1.3 pencernaan dan an

Post on 22-Jul-2015

82 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TAJUK:PENCERNAAN DAN PENYERAPANDISEDIAKAN OLEH: PN SHURINA BINTI AB. RAHIM SMK SERI KOTA,

JALAN AIR LELEH, 75050, MELAKA

Maksud

Proses memecahkan molekul makanan kompleks ke unit yang paling ringkas oleh tindakan mekanikal dan kimia agar dapat diserap oleh tubuh

Sistem pencernaan Ia berlaku dengan dibantu oleh organ pencernaan, enzim dan rembesan

Organ PencernaanTerdiri daripada mulut, esofagus, perut dan usus kecil.Proses pencernaan pula dibantu oleh kelenjar di mulut, penkreas dan hati yang menghasilkan rembesan mengandungi enzim. Pemangkin organik yang mengawal atau mempercepatkan tindakbalas kimia di dalam organisma hidup. Dihasilkan oleh mulut, perut & usus kecil Bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar organ pencernaan Usus kecil - rembesan dari luar usus kecil - rembesan dari dalam usus kecil

Makanan di dalam mulut dikunyah secara makanikal kepada bentuk lebih kecil. Makanan ini bercampur dengan air liur membentuk bolos makanan.

Air liur (cecair alkali mengandungi mukus) bertindak sebagai pelincir memudahkan makanan ditelan. Enzim amilase di dalam air liur bertindak ke atas kanji dan menghasilkan dekstrin + maltosa

Lidah akan menolak bolos makanan ke dalam esofagus apabila ditelan. Semasa menelan, epiglotis akan mengawal makanan daripada masuk ke trakea dan mengelak daripada tercekik. Semasa bolos makanan masuk, otot esofagus mengembang dan menguncup secara beritma (pristalsis) menolak makanan sepanjang salur pencernaan

Pencerut kardiak dihujung esofagus mengawal jumlah makanan yang masuk dan menghalang makanan daripada masuk semula ke esofagus. Pencerut pilorus di bahagian bawah perut mengawal makanan dari perut masuk ke dalam duodenum Kelenjar gaster - merembes jus gaster (asid hidroklorik cair HCI, mukus dan enzim pepsin, renin dan lipase gaster. HCl menutralkan amilase dan menyediakan medium berasid bagi tindakan jus gaster dan enzim serta memusnahkan bakteria yg merbahaya.

Hormon gastrin merangsang penghasilan pepsinogen yang menjadi aktif apabila bercampur dengan HCI Pepsinogen ditukar kepada pepsin dan bertindakbalas keatas makanan berprotein dan menghasilkan pepton + polopeptida Renin menukar protein susu, kaseinogen kepada kasein yang bertindakbalas dengan kalsium di dalam susu dan membentuk kalsium kaseinat yang lebih mudah dicernakan oleh pepsin

Makanan yang bercampur dengan jus gaster menjadi bentuk KIM (krim) ditolak masuk ke dalam duodenum. Makanan berada di dalam berut selama 2 5 jam. Protein dan lemak berada lebih lama berbanding karbohidrat Protein pepsin Kaseinogen peptin + polipeptida kasein

renin

Terbahagi kepada 3 bahagian: - duodenum (25cm pertama usus kecil) - jejunum (bahagian utama usus kecil) - ileum ( bahagian akhir usus kecil) Pencernaan di usus kecil dibantu oleh 2 jenis rembesan: - rembesan dari luar usus kecil - rembesan dari dalam usus kecil

Sel hati merembeskan hempedu (garam hempedu & pigmen hijau) masuk ke duodenum melalui salur hempedu

Pepton tripsin polipeptida + asid amino Kanji amilase maltosa asid lemak + gliserol

Lemak lipase Garam hempedu membaurkan lemak kepada titisan halus bagi mengurangkan ketegangan permukaan lemak agar enzim lipase dapat menghasilkan asid lemak & gliserol

Pankreas menghasilkan jus pankreas/cecair alkali jernih (enzim tripsin, amilase & lipase) masuk ke duodenum melalui salur pankreas.

Tindakbalas enzim di dalam usus kecil ke atas nutrien: Polipeptida peptidase Maltosa Sukrosa sukrase Laktosa laktase Lemak lipase asid amino glukosa maltase

glukosa + fruktosa glukosa + galaktosa

asid lemak + gliserol

Hasil akhir pencernaan:

Protein asid aminoKarbohidrat glukosa, Lemak asid lemak + gliserol

Proses penyerapan hasil akhir pencernaan berlaku di usus kecil Penyerapan air dalam garam mineral tertentu berlaku di usus besar Penyerapan ialah serapan unit ringkas nutrien melalui vilus ke dalam aliran darah dan sistem limfa untuk dihantar ke sel tubuh.

Lakteal dan kapilari darah akan membawa hasil pencernaan ke seluruh tubuh. Hasil pencernaan berada antara 4 5 jam dalam usus kecil. Nutrien akan diserap dan bahan yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar. Vitamin larut air, glukosa dan asid amino diserap masuk melalui sel epitelium ke dalam rangkaian kapilari darah dan dibawa ke hati melalui vena portal. Vitamin larut lemak, asid lemak dan gliserol diserap melalui sel epitelium ke dalam lakteal dan disebatikan semula menjadi lemak. Lemak akan bercampur dengan limfa dalam sistem limfa membentuk cecair keruh dan masuk ke dalam peredaran darah.

Keratan rentas usus kecil dan struktur vilus

Sel epitelium

Bahan yang masuk ke usus besar mengandungi banyak air, sel rosak dari salur pencernaan, makanan yang tidak dicerna (selulosa) dan bakteria yang tidak merbahaya

Kolon melintang Kolon Kolon menaik menurun sekum Apendiks

Rektum

Fungsi utama:

-menyerap airBahagian utama : - mengeram bakteria tidak merbahaya (memecahkan bahan yamg tidak dicerna seperti selulosa dan mensintesis menadion dan kumpulan vitamin , kobalamin.

-Sekum- kolon - rektum

top related