2 september hingga 23 september 2020 soalan no. 1 …

482
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 HINGGA 143

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGAPARLIMEN KEEMPAT BELAS

2020

2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020SOALAN NO. 1 HINGGA 143

Page 2: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik

caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di antara pekerja

warganegara Malaysia dengan warganegara asing bagi tahun bagi tahun

2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 mengikut setiap sektor ekonomi

(perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan).

Page 3: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 1

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar caruman berkanun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja

Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara adalah seperti

Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kadar Caruman KWSP Mengikut Umur dan Gaji

Status

Warganegara Umur Gaji (RM)

Caruman Berkanun

Semasa

Pekerja Majikan

Warganegara

Malaysia

Bawah 60 tahun

RM5,000 dan ke

bawah 7%* 13%

Lebih daripada

RM5,000 7%* 12%

60 tahun dan ke

atas Semua julat gaji 0% 4%

Bukan

Warganegara

Bawah 60 tahun Semua julat gaji 7%* RM5

60 tahun dan ke

atas Semua julat gaji 5.5% RM5

*Nota: Kadar caruman bagi April-Disember 2020. Bermula Januari 2021,

kadar caruman berkanun syer pekerja adalah 11%.

Page 4: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 1

2. Pekerja Bukan Warganegara tidak diwajibkan untuk mencarum

dengan KWSP. Walau bagaimanapun, golongan ini boleh memilih

untuk mencarum ke dalam KWSP.

3. Setelah seseorang pekerja Bukan Warganegara memilih untuk

mencarum dengan KWSP, maka pekerja dan majikan pekerja

berkenaan wajib mencarum sehingga pekerja berkenaan

meninggalkan negara. Kadar caruman yang terpakai bagi pekerja

dan majikan adalah seperti di Jadual 1. Selain itu, ahli juga boleh

memilih untuk menambah peratus kadar caruman melebihi kadar

caruman berkanun semasa yang ditetapkan.

4. Statistik caruman KWSP bagi pekerja Warganegara Malaysia dan

Bukan Warganegara daripada tahun 2016 hingga 2020 adalah

seperti Jadual 2 di bawah:

Page 5: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 1

Jadual 2: Statistik Caruman KWSP bagi pekerja Warganegara dan

Bukan Warganegara

Tahun Sektor Industri

Majikan

Warganegara Bukan

Warganegara

Jumlah

Bil.

Ahli

('000)

Amaun

Caruman

(RM

Juta)

Bil.

Ahli

('000)

Amaun

Caruman

(RM

Juta)

Bil.

Ahli

('000)

Amaun

Caruman

(RM

Juta)

2016

Pembinaan 209 1,784 2 14 211 1,797

Perkilangan 848 6,641 6 99 854 6,740

Pertanian 197 1,865 2 17 199 1,882

Perkhidmatan 3,761 29,258 35 431 3,796 29,689

Perkhidmatan

Kewangan dan

Perniagaan

426 4,910 3 56 428 4,966

Pengangkutan

dan Komunikasi

352 3,184 3 38 355 3,223

Kerajaan 488 4,348 1 10 488 4,358

Lain-lain 566 5,075 5 52 571 5,127

Jumlah 6,847 57,064 56 717 6,903 57,782

2017

Pembinaan 217 1,885 2 14 219 1,899

Perkilangan 889 6,960 6 111 895 7,071

Pertanian 203 1,949 2 18 205 1,967

Perkhidmatan 3,908 30,499 36 464 3,944 30,963

Perkhidmatan

Kewangan dan

Perniagaan

435 5,120 3 62 438 5,182

Page 6: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 1

Pengangkutan

dan Komunikasi

360 3,377 3 45 363 3,421

Kerajaan 471 4,266 1 7 472 4,273

Lain-lain 570 5,093 5 58 574 5,151

Jumlah 7,053 59,149 58 778 7,111 59,927

2018

Pembinaan 224 2,044 2 15 226 2,059

Perkilangan 923 7,614 6 121 929 7,735

Pertanian 208 2,262 2 20 210 2,281

Perkhidmatan 4,047 33,208 37 530 4,084 33,738

Perkhidmatan

Kewangan dan

Perniagaan

443 5,628 3 71 446 5,698

Pengangkutan

dan Komunikasi

369 3,624 3 51 373 3,676

Kerajaan 467 4,533 1 8 467 4,542

Lain-lain 620 5,390 5 66 625 5,456

Jumlah 7,301 64,302 59 882 7,360 65,184

2019

Pembinaan 223 2,057 2 16 225 2,073

Perkilangan 964 8,151 7 112 971 8,262

Pertanian 210 2,332 2 20 212 2,352

Perkhidmatan 4,188 35,142 37 587 4,225 35,729

Perkhidmatan

Kewangan dan

Perniagaan

450 5,965 3 80 453 6,045

Pengangkutan

dan Komunikasi

384 3,866 3 61 387 3,927

Kerajaan 460 4,538 1 9 461 4,547

Page 7: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 1

5. Berdasarkan statistik di Jadual 2, ahli Bukan Warganegara yang

mencarum setakat Julai 2020 adalah sebanyak 1% daripada jumlah

ahli KWSP yang mencarum.

6. Bagi ahli Bukan Warganegara, kelayakan untuk membuat

pengeluaran pra-persaraan adalah sama seperti ahli Warganegara

Malaysia. Namun begitu, ahli Bukan Warganegara tidak boleh

membuat penamaan bagi simpanan KWSP mereka.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain 687 5,444 5 74 692 5,518

Jumlah 7,566 67,495 60 958 7,626

68,453

2020

(Setakat

Julai

2020)

Pembinaan 217 1,283 2 10 219 1,293

Perkilangan 962 5,460 6 80 969 5,540

Pertanian 207 1,605 2 14 209 1,619

Perkhidmatan 4,139 23,019 37 406 4,175 23,425

Perkhidmatan

Kewangan dan

Perniagaan

450 4,109 3 58 453 4,167

Pengangkutan

dan Komunikasi

379 2,450 3 38 382 2,488

Kerajaan 458 3,039 1 6 459 3,045

Lain-lain 651 3,645 5 54 656 3,699

Jumlah 7,463 44,609 59 667 7,522 45,276

Page 8: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISANDEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik

kes pembanterasan pemerdagangan dan penyeludupan warganegara asing

oleh Kementerian mengikut lokasi kawalan atau kemasukan sempadan

seluruh negara, warganegara migran dan jantina bagi tahun 2015, 2016,

2017, 2018, 2019 dan 2020.

Page 9: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Daripada tahun 2015 sehingga 31 Julai 2020, terdapat sejumlah 943 kes

penyeludupan migran melibatkan 9,485 orang migran yang diseludup dan

1,476 orang penyeludup yang ditangkap seperti jadual di bawah.

Bil Perkara 2015 2016 2017 2018 2019

2020

(sehingga

31 Julai)

Jumlah

1 Jumlah

Kes 159 142 210 128 184 120 943

2

Jumlah

Migran

Yang

Diseludup

1,823 1,787 1,589 1,206 1,886 1,194 9,485

3 Jumlah

Tangkapan 206 168 282 225 348 247 1,476

Perincian migran yang diseludup mengikut warganegara dan jantina di

seluruh negara adalah seperti berikut:

Page 10: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 2

DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU

1 INDONESIA 239 762 1,001 269 1,023 1,292 225 86 521 42 874 124 19 294 14 451 306 29 689 32 1,056 172 6 562 7 747 7,042

2 MYANMAR 97 488 585 43 233 276 55 8 202 17 282 62 3 273 5 343 55 10 267 23 355 67 36 170 24 297 2,717

3 BANGLADESH 0 116 116 0 172 172 0 0 64 0 64 4 0 178 0 182 0 0 136 0 136 0 0 14 0 14 762

4 FILIPINA 9 30 39 20 13 33 84 36 135 56 311 54 10 77 26 167 126 22 152 24 324 18 3 23 1 45 1,275

5 THAILAND 2 10 12 0 0 0 8 0 0 0 8 2 0 1 0 3 1 0 1 0 2 8 0 13 1 22 77

6 VIETNAM 5 9 14 2 2 4 6 0 0 0 6 0 0 33 0 33 0 0 3 0 3 3 0 1 0 4 74

7 LAOS 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 2 4

8 KEMBOJA 4 11 15 1 5 6 2 0 18 0 20 4 1 8 0 13 1 0 1 0 2 2 0 23 2 27 130

9 MALAYSIA 0 0 0 1 1 2 4 0 8 0 12 0 0 4 0 4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 30

10 SRI LANKA 1 3 4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 0 3 0 0 0 0 0 7

11 PAKISTAN 0 11 11 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 11 0 11 35

12 INDIA 0 3 3 0 1 1 0 0 5 0 5 0 0 1 0 1 0 0 4 0 4 0 0 23 0 23 65

13 CHINA 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 9 0 9 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 10

14 SOMALIA 5 11 16 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 16

15 NEPAL 0 2 2 0 1 1 1 0 4 0 5 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 13

16 SUDAN 0 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1

17 ETHIOPIA 2 2 4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 4

18 SYRIA 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2

19 TAIWAN 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 2 4

364 1,459 1,823 336 1,451 1,787 385 130 959 115 1,589 250 33 878 45 1,206 489 61 1,257 79 1,886 270 45 842 35 1,194 9,485

Petunjuk : P - Perempuan L - Lelaki DW - Dewasa BU - Bawah Umur

Bil Warganegara

Pecahan Migran Yang Diseludup

Jumlah

Keseluruhan

2015 2016 2017 2018 2019 2020 (sehingga 31 Julai 2020)

L Jum P L Jum

JUMLAH

P L

Jum

P L

Jum

P L

Jum

P L

JumP

Page 11: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah

Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah dikeluarkan oleh

Kementerian bagi tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 mengikut

:-

a) warganegara dan jantina pekerja asing di setiap negeri Malaysia; dan

b) statistik penglibatan pekerja asing di setiap sektor ekonomi

(perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan

termasuk sektor kawalan keselamatan dan pembantu rumah) di setiap

negeri Malaysia.

Page 12: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 3

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

menetapkan supaya semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia untuk

mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah selaras dengan

Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Pekerja asing

dibenarkan bekerja di sektor Perkilangan, Pembinaan, Perladangan,

Perkhidmatan, Pertanian serta Perlombongan dan Kuari di bawah kelulusan

kuota yang ditetapkan.

Jumlah pekerja asing berstatus aktif yang telah dikeluarkan dengan Pas

Lawatan Kerja Sementara (PLKS) oleh JIM dari tahun 2016 sehingga 31

Julai 2020 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah (orang)

2016 1,866,360

2017 1,797,377

2018 2,015,760

2019 1,999,559

2020 (Sehingga 31 Julai 2020) 1,708,129

Manakala pecahan jumlah pekerja asing aktif mengikut sektor dan negeri

sehingga 31 Julai 2020 adalah seperti berikut:

Page 13: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 3

Petunjuk:

PRA - Pembantu Rumah Asing

P & P - Perlombongan dan Pengkuarian

L - Lelaki

P - Perempuan

BIL NEGERI

SEKTOR

JUMLAH PERKILANGAN PEMBINAAN PERLADANGAN PERKHIDMATAN PERTANIAN PRA P&P

L P L P L P L P L P L P L L P

1 SELANGOR

177,718 24,031 125,456 4,239 25,497 433 96,473 7,704 16,246 1,548 222 49,548 36 441,648 87,503

2 JOHOR

130,269 29,783 38,928 1,064 16,467 635 23,169 2,416 27,357 1,680 16 12,325 0 236,206 47,903

3 WP KUALA

LUMPUR 13,600 1,066 107,556 3,046 35,398 380 58,988 4,986 8,067 517 230 26,327 0 223,839 36,322

4 PULAU PINANG 43,850 34,527 16,319 418 380 17 13,879 1,297 2,511 53 6 6,566 0 76,945 42,878

5 SABAH 6,202 2,898 4,706 94 43,564 10,246 4,198 1,814 17,408 15,430 12 7,486 0 76,090 37,968

6 SARAWAK 17,390 4,246 17,760 889 34,277 14,668 5,082 3,925 4,850 660 12 2,395 1 79,372 26,783

7 PERAK 33,092 7,363 5,301 321 14,646 208 7,373 626 6,599 365 13 4,284 49 67,073 13,167

8 MELAKA 17,482 5,701 14,794 288 1,956 66 5,709 714 6,461 193 6 2,818 0 46,408 9,780

9 NEGERI

SEMBILAN 21,139 3,773 6,933 251 4,411 172 9,959 595 3,709 202 18 2,551 1 46,170 7,544

10 PAHANG 5,387 262 3,144 225 12,926 391 4,091 433 11,363 480 50 1,764 0 36,961 3,555

11 KEDAH 17,388 2,965 6,698 116 1,198 50 4,768 609 1,224 212 8 1,872 0 31,284 5,824

12 TERENGGANU 1,283 10 1,373 19 3,771 12 1,343 223 108 23 2 714 0 7,880 1,001

13 KELANTAN 1,697 447 1,399 11 2,611 105 559 97 396 18 11 783 7 6,680 1,461

14 WP

PUTRAJAYA 4 0 431 13 4,095 39 926 44 156 1 5 512 0 5,617 609

15 WP LABUAN 9 6 328 10 0 0 609 161 272 51 0 589 0 1,218 817

16 PERLIS 189 299 143 3 100 49 281 124 202 67 1 165 0 916 707

486,699 117,377 351,269 11,007 201,297 27,471 237,407 25,768 106,929 21,500 612 120,699 94 1,384,307 323,822

JUMLAH

KESELURUHAN 604,076 362,276 228,768 263,175 128,429 121,311 94 1,708,129

Page 14: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 3

Semua pekerja asing yang sah bekerja di Malaysia adalah tertakluk kepada

peraturan dan undang-undang perburuhan serta keimigresenan yang ketat.

Peruntukan undang-undang yang berkaitan juga turut merangkumi

tanggungjawab majikan bagi memastikan hak golongan pekerja adalah

terjamin dan tidak berisiko untuk dieksploitasi sehingga menjadi PATI.

Sekian, terima kasih.

Page 15: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan

:-

a) Statistik majikan yang menyalahguna peruntukan telah diberi di

bawah Program Subsidi Upah mengikut kategori industri di setiap

negeri Malaysia; dan

b) Adakah Kementerian akan senarai hitam majikan daripada

sebarang bantuan Kerajaan selepas ini.

Page 16: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 243 kes

aduan yang telah direkodkan di bawah Program Pengekalan Pekerjaan

(ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) terhadap majikan yang

mengingkari terma dan syarat ERP/PSU kerana tidak menyalurkan

bantuan yang diterima kepada pekerja yang layak di bawah program ini.

2. Bagi permohonan yang telah diberi kelulusan dan dibuat

pembayaran, senarai nama majikan akan dipaparkan di laman web

PERKESO untuk tujuan semakan para pekerja dan untuk membolehkan

mereka membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap majikan

mereka.

3. Sehubungan dengan itu, sekiranya aduan diterima, tindakan yang

boleh diambil oleh Kementerian saya melalui PERKESO adalah seperti

berikut:

i. Menyenarai hitamkan majikan tersebut;

ii. Proses pembayaran untuk bulan berikutnya akan dihentikan;

iii. Pengesahan aduan dan laporan polis akan dibuat bagi kes

penyalahgunaan Program Subsidi Upah.

4. PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut

semula bayaran yang telah diterima dan tindakan undang-undang akan

diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat yang telah

ditetapkan.

Page 17: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 4

5. Selain itu, saluran Kaunter Khidmat Pelanggan serta Talian Khas

berkenaan PSU dan ERP turut diwujudkan bagi menyediakan

perkhidmatan serta menangani urusan berkaitan permohonan dan aduan.

PERKESO turut mewujudkan task force khas untuk mengawal selia

semua permohonan dan aduan-aduan berkaitan bagi memastikan

pematuhan majikan-majikan yang menerima subsidi ini memenuhi terma

dan syarat yang ditetapkan. PERKESO telah menghubungi majikan yang

mengingkari terma dan syarat terbabit dan akan mengambil tindakan

susulan ke atas kesemua majikan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 18: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan

statistik kategori “C” agensi pekerjaan swasta yang membuat penggajian

pekerja asing kepada majikan di Malaysia bagi tahun 2015, 2016, 2017,

2018, 2019 dan 2020 mengikut :-

a) Warganegara dan jantina pekerja asing di setiap negeri Malaysia;

dan

b) Bilangan pengajian pekerja asing di setiap sektor ekonomi

(perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan

termasuk sector kawalan keselamatan dan pembantu rumah) di

setiap negeri Malaysia.

Page 19: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 telah dipinda bagi

memperkemaskan peruntukan mengenai pelesenan dan

pengawalseliaan agensi pekerjaan swasta (APS). Akta ini telah mula

dikuatkuasakan pada 1 Februari 2018. Lesen jenis C APS ini dipohon oleh

agensi yang ingin menjalankan aktiviti merekrut dan menempatkan

pekerja tempatan di dalam dan luar negara serta menempatkan pekerja

asing termasuk pekhidmat domestik asing kepada majikan di seluruh

Malaysia.

2. Tujuan pelesenan ini untuk mengawal selia penempatan pekerja

bukan warganegara. Ejen yang tidak berlesen di bawah akta ini tidak

dibenarkan menjalankan aktiviti menempatkan pekerja bukan

warganegara kepada mana-mana majikan. Peruntukan ini dapat

mengatasi lambakan pekerja asing tanpa majikan sebenar, dan

mengelakkan eksploitasi serta mencegah aktiviti permerdagangan orang.

Untuk makluman Dewan yang mulia,

3. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang mengawal selia pemberian lesen

ini tidak mempunyai data-data berhubung jantina dan warganegara serta

bilangan penggajian pekerja asing mengikut pecahan negeri dan tahun.

Ini adalah kerana kemasukan pekerja asing ke dalam negara ini dikawal

Page 20: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 5

selia oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Dalam Negeri

(KDN).

4. Mengikut data JIM, sehingga Jun 2020, seramai 1,545,101 pekerja

asing dilapor bekerja menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara

(PLKS). Daripada jumlah ini warganegara paling ramai adalah

warganegara Indonesia iaitu 519,219 atau 33.6% orang dan warganegara

paling sedikit adalah wargenegara Kazakhstan iaitu 1 atau 0.0% orang.

Manakala jantina paling ramai adalah lelaki iaitu 1,276,986 atau 82.6%

orang dan jantina wanita pula adalah seramai 268,115 atau 17.4% orang.

Selanjutnya sektor yang paling ramai pekerja asing ialah sektor

perkilangan iaitu seramai 541,608 atau 35.1% orang dan sektor paling

sedikit ialah sektor perlombongan dan pengkuarian seramai 93 atau

0.01% orang. Manakal negeri yang paling ramai pekerja asing adalah

negeri Selangor iaitu seramai 478,429 atau 30.9% orang dan negeri

paling sedikit pekerja asing adalah negeri Perlis iaitu seramai 1,669 atau

0.11% orang.

Sekian, terima kasih.

Page 21: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan :-

a) Jumlah majikan yang telah memohon Pakej Inisiatif Pengambilan

Kerja (Penjana Kerjaya) mengikut sector, permohonan yang telah

diluluskan dan tidak diluluskan hingga 31 Ogos 2020; dan

b) Jumlah permohonan diterima bekerja melalui Penjana Kerjaya

mengikut sektor dan kategori pekerjaan.

Page 22: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, jumlah majikan

yang telah memohon Program Insentif Pengambilan Pekerja (Hiring

Incentives) sehingga 17 Ogos 2020 adalah sebanyak 4,926 dengan

jumlah pekerja sebanyak 18,368. Jumlah majikan mengikut sektor yang

telah memohon insentif ini adalah seperti berikut:

a) Bagi sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan adalah

sebanyak 73 majikan;

b) Sektor Perlombongan dan Pengkuarian adalah 10 majikan;

c) Sektor Pembuatan sebanyak 739 majikan;

d) Sektor Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara

adalah 77 majikan;

e) Sektor Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan

Aktiviti Pemulihan sebanyak 16 majikan;

f) Sektor Pembinaan adalah 358 majikan;

g) Sektor Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan

bermotor dan motosikal adalah sebanyak 676 majikan;

h) Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan adalah 138 majikan;

i) Sektor Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan

Minuman sebanyak 375 majikan;

j) Sektor Maklumat dan Komunikasi sebanyak 168 majikan;

k) Sektor Aktiviti Kewangan dan Insurans/Takaful sebanyak 108

majikan:

l) Sektor Aktiviti Hartanah sebanyak 45 majikan;

m) Sektor Aktiviti Professional, Saintifik dan Teknikal sebanyak

309 majikan;

Page 23: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 6

n) Sektor Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan sebanyak

84 majikan;

o) Sektor Pentadbiran Awam dan pertahanan; aktiviti sosial wajib

sebanyak 9 majikan,

p) Sektor Pendidikan 359 majikan;

q) Sektor Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan dan Kerja Sosial

sebanyak 123 majikan;

r) Sektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi sebanyak 59 majikan;

s) Sektor Aktiviti Perkhidmatan Lain sebanyak 1174 majikan; dan

t) Sektor aktiviti Isi Rumah sebagai majikan, Aktiviti

Mengeluarkan Barangan dan Perkhidmatan yang tidak dapat

dibezakan oleh isi rumah sebanyak 26 majikan.

2. Jumlah permohonan pekerja yang telah dihantar untuk kelulusan

bagi permohonan Insentif Pengambilan Pekerja adalah sebanyak 15,891

pekerja. Jumlah permohonan pekerja yang telah diluluskan adalah

sebanyak 7,630 dan jumlah pekerja yang tidak diluluskan adalah

sebanyak 803 pekerja, manakala baki daripada jumlah tersebut adalah

dalam proses kelulusan.

3. Manakala, permohonan majikan yang diterima bekerja melalui

Penjana Kerjaya mengikut sektor dan kategori pekerjaan adalah seperti

berikut;

a) Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan adalah sebanyak

72 majikan,

b) Sektor Perlombongan dan Pengkuarian adalah 9 majikan,

c) Sektor Pembuatan sebanyak 708 majikan,

d) Sektor Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara

adalah 75 majikan,

Page 24: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 6

e) Sektor Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan

Aktiviti Pemulihan sebanyak 16 majikan,

f) Sektor Pembinaan adalah 344 majikan,

g) Sektor Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan

bermotor dan motosikal adalah sebanyak 645 majikan,

h) Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan adalah 124 majikan,

i) Sektor Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan

Minuman sebanyak 358,

j) Sektor Maklumat dan Komunikasi sebanyak161 majikan,

k) Sektor Aktiviti Kewangan dan Insurans/Takaful sebanyak 108

majikan,

l) Sektor Aktiviti Hartanah sebanyak 44 majikan,

m) Sektor Aktiviti Professional, Saintifik dan Teknikal sebanyak

301 majikan,

n) Sektor Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan sebanyak

78 majikan,

o) Sektor Pentadbiran Awam dan pertahanan; aktiviti sosial wajib

sebanyak 9,

p) Sektor Pendidikan sebanyak 342,

q) Sektor Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan dan Kerja Sosial

sebanyak 116 majikan,

r) Sektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi sebanyak 55 majikan,

s) Sektor Aktiviti Perkhidmatan Lain sebanyak 1122 majikan; dan

t) Sektor aktiviti Isi Rumah sebagai majikan, Aktiviti

Mengeluarkan Barangan dan Perkhidmatan yang tidak dapat

dibezakan oleh isi rumah sebanyak 26 majikan.

Sekian, terima kasih.

Page 25: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

a) statistik jumlah pendatang asing yang telah ditahan ketika PKP

mengikut pecahan negara asal, jantina, umur, sektor pekerjaan; dan

b) berapakah kos pengurusan dan jumlah sebenar pendatang asing

yang telah dihantar pulang sehingga 31 Ogos 2020.

Page 26: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri (KDN)

melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan operasi

penguatkuasaan secara berterusan bagi menangani isu keberadaan

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini, termasuk sepanjang

tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai 18

Mac 2020. Bagi tempoh dari 18 Mac 2020 sehingga 13 Ogos 2020, JIM telah

menjalankan sebanyak 701 operasi dan telah memeriksa seramai 19,478

warga asing. Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, seramai 3,599 orang

PATI dan 19 orang majikan telah ditangkap atas pelbagai kesalahan

imigresen.

Manakala jumlah penghantaran pulang tahanan yang berada di Depot

Tahanan Imigresen pada tahun 2020 iaitu sehingga 24 Ogos 2020 adalah

seramai 22,486 orang. Pecahan tahanan yang dihantar pulang mengikut

warganegara adalah seperti berikut :

Bil. Warganegara Jumlah (orang) 1. Indonesia 10,029 2. Bangladesh 2,786 3. Myanmar 1,891 4. Thailand 1,746 5. India 1,590 6. China 1,425 7. Pakistan 1,033 8. Vietnam 646 9. Nepal 314 10. Kemboja 271

Page 27: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 7

11. Lain-lain 755 JUMLAH 22,486

Proses penghantaran tahanan ke negara asal yang dikendalikan oleh JIM

turut merangkumi kerjasama dengan pihak Perwakilan Asing. Ini

termasuklah urusan pengesahan warganegara, penyediaan dokumen

perjalanan dan pembiayaan kewangan bagi menampung kos penghantaran

pulang tahanan ke negara asal. Sekiranya Perwakilan Asing tidak dapat

membiayai kos penghantaran pulang, maka kos tersebut akan ditanggung

oleh majikan atau tahanan itu sendiri. Kerajaan hanya membiayai kos

pengangkutan darat sahaja yang mana pada tahun 2020 sehingga 31 Mei

2020, JIM telah membelanjakan sebanyak RM185,840.00 bagi tujuan

tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 28: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

a) statistik terkini jumlah tahanan di setiap pusat penjara berdasarkan

kaum, umur, jantina, jenis kesalahan, warganegara dan bukan

warganegara; dan

b) perancangan pihak Kementerian untuk mengatasi kesesakan penjara

bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan

tahanan.

Page 29: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 8

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

(a) Statistik Jabatan Penjara Malaysia sehingga 17 Ogos 2020,

menunjukkan terdapat seramai 68,730 penghuni yang sedang

menjalani hukuman atau ditahan di seluruh institusi penjara. Daripada

jumlah tersebut seramai 39,846 adalah banduan sabitan, 24,578

adalah banduan reman, 2,758 adalah tahanan di bawah Akta Dadah

Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK), Akta

Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan

Keganasan 2015 (POTA). Manakala 1,548 adalah penghuni Sekolah

Henry Gurney.

Bagi pecahan warganegara pula, seramai 54,632 adalah warga

Malaysia iaitu 37,332 Melayu, 4,828 Cina, 6,714 India dan 5,758 lain-

lain bangsa. Manakala 14,098 lagi adalah penghuni warga negara

asing. Daripada jumlah ini, seramai 64,844 adalah lelaki manakala

3,886 adalah wanita.

Bagi kategori umur pula, seramai 65,194 orang adalah penghuni

dewasa iaitu berumur 21 tahun ke atas, manakala seramai 3,536

orang adalah penghuni muda yang berumur 21 tahun ke bawah.

Page 30: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 8

(b) Bagi menangani masalah kesesakan, Jabatan Penjara Malaysia telah

mengambil pelbagai langkah yang melibatkan seperti peluasan

pemulihan di luar penjara, pemindahan banduan, penambahbaikan

pemulihan, pengubahsuaian fasiliti dan kajian terhadap lain-lain

alternatif pemenjaraan.

Selain itu, dalam situasi kesesakan, Jabatan Penjara Malaysia juga

telah mengambil tindakan tegas terutamanya dalam membendung

penularan pandemik COVID-19 di dalam institusi penjara. Di

antaranya adalah:

i. semua kakitangan dan penghuni yang masuk ke dalam penjara

perlu dibuat pemeriksaan suhu badan. Kakitangan dan banduan

yang mempunyai suhu badan 37.5° dan ke atas perlu dirujuk

kepada pegawai perubatan untuk tindakan susulan;

ii. institusi penjara melaksanakan kuarantin bagi penghuni yang

baru masuk serta mengasingkan penghuni yang disyaki

mempunyai simptom-simptom awal virus tersebut;

iii. penugasan khusus pegawai penjara yang terpilih bagi tujuan

pengiringan ke hospital dan kawalan penghuni di wad hospital;

iv. bagi penghuni yang mempunyai ORDER TO PRODUCE (OTP)

Mahkamah dan temujanji rawatan, pihak institusi penjara

hendaklah menghubungi Agensi berkenaan terlebih dahulu untuk

memastikan sama ada perlu diteruskan atau sebaliknya;

Page 31: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 8

v. semua aktiviti penghuni dikurangkan seminima yang boleh;

vi. kawalan pergerakan keluar masuk kakitangan dan penghuni

dipertingkatkan;

vii. mengehadkan kemasukan reman terutama yang melibatkan

Reman Mahkamah Rendah;

viii. cadangan penggunaan katil double decker bagi membolehkan

penjarakan sosial dilaksanakan sepenuhnya ke atas semua

penghuni penjara;

ix. mewujudkan 35 buah pusat kuarantin dan rawatan di institusi

penjara yang terpilih;

x. melaksanakan saringan berkala ke atas penghuni untuk

mengesan sekiranya berlaku penularan Covid-19 dalam penjara

sewaktu penahanan;

xi. proses sanitasi secara berkala ke atas fasiliti penjara oleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); dan

xii. mewujudkan 11 penjara sementara bagi kemasukan penghuni

baru yang melakukan kesalahan di bawah Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP).

Page 32: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 8

Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia bersama-

sama dengan Agensi kerajaan lain yang berkaitan, sentiasa komited

dan bekerjasama dalam memastikan tindakan-tindakan untuk

membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan

penghuni. Hasil tindakan tegas tersebut setakat ini pandemik COVID-

19 tidak merebak di dalam penjara.

Sekian, terima kasih.

Page 33: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

statistik jumlah ujian sampel COVID-19 yang telah dilakukan oleh KKM

hingga 31 Ogos 2020 mengikut negeri dan apakah strategi Kerajaan

untuk meningkatkan ujian sampel COVID-19 dalam sehari sebagai

persediaan menempuh gelombang COVID-19 seterusnya.

Page 34: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 9

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sehingga 3 September 2020, seramai 1,280,878 individu telah

disampel untuk COVID-19 di Malaysia. Dalam tempoh yang sama,

jumlah ujian yang telah dijalankan di Malaysia adalah

sebanyak 1,353,082 ujian (rt-PCR dan RTK-Antigen), termasuk

161,216 ujian yang dijalankan oleh makmal swasta dari bulan

April 2020. Perbezaan individu telah disampel dan bilangan ujian

yang dijalankan adalah kerana terdapat individu yang memerlukan

ujian ulangan.

2. Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap keupayaan dan

kesediaan untuk menempuh gelombang COVID-19 seterusnya.

Pelbagai strategi telah dirancang dan dijalankan untuk meningkatkan

bilangan ujian COVID-19 dalam sehari, di antaranya meningkatkan

bilangan makmal yang boleh menjalankan ujian rt-PCR COVID-

19 sama ada di kemudahan makmal kerajaan atau swast. Selain

meningkatkan bilangan makmal, kerajaan juga telah berusaha untuk

meningkatkan kapasiti bilangan ujian bagi setiap makmal dan

memperkembangkan kaedah ujian selain rt-PCR COVID-19, ujian

RTK-Ag (sebagai ujian saringan) dan ujian rapid PCR COVID-19 di

beberapa makmal yang dikenalpasti.

Sekian, terima kasih.

Page 35: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN NO: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan :-

(a) statistik jumlah pekerja sendiri di Malaysia mengikut negeri, umur,

jantina, bandar dan luar bandar; dan

(b) jumlah pekerja sendiri yang telah mencarum Skim Keselamatan

Sosial Pekerjaan Sendiri sehingga 31 Ogos 2020.

Page 36: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN NO: 10

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Survei Tenaga Buruh (STB) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

(DOSM) merupakan laporan statistik yang diterbitkan secara tahunan.

Data terkini yang dikeluarkan setakat tahun 2019 sahaja.

2. STB 2019 oleh DOSM melaporkan statistik bekerja sendiri

berdasarkan kategori seperti berikut:

Page 37: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN NO: 10

(a) negeri

Negeri Bilangan ('000)

Johor 294.7

Kedah 235.2

Kelantan 206.5

Melaka 60.8

N. Sembilan 71.4

Pahang 147.1

P. Pinang 92.5

Perak 198.0

Perlis 26.0

Selangor 525.4

Terengganu 100.3

Sabah 414.5

Sarawak 223.9

WPKL 120.4

WP Labuan 5.0

WP Putrajaya 2.6

Page 38: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN NO: 10

(b) umur

(c) jantina

Jumlah

Lelaki Perempuan

('000)

2,724.2 1,684.3 1,039.9

(d) strata

Bandar Luar bandar

('000)

1,908.9 815.2

Umur Bilangan ('000)

15–19 70.2

20–24 242.5

25–29

324.1

30–34 355.1

35–39 331.8

40–44 302.1

45–49

314.3

50–54 323.5

55–59 275.0

60–64 185.5

Jumlah 2,724.2

Page 39: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN NO: 10

Tuan Yang di Pertua,

3. Berdasarkan statistik PERKESO sehingga 31 Ogos 2020, bilangan

pekerja sendiri yang berdaftar dan mencarum Skim Keselamatan Sosial

adalah seramai 44,234 orang iaitu 37,669 orang lelaki dan 6,565 orang

perempuan.

Sekian, terima kasih.

Page 40: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

jumlah peruntukan yang telah diluluskan dan disalurkan ke Hospital Sibu

di bawah Rancangan Malaysia ke-11, dan apakah projek-projek yang

telah dilaksanakan.

Page 41: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Hospital Sibu merupakan Hospital Pakar Major dan Hospital Lead

Kluster. Di bawah Rolling Plan Ke-3 (RP3) Rancangan Malaysia

Kesebelas (RMK-11), Projek Naik Taraf Sistem Lif Serta Kerja-

Kerja Lain Berkaitan di Hospital Sibu, Sarawak telah diluluskan

oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM)

dengan kos keseluruhan berjumlah RM603,880.00. Projek ini

dilaksanakan oleh Syaz Global Industries Sdn. Bhd. dan Bahagian

Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) selaku agensi pelaksana. Projek ini telah bermula pada 27

Mac 2019 dan telah siap sepenuhnya pada 15 Julai 2020.

2. Selain itu, satu lagi projek yang akan dilaksanakan iaitu Projek

Naiktaraf Unit Rawatan Rapi Hospital Sibu, Sarawak. Projek ini

telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri (UPE, JPM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh

(RMKe-10) dan kini berada di dalam Fasa Rekabentuk dan

dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS). Projek ini

dijangka akan ditender pada bulan Oktober 2020.

3. Sepanjang tempoh RMK-11 (2016-2020), terdapat pelbagai kerja

naik taraf berskala kecil yang telah dilaksanakan di Hospital Sibu

berjumlah RM2,226,253.00. Perinciannya adalah seperti berikut:

Page 42: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 11

i. Kerja-kerja menaiktaraf bilik seminar tingkat 3 kepada Ruang

Bed Bay untuk Paediatric Ward, Hospital Sibu dengan kos projek

RM26,000.00;

ii. Mengubahsuai dan menaik taraf Klinik Pakar Pergigian, Hospital

Sibu dengan kos projek RM220,000.00;

iii. Kerja-Kerja pemasangan SR200 Fire Suppression System At

Surgical Store 1 & 2 and General Receiving Storage di Hospital

Sibu, Sarawak dengan kos projek RM185,500.00;

iv. Kerja- Kerja Pemasangan SR200 Fire Suppression System at

Medical Store 1, 2 & 3 di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos

projek RM186,560.00;

v. Kerja- Kerja Pemasangan SR200 fire suppression system at

inpatient pharmacy store di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos

projek RM164,300.00;

vi. Kerja- Kerja Pemasangan SR200 fire suppression system at

medical record room di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos

projek RM177,200.00;

vii. Kerja-kerja Menaiktaraf dan Mengubahsuai Wad 20 Kepada

High Dependency Ward di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos

projek RM30,000.00;

Page 43: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 11

viii. Kerja-kerja Penambahan dan Pemasangan Sistem Mediaval

Gas di Wad 20 Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek

RM190,000.00;

ix. Kerja-kerja Pemasangan Sistem Elektrik dan Sistem UPS serta

Penambahan Soket Jenis UPS dan Genset untuk Wad 20 di

Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM110,000.00;

x. Kerja-kerja Pemasangan Sistem Penghawa Dingin serta

Vertilation untuk cubicle dan dua Bilik rawatan Wad 20 di

Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM165,000.00;

xi. Kerja-kerja Menaiktaraf Wad 30 (Fasa 2) di Hospital Sibu,

Sarawak (Peruntukan Tambahan) dengan kos projek RM

399,000.00;

xii. Menaiktaraf sistem sedia ada di Farmasi Pesakit Dalam supaya

diperluaskan kepada 4 unit peti sejuk farmaseutikal di Unit CDR

& TPN serta 3 unit peti sejuk di Farmasi Klinik Pakar dengan kos

projek RM25,000.00;

xiii. Upgrading existing UPS with new battery bank backup time di

Hospital Sibu, upgrading public announcement system with new

cable in high impact piping existing di Hospital Sibu dan

Pemasangan Sistem Pemantauan Kebakaran Automatik

(SPKA) di Hospital Sibu dengan kos projek RM241,150.00;

xiv. Lay new hardware floor tiles at kitchen cooking area Hospital

Sibu dengan kos projek RM7,200.00;

Page 44: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 11

xv. Scrap floor paint at butcher area Hospital Sibu dengan kos

projek RM3,557.00;

xvi. Scrap floor paint at washing area Hospital Sibu dengan kos

projek RM4,641.00;

xvii. Kerja-kerja menaiktaraf Bilik Stor Patologi untuk kegunaan

Molekular Lab di Jabatan Patologi Hospital Sibu, Sarawak

dengan kos projek RM77,000.00; dan

xviii. Kerja-kerja menaiktaraf laluan pintu belakang untuk menghantar

pesakit COVID-19 ke wad terlibat dengan kos projek

RM14,145.00.

Sekian, terima kasih.

Page 45: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

sekiranya kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah Pusat Jantung

di Hospital Sibu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, memandangkan

Sibu merupakan pusat rawatan bagi Zon Tengah Sarawak.

Page 46: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan secara amnya mempunyai perancangan

untuk mewujudkan Pusat Jantung di Hospital Sibu Sarawak bagi

meningkatkan akses kepada rawatan kecemasan jantung untuk

pesakit jantung dari Zon Utara dan Zon Tengah di Sarawak.

2. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengemukakan

permohonan penubuhan Pusat Jantung di Hospital Sibu bagi

Rancangan Malaysia ke-12:

• Projek ini tersenarai sebagai projek keutamaan ke-7 daripada

10 permohonan projek dari Jabatan Kesihatan Negeri

Sarawak.

• Cadangan projek ini merangkumi pembinaan Makmal Invasif

Kardiologi (ICL) bagi rawatan invasif kardiologi dan hybrid

operating theatre (OT) bagi rawatan pembedahan

kardiotorasik kecemasan.

• Namun begitu, projek ini tidak disenarai pendek sebagai

keutamaan semasa dibawa ke EPU memandangkan terdapat

projek-projek lain yang lebih tinggi keutamaannya.

Page 47: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 12

3. Penubuhan pusat jantung memerlukan kos yang tinggi dan sumber

tenaga kerja terlatih yang terdiri daripada Pakar Kardiologi, Pakar

Bedah Kardiotorasik, jururawat, penolong pegawai perubatan dan

anggota sokongan yang terlatih khusus dalam bidang ini.

Pembangunan dari segi infrastruktur haruslah selari dengan

pembangunan sumber tenaga kerja yang diperlukan bagi

memastikan perkhidmatan dapat dijalankan secara berterusan dan

mampan. Penglibatan tenaga kerja dari kalangan penduduk

tempatan adalah amat dialukan. Buat masa ini, Pusat Jantung

Sarawak juga masih memerlukan pertambahan Pakar dan anggota

terlatih. Secara amnya, bilangan pakar dan juga anggota sokongan

dalam bidang perkhidmatan jantung secara amnya adalah terhad di

seluruh Malaysia.

4. Perkhidmatan rawatan jantung disediakan dalam pelbagai peringkat

yang terdiri dari peringkat primer, sekunder dan juga tertiari. Di

peringkat primer ia disediakan oleh pakar kesihatan keluarga di klinik

kesihatan, di peringkat sekunder oleh pakar perubatan di hospital

daerah dan negeri, manakala di peringkat tertiari disediakan oleh

pakar kardiologi di pusat jantung KKM.

