aktiviti big fasa 4 semester 7
Post on 15-Jan-2016
18 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LDK 1
Tajuk : Duit Oh Duit
Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat:
1. menyedari bahawa manusia mempunyai nilai harga diri yang tinggi.
2. memahami bahawa manusia saling memerlukan antara satu sama
lain.
Sasaran : Murid-murid tahun 5
Masa : 15 minit
Bahan : Contoh duit (Lampiran 12), Double-sided tape dan sampul surat.
Langkah :
1. Peserta diminta untuk mengeluarkan sambul surat yang telah diberikan
semasa pendaftaran.
2. Fasilitator meminta setiap peserta membuka sampul surat yang diberi dan
melihat nilai wang diperoleh.
3. Peserta menampal nilai wang tersebut di sebelah kiri dada.
4. Peserta diminta membentuk kumpulan mengikut nilai wang yang diarahkan
oleh fasilitator.
5. Semua peserta bergerak membina kumpulan dengan nilai yang dinyatakan.-
Contoh : Rm1.00, RM5.00, RM10.00, RM20.00 dan RM50.00
6. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.
Falsafah :
1. Murid tahu bahawa, sekecil mana pun potensi manusia itu, ia adalah penting
sebagai pelengkap kehidupan. Oleh yang demikian hargailah diri.
LDK 2
Tajuk : Sepatuku
Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat:
1. memahami bahawa manusia ada tanggungjawab yang mesti
ditunaikan.
2. peserta faham,kehidupan manusia mahukan keselesaan.
3. peserta perlu ambil peluang untuk meneruskan kehidupan.
Sasaran : Murid-murid tahun 5
Masa : 15 minit
Bahan : Tiada
Langkah :
1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil.
2. Fasilitator meminta setiap peserta membuka kasut sebelah kanan dan
letakkan di tengah bulatan.
3. Fasilitator meminta peserta mengambil kasut peserta lain di tengah bulatan
dan memakainya.
4. Dilarang sama sekali mengambil kasut sendiri.
5. Fasilitator meminta peserta memakai kasut yang dipilih sehingga tamat
program.
6. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.
Falsafah :
1. Hidup tidak selalunya indah. Langit tidak selalu cerah. Ambillah peluang
ketika indah dan cerah, maka hidup akan lebih terarah.
LDK 3
Tajuk : Air Dalam Kaca
Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat:
1. menanamkan rasa tanggungjawab di dalam kumpulan.
2. mewujudkan semangat kerjasama di kalangan ahli
3. mengambil berat tentang peranan masing-masing.
Sasaran : Murid-murid tahun 5
Masa : 15 minit
Bahan : Kertas A4 dan gelas kaca
Langkah :
1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil dan melantik seorang ketua
menjadi pengarah dalam kumpulan.
2. Fasilitator meminta peserta mengisi air dalam cawan dan meletakkan di atas 3
helai kertas.
3. Fasilitator mengarahkan semua peserta memegang menggunakan 2 belah
tangan dan mengangkat secara serentak serta bergerak ke hadapan bersama-
sama tanpa menumpahkan air
4. Ketua kumpulan berperanan membuat arahan yang baik bagi memastikan air
tidak tumpah dan ahli peserta faham dengan arahan sehingga akhir.
5. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.
Falsafah :
1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
LDK 4
Tajuk : Tolong Ingatkan Aku
Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat :
1. membina matlamat diri
2. mengetahui kepentingan peluang melanjutkan pelajaran
3. kesedaran bahawa belajar bersungguh-sungguh dapat mencapai
cita-cita.
Sasaran : Murid-murid tahun 5
Masa : 15 minit
Bahan : Kad (Lampiran 5), carta pendidikan lanjutan (Lampiran 6),
kertas mahjong/ kad manila
Langkah :
1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil
2. Fasilitator menerangkan tentang sistem peperiksaan di Malaysia
3. Fasilitator meminta setiap peserta mencabut dua kad di dalam bekas.
4. Peserta diminta menyusun kad di atas kertas mahjong mengikut aliran
pendidikan lanjutan di Malaysia selepas SPM.
5. Fasilitator mengedarkan carta pendidikan lanjutan kepada setiap peserta.
6. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.
Falsafah : 1. Usaha Tangga Kejayaan
LDK 5
Tajuk : 7 langkah mencuci tangan
Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat :
1. mengetahui 7 langkah yang betul mencuci tangan
2. menyedari kepentingan mencuci tangan
Sasaran : Murid-murid tahun 5
Masa : 10 minit
Bahan : Kad bergambar 7 langkah mencuci tangan.
Langkah :
1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil
2. Fasilitator menerangkan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.
3. Fasilitator memberi kad kepada peserta.
4. Peserta diminta menyusun kad mengikut susunan yang betul.
5. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta.
Falsafah :
1. Sentiasa mencuci tangan selepas melakukan sesuatu aktiviti.
LAMPIRAN
CONTOH KAD ALIRAN PENDIDIKAN LANJUTAN
Setiap kotak harus dibesarkan dengan saiz yang bersesuaian bagi memudahkan peserta menampalkannya pada kertas mahjong. Setiap peserta akan diberi 2 kad.
SPM
SKM
KERJA
TING 6
A’LEVEL MATRIKULASI
ASASI
DIPLOMA IJAZAH
SARJANA
PHD
Carta aliran pendidikan lanjutan
BORANG PEMARKAHAN LDK 1
Duit Oh Duit
KUMPULAN KERJASAMA(50%) KETEPATAN MASA
15 minit (50%)
RM1.00
RM5.00
RM10.00
RM20.00
RM50.00
BORANG PEMARKAHAN LDK 2
Sepatuku
KUMPULAN KERJASAMA(50%) KETEPATAN MASA
15 minit (50%)
RM1.00
RM5.00
RM10.00
RM20.00
RM50.00
BORANG PEMARKAHAN LDK 3
Air Dalam Kaca
KUMPULAN KERJASAMA (50%) ISIPADU AIR (50%)
RM1.00
RM5.00
RM10.00
RM20.00
RM50.00
BORANG PEMARKAHAN LDK 4
Tolong Ingatkan Aku
KUMPULAN KERJASAMA KETEPATAN MASA (20%)
(50%)
JAWAPAN (30%)
RM1.00
RM5.00
RM10.00
RM20.00
RM50.00
BORANG PEMARKAHAN LDK 5
7 Langkah Cuci Tangan
KETEPATAN
KUMPULAN KERJASAMA(50%) JAWAPAN
(30%)
MASA (20%)
RM1.00
RM5.00
RM10.00
RM20.00
RM50.00
MARKAH KESELURUHAN
RM1.00 RM5.00 RM10.00 RM20.00 RM50.00
LDK 1
LDK 2
LDK 3
LDK 4
LDK 5
Jumlah
Keseluruhan
top related