ambilan september 2019/ september intake 2019 · 2. senarai kakitangan pentadbiran 7 3. maklumat am...

33

Upload: others

Post on 25-Mar-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem
miza
Text Box
AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019
Page 2: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

BUKU PANDUAN

PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF

AMBILAN SEPTEMBER 2019

Page 3: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

2

PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA

Aras 9, Wisma R&D Universiti Malaya

Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur

Tel: 03-2246 3600 Faks: 03-2246 3627

Laman Web: http://www.umcced.um.edu.my

Page 4: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

3

ISI KANDUNGAN

Halaman

1. Latar Belakang 4

2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7

3. Maklumat Am 9

4. Struktur Program Pengajian 10

5. Kehadiran Kelas 11

6. Skim Penggredan Sistem Semester 11

7. Mempertingkatkan Gred Kursus Dan/Atau Prestasi Akademik 15

8. Penentuan Prestasi Akademik Pelajar 16

9. Tidak Hadir Peperiksaan 17

10. Rayuan 18

LAMPIRAN

Lampiran A - Senarai Penawaran Kursus Mengikut Semester 19

Lampiran B - Kalendar Pengajian Ambilan September 2019 28

Lampiran C - Caj Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran 30

Nota : Maklumat yang dinyatakan di dalam buku ini adalah benar sehingga ke tarikh cetakan

dibuat. Sebarang perubahan akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.

Page 5: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

4

1. LATARBELAKANG

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya atau University of Malaya Centre for Continuing

Education (UMCCed) yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan sebuah pusat di bawah

Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program-program pendidikan dan latihan khusus

kepada golongan bekerja pada peringkat Diploma, Diploma Eksekutif, Sijil serta kursus-kursus

pendek dalam pelbagai bidang. UMCCed juga merupakan satu-satunya pusat di universiti awam

yang mempelopori perkhidmatan dan latihan coaching yang ditawarkan khusus untuk para

eksekutif, pegawai tadbir, usahawan serta tenaga pengajar dan perunding profesional sebagai

kaedah efektif dalam meningkatkan produktiviti serta mencapai kecemerlangan organisasi. Di

samping itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta-peserta antarabangsa melalui

bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta menjadi urus setia dan penganjur dalam

pengurusan seminar dan persidangan untuk pelanggan-pelanggan dari dalam dan luar negara.

Berteraskan prinsip pendidikan sepanjang hayat, kebanyakan program yang ditawarkan adalah

berbentuk separuh masa dan disusun mengikut keperluan individu dan organisasi korporat. Kelas

yang biasanya diadakan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja memberi peluang kepada

warga bekerja untuk memanfaatkan masa yang terluang secara lebih produktif bagi meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka secara berterusan.

UMCCed telah membuktikan kecemerlangannya sebagai penyedia latihan terkemuka di negara ini

dengan kejayaan melahirkan lebih 17,000 graduan yang terdiri daripada warga bekerja pada

peringkat Diploma Eksekutif dan Sijil dalam pelbagai bidang. Ramai antara mereka telah pun

mengecap pelbagai kejayaan sama ada dalam kerjaya atau pun melanjutkan pengajian ke

peringkat lebih tinggi. Pencapaian ini juga memperlihatkan kepercayaan, keyakinan serta

pengiktirafan sektor korporat terhadap keupayaan pusat ini dalam menyumbang ke arah

pembangunan tenaga kerja mereka.

Penawaran program-program yang berkualiti melalui UMCCed ini adalah bertujuan memenuhi

hasrat Universiti Malaya untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya untuk

memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat.

Usaha ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan

tinggi yang mampan dan inklusif melalui Model Ekonomi Baru serta menempatkan negara pada

landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Lokasi Strategik

Kedudukan strategik UMCCed di Wisma R & D Universiti Malaya memberikan kemudahan akses

kepada orang ramai melalui jaringan jalan raya utama dan juga pengangkutan awam.

Page 6: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

5

Kemudahan

UMCCed juga mempunyai kemudahan pembelajaran yang selesa seperti perpustakaan, bilik

seminar dan makmal komputer untuk kegunaan pelajar-pelajarnya. Kemudahan lain seperti

kafetaria, surau dan tempat letak kereta yang luas turut disediakan.

Komitmen

UMCCed sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua golongan

pelanggan. Peranan yang dinamik ini akan sentiasa ditingkatkan bagi menghasilkan warganegara

yang berilmu, sesuai dengan keperluan pembangunan negara.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan.

Misi

Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat umum, sama ada dari dalam

atau luar negeri, dengan menawarkan kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan

mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu dari segi profesion atau

pembangunan diri.

Page 7: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

6

Pada masa ini terdapat sepuluh (10) program pengajian yang ditawarkan oleh UMCCed seperti di

bawah :

Bil. Nama Program Kod

Program

Tempoh Pengajian

Minimum

1. Diploma Eksekutif Sains Siasatan UFG 4 semester

2. Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) UFA 6 semester

3. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) UFB 6 semester

4. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) UFC 6 semester

5. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak UFD 6 semester

6. Diploma Eksekutif Kaunseling UFE 6 semester

7. Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan UFF 6 semester

8. Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat UFH 6 semester

9. Diploma Eksekutif Pengajian Syariah UFK 6 semester

10. Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin UFL 6 semester

Page 8: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

7

2. SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN

BAHAGIAN PROGRAM AKADEMIK (BPA)

JAWATAN NAMA TEL E-MEL

Pengarah

Timbalan Pengarah

(Akademik)

Prof. Dato Dr. Mansor Md

Isa

Dr. Haslida Abu Hasan

2246 3633

2246 3633

[email protected]

[email protected]

