bermakna tabiat, adat dan maruah. Dari segi istilah pula, akhlak ialah
kelakuan, tatatertib, maruah dan merangkumi seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan
daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Akhlak ini bersumberkan wahyu daripada
Allah S.W.T. Akhlak dalam Islam bersifat universal yang berteraskan wahyu iaitu al- Quran
dan as-Sunnah. Akhlak dalam kajian ini merujuk kepada akhlak dan tingkah laku terhadap ibu,
bapa, adab dan akhlak terhadap guru serta adab dan akhlak terhadap rakan-rakan.
Pencapaian
Menurut Kamus Dewan (2001), pencapaian didefinisikan sebagai apa yang telah dicapai atau
prestasi. Dalam kajian ini pencapaian bermaksud prestasi pelajar/murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam UPSR yang diukur dalam bentuk gred A, B, C, D dan E dalam PAFA.
KBSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah iaitu Tilawah Al-Quran, Asas Ulum Syariah, Asas
Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi
KBSM
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah terdiri daripada bidang pelajaran Tilawah dan
Hadis, Ulum Syariah, pembelajaran adab berteraskan akhlak Islamiah.
Pendidikan Islam
Terkandung di dalamnya Al-Quran dan j-QAF yang telah di tetapkan oleh JAPIM iaitu Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral untuk memertabatkan Pendidikan Islam.
68
Soroton Literatur
Tinjauan literatur yang diambil juga mempunyai hubungkaitnya dengan bidang yang dikaji
walaupun tajuk kajian pengkaji adalah berbeza dengan tajuk pengkaji-pengkaji sebelum ini.
Oleh sebab itu, pengkaji telah membuat penelitian terhadap beberapa orang pengkaji terdahulu
yang telah menjalankan kajian berkaitan dengan penguasaan murid dalam bidang ibadat solat
terutama dalam penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan hubungannya dengan akhlak
murid Melayu terhadap ibu bapa, guru dan rakan mereka dalam pergaulan seharian. Dalam bab
ini juga menjelaskan mengenai perkara-perkara penting dalam amalan ibadat solat yang
memberi tumpuan terhadap kedudukan solat dalam Islam, ciri-ciri solat yang baik, solat dan
penghayatan akhlak, dimana solat mempunyai kesan yang besar di dalam kehidupan manusia
dan mempunyai hubungan yang erat dengan pembentukan akhlak dan peribadi setiap insan,
pendidikan akhlak Rasulullah S.A.W, pendidikan solat dalam Pendidikan Islam iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta kajian-kajian lepas. Dalam pandangan
Nurin Bin Abdul Majid (2012), untuk membina murid yang cemerlang dari sudut tingkah laku,
antaranya adalah dengan melaksanakan ibadah-ibadah khusus terutamanya solat dan ibadah-
ibadah sunat yang lain. Melalui ibadah ini seseorang murid bukan sahaja dapat mewujudkan
hubungan baik dengan Allah S.W.T, bahkan juga dapat membentuk disiplin seorang Muslim
yang sejati. Justeru, murid perlu dibimbing kearah mendekatkan diri mereka dengan Allah
melalui pelaksanaan PAFA.
Sebagai orang tua dan juga sebagai tenaga pengajar di sekolah hendaklah membimbing dan
membentuk murid agar lebih berakhlak terhadap ibubapa, guru dan rakan agar kehidupan
mereka lebih sempurna dan berdisiplin di masa yang hadapan. Kajian mengenai pengajaran
Pendidikan Islam dalam perspektif akhlak dan sikap pelajar IPT pula, mendapati mata pelajaran
Pendidikan Islam meninggalkan kesan yang positif berdasarkan min keseluruhan dan peratusan
terhadap perubahan sikap murid. Persepsi murid terhadap tingkah laku seharian juga adalah
tinggi dan positif. Dapatan ini memberikan gambaran bahawa perlakuan serta tingkah laku
seharian mereka dapat dipengaruhi oleh persepsi serta sikap mereka yang tinggi terhadap mata
pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa murid/pelajar yang
mempunyai persepsi yang tinggi, baik dan positif terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
serta dapat memberi kesan positif terhadap tingkah laku seharian mereka. (Jurnal bertajuk
Peranan Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti)
dalam Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008.
Ahmad Syukran Baharuddin (UTM 2015) berpendapat bahawa kefahaman ibadat solat fardu
dalam kalangan pelajar Muslim: kajian tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman solat fardu dalam
kalangan pelajar Muslim di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka Hasil analisis
menunjukkan bahawa kefahaman responden tentang solat fardu adalah tinggi. Begitu juga hal
keadaannya dengan tahap kefahaman mereka tentang tuntutan solat berjemaah juga tinggi.
Manakala tahap kefahaman mereka terhadap balasan ke atas orang-orang yang meninggalkan
solat juga berada pada aras yang tinggi.
Oleh itu, harapan pengkaji agar para pensyarah meningkatkan daya usaha dan komitmen bagi
membimbing pelajar-pelajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti kerohanian. Di antara
aktiviti-aktiviti kerohanian yang perlu dilaksanakan ke atas murid-murid adalah kem ibadah,
kursus-kursus dan program pemantapan solat bagi meningkatkan tahap kefahaman dan
pelaksanaan solat fardu dalam kehidupan mereka seharian.
69
Dapatan kajian yang dapat dijadikan panduan oleh penyelidik adalah tentang usaha-usaha yang
perlu dilakukan dalam kalangan murid yang berada di sekolah rendah dapat melakukan ibadat
solat dengan berkualiti berdasarkan aktiviti kerohanian yang dirancang dan dilaksanakan
dengan baik dan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan pelaksanaan solat fardu dalam
kehidupan mereka. Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat oleh Asmawati Suhid,
Universiti Putra Malaysia (2009). Seramai 309 orang guru j-QAF di Selangor telah terlibat
dalam kajian ini. Data kuantitatif yang diperolehi dan secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan bahawa murid-murid amat berminat untuk mengikuti Kem Bestari Solat
seterusnya berjaya mengamalikan solat dengan cara dan bacaan yang betul.
Teori Takmilah merupakan teori sastera Islam dan merupakan satu pendekatan alternatif
kepada pengkaji yang berasaskan nilai-nilai estetika daripada al-Quran dan al-Hadis. Dari
aspek penerapannya, takmilah mengarah kepada pemahaman bahawa ibadat solat adalah
merupakan salah satu unsur dalam Rukun Islam yang menekankan kesempurnaan beribadat
dan kesempurnaan dalam Islam.
Teori ini dikatakan bersifat holistik dan menyeluruh kerana prinsip-prinsipnya yang melibatkan
segala aspek iaitu Ketuhanan, Kenabian, Keislaman, Keilmuan (PAFA), Pengkaji dan
murid/responden. Pengkaji hanya memilih empat daripada tujuh prinsip yang bersesuaian
dengan tajuk kajian pengkaji.
Begitu juga dengan amalan hidup yang berlandaskan pada akhlak Islamiah juga agak luas,
termasuk peribadatan, hubungan kekeluargaan, organisasi kemasyarakatan dan sebagainya.
Konsep pengukuhan akidah dan pembentukan akhlak Islamiah sangat dititikberatkan bermula
dari bawah lagi iaitu sedari murid masih berada di sekolah rendah.
Kajian dalam aspek ini antara aspek atau dimensi yang dibincangkan seperti yang di jelaskan
di atas iaitu mengenai aspek ibadah dan akhlak. Melihat hubungan manusia dengan Allah dan
hubungan manusia sesama manusia dan terjelma serta terpancar dalam akhlak atau
keperibadian manusia (murid) itu sendiri. Dalam Islam manusia yang berakhlak itu ialah
manusia yang menjaga hubungannya dengan Allah dan menjaga hubungannya sesama manusia
di alam ini. Dan dalam konteks kesemuanya itu pula, lebih-lebih lagi akhlak mempunyai
kaitannya dengan kehidupan ta’abuddiaah (pengabdian) kepada Allah S.W.T sebagai kholiq.
