08 isi pelajaran

Post on 28-Dec-2015

77 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sejarah perkembangan

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 1PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI TANAMAN

SAYUR- SAYURAN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan tentang sejarah perkembangan, kepentingan, jenis-jenis tanaman sayur-

sayuran dan potensi teknologi tanaman sayur-sayuran

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan sejarah perkembangan sayur-sayuran.

2. Menjelaskan kepentingan jenis-jenis tanaman sayur-sayuran.

3. Menjelaskan potensi teknologi tanaman sayur-sayuran

Kerangka Konsep Tajuk 1

PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI TANAMAN SAYUR-SAYURAN

Kepentingan Jenis sayuran Potensi

sayuran

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

1.0 Pengenalan

Sayur-sayuran adalah kumpulan tumbuhan yang penting dalam pemakanan manusia.

Ianya dimakan secara mentah atau selepas dimasak. Ia membekalkan serat (fiber)

dan mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, garam mineral, protein dan

karbohidrat. Kekurangan sayur-sayuran dalam sajian menyebabkan sembelit, penyakit

kekurangan vitamin dan bahan galian. Ini menjadikan sayuran sebagai satu aktiviti

pertanian yang sangat penting dan meluas di negara ini. Sayur-sayuran sering ditanam

di kawasan rumah atau kebun sayuran perdagangan. Penanaman sayuran perdagangan

dikenali juga pekebunan pasaran dan kebanyakannya berdekatan dengan bandaraya

atau pekan bagi memudahkan pemasarannya.

1.1 Sejarah perkembangan sayur-sayuran

Lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran

tanah rendah atau di dataran tanah tinggi. Kebanyakan sayur di Malaysia ditanam secara

kecil-kecilan dengan keluasan di antara 0.2-1.2 ha. Dalam tahun 1985, luas kawasan

yang ditanam dengan sayur-sayuran ialah 14,447 ha Kawasan utama ialah Cameron

Highlands (Pahang), Tangkak dan Kulai (Johor), Banting dan Tanjong Karang (Selangor),

Lembah Kinta dan Taiping (Perak) serta Cabang Empat dan Wakaf Stan (Kelantan).

Pengeluaran beberapa jenis sayur di Semenanjung Malaysia masih belum cukup untuk

menampung keperluan tempatan. Jumlah pengeluaran sayur-sayuran bagi setiap tahun

sukar ditentukan. Perubahan pengeluaran disebabkan oleh luas kawasan, jenis sayur,

cuaca, harga dan juga permintaan pada masa tertentu.

1.2 Kepentingan industri sayur-sayuran

Kepentingan sayur-sayuran dari segi ekonomi seperti pengeluaran yang tidak mencukupi

dan harga yang tidak menentu. Mempelbagaikan peluang pekerjaan (seperti penanam,

pemborong, peruncit, pengilang, pembekal input pertanian, pegawai pemasaran, pegawai

pertanian, penyelidik dan sebagainya). Menambah pendapat melalui import dan eksport

dan merupakan sumber pemakanan yang sangat penting di samping mempunyai nilai

estetika.

1.3 Jenis Sayur-sayuran

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada empat jenis utama mengikut bahagian-

bahagian makanan.

Bil. Jenis Sayuran Contoh

1 Daun bayam, sawi bunga, sawi putih, kobis,

salad, kailan dan kangkung

2 Kekacang kacang botor/kelisa, kacang buncis,

kacang tanah dan kacang panjang

3 Buah bendi, cili, kundur, terung, petola, timun,

tomato

4 Akar/umbisi halia, lobak putih, lobak merah, ubi

keledek, ubi sengkuang, keladi

Jadual 1: Jenis sayur-sayuran

1.4 Potensi industri sayur-sayuran

Penanaman sayur-sayuran adalah dicatatkan sebagai industri yang pesat berkembang

dalam sektor pertanian dan ia merupakan industri berorientasikan eksport. Masa depan

industri ini adalah cerah, permintaan dunia dijangka akan terus meningkat dengan

berkembangnya penduduk dan perkembangan setiap negara.

Dapatkan perangkaan dari Jabatan Pertanian tentang jumlah

keluasan penanaman sayuran dan pendapatan negara dari

tanaman sayuran bagi tempoh 2005 - 2009 dan isu semasa

tentang penanaman sayur di negara ini dalam tempoh tersebut.

Semua maklumat perlu disimpan dalam folio.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 2 DOKUMENTASI DAN PENYIMPANAN REKOD

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan tentang jenis-jenis rekod dan kepentingannya.

Hasil Pembelajaran

1. Menyenarai jenis-jenis, ciri dan kepentingan dokumentasi dan rekod.

2. Menyediakan dokumentasi dan rekod tanaman yang diusahakan.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Dokumentasi dan penyimpanan rekod

Jenis

Kepentingan

2.1 Jenis Rekod

2.1 Kepentingan Rekod

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 3PENYEDIAAN TAPAK PENANAMAN SAYUR-

SAYURAN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan tentang faktor pertimbangan pemilihan tempat, kerja pembersihan,

pembajakan, pembinaan batas dan pembajaan asas.

Hasil Pembelajaran

1. Membincangkan tentang faktor pertimbangan pemilihan tapak penanaman sayur-

sayuran.

2. Membincangkan tentang kerja pembersihan tempat penanaman sayur-sayuran.

3. Membincangkan tentang pembajakan tempat penanaman sayur-sayuran.

4. Menjelaskan tentang pembinaan batas penanaman sayur-sayuran.

5. Membincangkan tentang pembajaan asas penanaman sayur-sayuran.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Penyediaan tapak penanaman sayur-sayuran

Pemilihan

Tapak

Kerja

pembersiha

n

Pembajakan Penyediaa

n batas

Pembajaan

asas

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

3.0 Penyediaan tapak

Tanah di Malaysia sering mengalami suhu tinggi dan hujan lebat. Oleh itu pemuliharaan

tanah perlu dilakukan untuk kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah keupayaan

sesuatu tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan. Tanah

akan terjejas jika mempunyai sifat seperti berikut:

i. Kandungan nutrien yang rendah – kawasan tropika sering mengalami kadar

proses luluhawa dan larut resap menyebabkan kandudngan nutrien tanah tidak

mencukupi.

ii. Keadaan tanah berasid – tanah asid sulfat dan tanah gambut ialah dua jenis

tanah yang bermasalah di Malaysia kerana pH yang lebih rendah. Tanah asid

sulfat kurang subur dan tanaman yang ditanam di tanah ini biasanya

mengalami ketoksikan aluminium, ferum dan mangan. Tanah gambut

bermasalah kerana kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum,

mangan, zink, ferum, molibdenum dan boron.

iii. Tanah berlempung – mengandungi tanah liat yang tinggi. Tanah ini menjadi

lekit apabila basah dan berketul bila kering. Kadar saliran dan kadar peresapan

air sangat rendah.

Iv Tanah berpasir – tanah berpasir seperti tanah bekas lombong dan tanah brisk

mengalami saliran lampau sehingga kandungan air tidak mencukupi untuk

keperluan tanaman. Tanah ini tidak mempunyai struktur dan kurang daya

penahan air dan pH tanah jenis ini adalah antara 4.3 hingga 5.8.

3.1 Pemilihan Tapak

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak pertanian antaranya

termasuklah:

i. Berhampiran dengan bandaraya atau pekan bagi memudahkan proses

pemasaran.

ii. Berhampiran dengan sumber air bagi memudahkan penyiraman dan

pembersihan sebelum pemasaran dilakukan.

iii. Di kawasan yang luas dan lapang supaya cahaya matahari terkena terus

kepada tanaman bagi tujuan fotosentisis dan akar pokok tidak bersaing untuk

mendapatkan air dan nutrien.

iv. Mempunyai kemudahan infrastruktur.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

v. Mempunyai tanah yang rata supaya mudah pengurusan. Teres digunakan jika

tanah bercerun.

vi. Jauh dari kawasan yang berpotensi untuk pembiakan agen perosak dan

penyakit.

vii. Berdekatan dengan rumah bagi memudahkan pengurusan dan mengelakan

kecurian.

Cadangan anda perlu berdasarkan kepada tajuk penyediaan

tapak di atas.

Bincangkan dalam OLL

3.2 Kerja pembersihan

Kerja-kerja pembersihan kawasan dimulakan dengan menebang, menebas, mencabut,

mengumpul dan merata. Kerja-kerja ini memerlukan alat jentera yang tertentu. Perlu

berhati-hati semasa membuat kerja-kerja ini supaya lapisan tanah atas yang kaya

dengan bahan organik dan nutrien tidak dikikis agar kesuburan tanah terpelihara. Pada

peringkat ini, racun rumpai yang disyorkan boleh disembur untuk membantu kerja-kerja

pembersihan. Akar-akar serta tunggul kayu boleh juga dibakar. Abu daripada

pembakaran itu dapat menguraikan kalium ke dalam tanah. Di samping itu, semak samun

dapat dibersihkan dan patogen penyakit dapat dibasmi melalui pembakaran.

3.3 Pembajakan

Tanah boleh dibajak apabila kawasan telah bersih, rata dan kesan-kesan

semburan racun rumpai telah mula kelihatan. Pembajakan bertujuan

mengurangkan kepadatan tanah, memecahkan tanah, memusnahkan saki- baki

Cadangkan satu cara untuk mengatasi masalah tanah berlempung di kawasan pertanian anda.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

tanaman dan rumpai serta menyusun semula agregat tanah. Biasanya tanah

dibajak satu pusingan sahaja. Walau bagaimanapun, pembajakan pusingan kedua

boleh dilakukan jikalau tanah terlalu keras bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan.

3.4 Penyediaan batas

Batas tidak dimestikan kecuali jika terdapat aras air yang tinggi. Walau

bagaimanapun, batas dapat memastikan saliran dan pengudaraan yang baik di dalam

tanah. Ukuran batas bergantung pada jenis sayur yang akan ditanam. Biasanya ukuran

batas yang disyorkan adalah di antara 0.75 - 1.50m lebar dan 0.25 - 0.30m tinggi. Jarak

di antara batas 0.5 - 1.0m. Batas boleh dibuat dengan menggunakan peralatan

jentera tertentu atau dengan cangkul

Rajah 2.1.: Batas Rata

3.5 Pembajaan asas

Baja selalunya dicampur rata dengan tanah semasa menyediakan batas dan sebelum

menyemai biji benih, kerja mencampurkan baja sebelum menyemai dinamakan

pembajaan asas. Biasanya baja organik seperti tahi lembu dan tahi ayam yang reput

dengan kadar 5 kg/meter persegi digunakan. Ini hendaklah dicampurkan 1 – 2 minggu

sebelum menyemai. Baja kimia juga boleh digunakan sebagai baja asas dengan kadar

310 gm/meter persegi dan digunakan 1-2 hari sebelum menyemai

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tajuk 4 PENANAMAN TANAMAN SAYUR-SAYURAN

SINOPSIS

Modul ini akan membincangkan tentang kaedah atau cara-car.a mengendalikan biji benih,

menyemai biji benih dan proses mengubah anak benih ke batas tanaman

Hasil pembelajaran

1. Menjelaskan kaedah mengendalikan biji benih dari peringkat pemilihan, rawatan dan

menyimpan.

2. Menghuraikan langkah-langkah menyemai biji benih kasar dan halus.

3. Menjelaskan langkah-langkah menjalankan proses mengubah anak benih ke batas

tanaman dari peringkat sebelum, semasa dan selepas mengubah.

4. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai

dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

KERANGKA KONSEP PENANAMAN TANAMAN SAYURAN

Penanaman Sayuran

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Pengendalian biji benih Penyemaian Pengubahan

4.1 Pengendalian Biji Benih

Kadar percambahan biji benih berkait rapat dengan pemilihan biji benih yang sempurna.

Pemilihan biji benih perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin percambahan dan

pertumbuhan anak benih yang sihat seterusnya membawa pulangan yang tinggi.

4.1.1 Ciri-ciri biji benih yang baik

Ketulenan baka

Besar dan berisi penuh supaya anak benih sihat.

Cukup matang dan bernas supaya kadar percambahan tinggi.

Bebas dari haiwan perosak dan penyakit agar peratus.

Rajah 3.10: Biji benih

4.1.2. Kaedah penyimpanan biji benih sayur-sayuran

Keringkan biji benih supaya tidak bercambah dan tidak diserang penyakit

Gunakan racun serangga dan kulat bagi mengelakkan serangan

serangga dan kulat

Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan serangan

haiwan perosak

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Labelkan biji benih supaya mudah dikenali.

Simpan ditempat yang kering dan sejuk bagi mengelakkan kerosakan.

4.2 Penyemaian Biji Benih

Faktor utama dalam kaedah menyemai biji benih bergantung kepada saiznya.

4.2..1 Semaian terus untuk biji benih besar / kasar

(contoh: bendi, kangkung, dan peria)

Langkah-langkah penyemaian :

Rendamkan biji benih seharian untuk mempercepatkan percambahan

Tandakan lubang penanaman pada jarak yang sesuai.

Tanam sebiji atau dua biji selubang.

Buat sungkupan dan siram.

Selepas bercambah, lakukan penjarangan.

4.2.1 Semaian terus untuk biji benih kecil / halus

(contoh: sawi, kalian, dan kobis )

Menggunakan dua kaedah:

1. Semaian terus ke batas tetap, diikuti dengan penjarangan.

Kaedah alur - buat alur yang cetek dengan jarak tertentu.

Gaulkan biji benih dengan pasir halus dengan nisbah (1:10)

Taburkan ke dalam alur dan timbuskan sedikit dengan tanah.

Beri perlindungan (sungkupan) dan siram.

Selepas percambahan, buat penjarangan dengan meninggalkan anak

benih yang sihat pada jarak tertentu.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Rajah 3.2: Kaedah menyemai cara alur

2. Menyemai di kotak atau bekas semaian diikuti pemindahan ke batas.

Sediakan kotak atau bekas semaian

Tabur biji benih kedalam kotak atau bekas penanaman dan timbus

dengan lapisan tanah yang nipis.

Beri perlindungan (sungkupan) dan dan siram.

Selepas percambahan, pindahkan anak beniih ke batas tetap dengan

jarak yang sesuai.

Beri sungkupan dan siram

Rajah 3.3 : Kaedah menyemai di kotak semaian

Rajah 3.4 : Anak benih di bekas semaian sedia untuk dipindahkan ke batas

Kebaikan menggunakan kotak atau bekas semaian:

Penjagaan anak benih lebih mudah.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Anak benih yang sihat boleh dipilih untuk diubah ke batas tetap. Ini

memastikan hasil yang bertambah.

Anak benih yang sama saiz boleh dipilih dan akan memberi tumbesaran yang

sama.

Pokok yang rosak dibatas tetap mudah diganti dari batas semaian.

Sila buat rujukan di perpustakaan dapatkan maklumat lengkap

tentang kaedah semaian biji benih. Simpan maklumat tersebut

dalam folio.

4.3

Pengubahan Anak Benih Ke Batas

4.3.1 Pengerasan biji benih

Pengerasan ialah proses mengurangkan perlindungan dan siraman air kepada

anak benih secara berperingkat-peringkat. Pengerasan dijalankan dengan

mendedahkan anak benih kepada pancaran cahaya (mengurangkan sungkupan

dan naungan) sedikit demi sedikit untuk membiasakan anak benih kepada

sinaran matahari penuh dan mengurangkan siraman air.

4.3.2 Mengubah

Proses menanam semula anak benih/pokok ke tempat yang lain. Biasanya anak

benih dari batas semaian diubah ke batas tetap.

Teknik mengubah anak benih:

Segarkan anak benih sebelum diubah

Lakukan ujikaji peratus percambahan biji benih

Anda dikehendaki menyemai biji benih sayuran di dalam bekas

semaian. Rekodkan peratus percambahan biji benih tersebut dan

anda dikehendaki menjaga sayuran anda untuk tugasan

selanjutnya..