Ketua Bahagian

Datin Farinda Abdul

Ghani

2246 3459

[email protected]

Pengurus

Penolong Pengurus

Eksekutif Kanan

Mohd. Nasran Abd Halim

Maryam Ishak

Nor Adilah Mohd Nor

2246 3632

2246 3631

2246 3624

[email protected]

[email protected]

diya_adilahmnor@um.

edu.my

Pengurus Program :

(1) Diploma Eksekutif

Pengurusan (Pentadbiran

dan Operasi)

(2) Diploma Eksekutif

Pengurusan (Perniagaan)

(3) Diploma Eksekutif

Pengurusan (Sumber

Manusia)

(4) Diploma Eksekutif

Pendidikan Awal Kanak-

kanak

(5) Diploma Eksekutif

Kaunseling

(6) Diploma Eksekutif

Pentadbiran Perakaunan

(7) Diploma Eksekutif

Teknologi Maklumat

Balqis Bahari

Noor Sharizan Ismail

Noor Sharizan Ismail

Nor Adilah Mohd Nor

Nor Adilah Mohd Nor

Noor Sharizan Ismail

Siti Hamizah Samingan

2246 3625

2246 3626

2246 3626

2246 3624

2246 3624

2246 3626

2246 3493

[email protected]

[email protected]

[email protected]

diya_adilahmnor@um.

edu.my

diya_adilahmnor@um.

edu.my

[email protected]

[email protected]

Page 9: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

8

(8) Diploma Eksekutif

Pengajian Syariah

(9) Diploma Eksekutif

Pengajian Usuluddin

Mohd Iftitah Tahril

Mohd Iftitah Tahril

7967 6015

7967 6015

[email protected]

[email protected]

Pembantu Tadbir

(Perkeranian dan Operasi)

(1) Shaidatul Hanan

Mohamed

(2) Norkhuzaimah

Kudus

(3) Nur Ainoon Jariah

Abdul Hadi

(4) Muhamad Shah

Izzuddin Fadzil

(5) Mohd Yazid Mohd

Yasin

(6) Nurul Shuhaida

Mohd Salim

2246 3625

2246 3624

2246 3626

2246 3630

7967 6138

7967 6015

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

Page 10: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

9

3. MAKLUMAT AM

(1) PENDAHULUAN

(a) Pelajar dinasihatkan supaya membaca maklumat tentang pengajian melalui Buku

Panduan Program Diploma Eksekutif dan Buku Kaedah-kaedah dan Peraturan-

Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012 sebagai

pelengkap kepada Buku Panduan UMCCed.

(b) Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa penawaran kursus adalah

berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan. Senarai

kursus bagi setiap program adalah seperti di Lampiran A.

(c) Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi

kursus berkenaan.

(d) Maklumat Am ini hanya terpakai untuk pelajar kemasukan Ambilan September

2019 sahaja. Buku ini hendaklah diguna pakai sepanjang tempoh pengajian

pelajar. Kalendar pengajian bagi Ambilan September 2019 adalah seperti di

Lampiran B.

(2) PENDAFTARAN

Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian ialah enam (6)

semester dan maksimum ialah 12 semester.

(3) PENDAFTARAN KURSUS

(a) Pelajar dikehendaki mengikuti dan memenuhi jumlah kredit keseluruhan yang

ditetapkan bagi program pengajian berkenaan seperti mana yang ditentukan

oleh UMCCed dan diluluskan oleh Senat.

(b) Pendaftaran kursus secara atas talian perlu dilakukan selewat-lewatnya pada

minggu kuliah kedua sesuatu semester.

(c) Pelajar yang tidak mendaftar selepas minggu kuliah kedua boleh dianggap telah

menarik diri daripada program berkenaan sekiranya tiada apa-apa pendaftaran

telah dibuat dan tiada apa-apa pemberitahuan diterima daripada pelajar

berkenaan pada tempoh tersebut.

(d) Namun, bagi mana-mana pelajar di bawah kes khas atas kelulusan Pengarah,

boleh diluluskan untuk mendaftar lewat tertakluk calon memenuhi 50% daripada

kehadiran kelas untuk sesuatu kursus.

(e) Sekiranya pelajar gagal mematuhi sebarang prosedur pendaftaran dalam tempoh

yang ditetapkan, atas kecuaian pelajar itu sendiri, permohonan untuk

pendaftaran lewat boleh dipertimbangkan oleh Pengarah. Caj akan dikenakan

mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak UMCCed.

Page 11: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

10

4. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN

(1) Pelajar dikehendaki mengikuti sejumlah minimum 90 kredit. Komponen kursus yang

melayakkan seseorang pelajar dianugerahi Diploma Eksekutif ialah:

(a) Kursus Universiti

(b) Kursus Teras

(c) Kursus Elektif

(2) Pemindahan Kredit

(a) Pemindahan kredit boleh dikategorikan seperti berikut:

(i) Pemindahan kredit dengan gred

(ii) Pemindahan kredit tanpa gred

(b) Pemindahan kredit dengan gred

(i) “Pemindahan kredit dengan gred” ertinya pemindahan kredit bersama-

sama gred bagi kursus daripada tahap kelayakan yang sama (horizontal)

untuk pelajar yang masih dalam pengajian.

(ii) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan diberi gred

yang telah disetarakan dengan skim penggredan Universiti dan kredit yang

ditetapkan bagi kursus berkenaan di Universiti.

(iii) Kredit yang diperolehi bersama-sama mata gred bagi kursus yang

diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Kredit

bagi kursus berkenaan akan diambilkira bagi tujuan keperluan

penyempurnaan penganugerahan Diploma Eksekutif.