Menerusi pendapat Ahmad Syukran Baharuddin (2015) pula tentang kefahaman ibadat solat
fardu dalam kalangan pelajar muslim mendapati tahap kefahaman pelajar tentang solat fardu
adalah tinggi, tahap kefahaman tentang tuntutan solat berjemaah juga tinggi, manakala tahap
kefahaman tentang balasan ke atas orang-orang yang meninggalkan solat juga pada aras yang
tinggi juga. Jadi pihak pentadbir serta pihak yang berwajib perlu mengadakan aktiviti
kerohanian seperti kem ibadah, kursus-kursus berkaitan solat serta program pemantapan ibadat
solat seperti program penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan Kem Bestari Solat (KBS)
agar pelajar dapat menjalankan dan menunaikan ibadat solat dengan baik dan mantap. Melalui
kajian jurnal Asmawati Suhid (2006) dan Lukman Abdul Mutalib (2006) mendapati ibadat
solat dalam program KBS mendapati matlamat utama Pendidikan Islam adalah pemantapan
akidah murid. Jadi, untuk memantapkan akidah murid adalah menerusi program PAFA dan
juga KBS.
70
Metodologi Kajian
Rajah Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk metodologi kajian ini dibina untuk melihat proses pengumpulaan data yang
dilakukan oleh pengkaji dalam membuat penyelidikan ini.
Pengumpulan Data
Soal Selidik
Bahagian A: Maklumat murid.
Bahagian B : Amalan Ibadat Solat.
Bahagian C: Akhlak murid.
Analisis Data
Rajah 2: Reka bentuk Kajian
Kaedah Kajian
Bagi memastikan pelaksanaan kajian ini berjaya dilaksanakan, penyelidik telah merancang
bagaimana data-data yang diperlukan dapat dikumpul dengan sebaik-baiknya. Oleh yang
demikian, penyelidik telah mencari dan membuat pemerhatian terhadap beberapa orang
responden yang dipilih secara rawak dengan mencari maklumat atau latar belakang responden.
Setelah itu, pengkaji membuat keputusan untuk memilih golongan responden yang dianggap
lebih berpengalaman berdasarkan pengalaman dan aktiviti silam responden.
Kaedah Pemerhatian/ tinjauan
Pemerhatian atau penelitian ini termasuk jenis penelitian didalam kelas dan penelitian
kepustakaan. Penelitian kepustakaan adalah penelitian dengan mencari dan mengumpulkan
bahan-bahan bacaan untuk mencari dan membandingkan naskhah atau pendapat para ahli
pendidik tentang faktor-faktor pendidikan kemudian dianalisis untuk mencapai tujuan
penelitian. Penyelidik menggunakan metod ini dengan memerhati dan melakukan pengamatan
secara langsung terhadap bahan-bahan yang ada hubungan dengan subjek penyelidikan.
Pemerhatian yang dibuat telah disokong dengan bacaan murid yang membaca dan menyebut
bacaan secara rawak oleh guru. Guru juga meminta pandangan dan nasihat dari ketua panatia
Analisis deskriptif
- kekerapan, peratus, min,
sisihan piawai.
Analisis inferensi
- Korelasi Pearson
- Ujian t
- Anova
Analisis
Hubungan Amalan Ibadat Solat
dengan Akhlak murid.
71
dan guru -guru dari mata pelajaran agama yang lain. Walaupun ada segelintir murid yang
kurang berminat dengan mata pelajaran ini tetapi kerana suasana di dalam kelas sangat gembira
akhirnya mereka semua memberi tumpuan dan perhatian semasa guru mengajar.
Kaedah Kajian Lapangan
Penyelidik telah membuat temuramah dan kajian lapangan dengan pegawai dari Kementerian
Pendidikan Malaysia (JAPIM), Pejabat Pendidikan Daerah Jempol/ Jelebu, Ketua Panatia
Pendidikan Islam dan tokoh-tokoh agama, guru-guru, ibubapa dan beberapa orang murid
berkaitan dengan tajuk kajian penyelidik. Tinjauan ini dibuat di kelas aliran perdana di sekolah
ini dan juga sekolah berhampiran. Setelah membuat temu ramah dan soal selidik, di dapati 254
orang murid tersebut bukan semua yang dapat menunaikan solat lima waktu sepenuhnya. Ada
segelintir murid sahaja yang berbuat demikian. Untuk melihat faktor-faktor berlaku sedemikian
maka pengkaji telah mencari beberapa kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian
pengkaji. Soal selidik merupakan satu alat yang penting bagi seseorang penyelidik dalam
menjalankan kajian lapangan kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan
secara keseluruhannya. Berjumpa dengan tokoh-tokoh akademik di tempat yang berkaitan
dengan tajuk yang dibuat:-
Pertama- Pegawai dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
Menurut JAPIM pula, program yang telah dirancang oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia, memang mempunyai objektif yang membawa kepada kebaikan kepada banyak pihak
terutamanya bagi murid, ibubapa, guru-guru dan juga pihak sekolah jika program tersebut di
laksanakan dan di jalankan dengan mengikut aturan dan arahan yang telah di tetapkan. Program
ini juga perlu di laksanakan dengan sebaik mungkin oleh guru-guru agama yang telah di beri
kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menjalankannya dengan jujur dan telus.
Kedua- GPK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Bahau
Berdasarkan peratus kuantiti dalam pencapaian lulus PAFA menunjukkan bahawa program
PAFA ini amat-amat membantu guru-guru Pendidikan Islam di sekolah rendah dalam
membimbing murid menguasai bab ibadat solat terutama dari segi bacaan dan pelakuan solat
seperti mana yang ingin dicapai oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pihak
Jabatan Pendidikan sendiri.
Ketiga- Ketua Panatia Pendidikan Islam
Program PAFA ini amat berkesan jika dijalankan dengan baik. Semua pihak perlu bekerjasama
dan saling bantu- membantu bagi menghasilkan murid yang benar-benar berakhlak terhadap
ibubapa, guru dan juga rakan. Murid juga menunaikan solat dengan baik apabila terdengar
laungan azan berkumandang tanpa perlu diingatkan oleh ibu bapa dan guru. Di samping itu
juga pihak ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab sehabis baik ketika murid berada di
rumah atau di bawah pengawasan ibu bapa. Sokongan dan bantuan dari ibu bapa amat
diperlukan bagi mematikan hasrat dan impian Kementerian Pendidikan untuk melihat program
penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ini berjalan dengan lancar.
Keempat- Guru Penolong Kanan Kurikulum
Program PAFA ini memang ada kebaikannya dan ada menunjukkan keberkesanan bagi semua
murid yang terlibat iaitu murid tahun 6, di mana murid ada menampakkan peningkatan dalam
mengerjakan solat di surau sekolah dan bacaan dalam solat mereka juga bertambah baik.
Akhlak dan adab murid juga bertambah baik dari masa ke semasa.
72
Kelima- Guru Mata pelajaran di kelas perdana
Kelima- Guru Mata pelajaran di kelas perdana tahun enam menegaskan bahawa guru yang
terlibat dalam menjalankan proses penilaian terhadap murid-murid berkenaan mendapati
program ini kurang berkesan kerana murid hanya menguasai tajuk berkaitan apabila ingin
disoal sahaja, apabila selesai proses ini murid mula lupa dan tidak mengamalkannya dalam
kehidupan seharian. Murid lebih berminat dengan faktor-faktor persekitaran yang lebih
melalaikan berbanding dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah
terutamanya program PAFA ini.
Keenam- Ibubapa murid yang berkenaan.
Beberapa orang ibubapa yang telah ditemuramah oleh penyelidik mengatakan bahawa program
penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ini memang banyak memberi manfaat dan faedah
serta dapat membantu kebanyakkan murid khasnya dalam bidang ibadat solat di mana program
ini telah banyak membantu ibu bapa dari segi amali solat dan bacaannya. Ibubapa hanya perlu
memantau sahaja perlakuan solat anak-anak di rumah bagi memastikan anak-anak mereka
betul-betul menunaikan solat dengan cara dan bacaan yang betul. Dengan adanya program
PAFA ini juga tugas mendidik anak-anak menjadi semakin ringan sedikit kerana murid-murid
sudah didedahkan dengan bacaan-bacaan dan pelakuan solat yang betul di sekolah. Di antara
soalan yang dikemukan kepada penjaga murid dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1) Adakah responden berminat untuk mempelajari bacaan-bacaan dalam solat’?