5. Di kawasan sekitar Sibu dan zon tengah Sarawak, pesakit yang

mengalami kecemasan jantung diberikan rawatan awal yang

disediakan di Hospital Sibu oleh pakar perubatan kecemasan dan

pakar perubatan am. Pesakit yang memerlukan rawatan susulan

atau prosedur invasif tertentu seperti Percutaneous Coronary

Intervention, (PCI) atau Coronary Artery By Pass Graft (CABG),

dirujuk ke Pusat Jantung Sarawak bagi rawatan definitif apabila

keadaan klinikal pesakit stabil. Sekian, terima kasih.

Page 48: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 12

Sekian, terima kasih.

Page 49: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR

menyatakan status terkini perlaksanaan Projek Tebatan Banjir Fasa III

bagi Sibu, Sarawak.

Page 50: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu Fasa 3, Lembangan

Sungai Rajang, Sarawak telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia

Ke Sebelas (RMKe-11) dengan kos projek berjumlah RM100 juta.

2. Projek ini dalam peringkat perlaksanaan yang telah bermula pada

7 Mei 2018 dan dijangka siap pada 6 Mac 2022 dengan status kemajuan

kerja fizikal semasa di tapak adalah 30.18% setakat 24 Ogos 2020.

3. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui JPS juga telah

memohon peruntukan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)

Sibu Fasa 4 berjumlah RM395 juta dalam RMKe-12.

Sekian, terima kasih.

Page 51: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan apakah cadangan kementerian bagi menaik taraf Kompleks

Sukan Bintangor, Sarawak yang dalam keadaan amat daif.

Page 52: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa komited dalam

memastikan kemudahan sukan di seluruh negara berada pada tahap

terbaik. Pada masa ini pelbagai kemudahan sukan kini sedang dan akan

dinaik taraf berdasarkan kepada keperluan dan permohonan yang diterima.

Berhubung dengan naik taraf Kompleks Sukan Bintangor ini, Kerajaan

melalui Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk mempertimbangkan

permohonan daripada pihak Majlis Daerah Meradong dan Julau bagi

pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Sekian, terima kasih.

Page 53: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

strategi untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Jalan Oya di

Sibu, sebagai contoh, menyewa 2 lot kedai untuk dijadikan Klinik

Kesihatan Satelit dan membina sebuah Klinik Kesihatan tambahan di

Teku. Cadangan kedua-dua projek tersebut telah pun dibentangkan

kepada Kementerian oleh Jabatan Kesihatan Sibu.

Page 54: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahi Yang Berhormat,

1. Projek dan kertas cadangan Klinik Satelit KK Jalan Oya untuk

penyewaan dua (2) lot kedai telahpun mendapat maklumbalas

daripada Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat rujukan

MOF.NBO.600-9/14/6 JLD.3(1) yang bertarikh 4 Ogos 2020 dengan

kelulusan penyewaan sebanyak RM4,000.00 sebulan dan had

kos pengubahsuaian adalah maksimum RM250,000.00.

2. Selain itu, antara langkah yang diambil untuk mengurangkan

kesesakan pesakit di Klinik Kesihatan Jalan Oya adalah melalui

pelaksanaan sistem temujanji berperingkat bagi mengurangkan

bilangan pesakit yang menunggu dan memendekkan masa

menunggu pesakit yang hadir.

3. Klinik Kesihatan Jalan Oya juga telah menyediakan perkhidmatan

nilai tambah (Value Added Services – VAS) bagi memudahkan

pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan, termasuk

perkhidmatan farmasi pandu-lalu dan perkhidmatan farmasi satelit

yang beroperasi di Klinik Komuniti Taman Rejang.

4. Bagi projek Klinik Kesihatan Jalan Teku Jenis 2, lawatan tapak

tanah telah dilakukan dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

melalui surat bertarikh 22 Mei 2020 telah memaklumkan Jabatan

Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan bahawa

Page 55: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 15

Permohonan Tukar Guna Tapak Kementerian Pendidikan Malaysia

Kepada Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Jenis 2 Jalan Teku telah

dimajukan untuk tindakan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Page 56: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah sebenar bagi penerima bantuan :-

(a) Bantuan Prihatin Nasional di seluruh negara mengikut negeri-negeri;

dan

(b) penerima bantuan RM3000 Geran Khas Prihatin bagi peniaga kecil

dan sederhana.

Page 57: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan Prihatin Nasional atau BPN merupakan salah satu bantuan yang

disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin

Rakyat yang diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data

Bantuan Sara Hidup. Manakala BPN bagi golongan M40 adalah

berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(LHDNM).

Pembayaran BPN dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank

penerima secara berfasa mulai 6 April 2020. Bagi penerima BPN di bawah

kategori yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit ke akaun

yang didaftarkan, pembayaran dibuat secara tunai di kaunter Bank

Simpanan Nasional mulai 15 Mei 2020 dan tempoh sah penunaian adalah

sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan baharu sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN

dibuka mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Manakala permohonan

rayuan BPN pula dibuka mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020. Hasil

Page 58: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 16

daripada ini, sebanyak 160,000 permohonan rayuan telah layak untuk

menerima BPN.

Secara keseluruhan, sejumlah RM11.14 bilion telah disalurkan kepada

10.6 juta penerima di bawah BPN. Data pecahan penerima BPN mengikut

Negeri dalam peratusan adalah seperti berikut:

Negeri

% kepada

jumlah

penerima

Selangor 15%

Johor 13%

Sarawak 10%

Perak 9%

Sabah 9%

Kedah 8%

Wilayah Persekutuan 7%

Kelantan 6%

Penang 6%

Pahang 5%

Terengganu 4%

Negeri Sembilan 4%

Melaka 3%

Perlis 1%

Page 59: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 16

Geran Khas Prihatin

Geran Khas Prihatin atau GKP merupakan salah satu usaha pihak

Kerajaan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro

yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Melalui GKP, setiap

PKS mikro yang berkelayakan akan diberi bantuan kewangan tunai secara

one-off sebanyak RM3,000. Permohonan GKP dilakukan secara atas

talian bermula dari 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Syarat kelayakan bagi permohonan GKP adalah seperti berikut:

i. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia;

ii. Pemohon menjalankan PKS mikro dengan jumlah jualan atau

perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja

kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

iii. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019;

iv. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat;

dan

v. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik Kementerian

Kewangan.

Sejumlah 677,000 permohonan telah diterima. Tempoh rayuan bagi

pemohon yang tidak lulus dibuka mulai 3 Jun 2020 hingga 15 Jun 2020.

Sebanyak 545,000 permohonan berjumlah RM1.63 billion telah diluluskan

dan pembayaran kepada penerima GKP dibuat mulai 15 Jun 2020.

Page 60: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 16

Sekian, terima kasih.

Page 61: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan bilangan sebenar kes-kes Jenayah Komersial di bawah Kanun

Keseksaan dan AMLATFA 2001 (mengikut negeri) yang di beku siasatan

dari tahun 2013 dengan mengambil kira :- bilangan kes yang gagal di

muktamad siasatan dan di bawa ke Mahkamah sebagaimana gesaan KPN

pada Julai 2020; dan bilangan kes yang sedang di bicara dan berlaku

penangguhan prosiding kerana kegagalan Pegawai Penyiasat Jenayah

Komersial menghadiri Perbicaraan serta telah dikeluarkan waran tangkap

oleh Mahkamah.

Page 62: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia amat

memandang serius dalam usaha untuk membanteras jenayah komersil di

negara ini. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan pendekatan dalam

penyiasatan kes-kes jenayah komersil berbanding dengan kes-kes jenayah

lain. Siasatan bagi kes jenayah komersil memerlukan keterangan saksi-

saksi yang ramai dan juga pelbagai dokumen sebagai pembuktian dalam

setiap kes. Kerjasama dari agensi-agensi lain seperti institusi perbankan,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia (BNM),

Jabatan Kimia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM) sangat diperlukan untuk melancarkan proses siasatan.

Kes-kes yang dibeku siasatan ataupun kertas siasatan terbengkalai adalah

kes-kes yang masih dalam siasatan tetapi tidak dibuat pergerakan oleh

Pegawai Penyiasat yang mengendalikan siasatan tersebut lebih dari

tempoh tiga (3) bulan. Jabatan Siasatan Jenayah Komersi (JSJK) tidak

mempunyai sebarang kes terbengkalai sepanjang tahun 2013 hingga kini

bagi kes-kes jenayah komersil mahupun kes di bawah Akta Pencegahan

Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan

Hasil daripada Aktiviti Haram (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism

Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act, AMLATFAPUAA) 2001.

Page 63: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 17

Pada tahun 2013 sehingga 31 Julai 2020 sebanyak 36,742 kertas siasatan

bagi kes komersil telah dibuka dan terdapat 313 kertas siasatan melibatkan

AMLA masih dalam siasatan dan tindakan JSJK.

Tuan Yang di Pertua,

Bagi kes yang sedang dibicara dan berlaku penangguhan prosiding kerana

kegagalan Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil menghadiri perbicaraan,

hanya dua (2) kertas siasatan sahaja masih dalam perbicaraan iaitu

masing-masing satu (1) kes dalam tahun 2017 dan satu (1) dalam tahun

2019 di Pulau Pinang bagi kes jenayah komersil. Manakala tiada kes yang

sedang dibicara dan berlaku penangguhan prosiding kerana kegagalan

Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil menghadiri perbicaraan bagi kes

AMLA.

Sekian, terima kasih.

Page 64: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan bilangan anggota dan Pegawai ATM yang terlibat dalam

urusan kawalan semasa PKP, PKPD, PKPB dan PKPP serta berapakah

perbelanjaan mengurus dan pembelian alatan PPE, sanitiser dan bahan

ubat-ubatan yang terlibat sejak Mac 2020.

Page 65: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sejak pelaksanaan Operasi PENAWAR pada 22 Mac 2020, seramai

7,500 orang Pegawai dan Anggota ATM telah terlibat terutamanya

semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 iaitu semasa

pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Namun kekuatan Pegawai dan Anggota yang terlibat dengan Operasi

PENAWAR telah dikurangkan secara berperingkat, selepas

pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Setelah Sekatan

Jalan Raya (SJR) ditamatkan, Pegawai dan Anggota ATM yang terlibat

telah ditarik semula ke pasukan bagi menumpukan kepada penugasan

memperkukuhkan kawalan sempadan. Namun begitu, ATM sentiasa

bersedia untuk diaturgerakan semula sekiranya diarahkan bagi

membantu pihak PDRM dalam menguatkuasakan pelaksanaan PKP

pada masa akan datang.

Sehingga kini, jumlah perbelanjaan bagi Personal Protective Equipment

(PPE) untuk memenuhi keperluan Operasi PENAWAR mulai 20 Mac

hingga 14 Ogos 2020 adalah sebanyak RM11.82 juta. Perbelanjaan ini

melibatkan perolehan pelitup muka berjumlah RM4.99 juta, sarung

tangan getah berjumlah RM1.06 juta dan Hand Sanitiser berjumlah

RM5.76 juta. Peralatan PPE ini telah digunakan oleh Anggota ATM bagi

mencegah dan mengawal penularan Wabak COVID-19 semasa

melaksanakan tugas termasuk bagi penugasan Operasi BENTENG.

Sekian, terima kasih.

Page 66: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan

jumlah sebenar pendaftar pemilih yang berumur 18 tahun ke atas pada

2019 / 2020 yang telah didaftarkan SPR dan sejauh mana persediaan

SPR menghadapi Pilihanraya ke 15 yang bakal diadakan pada bila-bila

masa dari sekarang.

Page 67: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR) sentiasa bersedia bagi menghadapi berlakunya Pilihan Raya

Umum (PRU) Ke-15. Ini adalah penting bagi memastikan pengendalian

penjalanan pilihan raya tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna

terutamanya dalam tempoh pasca COVID-19.

SPR telah membuat persediaan dan perancangan yang

menyeluruh meliputi aspek seperti keperluan bajet pilihan raya, peralatan,

logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia dan latihan

kepada petugas. Antaranya adalah seperti berikut:-

(i) SPR telah mengadakan engagement dengan jabatan dan

agensi kerajaan yang berkaitan dalam membantu

melancarkan lagi proses pilihan raya.

(ii) SPR akan mewujudkan lebih banyak pusat mengundi

tambahan ke atas daerah mengundi yang mempunyai

bilangan pemilih yang tinggi. Urusan Pengemaskinian Daerah

Mengundi ini akan dilaksanakan oleh SPR dari semasa ke

semasa selaras dengan Seksyen 7 (2) Akta Pilihan Raya

1958. SPR akan memastikan pewujudan pusat-pusat

Page 68: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 19

mengundi baharu ini akan memudahkan pemilih untuk keluar

mengundi pada masa hadapan.

(iii) SPR juga menjalankan urusan pengemaskinian daftar pemilih

dari semasa ke semasa berdasarkan kepada Peraturan 10

dan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya

(Pendaftaran Pemilih) 2002. Ini termasuklah memotong nama

pemilih yang telah disahkan meninggal dunia dan memotong

nama pemilih yang telah disahkan melepaskan atau

dilucutkan hak kewarganegaraan.

Bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan telus,

SPR akan meneruskan pelaksanaan penambahbaikan terhadap proses

penjalanan pilihan raya seperti yang telah dilaksanakan dalam Pilihan

Raya Kecil selepas PRU Ke-14. Pada masa ini, semua proses penjalanan

pilihan raya akan disesuaikan mengikut Garis Panduan Pencegahan

Covid-19 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di

bawah Akta 342 yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan seperti

yang telah dilaksanakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan

Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini dan N.58 Slim.

Sekian, terima kasih.

Page 69: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI SAINS,

TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah geran

penyelidikan berkenaan pembangunan dan kesejahteraan OKU yang

telah diluluskan oleh Kementerian seperti dinyatakan dalam Pelan

Tindakan OKU 2016-2022 serta apakah inisiatif Kementerian

terutamanya buat golongan OKU.

Page 70: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bermula RMK-10, MOSTI telah menawarkan pelbagai skim dana

pembiayaan untuk pembangunan dan kesejahteraan OKU. Antara

skim dana yang ditawarkan adalah skim Innovation Fund

(Innofund), program Flagship, Program Malaysia Social Innovation

(MySI), inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dan Social

Impact Matching Grant (SIM).

2. Skim Innofund bertujuan menggalakkan penghasilan produk-

produk inovasi oleh pengusaha industri mikro, kecil dan sederhana

serta komuniti. Skim ini terdiri daripada Enterprise Innofund (EIF)

dan Community Innofund (CIF).

3. Di bawah skim CIF, MOSTI telah membiayai dua (2) projek dengan

jumlah nilai sebanyak RM 450,000.00 yang telah memberi manfaat

kepada golongan OKU sepanjang tempoh RMK-10 iaitu:

a. Projek Pembuatan dan Pemulihan Kerusi Roda khusus

kanak-kanak spastik secara tailor-made;

Projek ini melibatkan pembinaan, pembaik pulihan dalam usaha

untuk pengurangan kos pembelian kerusi roda khas untuk

kanak-kanak OKU bagi membantu rehabilitasi kanak-kanak.

Projek dilaksanakan oleh Persatuan Alumni Pandang ke Timur

Page 71: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 20

(ALEPS) dengan usahasama Jabatan Kebajikan Masyarakat

dengan kos pelaksanaan sebanyak RM200,000.00

b. Community Empowerment for Dyslexia Through Use of

Optometric Assistive Technology Aids, Interactive Website

Delivery and Teacher and Parent Education Program.

Projek ini dilaksanakan oleh Persatuan Dyslexia Negeri Sarawak

yang menumpu kepada pelaksanaan bengkel kesedaran

disleksia, pembangunan laman web interaktif untuk kanak-kanak

disleksia dan pembangunan peralatan optometric assistive

technology aid untuk membantu kanak-kanak disleksia untuk

membaca dengan kos pelaksanaan sebanyak RM250,000.00.

4. Manakala program Flagship adalah untuk membiayai penyelidikan

dalam bidang yang dikenal pasti memberi impak ke atas

pembangunan STI dan sejajar dengan Model Ekonomi Baru (NEM).

5. Di bawah program Flagship, MOSTI telah membiayai satu (1) projek

dengan jumlah nilai sebanyak RM 2.8 juta yang memberi manfaat

kepada golongan OKU iaitu:

a. To Develop A Pre-Commercial Prototype Of A Brain-

Computer Interface (BCI) Wheelchair

Projek ini dilaksanakan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman

(UTAR) untuk menaik taraf kerusi roda prototaip komersial Brain-

Computer Interface (BCI) yang akan membolehkan pesakit yang

lumpuh bergerak dan berkomunikasi dengan orang lain. Dengan

Page 72: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 20

cara ini, ia akan meningkatkan kualiti hidup dua kumpulan

pesakit - pesakit Motor Neuron Disease (MND) dan strok.

6. Program MySI merupakan satu inisiatif MOSTI bagi merakyatkan

inovasi melalui penggunaan teknologi berinovatif yang telah

dibangun dan tersedia untuk memenuhi keperluan sosial komuniti.

7. Di bawah program MySI, daripada 133 projek yang telah

dilaksanakan daripada tahun 2016 sehingga 2019, sebanyak lapan

(8) projek MySI telah berjaya dilaksanakan dengan tujuan mencipta

peralatan bantuan yang boleh digunakan dalam kehidupan untuk

membantu golongan OKU seperti berikut:

a. Projek Papan Pengatur Huruf Braille di Kuala Lumpur;

b. Projek Siasitok Flashcard for Deaf di Melaka;

c. Projek Sensori Mutiara Borneo di Sabah;

d. Projek Sensori Mutiara di Kuala Lumpur dan Melaka; dan

e. Projek Stance Wheel di Perlis;

f. Bantuan Origami Corner Chair Kepada Kanak-Kanak

Cerebral Palsy;

g. MyB Orthopaedic Innovation-An Idea to Reality; dan

h. Pembuatan Soket Prostesis Menggunakan Teknologi

Pencetakan 3D

Tuan Yang di-Pertua,

8. MOSTI telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan

hasil pengkomersialan R&D. Antaranya pelaksanaan inisiatif Tahun

Pengkomersialan Malaysia (MCY) dengan mengadakan sesi

Page 73: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 20

engagement bersama stakeholders, pitching, business matching dan

pembangunan upaya. MCY merupakan platform untuk pemindahan

teknologi dan pengkomersialan produk atau hasil R&D yang

dihasilkan oleh agensi, universiti dan swasta.

9. Bagi produk MCY pula, antara produk/teknologi yang dihasilkan yang

melibatkan golongan OKU adalah F1 Wheel Chair, Standard Wheel

Chair, Service to Establishing Digital Makerspace, Remdii Sensitive

Intensive Moisturising Cream dan Multi Sensory Smart Room.

10. Selain itu juga, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) iaitu sebuah agensi

di bawah Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) telah

diamanahkan untuk melaksanakan pelbagai bentuk program dan

aktiviti. Antaranya ialah Program Mengarusperdanakan Inovasi Akar

Umbi (MaGRIs) dan Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) – Inovasi

Inklusif.

11. Pelaksanaan program ini merangkumi semua lapisan golongan

sasaran khususnya menfokuskan kepada inovasi yang membantu

Kumpulan B40, belia, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU),

seterusnya merapatkan jurang akses dari segi pendidikan, kesihatan,

utiliti dan produktiviti.

12. Bagi membantu golongan OKU dalam menjana pendapatan dan

kehidupan seharian mereka, sebanyak 11 produk inovasi telah

dibangunkan di bawah Program HIP6 seperti berikut:

a. Affordable Wheelchair ;

b. TremorX ;

Page 74: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 20

c. EYENAVI - Blind Navigation Device ;

d. Qfinder ;

e. Medi Bike Exerciser ;

f. Smart Walking Frame ;

g. KESOKU - Kerusi Solat Kurang Upaya ;

h. Eartistic ;

i. Mobile Learning Platform for OKU Students (DID MY iLEARN

Ace) ;

j. Learning Tools for Deaf ; dan

k. PISMO - Braille Learning Machine.

13. Dengan jumlah dana sebanyak RM15 juta yang diterima dari 2015 -

2020 bagi pembangunan inovator usahawan akar umbi, secara

keseluruhannya kedua-dua program ini telah berjaya memberi

manfaat kepada 62,000 orang merangkumi pelajar-pelajar sekolah,

pekebun-pekebun, usahawan-usahawan perusahaan kecil dan

sederhana (PKS) di samping tidak ketinggalan ibu-ibu tunggal dan

golongan OKU.

Tuan Yang di-Pertua,

14. Kementerian melalui agensi di bawahnya, Malaysian Global

Innovation and Creativity Centre (MaGIC) juga mempunyai program

pembangunan usahawan atau startups yang mensasarkan golongan

B40, M40, golongan belia, ibu tunggal, orang asli dan OKU bagi

meningkatkan taraf hidup mereka melalui penglibatan dalam

perusahaan sosial iaitu pemberian Social Impact Matching Grant

(SIM).

Page 75: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 20

15. Pemberian geran SIM berjumlah RM10 juta di bawah inisiatif Pelan

Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melalui MaGIC juga

bertujuan untuk menyokong perusahaan sosial tempatan dan

perniagaan berimpak sosial untuk menyemai dan memajukan inisiatif

dan program mereka.

Sekian, terima kasih.

Page 76: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah

tindakan dan usaha pihak Kementerian dalam mengenal pasti golongan

Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berdaftar dengan Jabatan

Kebajikan Masyarakat serta apakah persediaan Kerajaan dalam

berhadapan dengan penambahan jumlah OKU pada masa akan datang.

Page 77: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dilaksanakan

menurut Seksyen 22(1) Akta Orang Kurang Upaya 2008. Garis Panduan

Pendaftaran OKU menetapkan bahawa pendaftaran OKU dilakukan

secara permohonan atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara

Malaysia. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM).

Untuk mengenal pasti golongan OKU yang tidak berdaftar dengan JKM,

pendaftaran OKU dilaksanakan di setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat

Daerah dan terbuka kepada OKU di semua kawasan termasuk kawasan

bandar, luar bandar, setinggan, kampung, ladang, perkampungan orang

asli dan sebagainya. JKM telah menggunakan beberapa kaedah untuk

meningkatkan kesedaran tentang pendaftaran kepada OKU yang belum

berdaftar melalui pelbagai program outreach seperti:

i. Penerangan tentang ketidakupayaan semasa Kempen

Pendaftaran OKU;

ii. Khidmat nasihat kepada ibu bapa yang memerlukan di

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah;

iii. Rujukan kes kepada pakar / pegawai perubatan di daerah

atau klinik kesihatan untuk pengesahan dan cadangan

pemulihan;

Page 78: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 21

iv. Penerangan oleh pihak Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang

berdaftar di bawah JKM;

v. Penerangan tentang pendaftaran OKU semasa temu bual di

media cetak atau elektronik; dan

vi. Mengedarkan risalah pendaftaran OKU kepada orang awam.

Selain itu, KKM juga menyalurkan pelbagai maklumat dan informasi

tentang OKU. Borang Permohonan Pendaftaran OKU diedarkan di semua

hospital dan klinik kesihatan agar pegawai perubatan dapat

menasihatkan ibu bapa untuk mendaftar kanak-kanak yang telah dikenal

pasti sebagai OKU untuk berdaftar dengan segera agar langkah

intervensi yang sesuai dapat disediakan kepada kanak-kanak berkenaan.

Kerajaan sentiasa bersedia untuk menghadapi pertambahan jumlah OKU

pada masa akan datang dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan

keistimewaan yang sering ditambah baik. Walau bagaimanapun,

Kerajaan menyeru agar OKU yang belum berdaftar perlu berbuat

demikian untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di

negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan

dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.

Sekian, terima kasih.

Page 79: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah

bilangan OKU B40 di negara ini serta apakah inisiatif dan usaha yang

telah diambil untuk mengurangkan tahap kemiskinan OKU.

Page 80: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga

Julai 2020, jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM melalui Sistem

Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) adalah seramai 567,435

orang.

Pelbagai inisiatif dan usaha bagi mengurangkan tahap kemiskinan OKU

bukan sahaja dari segi bantuan meliputi kerjasama Kementerian/

Jabatan/ Agensi yang diselaraskan di bawah Pelan Tindakan OKU

2016-2022 atau dasar berkaitan OKU sebagai contoh Dasar Satu Peratus

(1%) Peluang Pekerjaan kepada OKU di Sektor Awam, Program Jabatan

Tenaga Kerja Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SPGB).

JKM menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasar yang layak termasuk

golongan OKU. Terdapat beberapa skim Bantuan Kewangan Bulanan

dan Bantuan Sekaligus yang boleh memberi manfaat kepada golongan

OKU yang layak, iaitu:

1. Bantuan Kewangan Bulanan

1.1 Elaun Pekerja Cacat (EPC) dengan kadar RM400 sebulan;

1.2 Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) dengan kadar RM250

sebulan; dan

1.3 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar

(BPT) dengan kadar RM350 sebulan.

Page 81: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 22

Sehingga bulan Jun 2020 seramai 190,000 penerima bantuan di

bawah Skim Bantuan OKU dan sebanyak RM371.8 juta telah

disalurkan kepada golongan OKU yang layak.

2. Bantuan Sekaligus

2.1 Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan (BAT), kadar mengikut

harga BAT sebenar. Sehingga bulan Jun 2020 seramai 594

OKU layak menerima BAT dan sebanyak RM1.08 juta telah

disalurkan kepada golongan OKU yang layak dan

memerlukan bantuan alat tiruan dan sokongan.

2.2 Program 2 Years Exit (2YEP) bagi memperkasakan OKU ke

arah berdikari dan menceburi bidang keusahawanan melalui

pemberian modal dan bimbingan untuk memulakan

perniagaan. Sehingga kini terdapat 1,882 orang OKU telah

diluluskan bantuan geran pelancaran di bawah 2YEP dengan

jumlah peruntukan sebanyak RM5.08 juta.

3. Bantuan Khas Orang Kurang Upaya PENJANA

Berdasarkan statistik Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan

(eBantuanJKM) sehingga Julai 2020, seramai 190,000 OKU layak

menerima Bantuan Khas Orang Kurang Upaya PENJANA. Kadar

Bantuan Khas ini adalah sebanyak RM300 secara one-off.

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini Kementerian Kewangan

telah menyediakan peruntukan sebanyak RM57 juta. Bantuan Khas

ini merupakan bantuan bersasar yang dikhususkan kepada

penerima bantuan di bawah skim Bantuan Kewangan Bulanan OKU

iaitu Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan Orang Kurang Upaya

Page 82: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 22

Tidak Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU

Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Sehingga 5 Ogos 2020, bagi fasa 1, seramai 185,770 orang (97%)

telah menerima Bantuan Khas ini dengan jumlah peruntukan yang

telah disalurkan sebanyak RM55.7 juta. JKM kini sedang

memproses bagi pembayaran fasa 2 kepada seramai 4,230

penerima baru bagi bulan Jun, Julai dan Ogos 2020 dengan

peruntukan sebanyak RM1.3 juta. Bayaran akan diterima selewat-

lewatnya pada 31 Ogos 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 83: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BT MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI SUMBER

MANUSIA minta Kementerian Sumber Manusia menyatakan kadar

pengangguran dalam kalangan belia OKU yang terdiri daripada graduan,

berkemahiran dan tidak berkemahiran serta apakah usaha Kementerian

untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan OKU.

Page 84: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pengumpulan data bagi taraf ketidakupayaan Orang Kurang Upaya

(OKU) di dalam Survei Tenaga Buruh (STB) oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia (DOSM) buat pertama kalinya dilaksanakan pada tahun 2019.

Berdasarkan STB tahun 2019, kadar pengangguran belia yang berumur

15 hingga 30 tahun adalah 6.7 peratus manakala dalam kalangan belia

OKU pula adalah 3.8 peratus. Walau bagaimana pun tiada data dalam

kajian berkenaan berhubung pengangguran belia OKU yang terdiri

daripada graduan, berkemahiran dan tidak berkemahiran.

Untuk makluman Dewan yang mulia,

2. Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Tenaga

Kerja (JTK) telah merangka pelbagai program dan telah dilaksanakan

untuk membantu para pencari kerja termasuklah golongan OKU. Antara

program-program yang telah dilaksanakan ialah penganjuran temu duga

terbuka mengikut standard prosedur norma baharu yang telah ditetapkan.

Ia bertujuan sebagai platform bagi para pencari kerja dan majikan untuk

bertemu dan mendapatkan pekerjaan dan calon pekerja yang sesuai

dengan kehendak mereka. Pada tahun 2019, seramai 718 orang pencari

kerja OKU berjaya ditempatkan. Manakala sehingga 31 Julai 2020,

seramai 81 orang pencari kerja OKU berjaya ditempatkan.

Page 85: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 23

3. Selain program-program penjodohan dan penempatan pekerjaan

golongan OKU ini, KSM turut menggalakkan golongan ini bekerja sendiri

melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-

OKU). Sejak skim ini diperkenalkan seramai 1,147 OKU telah menerima

geran ini dan membuka perniagaan sendiri. Manakala sebanyak RM

3,270,505.65 telah diluluskan untuk golongan ini berniaga.

Sekian, terima kasih.

Page 86: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah

tindakan pihak Kementerian dalam memperkasakan Akta 685 bagi

menentukan wakil OKU di dalam PBT.

Page 87: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Dalam usaha memperkasakan Akta Orang Kurang Upaya 2008

[Akta 685], Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM) telah mengemukakan Memorandum Jemaah

Menteri (MJM) Pelan Tindakan Aksesibiliti Orang Kurang Upaya di bawah

Aspek Persekitaran Fizikal bagi Panduan Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) yang mencadangkan supaya Orang Kurang Upaya (OKU) atau

wakil dilibatkan dalam mekanisme perancangan dan pembangunan di

PBT dan unit atau pasukan audit akses ditubuhkan di PBT.

Walau bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) berpandangan bahawa tiada keperluan melantik OKU atau wakil

dalam Jawatankuasa Teknikal di peringkat perancangan dan

pembangunan di PBT. Sebaliknya wakil OKU akan dilibatkan semasa

proses pembangunan dasar di peringkat Kementerian. Selain itu,

beberapa piawaian Standards Malaysia telah disediakan oleh SIRIM bagi

memastikan keperluan OKU diambil kira.

KPWKM telah menyediakan manual dan senarai semak audit akses bagi

tujuan penarafan bintang dan membantu PBT di setiap negeri

menjalankan audit akses di bawah aspek persekitaran fizikal. Satu MJM

berkenaan manual dan senarai semak audit akses akan dikemukakan

untuk pertimbangan Jemaah Menteri sebelum diangkat ke Mesyuarat

Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).

Page 88: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 24

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan audit akses ini, penglibatan OKU

dalam mekanisme perancangan dan pembangunan di peringkat PBT

dapat diperluaskan.

Sekian, terima kasih.

Page 89: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan jumlah peluang pekerjaan yang bakal dicipta di Sarawak

daripada inisiatif PENJANA HRDF, tempoh masa untuk pencapaian

tersebut dan langkah-langkah Kementerian untuk memastikan sasaran

yang ditetapkan dapat tercapai.

Page 90: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Melalui Inisiatif PENJANA HRDF, Kementerian Sumber Manusia

menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) komited

dalam memastikan setiap individu yang kehilangan pekerjaan dan punca

pendapatan disebabkan oleh COVID-19 mendapat jaminan pekerjaan

dan peluang menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup

yang lebih baik dan sejahtera. Inisiatif ini memberi manfaat kepada rakyat

Malaysia di seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuklah Sabah

dan Sarawak.

2. Salah satu skim yang ditawarkan di bawah inisiatif PENJANA HRDF

adalah Place & Train yang memberi jaminan peluang pekerjaan kepada

pelatih sejurus tamat latihan. Berdasarkan kepada kertas cadangan yang

diterima oleh PSMB, bagi Negeri Sarawak, PSMB telah menerima

sebanyak 40 kertas cadangan bagi skim Place & Train daripada 20

penyedia latihan yang menawarkan 1,981 peluang pekerjaaan.di bawah

skim ini.

3. Setakat 18 Ogos 2020, sebanyak 9 kertas cadangan daripada 3

penyedia latihan telah diluluskan oleh PSMB dan seramai 526 orang telah

berjaya mendapat penempatan pekerjaan. Jumlah ini akan bertambah

dari semasa ke semasa.

Page 91: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 25

4. Dengan perlaksanaan inisiatif PENJANA HRDF ini, PSMB sentiasa

komited di dalam memastikan inisiatif yang dilaksanakan ini mencapai

objektif yang ditetapkan dan menghasilkan outcome yang dapat

membantu rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Page 92: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan

permohonan baru untuk khidmat penyusunan semula kredit di bawah

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sejak perlaksanaan

PKP mengikut negeri dan kaum.

Page 93: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pelanggan yang

mendapat manfaat daripada perkhidmatan Agensi Kaunseling dan

Pengurusan Kredit (AKPK) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut:

Bil. Perkhidmatan Jumlah Pelanggan

(April – Julai 2020)

i. Khidmat nasihat dan kaunseling kewangan 35,462

ii. Program Pengurusan Kredit 4,683

iii. Pendidikan kewangan 440,458

Page 94: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 26

2. Jumlah pelanggan yang mendapat khidmat Program Pengurusan

Kredit dalam tempoh pelaksanaan PKP mengikut negeri adalah

seperti berikut:

Negeri Jumlah

1. Johor 643

2. Kedah 211

3. Kelantan 43

4. Melaka 131

5. Negeri Sembilan 176

6. Pahang 170

7. Perak 233

8. Perlis 16

9. Pulau Pinang 310

10. Sabah 184

11. Sarawak 172

12. Selangor 1,593

13. Terengganu 70

14. Wilayah

Persekutuan

731

Jumlah Keseluruhan 4,683

3. Untuk makluman Ahli yang Berhormat juga, AKPK tidak merekodkan

statistik berdasarkan kaum yang mendapatkan khidmat yang

disediakan.

Sekian, terima kasih.

Page 95: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

a) bilangan dan nilai pelaburan langsung asing (FDI) yang telah

diluluskan di antara tahun 2018 sehingga Disember 2019 berapa

daripada bilangan tersebut telah terlaksana atau disempurnakan;

dan

b) mengapa yang lain belum dilaksana atau disempurnakan.

Page 96: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli YAng Berhormat,

1. Bagi tempoh 2018 sehingga Disember 2019, sejumlah 1,709 projek

telah diluluskan dalam sektor perkilangan dengan nilai pelaburan

sebanyak RM170.1 bilion. Daripada jumlah ini, sejumlah RM111.9 bilion

(65.8%) adalah terdiri daripada pelaburan asing (FDI).

2. Berdasarkan kaji selidik tahunan yang dilaksanakan oleh Lembaga

Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sehingga Disember 2019

terhadap status pelaksanaan bagi projek-projek yang diluluskan tersebut,

didapati sebanyak 1,011 projek (59.2%) daripada projek-projek adalah di

peringkat pelaksanaan yang melibatkan nilai pelaburan keseluruhan

sebanyak RM73.6 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM49.6 bilion

(67.4%) merupakan pelaburan langsung asing (FDI).

3. Sementara itu, sebanyak 641 projek (37.5%) dengan nilai pelaburan

keseluruhan sebanyak RM89.4 bilion lagi adalah di peringkat awal

pelaksanaan yang melibatkan perolehan tapak perkilangan dan

perancangan aktif. Daripada jumlah ini, sebanyak RM57.0 bilion (63.8%)

adalah pelaburan langsung asing (FDI).

4. Berdasarkan kaji selidik yang sama, sebanyak 57 projek (3.3%)

daripada jumlah projek keseluruhan yang diluluskan didapati belum

dilaksanakan atau disempurnakan, melibatkan pelaburan sebanyak

RM7.2 bilion. Daripada jumlah ini, status pelaksanaan bagi 22 projek

Page 97: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 27

adalah tertangguh buat sementara waktu berikutan keadaan ekonomi

tidak menentu, manakala 24 projek tergendala atas sebab-sebab

dalaman syarikat. Selain itu, sebanyak 8 projek didapati masih belum

diambil sebarang tindakan dan 3 lagi projek didapati telah menarik balik

atau menutup operasi atas faktor-faktor dalaman dan luaran perniagaan.

Sekian, terima kasih.

Page 98: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan

apakah initiatif dan pendekatan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Negara (PTPTN) untuk membantu para graduan yang terkesan

daripada keadaan ekonomi dan pasaran kerja yang tidak

memberangsangkan berikutan penularan wabak COVID-19.

Page 99: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Atas keprihatinan kerajaan untuk membantu peminjam PTPTN yang

terkesan akibat pandemik COVID-19, YB Menteri Pengajian Tinggi

semasa sesi penggulungan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat

pada 4 Ogos 2020, telah mengumumkan pelanjutan tempoh moratorium

kepada semua peminjam PTPTN bermula daripada Oktober sehingga

Disember 2020. Sebelum ini kerajaan juga telah memberi penangguhan

bayaran balik selama enam (6) bulan mulai 19 Mac 2020 sehingga 30

September 2020. Kedua-dua penangguhan ini memanfaatkan 1.5 juta

peminjam dengan anggaran kutipan bayaran balik yang ditangguhkan

sebanyak RM1.125 billion.

Selain itu, bagi membantu meringankan bebanan bayaran balik

peminjam, beberapa inisiatif juga telah diperkenalkan antaranya:

a. Penganjuran 'Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers' secara

dalam talian dengan kerjasama PERKESO bagi membantu

peminjam mendapatkan peluang pekerjaan, seterusnya berupaya

membuat bayaran balik pinjaman mereka;

b. Membantu mengurangkan bebanan atau komitmen bayaran balik

pinjaman dengan sentiasa terbuka untuk membuat rundingan bagi:

i. menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman sehingga

umur 60 tahun; dan

ii. menangguhkan bayaran balik pinjaman sehingga

maksimum 24 bulan.

Page 100: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 28

Sekian, terima kasih.

Page 101: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN

INOVASI menyatakan:-

a) strategi Kementerian untuk memastikan “availability dan access”

kepada vaksin COVID-19 di Malaysia dan kita tidak akan

dibebankan dengan harga vaksin yang terlalu tinggi; dan

b) adakah Kementerian sedang berunding dengan mana-mana pihak

untuk memastikan ketersediaan vaksin tersebut di pasaran

Malaysia.

Page 102: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi memastikan negara mendapat bekalan vaksin COVID-19 yang

diperlukan, MOSTI telah membentuk kerjasama strategik di antara

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian

Kesihatan (KKM) dan Kementerian Luar Negeri (MOFA) bagi

mencari peluang untuk mewujudkan kerjasama strategik yang

melibatkan badan-badan antarabangsa, agensi dan syarikat

tempatan bagi membolehkan Malaysia memperoleh kemudahan

untuk pembangunan vaksin dan perubatan mencegah COVID-19.

2. MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam

pertubuhan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations

(CEPI). Penyertaan Malaysia sebagai ahli CEPI membolehkan

Malaysia mendapat akses kepada pembangunan vaksin,

pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik

tempatan.

3. Malaysia juga telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan

Kerajaan China dan agensi berkaitan seperti SINOVAC Biotech Ltd

dan Sinopharm. Walau bagaimanapun, memandangkan jangkitan

COVID-19 Malaysia semakin berkurangan, kedua-dua syarikat

tersebut kurang berminat melaksanakan Ujian Klinikal Fasa 3 di

Malaysia. Hasil perbincangan saya melalui video conferencing

bersama Menteri Sains dan Teknologi (MOST), Republik Rakyat

China pada 29 Julai 2020, salah satu tindakan susulannya Kerajaan

Malaysia akan mengadakan perjanjian persefahaman (MoU)

Page 103: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 29

bersama dengan pihak Menteri Sains dan Teknologi (MOST),

Republik Rakyat China agar Malaysia berada dalam kalangan

negara terawal mendapat bekalan vaksin COVID-19 apabila vaksin

ianya diluluskan. Selain daripada itu, perbincangan turut diadakan

bersama National Vaccine Institute (NVI) Thailand dalam usaha

sama pembangunan vaksin.

4. Kolaborasi ini penting dalam menggerakkan hubungan diplomatik

negara bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan serta dilibat

sama dalam proses penghasilan vaksin. Diplomasi sains melalui

jaringan antarabangsa ini diharap dapat mengurangkan tempoh

menunggu bagi Malaysia mendapatkan vaksin.