Simpankan maklumat tersebut dalam folio

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Lakukan waktu pagi atau petang

Siram batas semaian untuk lembutkan tanah dan untuk mengelakkan

dari tanah pecah semasa mengubah

Dengan menggunakan sudip, cungkil tiap-tiap anak benih dengan ketul

tanah di sekeliling akar

Mesti dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar

Tanam anak benih di batas tetap pada jarak yang disyorkan

Tekan tanah disekeliling anak benih padat-padat supaya akar dapat

pegangan yang kuat.

Buat sungkupan dan naungan

Rajah 3.5: Teknik mengubah anak pokok

Rajah 3.6: Anak benih diubah dari kawasan semaian ke lubang penanaman

1

2

3

4

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Jarak penanaman adalah penting bagi mengurangkan persaingan juga untuk

memudahkan kerja penjagaan.

Bil Kaedah Bentuk

1.

Empatsegi

2

1

2. Tigasegi

1

2

3.Kuinkuk / siku

keluang

1

2

2

1

Petunjuk:

1. Jarak di antara pokok ialah jarak di antara dua pokok dalam

barisan yang sama.

2. Jarak di antara barisan ialah jarak di antara dua barisan pokok.

Jadual 3.7: Corak penanaman sayuran

Ubah anak benih yang telah anda semai ke tapak penanaman

atau bekas bekas penanaman.

Buat analisis tentang ketiga-tiga corak penanaman kemudian

bincangkan kelebihan setiap corak penanaman tersebut.

Bincangkan dalam OLL.

PENJAGAAN

1. SUNGKUPAN & NAUNGAN2. PENYIRAMAN3. PEMBAJAAN4. KAWALAN RUMPAI & PENYAKIT5. PENYEDIAN SOKONGAN

1. PEMUGUTAN HASIL2. PEMEROSESAN HASIL3. PEMASARAN HASIL

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

TAJUK 5PENJAGAAN TANAMAN DAN PENGENDALIAN

HASIL TANAMAN SAYUR-SAYUARAN.

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan langkah-langkah penjagaan sayuran serta proses pengendalian

hasil sayuran sehingga peringkat pemasaran.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan langkah-langkah penjagaan tanaman sayuran.

2. Membezakan jenis-jenis baja organan dan baja kimia.

3. Menjelaskan langkah-langkah mengawal rumpai dan kepentingannya

4. Membincangkan strategi pemasaran hasil tanaman sayuran

5. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang pelbagai

dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

KERANGKA KONSEP PENJAGAAN TANAMAN SAYURAN

PE

NJA

GA

AN

TA

NA

MA

N

DA

N P

EN

GE

ND

AL

IAN

H

AS

IL

PENGENDALIAN HASIL

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

5.1 Penjagaan

5.1.1 Sungkupan dan naungan

Sungkupan ialah proses menutup lapisan permukaan tanah (batas) dengan bahan-

bahan yang sesuai seperti rumput yang dipotong, daun, pelepah dan kompos.

Lapisan sungkupan mestilah jangan terlalu tebal sebab ia akan mengelakkan anak

benih dari bercambah dan menggalakkan haiwan perosak dan penyakit.

Sebab-sebab keperluan sungkupan adalah untuk:

mengurangkan suhu tanah: suhu tanah yang tinggi menyebabkan sejatan

yang keterlaluan dan juga membunuh hidupan tanah yang berguna;

menjaga tanah supaya sentiasa lembab: pengairan akan membantu

kesuburan anak benih dan organisma tanah;

mengelakkan tanah daripada terlalu keras dan padat: tumbesaran akar dan

hidupan tanah sukar untuk hidup di dalam tanah yang keras dan padat;

mengelakkan tumbesaran rumpai;

mengelakkan kesan hujan lebat dari menghakis tanah atau menghanyutkan

biji benih atau anak benih;

bahan-bahan sungkupan bertindak sebagai baja organik apabila ia reput.

Rajah 4.1: Sungkupan

Naungan perlu diberikan kepada anak benih muda atau baru diubah untuk mengurangkan

pancaran cahaya matahari yang terik ke atas anak benih. Cahaya matahari yang terik

mungkin menyebabkan anak benih layu dan mati. Naungan dapat mengelakkan timpaan

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

hujan yang terus ke atas anak benih muda yang akan merosak atau menghanyutkan anak

benih.

Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk naungan ialah pelepah kelapa, lalang/rumput

yang dipotong, kertas plastik dan jaring. Naungan jangalah terlalu tinggi kerana cahaya

matahari yang terik dan air hujan boleh masuk menerusi tepi naungan. Naungan haruslah

sedikit demi sedikit dibuang ketika anak benih membesar. Ini akan membolehkannya

menerima cahaya matahari untuk membina makanan.

Rajah 4.2 : Naungan atau pelindungan anak benih

Cari maklumat tentang .ciri-ciri yang sesuai terhadap bahan yang

hendak digunakan sebagai sungkupan dan naungan.

Bincangkan dalam OLL.

5.1.2 Menyiram

Air merupakan agen penting dalam proses penyerapan dan pemindahan nutrien dari

dalam tanah ke bahagian-bahagian pokok melalui akar. Tanpa air proses translokasi

ini akan terganggu. Penyiraman perlu dilakukan dalam kadae yang sesuai dan

kebiasaannya dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang. Siraman

jangan dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan

tanah. Gunakan penyiram yang mempunyai lubang yang halus.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Rajah 4.3 : Menyiram sayuran dengan kaedah manual

Rajah 4.4 : Kaedah siraman percikan (A) dan siraman titisan (B)

5.1.3 Pembajaan

Sayur-sayuran memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat.

Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK).

Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam

kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah dengan

cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja kimia.

Baja

Baja organik (baja semulajadi) Baja kimia (dibuat di kilang)

Contoh: najis haiwan, kompos,

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Baja tunggal (baja yang mengandungi Baja sebatian/ campuran

satu unsur nutrein sahaja) (mengandungi pelbagai unsur

nutrein)

Contoh: nitrophoska, Welgro

Rajah 4.5 : Jenis-jenis baja

Ada dua peringkat membaja semasa menanam sayur-sayuran:

Peringkat pertama ialah membaja semasa menyediakan batas. Ini dinamakan

pembajaan asas. Pada peringkat ini baja organik biasanya digaulkan ke dalam

tanah.

Pada peringkat kedua adalah membaja semasa anak benih sayur-sayuran sudah

tumbuh dan membesar. Ini dinamakan pembajaan permukaan. Baja yang biasa

digunakan ialah baja kimia. Baja ini ditaburkan di sekeliling anak benih dan

digaulkan ke dalam tanah. Selepas itu siram sehingga batas lembab. Kekerapan

membaja pada peringkat ini ialah 2 – 3 minggu sekali.

5.1.4 Pengawalan rumpai

Merumput ialah proses membuang segala tumbuhan yang tidak dikehendaki yang

tumbuh disekeliling tanaman yang ditanam. Tumbuhan yang tidak dikehendaki ini

dikenali sebagai rumpai. Tujuannya ialah untuk mengelakkan persaingan di antara

1. Senaraikan nama-nama baja kimia mengikut kandungan nutrien utama?

2. Nyatakan fungsi-fungsi utama nutrien tersebut kepada sayuran?

Cari maklumat terperinci tentang pembajaan yang sesuai

untuk sayuran anda dan gunakan kaedah tersebut untuk

proses pembajaan sayuran tersebut. Buat refeleksi dan

bincangkan dalam OLL.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

rumpai dengan sayur-sayuran dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.

Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal atau tempat pembiakan perosak

dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa penyediaan

tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran. Rumpai kecil

boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau rumpai kecil yang terlalu banyak

boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan

untuk membuang rumpai di lorong batas. Rumpai di sekeliling tanaman boleh

disembur dengan racun rumpai yang disyorkan.

5.1.5 Penyedian sokongan

Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada yang

menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang

memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang, sementara

sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk menyokong

buahnya yang berat.

Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya

matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja pengurusan

1. Senaraikan jenis-jenis racun rumpai yang terdapat di pasaran Malaysia?2. Nyatakan masa yang sesuai untuk kerja meracun di kebun sayuran?3. Terangkan persedian-persedian sebelum, semasa dan sesudah menjalankan kerja meracun?

Berdasarkan soalan-soalan di atas, buatkan catatan dan nota-nota

penting mengenai kerja meracun rumpai termasuk kaedah

meracun dan langkah-langkah keselamatan. Rujuk buku Panduan

Meracun keluaran Jabatan Pertanian atau dari mana-mana bahan

yang sesuai

Simpankan maklumat tersebut dalam folio.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan buahnya daripada

menjadi kotor kerana terkena tanah.

Rajah 4.6: Sokongan jenis junjung

Rajah 4.7: Sokongan jenis para

Rajah 4.8: Sokongan jenis pagar

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Rajah 4.9: Sokongan kayu tunggal

5.1.6 Perosak dan penyakit

Haiwan perosak

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh

menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan

tumbesarannya. Oleh itu perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi

mendapat hasil yang bermutu tinggi.

Tanda diserang perosak ialah daun yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat.

Perosak yang biasa menyerang sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu

daun, kumbang, pianggang, koya, teritip dan bari-bari.

Haiwan Perosak Keterangan Tabiat Makan

Kutu daunSerangga kecil dan berbadan

lembut. Berwarna hijau, hitam

atau kelabu. Terdapat dalam

kelompok di bawah permukaan

daun

Menghisap air pokok.

Membawa penyakit virus.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Teritip

Sangat halus berwarna pucat,

Terdapat dalam kelompok pada

pangkal daun

Menghisap air daun

Kumbang

Bermacam jenis, saiz dan warna.

Memakan daun, menebuk

ke batang dan merosakkan

anak benih.

Beluncas

Bermacam saiz dan warnaMemakan daun dan buah.

Menebuk ke dalam batang

Koya

Sangat halus, kecil berwarna

pucat dengan filamen-filamen

pendek di tepi badan. Berupa

debu putih dan bergerak lembut

Menghisap air pokok

Tikus dan siput babi

Mudah dilihat secara fizikal,

membuat sarang dalam kawasan

tanaman.

Tikus – memakan hasil

bijirin

Siput babi – memakan dan

merosakan daun dan

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

batang

Jadual 4.1: Jenis-jenis haiwan makhluk perosak

Rajah 4.9: Langkah-langkah mengawal haiwan makhluk perosak

5.1.7

Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih, bintik

daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakit-penyakit

yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia.

Penyakit Agen Simptom

Kaedah mengawal haiwan makhluk

perosakKimia

Fizikal

Biologi

Cari maklumat terperinci tentang kaedah kawalan makluk perosak

berserta contoh. Simpankan maklumat tersebut ke dalam folio.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Melecur anak benih Kulat Anak benih layu dan mati

Reput akar Kulat atau bakteria Pokok layu dan mati

Bintik daun Kulat Daun dengan bintik perang atau

hitam

Layu bakteria Bakteria Urat daun menjadi hitam.

Pokok akan layu dan mati

Kulapuk Bakteria Daun yang diserang layu dan

mati

Karat batang/ daun

atau lengai

Kulat Tompok kuning/perang daun

terjangkit akan jatuh

Jadual 4.2: Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran

5.2 Pengendalian Hasil

5.2.1 Memungut Hasil

Kualiti hasil sesuatu jenis sayur banyak dipengaruhi bermula di peringkat

pertumbuhan, kaedah pengutipan hasil dan pengendaliannya semasa di

ladang.Kerosakan yang sering terdapat pada sayur semasa di ladang ialah

kecederaan mekanik yang berpunca daripada pengendalian yang kasar. Kecederaan

mekanik akan menyebabkan sayur menjadi lebam, pecah, patah dan sebagainya.

Pengendalian sayuran di ladang bermula daripada kaedah pengutipan hasil dan

diikuti oleh operasi penyediaan seperti pemilihan, pembasuhan dan pembungkusan

sebelum dibawa keluar dari ladang ke tempat pengumpulan.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Hasil sayur-sayuran boleh dipungut mengikut kehendak pengguna. Oleh itu

memungut hasil pada masa yang sesuai adalah penting. Sebagai contoh, jika

sayuran jenis daun dipungut terlalu awal, hasilnya adalah rendah. Sebaliknya jika

lewat dipungut, hasilnya banyak tetapi mutunya rendah kerana mengandungi serat

kasar.

5.2.2 Masa memungut hasil

Masa yang sesuai untuk memungut sayur-sayuran adalah pada waktu pagi atau

lewat petang. Ini bertujuan untuk mendapat hasil yang segar dan memuaskan.

Sayur-

sayuran

Tempoh mula memungut hasil Panduan

Sawi 4 hingga 6 minggu Cukup besar tetapi belum

berbunga

Timun 4 hingga 6 minggu Buahnya muda tetapi

belum bertukar menjadi

warna kekuning-kuningan

Kacang

panjang

6 hingga 8 minggu Lengai mudah di patahkan

tetapi bijinya belum

terbunjul keluar

Sengkuang 20 hingga 24 minggu Daun mula menjadi kuning

dan gugur

Jadual 4.3: Panduan memungkut hasil sayuran

5.2.3 Cara memungut yang betul:

Memotong dengan pisau/sketur

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

contoh - bendi, kundur, peria, petola, timun, labu

Mencabut

Contoh - sayuran jenis daun, sayuran jenis akar atau umbisi.

Memetik

Contoh - sayuran kekacang, cili, terung, tomato dan lain-lain.

Menggali dengan cangkul/serampang

Contoh - sayuran jenis aakr/umbisi seperti keledek, keladi, sengkuang

Rajah 4.10 : Peringkat kutipan hasil sayuran sehingga pemasaran

(Sumber : Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran, MARDI 1990)

Simpan rekod kutipan hasil yang anda perolehi dari

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

tanaman anda secara sistematik.

Simpankan maklumat tersebut dalam folio dan bawa

semasa sesi tutorial.

5.2.4 Pemerosesan Hasil

Tujuan Pemerosesan.

Selain untuk dimakan segar, sayur juga boleh diproses untuk tujuan:

Menghasilkan makanan yang dapat disimpan untuk tempoh yang lebih

panjang

Menghasilkan makanan bentuk baru

Mewujudkan barangan yang lebih berharga

5.2.5 Kaedah Pemprosesan

Kebanyakan sayur tidak boleh bertahan lama kerana ianya bersifat asid rendah.

Pemprosesan yang teliti dapat menghalang mikroorganisma jenis perosak dan jenis

pengeluar racun daripada membiak. Kaedah pemprosesan yang lazim digunakan

ialah:

Mengetin

Mengering

Membuat Sos

Jeruk dan peraman

Pembekuan

Penggulaan

Mengutip hasil

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Mengetin Penyejukbekuan

Rajah 4.11 : Carta alir contoh kaedah pemerosesan sayur bendi

“Berbagai-bagai jenis sayur boleh diproses dan apa yang perlu difahami

bagi mewujudkan perusahaan ini ialah pengetahuan yang mendalam

dari segi pertumbuhan mikroorganisma dan proses pembasmian kuman.

Selain itu, perkara penting yang perlu diambil kira ialah bahan yang

dihasilkan mesti mencerminkan hasil keluaran yang bermutu, berkhasiat

dan bersih. Perundangan negara dan Akta Makanan mesti dijadikan

garis panduan yang tidak boleh diabaikan. Kebersihan yang menyeluruh

termasuk kilang, bahan mentah, peralatan, kebersihan diri dan

penggunaan bahan tambahan yang dibenarkan mesti difahami dengan

betul.” (MARDI, 1990)

Dari penyataan di atas, beri komen dan pandangan anda.