2) Bagaimanakah reaksi responden apabila masuk waktu solat?
3) Bagaimanakah penguasaan murid dalam mempelajari bab ibadat solat’?
4) Adakah responden berminat membaca dan menghafaz bacaan-bacaan yang terdapat
dalam ibadat solat?
5) Siapakah yang membimbing responden di rumah dalam bab solat?
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai bahan untuk membantu
pengkaji dalam mengumpulkan data. Soal selidik itu telah diperbanyakkan mengikut bilangan
responden yang dipilih oleh penyelidik untuk menjawab soalan kajian. Metod soal selidik
adalah penting untuk mendapatkan maklumat dari responden. Penyelidik memperuntukkan 254
set soalan soal selidik untuk dberikan kepada 254 orang murid tahun enam kelas aliran perdana.
Soal selidik yang digunakan adalah untuk memudahkan penyelidik mendapatkan data daripada
responden.
Soalan adalah berdasarkan tentang sikap dan tahap minat murid terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam dan juga penguasaan murid terhadap bacaan al-Quran mereka. Ini adalah
bertujuan mengkaji dan meneliti sikap murid-murid di tiga buah sekolah rendah di daerah
Jempol. Untuk menentukan kesahan ciri-ciri instrumen yang disediakan ini, penyelidik telah
berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama penyelia, Guru Pendidikan Islam dan ketua
panatia Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Kesemua tokoh-tokoh akademik yang dipilih
oleh penyelidik adalah merupakan orang yang mempunyai pengalaman mengajar Pendidikan
Islam melebihi sepuluh tahun mengajar penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) tersebut
diperingkat tahun enam. Penyelidik juga berbincang dengan beberapa orang murid tahun enam
untuk memastikan instrumen ini dapat difahami oleh mereka sebelum borang soal selidik
diedarkan kepada mereka.
73
Borang soal selidik ini yang digunakan dalam kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu
bahagian A, Bahagian B dan bahagian C. Butiran penjelasan bagi setiap bahagian ini adalah
seperti berikut:
Bahagian A: Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkait rapat tentang maklumat
dan latar belakang responden. Sebanyak enam item soalan dikemukakan dalam bahagian ini
seperti nama sekolah, jantina murid dan aliran kelas serta tahap minat terhadap matapelajaran
Pendidikan Islam, tahap penguasaan dalam gred pencapaian murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam tahun enam. Responden diminta memberi jawapan bagi setiap item yang
dijawab.
Bahagian B: Bahagian ini pula mengandungi soalan-soalan berkaitan tentang amalan ibadat
solat murid yang terdiri daripada 25 item. Item-item ini adalah berkaitan dengan amalan-
amalan sebelum ibadat solat dilaksanakan, amalan ketika ibadat solat dilaksanakan dan kesan
ibadat solat terhadap diri. Kesemua item ini berbentuk item positif. Semua item perlu dijawab
oleh responden dengan jujur.
Bahagian C: Bahagian ini pula mengandungi soalan-soalan berkaitan akhlak murid terhadap
tiga golongan iaitu adab dan akhlak terhadap ibubapa, adab dan akhlak terhadap guru dan adab
dan akhlak terhadap rakan. Bahagian ini terdiri daripada 45 soalan dengan 15 item soalan setiap
satu. Soalan-soalan 1 hingga 15 adalah berkaitan dengan adab dan akhlak murid dan murid
terhadap ibu bapa. Soalan-soalan 16 hingga 30 adalah berkaitan tentang akhlak murid terhadap
guru, manakala soalan 31 hingga 45 adalah berkaitan tentang akhlak murid terhadap rakan.
Sampel Kajian dan Lokasi
Dalam kajian ini murid tahun enam sekolah di daerah Jempol iaitu di Bandar Seri Jempol yang
mengambil subjek Pendidikan Islam dijadikan sampel kajian. Jumlah keseluruhan responden
ialah seramai 254 orang. 87 orang dari Sekolah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting, 80
orang dari Sekolah Kebngsaan (Felda) Raja Alias 3 dan 87 orang lagi dari Sekolah Kebangsaan
Serting Felda.
Dalam kajian ini, penyelidik telah mengambil seramai 254 orang responden yang terdiri
daripada 109 orang responden lelaki dan 145 orang responden perempuan yang beragama
Islam. Kesemua responden yang dipilih sememangnya telah mempelajari subjek Pendidikan
Islam penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ini semenjak dari tahun satu lagi mengikut
tajuk yang telah dikhaskan mengikut tahun masing-masing.
Analisis Data
Pengkaji telah mengumpul data dan maklumat responden serta dapatan yang diperolehi
daripada borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Penyemakan dan penelitian yang
teliti telah dibuat ke atas setiap helaian soalan bagi memastikan semua soalan dijawab oleh
responden mengikut arahan yang betul dan tepat. Semua maklmat dan data yang diperolehi
dalam kajian ini dimasukkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
ForThe Social Science (SPSS Windows Versi 23). Data-data di analisis dengan menggunakan
statistik deskriptif bagi memperlihatkan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Data ini
dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif yang
digunakan adalah untuk melihat kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai dalam kajian.
Manakala analisis inferensi digunakan untuk mendapat dan memperolehi data-data Ujian-t,
Anova Satu Hala dan pekali Korelasi Pearson dalam menguji hipotesis-hipotesis kajian.
Seterusnya pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan antara amalan
ibadat solat dengan akhlak murid yang merupakan perkara penting di dalam kajian ini.
74
Manakala statistik inferensi adalah untuk mendapat dan memperolehi data Ujian t, Anova Satu
Hala dan pekali Korelasi Pearson, bagi menguji hipotesis-hipotesis kajian. Ujian t digunakan
untuk menguji perbezaan tahap amalan ibadat solat dan tahap akhlak murid yang berlainan
jantina dan aliran kelas. Tahap keyakinan 90 peratus digunakan untuk menentukan
kesignifikanan statistik bagi mengurangkan ralat persampelan.
Analisis Tahap Akhlak Murid
Dalam bahagian ini pengkaji membincangkan dapatan analisis kajian mengenai tahap akhlak
murid iaitu akhlak terhadap ibubapa, akhlak terhadap guru dan akhlak terhadap rakan.
Taburan kekerapan Tahap Akhlak Murid Terhadap Ibubapa
Analisis taburan responden tentang tahap akhlak murid terhadap ibubapa adalah berdasarkan
respon responden melalui item-item dalam bahagian C yang terkandung dalam soalan satu
hingga 15. Petunjuk bagi item akhlak adalah berdasarkan skala likert lima mata iaitu sangat
tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S), dan sangat setuju (SS).
Ia dapat dirujuk berdasarkan Jadual 1 berikut;
Jadual 1: Taburan kekerapan Tahap Akhlak Murid Terhadap Ibubapa
Bil
Item
(Adab terhadap ibbapa)
5
SS
4
S
3
KS
2
TS
1
STS
1. Menyanyangi dan mengasihi kedua
ibu bapa.
239
94.1%
15
5.9%
0
0%
0
0%
0
0%
2. Menghormati kedua ibubapa.
235
92.5%
19
7.5%
0
0%
0
0%
0
0%
3. Mendoakan kedua ibubapa setiap
kali selepas solat fardu.
229
90.1%
20
8%
5
2%
0
0%
0
0%
4. Mentaati perintah kedua ibubapa
kecuali yang bertentangan dengan
Islam.
171
67.1%
63
25%
8
3.1%
10
4 %
2
0.8%
5. Menolong kedua ibubapa membuat
kerja di rumah.