(iv) Bagi maksud pemindahan kredit dengan gred, pelajar hendaklah telah

mengikuti kursus terdahulu dan mencapai tahap kompetensi dalam kursus

yang dipohon.

(v) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tidak lewat dari

minggu kuliah kedua semester berikutnya menggunakan kaedah yang

ditetapkan oleh UMCCed. Permohonan yang diterima selepas tempoh yang

ditetapkan akan dipertimbangkan pada semester berikutnya.

(c) Pemindahan kredit tanpa gred

(i) "Pemindahan kredit tanpa gred" ertinya pemindahan kredit tanpa

membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari:

(A) tahap kelayakan yang rendah (vertical) untuk pelajar yang telah

tamat pengajian dengan jayanya; dan/atau

(B) tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang:

Page 12: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

11

(aa) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau

(bb) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar yang

ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah mencapai

tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.

(ii) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan diberi gred K

dan tidak perlu diganti dengan kursus lain. Kredit tidak diambil kira dalam

pengiraan PNG dan PNGK namun diambil kira bagi tujuan penyempurnaan

penganugerahan Diploma Eksekutif.

(iii) Pelajar tidak dibenarkan membuat pemindahan kredit tanpa gred bagi

kursus berikut:

(A) Kursus Universiti/Kursus Umum dari tahap kelayakan yang lebih

rendah; dan

(B) Kursus dari tahap kelayakan yang lebih tinggi.

(iv) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam dua (2)

semester pertama pengajian.

(d) Pemindahan kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kursus yang diambil

terdahulu dengan kursus yang ditawarkan di Universiti.

(e) Kebenaran untuk pemindahan kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat

berikut:

(i) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan setelah

disetarakan dengan skim penggredan Universiti mestilah tidak kurang

daripada C atau 2.0;

(ii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai nilai kredit yang sama atau

lebih selepas penyetaraan dengan nilai kredit kursus yang ditawarkan di

Universiti;

(iii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai pertindihan sekurang-

kurangnya lapan puluh peratus (80%) dengan kursus yang ditawarkan di

Universiti;

(iv) Kursus yang diambil terdahulu hendaklah daripada program yang telah

mendapat akreditasi/pengiktirafan dari badan berautoriti di negara

berkenaan;

(v) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah adalah seperti berikut:

Page 13: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

12

Kategori Keterangan Had Kredit

(A) Pemindahan

kredit secara

horizontal

(aa) Pemindahan kredit dengan gred

bagi pelajar yang bertukar

program pengajian dalam

Universiti

Tiada had

(bb) Pemindahan kredit dengan gred

bagi pelajar yang mengikuti

Program Mobiliti

Tidak melebihi satu

pertiga (1/3) daripada

jumlah keseluruhan

kredit program

pengajian

(cc) Pemindahan kredit tanpa gred

bagi kursus dari tahap kelayakan

yang sama dari institusi atau

universiti lain

(B) Pemindahan

kredit secara

vertical

(aa) Pemindahan kredit tanpa gred

bagi kelayakan peringkat Sijil

Profesional/ Diploma

Tidak melebihi satu

pertiga (1/3) daripada

jumlah keseluruhan

kredit program

pengajian

(bb) Pemindahan kredit tanpa gred

bagi kelayakan peringkat Diploma

Lanjutan

(vi) Walau apapun yang dinyatakan dalam subperaturan (5)(e) di atas, bagi tujuan

penganugerahan Diploma Eksekutif, jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah dari

institusi/universiti luar tidak boleh melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah

keseluruhan kredit program pengajian.

(vii) Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama:

(a) bukti bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak

akan dikembalikan; dan

(b) dokumen sokongan wajib iaitu hasil pembelajaran kursus, silibus/kandungan

kursus dan skim penggredan kursus dari institusi/universiti lain.

(viii) Permohonan pemindahan kredit hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Senat

setelah mendapat perakuan jawatankuasa khas yang ditetapkan.

(ix) Kursus yang telah diluluskan pemindahan kredit tidak boleh ditarik balik oleh pelajar.

(x) Keputusan permohonan pemindahan kredit pelajar akan dimaklumkan oleh Pengarah.

Page 14: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

13

5. KEHADIRAN KELAS

(a) Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas.

(b) Seseorang pelajar yang tidak dapat hadir kelas dalam masa Semester perlulah

memaklumkan kepada Pengurus Program. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit, perlu

mengemukakan surat akuan doktor ke UMCCed dengan seberapa segera yang boleh.

(c) Mana-mana pelajar yang mencapai kehadiran di bawah 80% bagi sesuatu kursus tanpa

sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran boleh

dihalang daripada menduduki peperiksaan program pengajiannya oleh Ketua Bahagian

yang berkenaan. Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Ketua Bahagian

Program Akademik sebelum peperiksaan bermula sekiranya ia dihalang daripada

menduduki peperiksaan sesuatu kursus.

6. SKIM PENGGREDAN SISTEM SEMESTER

(a) Gred rasmi Universiti serta maksudnya seperti berikut:

Markah Gred Mata Gred Maksud

80-100

75-79

A

A-

4.0

3.7

Cemerlang

Cemerlang

70-74

65-69

60-64

B+

B

B-

3.3

3.0

2.7

Kepujian

Kepujian

Kepujian

55-59

50-54

C+

C

2.3

2.0

Lulus

Lulus

45-49

40-44

35-39

00-34

C-

D+

D

F

1.7

1.3

1.0

0.0

Gagal

Gagal

Gagal

Gagal

(b) Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan di perenggan (a) di atas, gred-gred

berikut juga boleh diberikan kepada seseorang pelajar untuk sesuatu kursus yang

diikutinya:

(i) Gred H, diberi bagi kursus di mana pelajar yang dihalang menduduki peperiksaan

atas sebab tidak mencukupi peratus kehadiran yang ditetapkan. Kredit tidak

diberi untuk gred ini. Pelajar dikehendaki mengikuti semula kursus berkenaan

dan perlu memenuhi syarat minimum kehadiran untuk melayakannya

menduduki peperiksaan kursus berkenaan.