5.2.6 Pemasaran hasil

Sayuran yang dipungut mestilah dibasuh, digredkan, dan dibungkus dengan

sempurna sebelum dipasarkan. Sayuran perlu dipasarkan segera.

Pemasaran ialah suatu aktiviti penyampaian produk (keluaran) atau perkhidmatan

daripada pengeluar kepada pengguna.

5.2.7 Proses pemasaran hasiI:

Mengenalpasti kehendak pengguna,

Merancang dan mengeluarkan keluaran yang dikehendaki,

Menentukan harga,

Pengiklanan

Penyampaian keluaran atau perkhidmatan kepada pengguna.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

5.2.8 Agen pemasaran

Terdapat tiga agen pemasaran yang mengendalikan aktiviti pemasaran iaitu:

pemborong,

pemproses dan

peruncit.

Pengeluar

Pemborong Pengeksport Penjual Runcit

Pasaraya Pembeli Institusi Penjual Runcit

Rajah 4.12 : Pemasaran sayuran tempatan

5.2.9 Masalah pemasaran

Masalah asas pemasaran ialah sifat sayur yang mudah rosak dan tidak tahan lama.

Selain dari itu terdapat beberapa masalah dalam pemasaran sayur. Di antaranya

ialah:

Ketidakstabilan harga

Masalah ini disebabkan oleh faktor-faktor penawaran dan permintaan yang

tidak menentu. Seperti pengaruh cuaca, musim perayaan dan sebagainya.

Saluran pasaran tetap

Apabila pengeluaran berlebihan dengan aliran permintaan menjadi tepu,

Penual akan terpaksa menjual dengan harga rendah. Manakala lebihan

produk terpaksa disimpan. Hal ini akan meningkat kos pengeluaran seperti

kos simpanan dan pengangkutan. Saluran pemasaran tetap hanya kepada

Singapura. Ini bermakna pasaran ke negara lain masih perlu ditingkatkan

agar produk sayuran dari negara ini dapat di pasarkan dengan mudah..

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Kurang maklumat pasaran

Bagi sesetengah pengeluar, maklumat terkini tentang pasaran produk

seperti harga, penawaran, permintaan dan saluran pasaran dalam dan luar

negeri masih di tahap yang rendah. Ini akan menimbulkan masalah dalam

membuat keputusan untuk pemasaran hasil produk.

Kekurangan kemudahan prasarana

Pusat atau tempat jualan di mana perjumpaan antara pengeluar dan pembeli

dapat membantu kelancaran proses pemasaran. Di negara ini kerajaan

melalui beberapa kementerian telah mengwujudkan kemudahan tempat

jualan seperti pasar tani. Namun bilanganya masih belum menampung

keperluan semasa.

Kekurangan kemudahan

Kemudahan penyimpanan dan pemprosesan khasnya bagi menampung

lebihan pengeluaran yang masih belum dipasarkan masih menjadi masalah

kepada sebahagian besar pengeluar di negara ini.

Kemudahan perhubungan

Kemajuan teknologi yang sangat pesat banyak membantu dalam proses

pemasaran. Namun, sesetengah pengeluar di negara ini khasnya petani-

petani di luar bandar masih jauh ketinggal dari aspek ini. Penggunaan

internet mampu melebarkan peluang pasaran ke peringkat global

Anda sebagai seorang pengurus di sebuah ladang

sayuran merancang untuk memasarkan hasil sayuran

anda ke pasaran dalam negara. Cari maklumat tentang

strategi pemasaran dan bincangkan bagaimana anda

Simpan maklumat tersebut ke dalam folio.

Tajuk 6

TEKNOLOGI PENANAMAN SAYUR-SAYURAN

TANPA TANAH SECARA HIDROPONIK DAN

FERTIGASI

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

SINOPSIS

Modul ini mendedahkan mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran secara hidroponik/fertigasi.

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan konsep asas, kebaikan dan kelemahan dan teknik penanaman dan

penjagaan sayur-sayuran secara hidroponik/fertigasi.

Kerangka Konsep Tajuk 6

TANAMAN SAYURAN SECARA HIDROPONIK /FERTIGASI

Pengenalan Kebaikan

dan

kelemahan

Teknik

penanaman

Alat dan

bahan

Pengurusan

Pengenalan

Hidroponik berasal daripada perkataan Greek. Hidro bererti air dan ponus bermaksud

kerja. Ringkasnya hidroponik bermaksud ‘kerja air’. Sistem penanaman secara hidroponik

adalah salah satu daripada kaedah penanaman tanpa tanah. Menerusi modul ini,

penanaman tanpa tanah hanya tertumpu kepada sistem hidroponik (dalam takung).

6.1 Tanaman secara Hidroponik

Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa

menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan

yang berisi air. Ianya amat mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit.

Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidropnik tetapi hidroponik takungan

adalah satu kaedah yang paling mudah untuk dikendalikan, tidak memerlukan kemahiran

yang tinggi dan boleh ditanam di kawasan yang terhad/sempit.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

6.2 Kebaikan dan kelemahan

Kelebihan Kelemahan

Penggunaan kawasan lebih

cekap

Kos bina tinggi

Mudah kawal kandungan

nutrien dalam larutan

Perlu pengetahuan dan kemahiran

urus nutrien

Tiada penyakit bawaan tanah Perlu bekalan elektrik berterusan

Tidak perlu kawal rumpai Sesuai untuk tanaman tertentu sahaja

Penanaman sepanjang tahun

Hasil bersih, sseragam dan

berkualiti

Boleh ditanam di ruang terhad

Jadual 5.1 : Kebaikan dan kelemahan hiroponik

6.3 Teknik-teknik penanaman

6.3.1. Kultur tanpa agregat (kultur cecair)

i. Kultur cecair ringkas

- unit penanaman kecil

- sayur daun seperti kailan, sawi, bayam dan salad

- tiada pengaliran larutan nutrien

- pengudaraan akar kurang sempurna

ii. Kultur aliran nutrien

- guna pam untuk mengalirkan nutrien

- untuk tanaman saiz besar seperti tomato dan timun

- stuktur dibuat secara komersil ialah Teknik Nutien Tipis (NFT)

- palung tutup rapat untuk elak tumbuh alga

iii. Aeroponik

- untuk salad, bayam, tomato

- nutrien diberi secara semburan halus

- semburan beberapa saat setiap selangan 2 – 3 minit

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

6.3.2 Kultur agregat

- guna bahan lengai untuk menyokong tanaman

- seperti pasir, vermikulit dan kelikir

- agregat terendam dalam takung

- larutan nutrien dipam ke dalam medium agregat

- agregat dibasah atau terendam dari bawah

6.4 Larutan nutrien dan bahan penanaman

Terdapat beberapa fomalisi larutan nutrien hidroponik yang digunakan di antaranya

ialah

6.4.1 Penyediaan Larutan Hidroponik

StokNo Komponen

Nama Komponen Formula Kimia ElemenGram/1000Liter Larutan

A1 Calcium Nitrate Ca(NO3)2. 4H2O Ca,N 800.002 Ferrum EDTA [CH2N(CH2COO)2]2FeNa Fe 2.50

B1

3 Potassium Nitrat K NO3 K,N 800.004 Magnesium

SulphateMgSO4. 7H2O Mg,S 500.00

5 Mono Potassium Phosphate

KH2PO4 K,P 270.00

B2

6 Boric Acid H3BO3 B 3.007 Cupric Sulphate CuSO4. 5H2O Cu,S 0.058 Magnesium

SulphateMnSO4. 4H2O Mn,S 4.00

9 Ammonium Molybdate

(NH4) 6Mo7O24. 4H2O N,Mo 0.02

10 Zinc Sulphate ZnS SO4.7H2O Zn,S 0.22

Jadual 5.2: Formulasi am penyediaan larutan hidroponik

Campuran larutan

STOK BLARUTAN STOK A

STOK A

Ca(NO3)2. 4H2O 800g[CH2N(CH2COO)2]2FeNa 2.5g

STOK B1

K NO3 800gMgSO4. 7H2O 500gMnSO4. 4H2O 40gKH2PO4 270gZnS SO4.7H2O 2.2g

Campurkan air hingga menjadi 5 litre

STOK B 2

H3BO3 3.0gCuSO4. 5H2O 0.05gMnSO4. 4H2O 40g(NH4) 6Mo7O24. 4H2O 0.2gZnS SO4.7H2O 2.2g

Campurkan air hingga Menjadi 2 litre

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Campurkan air hingga menjadi 10 litre

Semua 200ml

200 ml 200ml

Campurkan air hingga menjadi 50 litre~1takung

Rajah 5.1: Campuran larutan hidroponik takung

6.4.2 Alat kelengkapan dan bahan penanaman hidroponik.

i. Medium semai terdiri daripada bahan seperti span, benang, rock wool dan

sebagainya

ii. Set takung hidroponik berkapasiti 50 liter atau yang setara termasuk cawan

iii. Sedikit racun kulat dan detergent

iv. Meter pH

v. Meter elektokonduktiviti (sekiranya perlu)

vi. Biji benih sayur-sayuran seperti salad, sawi, kangkung dan sebagainya

vii. Kelalang penyukat 500 ml dan 200ml

viii. Kapur pertanian GML(Ground Magnesium Limestone) atau yang setara

atau NaOH)

6.5 Pengurusan tanaman

6.5.1 Penyemaian

Basuh bersih dan steril(nyah kuman) ke atas semua alat

Ramas medium dengan air yang dicampur sedikit racun kulat hingga

basah

Masuk atau letakkan biji benih ke dalam medium – 5 – 6 biji benih

setiap satu cawan hidroponik

Semai di atas air biasa (tanpa baja)

Pastikan air mencecah medium semaian

Campurkan air hingga menjadi 10 litre

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Tunggu hingga biji benih bercambah sebelum di ubah ke set taking

sehingga muncul 3 hingga 6 lai daun (Panduannya 5-8 hari selepas

semaian dilakukan)

6.5.2 Penanaman/Mengubah

Sediakan air paip bersih di dalam set takung (9/10 penuh)

Tuang 200 ml larutan nutrient A dan 200 ml larutan nutrient B ke dalam

takung yang berisi air

Kesan nilai pH(pH yang disyorkan ialah di antara 5.0 – 6.5)

Masukkan kapur sedikit-sedikit sekiranya pH pada mulanya kurang

daripada 5.0

Ingat pengawalan pH sangat penting!!!

Letakkan kesemua anak benih ke dalam slot cawan dengan hati-hati dan

kemas

Pastikan bahagian akar benih menyentuh campuran larutan di dalam air

Sekarang set takung sudah boleh diletakkan di bawah sinaran matahari

sepenuhnya(Elakkan anak benih yang baru dipindahkan itu, terhalang dari

sinaran cahaya mata hari!)

Namun penggunaan rumah hijau atau rumah lindungan hujan sangat

digalakkan untuk mengelakkan timpaan air hujan

Ingat konsep rumah hijau bukan bermaksud rumah berwarna hijau!!!

Rumah hijau berbumbungkan plastic lutsinar sudah memadai

Pantaulah pH dan larutan dari semasa ke semasa

Kapas yang digunakan untuk medium penanaman hidroponik

didapati berlumut (hijau) semasa peringkat pertumbuhan pokok.

Apakah faktor kemungkinan yang menyebabkan fenomena

tersetut dan cadangkan kaedah menyelesaikan masalah

tersebut. Cari maklumat dan bincangkan dalam OLL

6.6 Tanaman secara fertigasi

Tahukah anda?

Kaedah penanaman secara fertigasi telah diamalkan secara

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

meluas di negara Timur Tengah dan Eropah untuk berbagai

tujuan. Dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara

komersil, Holland merupakan negara yang terkenal

menggunakan teknik ini. Di Malaysia, kaedah ini mula diamalkan

secara komersil pada awal 1990 an. Sebelum ini dilakukan

beberapa plot pemerhatian dan percubaan.

6.6.1 Apa itu fertigasi ?

Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (‘fertitiser’ and ‘irrigation’) atau baja

dan pengairan. Ini merupakan satu daripada sistem hidroponik beraggregat.

Penanaman secara fertigasi adalah kaedah di mana baja lengkap dalam bentuk

larutan nutrien diagihkan ke pangkal tanaman (zon perakaran) melalui

sistem pengairan (titisan). Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai

mengandungi medium bukan tanah (soiless culture).

Kaedah ini merupakan kaedah alternatif terbaik mengatasi masalah tanah

(kesuburan atau jangkitan penyakit dari tanah). Prestasi tanaman sangat dipengaruhi

oleh kualiti nutrien (keseimbangan, kepekatan, pH, jumlah), mutu air dan input yang

dibekalkan. Pada umumnya, kaedah penanaman secara fertigasi boleh dipraktik

kepada semua tanaman tetapi lebih cenderung kepada sayuran jenis berbuah

termasuk strawberi, tomato, terung, cili, bell pepper, anggur, labu, tembikai wangi

dan lain-lain. Transformasi teknologi berjaya memberi inisiatif beberapa jenis

sayuran tanah tinggi boleh ditanam dengan kaedah ini dikawasan tanah pamah.

5.6.2 Kelebihan kaedah fertigasi

Kaedah penanaman secara fertigasi mempunyai beberapa kelebihan tersendiri

berbanding dengan kaedah konvensional yang ada. Antara kelebihannya ialah:

i. Keperluan nutrien lengkap diberi dan boleh dikawal dari segi jumlah dan

kehendak tanaman mengikut peringkat pertumbuhannya.

ii. Medium tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindar

masalah penyakit

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

iii. Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.

iv. Kos merumpai sangat rendah.

v. Kualiti hasil yang lebih baik

vi. Penggunaan baja yang cekap.

vii. Mengurangkan penggunaan racun ke atas tanaman.

viii. Hasil lebih tinggi (boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda)

ix. Tidak perlu penggiliran tanaman.

6.6.3 Keperluan fertigasi

Usahawan yang berjaya mengamalkan kaedah fertigasi sebagai kaedah

pengeluaran tanaman makanan atau lain-lain mempunyai minat mendalam,

pengetahuan teknikal, pengurusan ladang dan tanaman terutama pemakanan

tumbuhan dan penyakit/perosak tanaman. Kemudahan infrastruktur dan

kelengkapan lain yang perlu ada ialah:

a Rumah lindungan hujan

Sama ada berjejaring atau tidak (ikut jenis tanaman). Bumbung dan dinding

boleh ditembusi cahaya yang mencukupi. Bentuk yang baik ialah separa bulat

(berlubang angin atau tiada). Sangat diperlukan untuk tanaman tomato.

Tanaman lain yang ditanam menggunakan pelindung hujan adalah lebih baik

berbanding secara terbuka. Rangka : Aluminium, G.I pipe, kayu, black pipe dsb.

Bumbung : Plastik, arcylic, carbonated dsb

b. Sistem pengairan

Jenis titisan. Beroperasi secara manual atau automatik. Aliran larutan baja

dilakukan secara graviti, pam elektrik, injektor dsb. Antara komponen yang

berkaitan ialah tangki nutrien, tangki stok nutrien, timer, pam, penapis, injektor,

paip utama, paip kedua, penitis, injap sehala, injap udara, ‘pressure regulator’

dan sebagainya.

c. Sumber air

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Bersih, tidak berbau, jernih, tidak tercemar, tidak terputus bekalan, pH/EC/TDS

sesuai. Contoh: air paip JBA, telaga bumi, air gunung, tasik, anak sungai yang

mengalir

d. Baja

Baja hidroponik/khas lengkap mengandungi semua jenis unsur/zat pemakanan

yang diperlukan oleh tumbuhan. Formulasi disesuaikan mengikut jenis tanaman.