187
73.4%
63
25%
2
0.8%
2
0.8%
0
0%
6. Menjaga perasaan kedua ibubapa. 195
76.8%
54
21.4%
5
2%
0
0%
0
0%
7. Memberi salam kepada kedua
ibubapa ketika hendak pergi/balik
dari sekolah.
167
65.7%
73
28.8%
11
4.3%
1
0.4%
2
0,8%
8 Memastikan wujud hubungan mesra
dengan ibu bapa ketika di rumah.
188
74%
59
23.2%
4
1.6%
2
0.8%
1
0.4%
9. Mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibubapa.
189
74.4%
60
23.6%
5
2%
0
0%
0
0%
10. Keluar rumah tanpa kebenaran
ibubapa.
28
11%
12
4.7%
22
8.7%
29
11.4%
163
64.2%
75
Jumlah min keseluruhannya ialah (4.302).
Melalui Jadual 1 menjelaskan analisis taburan min akhlak terhadap ibubapa melalui 15 item
yang telah di bina dalam konstruk ini. Dapatan analisis di atas menunjukkan min
keseluruhannya ialah (4.302). Item pertama iaitu menyanyangi dan mengasihi kedua ibubapa
mempunyai peratus yang tertinggi berbanding dengan item-item yang lain. Responden telah
menunjukkan respon yang positif pada skala sangat setuju iaitu 235 (94 %) orang dan setuju
iaitu 15 (6 %) orang di mana kesemua responden amat mengasihi dan amat menyanyangi kedua
ibubapa mereka. Item kedua iaitu menghormati kedua ibubapa merupakan kedua tertinggi
selepas item pertama dengan seramai 231 (92.4 %) responden menyatakan sangat setuju dan
19 (7.6 %) responden menyatakan setuju dengan item ini. Manakala item 10 iaitu keluar rumah
tanpa kebenaran ibubapa menunjukkan peratus yang terendah dengan dapatan seramai 28
(11.2%) responden menyatakan sangat setuju dan 12 (4.8 %) responden menyatakan setuju
dengan item ini. Berdasarkan skor keseluruhan yang diperolehi, menunjukkan tahap akhlak
murid terhadap ibubapa adalah di tahap tinggi berdasarkan penilaian skor min yang ditetapkan.
Taburan Kekerapan Tahap Akhlak Murid Terhadap Guru
Analisis taburan responden tentang tahap akhlak murid terhadap guru adalah berdasarkan
respon responden melalui item-item dalam bahagian C yang terkandung dalam soalan 16
hingga 30. Petunjuk bagi item akhlak murid terhadap guru adalah berdasarkan skala likert lima
mata iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S), dan
sangat setuju (SS). Taburan kekerapan akhlak murid terhadap guru dapat dirujuk berdasarkan
Jadual 2 di bawah;
Jadual 2: Taburan Kekerapan Akhlak Murid Terhadap Guru
Bil
Item
( Adab terhadap guru)
SS S KS TS STS
16. Memberi salam apabila bertemu dengan
guru.
214
84%
40
16%
2
0.8%
0
0%
0
0%
17.
Bercakap dengan guru menggunakan
bahasa yang sopan
214
84.3%
37
14.6%
3
1.1%
0
0%
0
0%
18. Menolong guru dengan ikhlas. 207
81.5%
44
17.3%
2
0.8%
1
0.4%
0
0%
19. Tidak suka menerima teguran /nasihat
guru.
18
7.1%
20
7.9%
13
5.1%
48
18.9%
15
61%
11. Berlemah lembut terhadap ibubapa. 196
77.2%
58
22.8%
0
0%
0
0%
0
0%0
12. Bercakap dengan baik kepada
ibubapa.
233
91.7%
18
7.1%
3
1.2%
0
0%
0
0%
13. Menyanjung tinggi jasa ibubapa
yang melahirkan saya.
240
94.5%
11
4.3%
2
0.8%
0
0%
1
0.4%
14. Menghormati sahabat-sahabat
ibubapa saya.
179
70.5%
64
25.2%
9
3.5%
2
0.8%
0
0%
15. Tidak akan menyakiti hati kedua
ibubapa dan menjaga perasaan
mereka berdua.
218
85.8%
34
13.4%
1
0.4%
0
0%
1
0.4%
76
20. Mengucapkan terima kasih setelah guru
selesai mengajar.
201
79.1%
47
18.5%
4
1.6%
1
0.4%
1
0.4%
21. Meminta izin apabila lalu di hadapan
guru.
159
62.5%
76
29.9%
15
6 %
3
1.2%
1
0.4%
22. Berinteraksi dengan baik apabila
bertemu guru di luar kawasan sekolah.
195
76.7%
48
19%
9
3.5%
1
0.4%
1
0.4%
23. Tidak menyakiti hati guru. 195
76.7%
46
18.3%
11
4.3%
2
0.7%
0
0%
24. Akan mengucapkan tahniah jika guru
memperolehi kejayaan.
188
74%
53
20.5%
11
4.3%
3
1.2%
0
0%
25. Akan mengucapkan takziah jika guru
ditimpa musibah.
159
62.7%
74
29.1%
13
5.1%
2
0.6%
6
2.5%
26. Tidak bersungguh-sungguh membuat
kerja yang disuruh oleh guru.
23
9%
11
4.3%
15
6%
41
16.1%
164
64.6%
27. Mempersendakan guru apabila beliau
membuat kesilapan
26
10.2%
17
6.7%
7
2.8%
27
10.3%
177
70%
28. Meninggalkan perkara yang tidak disukai
guru.
176
69.3%
53
21%
22
8.5%
3
1.2%
0
0%
29. Menziarahi guru jika mereka sakit.
168
66.1%
73
29.2%
9
3.6%
2
0.8%
2
0.8%
30. Menyayangi guru seperti saya
menyayangi ibu bapa saya.
208
82.3%
41
16.1%
1
0.4%
2
0.8%
1
0.4%
Jumlah min keseluruhannya ialah (3.822)
Melalui Jadual 2 menjelaskan analisis taburan min akhlak murid terhadap guru melalui 15 item
yang telah di bina dalam konstruk ini. Dapatan analisis di atas menunjukkan min
keseluruhannya ialah (3.822). Item ke 3 iaitu bercakap dengan guru menggunakan bahasa yang
sopan, mempunyai peratus yang sangat tinggi berbanding dengan skor item-item lain.
Responden telah menunjukkan respon yang positif pada skala yang sangat setuju iaitu 214
(85.6 %) responden dan setuju sebanyak 33 (13.2%) responden. Manakala item 16 iaitu tidak
bersungguh-sungguh membuat kerja sekolah yang di suruh oleh guru menunjukkan peratus
yang terendah dengan dapatan seramai 23 (9.2 %) responden menyatakan sangat setuju dan 11
(4.4 %) responden menyatakan setuju dengan item ini. Bagi item yang terakhir dalam adab
terhadap guru iaitu menyanyangi guru seperti saya menyanyangi ibubapa saya adalah item
yang menunjukkan sikap responden yang amat menyayangi guru. Di mana 205 (82 %)
responden memilih sangat setuju dan 41 (16.4 %) memilih skala setuju. Berdasarkan skor
keseluruhan yang diperolehi, menunjukkan tahap akhlak murid terhadap guru adalah di tahap
tinggi berdasarkan penilaian skor min yang telah ditetapkan.
Taburan Kekerapan Tahap Akhlak Murid Terhadap Rakan
Analisis taburan responden tentang tahap akhlak murid terhadap rakan adalah berdasarkan
respon responden melalui item - item dalam bahagian C yang terkandung dalam soalan 1
hingga 15. Petunjuk bagi item akhlak murid terhadap rakan adalah berdasarkan skala likert 5
mata iaitu Sangat Tidak Setuju ( STS ), Tidak Setuju ( TS ), Kurang Setuju ( KS ), Setuju ( S
), dan Sangat Setuju ( SS ) .
Taburan kekerapan akhlak murid terhadap rakan dapat dirujuk berdasarkan Jadual 3 di bawah.