Page 15: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

14

(ii) (A) Gred I, diberi apabila –

(aa) pelajar tidak mengambil peperiksaan bagi mana-mana kursus atas

alasan perubatan (sakit), atau perikemanusiaan (simpati) dan gred itu

diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Kluster berkenaan; atau

(bb) sebahagian daripada keperluan kursus masih belum disempurnakan

atas alasan di luar kawalan pelajar yang boleh diterima oleh

Jawatankuasa Pemeriksa Kluster berkenaan.

(B) Dalam keadaan di perenggan (aa) di atas, pelajar dibenarkan

menduduki peperiksaan khas kursus berkenaan tanpa

disyaratkan mengikuti semula kelas kursus tersebut. Pelajar

akan dikehendaki menduduki peperiksaan khas untuk kursus

berkenaan yang diadakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh

UMCCed.

(C) Dalam keadaan di perenggan (bb) di atas, pelajar dikehendaki

untuk menyempurnakan sebahagian daripada keperluan kursus

yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan oleh UMCCed.

(D) Dalam kedua-dua keadaan yang dinyatakan di perenggan (B)

dan/atau (C) di atas, pelajar tidak dikenakan sebarang yuran.

(E) Gred I akan digantikan dengan gred sebenar apabila pelajar

telah lulus peperiksaan khas dan/atau telah menyempurnakan

sebahagian keperluan kursus berkenaan. Gred yang diperolehi

akan menggantikan gred I pada semester di mana pelajar

mendapat gred I tersebut.

(iii) Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian kredit. Kredit

akan diambilkira dalam pengiraan kredit dapat.

(iv) Gred P, diberi pada semester pertama pendaftaran bagi kursus yang

dijalankan dalam dua semester berturutan;

(v) Gred R, diberi bagi kursus yang didaftar oleh pelajar untuk mengaudit

sahaja. Kredit tidak diberi untuk gred ini;

Page 16: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

15

(vi) Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya dari segi

memuaskan;

(vii) Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya dari segi

tidak memuaskan;

(viii) Gred UR, diberi bagi kursus yang didaftar oleh pelajar untuk

mengaudit tetapi tidak memenuhi 80% kehadiran;

(ix) Gred W, diberi bagi kursus di mana pelajar telah menarik diri secara

rasmi dari satu atau lebih kursus dalam sesuatu semester;

(x) Gred W1, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri

secara rasmi daripada semester;

(xi) Gred W2, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri

secara rasmi daripada program pengajian Diploma Eksekutif;

(xii) Gred Y, diberi bagi kursus di mana pelajar yang dihalang menduduki

peperiksaan atas sebab tidak menjelaskan yuran pengajian kursus

berkenaan. Kredit tidak diberi untuk gred ini. Pelajar dikehendaki

menduduki peperiksaan setelah menjelaskan bayaran yuran

tertunggak tanpa disyaratkan mengikuti semula kursus berkenaan.

(c) Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C kecuali bagi kursus yang dinilai hanya dari

segi memuaskan atau tidak memuaskan.

7. MEMPERTINGKATKAN GRED KURSUS DAN/ATAU PRESTASI AKADEMIK

(a) Pelajar dibenarkan mempertingkatkan gred kursus yang telah lulus kepada satu gred

yang lebih baik bagi mana-mana kursus sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya.

Gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan pengiraan PNGK.

(b) Bagi tujuan mempertingkatkan gred kursus, pelajar diberi pilihan untuk -

(i) memenuhi keperluan kaedah penilaian kursus berkenaan dengan mengikuti

semula kelas; atau

(ii) menduduki peperiksaan serta memenuhi satu kaedah penilaian berterusan khas

yang ditentukan oleh UMCCed tanpa mengikuti semula kelas.

Page 17: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

16

(c) Dalam keadaan di atas, pelajar dikehendaki mengemukakan permohonan kepada

Pengarah dalam tempoh dua minggu dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.

8. PENENTUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR

(a) Kaedah Pengiraan PNG dan PNGK

(i) Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan

PNGK.

Contoh Pengiraan PNG:

Kursus Gred Mata

Gred

Kredit Kredit

X Mata Gred

K1

K2

K3

K4

Jumlah

A

C+

B

C

4.0

2.3

3.0

2.0

3

4

4

4

15

3 X 4.0 = 12.0

4 X 2.3 = 9.2

4 X 3.0 = 12.0

4 X 2.0 = 8.0

PNG = 41.2

15

= 2.75

PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperoleh

dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester.

PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperoleh

dengan jumlah kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga

semester terkini bagi kursus di dalam program pengajiannya.

(ii) Sesuatu kursus yang diikuti oleh pelajar di luar daripada struktur program

pengajiannya tidak akan diambil kira dalam PNG dan PNGK.

(b) Keperluan minimum program pengajian

Untuk memenuhi keperluan minimum program pengajian, seseorang pelajar

hendaklah memperoleh PNG dan PNGK tidak kurang daripada 2.0 pada setiap

semester sehingga tamat pengajiannya.

(c) Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran

Mana-mana pelajar yang memperoleh PNG di bawah 2.0 dalam sesuatu semester akan

diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan di dalam

Page 18: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

17

Tempoh Pemerhatian Akademik dalam semester berikutnya. Tempoh ini akan terus

kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.0.