5. Bagi memastikan harga vaksin COVID-19 yang tidak berlalu tinggi

dan membebankan rakyat, MOSTI kini sedang dalam usaha

menyediakan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dan elemen

ini akan dimasukkan dalam kajian roadmap tersebut. Selain

daripada itu, MOSTI turut mengkaji model yang paling sesuai

dengan menggunakan kaedah Perkongsian Awam-Swasta (PPP);

iaitu dengan mengambil kira status semasa penyelidikan dan

pembangunan dalam kalangan penyelidikan tempatan, status

penyelidikan klinikal yang dilaksanakan di Malaysia pada ketika ini

dan kemampuan sedia ada industri-industri di Malaysia untuk

melaksanakan penghasilan vaksin tempatan negara. Kemampuan

Industri Pembuatan Vaksin dilihat boleh dilakukan PPP dalam

bentuk konsortium yang mengandungi tiga (3) fasa, iaitu:

Page 104: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 29

(i) Fasa 1: Fill and Finish;

(ii) Fasa 2: Pilot facility dan Makmal; dan

(iii) Fasa 3: Pengkomersialan secara pukal.

Fill and finish dijangka akan dapat dijalankan dengan kadar segera

apabila Malaysia mendapat akses kepada vaksin COVID-19.

Sekian, terima kasih.

Page 105: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

bilangan pasangan (spouse) kepada warganegara Malaysia yang telah

memohon status pemastautin tetap dan juga status warganegara tetapi

belum diluluskan dan apakah sebab-sebab permohonan mereka tidak

dapat diproses atau diluluskan.

Page 106: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pemerolehan kewarganegaraan bagi isteri bertaraf warga asing kepada

lelaki bertaraf warganegara Malaysia adalah tertakluk di bawah Perkara

15(1) Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan rekod Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh dari tahun 2015 hingga 31 Julai

2020, sebanyak 14,005 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara

15(1) Perlembagaan Persekutuan telah diterima. Daripada jumlah

permohonan berkenaan, sebanyak 5,740 permohonan sedang diproses.

Seterusnya, bagi urusan pertimbangan permohonan, syarat-syarat

permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan

Persekutuan seperti mana berikut hendaklah dipenuhi:-

a. Perkahwinan yang didaftarkan mengikut perundangan bertulis di

Malaysia;

b. Suami kepada wanita warga asing berkenaan bertaraf warganegara

Malaysia;

c. Perkahwinan masih wujud dan berterusan;

d. Pemohon telah memenuhi tempoh kemastautinan melebihi dua (2)

tahun, yang dikira daripada pegangan Kad Pengenalan

Pemastautin Tetap (MyPR) sebelum tarikh permohonan dibuat; dan

e. Berkelakuan baik yang dinilai melalui tapisan keselamatan oleh

Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sekian, terima kasih.

Page 107: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB. HAMID

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI

menyatakan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas

menyebabkan gangguan bekalan sumber air mentah dan sumber

khazanah alam sekitar bagi hampir 2000 Komuniti Orang Asli di sekitar

Kuala Langat.

Page 108: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengambil perhatian serius

dan masih mengekalkan pendirian untuk tidak menyokong

cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara

(HSKLU) berkeluasan 930.93 hektar bagi tujuan pembangunan

bercampur oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2. Pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut akan

menyebabkan kehilangan spesies flora berharga seperti spesies

Meranti bunga dan Meranti bakau yang masing-masing

disenaraikan sebagai Critically Endangered Endangered di bawah

“Malaysia Plant Red List – Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae”.

3. Hutan Simpan tersebut juga mempunyai pelbagai spesies fauna

termasuk spesies yang dilindungi sepenuhnya antara lainnya

spesies burung liar yang terdapat lebih kurang 68 spesies burung di

bawah Kategori Spesies Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies

Burung Helang dan Burung Tukang. Manakala untuk spesies

mamalia, terdapat sembilan (9) spesies di bawah Kategori Spesies

Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies Kubung, Kongkang,

Tenggiling, Tupai Kerawak Hitam, Tupai Gading, Kucing Batu,

Bambun Ekor Pendek, Memerang Licin dan Tapir Malaya.

Page 109: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 31

4. Cadangan pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut juga

amat membimbangkan Kementerian ini, memandangkan tindakan

ini akan turut menjejaskan komitmen Malaysia untuk memastikan

sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi

kawasan berhutan dan pokok-pokok seperti yang dinyatakan

semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992.

5. Tambahan pula, HSKLU merupakan Hutan Paya Gambut yang

merupakan satu ekosistem yang unik dan istimewa kerana

peranannya sebagai penyimpan karbon yang signifikan serta

mengawal sumber air persekitaran. Walaupun kawasan HSKLU

digantikan dengan mana-mana tanah yang lain sebagai Hutan

Simpanan Kekal (HSK), jenis hutan atau kualiti dirian hutan di

kawasan yang bakal digantikan adalah tidak setanding dengan

dirian hutan kawasan yang diwarta keluar.

6. Oleh yang demikian, Kementerian amat berharap agar Kerajaan

Negeri Selangor dapat mempertimbangkan semula cadangan

pewartaan keluar kawasan HSKLU demi memelihara dan

memulihara kepelbagaian biologi di negara ini dan kesejahteraan

rakyat Negeri Selangor khususnya Orang Asli yang mendiami

kawasan sekitar hutan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 110: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB. HAMID

Dato’ Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN

BUDAYA menyatakan menyatakan sejauh manakah terjejasnya industri

pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020 akibat corona virus dan

langkah yang diambil untuk menangani virus tersebut.

Page 111: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berikutan pengisytiharan dan pelaksanaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, Kementerian Pelancongan, Seni

dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan pembatalan kempen Tahun

Melawat Malaysia 2020 dengan serta-merta.

2. Kerajaan sedar bahawa pihak dalam industri ini sedang

menghadapi kesukaran yang berat pada saat ini. Justeru, Kerajaan

melalui Kementerian ini telah merancang pelaksanaan Pelan Pemulihan

Pelancongan dan Kebudayaan dalam usaha membantu industri ini untuk

bangkit semula. Usaha ini merangkumi pelan jangka pendek, sederhana

dan jangka panjang iaitu:

i. memulihkan kembali keyakinan orang awam untuk kembali

melancong melalui Kempen Malaysia Bersih dan Selamat.

Malaysia menjadi perhatian dan mendapat pujian

masyarakat antarabangsa dalam menangani penularan

wabak COVID-19. Melalui penyediaan SOP dalam pelbagai

aktiviti, pelancong dari dalam dan luar negara boleh yakin

dan tidak perlu berasa khuatir untuk melancong di dalam

Malaysia;

ii. merancakkan semula pelancongan domestik. Meskipun

sempadan negara masih belum dibuka, perjalanan rentas

Page 112: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 32

negeri di dalam negara telah pun dibenarkan. MOTAC yakin

bahawa pelancongan domestik mampu menjadi pemangkin

untuk membantu industri ini bangkit semula dan memainkan

peranan penting menyumbang kepada fasa pemulihan

ekonomi negara ini;

iii. meneroka potensi ketibaan pelancong asing dari pasaran

jarak dekat seperti negara ASEAN terutamanya melalui

pelancongan rentas sempadan atau cross border tourism

seperti mengadakan gelembung perjalanan pelancongan

atau tourism bubble dengan negara-negara jiran atau

negara-negara zon hijau yang telah dikenalpasti hasil

kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian

Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri; dan

iv. memberi keutamaan kepada segmen yang telah dibenarkan

oleh Kerajaan seperti pelancongan kesihatan, taman tema

dan segmen Meetings, Incentives, Conferences and

Exhibitions (MICE).

3. Setelah menilai pelbagai faktor, Kerajaan telah bersetuju

membenarkan sektor pelancongan domestik untuk beroperasi semula

bermula pada 10 Jun 2020. Ini membolehkan penggiat industri

pelancongan domestik seperti industri perhotelan, homestay dan

pemandu pelancong merancakkan semula aktiviti pelancongan yang

terhenti sebelum ini.

4. Inisiatif Kerajaan dalam membenarkan pelepasan khas cukai

individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik

Page 113: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 32

juga menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk melancong dalam

negara.

5. Bagi mengembalikan keyakinan dan menggalakkan lebih ramai

rakyat untuk melancong dalam negara, premis-premis pelancongan

perlu komited dalam mengamalkan pembudayaan baru dengan

mematuhi prosedur operasi standard atau SOP-SOP yang telah

ditetapkan sebagai norma baharu aktiviti pelancongan di Malaysia iaitu:

i. Mengamalkan langkah-langkah saringan kesihatan;

ii. Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi seperti

pembersihan tangan yang kerap;

iii. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan seperti

penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan

mengelakkan aktiviti sentuhan (close contact); dan

iv. Meminimumkan had bilangan yang mampu dikawal oleh

premis pelancongan atau penganjur bagi sebarang

perhimpunan yang melibatkan orang awam

Sekian, terima kasih.

Page 114: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah kejayaan dan kesan positif

yang telah dicapai oleh nelayan selepas Kerajaan melancarkan Pasar

Nelayan.

Page 115: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Program Pasar Nelayan telah dilancarkan pada tahun 2006 sebagai

alternatif untuk membantu nelayan tradisional tempatan memasarkan

hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelbagai peringkat

pengguna tanpa melalui orang tengah. Sehingga kini, terdapat 132

buah Pasar Nelayan di seluruh negara yang melibatkan seramai 488

orang peserta.

2. Kesan positif daripada program ini dapat dilihat melalui peningkatan

bilangan peserta, peningkatan nilai urus niaga serta peningkatan

pendapatan nelayan. Data tahun 2019 berbanding tahun 2009

menunjukkan bilangan peserta Pasar Nelayan telah meningkat

daripada 148 orang kepada 488 orang, nilai urusniaga meningkat

daripada RM11 juta kepada RM50.51 juta dan purata pendapatan

peserta meningkat daripada RM1,858.11 kepada RM2,587.50

sebulan.

3. Selain itu, Pasar Nelayan juga memainkan peranan penting dalam

membantu nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka sepanjang

pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh

tersebut, sebanyak 66 buah Pasar Nelayan Terkawal (PNT) yang

melibatkan 371 orang peserta telah beroperasi dengan nilai urus niaga

sebanyak RM24.7 juta.

Sekian, terima kasih

Page 116: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN

AIR menyatakan mengenai UNFCCC (United Nations Framework

Convention on Climate Change) - laporan tahunan daripada Global

Warming setiap 10 tahun, kadar kenaikan suhu 0.19 darjah Celsius.

Apakah tindakan yang berkesan telah dibuat untuk mengurangkan kesan

perubahan suhu di Malaysia.

Page 117: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang

Berhormat di atas keprihatinan ke atas isu-isu berkaitan perubahan iklim

dan pemanasan global. Semakan Kementerian Alam Sekitar dan Air

(KASA) kepada soalan oleh Yang Berhormat mendapati maklumat

tersebut adalah diambil dari laporan atas talian Berkeley Earth bertajuk

Global Temperature Report for 2019. Menurut laporan tersebut, pola

jangka masa panjang peningkatan suhu purata bumi adalah sebanyak

0.19 darjah Celcius bagi setiap dekad (10 tahun). Menurut laporan

tersebut lagi, dijangka peningkatan suhu purata bumi akan mencapai 1.5

darjah Celcius di atas tahap pra-industri pada tahun 2035 dan 2 darjah

Celcius di atas tahap pra-industri pada tahun 2065.

2. Secara umumnya dapatan ini adalah selari dengan penemuan

laporan Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim

(Intergovernmental Panel on Climate Change – IPCC) melalui IPCC

Special Report on Global Warming of 1.5 degree Celcius yang

menyatakan bahawa dengan kadar pelepasan GHG global semasa,

peningkatan suhu purata global akan mencapai 1.5 darjah Celcius

diantara tahun 2030 hingga 2050. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

data dan maklumat saintifik berkaitan perubahan iklim perlulah dirujuk

kepada laporan dan penerbitan IPCC kerana dikhuatiri sumber-sumber

lain akan memberi maklumat yang kurang tepat. Laporan IPCC boleh

diakses melalui laman sesawang https://www.ipcc.ch/

Page 118: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 34

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Paris Agreement yang

dipersetujui oleh semua negara ahli kepada UNFCCC pada tahun 2015

mempunyai matlamat utama iaitu mengekalkan purata peningkatan suhu

global abad ini supaya tidak melebihi 2 darjah Celsius berbanding tahap

era pra-industri dan dalam jangka masa panjang meningkatkan usaha

untuk menghadkan peningkatan suhu purata global supaya tidak melebihi

1.5 darjah Celsius berbanding tahap era pra-industri. Bagi tujuan ini,

semua negara ahli kepada UNFCCC dan Paris Agreement mempunyai

komitmen untuk menyediakan dan mengemukakan pelan pengurangan

pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) yang dikenali

sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali.

Secara umumnya, NDC merupakan tindakan mitigasi secara kolektif di

peringkat global yang dapat menyumbang secara langsung kepada

pencapaian matlamat Paris Agreement.

4. Malaysia menzahirkan komitmen kepada Paris Agreement dengan

mengemukakan NDC pertama negara pada tahun 2016. Menurut NDC

tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan

GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 45%

berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang tahun 2030.

Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan

tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat

(conditional), iaitu tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan,

pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.

5. Bagi memenuhi komitmen perubahan iklim di bawah Paris

Agreement, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di

bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif mitigasi

pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama negara seperti sektor

Page 119: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 34

tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti

berikut:

i. Menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu melalui

mekanisme Feed-in Tariff (FIT);

ii. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di

luar mekanisme FIT;

iii. Menggalakkan pembangunan loji biogas;

iv. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan

penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada

pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;

v. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap

gas rumah kaca;

vi. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan

rel;

vii. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan

pengangkutan awam;

viii. Membangunkan program bio-diesel;

ix. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan

kecekapan bangunan;

Page 120: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 34

x. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy

Efficient Vehicles – EEVs);

xi. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga dari

bangunan-bangunan kerajaan, dan

xii. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program

(Green Technology Financing Scheme – GTFS).

6. Kerajaan juga telah mengenalpasti langkah-langkah mitigasi

tambahan yang berpotensi untuk dilaksanakan seperti berikut:

i. Pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga (National

Energy Efficiency Action Plan - NEEAP);

ii. Pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) secara berfasa;

iii. Pelaksanaan program Low Carbon City Framework (LCCF);

iv. Pelaksanaan program Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB);

v. Pelaksanaan program ekonomi kitaran (circular economy) bagi

sisa plastik sekali guna (single-use plastic) di bawah Malaysia’s

Roadmap Towards Single-Use Plastic 2018-2030; dan

vi. Pelaksanaan program pengurusan hutan lestari (Sustainable

Forest Management - SFM) di bawah mekanisme REDD Plus.

Sekian, terima kasih.

Page 121: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHAMD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah bayaran penalti yang

dikenakan kepada peminjam oleh pemaju di atas kelewatan bayaran

berperingkat di pihak bank, dibenarkan oleh Kementerian, sedangkan

kelewatan itu disebabkan oleh pembiaya.

Page 122: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini merupakan obligasi

yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani oleh

pihak pembeli dan pemaju.

Peruntukan di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan

Pelesenan) 1966 [Akta 118], di bawah perkara 10 (1) Perjanjian Jual

Beli; Caj Pembayaran Lewat, yang menyatakan:

“Tanpa menjejaskan hak Pemaju di bawah fasal 11 dan tertakluk

kepada subfasal (3), sekiranya mana-mana ansuran yang dinyatakan

dalam Jadual Ketiga masih tidak dibayar oleh Pembeli apabila habis

tempoh tiga puluh (30) hari sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual Ketiga, maka caj pembayaran lewat yang dikenakan ke atas

ansuran yang tidak berbayar itu hendaklah bermula sebaik selepas itu

dan adalah kena dibayar oleh pembeli dan caj itu hendaklah dikira dari

hari ke hari pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun”

2. Berdasarkan maklumat daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM),

secara umumnya, terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan

bayaran penalti dikenakan oleh pemaju, antaranya termasuklah:

i) kelewatan pembeli mendapatkan pinjaman;

Page 123: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 35

ii) kelewatan oleh pembeli, peguam dan pihak bank

menyempurnakan dokumentasi pinjaman/cagaran; dan

iii) dokumentasi yang tidak lengkap/salah yang dikemukakan oleh

pemaju/arkitek dan sebagainya.

3. Sekiranya terdapat kes-kes khusus yang melibatkan kelewatan yang

disebabkan oleh pihak bank, kemusykilan boleh diajukan terus kepada

pihak BNM untuk semakan, bersama maklumat terperinci yang

membuktikan punca kelewatan pembayaran adalah disebabkan oleh

ketidakcekapan atau kecuaian pihak bank.

Sekian, terima kasih.

Page 124: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERTAHANAN

menyatakan berapa peratuskah masalah Rumah Keluarga Angkatan

Tentera (RKAT) seperti naik taraf dan pembaikan yang telah

diselesaikan.

Page 125: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 36

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sehingga Ogos 2020, sejumlah lebih 9,600 unit Rumah Keluarga

Angkatan Tentera (RKAT) terlibat dalam kerja-kerja senggaraan dan

naik taraf di bawah peruntukan tahun 2019 dan 2020. Daripada jumlah

tersebut, sejumlah anggaran 1,300 unit rumah iaitu 13.5 peratus telah

selesai dan bakinya sedang dalam pelaksanaan. Ini adalah disebabkan

oleh pelaksanaan kontrak yang terbatas pada musim Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 dan disusuli dengan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020.

Manakala di bawah peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)

sebanyak 1,643 unit RKAT terlibat dan kerja-kerja senggaraan sedang

dilaksanakan. Projek-projek senggaraan RKAT di bawah PRE dijangka

selesai akhir tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 126: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan adakah penguatkuasaan akta larangan

merokok di premis makanan dan di tempat awam, masih lagi

dilaksanakan.

Page 127: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan dan

melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis

makanan (restoran) dan tempat awam di bawah Peraturan 11(1),

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004

pindaan 2018. Pewartaan ini adalah selaras dengan komitmen

Malaysia kepada Artikel 8, WHO Framework Convention on

Tobacco Control (WHO FCTC) bertujuan melindungi orang awam

daripada bahaya asap rokok dan produk merokok yang lain.

2. Penguatkuasaan larangan merokok di bawah Peraturan 11(1) ini

dijalankan melalui penguatkuasaan bertema iaitu penguatkuasaan

E-blast bagi memastikan pematuhan larangan merokok di kesemua

23 tempat yang diwartakan. Selain itu, penguatkuasaan secara

rutin juga dijalankan oleh 1,000 orang pegawai penguatkuasa

KKM.

3. Pada tahun 2019, sebanyak 39,419 notis kesalahan merokok

telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM 9.85 juta.

Notis kesalahan paling tinggi dikeluarkan adalah di kompleks

membeli-belah iaitu sebanyak 15,746 notis diikuti dengan

hentian pengangkutan awam sebanyak 7,519 notis dan

lapangan terbang iaitu sebanyak 7,037 notis.

Page 128: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 37

4. Bermula pada 1 Januari 2020, penguatkuasaan larangan

merokok penuh adalah ditumpukan kepada premis makanan

memandangkan pihak KKM telah memberikan tempoh

penguatkuasaan pendidikan selama setahun semenjak pindaan

pewartaan pada 2018. Bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Julai

2020, sebanyak 130,824 premis makanan telah diperiksa dengan

13,571 notis kesalahan telah dikeluarkan bernilai RM3.2 juta.

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020

akibat pandemik COVID-19, aktiviti penguatkuasaan tidak

dilaksanakan berikutan semua premis makanan tidak beroperasi.

Namun begitu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020 dan seterusnya

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana

premis makanan telah kembali beroperasi dan dalam tempoh ini,

sebanyak 16,769 premis tempat makan telah diperiksa dengan

1,997 notis dikeluarkan bernilai RM 482,450.

5. Selain itu, perkhidmatan berhenti merokok juga telah disesuaikan

dengan situasi semasa pandemik COVID-19 di mana laman

sesawang jomquit.moh.gov.my telah dikemaskini bagi

menyampaikan maklumat tentang kepentingan berhenti merokok

dan seterusnya mendapatkan khidmat berhenti merokok.

Sepanjang tempoh ini, seramai 59,924 orang melayari informasi

melalui laman sesawang tersebut dengan 2,026 orang berdaftar

untuk mendapatkan maklumat lanjut dan 842 orang bersetuju

untuk menyertai rawatan berhenti merokok.

Sekian, terima kasih.

Page 129: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan prospek fiskal Kerajaan Persekutuan pada 2021 dan

bagaimana usaha lebih giat Kerajaan menangani masalah kegawatan

ekonomi serantau akibat COVID19.

Page 130: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan telah melaksanakan dasar fiskal mengembang dengan

memperkenalkan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi

komprehensif bernilai RM295 bilion atau 20% daripada KDNK

bagi mengekang kesan penularan pandemik COVID-19. Dasar

fiskal ini melibatkan suntikan langsung fiskal berjumlah RM45

bilion atau 3% KDNK. Setelah mengambil kira pengurangan hasil

berikutan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang

lebih rendah dan kejatuhan harga minyak mentah dunia serta

pertambahan perbelanjaan, defisit fiskal pada tahun 2020

dijangka meningkat sekitar 5.8% hingga 6.0% berbanding 3.2%

daripada KDNK seperti disasarkan dalam Belanjawan 2020.

Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan

dan pemulihan ekonomi tersebut adalah bersifat one-off dan

tidak akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan

dalam jangka masa sederhana dan panjang.

2. Pada Jun 2020, IMF mengunjurkan ekonomi global mengalami

kemelesetan pada kadar 4.9% pada tahun 2020 namun dijangka

pulih pada kadar 5.4% pada tahun 2021. Pertumbuhan ekonomi

Malaysia pada tahun 2020 telah disemak semula dan diunjur

menguncup antara -5.5% hingga -3.5% seperti yang telah

diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 14 Ogos 2020.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2021, pertumbuhan ekonomi

Page 131: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 38

Malaysia dijangka kembali pulih dan berkembang antara 5.5%

hingga 8%. Dalam mendepani ekonomi pasca pandemik COVID-

19, Kerajaan terus fokus kepada pelaksanaan strategi 6R

(Ketegasan, Ketahanan, Menjana Semula, Pemulihan,

Pemerkasaan dan Menyusun Semula) untuk memacu ekonomi

ke arah pemulihan. Negara kini berada dalam fasa Pemulihan

dan sedang dalam persiapan untuk ke fasa yang seterusnya iaitu

Pemerkasaan dan Menyusun Semula.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Berdasarkan prospek pemulihan ekonomi domestik dan global

serta jangkaan harga minyak mentah Brent yang lebih tinggi

pada tahun 2021, kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan

dijangka dalam posisi yang lebih baik berbanding tahun 2020.

Perincian anggaran hasil dan perbelanjaan Kerajaan

Persekutuan tahun 2020 yang disemak semula akan

dibentangkan bersekali dengan anggaran kedudukan kewangan

tahun 2021 dalam Belanjawan 2021 yang dijadualkan pada 6

November 2020.

4. Kerajaan akan kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal

pada 2021 bagi mengurangkan paras defisit fiskal dalam jangka

masa sederhana melalui inisiatif mengukuhkan pentadbiran dan

pematuhan cukai, mengurangkan ketirisan serta peningkatan

kecekapan perbelanjaan. Langkah ini penting bagi mewujudkan

ruang fiskal bagi menghadapi krisis luar jangka pada masa

hadapan. Kerajaan akan terus memantau perubahan

persekitaran global dari masa ke semasa yang boleh memberi

Page 132: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 38

kesan kepada ekonomi domestik serta kedudukan kewangan

negara.

Sekian, terima kasih.

Page 133: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

prestasi kawalan sempadan Kalimantan dan Sarawak dan sejauh mana

usaha membendung semua aktiviti penyeludupan barangan atau

manusia yang ditangani dengan cekap dan tidak bolos.

Page 134: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memperkukuhkan lagi

sempadan negara termasuk Kalimantan dan Sarawak dalam

membendung semua aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk

penyeludupan barangan atau manusia. Penugasan kawalan keselamatan

sempadan di Sarawak telah dipertanggungjawabkan kepada PDRM

melalui Pasukan Gerakan AM (PGA) Briged Sarawak yang terdiri

daripada 3 Batalion utama iaitu Batalion 10 Sibu, Batalion 11 Batu Kawa,

Kuching dan Batalion 12 Miri dengan kekuatan seramai 2248 anggota.

Daripada jumlah ini, seramai 534 anggota ditugaskan di 11 pos kawalan

sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan (Indonesia). Penugasan

ini turut dijalankan secara bersama antara PGA, PDRM dan Angkatan

Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa ini, kawalan keselamatan sempadan negara telah

dipertingkatkan melalui perlaksanaan Op Benteng. Melalui Op Benteng,

kekerapan bagi rondaan berkenderaan telah dipertingkatkan di beberapa

lokasi yang telah dikenalpasti dan sektor tanggungjawab juga turut

diperluaskan dengan penambahan beberapa pos sementara yang tidak

statik.

Hubungan diplomasi strategik antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan

Polisi Republik Indonesia (POLRI) telah turut dipertingkatkan bagi

mengenal pasti lokasi-lokasi yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan

Page 135: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 39

penyeludupan yang melibatkan kedua-dua negara. Kerjasama ini adalah

sangat penting bagi jangkamasa panjang dalam menangani pelbagai isu

terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan

sempadan negara terutama Kalimantan dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Page 136: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan

sejauh manakah sasaran kerajaan untuk menarik minat warga Sarawak

menyertai Perkhidmatan Askar Wataniah ATM.

Page 137: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Perkhidmatan Askar Wataniah (AW) adalah terbuka kepada semua

warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 45 tahun dan disahkan

sihat tubuh badan oleh Pegawai Perubatan ATM. Tahap akademik

minimum yang ditetapkan adalah Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan berkebolehan bertutur,

membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

Bagi menarik minat calon-calon dari Sarawak dan Sabah, anggota Askar

Wataniah kelahiran Sarawak dan Sabah adalah layak menerima

Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) sekiranya menghadiri Latihan

Berterusan (lebih daripada 3 hari) dalam negeri masing-masing dan

Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM) sekiranya menjalani

Latihan Berterusan di pasukan masing-masing dalam semenanjung

mengikut kadar sama seperti anggota tetap ATM.

Pasukan yang bertanggungjawab dalam pengambilan Askar Wataniah

di negeri Sarawak ialah Rejimen Ke 510 (Askar Wataniah) yang

berpangkalan di Sibu dan Rejimen Ke 511 (Askar Wataniah) yang

berpangkalan di Kuching. Penempatan lain untuk latihan Askar

Wataniah ialah di Sematan, Sri Aman, Miri dan Bintulu. Sehingga kini,

negeri Sarawak merupakan antara penyumbang tertinggi pengambilan

tahunan dan mempunyai seramai lebih 4,000 orang Pegawai dan

anggota Askar Wataniah yang berdaftar.

Page 138: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 40

Dalam usaha mengekalkan minat dan penglibatan warga Sarawak

menyertai Askar Wataniah, Tentera Darat telah menetapkan sasaran

minimum pengambilan tahunan seramai 700 orang keseluruhannya

melalui 40 siri promosi pengambilan tahunan di seluruh negeri Sarawak

sebagai Key Performance Indicator (KPI) yang mesti dicapai oleh

pasukan yang bertanggungjawab iaitu Rejimen Ke 510 (Askar

Wataniah) dan Rejimen Ke 511 (Askar Wataniah). Sehingga kini,

pengambilan tahun 2020 bagi negeri Sarawak adalah berjumlah 225

orang.

Sekian, terima kasih.

Page 139: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah

sebenar Ketua Jabatan (individu berasal semenanjung) yang mengetuai

pelbagai Jabatan dan Agensi Persekutuan dan berapa bilangan mereka

yang tidak bermastautin di Sarawak sehingga menyebabkan mereka

terkandas semasa Tempoh PKP, PKPB, PKPP dan Pengukuhan SOP

PKPP sejak 25 Julai 2020 di Sarawak.

Page 140: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 41

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan

Jabatan/Agensi Persekutuan di Sarawak adalah sebanyak 174 jabatan.

Daripada jumlah tersebut seramai 49 orang diketuai oleh ketua jabatan/

agensi yang berasal dari semenanjung iaitu sebanyak 28 peratus dan

didapati hanya seramai empat (4) orang sahaja Ketua Jabatan/Agensi

yang terkandas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Pengukuhan Prosedur Operasi

Standard (Standard Operating Procedure - SOP) PKPP sejak 25 Julai

2020 di Sarawak iaitu sebanyak 2.3 peratus.

Sekian, terima kasih.

Page 141: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah

ujian rt-PCR untuk COVID-19 boleh dipercayai. Adakah hasil ujian itu

tertakluk kepada cara mengambil sampel atau bahan reagen yang diguna

pakai. Ada beberapa kes yang negatif apabila ujian dibuat di KLIA dan

jadi positif beberapa hari selepas apabila ujian dibuat di Kuching,

Sarawak. Adakah benar bahawa reagen yang diguna pakai oleh Kerajaan

adalah derma dari China. Ada kemungkinan bahawa reagen itu tidak tepat

dan masih dalam tahap pengujian.

Page 142: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Ujian reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR)

adalah ujian kualitatif untuk mengesan asid nukleik dari SARS-CoV-

2 (COVID-19) pada spesimen pernafasan atas dan bawah (seperti

sapuan nasofaring atau orofaring, kahak, aspirasi saluran

pernafasan bawah, lavage bronchoalveolar dan aspirasi nasofaring)

yang diambil daripada individu yang disyaki COVID 19 atau dari

individu tanpa gejala tetapi mempunyai kaitan risiko atau sebab lain

untuk mengesyaki COVID-19 jangkitan.

2. RT-PCR melibatkan teknik ujian molekular dan amplifikasi virus

yang mana jangkitan COVID-19 boleh dikesan walaupun dengan

jumlah viral copies yang rendah. Ujian RT-PCR bagi COVID-19

mempunyai sensitivity dan specificity hampir 100% dan

merupakan ujian gold standard bagi COVID-19. Walau

bagaimanapun, ujian ini bergantung kepada teknik pengambilan

sampel yang betul oleh anggota yang terlatih, jenis sampel yang

diambil, penyimpanan sampel dalam suhu 2-8oC semasa

penghantaran ke makmal, kemudahan fasiliti makmal yang baik dan

interpretasi keputusan yang tepat.

3. Terdapat beberapa kes didapati negatif ujian RTK Antigen

(RTK-Ag) COVID-19 yang dijalankan di KLIA dan selepas beberapa

hari menjadi positif ujian RT-PCR COVID-19 yang dijalankan di

Page 143: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 42

Kuching, Sarawak. Ini adalah kerana ujian RTK-Ag mempunyai

sensitivity sebanyak 90%, yang mana daripada 100 orang yang

disaring, mungkin terdapat keputusan false negative bagi 10 orang

dan ianya merupakan satu kekangan bagi ujian ini.

4. Walaupun RTK-Ag ini mempunyai kekangan, ia dapat digunakan

sebagai langkah awal dan pantas untuk menyaring 90% pesakit

COVID-19. Tempoh pengujian RTK-Ag mengambil masa

sekurang-kurangnya 45 minit ke satu (1) jam berbanding

6 - 8 jam bagi satu ujian RT-PCR tidak termasuk proses-proses lain

seperti sorting dan verifikasi keputusan. Mengikut standard WHO,

Lab Turn Around Time (LTAT) untuk ujian RT-PCR COVID19

adalah 24 – 48 jam.

5. Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, kemungkinan besar

individu yang mendapat keputusan false negative berada dalam

tempoh inkubasi di mana kandungan bilangan virus (viral load)

adalah rendah untuk dikesan dengan ujian RTK-Ag. Justeru, setiap

individu yang disaring dengan keputusan RTK-Ag negative masih

perlu menjalani tempoh 14 hari kuarantin seperti yang ditetapkan di

dalam polisi pengurusan COVID-19. Ujian pertama kali dengan

keputusan negatif samada menggunakan kaedah RTK-Ag atau RT-

PCR tidak bermaksud individu tersebut bebas daripada jangkitan

COVID-19.

6. Perolehan reagen yang digunakan untuk ujian COVID-19 adalah

dari pelbagai negara termasuk United States, Germany, Korea dan

China. Semua reagen yang digunakan telah dibuat penilaian kit

Page 144: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 42

(kit evaluation) samada oleh Institute for Medical Research

(IMR) atau Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

Sekian, terima kasih.

Page 145: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan jurang bekalan

elektrik di bandar dan luar bandar. Apakah rancangan yang sedia ada

dan yang akan dilaksanakan untuk mencapai seratus peratus (100%)

liputan khasnya di Sarawak dan luar bandar menjelang tahun 2025.

Page 146: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian melaksanakan

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bertujuan untuk

menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada kawasan

perkampungan luar bandar. Projek ini dilaksanakan menggunakan dua

(2) kaedah iaitu penyambungan bekalan elektrik secara talian grid dan

sistem alternatif seperti solar, solar hibrid serta mikro hidro. Kaedah

alternatif ini digunakan apabila lokasi projek adalah jauh dari lokasi

talian grid dan tidak ekonomi untuk dilaksanakan secara talian grid.

Pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) adalah

bergantung kepada senarai keutamaan yang dipohon oleh pihak Unit

Perancang Ekonomi Negeri Sarawak (SPU). Dalam memastikan

penduduk luar bandar menikmati kemudahan bekalan elektrik dan

seterusnya mengurangkan jurang bekalan elektrik di bandar dan luar

bandar, Kementerian sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pihak

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi menyelaras dan membuat

semak silang ke atas senarai projek-projek sebelum ianya dimajukan ke

Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk kelulusan peruntukan.

Kementerian dalam peringkat pelantikan Perunding bagi empat (4)

projek BELB secara solar hibrid dan satu (1) projek BELB secara mini

hidro. Projek-projek ini dijangka tender pada tahun 2021 dan sebanyak

1,330 buah rumah dijangka menerima manfaat bekalan elektrik apabila

projek siap kelak.

Page 147: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 43

Kementerian juga dalam proses rundingan terus untuk melantik

Sarawak Energy Berhad (SEB) selaku Pihak Berkuasa Elektrik Negeri

(PBEN) untuk melaksanakan Projek Sarawak Alternative Rural

Electrification Scheme (SARES). Projek ini dijangka dimulakan pada

bulan Oktober 2020 dengan melibatkan 160 buah kampung dan 3,308

buah rumah dijangka menerima manfaat bekalan elektrik.

Kementerian juga dalam proses untuk melantik Sarawak Energy Berhad

(SEB) untuk melaksanakan Projek BELB Late Applicant Negeri

Sarawak. Projek ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan

elektrik bagi rumah-rumah tambahan / tertinggal setelah projek BELB

siap dilaksanakan. Projek BELB Late Applicant ini dijangka mula pada

bulan November 2020 dan memberi manfaat bekalan elektrik kepada

600 buah rumah.

Sekian, terima kasih.

Page 148: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan berapakah jumlah pelajar Orang Asli yang sedang mengikuti

kursus di dalam TVET seluruh negara dan berapakah bilangan pelajar

yang sudah tamat kursus dan yang telah mendapat pekerjaan mengikut

kursus yang telah diambil.

Page 149: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menawarkan

ruang dan peluang kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

pekerja industri sedia ada untuk mengikuti kursus-kursus berasaskan

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dijalankan

di 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di seluruh negara.

2. JTM tanpa mengira kaum membuka ruang seluas-luasnya kepada

semua lapisan masyarakat yang berminat untuk mengikuti kursus TVET

di ILJTM menerusi pengambilan 2 kali setahun untuk Kursus Jangka

Panjang.

3. Statistik jumlah pengambilan pelajar Orang Asli bagi keseluruhan

ILJTM pada tahun 2019 dan 2020 adalah seramai Empat Puluh Enam

(46) orang. Bilangan pelajar yang telah tamat kursus pada tahun 2018

adalah seramai 5 orang di peringkat Sijil, manakala pada tahun 2019

terdapat 1 orang di peringkat Diploma dan semua telah mendapat

pekerjaan sesuai dengan kursus yang mereka ambil semasa di latih di

ILJTM.

Sekian, terima kasih

Page 150: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR menyatakan secara terperinci jumlah bantuan bakul

makanan kepada Masyarakat Orang Asli sepanjang Tempoh Kawalan

Pergerakan (PKP) :-

(a) jumlah penerima dan kos yang dibelanjakan mengikut negeri; dan

(b) bantuan yang diberikan dan peruntukan yang diguna pakai,

adakah peruntukan khas PKP atau peruntukan daripada JAKOA

sendiri.

Page 151: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, peruntukan yang telah

dibelanjakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi tujuan

pembekalan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli

yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat

penularan pandemik Covid-19 adalah sebanyak RM18.8 juta. Jumlah ini

melibatkan seramai 165,087 orang Ketua Isi Rumah sebagai penerima

manfaat. Perincian jumlah yang telah dibelanjakan ini adalah seperti

pecahan berikut :

Bil Negeri

Jumlah

Keseluruhan

Penerima

(Orang)

Jumlah

Keseluruhan

(RM)

1 Johor 12,547 1,429,920.00

2 Kelantan 11,185 1,273,980.00

3 Terengganu 961 109,800.00

4 N.Sembilan 10,062 1,145,000.00

5 Melaka 1,498 169,400.00

6 Pahang 63,425 7,229,020.00

7 Perak 47,949 5,474,900.00

8 Kedah 284 32,400.00

9 Selangor 17,176 1,952,620.00

Jumlah 165,087 18,817,040.00

Page 152: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 45

Untuk makluman Yang Berhormat Senator selanjutnya, bantuan yang

telah disalurkan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas semasa

pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik

Covid-19 adalah merangkumi bantuan asas bakul makanan dan sabun

antibakteria bagi setiap keluarga, susu tepung kepada anak-anak Orang

Asli, serta pelitup muka dan cecair sanitasi kepada Tok Batin dan

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli

(JPKKOA) yang terlibat dengan pengagihan bantuan bagi mencegah

penularan Covid-19. Keseluruhan jumlah bantuan ini adalah sebanyak

RM20.9juta. Jumlah ini melibatkan seramai 275,940 orang Ketua Isi

Rumah Tok Batin serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan

Kampung Orang Asli sebagai penerima manfaat.

Keseluruhan peruntukan yang diguna pakai bagi menyalurkan bantuan

kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas semasa pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik Covid-19

adalah menggunakan peruntukan khas daripada Jabatan Perdana

Menteri (JPM) bagi Fasa 1, Peruntukan Khas daripada Kementerian

Kewangan (MoF) bagi Fasa 2, peruntukan sediaada Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA) bagi Fasa 3 serta tambahan peruntukan daripada

Kementerian ini bagi menampung Kos Logistik dan Pengangkutan.

Sekian, terima kasih.

Page 153: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah hasil dan saranan atau syor-syor yang telah

dicadangkan di dalam Kajian Dasar Pendidikan Negara yang ditubuhkan

pada 6hb Jun 2018 khususnya bagi Masyarakat Orang Asli. Adakah syor

yang dicadangkan akan digunakan pakai dan bila akan dilaksanakan.

Page 154: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Laporan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) telah

diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2 Mei

2019 yang mengandungi sebanyak 310 syor. Daripada 310 syor yang

disenaraikan tersebut, sebanyak lima (5) syor adalah berkaitan dengan

pendidikan Orang Asli iaitu;

1. membangunkan Blueprint Pendidikan Untuk Orang Asal;

2. memperkenalkan Pendidikan Orang Asal Berteraskan Ilmu Watan

dan Budaya Tempatan Pelajar;

3. mewujudkan Pusat Kebangsaan Kecemerlangan Orang Asal;

4. pelaksanaan Umur Persekolahan Orang Asal yang fleksibel; dan

5. mewujudkan Perwakilan Komuniti Orang Asal Dalam Organisasi

Pendidikan.