Mudah larut. Kepekatan dan jumlah bergantung kepada jenis tanaman,

peringkat tanaman dan cuaca (suhu, cahaya, angin , RH dsb)

e. pH/EC/TDS meter

Untuk mengukur larutan dan medium secara saintifik dan tepat.

f. Medium

Boleh memegang air (60 – 80%), mengandungi ruang pengudaraan 20 – 40%,

boleh diubahsuai keadaan pH nya, mudah didapati, tidak mencemar alam,

murah dan praktikal.

g. Bekas tanaman

Untuk diisi medium. Purata ketinggian 25 – 35 cm. lebar 30 – 45 cm. Warna

putih, hitam dll. Bahan bekas seperti polibeg plastik, pasu (plastik , tanah liat dsb)

boleh digunakan tetapi mesti mempunyai lubang aliran air keluar atau memberi

ruang pengudaraan kepada akar.

h. Biji benih terpilih

Sangat penting untuk jaminan hasil. Disyorkan biji benih hibrid F1 dan precision

seed (mempunyai jaminan seperti resistan: TmV,C5, N, F1 Fr dan dijual dalam

bentuk jumlah bilangan bukan berat). Dapatkan bekalan dari sumber yang betul.

6.6.4 Persedian awal

Sebelum melaksanakan projek fertigasi beberapa perkara perlu diambil kira dalam

merancang perjalanan dan tujuan projek. Ini termasuklah:

i. Jumlah polibeg dan keluasan

ii. Pemilihan dan kesesuaian kawasan

iii. Bajet yang ada atau disediakan

iv. Sistem operasi yang akan digunapakai

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

v. Jenis tanaman atau produk

vi. Sumber keperluan asas

vii. Mulakan pembinaan dan siapkan infrastruktur

6.6.5 Pengurusan Semaian

Pengurusan tapak semaian adalah asas yang sangat penting menentukan

kelancaran program pengurusan seterusnya di ladang. Walaupun kerja pengurusan

semaian kelihatan mudah tetapi banyak yang gagal mengurusnya dengan baik

kerana kekurangan kemahiran dan pengalaman.

a. Penyediaaan medium semaian

Berbagai medium semaian terdapat dipasaran boleh digunakan. Medium yang

baik menghasilkan percambahan yang tinggi, bebas penyakit dan kos yang

berpatutan. Medium yang biasa digunakan ialah, peat moss, vermikulit dan

habuk sabut (cocoa peat atau ‘coir dust’). Medium diisi ke dalam bekas semaian

seperti pot plastik 8 x 8 cm, dulang semaian khas, keratan PVC 2”, polibeg kecil

dan lain-lain.

b. Menyemai biji benih

Biji benih yang telah dirawat terus disemai di dalam bekas semaian berisi

medium semaian. Letakkan biji benih 0.5 – 1.0 cm dari paras atas medium.

Kedalaman lubang untuk biji benih yang kecil seperti kobis adalah lebih cetek

berbanding biji benih tembikai. Tutup lubang (timbuskan biji benih) tersebut

dengan medium tanpa memadatkannya. Teknik menyemai yang betul

mempengaruhi percambahan dan pertumbuhan yang seragam di tapak

semaian. Oleh itu kerja-kerja menyemai mesti dibuat dengan teliti.

Jumlah semaian yang disemai hendaklah 20 – 30% lebih daripada jumlah yang

sebenar diperlukan diladang. Ini penting diambil kira semasa penakaian dan

pemilihan anak pokok terbaik sahaja yang dipindah ke ladang

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Rajah 5.2: Teknik semaian

c Menyiram

Siraman yang terbaik ialah siraman kabus atau semburan halus atau kaedah

rendaman. Siraman bertujuan mengekalkan kelembapan sekitar 60% dilakukan

setiap hari dengan kekerapan 1 – 2 kali/hari bergantung kepada medium digunakan.

Sebelum cambah : Semaian disiram dengan air bercampur racun kulat (contoh:

previcur)

Selepas cambah : Minggu pertama:

Air dan larutan baja 1.5 mS/cm (bacaan E.C. meter)

Minggu kedua dan seterusnya:

Air dan larutan baja 1.5 – 2.0 mS/cm (bacaan E.C. meter)

d. Tempoh semaian

TANAMAN HARI

Cili 25 – 30

Terung 25 – 35

Tomato 18 - 25

Tembikai Wangi 8 - 12

Timun Jepun 7 – 10

Kobis/kobis bunga 14 - 20

Jadual 5.3 : Tempoh semaian sayuran

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

6.6.6 Pengurusan ladang

Berikut adalah ringkasan kerja-kerja pengurusan ladang fertigasi yang perlu

dilakukan.

a. Mengisi medium & Menyusun bekas tanaman

Isi dan padatkan medium atau campuran medium didalam bekas yang telah

dipasang. Medium yang biasa digunakan ialah habuk sabut, arang sekam atau

campuran keduanya (50:50)

b. Membilas medium

Semua medium perlu dibilas atau dibasahi dengan air terlebih dahulu untuk

menghilangkan kemungkinan toksik atau bahan tercemar. Selain itu bilasan juga

boleh mengelakkan stress terhadap pokok semasa baru dipindahkan ke ladang.

c. Mengubah ke ladang

Anak pokok semaian yang telah cukup tempoh, subur, sekata, tiada jangkitan

penyakit dipindahkan ke ladang dengan cermat. Setiap bekas ditanam dengan

satu pokok kecuali tomato 2 pokok/beg.

Rajah 5.4 : Anak benih di lubang penanaman

d. Menyulam

Kebiasaannya jumlah pokok yang disulam sangat minimum jika kerja mengubah

dilakukan dengan cermat. Lakukannya dengan segera untuk mendapatkan

pertumbuhan yang sekata.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

e. Menyedia & mengagih nutrien

Kerja ini amat penting, kritikal dan memerlukan kemahiran yang lebih. Bermula

dengan membuat campuran bahan, menyediakan larutan stok, penyediaan

larutan nutrien untuk tanaman dan pengagihan ke ladang.

Pengagihan nutrien ke ladang boleh dilakukan dengan beberapa kaedah

mengikut situasi dan kemudahan infrastruktur yang ada. Antaranya secara

graviti, pam elektrik, injektor dan gabungan antaranya. Sistem ini beroperasi

secara manual atau automatik.

Berikut adalah contoh beberapa campuran baja yang digunakan:

i. Formula MARDI

CAMPURAN A CAMPURAN B

Bahan Berat Bahan Berat

Kalsium nitrat 9.360 kg Kalium nitrat 8.120 kg

Fe EDTA 164 gm Mono Kalium Posfat 2.630 kg

Magnesium sulfat 4.962 kg

Mn sulfat 15.0 gm

Zn sulfat 2.2 gm

Cu sulfat 0.78 gm

Amm. Molibdat 0.18 gm

Asid borik 30.0 gm

ii. Formula Cameron Highland

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

CAMPURAN A CAMPURAN B

Bahan Berat Bahan Berat

Kalsium nitrat 37.0 kg Kalium nitrat 21.0 kg

Kalium nitrat 6.0 kg Kalsium sulfat 2.0 kg

Ammonium nitrat 2.0 kg Magnesium sulfat 18 kg

Fe - EDTA 334 gm Mono Kalium Posfat 8 kg

Zn sulfat 90 gm

Mn sulfat 80 gm

Cu sulfat 10 gm

Soluble boric 300 gm

Natrium molibdat 5 gm

iii. Formula Cooper

CAMPURAN A CAMPURAN B

Bahan Berat Bahan Berat

Kalsium nitrat 20.06 kg Kalsium nitrat 11.6 kg

Fe - EDTA 1058 gm Magnesium sulfat 10.26 kg

Mono Kalium Posfat 5.26 kg

Zink sulfat 8.8 gm

Mn sulfat 122.0 gm

Cu sulfat 7.8 gm

Amm. Molibdate 7.4 gm

Asid borik 34.0 gm

f. Memeriksa dan menyeleggara sistem pengairan

Perlu dilakukan setiap hari dengan teliti. Sistem pengairan merupakan nadi kaedah

penanaman secara fertigasi. Periksa bahagian penitis, tempat sambungan, aliran

titisan, penapis dan lain-lain.

g. Mendiagnosis masalah tanaman

Mengenalpasti semua simptom pada tanaman sama ada serangan perosak,

penyakit atau kekurangan nutrien dan sebagainya. Pengesanan awal dapat

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

mencegah daripada masalah menjadi besar. Periksa ladang setiap hari dan ambil

tindakan segera.

h. Mengawal perosak dan penyakit

Semburan kawalan perosak dan penyakit dimulakan sebaik saja pokok dipindahkan

ke ladang. Kebiasaannya dilakukan setiap 4 – 5 hari sekali menggunakan bahan

yang sesuai dengan tanaman dan jangkitan/perosak.

i. Melatih tanaman ‘tree-trainning’

Dua perkara terlibat iaitu memasang trellis dan membuat cantasan (pembentukan

dan penjagaan). Kerja ini amat kritikal dan sangat mempengaruhi hasil serta

kekemasan ladang.

Rajah 5.4 : Cantasan

j. Sanitasi ladang

Kebersihan ladang perlu diutama sebagai langkah pencegahan jangkitan penyakit

atau pencemaran. Semua sisa tanaman, bekas racun kimia atau pembungkus,

rumpai dan sebagainya diselenggara dengan betul.

k. Hasil

Pada umumnya hasil sayuran yang ditanam secara fertigasi adalah lebih tinggi

berbanding kaedah konvensyonal. Sebagai contoh hasil tomato, cili dan terung

secara fertigasi adalah seperti dilampiran.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

l. Anggaran Kos

Kos mewujudkan satu kawasan penanaman secara fertigasi agak tinggi berbanding

kaedah konvensyonal. 60% kos adalah membina rumah pelindung hujan. Kapasiti

bekas tanaman bagi keluasan 1.0 hektar ialah 15,000 beg. Tanaman seperti terung

tidak memerlukan pelindung hujan.

a. Kos Pembangunan

Penyediaan tanah RM 10 000.00

Rumah lindungan RM 250 000.00

Sistem pengaiaran (automatik) RM 60 000.00

pH/EC/TDS meter RM 1 000.00

b. Kos Operasi (1 pusingan - ~ 6 bulan)

Bekas tanaman RM 3 000.00

Medium RM 6 250.00

Baja RM 20 000.00

Medium semaian RM 1 500.00

Batas RM 9 000.00

Trellis RM 300.00

Biji benih RM 4 000.00

Racun kulat/serangga/hormon RM 12 000.00

Elektrik/bahanapi RM 2 400.00

Gaji RM 24 000.00

Lain-lain 10%

Cari maklumat tentang jenis-jenis rumah pelindungan.

Kumpulkan maklumat tersebut dan simpan di folio.

TAJUK 7 TEKNOLOGI PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN

SINOPSIS

Bab ini akan menerangkan dengan jelas tajuk-tajuk berkenaan kaedah pembiakan

pokok hiasan. Pembiakan pokok hiasan terdiri daripada kaedah pembiakan secara

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

seks dan secara aseks Cara-cara pembiakan akan dijelaskan beserta gambar rajah

yang sesuai. Selain kaedah pembiakan, bahan dan teknik melakukan juga

ditunjukkan. Penjagaan pokok hiasan juga dibincangkan dalam bab ini

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti matapelajaran ini, pelajar akan dapat:

1. Menerangkan pelbagai amalan pembiakan tumbuhan hiasan

2. Menerangkan serta melakukan aktiviti pembiakan / tumbuhan hiasan secara seks atau

tampang.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI

Pembiakan Tanaman Hiasan

Terdapat pelbagai kaedah pembiakan untuk pokok hiasan. Pembiakan bermaksud keupayaan

tanaman menghasilkan zuriat atau benihnya bagi membolehkannya menambah dan menyambung

kelangsungan hidup spesiesnya di muka bumi agar tidak pupus selamanya. Antara kaedah

pembiakan yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan biji benih serta spora dan juga

menggunakan bahagian pokok seperti daun, batang, anak sulur, bebawang dan sebagainya.

Kaedah pembiakan

Kaedah Seks Kaedah Aseks

Cantuman Markot (Tut) Keratan

Keratan

akar

Keratan

daun

Akeratan

batang

Kayu kera

s

Kayu Sederhana

Kayu lemb

ut

Pembiakan rumpun

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Pembiakan yang menggunakan biji benih, dinamakan pembiakan cara seks di mana

persenyawaan di antara benih jantan dan benih betina berlaku secara semula jadi lalu terhasillah

buah dan biji benih. Persenyawaan benih-benih juga boleh dilakukan dengan menggunakan

kaedah saintifik di makmal untuk menghasilkan baka jenis baru yang dipanggil hibrid. Contohnya

banyak hibrid pokok orkid dihasilkan bertujuan untuk mengeluarkan bunga yang lebih cantik dan

tahan lasak dari spesies asalnya.

Pembiakan menggunakan batang, daun dan sebagainya dinamakan aseks yang hanya

menghasilkan anak pokok yang serupa seperti pokok induknya.

KAEDAH PEMBIAKAN SECARA SEKS

Pembiakan seks dalam tumbuhan adalah melalui penggunaan biji benih.Pembentukan biji benih

memerlukan bahagian bunga jantan dan bahagian bunga betina.Biji benih mempunyai embrio,

hasil daripada proses persenyawaan game jantan dengan gamet betina. Embrio ini akan

berkembang menjadi anak pokok yang baru apabila biji benih itu bercambah.Pembiakan seks

adalah sesuai bagi sesetengah tumbuhan yang tidak dapat dibiakkan dengan mudah melalui

kaedah lain,

Ciri-ciri pokok yang dibiakkan dengan biji benih adalah seperti berikut:-

Menyediakan Bekas Penanaman

Ciri-ciriPembiakan biji benih

Pokok menjadi besar, tinggi

dan hidup lama

Masa yang lama untuk

berbunga dan berbuah

Mempunyai akar tunjang /pokok lebih

kukuh

Lambat membesar

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

a. Pilih bekas semaian yang tidak kotor dan telah dibersihkan terlebih dahulu.

b. Bekas semaian yang digunakan mesti mempunyai lubang saliran.

c. Tutup lubang saliran dengan serpihan pasu, pecahan batu, atau net hijau untuk

mengelakkan medium terkeluar bersama dengan air siraman yang berlebihan.

d. Isikan medium semaian ke dalam bekas 2.5 cm daripada bibir bekas semaian.

Menyediakan Medium Menyemai dan Menyemai Biji Benih

a. Medium semaian yang sesuai terdiri daripada campuran tanah loam, bahan organik

yang telah reput dan pasir sungai.

b. Sukat bahan-bahan yang diperlukan tadi mengikut kadar :

2 bahagian tanah loam : 1 bahagian bahan organik : 1 bahagian pasir sungai

c. Tapis semua bahan tadi untuk memastikan medium bebas daripada bahan

asing. Kemudian gaulkan sehingga rata.

d. Gaulkan medium dengan kapur dan baja fosfat dalam nisbah 4.5 liter medium semaian

: 2.5 g kapur : 5.0 g baja fosfat.

e. Hapuskan kuman atau bakteria dalam medium dengan cara menyembur medium

dengan larutan formalin.

f. Biarkan medium semaian selama 48 jam sebelum digunakan.

Bahan Medium FungsiTanah loam Mengukuhkan pokokBahan organik Membekalkan nutrien, berupaya menyimpan air, dan membaiki

struktur tanah.Pasir sungai Memastikan saliran dan pengudaraan yang baik.Baja fosfat super Menggalakkan pertumbuhan pokok

Penyemaian biji benih melibatkan penyediaan bekas semaian dan cara menyemai biji benih. Biji

benih dapat disemai dengan cara :

a. menabur biji benih

b. membuat alur dan menanam biji benih ke dalamnya.

c. Menekan biji benih ke dalam medium(cara poket).