(d) Gagal Keluar

(i) Seseorang pelajar boleh ditamatkan daripada program pengajiannya sekiranya:

(A) memperoleh PNG kurang daripada 2.0 untuk dua semester berturut-turut;

(B) memperoleh gred D dan ke bawah sebanyak tiga kali bagi mana-mana

kursus; dan

(C) gagal menyempurnakan keperluan program pengajiannya dalam tempoh

maksimum yang ditetapkan.

9. TIDAK HADIR PEPERIKSAAN

(a) Peraturan am

Mana-mana pelajar yang tidak hadir pada mana-mana kertas peperiksaan dianggap

telah gagal bagi komponen peperiksaan akhir peperiksaan kursus berkenaan.

(b) Tidak hadir peperiksaan atas alasan perubatan/munasabah:

(i) Pelajar yang tidak mengambil sebahagian atau keseluruhan peperiksaan atas

alasan perubatan (sakit), atau lain-lain sebab yang munasabah hendaklah

mengemukakan permohonan bertulis kepada Pengarah/Ketua Bahagian.

Sekiranya tidak ada permintaan bertulis diterima, pelajar dianggap telah gagal

komponen peperiksaan.

(ii) Permohonan bertulis mestilah disampaikan kepada Pengarah/Ketua Bahagian

tidak lewat daripada dua (2) minggu dari tarikh peperiksaan kursus berkenaan.

(iii) Permohonan hendaklah dikemukakan bersama bukti dokumentasi berdasarkan

alasan:

(A) perubatan (sakit); sijil sakit yang dikeluarkan atas nama pelajar daripada

pegawai perubatan yang berdaftar; atau

(B) munasabah;

(aa) satu laporan daripada pegawai daerah dan/atau pegawai polis;

Page 19: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

18

(bb) Sijil sakit dan/atau laporan perubatan daripada pegawai perubatan

berdaftar yang dikeluarkan atas nama keluarga terdekat;

(cc) Surat majikan tentang arahan bertugas pada hari dan tarikh

peperiksaan dijalankan.

10. RAYUAN

(1) Rayuan Terhadap Keputusan Kursus

(a) Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan kursus boleh merayu untuk

semakan semula keputusan kursus berkenaan. Rayuan hendaklah dibuat dalam

tempoh dua minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.

Tarikh pengumuman rasmi adalah tarikh di mana keputusan peperiksaan

dimaklumkan kepada pelajar oleh Pengurus Program.

(b) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah dalam tempoh dua

minggu selepas keputusan dimaklumkan kepada pelajar dengan mengemukakan

resit asal bayaran yang ditetapkan untuk rayuan ini. Bayaran ini tidak akan

dikembalikan. Sila rujuk Lampiran A.

(c) Rayuan tidak akan diterima oleh pejabat UMCCed sekiranya:

(i) dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (a) di

atas; atau

(ii) tidak dikemukakan bersama-sama dengan resit asal bayaran.

(d) Gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan pengiraan PNGK.

Page 20: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

19

LAMPIRAN A JADUAL PERANCANGAN KULIAH (AMBILAN PINDAAN)

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PENTADBIRAN DAN OPERASI) - UFA

KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3

JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti

GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras

& Elektif

UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFB 1002 Tingkah Laku Organisasi 4 UFA 1002 Metodologi Penyelidikan 4

UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFA 1004 Pengurusan Kualiti 4 UFB 1001 Pengurusan Sumber Manusia 4

UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFA 1005 Pengurusan Perolehan 4 UFA 1003 Sistem Maklumat Pengurusan 4

UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4

Jumlah Kredit 16 15

14 45

KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6

JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1004

Kemahiran Penyampaian

Berkesan 3 GFG 1003

Bahasa Inggeris untuk

Komunikasi 3 GFG 1008 Asas Keusahawanan di Malaysia 3

Kursus Teras

& Elektif

UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFA 2006 Pengurusan Operasi 4 UFA 2002 Pengurusan Logistik dan

Rantaian Bekalan 4

UFA 2003 Pengurusan Projek 4 UFC 2004 Strategi Perniagaan 4 UFA 2005 Pengurusan Pejabat 4

UFC 2002 Pengurusan Perkhidmatan 4 UFC 2001

Etika Profesional dan

Undang-Undang

Perniagaan

4 UFB 2002 Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan 4

Jumlah Kredit 15

15 15 45

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90

Page 21: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

20

JADUAL PERANCANGAN KULIAH

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (SUMBER MANUSIA) - UFB

KOMPONEN

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFB 1002 Tingkah Laku Organisasi 4 UFA 1002 Metodologi Penyelidikan 4

Kursus Teras

& Elektif

UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFB 1003 Perancangan Sumber

Manusia 4 UFB 1001 Pengurusan Sumber Manusia 4

UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFB 1004 Pengurusan Prestasi 4 UFA 1003 Sistem Maklumat Pengurusan 4

UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4

Jumlah Kredit 16

15

14 45

KOMPONEN

SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1004

Kemahiran Penyampaian

Berkesan 3 GFG 1003

Bahasa Inggeris untuk

Komunikasi 3 GFG 1008 Asas Keusahawanan di Malaysia 3

Kursus Teras

& Elektif

UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFA 2006 Pengurusan Operasi 4 UFB 2004 Pengurusan Pampasan dan

Faedah 4

UFA 2003 Pengurusan Projek 4 UFC 2004 Strategi Perniagaan 4 UFB 2005 Latihan dan Pembangunan 4

UFB 2001 Undang-Undang Pekerjaan 4 UFC 2001

Etika Profesional dan

Undang-Undang

Perniagaan

4 UFB 2002 Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan 4

Jumlah Kredit 15

15

15 45

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90

Page 22: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

21

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PERNIAGAAN)