Sebahagian daripada syor yang berkaitan dengan Orang Asli ini juga

telahpun terdapat dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Murid Orang Asli

(2017-2025). Pelan ini disediakan bagi memastikan semua murid Orang

Asli dapat menikmati akses dan kesamarataan dalam pendidikan serta

peluang pendidikan yang relevan dan berkualiti selari dengan

perkembangan pendidikan arus perdana. Pelan Hala Tuju Pendidikan

Orang Asli 2017 – 2025 merangkumi empat (4) skop iaitu;

Page 155: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 46

1. suasana pembelajaran positif di sekolah;

2. sistem persekolahan dan tenaga mahir;

3. laluan pendidikan dan kerjaya; dan

4. penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Program Pengukuhan

Pedagogi Pendidikan Murid Orang Asli (MOA) dan Program Intervensi

Khas Asli Peribumi (PIKAP) untuk mengurangkan jurang pemahaman

kurikulum arus perdana. Selain itu, KPM juga menyediakan infrastruktur

asas yang mencukupi bagi sekolah rendah yang telah dikenal pasti untuk

dinaik taraf sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) bagi

menangani isu keciciran murid sewaktu transisi dari Tahun Enam ke

Tingkatan Satu.

Pada masa akan datang, KPM berhasrat untuk memperluaskan Program

Jom Belajar bagi mengurangkan kadar keciciran dan memberi akses

pendidikan kepada murid Orang Asli dan pedalaman.

Sekian, terima kasih.

Page 156: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN

LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah kampung dan kawasan

Orang Asli dari tahun 2017 sehingga 2020 mengikut nama kampung,

negeri dan daerah tanah yang telah diwartakan sebagai Rizab Orang

Asli, jumlah permohonan yang dihantar ke Kerajaan Negeri untuk

diwartakan, jumlah yang telah selesai pengukuran tetapi belum dihantar

permohonan ke Kerajaan Negeri dan jumlah masih dalam proses

pengukuran.

Page 157: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 47

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebanyak 2 buah kampung

Orang Asli telah diwartakan sepanjang tempoh 2017 hingga 2020:

a) KOA Sungai Dipang, Kampar, Perak

b) KOA Sungai Rias, Kampar, Perak

Bagi jumlah permohonan yang dihantar ke Kerajaan Negeri untuk

diwartakan, jumlah anggaran keluasan yang telah diangkat ialah

sebanyak 4,058.03 hektar.

Kerja-kerja pengukuran tanah di kawasan penempatan Orang

Asli Semenanjung Malaysia hanya melibatkan 853 kampung yang

diiktiraf sahaja. Dari tahun 2017 hingga 2020, pelaksanaan kerja ukur

tanah melibatkan 57 kampung dengan keluasan tanah 12,233.75 hektar

dengan pecahan berikut;

a) Kerja ukur kejuruteraan (perimeter) sebanyak 36 kampung dengan

keluasan 9,659.14 hektar bagi tujuan proses permohonan

pewartaan

b) Kerja ukur halus melibatkan sebanyak 21 kampung dengan

keluasan tanah 2,574.61 hektar bagi tujuan pewartaan.

Page 158: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 47

Sebanyak 10 buah kampung dengan keluasan 605.90 hektar bagi

penempatan Kampung Orang Asli telah selesai diukur tetapi belum

dihantar permohonan ke Kerajaan Negeri. Mengikut perancangan RMK-

12, baki kawasan penempatan yang belum diukur adalah sebanyak 114

lokasi dengan jumlah keluasan 29,634 hektar.

Sekian, terima kasih.

Page 159: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan adakah kuasa Kementerian atau Perdana Menteri untuk

meluluskan permohonan status kewarganegaraan Malaysia kepada

warga asing secara langsung dan jika ada, di manakah kuasa ini

diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Page 160: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berhubung dengan urusan penganugerahan kewarganegaraan Malaysia

kepada warga asing secara langsung seperti yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat, ia dilaksanakan melalui kaedah penaturalisasian di

bawah Perkara 19 Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan

pertimbangan ke atas permohonan kewarganegaraan Malaysia dilakukan

secara case-by-case.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pertimbangan dan keputusan

sesuatu permohonan kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa

YB Menteri Dalam Negeri selaras dengan ketetapan dalam Seksyen 1

Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

Page 161: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

Datuk Donald Peter Mojuntin minta PERDANA MENTERI menyatakan

jumlah penduduk negeri Sabah pada tahun 1970, tahun 1980, tahun

1990, tahun 2000 dan 2010 mengikut bancian Jabatan Statistik Malaysia

pada tahun-tahun tersebut.

Page 162: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Banci Penduduk dilaksanakan

setiap 10 tahun mulai tahun 1970. Setakat ini, lima Banci penduduk

telah dijalankan. Jumlah penduduk bagi negeri Sabah bagi setiap Banci

tersebut adalah seperti berikut:

• 1970: 653,604 orang;

• 1980: 955,712 orang;

• 1991: 1,734,685 orang;

• 2000: 2,468,246 orang; dan

• 2010: 3,117,405 orang.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Banci penduduk tidak

dilaksanakan pada tahun 1990 berikutan Pilihan Raya Umum pada

tahun yang sama. Oleh itu, Banci penduduk telah dilaksanakan pada

tahun 1991.

Sekian, terima kasih.

Page 163: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUTIN

Datuk Donald Peter Mojutin minta PERDANA MENTERI menyatakan

mengikut kenyataan rasmi jurucakap Presiden Filipina, Secretary Harry

Rogue bahawa Presiden Rodrigo Duterte telah bersetuju dan mengarah

Zambonga City untuk membuka pintunya untuk menerima pendatang

asing tanpa izin (PATI) Filipina yang dihantar balik dari Sabah pada bulan

Jun 2020, apakah perkembangan perkara ini dan berapakah jumlah PATI

tersebut yang telah dihantar balik setakat ini.

Page 164: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

[YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF, MENTERI DI

JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina

yang telah tertangguh pada Mac 2020 akibat penutupan pintu

masuk di Filipina telah berjaya dilaksanakan semula pada Julai

2020. Penghantaran pulang ini dilaksanakan dengan beberapa

syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Filipina iaitu:

i. Semua tahanan menjalani saring bebas COVID-19 dengan kos

ditanggung Kerajaan Filipina;

ii. Bilangan PATI yang diusir dihadkan kepada 400 setiap siri

untuk mematuhi penjarakan fizikal; dan

iii. Pengusiran dilaksanakan dengan jarak 15 hari setiap siri bagi

memberi ruang pada pusat kuarantin Filipina menerima

tahanan baru.

2. Sejak 3 Julai 2020 hingga 24 Ogos 2020 , sebanyak 3 siri

penghantaran pulang telah dilaksanakan melibatkan PATI Filipina

seramai 1,573 orang. Jumlah keseluruhan penghantaran pulang

Page 165: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 50

PATI dari Sabah ke negara-negara asal pada tahun 2020 (sehingga

pada 24 Ogos 2020) ialah sebanyak 6,033 orang.

Sekian, terima kasih.

Page 166: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah kelahiran hidup yang didaftarkan di negeri Sabah

dalam tempoh 1963-1970, 1971-1980, 1981-1990, 1991-2000 dan 2001-

2010.

Page 167: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Selaras dengan peruntukan dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan

Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan

Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah Cap. 123) 1948 bagi negeri

Sabah, dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sarawak

Cap.10) 1951 bagi negeri Sarawak, kelahiran setiap individu di Malaysia

sama ada bertaraf warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara,

hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana

individu itu dilahirkan dengan butir-butir kelahirannya.

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 1963

hingga tahun 2010, sebanyak 1,992,121 kelahiran hidup yang didaftarkan

di negeri Sabah. Perincian jumlah kelahiran berkenaan mengikut tahun

adalah seperti mana berikut:-

a. Tahun 1963 hingga tahun 1970: 92,742 orang;

b. Tahun 1971 hingga tahun 1980: 216,072 orang;

c. Tahun 1981 hingga tahun 1990: 502,586 orang;

d. Tahun 1991 hingga tahun 2000: 636,121 orang; dan

e. Tahun 2001 hingga tahun 2010: 544,600 orang.

Sekian, terima kasih.

Page 168: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI

menyatakan pendirian Kerajaan terhadap aktiviti lompat parti dan

keperluan undang-undang untuk menghalang perkara tersebut daripada

berlaku.

Page 169: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan

berpandangan bahawa setiap warganegara masih dijamin hak untuk

bebas berpersatuan yang selaras dengan Perkara 10(1)(C)

Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk bebas berpersatuan ini turut

telah dibincangkan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes

Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor

[1992] 1 CLJ 343.

Namun, sekiranya Kerajaan berpandangan terdapat keperluan

untuk menggubal undang-undang lompat parti ini pada masa akan

datang, kajian terperinci akan dilakukan termasuklah dengan

mengadakan perbandingan best practices dengan negara-negara lain;

Kajian secara terperinci ini perlu dilakukan memandangkan perkara

ini bercanggah dengan Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan

iaitu hak membentuk persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal

keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral. Pihak Kerajaan

juga perlu mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak lain

termasuklah badan bukan Kerajaan dan parti politik jika ianya hendak

digubal kelak.

Sekian, terima kasih.

Page 170: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 53

1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI

menyatakan bila pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen akan

dibuat.

Page 171: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 53

2

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, draf Rang Undang-undang

Perkhidmatan Parlimen telah disediakan. Pada masa sekarang, Kerajaan

sedang memperhalusi dan mengkaji penubuhan Suruhanjaya

Perkhidmatan Parlimen Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 172: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI

menyatakan perkembangan dasar dan undang-undang berkaitan dana

kempen pilihan raya.

Page 173: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Sesungguhnya Kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan

penambahbaikan berkaitan penggubalan dan pindaan undang-undang

daripada pelbagai pihak. Berhubung dengan undang-undang berkaitan

dana kempen pilihan raya, ia masih dalam peringkat perbincangan di

mana diselaraskan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah

Nasional (GIACC) serta dibantu oleh jabatan/agensi lain yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Page 174: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD

YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan perkembangan penyelidikan penggunaan "stem cell" untuk

tujuan kesihatan dan keperluan untuk mengadakan dasar dan undang-

undang berkaitan "stem cell" di negara.

Page 175: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Semenjak tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan

penyelidikan penggunaan sel stem untuk tujuan kesihatan iaitu:

i. Penyelidikan sel stem mesenkima yang diperolehi daripada

sum-sum tulang, darah dan bendalir tali pusat (Wharton Jelly)

dan pulpa gigi yang menunjukkan sel-sel tersebut mempunyai

pelbagai potensi (multipotent) walaupun dikembangbiak dan

disimpan dalam tempoh yang lama.

ii. Kajian praklinikal terhadap keberkesanan sel stem mesenkima

untuk merawat penyakit sirosis hati pada model tikus.

iii. Kajian terapi untuk menghasilkan sel stem mesenkima untuk

rawatan kanser paru-paru.

iv. Penyelidikan model penyakit berasaskan sel jantung

(cardiomyocytes).

2. Di samping itu, KKM juga berkolaborasi dengan beberapa

institusi awam dan swasta seperti Universiti Kebangsaan

Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti

Sains Malaysia dan Universiti Tunku Abdul Rahman serta

Page 176: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 55

Stempeutics Research Malaysia Sdn. Bhd untuk menjalankan

beberapa penyelidikan berikut:

i. Penyelidikan klinikal ke atas penggunaan sel mesenkima

dalam merawat pelbagai penyakit seperti kecederaan saraf

tunjang, penyakit kornea dan kanser paru-paru.

ii. Penyelidikan klinikal untuk transplantasi epitelia kornea dari sel

stem limbal untuk penyakit mata dengan kadar sukses 71.4%.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Buat masa ini, KKM masih belum mempunyai undang-undang atau

akta berkenaan penyelidikan dan terapi sel stem di Malaysia. Walau

bagaimanapun, bagi memantau dan memastikan pematuhan

kepada keperluan moral dan etika penyelidikan dan terapi sel stem

di Malaysia, KKM telah menubuhkan National Stem Cell Research

and Ethics Subcommitee (NSCERT). Semua penyelidikan

berkaitan sel stem juga perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa

Etika Penyelidikan Perubatan KKM (MREC) dan berdaftar dengan

National Medical Research Register (NMRR).

4. Bagi tujuan pengeluaran entiti sel stem bagi tujuan klinikal, ianya

perlulah dikeluarkan oleh fasiliti yang mempunyai lesen Good

Manufacturing Practice (GMP) yang diperiksa oleh National

Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Selain itu, pihak

KKM juga telah menyediakan beberapa kertas dasar serta garis

panduan bagi penyelidikan berkenaan sel stem dan terapi di

Malaysia seperti berikut:

Page 177: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 55

i. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan

7/2011: Checklist for Research on Stem Cell and Cell-based

Therapies (2011) yang disediakan oleh Jawatankuasa

Kebangsaan Etika Penyelidikan dan terapi Stem Cell

(NSCERT) bagi prosedur penyelidikan berkaitan sel stem

khususnya kajian yang melibatkan subjek manusia.

ii. National Standards for Stem Cell Transplantation:

Collection, Processing, Storage and Infusion of

Hematopoietic Stem Cells and Therapeutic Cells 2nd Edition

(2018) yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan

Perubatan, KKM untuk memantau pengumpulan darah tali

pusat, pemprosesan, ‘pembekuan’ dan transplantasi sel stem

yang diekstrak dari salur darah/ uri, tulang sum sum dan lain-

lain.

iii. National Standards for Cord Blood Banking and

Transplantation (2008) yand disediakan oleh KKM untuk

memantau perbankan swasta dan awam bagi darah tali pusat

untuk tujuan transplantasi.

iv. Malaysian Guidelines for Stem Cell Research and Therapy

(2009) yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan

Perubatan, KKM untuk memantau penyelidikan dan

transplantasi sel stem darah dan sel stem bukan darah,

termasuk derivasi sel stem dari sel soma dan sel embrio.

Page 178: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 55

v. National Guidelines for Hematopoietic Stem Cell Therapy

(2009) yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan

Perubatan, KKM untuk memantau transplantasi sel stem darah.

vi. Guidance Document and Guidelines for Registration of

Cell and Gene Therapy Products (CGTPs) in Malaysia

(2016) yang telah disediakan oleh Biro Pengawalan

Farmaseutikal Kebangsaan, KKM untuk memantau

pendaftaran produk sel dan gene terapi di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 179: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020 , PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI

menyatakan perkembangan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan

Nasional selepas ianya diluluskan.

Page 180: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 56

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (D.R. 28/2019)

telah dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 10 Oktober

2019 dan seterusnya di Dewan Negara pada 19 Disember 2019. Setelah

diluluskan dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong pada 30 Disember 2019, Akta Pusat Pencegahan Jenayah

Kewangan 2019 [Akta 822] telah disiarkan dalam Warta pada 31

Disember 2019 dan mula berkuat kuasa pada 2 Januari 2020 melalui

suatu Pemberitahuan [P.U. (B) 644/2019].

Sekian, terima kasih.

Page 181: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan berapa jumlah kanak-kanak yang telah menerima vaksin

pneumococcal dan berapa jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan.

Page 182: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pada masa kini, terdapat tiga (3) jenis vaksin pneumokokal

konjugat (Pneumococcal Conjugate Vaccine PCV) yang

berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dua (2) jenis

vaksin pneumokokal konjugat kini terdapat di fasiliti kesihatan

swasta, iaitu PCV-10 (melindungi terhadap 10 serotype

pneumokokus jenis 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F) dan

PCV-13 (melindungi terhadap 13 serotype pneumokokus jenis 1, 4,

5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F dan tambahan tiga serotype lagi

iaitu 3, 6A dan 19B). Anggaran bilangan kanak-kanak yang telah

mendapat suntikan vaksin PCV-10 dan PCV-13 tersebut di fasiliti

kesihatan swasta adalah seramai 72,000 pada tahun 2018 dan

meningkat kepada 83,000 pada tahun 2019. Satu (1) lagi produk

vaksin penumokokal konjugat baru diluluskan pendaftaran

dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 9 Julai 2020 (iaitu

untuk melindungi terhadap 10 serotype pneumokokus jenis 1, 5,

6A, 6B, 7F, 9V, 14, 19A, 19F dan 23F).

2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited dalam usaha

untuk menurunkan morbiditi dan mortaliti akibat jangkitan bakteria

pneumokokus di kalangan kanak-kanak. Untuk makluman, KKM

sedang dalam proses menyediakan bekalan vaksin pneumokokal

konjugat (Pneumococcal Conjugate Vaccine PCV) di semua Klinik

Kesihatan. Proses perolehan secara tender terbuka vaksin

Page 183: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 57

tersebut telah tertangguh susulan kejadian pandemik COVID-

19, dan kini berada di peringkat mendapatkan kelulusan dari

Kementerian Kewangan.

3. Pemberian suntikan vaksin pneumokokal melalui “Program

Imunisasi Pneumokokal” di bawah “Program Imunisasi Kanak-

kanak Kebangsaan” dianggarkan akan memberi manfaat kepada

lebih kurang 500,000 kanak-kanak yang layak setiap tahun setelah

ianya dilaksanakan.

4. Dalam masa yang sama, KKM sedang meningkatkan usaha untuk

meningkatkan liputan imunisasi bagi vaksin-vaksin yang telah sedia

ada dalam Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan. Kejadian

pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada penerimaan vaksin

secara keseluruhan dan ini meningkatkan risiko kepada berlakunya

wabak penyakit cegahan vaksin sekiranya ia berterusan. Justeru,

anggota kesihatan sedang menjalankan usaha untuk mengesan

kanak-kanak yang telah tercicir imunisasi sepanjang tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan agar penjadualan semula suntikan

vaksin dapat dibuat.

Sekian, terima kasih.

Page 184: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah

faktor penghalang pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang

sepatutnya dijadualkan dilaksanakan pada Januari lalu dan apakah

jaminan Kementerian bahawa kenaikan harga barang tidak akan berlaku

sekiranya program ini dilaksanakan kelak.

Page 185: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

KPDNHEP bersama Kementerian Kewangan pada 9 Julai 2020

telah bersetuju agar bantuan bersasar kepada golongan B40 bagi

menampung kenaikan harga petrol RON95 melalui Program Subsidi

Petrol (PSP) tidak diteruskan dan cadangan ini akan dimuktamadkan

melalui pembentangan Memorandum Jemaah Menteri oleh Kementerian

Kewangan.

Sekian, terima kasih.

Page 186: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KOMUNIKASI DAN

MULTIMEDIA menyatakan tahap capaian internet jalur lebar mengikut

negeri, serta cabaran-cabaran yang dihadapi untuk membolehkan lebih

ramai penduduk menikmati internet jalur lebar.

Page 187: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik terkini liputan

perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G dan 4G di kawasan

berpenduduk bagi setiap negeri sehingga suku pertama 2020

adalah seperti berikut:

3G (%) 4G (%)

Malaysia 95.32 88.96

Johor 98.93 94.18

Kedah 97.63 89.10

Kelantan 95.98 87.52

Melaka 99.80 95.50

Negeri Sembilan 97.92 89.96

Pahang 92.57 80.38

Perak 96.30 90.32

Perlis 99.46 93.29

Pulau Pinang 99.78 98.90

Sabah 84.07 71.70

Sarawak 84.62 71.10

Selangor 99.69 98.51

Terengganu 95.52 87.68

WP Kuala Lumpur 100.00 99.97

WP Labuan 98.00 97.40

WP Putrajaya 100.00 100.00

2. Walau bagaimanapun, usaha bagi meningkatkan liputan dan

kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara bagi merapatkan

jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar bukan

Page 188: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 59

sahaja melibatkan kerajaan persekutuan malah memerlukan

kerjasama pelbagai pihak, termasuk di peringkat Kerajaan Negeri

dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk pemudahcaraan proses-

proses perolehan dan kelulusan tapak yang terlibat.

3. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, laluan masuk

yang sukar dan masalah ketiadaan bekalan elektrik juga menjadi

cabaran kepada syarikat pemberi perkhidmatan untuk

menyediakan infrastruktur komunikasi di kawasan seperti ini.

Antara kaedah alternatif yang diguna pakai bagi mengatasi

masalah ini adalah menerusi penggunaan teknologi satelit dan

bekalan kuasa alternatif seperti genset namun begitu

perkhidmatannya adalah kurang stabil.

4. Pada masa yang sama, SKMM juga telah bekerjasama dengan

pihak industri dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk

membangunkan satu pelan infrastruktur digital yang dikenali

sebagai JENDELA (Jalinan Digital Negara) bagi memantapkan

kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh negara dengan

menggunakan pelbagai teknologi. Melalui pelan ini, semua

perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara

oleh pelbagai kementerian dan agensi terbabit termasuklah di

peringkat negeri.

Sekian, terima kasih.

Page 189: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah

agihan bantuan menerusi Tabung Prihatin YKN-JKM yang dilancarkan

Februari lalu selepas bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Page 190: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Tabung Prihatin YKN-JKM telah dilancarkan pada 17 Februari 2020 dan

merupakan tabung khas dalam menyelaras sumbangan kewangan yang

diterima daripada pihak korporat, swasta, masyarakat dan orang

perseorangan untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang

memerlukan bantuan segera dalam keadaan terdesak berdasarkan

maklumat yang diperakukan oleh kedua-dua agensi iaitu Yayasan

Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kategori bantuan yang dipertimbangkan bagi penyaluran melalui Tabung

Prihatin YKN-JKM adalah bantuan serta merta yang bersifat sekali gus

(one-off), bantuan segera melalui aktiviti pendampingan sosial, mangsa

bencana kecil/ kes terpencil dan juga kes terdampar.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan

pada 18 Mac 2020 akibat penularan wabak COVID-19, Tabung Prihatin

YKN-JKM telah diperluaskan fungsinya sebagai platform kepada syarikat

korporat dan orang ramai untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang

terputus bekalan makanan dan terjejas sumber pendapatan sepanjang

tempoh PKP sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Inisiatif yang berterusan melalui penubuhan tabung ini telah menarik

minat syarikat korporat dan orang ramai untuk menderma dan membantu

kumpulan sasar yang terjejas semasa tempoh PKP. Sepanjang tempoh

Page 191: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 60

PKP hingga ke PKPP, Tabung Prihatin YKN-JKM telah mengumpul

sebanyak RM540 ribu melalui sumbangan pihak korporat, swasta dan

orang perseorangan dan telah diagihkan kepada 8,262 orang yang

terputus bekalan makanan dan terjejas punca pendapatan. Agihan

bantuan ini telah disalurkan kepada penerima dalam bentuk bakul

makanan dan disampaikan mengikut prosedur operasi standard yang

telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Page 192: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L

PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PENGAJIAN

TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan akan memperuntukkan suatu

kuota khas bagi pengambilan pelajar-pelajar daripada masyarakat

terpinggir seperti masyarakat India, Orang Asli/Asal, OKU dan

sebagainya di IPTA untuk sesi pengambilan tahun 2020 dan sekiranya

tiada peruntukan tersebut, apakah rasionalnya.

Page 193: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi mengamalkan prinsip meritokrasi dalam

pemprosesan pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam

(IPTA). Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah

merit tertinggi diberi peluang yang saksama tanpa mengira kaum, agama,

negeri, taraf hidup dan tempat tinggal untuk mengikuti pengajian di

institusi pengajian tinggi.

Bagi membantu kelompok calon tertentu mendapat peluang yang lebih

tinggi untuk menyambung pengajian, kementerian telah menyediakan

laluan khas kepada 4 kategori calon semasa proses pemilihan

kemasukan ke universiti awam iaitu:

i) Laluan Khas bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU);

ii) Laluan Khas bagi kategori B40;

iii) Laluan Khas bagi kategori Orang Asli; dan

iv) Laluan Khas bagi kategori Atlet Sukan.

Calon-calon yang mengemukakan permohonan menerusi laluan ini hanya

perlu melepasi syarat am dan syarat khas program seperti yang

ditetapkan oleh Universiti yang dipilih. Calon akan ditawarkan tempat

berdasarkan kesesuaian program yang dipilih dengan kelulusan Senat

Universiti.

Sekian, terima kasih.

Page 194: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOOTHY A/L

PONNUSAMY

Tuan Waytha Moothy a/l minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI

MAKANAN menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan menggalakkan

pekerja-pekerja estet Masyarakat India yang kehilangan pekerjaan sejak

tahun 1970an untuk mencebur diri dalam bidang pertanian dan sekiranya

tiada usaha, maka adakah Kerajaan sanggup menyediakan kemudahan

dan insentif khas kepada masyarakat India untuk menceburkan diri dalam

bidang pertanian.

Page 195: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menyedia dan

memperuntukkan pelbagai insentif dan bantuan untuk menarik minat

masyarakat untuk terlibat dalam bidang pertanian tanpa mengira

kaum. Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian turut menawarkan

khidmat nasihat teknikal kepada golongan sasar yang berminat

untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

2. Antara insentif yang ditawarkan kepada golongan sasar yang

berpengalaman dan berkelayakan seperti:

Bidang Tanaman

Bagi sektor tanaman, Kementerian menyediakan bantuan insentif

seperti berikut:

i. benih, baja dan racun;

ii. penyediaan kawasan;

iii. pembinaan pusat pengumpulan dan pemprosesan serta stor;

iv. insentif hasil; atau

v. insentif geran pemadanan pembiayaan.

Bidang Penternakan

3. Bagi sektor ternakan pula, Kementerian menyediakan bantuan insentif

seperti berikut:

Page 196: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

i. bantuan induk dan penjantan bagi pembiakbakaan serta lembu

tenusu bunting untuk pengeluaran susu;

ii. bantuan peralatan susu;

iii. bantuan penanaman napier; atau

iv. bantuan input ternakan dan pembinaan kendang/reban.

Bidang Perikanan

4. Bagi menarik penyertaan dalam industri perikanan, strategi yang telah

dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. bantuan geran dalam bentuk in-kind bagi perolehan bot nelayan

pantai dan projek pengembangan seperti enjin bot dan peralatan

penangkapan ikan; dan

ii. projek-projek ekonomi seperti agro-pelancongan, perikanan

rekreasi dan akuakultur.

5. Untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung khidmat nasihat

serta insentif-insentif yang terdapat di bawah Jabatan dan Agensi di

Kementerian, pemohon yang berminat boleh hadir secara terus ke

pejabat-pejabat Jabatan dan Agensi yang terdapat di negeri dan

daerah. Insentif-insentif yang ditawarkan adalah tertakluk kepada

pelaksanaan projek dan program semasa.

Sekian, terima kasih.

Page 197: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L

PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA menyatakan:-

(a) Kerajaan akan meneruskan dengan polisi ketelusan Kerajaan

terdahulu dengan memaparkan dalam laman web Unit Transformasi

India Malaysia (MITRA) jumlah dana dan nama penerima dana untuk

menjalankan projek pembangunan sosio ekonomi :-

(b) Adakah Kerajaan akan menyenaraihitamkan (blacklist) penerima-

penerima dari masa Unit Khas bagi Program Pembangunan

Sosioekonomi (SEDIC) yang menerima teguran Jabatan Audit Negara.

Page 198: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Maklumat Dana dan Penerima Dana Dipaparkan Dalam Laman Web

MITRA

• Maklumat mengenai program-program yang diluluskan oleh

Kementerian Perpaduan Negara adalah dipaparkan dalam laman

web Unit Transformasi India Malaysia (MITRA).

• Maklumat yang disediakan adalah nama dan ringkasan setiap

program, status pelaksanaan program dan juga link untuk

menyertai program yang ditawarkan oleh MITRA.

• Maklumat seperti jumlah dan penerima dana tidak dipaparkan di

laman web untuk hebahan umum dengan mengambil kira

pendekatan yang diambil oleh agensi Kerajaan lain seperti

Kementerian Kewangan (bantuan sara hidup), ICU (bantuan

eKasih), Jabatan Kebajikan Masyarakat (semua jenis bantuan

bulanan, bantuan sekaligus dan keusahawanan sosial).

Page 199: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2018

• Hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2018, terdapat 8

isu utama yang telah dibangkitkan seperti berikut:

i. Pembayaran Tanpa Dokumen Sokongan Yang Lengkap

ii. Tiada Pemantauan Program

iii. Baki Dana Yang Tidak Dipulangkan

iv. Akaun Bank Tidak Dibuka Secara Berasingan Bagi Dana Yang

Diterima

v. Perbelanjaan Di Luar Skop

vi. Proses Penilaian Permohonan NGO Tidak Mematuhi Prosedur

vii. Kelemahan Pengurusan Dana Untuk Masyarakat India oleh ICU

bagi Program Pra Sekolah

viii. Perbelanjaan Dana Oleh NGO dan Butiran Perbelanjaan Tidak

Dibayar

• Tujuh daripada lapan isu yang dibangkitkan oleh Audit telah

diselesaikan;

• Hanya satu isu sahaja, iaitu isu pemulangan dana yang kini dalam

proses pembayaran semula oleh satu NGO yang berkaitan.

Perkara ini dijangka akan diselesaikan dalam masa terdekat;

Page 200: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

• Antara tindakan yang telah diambil bagi menyelesaikan isu ini

adalah seperti berikut:

i. mengeluarkan surat peringatan bagi pemulangan dana

ii. membuat laporan polis terhadap NGO yang berkaitan

iii. menyenarai hitam NGO yang terlibat

Langkah Penambahbaikan oleh KPN

• Untuk makluman, mulai 17 April 2020 pengurusan MITRA

diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara;

• Semua program-program pembangunan sosioekonomi di bawah

Kementerian adalah dinilai dan dipertimbangkan kelulusannya

melalui sebuah Jawatankuasa Penilaian Program. Seterusnya,

pelaksanaan semua program ini dipantau melalui sebuah

Jawatankuasa Pemantauan Program;

• Kedua-dua Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua

Setiausaha KPN. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Penasihat

Undang-undang, Bahagian Audit Dalam, Unit Integriti, Bahagian

Dasar dan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian;

Page 201: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

MAKLUMAT TAMBAHAN

ISU LKAN SIRI 2018

ISU TINDAKAN STATUS

1. PENGURUSAN DANA

UNTUK MASYARAKAT

INDIA OLEH ICU, JPM

– PRASEKOLAH

• Tiada sebarang

pemantauan

dilakukan oleh SEDIC

ataupun ICU, JPM

bagi mengesahkan

pelaksanaan program

dan pembayaran

• MITRA mengadakan pemantauan

tanpa bernotis dan program

dilaksanakan seperti yang

dijadualkan dan pembayaran

telah dilakukan.

SELESAI

2. AKAUN BANK TIDAK

DIBUKA SECARA

BERASINGAN BAGI

DANA YANG DITERIMA

• 35 NGO yang

menerima dana

berjumlah RM55.84

juta dan kesemua

empat (4) ILKS

dengan dana yang

diterima berjumlah

RM5.31 juta, tidak

menyimpan dana

yang diterima dalam

• Langkah penambahbaikan oleh

MITRA adalah seperti berikut:

a) merangka Garis Panduan Bagi

Permohonan Geran Kewangan

MITRA yang jelas

menerangkan syarat

pembukaan akaun berasingan

ini sebagai syarat yang penting

yang harus dipatuhi oleh entiti

yang diluluskan geran.

b) melaksanakan kaedah “legally

binding agreement ” yang

memberi perincian mengenai

SELESAI

Page 202: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

akaun yang

berasingan.

tatacara pengurusan dana dan

implikasi undang undang

sekiranya penerima geran

tidak mematuhi terma dan

syarat yang dipersetujui.

c) melaksanakan sesi taklimat

dan latihan kepada semua

penerima geran mengenai

perisian aplikasi GMS dan

tatacara pengurusan dana.

3. PERBELANJAAN DI

LUAR SKOP UNJURAN

• Sebanyak 15 NGO

dan satu (1) ILKS

telah membelanjakan

dana Kerajaan di luar

skop berjumlah

RM2.77 juta.

• Aset bernilai

RM11,988 yang dibeli

oleh tiga (3) NGO

tidak dapat

dikemukakan kepada

pihak Audit semasa

lawatan.

• Ketiga-tiga NGO ini telah

membuat pulangan bernilai

RM11,988 seperti berikut kepada

MITRA iaitu:

a) Pencetak Canon G4010 -

pembayaran sebanyak RM

1,011 telah dibuat kepada

Akuantan Negara Malaysia

pada 31 Mei 2019

b) 2 unit kamera berserta

aksesori - NGO telah

memulangkan aset kepada

MITRA pada 12 Jun 2019

c) LED projektor - pembayaran

sebanyak RM 1,285 telah

dibuat kepada Akuantan

Negara Malaysia pada 15 Mei

2019

SELESAI

Page 203: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

• Aset berada dalam simpanan

MITRA kini.

4. BUTIRAN

PERBELANJAAN

TIDAK

DIBELANJAKAN

• 9 NGO yang

menerima dana

dengan butiran

perbelanjaan seperti

elaun peserta; sewa

premis; insurans

peserta; peralatan

teknikal; dan kit

peserta telah tidak

dibelanjakan dengan

nilai bagi butiran

tersebut berjumlah

RM1.89 juta (Jadual

18) Laporan Ketua

Audit Negara Tahun

2018 Siri 1.

• Berdasarkan temu

bual dengan NGO,

didapati mereka

terlepas pandang

perkara ini atau tiada

keperluan untuk

• MITRA telah mendapatkan

maklumbalas terkini daripada

NGO-NGO tersebut.

• MITRA melaksanakan beberapa

tindakan pencegahan dan

langkah penambahbaikan

terhadap isu ini. Antaranya

adalah:

a) merangka Garis Panduan Bagi

Permohonan Geran Kewangan

MITRA.

b) melaksanakan kaedah “legally

binding agreement ” .

c) melaksanakan sesi taklimat

dan latihan kepada semua

penerima geran mengenai

perisian aplikasi GMS dan

tatacara pengurusan dana.

• MITRA membuat pemantauan

berkala.

• Pihak MITRA mengeluarkan surat

tunjuk sebab kepada penerima

geran sekiranya laporan tersebut

tidak memuaskan.

• Penyaluran hanya akan disokong

untuk dibayar oleh Bahagian

SELESAI

Page 204: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

membuat

perbelanjaan tersebut

apabila program

dilaksanakan.

• Butiran perbelanjaan

yang tidak dibuat ini

tidak dipulangkan

kepada SEDIC.

Pembangunan JPM setelah

penjelasan yang munasabah

diterima oleh MITRA.

• Penyaluran dana secara berfasa

ini akan disekat sekiranya

didapati entiti tidak mematuhi

syarat perjanjian yang telah

ditetapkan serta sekiranya

dokumen sokongan berkaitan

pembayaran tidak dikemukakan.

• Sekiranya NGO tidak membuat

perbelanjaan berdasarkan skop

yang dipersetujui, penyaluran

geran akan disekat.

5. PEMBAYARAN TANPA

DOKUMEN

SOKONGAN YANG

LENGKAP

• 18 NGO tidak dapat

mengemukakan

dokumen sokongan

selain daripada baucar

bayaran bagi

membuktikan

perbelanjaan sejumlah

RM8.13 juta dibuat

untuk melaksanakan

program.

• MITRA mengadakan

perbincangan dengan Pejabat

Penasihat Undang-Undang,

Jabatan Perdana Menteri (En.

Nazir Amir Johari) pada 15

Oktober 2019 dan Pihak PUU

JPM merangka tindakan

selanjutnya yang perlu diambil ke

atas NGO-NGO yang tidak dapat

dihubungi serta tidak

mengemukakan dokumen

sokongan ini.

• MITRA kini melaksanakan

beberapa tindakan pencegahan

SELESAI

Page 205: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

• Tiada maklumat lengkap

mengenai perincian

perkhidmatan dalam

baucar bayaran seperti

jumlah unit, harga

seunit, terma bayaran,

tarikh menyempurnakan

(delivery) perkhidmatan,

maklumat penerima

bayaran dan maklumat

perakuan telah bayar.

seperti berikut untuk memastikan

penerima geran mengemukakan

maklumat dan dokumen

pembayaran yang benar dan

tepat. Antara langkah-langkah

tersebut adalah:

a) merangka Garis Panduan Bagi

Permohonan Geran Kewangan

MITRA.

b) memperkenalkan kaedah

penyaluran dana secara 3

peringkat iaitu 50%, 40%, dan

10%.

c) melaksanakan kaedah “legally

binding agreement ”.

d) melaksanakan sesi taklimat

dan latihan kepada semua

penerima geran mengenai

perisian aplikasi GMS dan

tatacara pengurusan dana.

6. PEMANTAUAN

Semakan Audit terhadap

98 fail NGO/ILKS

melibatkan 124 program

mendapati:

Pemantauan Tanpa Notis

• Sebanyak 124 program

diambil kira sebagai

• MITRA telah membuat

penambahbaikan dari segi

kawalan pemantauan tanpa

bernotis terhadap pelaksanaan

program oleh entiti yang

menerima geran daripada MITRA

melalui dua (2) fasa seperti

berikut:

SELESAI

Page 206: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

sampel untuk diaudit

bagi laporan

pemantauan tanpa notis

yang dilaksanakan oleh

SEDIC.

• Sebanyak 73 (58.9%)

program telah dibuat

pemantauan tanpa notis

(pemeriksaan mengejut)

oleh SEDIC manakala,

bakinya 51 (41.1%)

tiada bukti pemantauan

tanpa notis dibuat oleh

SEDIC.

Pemantauan Berkala

• Jumlah keseluruhan

laporan berkala yang

sepatutnya diterima

adalah sebanyak 413

laporan.

• Hanya 49 (11.9%)

laporan berkala diterima

oleh SEDIC dan bakinya

sebanyak 364 (88.1%)

laporan berkala tiada

bukti penerimaan oleh

SEDIC.

a) Fasa I – Pemantauan

dilakukan oleh kakitangan

MITRA sendiri bagi

memastikan bahawa program

benar-benar dilaksanakan

berdasarkan kepada terma

dan syarat yang ditetapkan

dalam Perjanjian.

b) Fasa II – Pemantauan lebih

sistematik dan mengikut

kepiawaian perakauan

dilakukan oleh pihak bebas

yang dilantik oleh MITRA.

Pemantauan ini bertujuan

untuk memastikan bahawa

program-program MITRA

dilaksanakan dengan teratur,

serta untuk mendorong

pembangunan sahsiah di

kalangan penerima geran agar

pengurusan geran adalah

dilakukan secara berhemah

dan bagi menambahbaik

tatacara pengurusan geran di

kalangan penerima geran.

• MITRA membuat pemantauan

berkala melalui Laporan Berkala

Page 207: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

• Semakan lanjut ke atas

laporan berkala yang

diterima mendapati tiada

bukti penyemakan oleh

SEDIC.

Laporan Akhir

• Jumlah keseluruhan

laporan akhir yang

sepatutnya diterima

adalah sebanyak 124

laporan

• Hanya 33 (26.6%)

laporan akhir yang

diterima oleh SEDIC

dan baki sebanyak 91

(73.4%) laporan akhir

tiada bukti

penerimaannya oleh

SEDIC.

• Semakan lanjut

mendapati SEDIC

hanya mengeluarkan

lapan (8) (8.8%) surat

amaran walaupun

terdapat 91 laporan

akhir yang tidak

dikemukakan setakat

dan Laporan Akhir yang diterima

daripada setiap NGO bagi tujuan

penyaluran peruntukan sebanyak

40% dan 10%. Sekiranya laporan

tersebut tidak memuaskan, pihak

MITRA akan mengeluarkan surat

tunjuk sebab kepada penerima

geran tersebut. Penyaluran hanya

akan disokong untuk dibayar oleh

Bahagian Pembangunan JPM

setelah penjelasan yang

munasabah diterima oleh MITRA.

Page 208: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

Februari 2019.

7. PROSES PENILAIAN

PERMOHONAN NGO

TIDAK MEMATUHI

PROSEDUR

• Proses penilaian bagi

tahun 2014 hingga

2016 tidak dapat

dikenal pasti kerana

tiada dokumen

lengkap disimpan

dalam fail NGO dan

Standard Operating

Procedure

(SOP)/Panduan

Proses Penilaian

tidak dapat

dikemukakan oleh

SEDIC.

• Semakan Audit

terhadap 136 fail

NGO yang menerima

dana mendapati:

i. Penilaian Peringkat I:

34 NGO tidak

melepasi markah

70% ke atas dan 10

NGO ke peringkat II.