Teknik-teknik penyemaian biji benih

Menabur

a. Taburkan biji benih selepas digaulkan dengan pasir dalam nisbah 1:5

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

b. Timbus biji benih yang sudah ditaburkan itu dengan satu lapisan nipis medium

c. Biji benih hallus seperti benih Celosia sangat sesuai dengan kaedah ini.

Cara alur

a. Buat alur yang panjang pada medium mengikut bekas

b. Masukkan biji benih dalam alur

c. Timbus biji benih dengan selapisan medium

d. Kaedah ini sesuai untuk biji benih yang sederhana saiznya.

Cara poket

a. Buat beberapa lubang pada medium

b. Jarak antara lubang-lubang itu ialah 10 cm

c. Masukkan biji benih ke dalam lubang tadi.

d. Timbus lubang itu dan mampatkan medium

e. Kaedah ini sesuai untuk biji benih yang kasar seperti bunga matahari dan Helianthus

f. Selepas biji benih disemai, siramlah medium dan letakkannya di tempat teduh.

Penjagaan

Biji benih yang disemai memerlukan penjagaan seperti berikut;

a. Membekalkan lembapan dengan semburan yang halus.

b. Mengurangkan kehilangan air dengan menutup kotak semaian dengan plastik lutsinar

atau kaca cerah.

c. Meletakkannya di tempat teduh.

d. Apabila anak benih mula bercambah kotak semaian didedahkan terus pada cahaya

matahari untuk mengekalkan pertumbuhan dan mengelakkan etiolasi.

e. Plastik lutsinar dibuka untuk menambahkan penerimaan air, ruang dan pertumbuhan

anak benih.

f. Merumput dilakukan untuk mngelakkan persaingan antara rumpai dan anak pokok.

g. Anak benih perlu diubah apabila mempunyai 2-3 helai daun.

h. Sebelum menggubah anak benih perlu dilakukan pengerasan. Ini bertujuan

mengurangkan renjatan semasa anak benih diubah dari tapak semaian.

Apakah tujuan merumput?

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Apkah yang dimaksudkan dengan pengerasan?Apakah kepentingannya?Bagaimanakah ia dilakukan?

Kepentingan Perlindungan, Air dan Siraman

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan pokok. Ia diperlukan

sebagai medium bagi pengaliran nutrien dan garam galian dari dalam medium tanaman.

Air juga diperlukan dalam proses transpirasi

a. Anak benih yang disemai perlu diberikan perlindungan, air dan siraman bagi

memastikan peratus pertumbuhan yang maksimum.

b. Anak benih hanya memerlukan 50-60 % cahaya matahari ketika masih kecil

bagi mengelakkan kematian.

c. kerja-kerja menyiram dilakukan 2 kali sehari.

d. Air penting untuk melarutkan nutrien supaya mudah diserap oleh akar tumbuhan.

e. Teknik penyiraman yang biasa digunakan ialah bekas menyiram bermuncung halus

atau sistem pemercik air.

Apakah maksud dan proses transpirasi

Apakah kepentingan transpirasi kepada tumbuh-tumbuhan

Pembajaan

Selain medium tanaman yang sesuai, air dan cahaya yang mencukupi, pokok juga

mempunyai pembajaan yang sempurna dan sesia untk pembesarannya.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

a. Membaja dilakukan untuk membekalkan anak benih dengan nutrien yang lengkap dan

mencukupi.

b. Dua jenis baja digunakan, iaitu baja organik dan baja kimia

c. Membaja dilakukan 2-3 minggu sekali dengan kadar yang disyorkan.

KAEDAH PEMBIAKAN MENGGUNAKAN

KERATAN BATANG LEMBUT DAN KAYU KERAS

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan batang lembut ini termasuklah

Scindapsus atau Sireh Puteri, Tradescantia, Hedera serta banyak lagi.

Bahan yang diperlukan adalah:

a) Beberapa keratan batang pokok berkenaan (Scindapsus) sepanjang lebih kurang 1 kaki

b) Gunting pokok atau 'sekateur'

c) Bekas tanaman

d) Medium pasir sungai

e) Plastik atau bekas lutsinar

f) Hormon penggalak akar

g) Air siraman

Kaedah pembiakan:

1 Sediakan bekas dan medium tanaman dengan memasukkan pasir sungai ke dalam bekas

tanaman sehingga dua inci ke paras bibir bekas, ratakan. Goncang sedikit bekas tanaman

untuk memadatkan sedikit medium bagi menyenangkan pertumbuhan pokok.

2 Potong pokok Scindapsus di bawah buku batang dan pastikan sekurang-kurangnya dua buku

bagi setiap potongan. Buangkan daun di buku paling bawah bagi mencepatkan pertumbuhan

tunas baru dan mengelakkan pereputan batang. Jika terdapat akar udara yang tumbuh di

buku keratan, jangan dipotong kerana akar ini akan mencepatkan pertumbuhan tunas baru.

Sapukan hormon penggalak akar di bahagian buku dan akar udara.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

3 Buatkan beberapa lubang bagi memenuhi setiap ruang medium tanaman, tanam keratan

batang tadi sehingga medium menutupi buku batang yang paling bawah sekali dan padatkan

medium di sekeliling batang keratan.

4 Siram medium dan letakkan bekas tanaman dalam plastik atau bekas lutsinar serta di tempat

teduh. Tunas serta akar baru akan tumbuh dalam masa beberapa minggu.

Apabila pertumbuhan batang menjangkau melebihi lima ruas, anda bolehlah memindahkannya

untuk ditanam sama ada dalam beg politena atau pasu cantik menggunakan medium tanaman

untuk pokok berpasu. Selepas itu anda bolehlah mula membajanya dengan baja kandang (najis

ayam atau kelawar) atau baja kimia berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan batang yang

cepat.

1) Kaedah pembiakan cara di atas juga sesuai untuk pokok berkayu keras seperti pokok bunga raya dan bunga kertas tetapi batangnya dikerat secara menyerong di bawah bahagian tumbuhnya daun bagi menyediakan luas permukaan yang lebih besar untuk mencepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru

2) Medium air dan jeli boleh juga digunakan untuk pembiakan cara ini tetapi hasilnya kurang memuaskan berbanding pasir sungai. Air perlu ditukar setiap minggu bagi mengelakkan pereputan

3) Pasir sungai adalah medium terbaik untuk pembiakan menggunakan keratan batang kerana ia mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik, bersih serta tidak menghalang pertumbuhan akar baru

4) Menutup bekas tanaman dengan plastik lutsinar bagi mengekalkan kelembapan dan mencepatkan pertumbuhan akar dan tunas baru pokok

KAEDAH PEMBIAKAN BELAHAN DAN PEMBAHAGIAN RUMPUN

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Sansevieria (lidah jin), Chlorophytum,

Caladium (keladi) dan sebagai-nya.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Kaedah pembiakan:

1 Siram air atau rendam pasu tanaman berkenaan di dalam air bertakung seketika. Ini bertujuan

bagi melembutkan medium tanaman serta memudahkan kerja-kerja mengeluarkan tanaman

berkenaan daripada pasunya.

2 Pusingkan pasu dengan permukaannya ke bawah dan hentakkan permukaan pasu di atas

permukaan yang keras secara perlahan bagi memaksa rumpun pokok keluar daripada

pasunya. Keluarkan rumpun tanaman tadi daripada pasunya secara perlahan bagi

mengelakkan rumpun pokok terjatuh ke tanah.

3 Gunakan tangan atau cangkul serta pisau untuk memotong rumpun pokok kepada beberapa

rumpun kecil. Tanam rumpun ini dalam bekas tanaman dengan medium yang baru. Pokok

akan segera tumbuh segar selepas air disiram serta disembur ke daunnya. Letakkannya di

tempat teduh bagi menyesuaikannya dengan pasu dan medium yang baru. Selepas seminggu

bolehlah diberi baja dan diletakkan di tempat yang sesuai untuknya.

KAEDAH PEMBIAKAN LENTURAN BATANG ATAU RANTING

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah Scindapsus, Tradescantia, pokok

lelabah (Chlorophytum comosum) dan sebagainya. Kebanyakan pokok menjalar boleh dibiakkan

dengan kaedah ini.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Kaedah Pembiakan:

Kaedah 1:

1 Lenturkan batang atau ranting pokok berkenaan dalam air untuk merangsang pertumbuhan

akar baru.

2 Setelah berakar, panjangnya kira-kira setengah inci, kerat batang atau ranting tadi di bahagian

bawah tempat ia berakar untuk memisahkannya dari pokok asal dan tanam dalam pasu

dengan medium yang sesuai untuk pokok berkenaan.

Kaedah 2:

1 Lentur terus ke dalam medium tanaman dalam pasu.

2 Siram dan beri baja bagi menggalakkan batang pokok berakar dan boleh tumbuh dengan

sendirinya.

3 Apabila didapati tumbuh daun baru yang menunjukkan pokok berkenaan sudah boleh hidup

dengan sendirinya, potong bahagian bawah tempat yang berakar untuk memisahkannya dari

pokok induk dan terus hidup sebagai pokok baru.

KAEDAH PEMBIAKAN CARA MENGETUT

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok berbatang keras berkayu

seperti bunga kertas, bunga raya dan sebagainya.

Kaedah Pembiakan:

1 Pokok dilukakan atau dipotong kulit sekeliling ranting atau batangnya.

2 Medium tanaman yang basah untuk menggalakkan pertumbuhan akar diletakkan di sekeliling

keratan tadi.

3 Balut medium tanaman dengan plastik yang lutsinar dan ikat di kedua bahagian hujung atas

dan bawah dengan tali rafia supaya medium tidak jatuh dan wap air tidak terkeluar daripada

medium tadi. Selang beberapa minggu, akar akan tumbuh di bahagian yang dipotong tadi

kerana pokok menggunakan bahan makanan daripada medium tadi dan merangsang

pertumbuhan akar.

4 Apabila akar sudah panjang kira-kira satu inci, bolehlah dipotong bahagian berkenaan di

bawah tempat berakar tadi untuk ditanam dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.

Terdapat tiga kaedah menyediakan medium tanaman untuk mengetut:

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Kaedah 1:

2 bahagian tanah peroi : 1 bahagian bahan organik

Kaedah 2:

4 bahagian habuk papan : 2 bahagian baja organik

Kaedah 3:

Lumut sphagnum moss atau sabut kelapa lembap

TIPS

1) Untuk mencepatkan pertumbuhan akar, sapukan hormon penggalak akar di bahagian atas

keratan tut

2) Bagi memastikan medium senang lekat di bahagian yang dilukakan atau dipotong tadi,

bancuhan medium mestilah pekat dan melekit

KAEDAH PEMBIAKAN MENGGUNAKAN KERATAN DAUN

Pokok yang boleh dibiakkan melalui kaedah ini ialah Sansevieria, Begonia Peperomia dan

sebagainya. Kaedah ini tidak menjanjikan anak pokok yang tumbuh akan menyerupai keseluruhan

pokok induknya.

Kaedah pembiakan:

1 Kerat daun pokok berkenaan kepada beberapa keratan kecil.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

2 Letakkan hormon penggalak akar di bahagian bawah keratan tadi dan tanam dalam medium

pasir sungai.

3 Siram dan tutup pasu semaian dengan plastik lutsinar dan letak di tempat teduh. Kaedah ini

dilakukan bagi mengekalkan kelembapan medium tanaman dan keadaan sekeliling keratan

pokok bagi mencepatkan pertumbuhan anak pokok yang baru.

4 Selang beberapa minggu, apabila anak pokok telah tumbuh pindahkan dan tanam dalam

medium tanaman yang sesuai untuk pokok berkenaan.

1) Pilih daun pokok yang sudah matang dan dewasa untuk mendapatkan pertumbuhan anak pokok dengan cepat dan subur

2) Gunakan gunting pokok yang tajam untuk memotong dedaun yang dipilih bagi mendapatkan hasil yang memuaskan

KAEDAH PEMBIAKAN MENGGUNAKAN SULUR ANAK

Pokok yang boleh dibiakkan menggunakan kaedah ini ialah pokok Orkid, Bromeliad dan Episcia.

Kaedah pembiakan:

1 Biasanya sulur anak akan keluar dari sisi pokok induk yang menyerupai pokok induknya.

Ceraikan anak sulur berkenaan daripada induknya dengan menggunakan tangan atau gunting

pokok.

2 Potongkan serapat mungkin ke arah pokok induknya dan seboleh-bolehnya biar terdapat

sedikit akar untuknya mula tumbuh sendiri.

3 Tanam segera dalam medium tanaman yang sesuai untuknya.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

TIPS

1) Untuk sulur anak yang tidak berakar, sapukan sedikit hormon penggalak akar di bahagian

bawahnya untuk mencepatkan pertumbuhan akar

2) Jangan biarkan medium tanaman kering kerana ini akan membantutkan pertumbuhan akar

baru anak pokok berkenaan

KAEDAH PEMBIAKAN MENGGUNAKAN BIJI BENIH DAN SPORA

Banyak pokok hiasan berbunga boleh dibiakkan menggunakan biji benih seperti Balsam, Cosmos,

Tegetes dan sebagainya. Manakala kaedah pembiakan cara spora hanya berlaku kepada pokok

hiasan jenis paku pakis sahaja.

Kaedah pembiakan biji benih

Biji Fl

Biji benih Fl untuk pokok berbunga semusim seperti Petunia, Zinnia, Celosia dan sebagainya yang

diimport dari luar negara boleh dibeli di pusat tanaman. Biji ini hanya dapat digunakan untuk

menanam pokok berkenaan untuk satu musim sahaja. Pokok dari benih ini tidak akan

mengeluarkan biji untuk tanaman seterusnya. Biji yang baru harus dibeli untuk pembiakan dan

penanaman pokok bunga ini seterusnya. Ikuti kaedah penyemaian dan penjagaannya seperti

panduan yang tertera di pek biji.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Biji benih halus

Bagi biji benih halus yang didapati dari pokok tanaman tempatan, kaedah penyemaian dan

penjagaannya adalah seperti berikut:

1 Sediakan medium tanaman yang bersesuaian untuk menyemai biji benih dalam nisbah 2:1:1

(Tanah loam:Bahan organik:Pasir sungai). Untuk semaian biji yang halus anda perlu

mencampurkan biji berkenaan dengan pasir halus dalam nisbah 1:5 (Biji benih:Pasir halus)

supaya kerja menaburnya dapat dilakukan dengan mudah.

2 Taburkan campuran biji benih dan pasir tadi di atas permukaan medium tanaman dengan

rata.

3 Kemudian taburkan satu lapis medium tanaman yang nipis di atas campuran biji benih tadi

bagi menutupinya.

4 Siram medium tanaman dan letakkan bekas semaian di tempat teduh.

Biji benih kasar

1 Tanam dua biji benih dalam satu lubang dengan jarak 10 sentimeter di antara satu dengan

yang lain dan sedalam lebih kurang dua kali diameter bijinya. Sebaiknya ditanam dalam

garisan yang lurus.

2 Kambus biji benih dengan medium tanaman dan kejapkannya dengan jari.

3 Kekalkan kelembapan medium dengan meletakkan bekas tanaman di dalam beg plastik atau

bekas tertutup lain. Apabila anak benih telah tumbuh, buangkan beg plastik tadi untuk

pertumbuhan anak benih seterusnya.

4 Apabila anak pokok telah tumbuh empat helai daun, bolehlah dipindahkan untuk ditanam

dalam bekas yang tetap untuknya. Sebelum dipindah, eloklah anak pokok dikeraskan terlebih

dahulu bagi mengurangkan renjatan. Ini bermakna air siraman dan perlindungan daripada

cahaya matahari secara perlu dikurangkan beransur-ansur supaya anak pokok dapat

menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar di persekitarannya.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Spora pokok paku di bawah daunnya yang boleh dilihat dengan mata kasar

Spora

Hanya pokok paku pakis sahaja yang boleh membiak menggunakan spora yang biasanya tumbuh

di bawah daun atau frondnya. Biasanya spora dapat dilihat dengan mata kasar di bawah daun

walaupun ianya agak halus.