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras

& Elektif

UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFB 1002 Tingkah Laku Organisasi 4 UFA 1002 Metodologi Penyelidikan 4

UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFC 1003 Pengurusan Jualan 4 UFB 1001 Pengurusan Sumber Manusia 4

UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFC 1004 Perniagaan Antarabangsa 4 UFA 1003 Sistem Maklumat Pengurusan 4

UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4

Jumlah Kredit 16

15

14 45

KOMPONEN

SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1004

Kemahiran Penyampaian

Berkesan 3 GFG 1003

Bahasa Inggeris untuk

Komunikasi 3 GFG 1008 Asas Keusahawanan di Malaysia 3

Kursus Teras

& Elektif

UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFA 2006 Pengurusan Operasi 4 UFC 2003 Gelagat Pengguna 4

UFA 2003 Pengurusan Projek 4 UFC 2004 Strategi Perniagaan 4 UFC 2005 Tadbir Urus Korporat 4

UFC 2002 Pengurusan Perkhidmatan 4 UFC 2001 Etika Profesional dan

Undang-Undang Perniagaan 4 UFC 2006 E-Perniagaan 4

Jumlah Kredit 15

15

15 45

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90

Page 23: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

22

DIPLOMA EKSEKUTIF PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus

Teras &

Elektif

UFD 1009 Permuafakatan Pendidik dan

Ibu Bapa 4 UFD 1004 Muzik Awal Kanak-kanak 4 UFD 1003

Bahasa dan Literasi Awal

Kanak-kanak 4

UFD 1010

Perancangan, Pengurusan dan

Penubuhan Pusat Pendidikan

Awal Kanak-kanak

4 UFD 1001 Asas Perkembangan

Awal Kanak-kanak 4 UFD 1008

Pengurusan Pengasuhan dan

Didikan Awal Kanak-kanak

Taska

4

UFD 1006 Penggunaan ICT dalam

Pendidikan Awal Kanak-kanak 4 UFD 1002

Falsafah Pendidikan

Awal Kanak-kanak 4 UFD 1007

Pendekatan dan Strategi

Pendidikan Prasekolah 4

UFD 1005 Pengurusan Tingkah Laku Awal

Kanak-kanak 4

Jumlah Kredit 16

15 14 45

KOMPONEN

SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1003

Bahasa Inggeris untuk

Komunikasi 3 GFG 1008

Asas Keusahawanan di

Malaysia 3

Kursus

Teras

UFD 2002 Seni Awal Kanak-kanak 4 UFD 2004 Sains Awal Kanak-kanak 4 UFD 2008 Asas Penyelidikan Awal Kanak-

kanak 3

UFD 2001 Bahasa Inggeris untuk Awal

Kanak-kanak 4 UFD 2006

Kanak-kanak

Berkeperluan Khas 4

UFD 2003 Kesihatan, Keselamatan dan

Pemakanan Awal Kanak-kanak 4 UFD 2007

Matematik Awal Kanak-

kanak 4 UFD 2009 Praktikum 8

UFD 2005 Pendidikan Moral dan Rohani

Awal Kanak-kanak 4

Jumlah Kredit 16

15 14 45

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90

Page 24: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

23

DIPLOMA EKSEKUTIF KAUNSELING (UFE)

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3

JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras

UFE 1001 Pengenalan kepada Psikologi 4 UFE 1002 Pengenalan kepada Bimbingan

dan Kaunseling 4 UFE 1005 Teori Kaunseling 4

UFE 1004 Pengenalan kepada Psikologi

Sosial 3

UFE 1008 Teknik Kaunseling I 4

UFE 1003 Pengenalan kepada

Perkembangan Manusia 4 UFE 1010

Teori Perkembangan

Kerjaya 4

Kursus Elektif

UFE 1006 Kemahiran Asas Komputer untuk

Kaunselor 4 UFE 1009 Kaunseling dan Perundangan 4

UFE 1007 Komunikasi Organisasi 4

Jumlah Kredit 15

15

14 44

KOMPONEN

SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1004

Kemahiran Penyampaian

Berkesan 3 GFG 1008

Asas Keusahawanan di

Malaysia 3

Kursus Teras

UFE 2001 Pengenalan kepada Kaunseling

Pelbagai Budaya 4 UFE 2003

Bimbingan dan Kaunseling

Kelompok 4 UFE 2008

Asas Teori Sistem

Keluarga 4

UFE 2006 Isu dan Etika dalam Profesion

Perkhidmatan Menolong 4 UFE 2004 Teknik Kaunseling II 4

UFE 2009 Pengenalan kepada Psikologi

Abnormal 4

UFE 2007

Pengendalian Program

Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling

4 UFE 2002 Asas Pentaksiran dalam

Kaunseling 4

Kursus Elektif UFE 2005 Motivasi dalam Perkhidmatan

Perhubungan Menolong 4 UFE 2010

Devian, Delinkuen dan

Disiplin 4

Jumlah Kredit 15

16

15 46

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90

Page 25: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

24

DIPLOMA EKSEKUTIF PENTADBIRAN PERAKAUNAN

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus Universiti

GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras &

Elektif

UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFF 1004 Asas Pelaburan 4 UFF 1002 Perakaunan Kewangan I 4

UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFF 1005 Kewangan dan Perakaunan Islam 4

UFF 1006 Perakaunan Pengurusan I 4

UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFF 1007 Percukaian Individu 4 UFF 1003 Pengauditan 4

UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4

Jumlah Kredit 16

15

14 45

KOMPONEN

SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus Universiti GFG 1004 Kemahiran Penyampaian