77
Jadual 3: Taburan kekerapan akhlak murid terhadap rakan
Bil
Item
(Adab Terhadap Rakan)
5
SS
4
S
3
KS
2
TS
1
STS
31. Memberi salam ketika bertemu dengan
rakan.
167
65.8%
69
27.1%
16
6.3%
0
0%
2
0.8%
32. Mendoakan untuk kejayaan rakan
180
71%
66
25.8%
6
2.4%
1
0.4%
1
0.4%
33. Menghindarkan percakapan
percakapan yang menyakiti hati rakan.
168
65.9%
53
21%
12
4.7%
6
2.4%
15
6%
34. Menasihati rakan kearah kebaikan 190
74.6%
58
23%
6
2.4%
0
0%
0
0%
35. Ikhlas dalam persahabatan.
195
77%
57
22.2%
1
0.4%
1
0.4%
0
0%
36. Bersangka baik dengan rakan.
179
70%
65
26%
4
1.6%
1
0.4%
5
2%
37. Menceritakan keburukan rakan.
16
6.3%
2
0.8%
20
8%
2
0.8 %
167
65.6%
38. Menjadi contoh terbaik kepada rakan.
188
74.2%
51
20%
10
3.9%
0
0%
5
1.9%
39. Berlapang dada menerima teguran dan
nasihat rakan.
164
64.5%
82
32.6%
2
0.7%
3
1.1%
3
1.1%
40. Bersedia memberi bantuan terhadap
rakan yang dalam kesusahan.
184
72.4%
63
24.8%
6
2.4%
0
0%
1
0.4%
41 Mementingkan diri saya sendiri.
10
3.9%
10
3.9%
19
7.4%
53
20.8%
162
64%
42 Bersopan santun terhadap rakan.
171
67.3%
69
27.3%
11
4.3%
1
0.4%
2
0.7%
43 Membantu rakan dalam pelajaran.
191
75.1%
55
21.6%
7
2.9%
0
0%
1
0.4%
44 Memanggil rakan dengan nama yang
tidak baik.
21
8.2%
11
4.3%
14
5.5%
46
18.3%
162
63.7%
45 Memaafkan kesalahan rakan.
192
75.8%
52
20.4%
7
2.7%
2
0.7%
1
0.4%
Jumlah min keseluruhannya ialah (3.671)
Melalui Jadual 3 menjelaskan analisis taburan min akhlak murid terhadap rakan melalui 15
item yang telah dibina dalam konstruk ini. Dapatan analisis juga menunjukkan min
keseluruhannya ialah (3.671). Item ke 35 iaitu ikhlas dalam persahabatan mempunyai peratus
yang tertinggi berbanding dengan skor item-item yang lain. Responden telah menunjukkan
respon yang positif pada skala setuju iaitu 57 (22.8%) responden dan sangat setuju iaitu 191
(76.4 %) responden. Hanya 2 (0.8 %) orang responden sahaja yang mengaktakan tidak setuju
dan kurang setuju. Manakala item 37 iaitu menceritakan keburukan rakan menunjukkan peratus
yang sangat rendah dengan dapatan seramai 18 (7.2 %) orang responden sahaja menyatakan
setuju dan sangat setuju dengan item ini. Berdasarkan skor keseluruhan yang diperolehi,
menunjukkan tahap akhlak murid terhadap rakan juga adalah di tahap tinggi berdasarkan skor
min yang telah ditetapkan.
78
Kesimpulan kekerapan tahap akhlak murid terhadap ibubapa, guru dan rakan
Secara keseluruhannya taburan kekerapan min bagi soalan kajian berkaitan tahap akhlak murid
terhadap ibubapa, guru dan rakan dapat diperlihatkan seperti dalam Jadual 4 di bawah seperti
berikut: -
Jadual 4: Taburan Kekerapan Min bagi tahap akhlak murid terhadap Ibubapa, Guru Dan
Rakan
Akhlak Murid Min Sisihan Piawai
Akhlak terhadap Ibubapa 4.302 0.353
Akhlak terhadap Guru 3.822 0.354
Akhlak Terhadap Rakan 3.671 0.364
Keseluruhan 3.931 0.302
Melalui Jadual 4, menjelaskan analisis taburan min keseluruhannya bagi tahap akhlak murid
berdasarkan tiga aspek iaitu akhlak terhadap ibu, bapa, akhlak terhadap guru dan akhlak
terhadap rakan. Di dapati min akhlak terhadap ibubapa merupakan yang tertinggi dengan nilai
iaitu (4.302) berbanding min akhlak terhadap guru iaitu (3.822) dan diikuti dengan min akhlak
terhadap rakan iaitu (3.671). Berdasarkan skor nilai ini menunjukkan bahawa tahap akhlak
pelajar berada pada tahap tinggi berdasarkan skor min yang telah ditetapkan. Melalui kajian
yang dijalankan juga, pengkaji menjawab persoalan kajian ini iaitu adakah perbezaan amalan
ibadat solat pelajar berdasarkan jantina. Dapatan kajian ini ditunjukkan seperti berikut:
Ho 1: Tiada perbezaan yang signifikan dalam amalan ibadat solat berdasarkan Jantina
Jadual 5: Hasil Ujian-t Perbezaan Amalan Ibadat Solat Murid Berdasarkan Jantina
Jantina N Min SP t Sig.P
Lelaki 109 4.16 0.36
2.98 0.173
Perempuan 145 4.29 0.32
Signifikan pada tahap p<0.05
Jadual di atas menunjukkan perbezaan tahap amalan ibadat solat murid yang berlainan jantina.
Skor min bagi responden lelaki ialah 4.16 (N = 114, SP = 0.36), berbeza dengan skor min bagi
responden perempuan iaitu 4.29 (N = 136, SP = 0.32). Ini menunjukkan skor min pelajar
perempuan adalah lebih tinggi daripada murid lelaki. Manakala nilai t antara jantina ialah t =
2.98 dan tahap signifikan ialah p = 0.173. Tahap signifikan ini adalah lebih besar daripada 0.05
(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul adalah diterima. Ini beerti murid lelaki dan murid perempuan
mempunyai amalan ibadat solat yang sama.
Perbezaan tahap akhlak murid yang berlainan jantina. Skor min bagi responden lelaki ialah
3.854 (N = 109, sp = 0.314), berbeza dengan skor min bagi responden perempuan iaitu 3.996
(N = 136, SP = 0.275). Ini menunjukkan skor min murid perempuan adalah lebih tinggi
daripada murid lelaki. Manakala nilai t antara jantina ialah t = 3.765 dan tahap signifikan ialah
p = 0.315. Soalan yang digunakan dalam soal selidik mempunyai tahap signifikan yang baik.
Ini adalah lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Oleh itu, hipotesis nul adalah diterima. Ini beerti
murid lelaki dan murid perempuan mempunyai akhlak yang sama.
79
Dapatan selanjutnya adalah bagi menjawab persoalan kajian di atas adakah terdapat perbezaan
yang signifikan dalam amalan ibadat solat murid berdasarkan pencapaian Pendidikan Islam.
Jadual 6: Analisis Varian Sehala (ANOVA) Bagi Perbezaan Amalan Ibadat Solat
Berdasarkan Pencapaian Pendidikan Islam
Gred Jumlah Kuasa Dua DK MDK F Sig.P
Antara Kumpulan 1.864 4 0.466
3.948 0.004
Dalam kumpulan 28.910 245 0.118
Jumlah 30.774 249
Signifikan pada tahap p<0.05
Berdasarkan Jadual di atas menunjukkan perbezaan dalam amalan ibadat sembahyang (solat)
berdasarkan dan merujuk pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Dapatan
ini menunjukkan nilai F ialah 3.948 dan pada tahap 0.004. Tahap signifikan ini lebih kecil
daripada 0.05 (p<0.05). Oleh itu hipotesis nul adalah ditolak. Oleh itu terdapat perbezaan yang
signifikan dalam amalan ibadat solat berdasarkan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam
mereka.