• MITRA melaksanakan beberapa

tindakan pencegahan agar

perkara yang sama tidak berulang

kembali. Antaranya adalah:

a) merombak proses penilaian

yang diamalkan oleh SEDIC

dan melaksana Proses

Penilaian Permohonan NGO

baharu seperti berikut:

i. Peringkat 1: Pendaftaran

di sistem online – MITRA

Grant Management

System.

ii. Peringkat 2: Mengisi

Borang Sistem

Pengurusan Geran

dalam MITRA Grant

Management System.

iii. Peringkat 3: Proses

Penilaian:-

iv. Proses pengesahan

kesahihan borang oleh

Penolong Pengarah

Seksyen

v. Penilaian oleh Pegawai

Penilai Pertama

(Pengarah & Timbalan

SELESAI

Page 209: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

ii. Penilaian Peringkat

II: 49 NGO tidak

melepasi markah

80% atau tiada

markah penilaian

atau tiada maklumat

penilaian tetapi telah

diluluskan

penerimaan dana

berjumlah RM18.91

juta

Pengarah Seksyen)

vi. Penilaian oleh Timbalan

Ketua Pengarah

vii. Penilaian dan

pengesyoran / kelulusan

di Mesyuarat Panel

Ketua Pengarah

viii. Peringkat 4: Kelulusan

Pegawai Pengawal

ix. Kelulusan di peringkat

Ketua Pengarah bagi

permohonan yang tidak

melebihi

RM1,000,000.00

x. Kelulusan TKSUK bagi

permohonan yang

melebihi

RM1,000,000.00

b) antara kriteria / perkara yang

diteliti semasa penilaian

permohonan adalah seperti

berikut:

i. Pendaftaran pertubuhan

dan ahli jawatankuasa

organisasi

ii. Pernyataan masalah,

program dan kumpulan

Page 210: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

sasaran

iii. Modul program,

metadologi dan kaedah

penilaian oleh organisasi

iv. Peserta dan lokasi

v. Output dan hasil program

vi. Program jangka panjang

dan pembangunan

mampan

vii. Kekuatan tenaga

pengajar

viii. Kekuatan fasilitator /

sukarelawan

ix. Perincian kos program

c) Semasa penilaian pertama dan

kedua, penilai akan memberikan

ulasan, syor dan skala yang

ditetapkan terhadap setiap

permohonan. Jumlah markah

yang kurang daripada 20%

adalah ditolak permohonannya.

d) Selain itu, Sistem Grant

Management telah dibangunkan

bermula 30 Januari 2019 dan

pindaan terkini pada garis

panduan sistem ini telah

dikemukakan kepada

Page 211: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

Kementerian Kewangan melalui

Bahagian Pembangunan Jabatan

Perdana Menteri untuk kelulusan

pada 30 September 2019.

e) MITRA melaksanakan

pengauditan dalaman terhadap

dokumen-dokumen permohonan

geran berdasarkan templat

senarai semak yang disediakan

oleh MITRA.

f) MITRA memohon Bahagian Audit

Dalam Jabatan Perdana Menteri

untuk melaksanakan pengauditan

terhadap pengurusan kewangan

dan tadbir urus MITRA. Justeru,

MITRA telah mengadakan

taklimat berkaitan tatacara dan

proses kewangan pada 25

November 2019 kepada pihak

Audit Dalam.

8. BAKI DANA YANG

TIDAK DIPULANGKAN

• Penyata bank dan

penyata perbelanjaan

mendapati lima (5) NGO

dan satu (1) ILKS tidak

memulangkan lebihan

dana berjumlah RM2.86

a) 5 NGO dan 1 ILKS seperti berikut

telah menerima dana daripada

SEDIC dan mempunyai baki

berjumlah RM2,863.346.00 yang

belum dipulangkan:

➢ Persatuan Sukarelawan

Pendidikan dan Sosial Negeri

Selangor

DALAM

TINDAKAN

Page 212: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

juta yang tidak

dibelanjakan atau tiada

pelanjutan tempoh yang

dimohon.

• Bagi dana yang tidak

dipulangkan untuk

program Penataran Teks

dan Perbengkelan

Format Kesusasteraan

Tamil SPM berjumlah

RM0.12 juta, NGO

tersebut telah membuat

surat kepada SEDIC

bertarikh 28 Januari

2019 iaitu selepas

lawatan Audit untuk

memohon pelanjutan

masa dan

menggunakan baki yang

ada untuk

melaksanakan program

yang sama.

Bagaimanapun, tiada

sebarang maklum balas

diterima daripada pihak

SEDIC.

• Bagi Program

Peningkatan Kapasiti

➢ Pertubuhan Belia Hindu

Pelabuhan Klang, Selangor

➢ Gabungan Dewan Perniagaan

dan Perindustrian India

Malaysia, Kuala Lumpur

➢ Persatuan Guru-guru

Kesusasteraan Tamil, Negeri

Sembilan

➢ Persatuan Peniaga-peniaga

Kecil India, Negeri Sembilan

➢ Perkhidmatan Teknikal Bayu

Sdn. Bhd.

b) Berikut adalah status terkini

berkaitan dengan 6 entiti tersebut:

• Terdapat 5 NGO dan 1 ILKS

yang telah menerima dana

daripada SEDIC dan

mempunyai baki dana yang

belum dipulangkan. Berkaitan

itu, sehingga 28 Ogos 2020,

berikut adalah status terkini

berkaitan isu pemulangan

dana :

• Telah selesai:

➢ Persatuan Guru-Guru

Kesusasteraan Tamil NS

Page 213: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

dan Kapabiliti

Kumpulan, pihak NGO

telah membuat

permohonan kepada

SEDIC untuk

menggunakan baki

berjumlah RM0.94 juta

untuk melaksanakan

Program Kepimpinan

Mahasiswa Institut

Pengajian Tinggi dan

telah diluluskan.

Bagaimanapun,

berdasarkan dokumen

yang dikemukakan oleh

Pengerusi NGO,

didapati program yang

dilaksanakan tidak

melibatkan program

yang diluluskan.

Malaysia - NGO telah

melaksanakan program dan

pemulangan dana

sebanyak RM24,551.10

telah dilakukan pada 15

Julai 2020. Isu ini telah

selesai;

➢ Pertubuhan Belia Hindu

Pelabuhan Klang, Selangor

- Program telah

dilaksanakan dan baki dana

berjumlah RM9,477.03

telah dipulangkan pada 7

Julai 2020. Isu ini telah

selesai.

➢ Persatuan Peniaga-Peniaga

Kecil India, NS -

pemulangan dana

berjumlah RM28,074.60

telah dilakukan pada 16 Mei

2019.Isu ini telah selesai.

➢ Perkhidmatan Teknikal

Bayu Sdn. Bhd -

pemulangan dana

berjumlah RM156,000.00

telah dilakukan pada 10 Jun

2019. Isu ini telah selesai.

➢ Persatuan Sukarelawan

Page 214: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 63

Pendidikan dan Sosial

Negeri Selangor

• Masih dalam Tindakan susulan

oleh MITRA:

➢ Gabungan Dewan

Perniagaan Dan

Perindustrian India

Malaysia : Kemaskini

status setakat 20

September 2020 oleh

MITRA – NGO ini akan

menyerahkan dana yang

tidak dibelanjakan pada

minggu terakhir

September 2020.

Page 215: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L

PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN

NEGARA menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan dengan

polisi memperkasakan masyarakat India daripada golongan B40 dan

remaja keciciran sekolah untuk melibatkan diri dalam program IR 4.0

seperti mana yang dilaksanakan dalam tahun 2019 dan apakah jumlah

penglibatan peserta dalam program IR 4.0 bagi tahun 2020 berbanding

dengan 2019.

Page 216: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pendahuluan

• Kerajaan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia

(MITRA), Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengutamakan

golongan belia terutamanya yang berhadapan dengan isu

kemiskinan dan keciciran sekolah dalam perancangan /

pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi;

• Pada tahun 2019, 50% daripada jumlah keseluruhan peserta

program MITRA merupakan golongan belia iaitu seramai 58,714

orang. Peserta ini terlibat dalam pelbagai program-program latihan

kemahiran dan persijilan profesional;

Program MITRA di bawah JPM

• Pelaksanaan program MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri

pada tahun 2019 lebih berfokus kepada bidang pendidikan dan

pembangunan kerohanian.

Program MITRA di bawah KPN

• Di bawah KPN, MITRA lebih berfokus kepada aspek peningkatan

kekayaan dan ekonomi melalui pendekatan dalam bidang

manufacturing, keusahawanan sosial dan juga revolusi industri 4.0

(IR 4.0);

Page 217: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

• Pendekatan ini adalah dibuat dengan berdasarkan kepada

kepelbagaian bidang dan niche areas yang boleh dipelopori oleh

masyarakat India, terutamanya di kalangan belia;

Jumlah program dan peserta yang terlibat dalam bidang IR 4.0 pada

tahun 2019 dan 2020

• 2019: 12 program latihan kemahiran dan persijilan profesional

yang melibatkan 1965 orang

• 2020 : 4 program latihan kemahiran dan persijilan profesional yang

melibatkan 775 orang (sehingga September 2020)

Sekian, terima kasih

Page 218: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

MAKLUMAT TAMBAHAN

ANALISIS KEBERKESANAN BAGI LIMA PROGRAM

PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA MASYARAKAT

INDIA

Pendahuluan

Program Train & Place merangkumi program-program yang menjanjikan

penempatan kerja selepas menamatkan program persijilan professional

/ antarabangsa / industri revolusi yang berkaitan seperti bidang ICT.

Peserta program akan dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh

penyedia latihan. Peserta diwajibkan untuk menjalani latihan dan hanya

akan ditauliahkan persijilan setelah lulus peperiksaan program.

Penyedia latihan juga wajib memberi penempatan kerja kepada setiap

peserta yang lulus peperiksaan yang menjanjikan pendapatan yang

sesuai dengan persijilan / pekerjaan tersebut.

1. Program Train and Place – Cybersecurity Professional

Certificates for Graduates

Penyedia Latihan - Intellize Tech Services

Program ini dikhususkan untuk mengenal pasti, melatih dan

menempatkan 100 calon india yang telah menamatkan diploma

atau ijazah dalam teknologi maklumat dan mencari peluang

kerjaya baru dalam pengkhususan keselamatan siber dan

meningkatkan kebolehpasaran graduan yang menganggur

menerusi program pensijilan peningkatan yang dirancang untuk

mengubah graduan menjadi eksekutif yang berpengalaman. Hasil

program kini 60% peserta yang menyertai program ini sudah pun

mendapat penempatan kerja dalam bidang keselamatan siber.

12.63% peserta kini melanjutkan pelajaran dan 8.42% peserta

penempatan kerjanya dalam proses. Penempatan kerja akan

Page 219: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

menjanjikan pendapatan minima sebanyak RM1,500 dan boleh

mencecah sehingga RM5,500.

2. Program Train and Place – Professional Certificate in Huawei

Certified ICT Associate & Huawei Networking Technology and

Device

Penyedia Latihan - Luminous Systems Sdn Bhd

Program ini mencadangkan untuk memberi latihan kepada

graduan india berkenaan huawei networking technology and

device yang mana peserta dapat menambahkan pengetahuan

mereka dalam perkara ini serta pada masa yang sama juga dapat

melahirkan usahawan-usahawan baru dalam bidang ini. 83%

peserta yang menyertai program ini kini telahpun mendapat

penempatan kerja, 16% masih menunggu untuk penempatan kerja

dan 1% telahpun menyambung belajar. Penempatan kerja akan

menjanjikan pendapatan minima sebanyak RM1,800 dan boleh

mencecah sehingga RM2,500.

3. Train And Place: Certified Telecommunication Engineering

For Graduates

Penyedia Latihan - Asaascom Engineering Sdn Bhd

Program ini dicadangkan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam

bidang kejuruteraan telekomunikasi yang memerlukan pakar kerja

yang mempunyai kelayakan sijil-sijil industri. Dengan persijilan

program ini, peserta dapat meningkatkan daya saing dan mampu

melonjakkan pendapatan serta karier. Program ini merupakan

program holistik yang dapat menyedikan peserta untuk melangkah

Page 220: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

ke alam pekerjaan dalam bidang ini. Peserta program ini akan

mendapat persijilan berikut

Bil. Senarai Sijil Catatan

1. Sijil Pencapaian Pensijilan Kejuruteraan Telekomunikasi Bertauliah

TEC

2. Sijil Penyertaan Pensijilan Kejuruteraan Telekomunikasi Bertauliah

MITRA

3. Sijil Kecekapan - 1(C) - Premis Pelanggan

Optik Gentian - Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaraan

CA1C

4 Sijil Kecekapan - 2(C) – Rangkaian

Optik Gentian - Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaraan Aerial Dan Di Bawah Tanah

CA2C

5. Sijil Kecekapan - 2(A) – Rangkaian

Pasangan Kuprum - Pemasangan, Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaraan Aerial Dan Di Bawah Tanah

CA2A

6. NTMSP – NIOSH - TM Safety Passport TM NIOSH

7. Kad Pendaftaran Personel Binaan

CIDB Green Card CIDB

8. Health Fitness Certificate For The Purposes Of Permission To Work In Confined Space

CSME

9. Certificate Of Achievement

Basic Occupational First Aid And CPR Programme

BOFA

10. Certificate Of Safety – Working At Height

Telecommunication Tower Aerial Rigger – Level 1

WAH

11. Kad Perakuan Latihan – Authorized Entrant And Standby Person For Confined Space For Telekom Malaysia

TM AESP

12. Sijil Penyertaan Kursus Rangkaian Kejuruteraan Radio

TEC

Penempatan kerja akan menjanjikan pendapatan minima sebanyak

RM1,300 dan boleh mencecah sehingga RM3,000.

Page 221: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

4. Program Train & Place: Diploma In Directing & Cinematography

Penyedia Latihan - Koperasi Pembangunan Pendidikan Berhad

Program ini memberi kemahiran dalam teknik perfileman kepada

graduan india yang berminat serta untuk meningkatkan tahap

kompetensi dan penilaian mutu kerja di peringkat antarabangsa.

80% penempatan kerja untuk para peserta program telahpun dapat

penempatan dalam industri yang relevan dan menggalakkan peserta

untuk membuka syarikat sendiri dengan sokongan Koperasi

Pembangunan Pendidikan Berhad. 20% peserta masih menunggu

untuk penempatan kerja. Projek yang akan diceburi akan

menjanjikan pendapatan minima sebanyak RM5,000 dan boleh

mencecah sehingga RM10,500 bagi setiap projek.

5. Program Train & Place : Cruise Crew

Penyedia Latihan – Sukses Dinamik Enterprise

Program ini menggunapakai konsep ‘train & place’ bermaksud setiap

peserta yang mengikuti latihan ini akan ditempatkan di mana-mana

syarikat yag berkaitan untuk bekerja sebagai kru kapal. Seiring

dengan objektif utama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia

(MITRA) untuk membangunkan tahap sosioekonomi masyaraka India

Malaysia yang dikategorikan sebagai B40, program ini memberi

peluang kepada 50 orang belia India dalam kategori yang sama

dalam lingkungan umur 18 hingga 30. Sejurus selepas menamatkan

latihan selama 13 bulan, penempatan kerja kepada kesemua peserta

tersebut adalah terjamin di beberapa buah syarikat perkapalan

antarabangsa yang terpilih dengan gaji minimum USD850 -

USD1,200. Dengan pendapatan ini serta peluang pekerjaan di serata

dunia, taraf sosio-ekonomi peserta tersebut dapat ditingkatkan.

Page 222: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 64

Sekian terima kasih.

Page 223: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L

PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI

PERPADUAN NEGARA menyatakan apakah status Pelan Tindakan

Perpaduan Negara (PTPN) dan inisiatif-inisiatifnya termasuk

membangunkan Indeks Perpaduan Nasional sebagai instrument

pemantauan, menggalakkan usaha-usaha pendamaian bagi

menyelesaikan sebarang pertikaian yang boleh menggugat

keharmonian masyarakat dan menubuhkan suatu suruhanjaya bebas

bagi memperkukuhkan agenda perpaduan.

Page 224: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025

KPN sedang membangunkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara

(PTPN) 2021-2025. PTPN merupakan rangka kerja yang perlu

dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun (2021-2025) dan berteraskan

kepada Rukun Negara dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat

Malaysia. Sesi Maklum Balas Rakyat sedang dilaksanakan di seluruh

negara sepanjang bulan Ogos dan September 2020 dengan kerjasama

dan komitmen semua Kerajaan Negeri agar pelan ini benar-benar

mewakili suara rakyat di akar umbi. Dapatan daripada Sesi Maklumbalas

Rakyat ini akan dimasukkan dalam PTPN 2021-2025. Pelan ini akan

dilancarkan pada Januari 2021 dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan

Agong.

Indeks Perpaduan Nasional 2.0

Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) telah dibangunkan oleh Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama Institut

Kajian Etnik (KITA), UKM pada tahun 2018. Kini Kementerian sedang

menambah baik IPNas bagi melihat trend perubahan tahap kesepaduan

nasional bersesuaian dengan isu semasa dan perubahan masyarakat.

Ia juga bertujuan memantau pencapaian tahap perpaduan di negara ini

berbanding tahun 2018.

Page 225: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

Usaha-usaha pendamaian bagi menyelesaikan pertikaian

Kerajaan telah membuat penjenamaan semula Jawatankuasa

Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) pada 14 Ogos 2020

untuk meningkatkan fahaman masyarakat mengenai kepelbagaian

agama, budaya dan adat resam yang telah wujud sekian lama di negara

ini. Selain itu, Jawatankuasa HARMONI yang terdiri daripada wakil

badan agama Islam dan bukan Islam ini juga berusaha untuk

menyelesaikan isu-isu salah faham agama yang berlaku di pelbagai

peringkat.

Peranan Jawatankuasa HARMONI ini berupaya membendung pengaruh

Islamofobia daripada tular ke dalam pemikiran masyarakat Malaysia.

Program-program keharmonian antara penganut agama diperbanyakkan

dan dianjurkan untuk menerapkan semangat muhibah, rasa kasih

sayang, hormat menghormati serta menerapkan nilai-nilai ajaran agama

yang baik kepada rakyat.

Suruhanjaya Bebas bagi memperkukuhkan agenda perpaduan

Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan Rang Undang-Undang

Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional kerana undang-

undang sedia ada telah mencukupi untuk menjaga keharmonian antara

kaum dan agama. Mereka yang sengaja memecahbelahkan perpaduan

dan keharmonian boleh disiasat dan didakwa di bawah undang-undng

yang sedang berkuatkuasa.

Sekian, terima kasih.

Page 226: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

MAKLUMAT TAMBAHAN

KAJIAN PEMBANGUNAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL

(IPNas) 2018

LATAR BELAKANG

• Jabatan Perpaduan Negara dan lntegrasi Nasional (JPNIN)

dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan

Perdana Menteri telah membangunkan satu lndeks Perpaduan

Nasional menerusi pelaksanaan Kajian Pembangunan lndeks

Perpaduan Nasional pada tahun 2018 (IPNas 2018). Sementara

itu, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) telah dilantik sebagai perunding kajian ini.

• Keperluan mewujudkan satu instrumen indeks bagi mengukur

tahap perpaduan negara telah ditimbulkan buat pertama kalinya di

dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mei 2015. Indeks ini

dicadangkan untuk mengambil kira indikator-indikator yang berkait

rapat dengan perpaduan melalui pengukuran pelbagai komponen

dan konstruk perpaduan yang bersesuaian. Langkah ini bagi

membolehkan Malaysia mempunyai satu kaedah pengukuran

secara saintifik dan bersistematik untuk menilai tahap perpaduan

nasional dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF UTAMA IPNas

Page 227: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

• Objektif utama kajian ini ialah untuk membangunkan Indeks

Perpaduan Nasional yang akan menggambarkan tahap perpaduan

dan keadaan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

Indeks Perpaduan Nasional atau nama ringkasnya IPNas adalah

sebuah model komprehensif pengukuran di peringkat nasional

dengan menggunakan kaedah empirikal dan sistematik bagi

memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat di

Malaysia.

ASAS MEMBANGUNKAN IPNas

(i) Tiga Asas Memahami Masyarakat - Struktur, Sejarah dan

Biografi

• Indeks ini dibina berdasarkan tiga konsep asas yang mendukung

sesebuah masyarakat iaitu struktur, sejarah, dan biografi.

Jalinan struktur sosial dan sejarah menghasilkan biografi individu,

keluarga dan komuniti dalam masyarakat pelbagai etnik.

• Setiap individu hidup dalam struktur sosial dan mengalami latar

belakang sejarah tersendiri yang akan membentuk dan mentakrif

biografi masing-masing. Struktur sosial ini mengandungi tiga

elemen teras, iaitu masyarakat, negara, dan pasaran, yang akan

mempengaruhi individu, institusi, dan masyarakat secara langsung

dan tidak langsung. Tambahan pula, elemen sejarah akan

tersulam erat dalam struktur sosial yang saling menghubungkait

setiap elemen secara timbal balik.

Page 228: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

(ii) Tiga Konsep Teras - Perpaduan, Kesepaduan dan

Penyatupaduan

• Kepelbagaian etnik masyarakat di Malaysia lebih tepat dikaji

secara mendalam dan meluas dengan menggunakan tiga konsep

teras, iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan.

Aplikasi tiga konsep ini akan mempertingkatkan lagi kefahaman

terhadap masyarakat Malaysia.

• Perpaduan adalah kesatuan masyarakat yang masih diidamkan

dan merupakan matlamat akhir negara Malaysia yang berbilang

etnik. Kesepaduan Sosial ialah keadaan aman, stabil, makmur

dan sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat,

khususnya yang berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan

sosial yang kuat dan terbina untuk sekian lamanya. Manakala,

Penyatupaduan ialah usaha atau proses berterusan di semua

peringkat lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum merdeka

tetapi terus dilaksanakan hingga kini melalui pelbagai siri Tapak

Integrasi yang akan melibatkan proses Tawar-menawar

(bargaining), Perundingan (negotiation) dan Mediasi

(mediation)

(iii) Mengenal Pasti Defisit Sosial

• Dalam kesepaduan sosial yang dialami ini, wujud lompang-

lompang atau perbezaan sosial yang dinamakan sebagai defisit

sosial. Ia bermaksud, masih terdapat beberapa persoalan besar

dan kecil yang belum terurus dalam ruang-ruang berikut - Etnisiti,

Agama, Kelas Sosial, Pendidikan, Bahasa, Jurang Generasi,

Page 229: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

Gender, Politik Federalisme, Ruang Bandar-Desa, dan Media.

Defisit Sosial wujud sebagai penggugat kepada kesepaduan

sosial. Untuk menguruskan hal-hal berkenaan, tindakan

Penyatupaduan perlu diusahakan melalui Tadbir Urus dan

Pembangunan negara secara adil dan terangkum, dan memberi

fokus utama kepada isu-isu tertentu dari masa ke semasa.

METODOLOGI IPNas

(i) Kajian Tinjauan Peringkat Nasional Tahun 2018

• Kajian peringkat nasional telah dilaksanakan pada tahun 2018

bagi mendapatkan data primer sebagai pasak IPNas. Kaedah

persampelan diperoleh daripada kawasan kejiranan di setiap

Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.

(ii) Kaedah Pengumpulan Data

• Sejumlah 5,275 responden telah melengkapkan soal selidik atas

talian menggunakan aplikasi SurveyMonkey yang ditadbir sendiri

oleh pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

dan enumerator yang dilantik.

(iii) Batasan Kajian

• Kajian ini hanya mengukur pada tahap nasional sahaja. Data yang

dikutip bertujuan untuk menentukan suatu tahap pencapaian

perpaduan masyarakat di Malaysia. Ia tidak bertujuan untuk

Page 230: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

membuat perbandingan di antara negeri atau ciri-ciri demografi

tertentu.

(iv) Konstruk-konstruk IPNas 2018

• Instrumen IPNas terdiri daripada tujuh konstruk analitikal seperti

berikut:

(i) Tahap Keetnikan

(ii) Batas Etnik

(iii) Halangan Sosial Rentas Etnik

(iv) Tadbir Urus dan Pembangunan

(v) Etos Bangsa

(vi) Kesepaduan Sosial

(vii) Detik Perpaduan

(v) Kesahan dan kebolehpercayaan Konstruk

• Secara teknikal, kesemua konstruk telah mencapai tahap kesahan

konvergen dan diskriminan serta kebolehpercayaan Alpha

Cronbach.

(iv) Penganalisisan Data

• Data dianalisis menggunakan Partial-Least Square Structural

Equation Modelling (PLS-SEM) bagi membina model indeks ini.

Kesemua konstruk digabungkan ke dalam model hipotesis

struktural bagi membina hubungan antara sebab-akibat bagi

menilai perubahan konteks kesepaduan sosial yang dipengaruhi

oleh beberapa faktor yang telah dipilih. Analisis Pemodelan

Page 231: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

Persamaan Struktur digunakan untuk menganggarkan model

hipotesis kajian, akan membolehkan satu nilai akhir indeks

diperolehi berdasarkan nilai varian Pekali Penentuan (R2).

Tambahan lagi, Analisis Pemetaan Importance-Performance

telah digunakan bagi mengenal pasti tahap kemustahakan dan

pencapaian setiap konstruk Kesepaduan Sosial sebagai formula

untuk membina kerangka dasar dan program intervensi.

(vi) Model Struktur IPNas

• Model struktur IPNas menunjukkan jalinan konstruk Tahap

Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Tadbir

Urus dan Pembangunan, Etos Bangsa, Kesepaduan Sosial dan

Detik Perpaduan dalam satu model. Dapatan kajian ini

menunjukkan pengaruh utama dalam membina hubungan etnik

dan Kesepaduan Nasional adalah Tadbir Urus dan Pembangunan,

dan juga Hubungan Sosial Rentas Etnik. Batas Etnik dan Etos

Bangsa juga boleh, masing-masing, mempengaruhi Detik

Perpaduan (Perbezaan Semantik) dan Kesepaduan Sosial.

NILAI SKOR IPNas 2018

• Nilai IPNas 2018 adalah berdasarkan kepada nilai varian

keseluruhan yang terkumpul dalam konstruk Kesepaduan Sosial

yang disebabkan oleh pengaruh 5 faktor iaitu Tahap Keetnikan,

Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Tadbir Urus dan

Pembangunan dan Etos Bangsa. Nilai ini juga boleh dipanggil

sebagai nilai Kesepaduan Nasional kerana perubahan nilai

Kesepaduan Sosial adalah hasil pengaruh Etos Bangsa.

Page 232: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

• Nilai IPNas yang dihasilkan buat pertama kali ini ialah 0.567. Nilai

ini adalah tinggi berdasarkan kepada skala di antara 0 hingga 1

yang dinyatakan oleh Cohen (1988) sebagai petunjuk yang sesuai

bagi kajian sains tingkah laku manusia. Skala pengukuran Cohen

adalah dalam julat 0 hingga 1 dan dibahagikan kepada 3 kategori

ukuran seperti di Jadual:

Jadual: Skala Pengukuran Cohen

NILAI UKURAN

0.26 hingga 1.00 Tinggi

0.13 hingga 0.25 Sederhana

0.02 hingga 0.12 Rendah

• Dapatan ini memberi gambaran bahawa tahap perpaduan yang

diukur melalui IPNas adalah kuat dan kukuh walaupun faktor-

faktor yang dikenalpasti sebagai defisit sosial masih berterusan

ataupun muncul sekali-sekala.

KEPENTINGAN IPNas

Kepentingan IPNas adalah seperti berikut :

(i) menjadi penanda aras dalam mengukur pencapaian tahap

perpaduan dan keharmonian di Malaysia;

(ii) mewujudkan konstruk yang komprehensif dalam mengukur

tahap kesepaduan sosial dan perpaduan nasional di Malaysia;

(iii) mengukur tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai

etnik di Malaysia bagi melihat trend perubahan bersesuaian

dengan isu semasa dan perubahan masyarakat;

Page 233: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

(iv) memandu pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan

tahap perpaduan dan hubungan masyarakat pelbagai etnik di

Malaysia;

(v) menyediakan input bagi perancangan dan pelaksanaan

program perpaduan / integrasi nasional berdasarkan data

empirikal; dan

(vi) menjadikan Malaysia negara pertama yang mempunyai

mekanisme pengukuran pencapaian tahap perpaduan negara.

KESIMPULAN

Usaha pembentukan IPNas adalah berasaskan buah fikiran dalam

bentuk teori dan konsep dan juga indeks lain yang pernah dibentuk dan

diasaskan di dalam dan di luar negera. Kewujudan indeks ini sebagai

sebuah model pengukuran komprehensif dan sistematik di peringkat

nasional ini adalah usaha julung kali untuk memahami dan menjelaskan

kedinamikan masyarakat di Malaysia.

SOALAN-SOALAN BERKAITAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL

(IPNas)

1. Apakah itu IPNas?

Indeks Perpaduan Nasional atau nama ringkasnya IPNas adalah

sebuah model komprehensif pengukuran di peringkat nasional

dengan menggunakan kaedah empirikal dan sistematik bagi

memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat di

Malaysia.

2. Bilakah IPNas dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan

Negara?

Page 234: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

lndeks Perpaduan Nasional (IPNas) dibangunkan pada tahun

2018

3. Mengapa IPNas diperlukan?

IPNas diperlukan bagi membolehkan Malaysia mempunyai satu

kaedah pengukuran secara saintifik dan bersistematik untuk

menilai tahap perpaduan nasional dari semasa ke semasa. Ukuran

nilai indeks tersebut akan menggambarkan tahap perpaduan

nasional untuk satu jangka masa tertentu bagi membolehkan

Kerajaan mengenal pasti dan merancang usaha-usaha dan

program-program intervensi berkaitan.

4. Apakah maksud tiga (3) konsep IPNas yang merujuk kepada

Perpaduan, Kesepaduan Sosial dan Penyatupaduan

• Perpaduan adalah kesatuan masyarakat yang masih

diidamkan dan merupakan matlamat akhir negara Malaysia

yang berbilang etnik.

• Kesepaduan Sosial ialah keadaan aman, stabil, makmur

dan sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat,

khususnya yang berbilang etnik, kerana wujudnya

kesepakatan sosial yang kuat dan terbina untuk sekian

lamanya. Manakala,

• Penyatupaduan ialah usaha atau proses berterusan di

semua peringkat lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum

merdeka tetapi terus dilaksanakan hingga kini melalui

pelbagai siri Tapak Integrasi yang akan melibatkan proses

Page 235: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 65

Tawar-menawar (bargaining), Perundingan (negotiation)

dan Mediasi (mediation)

5. Apakah kepentingan IPNas?

Kepentingan IPNas adalah seperti berikut:-

a) Menjadi penanda aras dalam mengukur pencapaian tahap

perpaduan dan keharmonian di Malaysia;

mewujudkan konstruk yang komprehensif dalam mengukur

tahap kesepaduan sosial dan perpaduan nasional di Malaysia;

b) Mengukur tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat

pelbagai etnik di Malaysia bagi melihat trend perubahan

bersesuaian dengan isu semasa dan perubahan masyarakat;

c) Memandu pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan

tahap perpaduan dan hubungan masyarakat pelbagai etnik di

Malaysia;

d) Menyediakan input bagi perancangan dan pelaksanaan

program perpaduan / integrasi nasionalberdasarkan data

empirikal; dan

e) Menjadikan Malaysia negara pertama yang mempunyai

mekanisme pengukuran pencapaian tahap perpaduan

negara.

Sekian, terima kasih

Page 236: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan berapakah jumlah hutang keseluruhan Kerajaan terkini,

berapakah peningkatan hutang dari Mei 2018 hingga Julai 2020 dan

jumlah aset negara yang telah dijual bagi tempoh yang sama.

Page 237: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi tahun 2018, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM741

bilion atau 51.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar

(KDNK). Kedudukan ini adalah selepas mengambil kira jumlah

pinjaman kasar sebanyak RM131.6 bilion iaitu untuk membiayai

semula hutang yang matang sebanyak RM77.5 bilion, manakala

baki pinjaman sebanyak RM54.1 bilion adalah bagi membiayai

defisit untuk tahun tersebut.

2. Bagi tahun 2019 pula, hutang Kerajaan Persekutuan meningkat

kepada RM793 bilion atau 52.5% daripada KDNK. Peningkatan

hutang ini adalah selepas mengambil kira pinjaman kasar

berjumlah RM 134.8 bilion yang digunakan untuk membiayai

semula hutang yang matang berjumlah RM83 bilion, manakala

baki pinjaman sebanyak RM51.8 bilion adalah bagi membiayai

defisit tahun tersebut.

3. Namun begitu, berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah

hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan kepada KDNK pada

akhir 2018 adalah 47.5%, akhir-2019 sebanyak 48.7% dan akhir-

Jun 2020 sebanyak 53.2%,iaitu masih di bawah had 55% KDNK

yang ditetapkan.

Page 238: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 66

4. Secara amnya, hutang Kerajaan Persekutuan akan meningkat

setiap tahun selagi kedudukan kewangan keseluruhan

mengalami defisit. Berikutan kedudukan kewangan Kerajaan

yang masih mengalami defisit, Kerajaan akan terus membuat

pinjaman baharu setiap tahun bagi membiayai semula kertas

hutang yang matang serta defisit tahun semasa.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan

dan pemulihan ekonomi adalah bersifat one-off dan tidak akan

terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam

jangka masa sederhana dan panjang. Ini adalah antara strategi

Kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dalam jangka masa

sederhana secara berperingkat seterusnya memastikan

kedudukan fiskal dan hutang Kerajaan Persekutuan kekal pada

paras terkawal.

6. Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal dengan

memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan kutipan

hasil dan kecekapan perbelanjaan bagi mengukuhkan lagi

kedudukan kewangan serta memastikan paras hutang Kerajaan

terkawal. Pada masa ini, Kerajaan mengguna pakai Kerangka

Fiskal Jangka Sederhana atau dengan izin, Medium Term Fiscal

Framework (MTFF), sebagai panduan dalam menggubal strategi

ke arah konsolidasi fiskal untuk jangka masa sederhana (3

hingga 5 tahun) di samping selari dengan rangka dasar

Rancangan Malaysia jangka panjang. Kerajaan juga dalam

proses merangka Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang

Page 239: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 66

dijangka akan dibentangkan pada 2021 untuk mengukuhkan

tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal.

Dalam masa yang sama, Kerajaan mengutamakan pinjaman

dalam negeri bagi memastikan risiko tukaran wang asing dan kos

pinjaman yang lebih rendah. Pematuhan kepada disiplin fiskal ini

adalah penting bagi memastikan kedudukan kewangan negara

kekal kukuh serta meningkatkan ruang fiskal pada masa

hadapan.

7. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tiada sebarang penjualan

atau pelupusan tanah milik Kerajaan Persekutuan dibuat selepas

9 Mei 2018 sehingga kini.

Sekian, terima kasih.

Page 240: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DARUK TEO EN TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah dan

pelan yang telah diambil oleh Kementerian dalam memperbaiki hubungan

perdagangan Malaysia dengan Republik India.

Page 241: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan

antarabangsa, dan sebagai salah satu usaha dalam menjana ekonomi

negara, Malaysia sentiasa komited dalam menjalin hubungan perdagangan

yang baik dengan kesemua rakan dagang utama negara, termasuk India.

2. Sejak tahun 2015, India merupakan rakan dagang ke-sepuluh

terbesar bagi Malaysia. Dengan jumlah populasi kedua terbesar di dunia

iaitu melebihi 1.3 bilion, India merupakan sebuah pasaran yang utama bagi

destinasi eksport Malaysia.

3. Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri (MITI) sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan

perdagangan dua hala yang erat antara Malaysia dan India. Antara

langkah yang diambil adalah dengan mengadakan pertemuan dan

perbincangan bersama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia bagi

membincangkan isu-isu dua hala di antara kedua-dua negara, dari semasa

ke semasa. Usaha serupa turut dilaksanakan oleh Pejabat Perwakilan MITI

di New Delhi dengan badan-badan Kerajaan di India dalam memastikan

hubungan erat antara kedua-dua negara kekal terjalin.

Page 242: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 67

4. Selain Pejabat Perwakilan MITI, Pejabat Perbadanan Pembangunan

Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia (MIDA) di India juga komited dalam menyertai

program-program yang dianjurkan oleh pihak India sama ada oleh agensi

Kerajaan mahu pun pihak swasta dalam usaha mengekalkan momentum

hubungan baik antara kedua-dua negara. Antaranya, adalah:

i. The 6th ASEAN-India Network of Think Tanks (AINTT) anjuran

Kementerian Hal Ehwal Luar India pada 20-21 Ogos 2020;

ii. Indo-ASEAN Oceanic Business Summit & Expo anjuran

Confederation of Indian Industry (CII) pada 4-6 Ogos 2020; dan

iii. India International Halal Expo 2020 anjuran ATOBA Business

Network Pvt Ltd pada 17-19 Januari 2020.

5. MITI juga menyedari kepentingan mengekalkan hubungan erat

antara komuniti perniagaan kedua-dua negara. Sehubungan itu, MITI

sentiasa menggalakkan pendekatan secara business-to-business melalui

penglibatan persatuan-persatuan perniagaan yang berkepentingan bagi

membantu dalam memperbaiki dan meningkatkan hubungan perdagangan

antara Malaysia dan India.

6. Bagi tujuan ini, MITI dan MATRADE sentiasa bekerjasama rapat

dengan persatuan-persatuan perniagaan di Malaysia seperti ASEAN-Indian

Business Council (AIBC), Malaysia-India Business Council (MIBC) dan

juga Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry

(MAICCI) dalam memastikan hubungan erat komuniti perniagaan dan

sektor swasta kedua-dua negara dapat terus dikekalkan. MATRADE juga

Page 243: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 67

turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan perniagaan di India seperti

Kongu Business Network (KBN), Federation of Karnataka Chamber of

Commerce and Industry (FKCCI) dan Southern India Chamber of

Commerce and Industry (SICCI) dalam mencari peluang pasaran untuk

produk-produk Malaysia.

7. MITI turut melaksanakan usaha berterusan bagi menarik pelaburan

asing dari India untuk datang ke Malaysia. MIDA melalui pejabatnya di

Mumbai sering mengadakan sesi libat urus dengan pemegang-pemegang

taruh di India seperti Confederation of Indian Industry (CII), Federation of

Indian Chambers of Commerce and Industry (FICCI) dan Associated

Chambers of Commerce of India (ASSOCHAM) bagi memberi penerangan

kepada mereka mengenai peluang-peluang pelaburan di Malaysia. MIDA

turut menganjurkan beberapa sesi taklimat kepada persatuan-persatuan

industri serantau bagi meningkatkan pengetahuan mereka terhadap

peluang-peluang pelaburan di Malaysia, di samping memainkan peranan

sebagai pemudah cara kepada syarikat-syarikat India di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 244: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian

untuk mengurangkan kebergantungan tenaga buruh luar negara dan

pembangunan sumber manusia berasaskan IR 4.0.

Page 245: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan sentiasa memastikan jumlah pekerja asing tidak melebihi

lima belas peratus (15%) daripada jumlah tenaga kerja seperti yang

digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Sehingga Julai

2020, jumlah pekerja asing adalah sebanyak sebelas perpuluhan empat

peratus (11.4%). Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh

Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh

luar negara adalah seperti berikut:

(i) menggalakkan sektor-sektor yang berintensifkan buruh

beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi bagi

mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;

(ii) mempromosi peluang pekerjaan dan memudahcara

penempatan pencari kerja tempatan melalui program

penempatan pekerjaan yang dilaksanakan menerusi aktiviti

temuduga terbuka semasa karnival pekerjaan Jabatan/Agensi

di bawah KSM seperti JTK, PSMB, PERKESO dan

TalentCorp;

(iii) melaksanakan program train and replace iaitu melatih pekerja

tempatan untuk menggantikan pekerja asing yang mahir; dan

Page 246: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 68

(iv) meningkatkan aktiviti pemeriksaan berkanun terhadap

majikan dan menambah baik sistem pengurusan pekerja

asing sedia ada bagi tujuan pemantauan penggajian pekerja

asing di semua sektor melibatkan semua agensi Kerajaan

yang berkaitan agar pemantauan yang lebih berkesan dapat

dijalankan.

2. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan setakat ini bagi

memastikan peningkatan penglibatan warga tempatan dalam pasaran

tenaga kerja adalah seperti berikut:

(i) menyediakan portal perkhidmatan pekerjaan MYFutureJobs

dan JobsMalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari

kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui

pendekatan pemadanan kerja;

(ii) menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan yang

merangkumi Karnival Kerjaya, penempatan melalui Client

Account, Temuduga Terbuka, Program Kerjasama Antara

Agensi, Holiday Placement For Students (HOPS), Program

Penempatan Golongan Khas serta Program Penyesuaian

Kerjaya (2PK). Program-program ini diadakan dari semasa ke

semasa bagi menemukan pencari kerja dengan majikan yang

sepadan;

(iii) pelaksanaan Graduate Enhancement Programme For

Employability 2.0 (GENERATE2.0) oleh PSMB di bawah Skim

Inisiatif Strategik dalam meningkatkan kemahiran dan

kebolehpasaran dalam kalangan graduan yang menganggur

Page 247: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 68

sekurang-kurangnya 3 bulan atau lebih selepas tamat

pengajian. Melalui program ini, graduan dilatih dengan

kemahiran dan pengetahuan yang relevan berdasarkan

keperluan industri dan seterusnya akan mendapat jaminan

penempatan pekerjaan;

(iv) mengukuhkan dan memperkasakan kerjasama dalam

pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran

dengan keperluan industri. Program SLDN menawarkan

latihan berasaskan industri dengan 70% latihan praktikal di

syarikat dan 30% teori di institusi latihan; dan

(v) melaksanakan program Structured Internship Programme

(SIP) yang diterajui Talent Corporation dengan kerjasama

KPT. Di bawah SIP, graduan akan mendapat pendedahan

awal kepada dunia pekerjaan sebelum menamatkan

pengajian supaya mereka lebih berdaya saing dan memiliki

kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

Sekian, terima kasih

Page 248: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI

menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Unit

Transformasi India Malaysia (MITRA), berapa banyak daripada jumlah

tersebut telah disalurkan kepada orang ramai dan apakah mekanisme

yang diguna pakai oleh Kementerian dalam mengkaji keberkesanan

peruntukan tersebut.

Page 249: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah beroperasi

di bawah Jabatan Perdana Menteri bermula November 2018. MITRA

dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mulai 10 Mac 2020.

Peruntukan Pembangunan MITRA Bermula Januari hingga Mac

2020 di bawah Jabatan Perdana Menteri [JPM]

• Pada tahun 2020, MITRA menerima peruntukan pembangunan

sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan;

• Bermula Januari sehingga Mac 2020, MITRA masih di bawah

Jabatan Perdana Menteri; dan

• Peruntukan sebanyak RM19 juta telah disalurkan bagi

pelaksanaan 62 program yang telah memberi manfaat kepada

52,749 orang.

Peruntukan Pembangunan MITRA Bermula 17 April hingga 21

Ogos 2020 di bawah Kementerian Perpaduan Negara [KPN]

• Bermula 17 April 2020, pengurusan MITRA diletakkan di

bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara;

• MITRA melalui Kementerian Perpaduan Negara bermula 17 April

hingga 21 Ogos 2020 telah meluluskan 15 buah program yang

berjumlah sebanyak RM30.1 juta. Program ini dijangka akan

memberi manfaat kepada 709,624 orang;

Page 250: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 69

• Program-program ini akan bermula pada akhir bulan Julai 2020

dan dijangka selesai pada bulan November 2020;

Mekanisme Keberkesanan Pelaksanaan Program di bawah KPN

• Sebagai Kementerian yang baharu, Kementerian sedang

menggubal hala tuju dan teras strategik yang lebih komprehensif

bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada

masyarakat India;

• Semua program-program pembangunan sosioekonomi di bawah

Kementerian adalah diluluskan melalui sebuah Jawatankuasa

Penilaian Program dan seterusnya dipantau melalui sebuah

Jawatankuasa Pemantauan Program yang dipengerusi oleh

Ketua Setiausaha. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Penasihat

Undang-undang, Bahagian Audit Dalam, Unit Integriti, Bahagian

Dasar dan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian;

• Pelaksanaan program-program MITRA juga turut diaudit dari segi

pengurusan penyaluran dana dan prestasi pelaksanaan program

bagi memastikan objektif program iaitu bagi meningkatkan taraf

kehidupan masyarakat India adalah tercapai.

Sekian, terima kasih.

Page 251: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 69

MAKLUMAT TAMBAHAN

Jumlah peruntukan, jumlah perbelanjaan dan baki yang tidak

dibelanjakan daripada tahun 2016 hingga 2020 adalah seperti berikut:

Tahun Peruntukan

(RM)

Perbelanjaan

(RM)

Baki Peruntukan

(RM)

SEDIC

2016 100,000,000.00 35,044,317.48 64,955,682.52

2017 100,000,000.00 57,027,851.00 42,972,149.00

2018 100,000,000.00 1,165,130.00 98,834,870.00

MITRA

2019 100,000,000.00 58,090,797.09 41,909,202.91

2020

(sehingga

Ogos

2020)

100,000,000.00 29,124,355.29 70,875,644.71

Jumlah 500,000,000.00 180,452,450.86 319,547,549.14

Sekian, terima kasih.

Page 252: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI

menyatakan pendirian Kerajaan berhubung dengan cadangan

pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia.

Page 253: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 70

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Cadangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori

memerlukan penelitian dan kajian mendalam sebelum apa-apa

keputusan muktamad dibuat. Dalam hal ini, suatu Jawatankuasa Khas

yang terdiri daripada pakar perundangan dan kehakiman telah dilantik

bagi mengkaji Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori

bermula dari 20 September 2019 sehingga 31 Januari 2020. Bagi tujuan

kajian tersebut, Jawatankuasa Khas telah mengadakan sesi libat urus

dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan

yang berkenaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat umum.

Skop kajian merangkumi polisi penghukuman bagi menggantikan

hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk

kepada budi bicara Mahkamah. Selain daripada cadangan hukuman

alternatif terhadap hukuman mati mandatori, Jawatankuasa Khas turut

mengemukakan syor penambahbaikan terhadap sistem keadilan di

Malaysia yang merangkumi syor jangka masa pendek dan jangka masa

panjang bertujuan untuk memastikan sistem keadilan negara berada

pada tahap terbaik.

Page 254: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 70

Kerajaan maklum bahawa Malaysia merupakan salah sebuah

negara yang masih mengekalkan hukuman gantung sampai mati sebagai

satu bentuk hukuman mandatori bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Oleh

itu, syor yang dikemukakan menerusi kajian ini sedang dalam penelitian

lebih lanjut oleh Kerajaan. Justeru itu, sebarang perubahan dasar

berhubung dengan hukuman mati mandatori akan mengambilkira

kepentingan dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya. Ini

termasuklah aspek berkaitan pencegahan jenayah, kesan yang dialami

oleh keluarga mangsa serta kesedaran kepada khalayak umum.

Sekian, terima kasih.

Page 255: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA,

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato’ Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) jumlah golongan isi rumah yang menerima bantuan program "Food

Bank" sehingga bulan tempoh PKP; dan

(b) sejauh manakah perlaksanaan dan perancangan yang dilakukan

oleh Kerajaan untuk meningkatkan program "Food Bank

Malaysia" ini agar terus membantu golongan yang disasarkan.

Page 256: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 71

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

a) Program Food Bank Malaysia (PFBM) telah diperkenalkan sebagai

salah satu inisiatif peduli rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membantu golongan kurang

berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang mana secara tidak

langsung dapat meringankan kos sara hidup golongan tersebut.

Jumlah golongan isi rumah yang menerima bantuan program Food

Bank adalah seramai 622,726 sehingga tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP). Secara tidak langsung, ianya telah berjaya

memanfaatkan sebanyak 2,301 metrik tan lebihan makanan bersamaan

dengan anggaran RM 11.51 juta nilai lebihan makanan telah berjaya

diselamatkan.

Selain itu, lebih 60,000 pelajar di 181 Institut Pengajian Tinggi (IPT)

di seluruh Malaysia juga telah menerima bantuan Food Bank sepanjang

tempoh PKP. Bantuan makanan kering dan penjagaan diri telah diberikan

kepada pelajar-pelajar yang terkandas di kampus memandangkan

mereka mempunyai pergerakan yang terhad sepanjang tempoh tersebut.

b) Sepanjang tempoh pelaksanaan Program Food Bank Malaysia,

Kementerian telah giat membuat perancangan untuk meningkatkan lagi

program ini agar terus membantu golongan yang disasarkan. Antaranya

adalah pembelian empat belas (14) unit lori yang dilengkapi pendingin. Ini

Page 257: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 71

adalah bagi meningkatkan kecekapan aspek logistik di negeri-negeri

disamping dapat meningkatkan kutipan sumbangan makanan daripada

penyumbang selaras dengan pelaksanaan program ini diseluruh

Malaysia.

Selain itu, Kementerian juga sedang membuat perancangan untuk

mengadakan advokasi berkaitan Akta Perlindungan Penderma Makanan

2020 kepada penyumbang serta pihak-pihak yang berkaitan. Akta ini

merupakan satu peruntukan bagi perlindungan daripada liabiliti sivil

kepada mana-maan pihak yang menderma atau mengedarkan makanan.

Kuwujudan Akta ini akan meningkatkan keyakinan penyumbang agar

tidak berasa ragu-ragu serta takut untuk menyumbang kepada program

ini.

Bagi menjamin kelangsungan bekalan sumbangan, Kementerian

juga sedang giat menjalinkan kerjasama bersama Rakan Strategik

Utama, penyumbang serta pihak-pihak yang berminat untuk menyertai

Program Food Bank Malaysia. Sehingga Ogos 2020, terdapat tiga (3)

Rakan Strategik Utama iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen

dan Mutiara Food Bank serta 137 penyumbang yang telah menjalinkan

kerjasama dengan Program Food Bank Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Page 258: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BERTULIS DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi meningkatkan semula

nilai Ringgit.

Page 259: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 72

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sehingga 10 September 2020, nilai ringgit telah menyusut sebanyak

1.7 peratus. Penyusutan nilai ringgit disebabkan oleh ketidaktentuan

berkaitan perkembangan geopolitik, kemerosotan sentimen pelabur

dalam pasaran kewangan dunia berikutan kebimbangan ketara

membabitkan penularan COVID-19 dan kejatuhan harga minyak

global. Prestasi ringgit adalah sejajar dengan pergerakan

kebanyakan mata wang serantau lain yang telah berubah nilai

dalam lingkungan -6.7 peratus dan -1.7 peratus berbanding dolar

Amerika Syarikat (AS). Namum demikian, memandangkan negara

masih merupakan pengeksport bersih, mata wang ringgit yang

rendah mempunyai kelebihan secara amnya.

2. Dalam persekitaran global yang mencabar serta pasaran kewangan

dunia yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel

memainkan peranan penting sebagai penyerap kejutan terhadap

keadaan luaran yang berubah-ubah tanpa menjejaskan aktiviti

ekonomi domestik. Namun begitu, volatiliti ringgit yang ketara boleh

meningkatkan ketidaktentuan dan menjejaskan aktiviti ekonomi

berikutan kesukaran sektor perniagaan dan perindustrian

merancang strategi serta mengambil keputusan yang wajar. Dalam

hal ini, Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan

Page 260: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 72

sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan lebih teratur dan

lancar. BNM juga komited dalam memperkenalkan langkah untuk

memastikan kecairan ringgit mencukupi, pasaran terus kekal

berdaya tahan dan aktiviti spekulasi dalam pasaran dikurangkan.

3. Langkah ini termasuk menetapkan syarat supaya sebahagian besar

daripada hasil eksport dalam mata wang asing ditukarkan kepada

ringgit bagi meningkatkan mudah tunai wang asing dalam pasaran

dalam negeri dan meningkatkan penguatkuasaan ke atas peraturan

pertukaran asing sedia ada bagi mencegah aktiviti spekulasi mata

wang ringgit diniagakan di luar pesisir. Pada masa sama, BNM telah

memperkenalkan instrumen pelindung nilai (hedging instruments)

dan menyediakan fleksibiliti agar peserta pasaran kewangan dan

sektor perniagaan boleh melaksanakan pengurusan risiko

pendedahan mata wang asing dengan lebih baik.

4. Dalam jangka masa panjang, nilai ringgit akan didorong

terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Oleh yang

demikian, Kerajaan akan terus menumpukan usaha bagi

meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan

sumber pertumbuhan, memperkukuh daya saing dan kedudukan

fiskal negara. Sektor perniagaan juga tidak seharusnya bergantung

kepada nilai ringgit semata-mata untuk meningkatkan daya saing,

malah patut menumpukan kepada peningkatan produktiviti dan

inovasi serta pengurangan kos.

Sekian, terima kasih.

Page 261: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BERTULIS DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan cadangan perlaksanaan kajian impak terhadap

pelaksanaan cukai gula pada tahun lepas.

Page 262: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 74

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengenaan duti eksais ke atas

minuman bergula sedia diminum baharu sahaja dilaksanakan mulai 1

Julai 2019 sebagai salah satu usaha Kerajaan untuk mencegah

pengambilan minuman bergula tinggi yang boleh menyebabkan masalah

kesihatan dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan di

kalangan rakyat di negara ini. Kadar duti eksais yang dikenakan ke atas

minuman bergula adalah sebanyak 40 sen per liter.

Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,

keberkesanan pelaksanaan pengenaan duti eksais terhadap minuman

bergula ini akan dapat dilihat melalui satu kajian impak yang dicadang

untuk dijalankan pada tahun 2021, iaitu selepas 2 tahun

pelaksanaannya, dengan kerjasama World Health Organization (WHO).

Sungguhpun begitu, sejak pengenaan duti eksais ke atas minuman

bergula ini dilaksanakan, banyak syarikat pengeluar minuman bergula

telah melaksanakan reformulasi kandungan gula dalam produk

minuman yang dikeluarkan. Data terkini Kementerian Kesihatan

Malaysia menunjukkan sebanyak 31 syarikat pengeluar minuman telah

membuat reformulasi yang melibatkan 199 jenis produk minuman

bergula. Secara tidak langsung, langkah ini dijangka akan mengubah

trend pengambilan minuman ke arah pilihan yang lebih sihat. Ia juga

akan menggalakkan industri untuk menghasilkan lebih banyak produk

minuman sihat, seterusnya dapat mengurangkan prevalen obesiti dan

penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan di kalangan masyarakat.

Page 263: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 74

Pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula ini juga adalah selaras

dengan amalan percukaian di peringkat antarabangsa iaitu untuk tidak

menggalakkan penggunaan produk yang dikategorikan sebagai demerit

goods yang dikenakan sin tax seperti rokok dan minuman keras.

Sekian, terima kasih

Page 264: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato’ Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan perancangan pihak Kerajaan terhadap cadangan untuk

mewujudkan garis panduan yang jelas berhubung kaedah memohon

lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kepada para pemandu e-

hailing.

Page 265: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, pemandu kenderaan perkhidmatan e-hailing adalah

termasuk di bawah kategori pemandu kenderaan perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, mana-mana pemandu atau bakal pemandu kenderan

perkhidmatan e-hailing adalah diwajibkan memiliki Lesen Vokasional

(PSV bagi pemandu kenderaan perkhidmatan awam) seperti mana yang

diperuntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2. Berkaitan dengan proses permohonan mendapatkan Lesen

Vokasional ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah pun

mewujudkan garis panduan yang jelas berhubung kaedah memohon dan

mendapatkannya termasuk kepada para pemandu e-hailing. Garis

panduan ini juga telah dimuatnaik dalam laman sesawang rasmi JPJ

untuk rujukan dan panduan kepada orang awam.

Sekian, terima kasih.

Page 266: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan semua jenis bantuan yang disalurkan oleh

Kerajaan untuk membantu mangsa tragedi letupan di Beirut, Lubnan.

Page 267: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 76

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan

Balasubramaniam a/l Nachiappan di atas soalan yang beliau kemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Kerajaan Malaysia telah menzahirkan rasa dukacita dan simpati

terhadap tragedi letupan besar di Pelabuhan Beirut, Lubnan yang telah

berlaku pada 4 Ogos 2020. Saya telah menyampaikan ucapan takziah

kepada rakan sejawat saya, TYT Charbel Wehbe pada 7 Ogos 2020.

Pemimpin tertinggi negara yang lain turut mengutuskan perutusan takziah

kepada Lubnan, antaranya ialah:

i. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kepada

Presiden Lubnan;dan

ii. YAB Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Lubnan.

3. Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini telah mencecah

sehingga lebih 170 orang manakala jumlah yang tercedera adalah

seramai 6,000 orang, 30 orang masih hilang dan sebanyak 300,000 orang

kehilangan tempat tinggal.

4. Kerajaan juga telah membuat sumbangan kewangan berjumlah

RM1 juta kepada Lubnan melalui Lebanese Red Cross (LRC).

Sumbangan tersebut adalah bagi membantu menyediakan keperluan

asas kepada mangsa-mangsa tragedi.

Page 268: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 76

5. Sumbangan tersebut menggunakan peruntukan Tabung Kumpulan

Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dan disalurkan oleh

Kementerian Luar Negeri kepada LRC melalui Kedutaan Besar Malaysia

di Beirut.

6. Selain itu, terdapat pelbagai badan bukan kerajaan yang telah turut

menyumbang kepada Lubnan melalui saluran masing-masing di Lubnan.

Sekian, terima kasih.

Page 269: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA

DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif yang telah

dilaksanakan bagi program restorasi hutan.

Page 270: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 77

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

1. Antara inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)

melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM),

Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dalam

melaksanakan program restorasi hutan adalah melalui pelaksanaan

projek seperti berikut:

(a) Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan

Hutan Terosot di Semenanjung;

(b) Projek Restorasi Sumber Hutan Melalui Perhutanan Sosial

dan Projek Heart of Borneo Negeri Sarawak (Fasa II) di

Sarawak; dan

(c) Projek Pembangunan dan Pengurusan Mampan Kawasan

Tanah Gambut Semenanjung Klias, Projek Pembangunan

Tapak Ramsar Lower Kinabatangan – Segama – Wetlands,

Kinabatangan Sabah (Fasa II) dan Projek Heart of Borneo

(Fasa II) di Sabah.

Kesemua projek ini dibiayai di bawah peruntukan Rancangan

Malaysia Kesebelas (RMKe-11)

2. Di bawah Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan

Hutan Terosot di Semenanjung, kawasan hutan terosot seluas

1,640 hektar telah dikenalpasti untuk dilaksanakan aktiviti

pemulihan. Sehingga tahun 2019, kawasan seluas 459.93 hektar

Page 271: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 77

telah dipulihkan melibatkan penanaman sebanyak 277,092 pokok

daripada pelbagai spesies di Semenanjung. Di Sarawak pula,

sehingga tahun 2019, kawasan seluas 172.88 hektar telah

dipulihkan melibatkan sebanyak 99,606 penanaman pokok.

Manakala di Sabah, sehingga tahun 2019, kawasan seluas 549.63

hektar telah dipulihkan melibatkan sebanyak 16,470 penanaman

pokok. Pada masa ini, perancangan telah dibuat bagi meneruskan

program ini di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Sekian, terima kasih.

Page 272: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI SUMBER

MANUSIA menyatakan justifikasi dan kadar pengurangan levi pekerja

asing mengikut sektor pada tahun 2020.

Page 273: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 78

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat

Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19, beberapa inisiatif

sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan. Antaranya adalah:

(i) meningkatkan pelaburan nilai tinggi melalui foreign direct

investment (FDI) dan domestic direct investment (DDI) bagi

meningkatkan penghasilan pekerjaan yang bersifat high

value jobs dan knowledge worker (k-worker) agar kadar upah

yang tinggi dapat dinikmati oleh golongan ini;

(ii) melaksanakan latihan-latihan kemahiran yang bersifat

internship seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk

meningkatkan kebolehpasaran pelajar;

(iii) menyediakan insentif-insentif untuk syarikat bagi

memperbanyakkan elemen-elemen berteknologi tinggi yang

dijangka akan meningkatkan jumlah peluang pekerjaan

berkemahiran tinggi; dan

(iv) mengadakan sesi libat urus bersama industri bagi

membincangkan isu sekaligus mengambil langkah-langkah

untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja

asing.

Page 274: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 78

2. Bagi menyokong usaha-usaha di atas, Kerajaan harus

menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran yang memenuhi keperluan

industri. Sehubungan itu, beberapa langkah sedang diambil oleh

Kementerian, antaranya:

(i) program upskilling dan reskilling disediakan kepada golongan

pekerja bagi mempertingkatkan kemahiran mereka bagi

menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa

hadapan serta persekitaran global yang semakin kompetitif

dan dinamik. Program upskilling dan reskilling dilaksanakan

secara berterusan supaya kemahiran yang diperolehi

sentiasa bersesuaian dengan keperluan industri semasa;

(ii) Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan

Pembangunan Kemahiran (JPK), telah membangunkan

National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi 21 sektor

ekonomi. NOSS ini telah menjadi rujukan dalam

pembangunan program latihan di institusi-institusi latihan

awam dan swasta mengikut tahap kemahiran yang

diperlukan. NOSS yang dibangunkan dan dipantau secara

bersama dengan Industry Lead Body (ILB) adalah mengikut

keperluan industri dan teknologi terkini;

(iii) memperluaskan akses kepada warganegara untuk mendapat

Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sehingga kini, terdapat lima ratus enam puluh dua (562) buah

Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang telah

ditubuhkan di seluruh negara dengan pelbagai kursus

kemahiran ditawarkan mengikut keperluan industri; dan

Page 275: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 78

(iv) KSM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diberikan

peranan sebagai Pengerusi bersama bagi menerajui

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kemahiran dan Bakat

(TWG-S) Industry4WRD. Jawatankuasa ini berperanan

mengenal pasti keperluan pasaran buruh dan kemahiran yang

diperlukan serta menyelaras dan melaksanakan usaha-usaha

dalam memperkukuhkan kompetensi sumber manusia bagi

menghadapi Industri 4.0. Usaha ini dapat dilakukan melalui

program upskilling dan reskilling yang disediakan kepada

golongan pelajar kemahiran dan pekerja bagi

mempertingkatkan kemajuan kendiri dalam menyesuaikan diri

dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan (future

jobs) serta persekitaran global yang semakin kompetitif dan

dinamik.

Sekian, terima kasih.

Page 276: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan perkembangan usaha sama blok ASEAN ketika ini

dalam menangani isu tuntutan di Laut China Selatan.

Page 277: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan

Balasubramaniam a/l Nachiappan di atas soalan yang dikemukakan.

2. Isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu serantau yang

kompleks, sensitif dan melibatkan hubungan antara negara berikutan

tuntutan-tuntutan bertindih oleh negara-negara penuntut. Oleh yang

demikian, isu ini perlu dikendalikan secara menyeluruh dan setiap

tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan

yang komprehensif.

3. Namun begitu, di dalam mengendalikan isu Laut China Selatan,

kepentingan negara sentiasa menjadi teras di dalam menentukan

pendirian dan tindakan yang akan diambil. Adalah ditegaskan bahawa

Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi di dalam perkara yang boleh

menjejaskan keutuhan wilayah, kedaulatan, hak kedaulatan dan

kepentingan negara.

4. Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan

ketegangan di Laut China Selatan, negara–negara ASEAN dan China

telah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di

Laut China Selatan, atau dengan izin, Declaration on the Conduct of

Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002.

5. Melalui DOC tersebut, negara-negara ASEAN dan China bertekad

untuk melaksanakan program-program yang bertujuan untuk

Page 278: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 79

pembangunan kapasiti, keupayaan dan membina kesalingpercayaan,

atau dengan izin, confidence-building, serta menangani sebarang

perbezaan secara aman.

6. Negara-negara ASEAN dan China juga sedang merunding Kod

Tatalaku di Laut China Selatan, atau dengan izin, Code of Conduct in

the South China Sea (COC). COC dilihat sebagai satu usaha untuk

memastikan pihak-pihak di Laut China Selatan mengelakkan konflik

antara satu sama lain.

7. Dalam melaksanakan rundingan COC tersebut, Malaysia akan

sentiasa memastikan bahawa COC yang akan dimuktamadkan kelak

adalah berkesan dalam memastikan kedaulatan dan hak kedaulatan

negara terus kekal terpelihara.

Sekian, terima kasih.

Page 279: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L

NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PERUMAHAN

DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan faktor lambakan pekerja asing

yang menjalankan perniagaan secara tidak sah dalam negara.

Page 280: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, buat masa ini,

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak

melaksanakan sebarang kajian khusus mengenai faktor lambakan

warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram. Walau

bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang

diperolehi hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, faktor

lambakan ini adalah berpunca daripada beberapa faktor iaitu:

(a) Warga asing menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah;

(b) Lesen perniagaan yang dimiliki oleh warga tempatan yang

diserah milik, dijual, disewa, dipajak kecil (dialibabakan) kepada

warganegara asing tanpa kelulusan PBT;

(c) Kedudukan geografi negeri yang bersempadan dengan negara

jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia yang

mendorong kehadiran warga asing untuk menjalankan aktiviti

perniagaan di negeri yang bersempadan seperti Perlis, Kedah,

Perak, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak;

(d) Lesen perniagaan warga tempatan yang berkahwin dengan

warga asing. Pasangan warga asing yang bekerja dan

Page 281: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 80

menguruskan premis perniagaan. Persepsi masyarakat bahawa

premis perniagaan tersebut dimiliki oleh warga asing;

(e) Permintaan yang tinggi terhadap masakan panas yang

diusahakan oleh warga asing seperti Pattani, Thailand

menyebabkan banyak kedai-kedai makanan laut (seafood)

dibuka dan memberi peluang kepada warga asing untuk terlibat

dalam perniagaan kedai makan;

(f) Wujud permintaan yang tinggi dari warga tempatan terhadap

barangan keperluan dari negara asing seperti beras, sayur-

sayuran, buah-buahan, baja, rokok, barangan kulit dan lain-lain

yang dibawa masuk tanpa melalui permit atau cukai yang sah;

(g) Etnik Rohingya yang memegang kad UNCHR menjalankan

perniagaan tanpa lesen tidak dikenakan tindakan di bawah Akta

Imigresen 1959 walaupun Malaysia mempunyai perjanjian tidak

rasmi dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi

Pelarian (UNHCR) untuk tidak meletakkan pelarian yang

memegang kad UNHCR di depoh tahanan imigresen;

(h) Warga asing meniaga menggunakan motosikal di kawasan

perumahan / taman permainan supaya aktiviti perniagaan

mereka tidak dapat dikesan oleh Pegawai Penguat kuasa PBT;

Page 282: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 80

(i) Pekerja warga asing diambil bekerja sebagai pembantu di premis

perniagaan tanpa permit kerja yang sah untuk membantu penjaja

menjalankan aktiviti penjajaan bagi pihak majikan mereka; dan

(j) Kadar kompaun dan denda yang dikenakan kepada pemilik

lesen yang rendah menyebabkan mereka mengulangi kesalahan

yang sama.

Sekian, terima kasih.

Page 283: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN

NAIR

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI

KESIHATAN menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh

Kementerian Kesihatan bagi menanam tabiat makan dan gaya hidup yang

sihat dalam kalangan kanak-kanak sekolah kerana ramai orang muda,

sesetengahnya berusia 7 tahun, menghadapi Diabetes Type 2 (T2D),

penyakit yang secara amnya menyerang mereka yang berumur 50an.

Page 284: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memandang

serius terhadap kesihatan rakyat termasuklah kanak-kanak

sekolah. Antara inisiatif KKM adalah melalui tabiat pemakanan dan

gaya hidup sihat yang perlu dipupuk sejak kecil lagi agar ianya

menjadi amalan apabila kanak-kanak ini meningkat dewasa kelak.

2. Justeru, pelbagai usaha telah dan sedang giat dijalankan bagi

menangani masalah malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak.

Semenjak tahun 2012, KKM telah bekerjasama dengan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memastikan

kebolehdapatan lebih banyak makanan dan minuman yang

berkhasiat di sekolah. Bimbingan sentiasa diberikan kepada pihak

pentadbir sekolah dan pengusaha kantin dalam penyediaan

makanan dan minuman yang dijual kepada murid dan warga

sekolah.

3. Selain itu, satu inisiatif iaitu Program Hidangan Berkhasiat di

Sekolah (HiTS) diperkenalkan di sekolah bagi mendidik amalan

pemakanan sihat. HiTS merupakan satu set hidangan makanan

lengkap untuk murid yang dapat memenuhi keperluan tenaga dan

nutrien yang diperlukan oleh murid, di samping dapat memastikan

pengambilan kesemua kumpulan makanan. Sehingga Jun 2020,

terdapat 62 buah sekolah di seluruh negara yang telah

Page 285: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 81

menjalankan program ini. Kebanyakan sekolah yang terlibat tidak

menjual makanan dan minuman lain di kantin sekolah seterusnya

dapat mengawal kebolehdapatan makanan dan minuman yang

tidak berkhasiat.

4. Dalam masa yang sama, penyajian makanan yang seimbang dan

berkhasiat turut diperkenalkan sejak di peringkat prasekolah yang

melibatkan semua prasekolah/ tabika di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dan

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Di samping itu,

komponen pemakanan sihat turut dimasukkan ke dalam Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan kurikulum

sekolah rendah dan menengah khususnya di dalam mata

pelajaran Pendidikan Kesihatan dalam usaha membudayakan

pemakanan sihat dan seimbang sejak di bangku sekolah lagi.

5. Pendidikan tentang pemakanan sihat juga disampaikan menerusi

Program Doktor Muda di peringkat prasekolah, sekolah rendah

dan sekolah menengah. Murid-murid yang terpilih sebagai ‘Doktor

Muda’ dilantik sebagai ‘agen’ dalam menyampaikan maklumat

berkaitan kesihatan termasuk berkaitan pemakanan sihat yang

meliputi pemilihan makanan yang sihat dan selamat, fahami label

makanan serta kepentingan sarapan pagi. Program ini juga

memberi fokus kepada aktiviti Pengurusan Berat Badan dengan

melatih ahli-ahli Kelab Doktor Muda dalam aktiviti fizikal bagi

membolehkan mereka melaksanakan aktiviti yang sesuai kepada

rakan sebaya dengan bimbingan guru dalam menangani masalah

obesiti di sekolah.

Page 286: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 81

6. Bagi meningkatkan keprihatinan murid sekolah terhadap status

berat badan mereka, Saringan Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan (SEGAK) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah

bagi memantau Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index

(BMI) murid secara berkala. Untuk itu, pengambilan berat badan

murid telah dimasukkan sebagai salah satu indikator dalam ujian

kecergasan di dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

7. Ibu bapa merupakan contoh yang baik dalam mencorak amalan

pemakanan anak-anak. Oleh itu, dalam usaha untuk membentuk

murid yang sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan

pemakanan dan gaya hidup sihat, Inisiatif Pemerkasaan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Bagi Menangani Masalah Obesiti

di Sekolah (C-HAT) telah dilaksanakan sejak tahun 2016. Inisiatif

ini memperkasa PIBG yang dilatih sebagai duta atau agen

perubahan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah amalan

pemakanan dan gaya hidup sihat sebagai satu usaha menangani

masalah obesiti di sekolah. Seramai 17,062 ahli PIBG telah dilatih

bagi pelaksanaan aktiviti pemakanan dan gaya hidup sihat

yang melibatkan 8,426 buah sekolah di seluruh Malaysia.

8. Sementara itu, bagi kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah,

pemeriksaan berkala di klinik kesihatan mengikut tarikh temu

janji yang telah ditetapkan merupakan salah satu usaha dalam

memastikan kesihatan kanak-kanak kecil pada tahap yang

optimum. Pemeriksaan ini turut merangkumi pemantauan

pertumbuhan melalui pemeriksaan berat dan tinggi serta perkiraan

Body Mass Index (BMI). Anggota kesihatan akan memberi nasihat

kepada ibu bapa berkaitan pemakanan yang sesuai mengikut umur

Page 287: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 81

anak. Bagi kanak-kanak yang didapati terdapat peningkatan berat

berlebihan, anggota kesihatan akan merujuk anak tersebut kepada

Pegawai Sains (Pemakanan) bagi nasihat pemakanan yang spesifik

dalam mengawal peningkatan berat badan.

9. Dalam memastikan kelangsungan usaha dalam menyediakan

persekitaran yang menyokong amalan pemakanan sihat, KKM telah

bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan pihak bukan

kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program pemakanan dan

pencegahan penyakit-penyakit NCD seperti diabetes mellitus

kepada setiap lapisan rakyat termasuklah kanak-kanak. Ini

dilakukan melalui strategi yang telah digariskan di dalam Pelan

Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III (20016-2025),

Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan (2016-2025) serta Pelan

Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016-

2025).

Sekian, terima kasih.

Page 288: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN

NAIR

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI ALAM

SEKITAR DAN AIR menyatakan memandangkan banyak kenderaan

(persendirian dan komersial) di jalan raja berumur lebih daripada 5 tahun,

adakah mereka diwajibkan memperoleh persijilan PUC (Sijil Pencemaran

Bawah) yang sah. Jika ya, apakah langkah diambil untuk

menguatkuasakan perkara ini.

Page 289: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 82

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), melalui Jabatan Alam

Sekitar (JAS) tidak melaksanakan PUC atau dengan kata lain "Pollution

Under Control Certificate" di Malaysia bagi kenderaan persendirian dan

komersial sepertimana dilaksanakan oleh negara India dan Certificate of

Entitlement (COE) seperti yang dilaksanakan di Singapura bagi

mengawal pemilikan kenderaan serta sebagai kawalan pencemaran

pelepasan dari kenderaan.

2. KASA melalui JAS buat masa ini tidak mewajibkan kenderaan

persendirian untuk menjalankan pengujian pelepasan daripada ekzos

kenderaan bermotor. Walau bagaimanapun, JAS sebagai agensi

penguatkuasa melaksanakan Operasi Kawalan Pelepasan daripada

Kenderaan Bermotor yang merangkumi Ops Gerak secara bersepadu

dengan agensi-agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan

Jalan (JPJ) dan Pasukan Polis Trafik untuk memeriksa dan menguji

kenderaan yang didapati melepaskan asap berlebihan di tepi jalan raya

atau dengan izin “curbside”.

3. Selain itu, Operasi Kawalan Pelepasan daripada Kenderaan

Bermotor juga merangkumi Ops Catat dan Kamera Video bagi merakam

gambar kenderaan-kenderaan motor yang didapati secara visualnya

melepaskan asap berlebihan dan nombor pendaftaran kenderaan dicatat

seterusnya diarahkan melalui Notis Arahan secara bertulis kepada pemilik

Page 290: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 82

kenderaan untuk menjalankan pengujian semula di cawangan

PUSPAKOM.

Yang Berhormat,

4. Manakala di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang

dikuatkuasakan oleh JPJ, semua kenderaan perdagangan adalah

diwajibkan untuk menjalankan pemeriksaan dan pengujian kenderaan

secara berkala sebanyak sekali dalam setiap 6 bulan.

5. Kenderaan-kenderaan motor yang tidak mematuhi had pelepasan

ekzos yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, akan

diambil tindakan undang-undang. Sepanjang tempoh bulan Januari

hingga Ogos 2020, JAS telah melaksanakan sebanyak 1,250 operasi

kawalan pelepasan daripada kenderaan motor di seluruh Malaysia dan

sebanyak 147,928 kenderaan motor telah diperiksa. Dari bulan Januari

hingga Ogos 2020, JAS telah mengeluarkan sebanyak 455 kompaun, 545

notis arahan, 107 perintah larangan dan 1 kertas siasatan untuk tindakan

undang-undang dalam operasi kawalan pelepasan daripada kenderaan

motor.

Sekian, terima kasih.

Page 291: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN

NAIR

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta PERDANA MENTERI

menyatakan sekiranya elaun kritikal dihapuskan, apakah insentif lain

yang akan diberikan kepada kakitangan baru untuk mengekalkan mereka

dalam perkhidmatan Kerajaan.

Page 292: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 83

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, elaun kritikal tiada dalam

senarai elaun yang dibayar oleh Kerajaan kecuali Bayaran Insentif

Perkhidmatan Kritikal (BIPK). BIPK diberi kepada skim-skim

perkhidmatan yang ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal. Tahap

kritikalnya sesuatu perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan atau

keperluan semasa.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan kepada empat

(4) kriteria yang telah ditetapkan iaitu:

a) peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan

perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang

telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan

pembangunan negara;

b) kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota

terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor

seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti

dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan;

Page 293: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 83

c) kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu

dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran,

kemahiran dan bakat; dan

d) keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-

kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko

kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan.

Pemberian elaun Kerajaan adalah berdasarkan Sistem Saraan

Malaysia di mana pelaksanaan pemberian elaun adalah berdasarkan

empat prinsip iaitu:

a) prinsip tidak sejagat (non-universal) membolehkan elaun

diberikan secara khusus kepada kumpulan atau perkhidmatan

tertentu. Elaun diberi berdasarkan keunikan sesuatu

perkhidmatan, kumpulan atau tugasan;

b) prinsip tidak biasa (non-regular) menetapkan elaun hanya diberi

dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Elaun diberi berdasarkan

tugas yang dilaksanakan di luar kebiasaan sesuatu perkhidmatan,

kumpulan, organisasi dan seumpamanya;

c) prinsip tidak kekal (non-permanent) menentukan bahawa elaun

diberi secara sementara. Elaun boleh ditarik balik, diberhentikan

bayarannya atau dimansuhkan sekiranya sesuatu elaun itu tidak

lagi relevan atau tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian

elaun tersebut. Prinsip ini juga menentukan elaun boleh diberi

mengikut suatu tempoh tertentu.

Page 294: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 83

d) prinsip kesaksamaan (fairness) membolehkan pemberian elaun

dipanjangkan kepada perkhidmatan, kumpulan atau gred-gred

tertentu yang layak dan memenuhi kriteria sesuatu elaun.

Pada masa ini, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) masih

dibayar kepada pegawai sedia ada yang berkenaan, termasuk pegawai

lantikan baharu, seiring dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10

Tahun 2019 “Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam

Perkhidmatan Awam” yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Pada

masa yang sama, kajian semula mengenai keseluruhan elaun

perkhidmatan awam sedang dilaksanakan termasuklah BIPK. Ini adalah

untuk memastikan pemberian elaun itu dapat mendorong pegawai untuk

meningkatkan tahap kualiti dan keberkesanan penyampaian

perkhidmatan awam bagi menjaga kebajikan rakyat.

Sekian, terima kasih.

Page 295: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUYHAN

NAIR

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI

KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-

langkah yang diambil untuk menjadikan saluran TV BERNAMA lebih

menarik kepada penonton sedangkan Kementerian pernah

mencadangkan digabungkan operasi Radio Televisyen Malaysia (RTM)

dan juga pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) untuk

menjimatkan serta menjana berita dan kandungan media yang lebih

baik.

Page 296: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 84

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian

melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

merupakan agensi berita negara yang sentiasa berusaha untuk

menghasilkan dan menyebarkan berita dan maklumat dengan

tepat, cepat, adil serta mencapai objektif kepentingan negara bagi

membentuk masyarakat yang berpengetahuan selaras dengan

kemajuan Negara.

2. BERNAMA telah mengambil beberapa langkah bagi menjadikan

kandungan BERNAMA TV lebih menarik dan lebih baik agar setiap

dasar dan usaha kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat

secara efektif dan efisien. Antara langkah yang diambil agar

mampu meningkatkan jumlah serta menarik perhatian penonton

ialah dengan memperkenalkan program-program yang lebih segar

dengan persembahan berita yang lebih semasa serta analitik.

3. Antara usaha ini termasuk meningkatkan program-program yang

memfokuskan kepada isu-isu rakyat, pemerkasaan golongan

wanita dan anak muda, berita kampus dan sukan. Penekanan juga

diberikan kepada media sosial agar dapat menarik perhatian

generasi muda.

4. BERNAMA TV juga telah memperkenalkan lebih banyak produk

yang memberi peluang kepada golongan pemikir berkongsi

pandangan dan idea, antaranya menerusi program 'Suara

Page 297: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 84

Profesor Negara' satu-satunya program TV yang memberi ruang

kepada peneraju universiti di negara ini sama ada dari sektor

awam atau swasta untuk berkongsi idea dalam usaha membantu

pembangunan negara.

5. Dalam usaha untuk memastikan penjimatan kos operasi,

BERNAMA TV lebih banyak menyediakan program dan

kandungan berlandaskan platform digital yang dilaksanakan untuk

keperluan TV. Platform digital memerlukan kos operasi yang lebih

rendah kerana melibatkan jumlah petugas yang lebih kecil.

6. Walaupun BERNAMA dan RTM mempunyai unsur komersil,

namun perbezaan utama ialah dari segi fungsi sebenar

penubuhan kedua-dua agensi ini. BERNAMA merupakan agensi

berita negara manakala RTM pula adalah agensi penyiaran

negara, dan ini termaktub dalam Akta penubuhan agensi masing -

masing. BERNAMA ialah titik fokal berita mengenai kerajaan

selain dari memberi tumpuan kepada isu - isu berkaitan isu

semasa dan ekonomi manakala RTM mempunyai skop yang lebih

luas meliputi kandungan kreatif termasuk drama serta muzik,

dokumentari pendidikan dengan kerjasama Kementerian

Pendidikan selain dari berita semasa.