Kaedah pembiakan menggunakan spora adalah seperti berikut:

1 Pilih daun yang sihat dan mempunyai banyak spora yang telah matang.

2 Letakkannya dalam beg plastik lutsinar dan goncang daun tersebut. Spora berwarna perang

akan gugur di dalam beg plastik tadi. Kembangkan lumut tanah gambut atau span dengan

menyiram air ke atasnya.

3 Taburkan spora tadi di atas lumut tanah gambut atau span dan letakkannya dalam beg plastik,

ikat hujungnya untuk mengekalkan kelembapan.

4 Apabila terdapat tunas anak berwarna hijau mula tumbuh, buatkan lubang di sekeliling beg

plastik untuk peredaran udara supaya anak pokok cepat tumbuh.

5 Selepas sebulan iaitu apabila anak pokok telah besar sedikit, bolehlah dipindahkan untuk

ditanam dalam bekas tanaman yang lebih besar.

1) Di negara kita ini terdapat banyak paku pakis membiak di dalam hutan dan juga di atas pokok kelapa sawit contohnya paku langsuyar, paku tanduk rusa dan sebagai-nya. Anak benih yang dicambah secara semula jadi ini boleh diambil untuk ditanam sebagai pokok hiasan

2 Fikirkan beberapa jenis paku pakis yang boleh juga dibiakkan menggunakan kaedah pecahan rumpun.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

TAJUK 8 PENANAMAN DAN PENYELENGGARAAN TUMBUHAN DALAM

PASU ATAU BEKAS TANAMAN TUMBUHAN HIASAN

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Bekas menanam

Jenis dan ciri bekas

Pemilihan dan penyediaan bekas

Medium menanam

Ciri medium menanam yang baik

Bahan-bahan untuk penyediaan medium dan cirinya

Jenis-jenis ramuan medium menanam

Langkah-langkah penanaman

Penanaman dalam bekas

Penanaman di batas

KANDUNGAN ISI

Penanaman Tumbuhan Hiasan

ASAS TANAMAN POKOK DALAM PASU

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Terdapat perkara asas mengenai penanaman pokok hiasan dalam pasu yang perlu diikuti supaya

pokok berkenaan dapat hidup dengan subur.

Pasu atau planter juga mampu mencantikkan tanaman. Tetapi pemilihan dan penggunaannya

haruslah disesuaikan dengan jenis pokok yang hendak ditanam. Adalah tidak sesuai

menggunakan pasu yan besar untuk tanaman yang semula jadinya kecil. Begitu juga sebaliknya.

ASAS TANAMAN POKOK DALAM BEKAS/PASU

Bekas dan Tanaman yang sesuai:

Pelbagai bekas tanaman seperti pasu atau planter pelbagai saiz dan bentuk boleh dipilih untuk

disesuaikan dan digunakan dalam tanaman pokok hiasan. Umpamanya pokok tinggi seperti palma

perlu ditanam dalam pasu yang tinggi serta berat yang diperbuat daripada bahan seramik atau

tanah liat. Pokok menjalar pula seperti Scindapsus sesuai ditanam dalam pasu cetek, ringan dan

rendah, manakala pokok air seperti kiambang perlu ditanam dalam pasu yang boleh menakung air

sebagai medium tanaman. Bekas tanaman yang dipilih hendaklah berfungsi dan bersesuaian

dengan pokok yang ingin ditanam selain untuk cantik sebagai hiasan.

Ruang air:

Ruang ini perlu diadakan dalam ukuran dua inci dari permukaan atas pasu dan medium tanaman.

Ianya hendaklah dibiarkan kosong supaya air siraman atau air hujan dapat bertakung seketika

untuk proses penyerapan bagi membasahi keseluruhan medium tanaman.

Piring Takungan Air:

Bertujuan menakung lebihan air siraman agar tidak mengotori lantai, hamparan permaidani dan

sebagainya. Namun begitu, air yang bertakung lama boleh menyebabkan akar pokok terendam

dan boleh mematikan pokok. Air takungan juga memudahkan pembiakan nyamuk Aedes. Bagi

mengelak ini terjadi, letakkan medium yang boleh menyerap air tersebut seperti sphagnum moss

atau kertas surat khabar di dalam piring takungan air sebelum meletakkan bekas tanaman di

atasnya. Air lebihan akan diresapi medium tadi dan dilepaskan ke udara. Terdapat satu kaedah di

mana bekas takungan air boleh dijadikan bekas untuk membekalkan air kepada pokok bila

diperlukan.

Lubang saliran air:

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Lubang ini penting bagi memastikan air siraman dapat mengalir keluar dan tidak menakung di

dalam bekas atau pasu yang boleh mengakibatkan pereputan akar pokok dan akhirnya boleh

mematikannya.

Lapisan penapis medium:

Lubang saliran air bekas tanaman perlu ditutupi supaya medium tanaman tidak terkeluar bersama

air siraman. Bahan yang boleh digunakan untuk tujuan ini ialah serpihan pasu atau batu-bata

pecah, serat kelapa, lumut sphagnum moss, batu kerikil, jaring plastik dan sebagainya.

Medium Tanaman:

Terdapat pelbagai medium tanaman yang boleh digunakan dalam penanaman pokok dalam bekas

(Rujuk bab 2). Medium tanaman berasaskan tanah mestilah memudahkan air mengalir keluar

serta tidak menakungkan air.

Ruang Sungkupan:

Sebagai pilihan, gunakan bahan sungkupan seperti serat kelapa, mayang bunga kelapa sawit dan

sphagnum moss untuk menghindari kesan kekeringan medium tanaman dengan cepat

disebabkan keterikan cahaya matahari terutama pada waktu tengah hari. Dengan meletakkan

bahan sungkupan ini, medium tanaman akan sentiasa lembap dan akar pokok kekal sejuk untuk

pertumbuhan pokok yang sihat sentiasa. Melalui kaedah ini juga, kekerapan siraman air boleh

dikurangkan. Dengan mengikuti kaedah penanaman pokok hiasan seperti di atas, Insya-ALLAH

tanaman hiasan anda akan hidup subur sentiasa seperti yang diidamkan.

KENALl PASU

Menanam pokok hiasan di dalam pasu adalah satu kaedah penanaman untuk ruang sempit

seperti balkoni di rumah pangsa atau kondominium. Kaedah ini bertujuan mengawal pertumbuhan

pokok supaya dapat mengekalkan nutrien, air atau kelembapan untuk pertumbuhan yang segar

sentiasa. Pokok berpasu senang dialih untuk disesuaikan dengan suasana hiasan dalaman

kediaman atau pejabat kita.

Terdapat pelbagai jenis pasu tanaman yang dijual di pasaran diperbuat daripada tanah liat,

plastik, simen, seramik dan sebagainya. Manakala saiznya juga pelbagai dari sekecil-kecilnya

untuk semaian anak benih, hinggalah yang paling besar untuk tanaman pokok besar seperti pokok

pinang merah di hotel-hotel dan premis perniagaan. Terdapat juga pasu yang dihasilkan khusus

untuk tanaman tertentu seperti berikut:

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

a Pasu orkid yang mempunyai lubang di sekelilingnya bagi memudahkan peredaran udara iaitu

keperluan utama untuk akar orkid tumbuh subur.

b Pasu pokok bonsai dibina rendah bagi menyerlahkan akar pokok dan biasanya dihiaskan

dengan lukisan seperti pokok buluh dan sebagainya.

c Self-watering pot iaitu pasu yang dapat menyediakan sistem pengairannya tersendiri untuk

pokok bagi mengurangkan kekerapan siraman air.

d Pasu tanpa lubang di bawah dibuat khas bagi menakung air khusus untuk tanaman air seperti

kiambang, pegaga air, keladi bunting dan sebagainya.

e Beg politena merupakan pasu sementara untuk menyemai anak pokok. Ia boleh juga

digunakan untuk menanam pokok hiasan ringkas untuk diletakkan dalam bekas atau planter

cantik. Biasanya ia digunakan untuk hiasan pentas, taman mini untuk pameran dan

sebagainya.

f Bahan terbuang seperti botol air mineral, tin susu tepung dan teko lama boleh juga digunakan

sebagai pasu tanaman. Biasanya bahan terbuang ini digunakan oleh masyarakat kampung

zaman dahulu. Selain berjimat, ia juga boleh mengurangkan pembaziran bahan buangan yang

boleh dikitar semula.

Panduan memilih pasu tanaman kita adalah seperti berikut:

1) Pilih saiz pasu yang sesuai untuk tanaman kita.

2) Pilih bahan pasu yang bersesuaian dengan jenis tanaman. Contohnya, pokok besar perlu

ditanam dalam pasu diperbuat daripada bahan seperti tanah liat yang berat dan tidak mudah

tumbang.

3) Pilih pasu yang mempunyai lubang di bawah untuk memudahkan air siraman keluar.

4) Pastikan pasu mudah dibersihkan bagi mengekalkan pameran pokok yang cantik.

5) Ia perlulah menarik bentuknya dengan kemasan-kemasan corak yang cantik.

CIRI-CIRI PASU TANAMAN

a Pasu plastik

Ringan dan mudah mengangkatnya serta sesuai bagi pokok yang perlu kerap diubah

kedudukannya untuk mendapatkan dedahan cahaya yang diperlukan. Ia kurang sesuai untuk

pokok besar kerana ringan dan mudah tumbang. Ia tidak mahal dan senang dicuci. Medium

tanaman lambat kering kerana plastik tidak meresap air. Terdapat pelbagai warna pilihan dan

reka bentuk unik, boleh disesuaikan dengan hiasan dalaman.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

b Pasu tanah liat

Berat dan mantap sesuai untuk tanaman pokok besar. Harganya mahal tetapi penampilannya

lebih menarik. Ia susah untuk dicuci dan mudah pecah. Terdapat ruang roma yang

memudahkannya meresap air keluar menyebabkan air siraman cepat kering dan perlu

dikerapkan siramannya.

KENALl BEKAS TANAMAN DAN KEGUNAANNYA

Pokok boleh ditanam dalam pelbagai jenis pasu atau diletakkan dalam planter untuk menambah

seri pokok berkenaan. Oleh itu ketahuilah beberapa cara untuk menambah seri pokok tanaman

kita itu agar nampak lebih berseri dan bergaya penampilannya untuk hiasan.

Bekas tanaman, planter dan stand

Penggunaan bekas tanaman atau planter dan stand atau alasnya untuk mempamerkan pokok

hiasan adalah idea yang bijak untuk menyerlahkan lagi penampilan pokok tanaman kita.

Bekas tanaman ini berfungsi sebagai pengalas atau tempat takungan pasu tanaman berkenaan

supaya air siraman tidak akan keluar membasahi lantai serta hamparan seperti tikar, permaidani

dan sebagainya. Pada masa yang sama, bekas ini juga berfungsi mencantikkan lagi pameran

serta penampilan pokok hiasan.

Pokok yang pada asalnya ditanam dalam satu pasu yang suram serta malap warnanya atau

ditanam dalam beg politena sahaja dapat disembunyikan dalam satu planter cantik yang boleh

menambah seri penampilan pokok berkenaan.

Biasanya bekas tanaman ini diperbuat dari bahan tembikar tanah liat atau seramik yang nampak

seperti pasu tanaman tetapi tanpa lubang di bawahnya untuk menakung air siraman.

Kini terdapat pelbagai bekas tanaman yang diperbuat dari bahan seperti plastik, tembaga, rotan,

buluh dan sebagainya. Pokok yang ditanam dalam pasu atau bekas biasa akan menyerlah apabila

diletakkan di dalam bekas tanaman berbentuk unik dan cantik.

Selain daripada itu, bahan terbuang seperti bekas air mineral, teko atau cerek lama juga boleh

dijadikan bekas tanaman. Hiaskan bekas tadi dengan riben atau bahan lain yang boleh dibeli dari

pusat kraftangan bagi mencantikkannya.

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Sementara penggunaan alas atau stand boleh menambah seri pokok hiasan kita. Ia boleh

diselaraskan atau boleh disesuaikan untuk kesan ketinggian kepada pokok yang diperlukan dalam

gubahan pokok hiasan taman mini dan sebagainya.

Stand yang agak besar biasanya sesuai diletakkan di luar halaman rumah agar pokok hiasan

nampak lebih menarik

Pasu besar yang boleh juga dijadikan stand

Adakalanya stand berwarna putih diletakkan di tengah-tengah pelamin untuk menambah seri hari

persandingan

Pelbagai saiz dan bentuk stand yang boleh anda dapati di kedai-kedai menjual pasu

MEDIUM TANAMAN UNTUK POKOK HIASAN

Topik ini akan menceritakan mengenai jenis medium, kepentingannya serta nisbah campuran

yang sesuai untuk pertumbuhan setiap pokok yang ditanam.

Campuran medium tanaman yang sesuai untuk setiap pokok yang ditanam adalah perlu bagi

tujuan berikut:-

i. memudahkan pertumbuhan akar bagi pembesaran pokok.

ii. membekalkan nutrien secukupnya dan seimbang bagi keperluan pokok.

iii. mengekalkan air atau kelembapan secukupnya untuk pertumbuhan pokok.

iv. memastikan pokok tumbuh menegak dan subur sentiasa.

Di antara medium tanaman yang biasa digunakan ialah medium berasaskan tanah seperti tanah

gembur atau peroi (loam), tanah gambut (peat), pasir sungai dan bahan organik reput seperti najis

ayam. Setiap pokok memerlukan campuran medium yang berlainan bagi memastikan ia hidup

subur seperti di alam semula jadinya.

Tanah peroi Pasir sungaiTanah gambut Bahan organik

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

69

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

TAJUK 9 PENJAGAAN TANAMAN HIASAN

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

Memerihalkan pelbagai kerja penjagaan tumbuhan hiasan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Menyiram

Membaja

Menggembur

Mencantas dan memangkas

Kawalan rumpai, perosak dan penyakit

Pemasuan semula

KANDUNGAN ISI

Penjagaan Tanaman Hiasan

KEPERLUAN AIR PADA POKOK TANAMAN

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan pokok. Ia memenuhi

semua sel daun, batang, ranting, bunga dan seumpamanya. Ia juga diperlukan sebagai

medium bagi pengaliran nutrien dan garam galian dari dalam medium tanaman seperti

campuran tanah ke seluruh bahagian pokok terutama daun untuk proses fotosintesis.

Proses fotosintesis adalah proses pembinaan makanan oleh tumbuhan berklorofil

menggunakan bahan seperti cahaya, mineral, air dan sebagainya. Air juga diperlukan

dalam proses transpirasi di mana melalui proses ini, pokok disejukkan terutama pada

hari panas terik.

Keperluan air kepada pokok bergantung kepada:

70

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

a Saiz pasu dan saiz tanaman:

Lebih besar pasu dan tanaman anda, lebih banyak air dan kekerapan siraman

diperlukan.

b Jenis pasu:

Pasu jenis tanah liat memerlukan banyak siraman air. Ini kerana air mudah

menyerap dan kering dengan cepatnya.

c Kelembapan udara mengikut musim:

Udara menjadi lembap pada musim hujan dan keperluan pokok pada siraman air

adalah berkurangan. Begitulah sebaliknya pada musim panas atau kemarau.

Keperluan air di antara satu pokok dengan yang lain adalah berbeza dan boleh

dikategorikan seperti berikut:

a Pokok berdaun besar memerlukan kelembapan sentiasa.

b Pokok di mana medium tanamannya perlu dibiarkan kering dahulu sebelum disiram

semula.

c Pokok yang perlu dijarakkan tempoh siramannya. Contohnya kaktus yang hanya

perlu disiram sekali seminggu bagi disesuaikan dengan keadaan habitat semula

jadinya iaitu di padang pasir.