Perbezaan dari segi akhlak murid berdasarkan pencapaian Pendidikan Islam
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi akhlak murid berdasarkan
pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam
Selanjutnya adalah dapatan bagi menjawab persoalan kajian di atas adakah terdapat perbezaan
yang signifikan dari segi akhlak dan adab murid berdasarkan pencapaian mata pelajaran
Pendidikan Islam. Dapatan ini juga dapat dijelaskan pada:
Jadual 7: Analisis Varian Sehala (ANOVA) Bagi Perbezaan Akhlak Murid Berdasarkan
Pencapaian Pendidikan Islam.
Gred Jumlah Kuasa Dua DK MDK F Sig.P
Antara Kumpulan 0.246 4 0.026
0.673 0.611
Dalam kumpulan 22.412 245 0.091
Jumlah 22.658 249
Signifikan pada tahap p<0.05
Dapatan kajian ini juga adalah untuk menjawab persoalan adakah terdapat hubungan yang
signifikan antara amalan ibadat solat dengan akhlak murid. Analisis hubungan ini adalah
meliputi kesemua tiga aspek adab dan akhlak murid iaitu adab dan akhlak terhadap ibu bapa,
adab dan akhlak terhadap guru dan adab dan akhlak terhadap rakan.
80
Hubungan Antara Amalan Ibadat Solat Dengan Akhlak Murid Terhadap Ibu bapa
Jadual 8: Korelasi Hubungan Antara Amalan Ibadat Solat Dengan Akhlak Murid Terhadap
Ibu bapa
Konstruk N r P
Amalan Ibadat Solat *
Akhlak Murid Terhadap
Ibu bapa 254 0.669 0.00
Signifikan pada aras 0.01
Rajah di atas menunjukkan analisis korelasi hubungan antara amalan ibadat solat dengan
akhlak murid terhadap ibu bapa. Dapatan ini juga menunjukkan nilai korelasi r = 0.669.
Kecerunan adalah positif. Ini menunjukkan korelasi adalah berkadar terus. Manakala nilai P
yang di perolehi ialah 0.00 dan nilai ini adalah lebih kecil daripada nilai alpha 0.01 (P =
0.00<0.01). Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan ibadat solat
dengan akhlak murid terhadap ibu bapa, di mana semakin tinggi amalan ibadat solat maka
semakin tinggi juga akhlak murid-murid terhadap ibu bapa.
Hubungan Antara Amalan Ibadat Solat dengan Akhlak Murid Terhadap Guru
Jadual 9: Korelasi Hubungan Antara Amalan Ibadat Solat Dengan Akhlak Murid Terhadap
Guru
Konstruk N r P
Amalan Ibadat Solat*
Akhlak Murid terhadap
Guru 254 0.453 0.00
Signifikan pada Aras 0.01
Rajah di atas menunjukkan analisis korelasi hubungan antara amlan ibadat solat dengan akhlak
murid terhadap guru. Dapatan ini menunjukkan nilai korelasi r = 0.453. Kecerunan adalah
positif. Ini menunjukkan korelasi adalah berkadar terus. Manakala nilai P yang di perolehi ialah
0.00 dan nilai ini adalah lebih kecil daripada nilai alpha 0.01 (P = 0.00< 0.01). Ini menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan ibadat solat dengan akhlak murid terhadap
guru. Oleh itu murid-murid yang mempunyai amalan ibadat solat yang tinggi menunjukkan
akhlak yang baik terhadap guru semasa berinteraksi dengan guru.
Jadual 10: Hubungan Antara Amalan Ibadat Solat Dengan Akhlak Murid Terhadap Rakan
Konstruk N r P
Amalan Ibadat Solat*
Akhlak Murid Terhadap
Rakan 254 0.436 0.00
Signifikan pada aras 0.01
81
Jadual di atas menunjukkan analisis korelasi hubungan antara amalan ibadat solat dengan
akhlak murid terhadap rakan. Dapatan ini menunjukkan nilai korelasi r – 0.436. Kecerunan
adalah positif. Ini menunjukkan korelasi adalah berkadar terus. Manakala nilai P yang
diperolehi ialah 0.00 dan nilai ini adalah lebih kecil daripada nilai alpha 0.01 (P = 0.00< 0.01).
Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan ibadat solat dengan
akhlak murid terhadap rakan, di mana semakin tinggi amalan ibadat solat maka semakin baik
akhlak murid-murid terhadap rakan mereka semasa bergaul.
Hubungan Antara Amalan Ibadat Solat dengan Akhlak Murid
Jadual 11: Korelasi Hubungan Antara Amalan Ibadat Solat Dengan Akhlak Murid
Konstruk N r P
Amalan Ibadat Solat*
Akhlak Murid 254 0.613 0.00
Signifikan pada aras 0.01
Rajah di atas menunjukkan analisis korelasi hubungan antara amalan ibadat solat dengan
akhlak murid. Dapatan ini menunjukkan nilai korelasi r = 0.613. Kecerunan adalah positif. Ini
menunjukkan korelasi adalah berkadar terus. Manakala nilai P yang di perolehi ialah 0.00 dan
nilai ini adalah lebih kecil daripada nilai alpha 0.01 (P = 0.00< 0.01). Ini menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan di antara amalan ibadat solat dengan akhlak murid, di mana amalan
ibadat solat yang tinggi memberi kesan yang positif terhadap akhlak murid-murid.
Perbincangan
Pelaksanaan penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dalam Pendidikan Islam di sekolah-
sekolah Kementerian di Malaysia adalah wajar dilaksanakan bagi memastikan semua murid
yang berada di sekolah rendah telah dapat menguasi ilmu fardu ain dalam hidup mereka.
Sepanjang tempoh pelaksanaan ini, ramai murid yang telah berjaya menguasai kemahiran dan
pelakuan sembahyang (solat) dengan baik beserta bacaan dan pelakuannya serta dapat
mengelakkan murid dari melakukan perbuatan dan akhlak yang kurang baik kerana Allah
S.W.T telah menjanjikan bahawa setiap orang yang menunaikan ibadat solat dengan ikhlas
kerana Allah S.W.T, ibadat solat yang dilakukan itu boleh mencegah sipelakunya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Ini selari berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) mengenai matlamat pendidikan ialah melahirkan insan yang baik iaitu insan yang
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Program penilaian PAFA ini juga telah memberi
impak yang positif dan telah membantu banyak pihak yang terlibat secara langsung.
Murid mendapat skor yang tinggi dalam setiap item yang dikemukakan. Taburan kekerapan
min bagi tahap akhlak murid terhadap ibu bapa adalah 4.302, terhadap guru adalah 3.822 dan
terhadap rakan pula adalah 3.671 manakala kekerapan min keseluruhannya pula adalah 3.931.
Berdasarkan keputusan analisis taburan min keseluruhannya bagi tahap akhlak dan adab murid
berdasarkan tiga aspek iaitu adab dan akhlak terhadap ibu bapa, adab dan akhlak terhadap guru
serta adab dan akhlak terhadap rakan. Didapati min akhlak terhadap ibu bapa merupakan yang
tertinggi dengan nilai 4.302 berbanding dengan min akhlak terhadap guru iaitu 3.822 dan
diikuti dengan min akhlak terhadap rakan iaitu 3.671. Berdasarkan skor nilai ini menunjukkan
bahawa tahap akhlak murid berada pada tahap tinggi berdasarkan skor min yang telah
ditetapkan.
82
Kajian ini juga menunjukkan kecenderungan murid lelaki dan perempuan untuk terus
mengaplikasikan penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) sebagai elemen untuk
memudahkan mereka mengaplikasikan ibadat solat dalam kehidupan seharian mereka. Ini
dapat dilihat berdasarkan hasil ujian t perbezaan amalan ibadat solat murid mengikut jantina.
Skor min bagi responden lelaki ialah 4.16 (N = 114, SP = 0.36), berbeza dengan skor min bagi
responden perempuan iaitu 4.29 (N = 136, SP = 0.32).