7. Kementerian telah meneliti cadangan penggabungan operasi RTM

dan BERNAMA, namun mendapati banyak aspek yang perlu diberi

perhatian. Ini termasuklah melihat dari sudut aspek perundangan,

implikasi kewangan, pelaksanaan dasar sedia ada, dan status

kontrak-kontrak yang masih lagi berjalan di kedua - dua pihak

RTM mahu pun BERNAMA.

Page 298: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 84

Sekian, terima kasih.

Page 299: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN

NAIR

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah terdapat sebarang rancangan untuk mengenakan

bayaran yang lebih tinggi bagi ubat-ubatan dan perkhidmatan di Hospital

Kerajaan memandangkan kos perkhidmatan sebanyak RM1.00 pada

masa sekarang telah menyebabkan rasa kekurangan tanggungjawab

terhadap penjagaan kesihatan rakyat dan juga menjadi bebanan

kewangan kepada sistem kesihatan.

Page 300: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 85

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Caj RM1 sepertimana terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan)

1982 merupakan caj yang dikenakan di Jabatan Pesakit Luar

Am, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada

warganegara Malaysia. Caj RM1 tersebut merangkumi caj

pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan siasatan (x-ray,

ujian makmal). Manakala, pesakit yang menerima rawatan

pesakit dalam akan dikenakan caj berdasarkan kelas yang

diduduki iaitu sama ada kelas 1, kelas 2 atau kelas 3. Caj

perkhidmatan kesihatan di kelas 3 adalah sangat berpatutan dan

dapat memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat

akses kepada perkhidmatan kesihatan dengan kadar caj yang

murah.

2. Untuk makluman, Kerajaan telah pun mengemaskini caj

perubatan bagi warganegara iaitu sepertimana yang terkandung

di dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

Pengemaskinian ini melibatkan kenaikan kadar caj kelas 1

sebanyak 50% yang merangkumi caj wad, rawatan, siasatan dan

pembedahan, kenaikan kadar caj wad sahaja bagi kelas 2 sebanyak

25% termasuklah tambahan dan pengemaskinian prosedur. Kadar

caj bagi kelas 3 pula adalah dikekalkan sebagaimana Perintah

Fi (Perubatan) 1982.

Page 301: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 85

3. Pada masa ini, Kerajaan masih mengekalkan caj pesakit luar sedia

ada sebanyak RM1 untuk memastikan semua rakyat Malaysia

mempunyai peluang menikmati kemudahan kesihatan yang

disediakan oleh Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga akan

melaksanakan kajian dari semasa ke semasa agar pengenaan caj

sedia ada di fasiliti KKM mampu menampung kos bebanan

perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

Page 302: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI

menyatakan tempoh minimum dan maksimum (dalam bentuk jam)

seseorang pensyarah untuk mengajar supaya membolehkan masa

mereka membuat penyelidikan dan penulisan seiring dengan hasrat

Kerajaan untuk menjadikan universiti awam setaraf dengan universiti

terkemuka dunia terutama dalam bidang penyelidikan.

Page 303: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 86

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi amat menggalakkan staf akademik di

universiti awam terlibat dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan; konsultasi;

serta penerbitan jurnal-jurnal ilmiah agar aktiviti ini dapat diterapkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai usaha untuk memastikan aktiviti-aktiviti penyelidikan; konsultasi;

serta penerbitan jurnal-jurnal ilmiah dapat dilaksanakan dengan teratur,

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menyediakan Garis Panduan

Beban Staf Akademik sebagai rujukan kepada universiti awam untuk

menentukan jumlah jam mengajar yang bersesuaian bagi staf akademik.

Secara amnya, pengajaran formal setiap minggu adalah tidak

melebihi 18 jam kontak dan jumlah ini perlu diselaras semula

sekiranya staf akademik tersebut terlibat dalam tugas-tugas

berkaitan dengan aktiviti ilmiah (scholarly activities), penyelidikan,

khidmat perundingan serta tugas-tugas pentadbiran yang lain.

Beban mengajar juga tertakluk kepada standard dan kriteria bidang serta

keperluan badan profesional yang berkaitan.

Universiti awam juga bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan

kepada staf akademik yang terlibat dalam aktiviti ilmiah dari aspek agihan

beban mengajar; pelepasan cuti untuk menjalankan penyelidikan;

sabatikal; dan penajaan. Perkara ini selaras dengan ketetapan standard

Page 304: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 86

dalam Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme

Accreditation, COPPA) perkara 4.2.6.

Universiti awam turut diwajibkan untuk mengisytiharkan data dan

pencapaian dalam penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan

inovasi (RDC&I) berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam instrumen

Malaysia Research Assessment (MyRA®) pada setiap tahun.

Berdasarkan instrumen tersebut, pelbagai tanda aras atau dengan izin

benchmark dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berkaitan penyelidikan

telah ditetapkan. Sebagai contoh, tanda aras (benchmark) ideal yang

ditetapkan untuk penerbitan artikel dalam Jurnal Berindeks

SCOPUS/WOS/ERA adalah sebanyak dua (2) buah artikel bagi setiap

staf akademik untuk setiap tahun. Tanda aras tersebut merupakan

panduan untuk setiap Universiti Awam merancang dan menjalankan

aktiviti penyelidikan masing-masing selaras dengan kuasa autonomi dan

kapasiti dana penyelidikan bagi universiti berkenaan ke arah menjadi

universiti terkemuka dunia terutamanya dalam bidang penyelidikan.

Berdasarkan tanda aras ini juga, universiti awam boleh merancang untuk

mengimbangi waktu jam mengajar staf akademik serta masa

menjalankan penyelidikan dan penulisan. Ini sekali gus bagi menjamin

kualiti penyelidikan dan penulisan di Universiti Awam setaraf dan standing

dengan universiti terkemuka dunia.

Sekian, terima kasih.

Page 305: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan data berkenaan

permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang telah diluluskan

Kementerian sepanjang tahun ini dari Januari sehingga Ogos.

Page 306: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 87

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Behormat,

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan

pada 5 Jun 2020 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia adalah salah satu

pendekatan inklusif dan holistik oleh Kerajaan dalam usaha memulihkan

ekonomi Malaysia. Di bawah PENJANA, Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diperuntukkan sebanyak

RM45 juta bantuan sosial kepada ibu tunggal bagi meringankan beban

mereka.

Bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Ibu Tunggal

(BKIT) ini dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

BKIT merupakan bantuan kewangan berjumlah RM300.00 yang dibayar

secara one-off kepada ibu tunggal yang layak. Sebanyak 22,390

permohonan telah diluluskan sehingga 17 Ogos 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 307: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik perceraian

rumah tangga yang berlaku sepanjang PKP dilaksanakan dan punca-

puncanya.

Page 308: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 88

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, agensi Kerajaan yang

bertanggungjawab untuk mendaftarkan perkahwinan dan perceraian bagi

pasangan beragama bukan Islam ialah Jabatan Pendaftaran Negara

(JPN), Kementerian Dalam Negeri. Manakala statistik bagi pendaftaran

kes cerai bagi orang Islam adalah di bawah bidang kuasa Jabatan

Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan statistik kes cerai bagi orang

Islam pula di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

JPN turut mengemas kini suatu rekod perkahwinan melalui sesuatu dikri

perceraian atau pembatalan perkahwinan yang dikeluarkan oleh pihak

Mahkamah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui

Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Untuk

makluman, JPN menerima dan mendaftarkan perceraian pasangan

beragama bukan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 24 Ogos 2020, sebanyak 4,238

perceraian pasangan beragama bukan Islam telah didaftarkan.

Kes-kes cerai yang didaftarkan oleh JKSM sepanjang tempoh PKP

adalah meliputi kes Tuntutan Fasakh, Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai,

Tuntutan Perceraian, Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq dan Tuntutan

Pengesahan Cerai Taklik. Pendaftaran kes cerai di mahkamah syariah

seluruh negara sepanjang tempoh PKP (18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020)

adalah sebanyak 11 kes sahaja. Manakala dalam tempoh PKPB (4 Mei

Page 309: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 88

2020 hingga 9 Jun 2020) pula kes cerai di mahkamah syariah seluruh

negara yang didaftarkan adalah sebanyak 3,708 kes.

Sekian, terima kasih.

Page 310: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana gangguan

kesejahteraan psikologi berlaku dalam kalangan warga emas dan statistik

kes kematian warga emas akibat bunuh diri.

Page 311: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 89

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Gangguan kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas adalah

keadaan ketidakmampuan individu menghadapi tekanan kehidupan dan

merasakan diri mereka disisihkan, berasa sunyi dan tidak dipedulikan,

kecewa, masalah kemurungan dan kehidupan adalah penuh dengan

kesengsaraan.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Jun

2020, terdapat seramai 2,320 orang warga emas yang mengalami

gangguan dalam kesejahteraan psikologi, diberi perlindungan di institusi

JKM iaitu di Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan. Sehingga Jun

2020, seramai 566 warga emas mendapatkan perkhidmatan intervensi

kaunseling dari JKM dengan bulan April 2020 mencatatkan bilangan

tertinggi iaitu seramai 257 orang yang membabitkan masalah kewangan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

melalui JKM menyediakan perkhidmatan intervensi iaitu intervensi

kaunseling termasuk telekaunseling, intervensi psikopendidikan /

psikoterapi, intervensi krisis dan sokongan psikologi serta bimbingan dan

konsultasi bagi menangani gangguan kesejahteraan psikologi kepada

komuniti dan kumpulan sasar termasuk warga emas.

Berdasarkan statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

seperti yang dilaporkan ke Pusat Informatik Kesihatan KKM, bilangan

Page 312: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 89

kematian warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas akibat

mencederakan diri sendiri dari tahun 2014 hingga 2019 adalah sebanyak

47 kes.

Sekian, terima kasih.

Page 313: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian

dalam memastikan setiap rakyat yang sudah berkeluarga memiliki rumah

sendiri.

Page 314: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 90

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha pihak Kementerian

bagi memastikan setiap rakyat yang telah berkeluarga memiliki rumah

adalah melalui penyediaan rumah di bawah program dan skim

perumahan seperti berikut:

i) Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki yang

menawarkan rumah PPR berharga RM35,000 seunit di

Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di

Sabah/Sarawak kepada pembeli rumah pertama dari golongan

B40 berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;

ii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang

menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama

dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di

bawah RM10,000 sebulan;

iii) Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara

Berhad (SPNB) di mana pemohon yang berkelayakan dan

memiliki tanah sendiri boleh memohon program Rumah Mesra

Rakyat (RMR) untuk membina rumah dengan harga RM75,000

hingga RM106,500 serta subsidi Kerajaan berjumlah RM20,000

manakala baki RM55,000 hingga RM86,500 dibiayai melalui

Page 315: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 90

pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik

ansuran yang lebih rendah;

iv) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang

merupakan program khusus kepada penjawat awam dalam

kalangan B40 dan M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah

dari harga pasaran; dan

v) Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada

golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah

RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah.

2. Kerajaan juga kekal komited memastikan aksesibiliti rakyat untuk

memiliki rumah melalui inisiatif pembiayaan perumahan seperti

berikut:

i) Skim pembiayaan kewangan fleksi yang menawarkan pakej

pinjaman menyeluruh merangkumi pembayaran berperingkat

dan pembeli yang layak boleh membayar ansuran bulanan

pinjaman rumah yang lebih rendah daripada pinjaman biasa.

Antara syarat permohonan skim ini adalah pendapatan isi rumah

di bawah RM5,000 manakala nilai hartanah di bawah

RM300,000;

ii) Pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam

di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

(LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30

Page 316: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 90

tahun kepada 35 tahun dan tempoh pembiayaan kedua daripada

25 tahun kepada 30 tahun; dan

iii) Jaminan Cagamas SRP Berhad untuk membantu golongan

muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah

untuk memiliki rumah. Cagamas SRP akan menjamin 10%

daripada pembiayaan berkenaan;

3. Selain itu, antara inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan adalah

melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) 2020. Pelan

ini menggalakkan pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat melalui

Kempen Pemilikan Rumah / Home Ownership Campaign (HOC)

2020. Insentif oleh Kerajaan diberikan melalui pengecualian duti setem

dan insentif oleh pemaju perumahan pula melalui diskaun harga jualan

sekurang-kurangnya sebanyak 10%.

Sekian, terima kasih.

Page 317: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan ajah Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan sama ada wujud lambakan prosiding kes perceraian susulan

pelaksanaan SOP sepanjang tempoh PKP.

Page 318: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 91

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertanggungjawab mendaftarkan

perkahwinan dan perceraian bagi pasangan beragama Bukan Islam

termasuklah mengemaskini suatu rekod perkahwinan melalui sesuatu

dikri perceraian atau pembatalan perkahwinan yang dikeluarkan oleh

pihak Mahkamah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui

Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Dalam

hal ini, urusan berkaitan prosiding kes perceraian pasangan beragama

Bukan Islam adalah di bawah bidang kuasa pihak Mahkamah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPN menerima dan mendaftarkan

perceraian pasangan beragama Bukan Islam sepanjang tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020. Berdasarkan rekod JPN

bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 24 Ogos 2020, sebanyak 4,238

perceraian pasangan beragama Bukan Islam telah didaftarkan.

Sekian, terima kasih.

Page 319: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat membina lebih banyak premis

perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa dalam keganasan

rumah tangga.

Page 320: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 92

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan projek

rintis untuk memperluas perkhidmatan dengan menjadikan dua (2) buah

Rumah Perlindungan Wanita ATIPSOM sebagai Rumah Transit

Sementara bagi mangsa kes Keganasan Rumah Tangga di bawah Akta

Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] dengan kerjasama semua

agensi di bawah penguatkuasaan KPWKM serta Pertubuhan Bukan

Kerajaan (NGO) terlibat.

Dua (2) buah rumah tersebut terletak di Kelantan dan Kota Kinabalu,

Sabah bermula Julai 2020 yang lalu. Sesi libat urus dengan agensi serta

NGO terlibat juga telah dilaksanakan pada 29 Jun 2020 (Kelantan) dan

9 Julai 2020 (Kota Kinabalu).

Sekian, terima kasih.

Page 321: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status

cadangan pelaksanaan pengasingan bilik kanak-kanak berlainan jantina

seawal tujuh tahun bagi mengelakkan berlakunya kes sumbang mahram.

Page 322: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 93

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sumbang mahram merupakan satu gejala yang semakin serius yang

bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat, malahan pihak kerajaan

pada masa kini. Kes sumbang mahram ini sangat membimbangkan

apabila ianya terjadi dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Walhal,

keluarga merupakan institusi yang paling selamat kepada anak-anak

untuk mendapatkan pemeliharaan dan perlindungan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

memandang serius berkenaan perkara ini dan tegas berpendirian bahawa

perlunya pengasingan bilik kanak-kanak yang berlainan jantina apabila

telah mencapai usia 7 hingga 10 tahun. KPWKM turut berpandangan

bahawa pengasingan bilik kanak-kanak juga merupakan asas yang

penting dalam pendidikan dan pengurusan seksual anak-anak.

Dalam hal ini, Dasar Perumahan Negara (2018-2025) di bawah

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah

menggariskan berkenaan keperluan kepada perumahan yang berkualiti

untuk semua. Tambahan pula, Standard Industri Pembinaan yang telah

dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) juga telah menetapkan

bilangan bilik tidur bagi setiap unit kediaman hendaklah tidak kurang

daripada tiga (3) buah bilik.

Page 323: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 93

Ini menunjukkan Kerajaan peka akan keperluan asas bagi menjamin

kesejahteraan sesebuah keluarga. Oleh itu, pembinaan rumah kos

rendah yang hanya memiliki dua (2) buah bilik hendaklah diperhalusi

semula bagi menangani masalah sosial seperti sumbang mahram yang

kebanyakannya melibatkan keluarga yang mempunyai tahap ekonomi

yang rendah.

Dengan adanya usaha-usaha berterusan seperti ini, bukan sahaja kita

dapat memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selesa, malahan

dapat membendung salah laku seksual ke atas kanak-kanak di negara

ini.

Sekian, terima kasih.

Page 324: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD

SALLEH

Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM

NEGERI menyatakan jumlah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang

berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan

apakah yang menyebabkan sesebuah permohonan untuk berdaftar di

bawah ROS ditolak.

Page 325: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 94

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)

sehingga 18 Ogos 2020, sebanyak 213,457 pertubuhan induk dan

cawangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara telah

didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, Seksyen 7 Akta 335 memperuntukkan alasan

penolakan pendaftaran sesebuah pertubuhan seperti berikut:-

a. Cawangan kepada sesebuah pertubuhan yang pendaftarannya

dibatalkan di bawah Seksyen 13(1)(c) Akta 335;

b. Berlaku pertikaian di antara Ahli-Ahli pertubuhan itu;

c. Sesebuah pertubuhan itu melanggar peruntukan di bawah Akta 335

dan memudaratkan keselamatan awam;

d. Sesebuah pertubuhan itu diisytiharkan menyalahi undang-undang di

bawah Seksyen 5 Akta 335;

e. Sesebuah pertubuhan itu didapati tidak wujud; atau

f. Nama dan visi penubuhan sesebuah pertubuhan itu didapati

mengelirukan atau serupa dengan pertubuhan sedia ada yang telah

didaftarkan.

Sekian, terima kasih.

Page 326: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN HAJJAH NURIDAH BINI MOHD SALLEH

Puan Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh minta PERDANA MENTERI

menyatakan status terkini bantuan Musa'adah COVID-19 berserta jumlah

bantuan yang telah disalurkan dan berapa ramai yang telah mendapat

manfaat daripada bantuan tersebut.

Page 327: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 95

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

1 Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, program

Musa’adah Covid-19 merupakan suatu inisiatif yang telah digerakkan oleh

agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

seawal 18 Mac 2020 dan masih berterusan hingga kini. Matlamat utama

pelaksanaan program ini adalah bagi membantu kumpulan sasar yang

terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan oleh setiap agensi

berdasarkan kapasiti masing-masing. Untuk pengetahuan sidang dewan

yang mulia, sehingga 31 Julai 2020, nilai bantuan yang dibelanjakan di

bawah program Musa’adah Covid-19 telah mencecah RM348,415,042.90.

Ia telah memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 700 ribu individu di

seluruh Malaysia merangkumi golongan asnaf fakir dan miskin, golongan

B40, gelandangan, golongan kelainan upaya (OKU), masyarakat orang Asli,

para pelajar serta petugas barisan hadapan termasuk kepada komuniti

bukan Muslim.

3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensinya

seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf, Zakat

dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kehakiman

Syariah Malaysia (JKSM), Lembaga Tabung Haji, Institut Kefahaman Islam

Page 328: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 95

Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf

Malaysia (YWM) dan AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) telah

menyalurkan bantuan yang memberikan manfaat secara langsung kepada

kumpulan sasar yang telah dinyatakan dalam bentuk bantuan wang tunai

secara one off, barangan keperluan asas dan pek makanan harian.

4. Dalam mendepani penularan Covid-19, aspek pendidikan turut

diberikan perhatian apabila pengecualian bayaran tadika dan taska di bawah

kelolaan MAIWP bernilai RM0.88 juta diberikan kepada para ibu bapa bagi

bulan April hingga Jun 2020. Selain itu, bantuan one-off sebanyak RM21 juta

turut diberikan kepada tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan

sekolah agama swasta yang berdaftar dengan pihak berwajib di seluruh

negara.

5. Tambahan itu, seramai 240 orang penyewa premis milik MAIWP turut

mendapat manfaat apabila diberikan pengecualian dan pengurangan

bayaran sewa premis selama tiga bulan.

6. Sebagai menghargai usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

dalam menangani wabak Covid-19, MAIWP telah menyumbang sebanyak

RM3.3 juta kepada 7 buah hospital bagi tujuan pembelian peralatan

pernafasan. Selain itu, MAIWP turut menyalurkan RM4.8 juta kepada Agensi

Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan pembelian keperluan

perubatan seperti pelitup muka, thermometer dan pensanitasi tangan.

Tuan Yang di-Pertua,

Page 329: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 95

7. Selain sumbangan berbentuk material, JAKIM telah mengambil

langkah proaktif dengan menubuhkan Bilik Gerakan MyCareCoV19. Modus

operandi Bilik Gerakan MyCareCoV19 ini ialah sedaya upaya untuk

memeluk emosi golongan yang terjejas akibat PKP tanpa mengira kaum dan

agama melalui khidmat nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada

mereka. Inisiatif ini juga mendapat sokongan Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Selain itu langkah proaktif yang

dilakukan oleh MyCareCoV19 ini ialah dengan menghubungi kumpulan

sasar yang dicadangkan oleh KPWKM, KPKT, KBS dan KWP.

Sekian, terima kasih.

Page 330: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan

senarai penambahbaikan bagi memperkasa hak wanita melalui

peruntukan dan pelaksanaan Akta dan Enakmen berkaitan keluarga

Islam sejak dari 1984-2020.

Page 331: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 96

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)

1984 [Akta 303] telah mula berkuat kuasa pada 29 April 1987. Sejak Akta

ini mula berkuat kuasa, Akta ini telah dipinda sebanyak empat kali seperti

yang berikut:

(i) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)

(Pindaan) 1992 [Akta A828];

(ii) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)

(Pindaan) 1994 [Akta A902];

(iii) Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan

Ubah Suaian Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah

Persekutuan) 1984) 2002 [P.U.(A) 247/2002]; dan

(iv) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) (Pindaan) 2006 [Akta A1261].

Antara pindaan-pindaan yang telah dibuat bagi memperkasa dan

menjamin hak atau kepentingan wanita di bawah Akta 303 adalah

Page 332: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 96

pindaan kepada seksyen 12 melalui Akta Undang-Undang Keluarga

Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1994 [Akta A902].

Peruntukan asal seksyen 12 memperuntukan bahawa semua

perkahwinan yang bersalahan dengan Akta 303 tidak boleh didaftarkan.

Namun, bagi menjamin hak wanita sentiasa dilindungi, seksyen 12 telah

dipinda dengan membenarkan suatu perkahwinan yang telah

diupacarakan berIawanan dengan mana-mana peruntukan Akta ini tetapi

sebaIiknya sah mengikut Hukum Syara' boleh didaftarkan di bawah Akta

ini dengan perintah daripada Mahkamah Syariah.

Walaupun wanita tersebut telah berkahwin tanpa kebenaran, pindaan ini

melindungi hak-hak wanita tersebut dan mengelakkan wanita tersebut

dizalimi atau diabaikan oleh suami khususnya berkaitan hak terhadap

nafkah, harta sepencarian dan harta pusaka suaminya.

Seterusnya, berdasarkan peruntukan asal seksyen 13, seorang wanita

tidak boleh berkahwin selagi mana wali bagi wanita tersebut tidak dapat

ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab

yang mencukupi.

Bagi mengelakkan wanita tersebut terus dinafikan haknya untuk

berkahwin, seksyen 13 tersebut telah dipinda melalui Akta Undang-

Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan)

1994 [Akta A902].

Melalui pindaan tersebut, wanita yang tidak dapat menemui walinya atau

walinya enggan untuk memberikan persetujuan, boleh mendapatkan

kebenaran untuk berkahwin melalui wali Raja.

Page 333: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 96

Bagi mengelakkan seseorang suami sewenang-wenangnya menafikan

anak yang terhasil daripada perkahwinan yang sah, Akta A902 telah

memasukkan peruntukan seksyen 50A yang membenarkan perceraian

secara li’an.

Peruntukan ini secara langsung menjaga maruah seorang wanita yang

dituduh berzina oleh suaminya dan menghalang suami tersebut untuk

mengelak daripada kewajipan menanggung nafkah anak itu.

Selain daripada pindaan seksyen 12, 13 dan 50A tersebut, seksyen 107A

turut dipinda melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-

Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2006 [Akta A1261].

Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan Mahkamah Syariah membuat

suatu perintah larangan terhadap pelupusan harta sepencarian oleh isteri

atau suami jika apa-apa prosiding hal ehwal suami isteri masih belum

selesai di Mahkamah Syariah. Hal ini bagi menjamin hak wanita terhadap

suatu harta yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan itu dilindungi

daripada apa-apa usaha untuk menafikan hak wanita tersebut.

Pindaan-pindaan ini dibuat bagi menjamin peruntukan undang-undang

tersebut selaras dengan Hukum Syarak dan relevan dengan situasi

semasa.

Selain daripada pindaan-pindaan yang telah dibuat, Kerajaan juga dari

semasa ke semasa sentiasa menjalankan kajian bagi menambahbaik

peruntukan undang-undang di bawah Akta ini.

Page 334: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 96

Antara peruntukan yang sedang dalam peringkat kajian adalah seperti

yang berikut:

(i) menambahbaik peruntukan berkaitan tatacara permohonan

untuk mendapatkan kebenaran berkahwin di bawah umur

minimum bagi menjamin hak wanita tersebut selepas

daripada perkahwinan yang dicadangkan itu terjamin;

(ii) meningkatkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang

diperuntukkan di bawah Akta 303. Sebagai contoh:

(a) kesalahan bagi poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Syariah di bawah seksyen 123 Akta 303:

Peruntukan ini hanya memberi kuasa kepada

Mahkamah Syariah menghukum mana-mana lelaki

yang melakukan poligami tanpa mendapat kebenaran

secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah didenda

tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak

melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Oleh itu, terdapat cadangan untuk meningkatkan

hukuman terhadap kesalahan ini bagi mengelakkan

seseorang lelaki melakukan poligami tanpa kebenaran

Mahkamah Syariah. Hal ini secara langsung akan

menjaga hak-hak isteri yang sedia ada dan bakal isteri

yang akan dikahwini oleh lelaki itu.

Page 335: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 96

(b) Kesalahan perceraian di luar Mahkamah Syariah dan

tanpa kebenaran Mahkamah Syariah di bawah seksyen

124 Akta 303:

Bagi mengelakkan seorang suami sewenang-

wenangnya menceraikan isterinya tanpa kebenaran

Mahkamah Syariah, Kerajaan telah memperuntukkan

kesalahan perceraian di luar Mahkamah Syariah dan

tanpa kebenaran Mahkamah Syariah di bawah seksyen

ini. Namun, hukuman yang diperuntukkan di bawah

seksyen ini hanyalah denda tidak melebihi satu ribu

ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan

atau kedua-duanya.

Terdapat keadaan di mana seorang suami bertindak

menceraikan isterinya di luar Mahkamah Syariah dan

tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Seterusnya tidak

memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak isteri

semasa isteri tersebut membuat permohonan untuk

mengesahkan perceraian itu di Mahkamah Syariah.

Bagi menghalang perkara ini dari terus berlaku, adalah

wajar hukuman bagi kesalahan ini ditingkatkan

seterusnya mengelakkan mana-mana suami

menceraikan isterinya tanpa kebenaran Mahkamah

Syariah.

Sekian, terima kasih.

Page 336: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kes perceraian

melibatkan Islam dan bukan Islam dari tahun 2010-2020 dan faktor utama

yang menyumbang kepada isu tersebut.

Page 337: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 97

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pembubaran perkahwinan menerusi perceraian merupakan isu yang

mendapat sering menjadi perhatian banyak pihak di negara ini. Jabatan

Perangkaan Malaysia selaku agensi bertanggungjawab dalam

mengumpul data perkahwinan dan penceraian orang Islam dan bukan

Islam telah melaporkan bilangan perceraian secara keseluruhan telah

mencatatkan penurunan sebanyak 3.2 peratus daripada 51,642 (bagi

tahun 2016) kepada 49,965 (bagi tahun 2017).

Walau bagaimanapun, statistik terkini penerbitan Perangkaan

Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2019 mendapati bilangan

perceraian meningkat sedikit 0.1 peratus daripada 50,314 (bagi tahun

2017) kepada 50,356 (bagi tahun 2018). Daripada jumlah tersebut,

pecahan bilangan perceraian orang Islam yang direkodkan pada tahun

2017 adalah 39,709, iaitu penurunan 3.2 peratus berbanding 41,030 pada

tahun 2016 sebelum meningkat sedikit 1.4 peratus pada tahun 2018

kepada 40,269.

Bagi orang bukan Islam pula, kadar penceraian menurun 3.4 peratus

daripada 10,612 (bagi tahun 2016) kepada 10,256 (bagi tahun 2017) dan

terus menurun 4.9 peratus kepada 10,087 pada tahun 2018.

Page 338: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 97

Jadual 1: Bilangan Perceraian dan Kadar Perceraian Kasar (CDR),

Malaysia, (2016 – 2018)

Tahun Bilangan penceraian Kadar

(bagi setiap 1,000

penduduk)

Malaysia Orang

Islam

Orang

Bukan

Islam

Malaysia Orang

Islam

Orang

Bukan

Islam

2016 51,642 41,030 10,612 1.6 2.1 0.9

2017 50,314 39,709 10,605 1.6 2.0 0.9

2018 50,356 40,269 10,087 1.6 2.0 0.8

Page 339: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 97

Faktor Utama Penceraian

Dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) oleh

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada

tahun 2014 mendapati lebih separuh (56.2%) lelaki menyatakan punca

utama mereka bercerai/berpisah adalah kerana tiada persefahaman. Ini

diikuti dengan isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua/ ipar-duai

(10.0%). Manakala bagi wanita pula, lebih satu pertiga (38.0%)

menyatakan punca utama mereka bercerai/berpisah adalah kerana tiada

persefahaman. Ini diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak

bertanggungjawab (15.2%).

Sekian, terima kasih.

Page 340: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan

statistik kes di mahkamah syariah mengikut jenis dari tahun 2010-2020.

Adakah benar kes melibatkan tuntutan nafkah adalah yang paling tinggi.

Page 341: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 98

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan statistik kes mahkamah syariah yang dijana melalui sistem

E-Syariah mengikut jenis dari tahun 2010-2020, didapati bahawa

perincian kes tuntutan nafkah adalah seperti berikut;-

1. Nafkah isteri - 3,077 kes

2. Nafkah anak - 31,351 kes

3. Nafkah iddah - 13,571 kes

4. Tunggakan nafkah - 3,996 kes

5. Mutáh - 14,875 kes

Kes yang paling banyak direkodkan bagi tempoh tersebut adalah kes

tuntutan perceraian sebanyak 275,570 kes, tuntutan pengesahan lafaz

cerai sebanyak 191,728 kes dan permohonan Sijil Faraid/Akuan Pusaka

sebanyak 157,327 kes.

Statistik kes mal di mahkamah syariah mengikut jenis dari tahun 2010-

2020 adalah seperti di Lampiran A.

Sekian, terima kasih.

Page 342: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 98

Lampiran A

Statistik Kes Mal Di Mahkamah Syariah Mengikut Jenis Dari Tahun

2010-2020

Kod

Kes

Jenis Kes Kod Nama Jumlah

001 001 - Rayuan 357

002 002 - Permohonan Kebenaran Merayu 231

003 003 - Semakan 2,040

004 004 - Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar

Malaysia

150

005 005 - Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan 1,328

006 006 - Permohonan Pengesahantarafan Anak 6,402

007 007 - Tuntutan Pengesahan Waqaf 43

009 009 - Tuntutan Gantirugi Pertunangan 172

010 010 - Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah 56,307

011 011 - Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami 18,889

012 012 - Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami 21,531

013 013 - Tuntutan Perisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab

Pertukaran Agama

1,249

014 014 - Tuntutan Fasakh 75,546

015 015 - Permohonan Anggapan Mati 93

016 016 - Tuntutan Muta'ah 14,875

017 017 - Tuntutan Harta Sepencarian 14,912

018 018 - Tuntutan Nafkah Isteri 3,077

019 019 - Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya 5

020 020 - Tuntutan Cagaran Nafkah 4

021 021 - Tuntutan Nafkah Eddah 13,571

022 022 - Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak/Isteri/Lain-lain 5,299

023 023 - Tuntutan Tunggakan anak/isteri/lain-lain 3,996

024 024 - Tuntutan Nafkah Anak 31,351

025 025 - Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah

Anak

3,051

Page 343: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 98

026 026 - Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah

Anak

1,084

027 027 - Tuntutan Membatalkan Perintah Nafkah anak/isteri/lain-

lain

915

028 028 - Tuntutan Hadhanah 41,206

029 029 - Tuntutan Pemecatan Penjagaan Anak 6

030 030 - Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak

Yang Belum Dewasa

3

031 031 - Permohonan Penjaga Diri/Harta/Anak Yatim 2,656

032 032 - Permohonan Pembekuan Transaksi Harta 506

033 033 - Permohonan Penguatkuasa Perintah Nafkah 926

034 034 - Permohonan Perlaksanaan Perintah Mahkamah 1,655

035 035 - Tuntutan Ganishment/Hiwalah 13

036 036 - Permohonan Perintah Menghina Mahkamah 421

037 037 - Tuntutan Penghutang Penghakiman 7,895

038 038 - Permohonan Perintah Interim 7,531

039 039 - Permohonan Pengesahan Wasiat 577

040 040 - Permohonan Sijil Faraid/Akuan Pusaka 157,237

041 041 - Permohonan Interlokutori 2,857

042 042 - Permohonan Faraq Nikah 1,584

043 043 - Permohonan Pengisytiharan Status Agama 2,000

044 044 - Permohonan Pengesahan Hibah 5,468

045 045 - Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut 6

046 046 - Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab/Ahli Waris 1,258

047 047 - Permohonan Mendakwa/Membela Sebagai Orang Miskin 24

049 049 - Tuntutan Gantirugi Perkahwinan/Hutang Perkahwinan 1,053

050 050 - Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur 10,810

051 051 - Permohonan Wali Hakim/Am 93,981

052 052 - Tuntutan Wali Enggan/Engkar 4,879

053 053 - Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan Yang

Bercerai Tanpa Eddah/Janda Berhias

16

054 054 - Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai 191,728

Page 344: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 98

055 055 - Tuntutan Perceraian 275,550

056 056 - Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq 1,575

057 057 - Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik 32,150

058 058 - Tuntutan Sabitan Nusyuz 3,925

059 059 - Tuntutan Hak Tempat Tinggal 15

060 060 - Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama

Semula

59

061 061 - Permohonan Pengesahan Rujuk 10,905

062 062 - Tuntutan Isteri Kembali Taat 3,227

063 063 - Tuntutan Mas Kahwin 95

064 064 - Tuntutan/Permohonan Menangguhkan Perlaksanaan

Perintah

673

065 065 - Notis Permohonan Peguam Syarie 1,981

066 066 - Permohonan Perubahan Perintah Harta Pusaka 963

067 067 - Tuntutan Ila' 3

068 068 - Tuntutan Zihar 9

069 069 - Tuntutan Li’an 40

070 070 - Permohonan Menghidupkan Semula Kes 1,460

071 071 - Perlantikan Pentadbir Harta 7,126

072 072 - Tuntutan/Permohonan penyelesaian/penjelasan hutang si

mati

40

073 073 - Perintah Penyitaan Dan Penjualan 17

074 074 - Perintah Pengkomitan-Pelaksanaan Peghakiman Bagi

Penyerahan Anak

270

075 075 - Perintah Pengkomitan - Penguatkuasaan Penghakiman

Untuk Menahan Diri Dari Melakukan Sesuatu Perbuatan

443

076 076 - Notis Penghakiman 960

077 077 - Permohonan Melanjutkan Tempoh Rayuan 1,100

078 078 - Permohonan Notis Tunjuk Sebab 392

079 079 - Permohonan Pengesahan Eddah 10

080 080 - Permohonan Memulakan Proseding Baru Bagi Kes-kes

Yang Ditarik Balik

365

081 081 - Permohonan Pentaksiran Kos 68

Page 345: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 98

082 082 - Permohonan Perintah Bersaling 153

083 083 - Tuntutan Hak Jagaan Anak Tak Sah Taraf 395

084 084 - Tuntutan Nafkah Anak Tak Sah Taraf 96

085 085 - Faraq Nikah 108

099 099 - Lain-lain 10,021

Page 346: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan

statistik pasangan yang diberi proses intervensi: sulh, hakam, kaunseling

dari tahun 2015-2020 sebelum dimuktamadkan perceraian di mahkamah.

Page 347: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 99

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Proses intervensi yang melibatkan sulh dan hakam dilaksanakan di

premis mahkamah Syariah oleh pegawai yang dilantik. Sebaliknya proses

intervensi berbentuk kaunseling tidak dilaksanakan di premis mahkamah

Syariah, sebaliknya dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri

melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Berkaitan dengan proses sulh di mahkamah Syariah, Arahan Amalan

No.1 Tahun 2010 menetapkan bahawa hanya 18 jenis kes yang perlu

ditetapkan untuk proses sulh semasa pendaftaran kes dan ianya tidaklah

termasuk kes perceraian. Proses sulh di mahkamah Syariah adalah bagi

kes-kes yang melibatkan tuntutan-tuntutan harta dan hak penjagaan anak

(hadanah) sahaja. Oleh yang demikian, tiada sebarang statistik berkaitan

sulh di dalam kes-kes perceraian telah direkodkan.

Berkaitan dengan intervensi Hakam, biasanya akan melibatkan kes-kes

permohonan perceraian yang dibuat oleh pihak isteri di mana pihak suami

tidak bersetuju atau menentang permohonan tersebut. Kes-kes yang

melalui intervensi secara Hakam ada yang berakhir dengan perceraian

secara talak atau tebus talak dan ada juga sebahagian kes yang selesai

dengan perdamaian antara pihak-pihak. Dalam melaksanakan intervensi

Page 348: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 99

Hakam, kebanyakan negeri-negeri di Malaysia tidak mempunyai satu

kaedah khusus berkaitan tatacara Hakam kecuali di Negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, JKSM sebagai agensi penyelaras telahpun

memulakan usaha ke arah mewujudkan kaedah khusus Hakam di semua

negeri.

Berdasarkan statistik yang dijana melalui sistem E-Syariah, terdapat

sebanyak 2,333 kes telah direkodkan dari tahun 2015-2020 (setakat 19

Ogos 2020) yang telah diselesaikan melalui intervensi Hakam.

Intervensi berbentuk kaunseling bagi kes perceraian pula, tiada

peruntukan undang-undang secara khusus yang mewajibkan pasangan

Islam untuk hadir ke sesi kaunseling sebelum memfailkan perceraian di

mahkamah Syariah. Kaunseling pada peringkat ini adalah bersifat pilihan

dan boleh didapati di pejabat agama Islam daerah (PAID).

Sekian, terima kasih.

Page 349: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 100

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai dan

jumlah peruntukan kepada sekolah-sekolah Mubaligh di Sarawak dalam

Bajet 2020 dan adakah peruntukan seperti ini akan diteruskan dalam

Bajet 2021 nanti dan bagaimanakah peruntukan itu ditentukan dan

disalurkan kemudian.

Page 350: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 100

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyalurkan peruntukan

penyelenggaraan sebanyak RM50 juta pada tahun 2020 kepada 396

buah sekolah mubaligh di seluruh negara.

KPM telah menerima permohonan dari 16 buah sekolah mubaligh di

Negeri Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM2.15 juta sepertimana

perincian seperti berikut:

Bil Nama Sekolah Peruntukan (RM)

Dipohon Diagihkan

1 Sekolah Kebangsaan St. Stephen (M)

188,100.00 188,100.00

2 Sekolah Kebangsaan Kg. Gayu 151,977.00 151,977.00

3 Sekolah Kebangsaan St. Elizabeth 141,664.00 -

4 Sekolah Kebangsaan Pangkalan Kuud

126,308.00 -

5 Sekolah Kebangsaan Sira Krian Padawan

115,000.00 -

6 Sekolah Kebangsaan St. Philip 140,000.00 -

7 Sekolah Kebangsaan St. James Quop

13,500.00 -

8 Sekolah Kebangsaan St. Lawrence 264,000.00 -

9 Sekolah Kebangsaan St. Dunstan 70,000.00 -

10 Sekolah Kebangsaan St. Michael Plassu

100,000.00 -

11 Sekolah Kebangsaan St. Patrick 45,750.00 -

12 Sekolah Kebangsaan St. Augustine 140,500.00 -

Page 351: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 100

Bil Nama Sekolah Peruntukan (RM)

Dipohon Diagihkan

13 Sekolah Kebangsaan Sg. Amang 190,000.00 -

14 Sekolah Kebangsaan St. John Mantung

21,350.00 -

15 Sekolah Kebangsaan St. Norbert Paun Gahat

92,500.00 -

16 Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary

350,000.00 -

JUMLAH 2,150,649.00 340,077.00

Sehingga Ogos 2020, sebanyak RM340,077 telah disalurkan kepada dua

(2) buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan St. Stephen (M)

(RM188,100.00) dan Sekolah Kebangsaan Kg. Gayu (RM151,977.00)

melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masing-masing. Manakala

penyaluran kepada 14 buah sekolah yang memohon akan dilaksanakan

dalam tempoh terdekat setelah dokumen yang lengkap diserahkan

kepada KPM.