Berkesan 3 GFG 1003

Bahasa Inggeris untuk

Komunikasi 3 GFG 1008

Asas Keusahawanan di

Malaysia 3

Kursus Teras &

Elektif

UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFF 2002 Perakaunan Pengurusan II 4 UFF 2004 Statistik 4

UFF 2007 Sistem Maklumat Perakaunan 4 UFC 2001 Etika Profesional dan Undang-

Undang Perniagaan 4 UFF 2006 Percukaian Korporat 4

UFF 2003 Perakaunan Kewangan II 4 UFF 2005 Undang-Undang Syarikat 4 UFF 2008 Undang-Undang Komersil 4

Jumlah Kredit 15

15

15 45

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90

Page 26: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

25

DIPLOMA EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT (UFH)

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras

UFH 1001 Teknologi dan Sistem

Maklumat 4 UFH 2008

Pengenalan kepada

Pembangunan Web 4 UFH 1004 Konsep Pengaturcaraan 4

UFH 1007 Organisasi Komputer 4 UFH 1002 Sistem Pengendalian 4

UFH 1008 Asas Matematik Diskrit 4 UFH 1003 Teknologi Rangkaian 4

UFH 1009 Pengenalan kepada

Multimedia 4

Kursus Elektif

UFH 2010 Pengurusan Sistem Maklumat 4

UFH 2012

Tren dalam Teknologi

Maklumat 4

Jumlah Kredit 16 15 14 45

KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus Universiti

GFG 1003 Bahasa Inggeris untuk

Komunikasi 3 GFG 1008

Asas Keusahawanan di

Malaysia 3

Kursus Teras

UFH 1005 Analisis dan Reka Bentuk

Sistem 4 UFH 2003 Pembangunan Aplikasi Web 4 UFH 2005 Projek Akademik I 3

UFH 1006 Pangkalan Data 4 UFH 2004 Perdagangan Elektronik 4 UFH 2007 Projek Akademik II 4

UFH 2001 Pembangunan Sistem

Multimedia 4 UFH 2009

Pembangunan Aplikasi dan

Pengaturcaraan 4

UFH 2002 Keselamatan Maklumat 4

Kursus Elektif

UFH 2011 Pembangunan Aplikasi

Kembara 4

Jumlah Kredit 16 15 14 45

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90

Page 27: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

26

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN SYARIAH (UFK)

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti

GFG 1001 Pengajian Malaysia 3

GFG 1004 Kemahiran Penyampaian

Berkesan 3

GFG 1009 Sistem Undang-undang

Malaysia 3

Kursus Teras

UFL 1001 Pengantar Akidah 3 UFL 2004 Tilawah dan Hafazan Al-

Quran 3 UFL 1002 Bahasa Arab Asas 4

UFK 1001 Pengantar Hukum Islam 4 UFK 2005 Praktikal Ibadat 4 UFK 1002 Usul Fiqh 3

UFL 1003 Akhlak dan Tasawuf 3

UFK 1003 Fiqh Ibadat 4

* Kursus

Elektif UFK 2008 Latihan Industri 8

Jumlah Kredit 14 15 16 45

KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras

UFL 1004 Ulum Al-Quran 3 UFK 2002 Fiqh Munakahat 4 UFK 2003 Fiqh Jinayah 4

UFL 1005 Ulum Al-Hadith 3 UFL 2003 Pengantar Usul Tafsir 4 UFK 2004 Fiqh Muamalat 4

UFL 1006 Bahasa Arab Pertengahan 4 UFL 2008 Sirah Rasulullah 3 UFL 2005 Bahasa Arab Tinggi 4

UFK 2001 Kaedah Pentafsiran Nas 4 UFL 2009 Dakwah Islamiyah 3 UFK 2006 Qawa'id Fiqhiyyah 4

Jumlah Kredit 16 14 16 46

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 91

Page 28: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

27

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN (UFL)

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti

GFG 1001 Pengajian Malaysia 3

GFG 1004 Kemahiran Penyampaian

Berkesan 3

GFG 1009 Sistem Undang-undang

Malaysia 3

Kursus Teras

UFL 1001 Pengantar Akidah 3 UFL 2004 Tilawah dan Hafazan Al-

Quran 3 UFL 1002 Bahasa Arab Asas 4

UFK 1001 Pengantar Hukum Islam 4 UFK 2005 Praktikal Ibadat 4 UFK 1002 Usul Fiqh 3

UFL 1003 Akhlak dan Tasawuf 3

UFK 1003 Fiqh Ibadat 4

* Kursus

Elektif

UFK 2008 Latihan Industri 8

Jumlah Kredit 14 15 16 45

KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH

KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus

Universiti GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras

UFL 1004 Ulum Al-Quran 3 UFL 2002 Akidah Islam 4 UFL 2007 Pengajian Teks Al-Hadith 4

UFL 1005 Ulum Al-Hadith 3 UFL 2003 Pengantar Usul Tafsir 4 UFL 2005 Bahasa Arab Tinggi 4

UFL 1006 Bahasa Arab Pertengahan 4 UFL 2008 Sirah Rasulullah 3 UFL 2006 Pengajian Teks Al-Quran 4

UFL 2001 Tafsir Mawdu'i 4 UFL 2009 Dakwah Islamiyah 3 UFL 2010 Kaedah Berinteraksi dengan

Sunnah 4

Jumlah Kredit 16 14 16 46

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 91

Page 29: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

28

LAMPIRAN B

KALENDAR PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF AMBILAN SEPTEMBER 2019