Ini menunjukkan murid perempuan mempunyai skor min yang lebih tinggi berbanding dengan
murid lelaki dan bertepatan dengan andaian pengkaji iaitu murid perempuan mudah dibentuk
dan mengikut segala yang guru ajar berbanding dengan murid lelaki yang sukar duduk diam di
dalam kelas dan sukar untuk mengikut tunjuk ajar guru serta kurang memberi tumpuan semasa
guru mengajar. Tetapi bukan bermaksud murid lelaki tidak pandai dan sukar memahami segala
pengajaran guru, kadangkala murid lelaki ini boleh menjadi murid yang cemerlang dalam
pelajaran. Manakala nilai t antara jantina adalah pula adalah t = 2.98 dan tahap signifikan ialah
p = 0.173. Tahap Signifikan ini adalah lebih besar daripada 0.05 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis
nul adalah diterima. Ini bererti murid lelaki dan perempuan mempunyai amalan ibadat solat
yang sama.
Cadangan
Cadangan yang dapat diutarakan yang mencakupi dan meliputi implikasi kepada murid, ibu
bapa, guru dan penggubal dasar berhubung dengan penyelidikan ini. Penyelidikan ini
memberikan petunjuk yang terang dan jelas bahawa penggunaan bahan soal selidik ini` dapat
membantu murid untuk mendapatkan penguasaan yang baik terhadap penilaian Perkara Asas
Fardu Ain (PAFA). Ini menunjukkan keputusan pencapaian adalah disebabkan murid sendiri
yang lebih menguasai dan memahami kehendak soalan berkenaan.
Oleh itu, murid mesti memberikan tumpuan dan perhatian serta bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan penguasaan dalam PAFA mereka bagi menolong dan membantu mereka lebih
mengerti dan memahami pembelajaran dan pengajaran dalam Pendidikan Islam. Sekiranya
murid tidak menghiraukan kepentingan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
khasnya penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan hubungannya dengan akhlak mereka,
maka sudah tentu kesan dan implikasinya amat besar, iaitu mereka tidak lulus dan gagal
menguasai PAFA sepenuhnya seterusnya membawa implikasi untuk menguasi ilmu tersebut
keperingkat sekolah menengah nanti. Di samping dapat menanam dan menyuburkan minat
yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dari segi teori, penghayatan dan amalan
dalam kehidupan dan dapat memantapkan keimanan dan mendorong mendekatkan diri mereka
kepada Allah S.W.T.
Pihak sekolah atau guru Pendidikan Islam yang terlibat boleh mengambil langkah dengan
mewujudkan dan mengadakan kelas tambahan yang intensif untuk membimbing dan
membantu murid-murid yang lemah khususnya bagi murid yang berada di kelas yang lemah
bagi memberi jalan kepada mereka menguasai perkara-perkara asas dalam fardu ain dengan
baik kearah mengelak mereka daripada jauh ketinggalan. Guru-guru khususnya guru
Pendidikan Islam juga hendaklah memberi penekanan dalam PAFA termasuk menekankan
konsep beribadat yang betul dalam kalangan murid.
Kepada ibubapa pula, sewajarnyalah memberikan tumpuan dan perhatian kepada keperluan
Pendidikan Islam bagi anak-anak mereka seperti membaca dan menguasai ilmu al-Quran dan
ilmu fardu ain yang sepatutnya. Tindakan sewajarnya patut diambil seperti menghantar anak
83
mereka kekelas tambahan untuk menguasai ilmu fardu ain agar lebih baik di samping
memberikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak tentang kepentingan Pendidikan Islam
dan ilmu fardu ain untuk hari ini dan untuk hari akhirat nanti serta memastikan pelaksanaan
dan penghayatan ibadat solat serta akhlak dan adab mereka semasa bergaul dalam keluarga
agar ia diaplikasikan juga semasa bergaul dengan guru dan rakan semasa diluar rumah.
Sementara kepada penggubal dasar, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya
memberikan perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya dalam menangani masalah pembelajaran
Pendidikan Islam. Seandainya pembelajaran Pendidikan Islam tidak dapat dikuasai oleh murid
memberikan kesan yang buruk ke atas akhlak murid-murid khasnya bermula dari sekolah
rendah. Sekiranya murid lemah dalam Pendidikan Islam, maka murid bukan sahaja ketinggalan
dalam Pendidikan Islam semata-mata, tetapi juga turut mempengaruhi amalan ibadat solat
mereka sehari-hari di samping turut mempengaruhi akhlak dalam kehidupan mereka.
Pihak kementerian harus mengadakan kursus-kursus yang berkaitan kepada para pendidik agar
pelaksanaan dasar-dasar ini dapat berjalan dengan lancar tanpa membawa implikasi dan kesan
yang negatif kepada murid serta meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, pihak Kementerian juga perlu memastikan
pelaksanaan penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan amali solat di sekolah-sekolah
hendaklah dipantau supaya ianya lebih berkesan dan memberi manfaat kepada semua murid.
Penggunaan sumber aspek yang lain perlu diambil kira seperti mewujudkan penggunaan modul
atau kesesuaian bilangan responden serta tempoh waktu dan masa penilaian dan ujian dengan
berdasarkan teori yang bersesuaian bagi mengesahkan ujian dan penilaian yang telah
disediakan dan digubal serta boleh diterima dan dipercayai di samping dapat menjimatkan
masa dan memberi kesan kepada murid-murid yang terlibat.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki untuk kajian selanjutnya dan disarankan
antaranya:- Pertama, penambahan item-item soal selidik dengan lebih banyak dan lebih luas
agar ia lebih menggambarkan aspek yang hendak dikaji. Kedua, pemilihan responden
hendaklah diperluaskan lagi dengan melibatkan kumpulan murid, guru dan ibu bapa yang ramai
sebagai rujukan. Ketiga, bilangan responden yang lebih ramai dengan pemilihan pelbagai
sekolah meliputi kawasan bandar dan luar bandar agar keputusannya boleh mewakili populasi
yang lebih luas. Keempat, batasan kawasan kajian yang lebih luas melebihi satu daerah, supaya
dapatan kajian itu dapat digeneralisasikan kepada populasi yang lain.
Penutup
Kajian dalam bidang penilaian solat dalam penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dan
hubungannya dengan akhlak murid terhadap ibu bapa, guru dan rakan ini dengan menggunakan
teori Takmilah dan teori Ta’abbudiah ini adalah sebagai landasan untuk menulis kajian adalah
suatu yang baru di Negeri Sembilan dan di daerah Jempol khasnya. Justeru, bagi para
penyelidik mesti memilih dengan lebih menyeluruh lagi bagi memperbanyakan aset dan
khazanah penyelidikan yang tersendiri bagi penilaian dan pengujian dalam konsep mata
pelajaran Pendidikan Islam Objektif kajian ini adalah untuk:- pertama, mengenal pasti tahap
amalan ibadat solat dan tahap akhlak di kalangan murid sekolah-sekolah rendah di Daerah
Jempol, kedua, menganalisis tahap akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah di sekolah
kebangsaan serta ketiga, mengkaji perbezaan tahap amalan ibadat solat dan tahap akhlak murid
berdasarkan jantina dan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta hubungannya
antara amalan ibadat solat dengan akhlak murid.
84
Justeru, para pendidik dan ibu bapa mempunyai peranan yang cukup besar bagi memastikan
penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ini dapat dijalankan dengan jayanya serta berjaya
mencapai objektif dan matlamat seperti yang diharapkan oleh pengkaji. Ibu bapa dan para
pendidik perlu membimbing dan memberi kefahaman yang mendalam kepada anak-anak
tentang kepentingan melaksanakan ibadat solat yang merupakan tiang agama dan menentukan
kebahagian hidup insan di dunia dan juga di akhirat. Menunaikan ibadat solat telah telah
dianggap dapat menunaikan dan melengkapkan salah satu daripada Rukun Islam yang lima di
mana ia dapat membezakan antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman di
samping untuk mendapat keberkatan hidup dan keredhaan dari Allah S.W.T. Dalam Islam juga,
manusia yang berakhlak mulia itu adalah manusia yang telah menjaga hubungannya dengan
Allah S.W.T dan menjaga hubungannya sesama manusia di alam ini.