Air hujan adalah contoh terbaik air siraman kerana ia mengandungi nutrien yang

diperlukan oleh pokok, lebih sejuk dan dihasilkan secara semula jadi. Namun begitu, air

paip juga boleh digunakan secara terus atau dibiarkan semalaman dalam bekas

sebelum ia digunakan. Kaedah ini dilakukan bagi mengurangkan kandungan klorin

dalam air tersebut bagi mendapatkan kesan terbaik seperti air hujan kepada

pertumbuhan pokok.

Kaedah siraman untuk pokok adalah seperti berikut:-

Kaedah 1:

- Siraman dari atas terus ke medium tanaman sehingga air mengalir keluar dari

lubang di bawah pasu.

71

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Kaedah 2:

- Rendamkan pasu tanaman seketika dalam bekas air bertakung sehingga

menenggelamkan hampir seluruh bahagian pasu dan elakkan air daripada

memasuki bahagian atas pasu. Biarkan medium tanaman meresapi air hingga ke

permukaannya. Kemudian angkat pasu dan biarkan air mengalir keluar dari bawah

pasu.

Kaedah ini sesuai bagi pokok yang sensitif kepada siraman dari atas seperti pokok

kaktus.

Kaedah 3:

- Menyemburkan air ke daun dapat mengekalkan kelembapan dan menyegarkannya

terutama pada musim panas bagi pokok yang memerlukan kelembapan sentiasa

seperti pokok Tradescantia, Scindapsus atau Sireh Puteri dan sebagainya.

Oleh itu, adalah mustahak bagi kita untuk mengetahui amaun, kekerapan siraman dan

kaedah siraman yang diperlukan oleh setiap pokok yang ditanam agar sentiasa subur.

Insya-ALLAH, keperluan ini akan diterangkan secara terperinci dalam Bab 6 nanti.

1) Elakkan daripada terlalu lebihkan siraman air pada pokok

tertentu yang boleh mengakibatkan akarnya terendam, reput

dan mematikan pokok berkenaan.

2) Kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada pokok memerlukan

air siraman atau tidak ialah dengan menggunakan jari telunjuk

atau pensel dan dicucuk ke dalam medium tanaman sedalam

kira-kira 1 inci. Jika didapati hujung jari atau pensel berkenaan

kering, maka itu menandakan pokok berkenaan perlu disiram

POKOK

Cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu proses kimia bagi

memproses makanan untuk pertumbuhan pokok. Kuantiti cahaya yang diperlukan

72

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

berlainan di antara satu pokok dengan yang lain. Pada asasnya ia dibahagikan kepada

tiga jenis dedahan seperti berikut:-

1 Dedahan kepada 100% cahaya matahari atau panas terik. Biasanya pokok

berbunga memerlukan dedahan sebegini untuk menggalakkan pertumbuhan bunga

yang banyak dan cantik tetapi pastikan ia juga diberikan baja pembungaan yang

secukupnya.

2 Dedahan kepada 50% cahaya matahari di mana pokok perlu diletakkan di bawah

lindungan pokok besar atau jaring hijau atau hitam. Jaring ini boleh dibeli dari pusat

tanaman atau kedai hardware.

3 Dedahan kepada keadaan yang redup atau teduh seperti di dalam rumah atau

pejabat. Terdapat juga pokok yang begitu tahan lasak dan boleh hidup subur sama

ada didedahkan pada cahaya matahari terik atau dibiarkan di tempat teduh.

Contoh pokok sebegini ialah spesies dari genus Sansevieria atau lidah mak mertua

atau lidah jin.

Secara umumnya, kita boleh perhatikan tanda-tanda kesan cahaya kepada pokok.

Tanda pokok yang terdedah kepada cahaya berlebihan ialah:

a) Daunnya menjadi layu bermula dari hujung dan seterusnya kelihatan melecur.

b) Semua daunnya menjadi bergulung dan melengkung.

c) Warna daun dan bunganya menjadi pudar, tidak bermaya serta menjadi layu.

Jika dibiarkan, pokok akan mati. Segera pindahkan pokok berkenaan ke tempat yang

lebih teduh atau redup.

Tanda pokok yang kurang dedahan kepada cahaya pula ialah:

a) Pertumbuhan bunganya tidak mekar atau kudup kering dan layu sebelum kembang.

b) Daunnya akan menjadi kekuningan.

73

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

c) Batang pokoknya menjadi kurus dan panjang, kelihatan kurang sihat, tidak bermaya

dan senang dijangkiti penyakit.

d) Bagi pokok jenis variegated yang biasanya terdapat corak keputihan di permukaan

daunnya, ia akan bertukar menjadi hijau pada keseluruhannya.

Oleh itu pindahkan pokok ke tempat yang lebih bercahaya.

1) Pilih pokok yang hanya memerlukan sedikit dedahan cahaya untuk ditanam di dalam rumah atau pejabat

2) Jangan biarkan pokok berpasu tumbuh lama pada tempat yang kurang bercahaya. Eloklah ianya diubah ke tempat bercahaya bagi mengekalkan kesuburannya.

3) Jangan ubah pokok ketika ia sedang berbunga kerana ini akan membantutkan pertumbuhan bunganya atau bunganya akan menjadi layu tiba-tiba dan terus gugur

4) Pokok berdaun beraneka warna memerlukan lebih cahaya berbanding pokok berdaun hijau. Pokok berbunga memerlukan sedikit cahaya langsung manakala pokok yang menyimpan air memerlukan banyak cahaya

KEPERLUAN PEMBAJAAN UNTUK POKOK TANAMAN

Selain medium tanaman yang sesuai, air dan cahaya yang mencukupi, pokok juga

memerlukan pembajaan yang sempurna dan sesuai untuk tumbesarannya. Dalam

proses penanaman pokok dalam pasu atau bekas lain atau tanaman di atas tanah,

medium tanaman perlu dicampurkan dengan baja organik (baja kandang) seperti najis

ayam atau yang telah diproses. Ini dilakukan bertujuan untuk membekalkan segala

nutrien dan mineral untuk pertumbuhan pokok berkenaan.

74

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Namun begitu, baja ini hanya boleh bertahan selama lebih kurang tiga bulan sahaja.

Oleh itu, pembajaan seterusnya adalah perlu untuk mengekalkan kesuburan pokok

tanaman. Di pasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual sama ada baja kandang

(organik) yang siap diproses atau baja kimia.

Di antaranya adalah seperti berikut:-

1 Garam larutan air

Baja jenis ini didatangkan dalam warna tertentu seperti hijau untuk pertumbuhan

daun yang subur. Merah untuk pembungaan yang lebat dan biru pula untuk

menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti tinggi. Ia mudah digunakan melalui

larutan dalam air siraman yang boleh disiram atau disembur terus ke pokok.

2 Baja bijian

Baja ini sesuai untuk pokok besar seperti pokok buah-buahan. Awas jika

menggunakan-nya untuk membajai pokok hiasan kecil yang ditanam dalam pasu

atau bekas lain. Baja ini boleh menyebabkan bahagian yang terkena-nya seperti

batang, ranting atau daun cepat melecur dan boleh mematikan pokok berkenaan.

Baja jenis ini juga di datangkan dalam berbagai warna dan kegunaannya juga

seperti garam larutan.

75

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

3 Baja cecair

Baja jenis ini didatangkan dalam bentuk cecair dan senang digunakan iaitu dibancuh

terus dengan air untuk disiram atau disembur pada pokok.

4 Baja organik

Biasanya ia siap diproses untuk menghapus-kan baunya yang busuk dan diperbuat

daripada najis ayam dan kelawar. Baja organik juga boleh diproses sendiri daripada

tumbuhan seperti rumput, daun, bahan dapur terbuang seperti lebihan sayur dan

sebagainya. Selain boleh menjimatkan wang, ianya baik untuk pertumbuhan pokok

dan lebih mesra alam.

5 Slow Release Fertilizer

Sejenis baja yang didatangkan dalam bentuk yang mudah digunakan seperti bentuk

silinder yang hanya perlu dicucuk ke dalam medium tanaman. Ia akan

mengeluarkan baja secara perlahan melalui air siraman setiap hari. Ianya mudah,

bersih dan ringkas kerana tidak perlu diberikan setiap hari. Sangat sesuai untuk

mereka yang sibuk bekerja tetapi harganya agak mahal.

6 Baja khas

Baja jenis ini diciptakan untuk pokok tertentu seperti baja orkid, kaktus, pokok air,

ros dan sebagainya.

76

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

7 Lain-lain jenis baja

Terdapat juga baja yang terus dicampurkan dengan penggalak tumbuhan atau

hormon, unsur surih (trace element), Aloe vera atau asid humik untuk menggalak

dan mempercepatkan pertumbuhan pokok hiasan.

8 Hormon penggalak akar

Selain baja, pokok juga memerlukan hormon penggalak akar untuk

mempercepatkan pertumbuhan akar terutama untuk keratan batang yang baru di

tanam.

Biasanya pada pek baja akan dicatatkan kandungan nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium

(K) seperti N 13, P 18, K 25. Jika kandungan nitrogennya tinggi, bermakna ia adalah

khas untuk pertumbuhan daun.

Sebaliknya jika kandungan fosfatnya pula yang tinggi, bermakna ia sesuai untuk

pertumbuhan akar dan bunga. Manakala jika kadar kaliumnya tinggi, maka ia adalah

khas untuk pengeluaran buah yang banyak serta berkualiti tinggi.

Walau apa pun jenis baja yang digunakan, pastikan anda mengikuti arahan yang

terdapat pada pek baja berkenaan. Ini perlu bagi pertumbuhan pokok yang diinginkan

selain mengelakkan pokok layu dan mati akibat melebihi amaun dan kekerapan yang

disyorkan di pek baja yang digunakan.

Baja garam larutan lebih mudah digunakan kerana sifatnya yang boleh dilarutkan dalam

air dan disiram atau disembur terus ke pokok. Bancuhan ini juga boleh dicampurkan

dengan racun serangga dan ubat pencegah jangkitan penyakit dan kulat.

77

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Untuk baja bijian, kita perlu berhati-hati menggunakannya bagi mengelakkan kejadian

melecur daun, batang dan sebagainya. Jika terkena, keluarkannya segera dan siramkan

dengan air.

Kaedah terbaik menggunakan baja bijian ialah dengan mengorek lubang pada

permukaan medium tanaman, masukkan beberapa biji baja dan tutup semula dengan

medium tanaman. Seterusnya siram bagi mendapatkan kesan segera. Cara ini juga

boleh mengelakkan kejadian melecur jika terkena bahagian pokok. Baja bijian juga tidak

mudah terpercik keluar apabila disiram air terutama jika menggunakan hos atau paip air

dengan tekanan air yang kuat.

1. Gembur tanah selepas melakukan pembajaan. Berhati-hati melakukannya agar akar pokok tidak dicederakan. Selepas itu, siram bagi memastikan baja dapat meresap terus ke akar untuk segera digunakan oleh pokok

2. Jangan lakukan pembajaan pada pokok yang layu kerana kesannya boleh terus mematikan pokok. Sebaiknya siram dahulu medium tanaman dengan air bagi menyegarkan pokok sebelum dilakukan pembajaan seterusnya

Cara-cara Pemasuan Semula

1. Gunakan pasu lama atau baru. Jikan gunakan pasu lama, cuci

pasu hingga bersih. Jika gunakan pasu baru, rendam dalam

air semalaman.

2. Sediakan pasu seperti biasa dan isikan serpihan pasu 1/4

pasu dan medium campuran setengah pasu.

78

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

3. Cantas mana-mana bahagian tumbuhan yang tidak

dikehendaki, seperti ranting mati, buruk, berpenyakit atau

terkeluar dari bentuknya. Potong juga akar yang terkeluar dari

lubang saliran. Siramkan pokok yang dicantas.

4. Selepas lebih kurang 1 jam keluarkan pokok dari pasu - rebah

atau pusingkan pasu dan ketuk bibir pasu perlahan-lahan

supaya tanah dan pasu terpisah. Kemudian pegang pangkal

pokok dan tarik keluar perlahan-lahan.

5. Cantas bahagian akar yang berserabut dan tidak dikehendaki.

Bahagian akar dan tanah yang tinggal bolehlah dipotong

dalam bentuk segi empat atau bulat menggunakan pisau atau

parang. Sebanyak mana yang perlu dibuang bergantung

kepada keadaan pokok, pasu dan akar; yang penting akar

utama tidak rosak.

6. Tanam seperti biasa. Padatkan medium di sekeliling akar.

Tambahkan medium sehingga sama paras dengan pangkal

pokok. Hentakkan pasu perlahan-lahan supaya medium

mendap.

7. Siram pokok secukupnya. Letakan di bawah teduhan selama

seminggu sebelum dikeluarkan ke tempat biasa.

79

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

TAJUK 10 REKA CIPTA LANDSKAP

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN

Menyediakan reka bentuk landskp dan melaksanakan projek landskap yang telah dirancang

KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai seperti

contoh di bawah)

Merancang dan melakar rekabentuk landskap

Pelaksanaan projek

KANDUNGAN ISI

Landskap

Landskap ialah pembangunan sesuatu kawasan bila dilihat dalam bentuk rupabumi dan

ciri-ciri kawasan di sekitarnya. Landskap berbeza mengikut ciri-ciri kebudayaan, ugama,

iklim dan kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan oleh manusia. Ia mencerminkan sistem

yang dinamik, semula jadi dan sosial.

Merancang dan Merekabentuk

Perancangan dan merekabentuk adalah merupakan salah satu aktiviti utama dalam

landskap. Ia adalah untuk menentukan supaya pembangunan sesuatu kawasan dapat

memenuhi kemahuan pengguna mengikut reka bentuk yang sesuai. Reka bentuk

landskap ialah penyusunan elemen-elemen yang perlu ada di sesuatu kawasan menurut

prinsip-prinsip reka bentuk.

Elemen-elemen landskap adalah seperti berikut:

1) Tambuh-tumbuhan

2) Struktur binaan

3) Air

4) Hidupan - Manusia atau haiwan

5) Topografi

80

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

1. Tumbuhan-tumbuhan

Tumbuhan-tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam landskap kerana

tumbuhan adalah satu-satunya elemen yang dinamik, berubah dari satu masa ke

semasa. Tambuhan juga memberi suasana yang nyaman, tenteram dan perasaan yang

berlainan dari masa ke semasa. Gubahan dan aturan tumbuhan dalam landskap

dikenali sebagai reka bentuk taman.

2. Struktur binaan

Struktur binaan adalah bahan yang dibina oleh manusia untuk tujuan tertentu. Ia boleh

digunakan untuk mengambil tempat tumbuh-tumbuhan, bagi memberi keanekaan,

tumpuan, warna dan tekstur. Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dalam

menggunakan struktur binaan ialah kesesuaian penggunaan, keselamatan pengguna

dan kerja-kerja penyelenggaraannya.

Dari itu struktur binaan digunakan kerana:

a) Ia mempunyai ciri-ciri yang tidak terdapat pada tumbuhan.

b) Ianya tahan lasak dan kurang penyenggaraan.

c) Ianya mudah dibentuk kepada bentuk-bentuk yang dikehendaki.

3. Air

Air merupakan elemen reka bentuk yang boleh memberi perasaan pada satu-satu

rekaan atau gubahan dalam landskap. Air boleh direka bentuk sebagai air terjun, air

pancutan, kolam dan sebagainya bagi kesesuaian tempat dan juga kehendak pengguna.

Disamping itu ia boleh menambahkan aktiviti kepada kawasan-kawasan rekreasi.