SEMESTER I

Pendaftaran

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Pertengahan Semester I

Cuti Pertengahan Semester l

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Semester I

Cuti Semester I / Peperiksaan Tambahan

6 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

6 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

20 minggu

28.09.2019

19.10.2019

28.12.2019

04.01.2020

11.01.2020

15.02.2020

28.03.2020

04.04.2020

11.04.2020

-

-

-

-

-

-

-

-

22.12.2019

29.12.2019

05.01.2020

19.01.2020

22.03.2020

29.03.2020

05.04.2020

19.04.2020

SEMESTER II

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Pertengahan Semester II

Cuti Pertengahan Semester lI

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Semester II

Cuti Semester II / Peperiksaan Tambahan

6 minggu*

1 minggu

1 minggu

2 minggu

6 minggu**

1 minggu

1 minggu

2 minggu

20 minggu

25.04.2020

27.06.2020

04.07.2020

11.07.2020

25.07.2020

12.09.2020

19.09.2020

26.09.2020

-

-

-

-

-

-

-

-

21.06.2020

28.06.2020

05.07.2020

19.07.2020

06.09.2020

13.09.2020

20.09.2020

04.10.2020

SEMESTER III

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Pertengahan Semester III

Cuti Pertengahan Semester lII

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Semester III

Cuti Semester III / Peperiksaan Tambahan

6 minggu+

1 minggu

1 minggu

2 minggu

6 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

20 minggu

10.10.2020

28.11.2020

05.12.2020

12.12.2020

02.01.2021

20.02.2021

27.02.2021

06.03.2021

-

-

-

-

-

-

-

-

22.11.2020

29.11.2020

06.12.2020

20.12.2020

07.02.2021

21.02.2021

28.02.2021

14.03.2021

SEMESTER IV

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Pertengahan Semester IV

Cuti Pertengahan Semester IV

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Semester IV

Cuti Semester IV / Peperiksaan Tambahan

6 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

6 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

20 minggu

20.03.2021

01.05.2021

08.05.2021

15.05.2021

29.05.2021

10.07.2021

24.07.2021

31.07.2021

-

-

-

-

-

-

-

-

25.04.2021

02.05.2021

09.05.2021

23.05.2021

04.07.2021

11.07.2021

25.07.2021

08.08.2021

Page 30: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

29

SEMESTER V

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Pertengahan Semester V

Cuti Pertengahan Semester V

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Semester V

Cuti Semester V / Peperiksaan Tambahan

6 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

6 minggu

1 minggu

1 minggu

2 minggu

20 minggu

14.08.2021

25.09.2021

02.10.2021

09.10.2021

23.10.2021

04.12.2021

11.12.2021

18.12.2021

-

-

-

-

-

-

-

-

19.09.2021

26.09.2021

03.10.2021

17.10.2021

28.11.2021

05.12.2021

12.12.2021

26.12.2021

SEMESTER VI

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Pertengahan Semester VI

Cuti Pertengahan Semester VI

Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Semester VI

Cuti Semester VI / Peperiksaan Tambahan

6 minggu++

1 minggu

1 minggu

2 minggu

6 minggu^

1 minggu

1 minggu

2 minggu

20 minggu

08.01.2022

05.03.2022

12.03.2022

19.03.2022

02.04.2022

28.05.2022

04.06.2022

11.06.2022

-

-

-

-

-

-

-

-

27.02.2022

06.03.2022

13.03.2022

27.03.2022

22.05.2022

29.05.2022

05.06.2022

19.06.2022

Tertakluk kepada pindaan

Kelas/peperiksaan dijalankan pada setiap hari Sabtu/Ahad sahaja

Cuti Umum:

* Hari Pekerja (1 Mei 2020), Nuzul Quran (10 Mei 2020) & Hari Raya Puasa (24 & 25 Mei 2020)

** Hari Raya Haji (31 Julai 2020)

+ Hari Deepavali (14 November 2020)

++ Tahun Ba ru Cina (1 & 2 Februari 2022) & Hari Wilayah (1 Februari 2022)

^ Hari Pekerja (1 Mei 2022) & Hari Raya Puasa (3 & 4 Mei 2022)

Tarikh kemaskini : 22.08.2019

Page 31: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

30

LAMPIRAN C

CAJ BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN PENDAFTARAN

BIL. PERKARA CAJ BAYARAN (RM)

1. Yuran Pendaftaran – tidak dikembalikan

(termasuk dalam yuran pengajian)

1,550.00

2. Penangguhan Pengajian *

(a) Kali pertama

(b) Kali kedua

(c) Kali ketiga

(d) Kali keempat dan seterusnya

(*tertakluk kepada jangka masa maksimum

pengajian 12 semester)

100.00

200.00

300.00

400.00

3. Kelas Ulangan (per kredit) 100.00

4. Peperiksaan Tambahan 150.00

5. Pengecualian / Pemindahan Kredit (per kredit) 15.00

6. Mempertingkatkan Gred 150.00

7. Semakan Semula Keputusan 150.00

8. Caj Pendaftaran Lewat 50.00

9. Penarikan Diri dari Program

(a) Yuran Pengajian

(i) Permohonan dibuat sebelum hari

Jumaat minggu kedua kursus

(ii) Permohonan dibuat selepas

minggu kedua kursus

(b) Yuran Pendaftaran

(i) Semester I & Semester II

(ii) Semester III, Semester IV

Semester V, Semester VI

30% daripada jumlah yuran

kursus berkenaan

100% daripada jumlah

yuran kursus berkenaan

30% daripada jumlah yuran

pendaftaran

100% daripada jumlah

yuran pendaftaran

Page 32: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem

31

Page 33: AMBILAN SEPTEMBER 2019/ SEPTEMBER INTAKE 2019 · 2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7 3. Maklumat Am 9 4. Struktur Program Pengajian 10 5. Kehadiran Kelas 11 6. Skim Penggredan Sistem