Dalam kajian ini juga mendapati tahap pengamalan ibadat sembahyang (solat) dan tahap adab
dan akhlak murid-murid sekolah rendah di daerah Jempol berada pada tahap yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, melalui rumusan dan dapatan kajian yang dijalankan oleh pengkaji
tentang ibadat solat dan hubungannya dengan akhlak murid telah dapat menjawab semua
persoalan kajian serta selari dengan tujuan kajian ini dijalankan Hasil dapatan kajian ini,
diharapkan dapat memberi manfaat dan menjadi garis panduan kepada semua warga pendidik
khususnya guru-guru Pendidikan Islam di daerah Jempol khasnya dan di Negeri Sembilan
amnya dalam usaha mendidik murid yang berada di sekolah rendah agar lebih berilmu, beriman
dan beramal soleh. Oleh itu, kajian yang telah di jalankan di daerah Jempol ini menggambarkan
murid yang tinggi amalan ibadat solatnya, turut memberi kesan kepada ketinggian akhlaknya
dalam pergaulan sesama ibu bapa, guru dan rakan.
Rujukan:
Al-Quran Karim. 2014. Diterbitkan oleh KARYA BESTARI SDN. BHD.
Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan pendidikan agenda pengisian, Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Abu’l A’la Al- Maududi. 1985. Asas-asas Islam. Terj. H.O.K. Rahman. Shah Alam: Dewan
Pustaka Fajar.
Abul Hassan Ali Al-Nadwi. 1991. Intisari seerah Muhammad b. Abdullah s.a.w.Kuala
Lumpur: A.S. Noorden.
Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. 1980. The concept of education in Islam.Kuala Lumpur:
ABIM.
Al-Bukhari. 2002. Shahih Bukhari. Terj. H.Zainuddin Hamidy. Singapore: Darel Fajr
Publishing House.
Al-Gazali, Al-Imam Abi Hamid Muhammad bin Muhammad. 1992. Ihya’ Ulumuddin.Al-
Qahirah: Darul Hadith.
Al-Habib Alwy Al-Haddad. 2003. Jalan menuju iman. Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Ahmad Mohd Salleh. 2008. Siri Pendidikan Guru : Pengajian Agama Islam & j-QAF
Metodologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI Oxford Fajar Shah Alam.
Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: UKM
Alias Baba, (1999), Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial, Bangi: Penerbit
UK
Anisah Bahyah Hj.Ahmad. 2004. Pusat rekreasi tempat maksiat? Minda, Jun; 25.
Ashraf, Syed Ali. 1985. New horizon in Muslim education. Cambridge: The Islamic Academy.
85
Aishah Hassan, (1988). Pendekatan Islam Terhadap Pendidikan Anak-anak, Bahagian Satu,
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Azizi Yahaya et al (2007:190). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: Teori, analisis dan
interpretasi data. Kuala Lumpur; PTS Professional Publishing.
Berita Harian 04 Ogos 2004
Dangiran Haji Mustapa. 2004. Kertas kerja utama memperkasakan Pendidikan Islam. Seminar
Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain j-QAF. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. 2015. Indahnya Hidup Bersyariat
Dr. Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki. 2005. Keistimewaan Umat Nabi Muhammad
Dr. Wahbah Al-Zuhaili. (1994). Buku Fiqh Dan Perundangan Islam Jilid 1. Terbitan Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Dr. Shafie Abu Bakar. (2013). Tahap-Tahap Ke Arah Pembinaan Teori Takmilah. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Dr. Yusuf Al-Qardhowi. (1999). 70 Tahun Al-Ikhwan Al-Muslim, Kilas Balik Dakwah
Tarbiyah & Jihad. Pustaka Al-Khautsar.
Efindi Badarudin. 2007. Menbendung Jenayah Pelajar dalam Harian Metro online.
http://www.hmetro.com.my/current_News/HM/Saturday/Minda/20070224135544/Art
icle/indexm_html, [5/03/2007]
Fariza Chek. 2000. Kajian tentang pendidikan asas-asas kehidupan Islam di rumah yang
dapat Mendidik akhlak remaja Islam. Latihan Ilmiah. Bangi: UKM.
Ghazali Basri. (1990). Moral dan etika: Huraian konsep dan permasalahan dalam konteks
perlaksanaan nilai murni di sekolah-sekolah. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 3 Bil 2 Ogos
1990.
Ghazali Basri. (2004). Gejala samseng di sekolah: Apa usaha kita? Jurnal Pendidikan Islam.
Jil. 10 bil. 4 Februari 2004. Selangor: Kolej Dar Al-Hikmah danYayasan Takmir
(Pendidikan).
Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn.Bhd.
Haji Awang Mahmud Saedon. (2003). Undang-Undang Keterangan Islam, Ampang, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Haji Ismail Hashim (2014). Solat Anda akan Diterima?, SAM Synergy Media Sdn. Bhd, 7,
Jalan Bangsar Utama Tiga 59000, Kuala Lumpur.
Hasiah Musa. 2002. Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain dari sudut amali solat di Kedah.
Latihan Ilmiah. Bangi: UKM.
Hassan Langgulung, Dr. (1977). Masalah-masalah Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan 5:44-56 1977.
Healey, F. Babbie, E. Frued. 1997. Exploning social isuess. London: Pine Forge Press.
Hj. Muhammad Fadli Ismail. (1999). Kelebihan Sembahyang & Ancaman Pada
Meninggalkannya. Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Bahru.
Hindun Lidin. (1986). Kesan Pendidikan Islam Terhadap Perubahan Sikap Pelajar-pelajar
Universiti Teknologi Malaysia, Tesis M. ED. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibn Qudamah, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman bin Qudamah Al- Muqaddisi.
1988.Mukhtasor Minhajul Qasidin. Beirut Lubnan: Darul Qalam.
Ibn Khaldun. (1993). Mukaddimah (terjemahan) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ishak Haron, et. al. (1988). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). 1994. Keperluan Profesionalisme Guru
Pendidikan Islam di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Kajian Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM) dengan Universiti Putra Malaysia
86
JAPIM. 2003. Buku panduan dan rekod pencapaian penilaian Perkara Asas Fardu Ain
(PAFA). Kementerian Pendidikan Malaysia. Petaling Jaya: ABIM.
JAPIM. 2004. Perkara Asas Fardhu Ain: Penstrukturan semula dan model-model cadangan,
Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain j-QAF. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Johari Yaman. 2003. Bimbingan, penghayatan dan kesempurnaan solat. Selangor:Penerbitan
Nadi Minda Sdn.Bhd.
Kamus Dewan. 1991. Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. 1996. Ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.
Kamarulzaman Abd. Ghani, Khadijah Abd. Razak & Mohd. Amin Embi. 2002. Dlm Zuria
Mahmud et. Al. pnyt. Prosiding Kebangsaan Profesion Perguruan. 2002. Bangi: Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.Penubuhan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1995). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah 1-6,
Pendidikan Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalid Johari (2004). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep & Prosedur. Kuala Lumpur:
Pearson Prentice Hall. Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan pendidikan agenda
pengisian, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
JAPIM. (2003). Buku panduan dan rekod pencapaian penilaian Perkara Asas Fardu Ain
(PAFA). Kementerian Pendidikan Malaysia. Petaling Jaya: ABIM.
JAPIM. (2004). Perkara Asas Fardhu Ain: Penstrukturan semula dan model-model cadangan
Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain j-QAF. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi. (2011), Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan
Guru Cemerlang Pendidikan IslamSekolah Menengah di Malaysia. Universiti Teknologi
Malaysia.
Kamus Dewan. (1996). Ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1995). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah 1-6,
Pendidikan Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Projek Penyelidikan, Bangi:
UKM.
Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani. 2018.Matla’ al-Badrain – Panduan Lengkap
Fiqh Sepanjang Zaman
Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari. 2015. Mencontohi Cara Hidup Ulamak Salaf.
top related