4. Makhluk Alam (Manusia dan Haiwan)

Manusia dan haiwan merupakan elemen yang dapat menentukan kejayaan pada

sesuatu rekaan dan gubahan landskap dengan menghidupkan suasana kawasan

tersebut.

5. Topografi

Rupabumi memain peranan penting dalam landskap kerana elemen ini boleh

81

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

disesuaikan dengan reka bentuk sesuatu jenis landskap. Komponen rupabumi adalah

seperti gunung-ganang, bukit-bukau, lembah lurah dan curam landai.

Kategori Landskap

Landskap dikategorikan mengikut asal kejadiannya seperti:

a. Semula jadi - hutan rimba, gunung, bukit, danau, air teIjun dan lain-lain.

b. Buatan Manusia - Taman-taman rekreasi, plaza, halaman rumah, pejabat dan lain -

lain.

Jenis-jenis landskap ini dikategorikan mengikut fungsi tiap-tiap landskap, misalnya:

a. Taman rekreasi dikenali sebagai landskap penyertaan (participatory landscape)

b. Kawasan Perumahan dikenali sebagai landskap kediaman (residential landscape)

c. Sekolah, Masjid, hospital dikenali sebagai landskap institusi (institutional landscape)

Landskap boleh dikategorikan juga mengikut peranan elemen-elemen dalamnya

misalannya taman yang daya tarikannya ialah airnya dikenali sebagai landskap air

(water scape).

Landskap yang dipenuhi dengan elemen-elemen struktur binaan landskap ini dikenali

landskap kejur (hardscape) dan sebaliknya jika dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan dikenali

sebagai landskap lembut (softscape).

Elemen-Elemen Reka bentuk Dalam Tumbuhan

Di dalam gubahan elemen-elemen tertentu digunakan untuk mencapai kesan-kesan

yang diingini. Elemen-elemen reka bentuk ini ialah garisan, bentuk, tekstur dan warna.

Di dalam tumbuhan elemen-elemen ini boleh dilihat pada bahagian-bahagian tumbuhan

seperti warna bunga, tekstur batang, bentuk individu ataupun sekelompok tumbuhan.

Sewaktu menggubah dengan tumbuhan perhatian perlu diambil terhadap elemen-

elemen yang mungkin akan berubah dengan perubahan faktor-faktor luaran seperti

masa, cahaya, kesuburan tanah dan sebagainya.

1) Garisan

Garisan merupakan penghubung di antara dua titik. Ia merupakan asas kepada elemen-

82

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

elemen reka bentuk. Garisan boleh menghasilkan bentuk bulat, empat segi tepat dan

sebagainya. Garisan boleh jadi nyata ataupun tidak nyata. Garisan nyata benar-benar

wujud seperti garisan kapur di padang bola atau pun garisan pokok pagaran. Garisan

boleh jadi tidak nyata apabila ianya wujud di dalam pemikiran kita seperti garisan yang

wujud di dalam satu barisan tumbuhan ataupun garisan di antara sebaris tiang-tiang

bendera. Garisan boleh menjadi abstrak, simbolik, berbentuk, bertekstur dan

sebagainya.

Di dalam reka bentuk taman, garisan menjadi asas atau rangka kepada gubahan

tersebut. Biasanya kita pemilih reka bentuk yang dipilih berbentuk geometri iaitu garisan

yang kita gunakan berkeadaan 'rigid' memilih gubahan yang semula jadi dengan garisan

yang digunakan adalah lebih 'fluid'. Garisan juga dapat digunakan untuk menghasilkan

banyak kesan-kesan visual seperti mengarahkan pemandangan, mempercepatkan atau

melambatkan pergerakan, menyambut atau menolak kedatangan, mewujudkan suasana

yang stabil atau tidak stabil, mewujudkan tarikan dan bermacam-macam lagi.

Dengan tumbuhan, garisan boleh diwujudkan melalui aturan penanam, tepi-tepian,

tebing-tebing. Sementara itu garisan semula jadi batang dan dahan juga boleh

digunakan.

2) Bentuk

Bentuk dilahirkan dari garisan yang melingkunginya. Terdapat bentuk dua dimensi

(shape) dan bentuk tiga dimensi (form). Di dalam reka bentuk taman bentuk tiga dimensi

(kita akan gunakan istilah 'bentuk' sahaja selepas ini), adalah penting dan selalu

digunakan.

Setiap jenis tumbuhan mempunyai bentuk semula jadi yang tertentu. Bentuk-bentuk ini

termasuklah bulat, bujur telur, lonjong, tiga segi dan segi tiga terbalik, lampai, menjalar

dan sebagainya. Selain dari itu bentuk-bentuk yang lebih geometrik boleh diperolehi

dengan melakukan pangkasan. Di dalam reka bentuk taman bentuk semula jadi lebih

diutamakan kerana ia akan mengurangkan kerja-kerja penyenggaraan.

Bentuk berbeza dari elemen-elemen lain, kerana memerlukan ruangan yang lebih. Oleh

yang demikian akan menentukan kuantiti sesuatu ruangan. Sebagai misalan, bentuk

lonjong memerlukan ruang yang lebih kecil dari bentuk bulat ataupun rendang dan lebih

sesuai digunakan di ruang yang sempit. Di samping itu bentuk juga boleh memberikan

beberapa kesan visual seperti meningkatkan ketinggian (bentuk lonjong dan payung),

83

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

merendahkan ketinggian (bentuk bulat dan lampai), menarik perhatian (bentuk liar atau

unik), memecahkan kelurusan tepian (bentuk menjalar dan lampai) dan seterusnya.

3) Tekstur

Terdapat dua jenis tekstur iaitu tekstur visual dan tekstur sentuh. Di dalam reka bentuk

taman, tekstur visual memainkan peranan terpenting. Tekstur visual terbentuk dari

perbezaan antara bahagian-bahagian gelap dan terang sesuatu tumbuhan. Oleh yang

demikian, tekstur sesuatu tumbuhan bukan saja bergantung kepada saiz, bentuk,

bilangan dan susunan daun-daun tetapi juga kepada keadaan cahaya, jarak dari

pemerhati dan juga musim.

Tekstur tumbuhan boleh disebutkan sebagai kasar, sederhana dan halus ataupun boleh

juga dikategorikan sebagai berat, sederhana atau ringan.

Kesan-kesan visual yang terdapat pada tekstur termasuklah mengecil atau meluaskan

suasana sesuatu ruang, menarik pandangan, menggalak-kan pergerakan, mengarah

pemandangan dan seterusnya.

4) Warna

Warna adalah elemen yang paling popular serta amat berkesan di dalam sesuatu reka

bentuk. Warna boleh kita bahagikan pada beberapa kumpulan seperti :

i) warna primer

- merah, kuning dan biru

ii) warna sekunder - terdiri dari campuran warna primer dan warna sekunder seperti biru-

hijau, merah-oren dan seterusnya.

Di dalam reka bentuk taman terdapat dua bentuk warna iaitu warna asas (warna latar

belakang) dan warna tumpuan. Di samping itu pula penggunaan warna di dalam sesuatu

gubahan boleh kita kelaskan sebagai monokromatik (guna satu warna sahaja),

komplimentari (satu warna utama dan sedikit warna yang setanding) dan beraneka

warna (penggunaan berbagai-bagai jenis warna). Warna juga dipengaruhi oleh cahaya,

jarak di antara pemerhati dan objek dan kesuburan tumbuhan berkenaan.

84

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Antara kesan visual warna termasuklah tarikan perhatian, menentukan suasana sesuatu

tempat, mengarah pandangan, menentukan saiz visual ruangan dan seterusnya.

Prinsip-prinsip reka bentuk taman

Prinsip-prinsip reka bentuk merupakan garis panduan untuk menggunakan elemen-

elemen bagi mewujudkan suatu gubahan yang berjaya.

1. Keringkasan

Sesuatu gubahan hendaklah ringkas, teratur dan mudah difahami. Ini sesuai sekali

dengan tabiat semula jadi manusia yang inginkan sesuatu yang mudah dikenali dan

difahami. Susunan (order) dan kesatuan (unity) perlu diwujudkan untuk memudahkan

pengenalan dan pemahaman. Untuk mewujudkan keringkasan, kita hendaklah memilih

elemen-elemen atau benda-benda yang difikirkan sangat perlu sahaja di dalam reka

bentuk.

2. Keanekaan

Keanekaan dapat mewujudkan daya tarikan kepada sesuatu reka bentuk bagi

mengelakkan rasa jemu atau bosan. Beberapa elemen yang berbeza boleh digunakan

untuk mewujudkan keanekaan dalam reka bentuk. Walau bagaimanapun penggunaan

elemen-elemen yang terlampau banyak akan mewujudkan keadaan yang kucar-kacir

(chaotic) dan lari dari prinsip pertama iaitu keringkasan.

3. Keseimbangan

Manusia memang suka kepada keadaan yang stabil. Keseimbangan dapat mewujudkan

keadaan ataupun perasaan yang stabil.

Terdapat dua jenis keseimbangan yang selalu kita gunakan di dalam gubahan iaitu

keseimbangan formal dan keseimbangan tidak formal. Keseimbangan formal (simetri)

lebih sesuai digunakan pada gubahan yang geometrik sedangkan keseimbangan tidak

formal (asimetri) lebih menarik dan sangat sesuai untuk gubahan yang berbentuk

semula jadi.

85

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

4. Penumpuan

Penumpuan merupakan titik tumpuan di dalam sesuatu reka bentuk. Biasanya hanya

wujud satu penumpuan di dalam sesuatu reka bentuk dan ia merupakan bahagian yang

paling menarik di dalam reka bentuk tersebut.

Penumpuan boleh kita wujudkan dengan menggunakan warna yang menarik, bentuk

yang unik, tekstur yang kasar ataupun garisan-garisan yang bertemu disatu tempat.

5. Turutan

Untuk mewujudkan suatu gubahan yang menggabungkan (unified) pertalian di antara

berbagai elemen adalah penting. Turutan boleh digunakan untuk menentukan pertalian

ini ujud.

Turutan adalah perubahan yang berperingkat - peringkat dari sesuatu elemen seperti

untuk tekstur (kasar -- > sederhana -- > halus) ataupun untuk warna (merah -- > ungu --

> biru) dan begitulah seterusnya.

6. Skala

Skala wujud sebagai pertalian di antara saiz tumbuhan dengan tumbuhan yang lain dan

juga dengan keseluruhan ruangan. Untuk sesuatu reka bentuk yang dapat

menyesuaikan pengguna, pertalian saiz yang sesuai di antara reka bentuk dan

pengguna menjadi penting. Di dalam keadaan biasa di mana manusia adalah pengguna,

rujukan skala: adalah manusia itu sendiri.

Skala juga dapat menentukan sama ada sesuatu gubahan itu akan mencapai kesatuan

ataupun tidak.

Secara kumpulan lakarkan satu rekabentuk landskap yang sesuai dengan tema yang dipilih

86

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

TAJUK 11 PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI

SINOPSIS

Tajuk ini menghuraikan kaedah demonstrasi dalam pengajaran, pembelajaran

berasaskan kompetensi dan pentaksiran kompetensi

Hasil Pembelajaran

1. Membuat huraian mengenai kaedah demonstrasi dan pembelajaran berasaskan

kompetansi

2. Merancang dan melaksanakan sesi pengajaran mikro yang melibatkan kaedah

demonstrasi

Kerangka Tajuk

87

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

11.1Kaedah Demonstrasi

Demonstrasi adalah keadah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu

kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Jika pembelajaran itu bertujuan untuk

membentuk psikomotor domain, demonstrasi guru tadi perlu diikuti dengan

memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan apa yang ditunjukkan oleh

guru.

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan semasa merancang demonstrasi

Kenal pasti konsep atau prinsip atau kemahiran yang hendak diajar. Tulis

langkah-langkah keseluruhan demonstrasi tersebut.

Jika konsep atau prinsip atau kemahiran yang anda cuba ajar itu kompleks,

bahagikan kepada beberapa konsep atau prinsip atau kemahiran.

Pastikan supaya setiap pelajar terlibat di dalam aktiviti yang dirancangkan.

Kumpulkan bahan dan peralatan yang diperlukan.

Cuba demonstrasi tersebut sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas

bermula.

Sediakan soalan yang akan guru tanya semasa demonstrasi. Bahagian ini

penting terutama jika guru membuat demonstrasi secara induktif.

Fikirkan bagaimana guru akan menggunakan alat bantu mengajar semasa

demonstrasi.

Tunjukkan bagaimana guru akan menilai pemahaman demonstrasi. Penilaian

boleh dibuat secara bertulis, lisan atau pemerhatian. Jika ianya dalam bentuk

kemahiran, guru perlu melihat setakat mana pelajar telah mahir melakukan

kemahiran yang ditunjukkkan.

Fikirkan faktor masa demonstrasi itu akan berlaku. Jika demonstrasi

melibatkan kemahiran, pastikan guru menetapkan masa untuk pelajar

mempraktikkan kemahiran yang ditunjukkan.

11.1.1 Cara menjalankan demonstrasi.

Apabila menjalankan demonstrasi, ada beberapa panduan yang perlu

diikuti.

Pastikan demonstrasi itu dapat dilihat oleh semua pelajar.

88

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

Timbulkan minat pelajar terhadap demonstrasi tersebut diperingkat

awal demonstrasi supaya mereka akan memberikan tumpuan

sepanjang pengajaran guru. Salah satu cara adalah dengan

menunjukkan objek atau sampel yang telah siap atau peralatan yang

telah siap dipasang atau peralatan yang berkaitan dengan

demonstrasi. Ini akan menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Guru

boleh juga mengaitkan demonstrasi dengan pengetahuan yang

berkaitan yang telah dipelajari.

Terangkan langkah atau prosedur satu persatu. Guru perlu

mengelakkan daripada mengambil jalan singkat dalam menerangkan

langkah-langkah. Ulang langkah atau prosedur yang sukar.

Buat ulasan keseluruhan.

Beri peluang pelajar mencubanya, masa mesti diberikan untuk pelajar

praktis dan pengalaman diperlukan untuk membentuk kemahiran.

Seseorang tidak akan jadi mahir tanpa praktis.

11.2Pembelajaran Berasaskan Kompetensi

Secara ringkasnya, pembelajaran berasaskan kompetensi(PBK) merupakan

sistem pengajaran yang menggunakan proses pembelajaran berasaskan

prestasi. PBK adalah berfokus kepada pelajar dan tempat kerja. PBK

memfokuskan kompetensi bagi keperluan tenaga kerja yang ditentukan oleh

majikan atau profesion. Kompetensi dalam konteks yang berbeza memerlukan

himpunan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang berbeza.

Maklumat lanjut PBK, sila rujuk Finch& Crunkilton (1999) muka surat 253

Jalankan pengajaran tersebut dengan penyeliaan dari rakan

Siapkan satu rancangan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup selama 1 jam.

89

RBT 3104 TEKNOLOGI TANAMAN SAYURAN DAN HIASAN

anda.

Bincangkan komen yang diberikan oleh rakan dalam OLL

RUMUSAN:

Setelah anda selesai mempelajari tajuk ini diharapkan anda telah mencapai hasil

pembelajaran yang telah ditetapkan. Anda telah memperolehi ilmu pengetahuan,

kemahiran asas dalam bidang tanaman sayur-sayuran. Sekarang anda boleh

melakukan sendiri amali penanaman sayur dengan sistematik. Anda juga dapat

mengaplikasikan bidang keusahawanan dalam proses pemasaran dan

penyimpanan rekod hasil tanaman anda.

90

Senaraikan semua masalah yang anda hadapi semasa proses

penanaman sayur yang anda jalankan di sekolah. Bincangkan dalam

OLL..

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SEMOGA BERJAYA.

top related