Bagi peruntukan tahun 2021, bantuan kepada sekolah mubaligh adalah

bergantung kepada kelulusan peruntukan yang diterima daripada

Kementerian Kewangan. Agihan peruntukan tersebut adalah berdasarkan

kepada permohonan dari sekolah dan akan disalurkan melalui Lembaga

Pengelola Sekolah berdasarkan garis panduan yang akan ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 352: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 101

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan

inisiatif yang telah dijalankan oleh (9) kluster di bawah NADMA bagi

menangani bencana wabak COVID-19.

Page 353: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 101

JAWAPAN

[YB DATUK SERI MOHD REDZUAN YUSOF, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah

Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP), termasuk di kawasan-kawasan di

bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),

terdapat 3 kluster yang aktif dalam membantu Kerajaan dan

masyarakat awam menghadapi pandemik COVID-19 iaitu Kluster

Kesihatan, Kluster Makanan dan Kluster Pendidikan.

2. Kluster Kesihatan diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

telah disokong oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti

Imam Response & Relief Team (IMARET), MERCY Malaysia, Bulan

Sabit Merah Malaysia, Malaysia Relief Agency (MRA), Islamic Relief

Malaysia (IRM), Yayasan Tzu Chi dan lain-lain NGO yang telah

membantu mengkoordinasikan bantuan kesihatan kepada petugas

kesihatan, barisan hadapan dan orang awam. Bantuan terdiri

daripada peralatan seperti Personal Protective Equipment (PPE),

khidmat kaunseling kepada para petugas dan orang awam dan lain-

lain bantuan bersifat perubatan dan kesihatan.

Page 354: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 101

3. Kluster Makanan yang diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

pula telah dipertanggungjawabkan mengkoordinasikan bantuan

makanan dan keperluan asas kepada stesen-stesen kuarantin dan

orang awam yang terjejas semasa PKP dilaksanakan. Sepanjang

PKP berlangsung, pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah

dan Negeri telah menjadi Pusat Sehenti (one stop centre) dalam

menyelaras dan menguruskan bantuan-bantuan oleh pelbagai pihak

termasuk NGO, syarikat swasta dan orang awam.

4. Di peringkat PKP Pemulihan dan seterusnya sehingga Disember

2020, NADMA juga menggerakkan Kluster Pendidikan bersama

rakan-rakan NGO untuk membantu memupuk Kempen

Pembudayaan Norma Baharu bagi mewujudkan pelaziman minda

(mind conditioning) masyarakat terhadap budaya baharu yang harus

diamalkan bagi memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.

Sebanyak 20 buah NGO terlibat dalam menjayakan kempen ini

kepada golongan sasaran masing-masing. Kluster ini akan

membantu menyebarluaskan aspek Pembudayaan Norma Baharu

dalam kalangan ahli masyarakat dalam setiap program yang akan

dilaksanakan oleh NGO yang berkaitan.

5. Selain daripada kluster-kluster yang disenaraikan di atas, terdapat

juga 6 kluster lain yang diwujudkan sebagai pendekatan pengurusan

bencana secara berfokus iaitu Kluster Pusat Pemindahan, Kluster

Keselamatan, Kluster Logistik, Kluster Komunikasi Kecemasan,

Kluster Water, Sanitation and Hygiene (WASH) dan Kluster

Perlindungan Sosial.

Sekian, terima kasih.

Page 355: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 102

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana

kejayaan hasrat Kerajaan mulai tahun 2015 untuk mengambil sejumlah 5000

orang rekrut memasuki PDRM dari kaum Cina dan adakah Kementerian

berhasrat juga untuk menjalankan latihan pengambilan rekrut di kawasan

pendalaman khasnya daripada kaum Dayak dan juga kaum orang Asli di

Semenanjung. Nyatakan juga senarai jumlah anggota PDRM mengikut

kaum dan negeri.

Page 356: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 102

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Daripada statistik PDRM, jumlah pengambilan yang layak daripada kaum

cina mulai tahun 2015 hingga tahun 2019 adalah seperti di dalam jadual

berikut;

TAHUN PENGAMBILAN JUMLAH

INSPEKTOR PRP/KONS

2015 71(L)/34 (W) 129 (L)/ 291 (W) 525

2016 29 (L)/10 (W) 26 (L)/ 5 (W) 70

2017 7 (L)/ 1 (W) 18 (L)/ 12 (W) 38

2018 29 (L)/5 (W) 25 (L)/ 2 (W) 61

2019 13 (L)/1 (W) 43 (L)/ 4 (W) 61

JUMLAH

KESELURUHAN

200 555 755

JADUAL 1: Statistik Pengambilan Yang Layak bagi Inspektor Dan Pegawai

Rendah Polis (PRP) & Konstabel (KONS) Kaum Cina.

Bagi pengambilan di Kawasan pendalaman, kaedah sedia ada diguna pakai

di mana Kaum Dayak adalah sama dikategorikan di bawah kaum bumiputera

yang lain. Manakala bagi pengambilan Orang Asli dibuat di bawah Skim

Perkhidmatan Khas untuk Orang Asli iaitu Pegawai Rendah Polis dan

Konstabel Orang Asli dengan Gred YP1.

Page 357: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 102

Kekuatan terkini PDRM mengikut pecahan bangsa dan Kontinjen adalah;

BIL KONTINJEN/

NEGERI

MELAYU CINA INDIA PUNJABI LAIN-

LAIN

BANGSA

JUMLAH

1 BUKIT AMAN 25,504 696 793 104 6,175 33,272

2 JOHOR 7,318 160 270 8 1,319 9,075

3 KEDAH 4,658 53 175 6 289 5,181

4 KELANTAN 3,684 36 43 2 257 4,022

5 KUALA

LUMPUR

7,366 145 399 15 900 8,825

6 MELAKA 2,257 32 81 1 27 2,498

7 NEGERI

SEMBILAN

3,782 45 175 1 271 4,274

8 PULAU

PINANG

4,749 100 287 6 458 5,600

9 PAHANG 4,823 46 126 1 302 5,298

10 PERAK 6,815 108 347 13 548 7,831

11 PERLIS 1,363 9 17 1 99 1,762

12 SABAH 2,804 149 93 2 4,033 7,081

13 SARAWAK 2,819 247 65 0 3,450 6,581

14 SELANGOR 11,701 198 604 22 1,521 14,046

15 TERENGGANU 2,952 12 21 0 142 3,127

JUMLAH

KESELURUHAN

92,868 2,036 3,496 182 19,891 118,473

Sekian, terima kasih.

Page 358: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 103

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan

projek di bawah Kementerian, khasnya di Sarawak seperti senarai

projek dan nilai yang telah diluluskan dalam RMK11, senarai projek yang

lulus di RMK11 dan di batal kemudian hingga bulan Februari 2020,

senarai projek dan nilai projek yang telah dibatalkan dan akan

dilaksanakan kemudian, senarai projek dan nilai yang sedang

dilaksanakan.

Page 359: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 103

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, secara amnya projek

pembangunan yang dijalankan di Sarawak dapat dibahagikan kepada

dua

(2) iaitu Projek Lebuh Raya Pan Borneo dan projek pembangunan di

bawah peruntukan Pembangunan P27 Kementerian Kerja Raya. Bagi

projek Lebuh Raya Pan Borneo dengan kos pembinaan berjumlah

RM16.117 bilion, keseluruhan 11 pakej kerja dari Telok Melano ke Miri

sedang dilaksanakan menggunakan peruntukan Dana Infra dan

Peruntukan Pembangunan.

Bagi projek pembangunan di bawah peruntukan Pembangunan P27

Kementerian Kerja Raya pula, terdapat 21 projek telah diluluskan,

dengan tiga (3) daripadanya telah dibatalkan dan digantikan dengan

satu projek baharu. Ini menjadikan jumlah terkini adalah sebanyak 19

projek dengan kos keseluruhan sebanyak RM13.2 bilion. Status bagi 19

projek tersebut adalah 14 telah siap sepenuhnya dan lima (5) sedang

dalam pelaksanaan.

Lima (5) projek yang sedang dalam pelaksanaan tersebut ialah:

1. Projek Sarawak-Sabah Link Road dengan kos sebanyak RM1.2

bilion;

Page 360: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 103

2. Menaiktaraf Laluan 8101 Jalan Datuk Musa Dari KM8 ke

Bulatan G3, Kota Samarahan, Sarawak dengan kos sebanyak RM229

juta;

3. Membina 27 lorong memotong di Jalan Persekutuan Utama

Negeri Sarawak dengan kos sebanyak RM220 juta;

4. Projek Pembinaan Jalan Akses Ke Kawasan Selatan Ke

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dengan kos

sebanyak RM129 juta; dan

5. Membina Flyover Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu

dengan kos sebanyak RM153 juta.

Sementara itu, terdapat satu (1) projek bawah Lebuh Raya Pan Borneo

Sarawak dan tiga (3) projek pembangunan P27 Kementerian Kerja

Raya telah dibatalkan butiran dan digantikan dengan projek baharu

iaitu Sarawak-Sabah Link Road Fasa I (Lawas ke Kampung Pa’

Berunut) sepanjang 90km dengan kos sebanyak RM1.2bilion. Projek-

projek yang telah dibatalkan ialah:

1. Projek Pan Borneo Fasa II (Jajaran Limbang-Lawas) dengan kos

RM5.4 bilion;

2. Membina Jambatan Batang Lupar, Bahagian Samarahan dengan

kos RM1.0 bilion;

3. Membina Jambatan Batang Igan dengan kos RM310.8 juta; dan

Page 361: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 103

4. Membina Jambatan Batang Rambungan, Matang, Kuching dengan

kos RM142.2 juta.

Bagi projek (2), (3) dan (4), Kerajaan Persekutuan mengambil maklum

bahawa pelaksanaan telah diteruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Page 362: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISANDEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai

calon yang telah dipanggil untuk menghadiri temuduga daripada pihak

SPA yang telah lulus dalam peperiksaan fizikal dan kelayakan akademik

dan gagal dalam peperiksaan ujian bertulis (Ujian Psikometrik) mengikut

kaum dan negeri.

Page 363: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 104

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam Malaysia (SPA) telah melaksanakan sebanyak 57 urusan

peperiksaan online atau lebih dikenali sebagai Public Service Entry Exam

(PSEE) bagi tempoh Januari sehingga Jun 2020. Komponen penilaian

yang digunakan dalam PSEE adalah meliputi ujian psikometrik dan ujian

aptitud. Ujian psikometrik mengukur aspek personaliti, sikap, minat

kerjaya, kompetensi dan lain-lain. Manakala ujian aptitud pula menilai

sikap terhadap kenegaraan, pengetahuan am, kesedaran organisasi,

pengetahuan bidang kerja dan kebolehan berfikir. Calon-calon yang

dipanggil menduduki PSEE merupakan calon yang telah melepasi tapisan

kelayakan akademik.

Statistik calon yang dipanggil, hadir, melepasi dan tidak melepasi

PSEE mengikut kaum dan negeri bagi tempoh Januari sehingga Jun

tahun 2020 adalah seperti berikut:

Page 364: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 104

Ujian Psikometrik (Mengikut Kaum)

Kaum Bil.

Permohonan

Bil. Calon

Dipanggil

Bil.

Calon

Hadir

Bil.

Calon

Melepasi

Bil.

Calon

Tidak

Melepasi

Melayu 1,434,882 41,661 25,110 6,435 18,675

Cina 14,628 478 263 84 179

India 38,756 1,661 832 188 644

Bumiputera

Sabah

168,166 5,400 3,539 817 2,722

Bumiputera

Sarawak

102,955

3,752 2,531 789 1,742

Orang Asli 5,236 89 52 7 45

Lain-lain 40,259 1,178 776 186 590

JUMLAH 1,804,882 54,219 33,103 8,506 24,597

Page 365: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 104

Ujian Aptitud (Mengikut Kaum)

Kaum Bil.

Permohona

n

Bil.

Calon

Dipanggi

l

Bil.

Calon

Hadir

Bil.

Calon

Melepas

i

Bil.

Calon

Tidak

Melepas

i

Melayu 1,347,307 248,768 133,09

5

27,523 105,57

2

Cina 11,609 3,279 1,738 211 1,527

India 34,097 4,811 2,191 403 1,788

Bumiputer

a Sabah

158,712 54,543 35,864 4,630 31,234

Bumiputer

a Sarawak

94,292

31,322 20,277 2,352 17,925

Orang Asli 4,946 816 338 50 288

Lain-lain 37,750 11,902 7,631 950 6,681

JUMLAH 1,688,713 355,441 201,13

4

36,119 165,01

5

Page 366: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 104

Ujian Aptitud (Mengikut Negeri)

Negeri Bil.

Permohona

n

Bil.

Calon

Dipanggi

l

Bil.

Calon

Hadir

Bil.

Calon

Melepas

i

Bil.

Calon

Tidak

Melepas

i

Johor 150,377 25,465 12,343 2,570 9,773

Kedah 153,341 26,365 13,765 3,050 10,715

Kelantan 212,996 39,516 20,741 4,982 15,759

Melaka 52,785 8,596 4,287 898 3,389

Negeri

Sembilan

61,191 9,881 4,997 1,043 3,954

Pahang 102,617 17,243 8,851 1,946 6,905

Pulau

Pinang

60,033 9,835 4,781 974 3,807

Perak 162,754 26,674 13,990 3,065 10,925

Perlis 25,466 4,347 2,351 518 1,833

Selangor 85,047 13,529 6,750 1,447 5,303

Terenggan

u

96,628 17,118 8,892 2,152 6,740

Sabah 247,178 84,292 54,681 6,946 47,735

Sarawak 166,257 54,333 35,082 3,498 31,584

WP Kuala

Lumpur

102,676 15,778 8,139 1,759 6,380

WP Labuan 6,776 2,093 1,294 1,219 75

WP

Putrajaya

37 4 1 0 1

Luar

Negara

2,554

372 189 52 137

JUMLAH 1,688,713

355,441 201,13

4

36,119 165,01

5

Page 367: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 104

SPA juga telah melaksanakan tiga (3) urusan ujian pemeriksaan

fizikal sepanjang tempoh Januari sehingga Jun 2020. Calon yang

menjalani ujian ini adalah calon yang telah melepasi ujian PSEE dan

hanya untuk skim tertentu yang mensyaratkan pemeriksaan fizikal.

Berikut merupakan statistik ujian pemeriksaan fizikal mengikut kaum:

Ujian Pemeriksaan Fizikal (Mengikut Kaum)

Kaum Bil. Calon

Dipanggil

Bil.

Calon

Hadir

Bil. Calon

Melepasi

Bil. Calon

Tidak

Melepasi

Melayu 3,836 2,005 844 1,161

Cina 19 6 4 2

India 130 79 27 52

Bumiputera

Sabah

269 151 47 104

Bumiputera

Sarawak

113 64 18 46

Orang Asli 2 1 1 0

Lain-lain 77 43 19 24

JUMLAH 4,446 2,349 960 1,389

Sekian, terima kasih.

Page 368: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PELANCONGAN, SENI

DAN BUDAYA menyatakan rancangan Kerajaan dalam membantu

industri perhotelan negara pasca pandemik COVID-19 yang terjejas

teruk berikutan pengumuman Kerajaan untuk menutup sempadan

negara.

Page 369: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 105

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pembukaan

pengoperasian semula sektor pelancongan domestik pada 10 Jun 2020

telah membolehkan penggiat industri pelancongan domestik seperti

industri perhotelan, homestay dan pemandu pelancong kembali aktif

untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan yang terhenti sebelum

ini.

2. Bagi membantu industri pelancongan untuk bangkit semula,

Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan menerusi

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN

PKS TAMBAHAN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri pelancongan dan

kebudayaan tempatan di seluruh negara. Bantuan ini bukan sahaja bagi

meneruskan kelangsungan aktiviti sedia ada malah boleh turut

digunakan untuk menambahbaik produk industri ini.

3. Antara insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Pakej

Rangsangan Ekonomi bagi membantu meringankan beban penggiat

industri pelancongan termasuk industri perhotelan adalah:

i. Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA sebanyak RM1

bilion bagi PKS sektor pelancongan;

ii. Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh

mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021;

Page 370: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 105

iii. Pelanjutan pengecualian cukai perkhidmatan ke atas

perkhidmatan penginapan mulai 1 September 2020 hingga

30 Jun 2021;

iv. Program Subsidi Upah di mana bayaran RM600 sebulan

bagi setiap pekerja sehingga 30 September 2020;

v. Inisiatif bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

seperti kempen Mikro dan PKS E-Dagang, Skim

Pembiayaan PKS PENJANA, Program Pembiayaan Mikro

PENJANA dan Geran Padanan Pendigitalan PKS;

vi. Potongan cukai untuk perbelanjaan berkaitan COVID-19

seperti pembelian PPE/ pengimbas suhu dan kos ujian

saringan;

vii. Penawaran penangguhan atau moratorium bayaran

pinjaman selama 6 bulan; dan

viii. Menggalakkan agensi-agensi kerajaan untuk mengadakan

latihan, kursus atau seminar kepada kakitangan secara

fizikal di hotel-hotel bagi membantu kelangsungan industri

perhotelan tempatan.

4. Pada masa yang sama, bagi membantu industri perhotelan

semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian

Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah bekerjasama dengan

Page 371: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 105

Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan untuk

menggunakan hotel-hotel sebagai pusat kuarantin bagi rakyat Malaysia

yang kembali ke negara ini. Sehingga minggu pertama bulan September

2020, lebih daripada 360 buah hotel di seluruh negara telah

diisytiharkan sebagai pusat kuarantin dengan anggaran nilai pendapatan

melebihi RM80 juta.

5. Di samping itu, MOTAC juga meningkatkan usaha-usaha promosi

pelancongan domestik bagi membantu hotel-hotel tempatan sementara

menunggu sempadan negara dibuka semula bagi menerima ketibaan

pelancong antarabangsa. Di antara inisiatif promosi pelancongan

domestik tersebut termasuklah:

i. kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Persatuan Hotel

Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia

(MyBHA) dalam mengadakan latihan berkaitan keselamatan

kepada penggiat industri perhotelan, contohnya penganjuran

Johor Tourism Safety Standard Workshop (JTSS) For Hotel

Sectors pada 19 dan 27 Ogos 2020;

ii. kerjasama dengan MAH, syarikat penerbangan dalam

negara, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan

Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat

Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia

(BUMITRA) bagi menawarkan kadar istimewa untuk pakej-

pakej percutian termasuk tiket penerbangan domestik dan

penginapan di hotel-hotel tempatan;

Page 372: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 105

iii. menyediakan platform kepada semua penggiat industri

pelancongan, kesenian dan kebudayaan termasuk

perhotelan untuk mempromosi tawaran pakej istimewa dan

diskaun menarik pelancongan domestik terkini secara

percuma pada laman sesawang Tourism Malaysia iaitu

www.malaysia.travel;

iv. mengadakan seminar dan pelbagai program webinar

berkenaan pelancongan domestik bagi membantu penggiat-

penggiat industri pelancongan tempatan termasuk

perhotelan untuk kekal aktif dan releven; dan

v. membangunkan pakej-pakej tertentu seperti pakej khas

untuk penjawat awam sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia

dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga

Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kongres Kesatuan

Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pakej ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel

serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada

produk-produk pelancongan sekitar ibu kota.

Sekian, terima kasih.

Page 373: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan usaha Kerajaan dalam mewujudkan perkhidmatan doktor

pakar serta membina bangunan hospital baru di Hospital Kuala Kubu Baru

seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-Lima dan

status pembinaan projek Klinik Kesihatan Bukit Sentosa yang telah

diwartakan tapak pada awal 2019.

Page 374: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 106

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau dan

berusaha menambahbaik keperluan Hospital Kuala Kubu Bharu

untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan dengan

lebih baik.

2. Di dalam usaha meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran di

Hospital Kuala Kubu Bharu, KKM melaksanakan inisiatif hospital

kluster di mana perkhidmatan kepakaran disediakan oleh Hospital

Selayang. Melalui pelaksanaan hospital kluster ini, Hospital

Selayang merupakan Hospital Lead bagi Hospital Kluster Selangor

Timur yang mana Hospital Kuala Kubu Baru dan Hospital Orang

Asli, Gombak adalah merupakan Hospital Non Lead bagi kluster ini.

3. Hospital Kuala Kubu Bharu memulakan inisiatif Hospital Kluster

pada tahun 2020, yang mana selain daripada berkongsi

perkhidmatan kepakaran dari Hospital Selayang, pengurusan aliran

pesakit di antara kedua-dua hospital ini juga dapat ditambahbaik.

4. Dalam masa yang sama, KKM akan terus berusaha

memperluaskan perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital KKM

dengan melatih lebih ramai doktor untuk menjadi doktor pakar serta

mengekalkan mereka di dalam sektor perkhidmatan awam.

Page 375: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 106

5. Selain itu, KKM juga mempunyai perancangan jangka panjang

untuk menaiktaraf kemudahan yang terdapat di Hospital Kuala

Kubu Bharu bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang baik

dapat diberi kepada penduduk setempat. Antara kemudahan yang

dirancang adalah untuk menaaiktaraf Unit Kecemasan dan Unit

Hemodialisis serta infrastruktur termasuk pendawaian elektrik,

bekalan air, sistem kebakaran, sistem IT serta sistem gas perubatan

yang mana akan dimohon dalam Rolling Plan RMK-12 akan datang.

6. KKM sedia maklum akan keperluan untuk membina sebuah klinik

kesihatan di kawasan Bukit Sentosa bagi menampung keperluan

penduduk sekitarnya. Untuk makluman, Kementerian ini telah

membuat perolehan sebidang tanah seluas 6.88 ekar di Jalan

Bunga Kertas 2, Seksyen 20, Bukit Sentosa bagi tujuan ini.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga

akan memohon pelaksanaan projek ini di dalam Rolling Plan RMK-

12 akan datang.

Sekian,terima kasih.

Page 376: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 107

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI

DAN INOVASI menyatakan status terkini penglibatan Malaysia dalam

usaha penemuan vaksin bagi wabak COVID-19 di peringkat serantau dan

juga di peringkat antarabangsa.

Page 377: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 107

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian MOSTI sedang dalam proses bekerjasama dengan

beberapa negara dan agensi di antaranya dengan China, Thailand,

Rusia, Cuba dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations

(CEPI). Malaysia telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama

dengan Kerajaan China dan agensi berkaitan seperti SINOVAC

Biotech Ltd dan Sinopharm. Walau bagaimanapun, memandangkan

jangkitan COVID-19 Malaysia semakin berkurangan, kedua-dua

syarikat tersebut kurang berminat melaksanakan Ujian Klinikal Fasa

3 di Malaysia. Selain daripada itu, hasil perbincangan saya melalui

video conferencing bersama Menteri Sains dan Teknologi (MOST),

Republik Rakyat China pada 29 Julai 2020 telah membincangkan

mengenai vaksin COVID-19. Salah satu tindakan susulan daripada

mesyuarat tersebut adalah Kerajaan Malaysia akan mengadakan

perjanjian kerjasama (MoA) bersama dengan pihak Menteri Sains

dan Teknologi (MOST), Republik Rakyat China agar Malaysia

dalam kalangan negara terawal mendapat bekalan vaksin COVID-

19 apabila vaksin tersebut diluluskan. Selain daripada itu,

perbincangan turut diadakan bersama National Vaccine Institute

(NVI) Thailand dalam usaha sama pembangunan vaksin.

2. MOSTI melalui agensi di bawahnya iaitu NIBM telah

menandatangani Letter of Intent (LOI) dengan Kedutaan Rusia di

Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut mengenai vaksin.

Page 378: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 107

Terbaharu, Russian Direct Investment Fund (RDIF) telah

memperoleh hak eksklusif sebagai pembekal vaksin Sputnik V ke

seluruh dunia. Sputnik V merupakan vaksin yang dibangunkan oleh

Gamaleya National Research Centre of Epidemiology and

Microbiology, iaitu agensi yang sama yang telah membangunkan

vaksin virus Ebola dan virus Middle East Respiratory Syndrome

(MERS). Ujian Klinikal fasa 3 Sputnik V dijangka melibatkan

seramai 40,000 peserta di seluruh dunia. Perbincangan lanjut akan

diadakan dengan Kedutaan Rusia dalam masa terdekat.

3. Seterusnya, MOSTI melalui NIBM telah menandatangi LOI dengan

Kedutaan Cuba di Malaysia dan telah menyatakan hasrat untuk

berkolaborasi dengan Finlay Vaccine Institute (BioCubaFarma) dan

Centre of Genetic Engineering and Biotechnology (CIGB), Cuba

bagi mendapat akses kepada vaksin COVID-19 yang sedang dalam

pembangunan.

4. MOSTI telah menjalankan satu perbincangan bersama Imperial

College London berhubung potensi kolaborasi ujian klinikal Fasa 3

vaksin COVID-19. Perjanjian Pembayaran Pendahuluan (Advanced

Purchase Agreement) di antara Imperial College London (VaEquity

Global Health) dan Kerajaan Malaysia diperlukan sekiranya

Malaysia bersetuju untuk mendapatkan akses vaksin yang

dibangunkan oleh mereka.

5. MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam

pertubuhan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations

(CEPI). Penyertaan Malaysia sebagai ahli CEPI akan membolehkan

Malaysia mendapat akses kepada pembangunan vaksin,

Page 379: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 107

pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik

tempatan. Jemaah Menteri telah bersetuju untuk Malaysia

menyertai inisiatif Malaysia-CEPI Joint Program for Capacity

Building & Technology Transfer dalam bidang R&D, ujian klinikal di

Malaysia ke atas calon vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh

CEPI dan pengujian calon vaksin tempatan ke atas COVID-19.

Kuantum dan terma sumbangan dan penyertaan Malaysia dalam

CEPI akan diperhalusi menerusi perjanjian Bilateral Investor

Agreement yang dicadang dimeterai di antara kedua-dua pihak.

Faedah yang diperolehi oleh Malaysia dengan menyertai platform

CEPI adalah:

(i) Pertama, keutamaan diberikan kepada negara-negara

anggota CEPI untuk menyertai ujian pra-klinikal dan ujian

klinikal vaksin baharu terutamanya apabila berlakunya

sesuatu wabak;

(ii) Kedua, akses kepada data-data penyelidikan R&D berkaitan

penghasilan vaksin yang dibiayai oleh CEPI (sebagai contoh

penyelidikan vaksin kumpulan penyelidik Universiti Oxford);

dan

(iii) Ketiga, peluang berinteraksi bersama pakar-pakar

penyelidikan pembangunan vaksin daripada seluruh dunia.

6. Kolaborasi sebegini penting dalam menggerakkan hubungan

diplomatik negara bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan

serta dilibat sama dalam proses penghasilan vaksin. Diplomasi

sains melalui jaringan antarabangsa ini diharap dapat

Page 380: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 107

mengurangkan tempoh menunggu bagi Malaysia mendapatkan

vaksin.

7. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Sains Negara Bil.2 Tahun

2020 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada

14 Julai 2020, MOSTI dengan kerjasama Kementerian Kesihatan

Malaysia sedang menyediakan Roadmap Pembangunan Vaksin

Negara. Ianya bertujuan untuk mengkaji keperluan vaksin untuk

rakyat negara ini selain daripada vaksin COVID-19 yang amat

diperlukan sekarang. Penyediaan Roadmap Pembangunan Vaksin

Negara akan menyelaras gerak kerja di antara Kerajaan, saintis,

pengamal perubatan dan pemain industri melalui:

(i) Ekosistem tadbir urus dan pendekatan strategik untuk

menyediakan sistem kolaborasi di antara Kementerian-

Kementerian yang terlibat, pelbagai agensi, pengeluar di

peringkat nasional, serantau dan antarabangsa;

(ii) Keutamaan pembangunan dan penyelidikan vaksin

diperlukan untuk menyokong pembangunan penyelidikan

mampan dan kesiapsiagaan kepada ancaman penyakit dan

pendemik. Jenis-jenis vaksin yang diperlukan oleh negara

selain daripada vaksin COVID-19 juga perlu diperhalusi. Ianya

akan mengutamakan keperluan mendesak kepada golongan

yang memerlukan. Teknologi termaju dan keperluan

infrastruktur penghasilan vaksin di dalam negara juga

memerlukan penilaian yang teliti;

(iii) Fasiliti untuk menjalankan ujian klinikal. Selain kemudahan

penghasilan vaksin manusia, negara juga perlu menaiktaraf

Page 381: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 107

fasiliti untuk menjalankan ujian pra-klinikal dan klinikal Fasa

1,2 dan 3. Tenaga pakar yang terlatih diperlukan untuk

mengendalikan ujian klinikal dan perlu mematuhi garis

panduan yang ditetapkan oleh World Health Organisation

(WHO); dan

(iv) Pengilangan dan penghasilan vaksin manusia di

Malaysia. Model strategik perkongsian awam-swasta (PPP)

sedang diperhalusi dengan mengambil kira status semasa

penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan penyelidikan

tempatan, status penyelidikan klinikal yang dilaksanakan di

Malaysia dan kemampuan sedia ada industri-industri di

Malaysia untuk melaksanakan penghasilan vaksin dalam

negara.

Sekian, terima kasih.

Page 382: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah lesen menjual minuman

keras yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di setiap

negeri bermula tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020.

Page 383: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 108

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan di bawah

Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian selepas

permohonan lesen penjualan arak memenuhi syarat yang

ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Polis Diraja

Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

2. Melalui data yang diperolehi daripada Kerajaan Negeri dan Wilayah

Persekutuan, terdapat sebanyak 25,729 lesen menjual minuman

keras telah dikeluarkan bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020

seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Jumlah Lesen Arak Kelas Runcit Mengikut Negeri

Bil. Negeri Jumlah Lesen Mengikut Negeri

Tahun 2017

Tahun 2018

Tahun 2019

Tahun 2020

Jumlah Keseluruhan

1. Selangor 1,601 1,726 1,617 1,266 6,210

2. Johor 1,142 1,293 1,249 1,201 4,885

3. Sabah 1,188 1,025 1,144 1,044 4,410

4. Pulau Pinang

729 717 743 348 2,537

5. Wilayah Persekutuan

100 1,756 432 106 2,394

6. Sarawak 347 365 426 275 1,413

Page 384: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 108

Bil. Negeri Jumlah Lesen Mengikut Negeri

Tahun 2017

Tahun 2018

Tahun 2019

Tahun 2020

Jumlah Keseluruhan

7. Kedah 343 356 319 317 1,335

8. Pahang 337 317 304 251 1,209

9. Negeri Sembilan

295 294 290 280 1,159

10. Kelantan 16 14 15 15 60

11. Terengganu 13 13 13 13 52

12. Melaka 10 17 9 2 38

13. Perlis 7 7 10 12 36

JUMLAH 6,128 7,900 6,571 5,130 25,729

Sekian, terima kasih.

Page 385: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 109

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahaya minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk

melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk

meningkatkan hasil negara terutamanya bagi menampung perbelanjaan

Kerajaan yang meningkat kesan Wabak COVID-19 dan untuk menampung

kos pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan sebelum ini.

Page 386: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 109

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan bersedia untuk

mendapatkan pandangan orang ramai termasuk perniagaan mengenai

kesesuaian apa-apa model cukai kepenggunaan yang lain dengan

mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan cukai jualan dan cukai

perkhidmatan sedia ada serta kelemahan model GST 2014. Sebarang

pertimbangan perlu meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup,

mengambil kira kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan

menangani kegiatan ekonomi gelap, bersifat mudah ditadbir dan tidak

meningkatkan kos perniagaan.

Berhubung perbelanjaan Kerajaan untuk menampung kos pakej

rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi susulan penularan pandemik

COVID-19 bernilai RM295 billion, ianya hanya melibatkan suntikan

langsung fiskal berjumlah RM45 bilion yang dibiayai sepenuhnya menerusi

pinjaman domestik. Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej

rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi tersebut adalah bersifat one-off

dan tidak akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan

dalam jangka masa sederhana dan panjang. Kerajaan akan meneruskan

langkah konsolidasi fiskal dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk

meningkatkan kutipan hasil dan kecekapan perbelanjaan bagi

mengukuhkan lagi kedudukan kewangan serta memastikan paras hutang

Kerajaan adalah terkawal.

Sekian, terima kasih.

Page 387: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 110

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahya minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan

Kerajaan Negeri Pahang untuk mengembalikan semula jajaran asal

dalam projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) bagi memastikan projek

itu mencapai matlamat asal pelaksanaannya.

Page 388: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 110

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jajaran projek ECRL ini

telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Seksyen A (jajaran dari Kota

Bharu – Dungun), Seksyen B (jajaran dari Dungun – Mentakab) dan

Seksyen C (jajaran dari Mentakab – Pelabuhan Klang).

2. Bagi jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang), Kerajaan

sedang mempertimbangkan jajaran asal melalui Bentong, Gombak dan

seterusnya ke Pelabuhan Klang di mana ianya telah dibincangkan di

dalam Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Jun 2020.

3. Berdasarkan hasil mesyuarat tersebut, beberapa siri perbincangan

dan mesyuarat susulan telah dilaksanakan oleh Kementerian

Pengangkutan dengan kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat bagi

membincangkan pindaan jajaran oleh Kerajaan Negeri Pahang.

4. Pada masa yang sama satu kajian sedang dijalankan oleh

Kementerian Pengangkutan bagi memperhalusi cadangan

mengembalikan jajaran Seksyen C kepada jajaran asal melalui Bentong

dan Serendah. Proses ini perlu dijalankan untuk Kerajaan mengambil kira

beberapa faktor seperti viability of project, kesalinghubungan rel dan juga

implikasi kewangan sebelum kelulusan diberikan bagi jajaran ini.

5. Seterusnya, pihak Kerajaan akan berunding semula dengan pihak

Kerajaan China dan kontraktor utama projek bagi mendapatkan kepastian

Page 389: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 110

mengenai implikasi kos dan jadual pelaksanaan projek. Hasil rundingan

ini akan dibentangkan kepada Kerajaan bagi keputusan muktamad

mengenai jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang) projek

ECRL.

Sekian, terima kasih.

Page 390: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 111

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahaya minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan:-

(a) Kos yang ditanggung pihak Kerajaan setakat ini untuk merawat

pesakit COVID-19; dan

(b) Peruntukan yang diperlukan dalam Bajet 2021 untuk melaksanakan

perancangan Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan

kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman wabak seumpama ini

di masa hadapan.

Page 391: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 111

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah

membelanjakan sebanyak RM720 juta bagi pembelian peralatan,

bekalan perubatan, barangan guna pakai (consumables)/ PPE, test

kit dan lain-lain perkhidmatan dalam usaha mengawal wabak

COVID-19.

2. Pecahan perbelanjaan sehingga 7 Ogos 2020 adalah seperti

berikut:

2.1 Aset Perubatan (contoh : ventilator, peralatan ICU dan lain-

lain) sebanyak RM 80.32 juta;

2.2 Aset Bukan Perubatan Perubatan (contoh : Thermal

scanner, peralatan makmal di hospital, IMR dan MKA, perabot

dan peralatan ICT bagi menaiktaraf CPRC Kebangsaan dan

negeri dan lain-lain) sebanyak RM 35.54 juta;

2.3 Bekalan Perubatan sebanyak RM 31.96 juta iaitu

perbelanjaan ubat disebabkan wabak COVID-19 yang

melibatkan:

(a) Item ubat di bawah Kontrak Pusat KKM, Konsesi APPL

dan Pembelian Terus oleh PTJ;

Page 392: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 111

(b) Pembekalan Produk Alternatif Disposable Mask

Surgical N95, Disposable Mask Surgical 3-Ply dan Hand

Sanitizer di bawah Konsesi APPL; dan

(c) Item Luar Kontak Pusat seperti Hydroxychloroquine

Sulphate 200mg Tablet (PLAQUENIL) dan Lopinavir

200mg & Ritonavir 50mg Tablet/Kapsul (KALETRA).

2.4 Reagen dan Test Kit sebanyak RM 107.14 juta;

2.5 Consumables sebanyak RM 50.25 juta;

2.6 PPE (18 item) sebanyak RM 191.70 juta;

2.7 Lain-lain (contoh: outsource ujian makmal, home

surveillance, negative pressure room dan lain-lain) sebanyak

RM 15.57 juta;

2.8 Elaun COVID-19 sebanyak RM 167.78 juta; dan

2.9 Pelantikan Kakitangan Kontrak sebanyak RM 40.07 juta.

3. Bagi tahun 2021 juga, Kerajaan akan sentiasa memastikan

peruntukan yang mencukupi dalam memastikan wabak COVID-19

dapat diuruskan dengan baik dan terkawal.

Sekian, terima kasih.

Page 393: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 112

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahaya minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang

terhadap individu yang terlibat dengan "Skandal Forex" pada tahun 90an

sebagaimana hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telah

ditubuhkan sebelum ini.

Page 394: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 112

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

RCI bagi kes ini telah ditubuhkan pada 15 Julai 2017 bagi menyiasat

mengenai dakwaan kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia

(BNM). Laporan RCI mengesahkan bahawa BNM telah mengalami

kerugian berjumlah RM 31.5 Billion akibat urusniaga tukaran wang asing

(forex) pada tahun 1992 hingga 1994. Laporan polis telah dibuat pada 30

November 2017 sebagaimana yang disyorkan oleh RCI dan kertas

siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah

Amanah Jenayah).

Semasa kes ini masih dalam siasatan, pada 28 Mei 2018, pengadu telah

membuat laporan polis untuk menarik semula laporan polis yang dibuat

sebelum ini. Memandangkan dokumen-dokumen urusniaga yang

diperlukan untuk tujuan siasatan tidak dapat dikemukakan oleh BNM serta

laporan polis menarik semula repot telah dibuat, kertas siasatan

berkenaan telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya pada 19

Julai 2018 untuk tindakan lanjut.

Siasatan oleh pihak PDRM telah selesai dilaksanakan dan kes telah di

NFA (No Further Action) oleh Timbalan Pendakwaraya pada 07 Mei 2019.

Sekian, terima kasih.

Page 395: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 113

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI

MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta

PERDANA MENTERI menyatakan bilakah RUU 355 akan dibentang.

Page 396: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 113

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa meletakkan

prioriti kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah, bagi memartabatkan

institusi perundangan Syariah di Malaysia. Sebagaimana yang telah

dimaklumkan ketika penggulungan perbahasan Titah Diraja pada 10 Ogos

2020 di Dewan Rakyat, pindaan bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang

Kuasa Jenayah) 1965 akan dilakukan selepas beberapa proses penting

dilaksanakan terlebih dahulu. Ini penting agar Akta ini dapat dipinda dan

dibentangkan mengikut tertib dan teratur mengikut lunas Perlembagaan

Persekutuan

Sekian, terima kasih.

Page 397: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 114

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI

MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta

PERDANA MENTERI menyatakan mengenai isu yang tersebar di media

sosial seorang Ahli Parlimen dilihat menghisap vape di dalam dewan

rakyat ketika sesi persidangan berlangsung. Adakah cukup dengan

sekadar memohon maaf secara terbuka dan membayar denda sahaja.

Page 398: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 114

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 10 Ogos 2020 (Isnin),

Ahli Parlimen Sembrong telah membuat permohonan maaf mengenai

perkara ini di dalam Dewan Rakyat. Beliau juga telah memaklumkan telah

dikompaun atas perkara tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 399: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 115

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI

MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta

PERDANA MENTERI menyatakan penelitian terhadap pengurusan

belanjawan semasa sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara

agar tidak berlaku pembaziran dan menjadi satu isu yang boleh

dipolitikkan.

Page 400: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 115

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN

PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbelanjaan Parlimen

Malaysia adalah berdasarkan kepada permohonan dan keperluan operasi

harian Parlimen. Perbelanjaan adalah mengikut peruntukan yang telah

diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih.

Page 401: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 116

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESTYARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI

MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA menyatakan adalah lantikan penyelaras kepenggunaan

untuk melaksanakan program kepenggunaan dan melaporkan setiap

aduan masyarakat kepada KPDNHEP untuk tindakan susulan yang

mula diperkenalkan pada zaman Kerajaan PH masih diteruskan oleh

Kerajaan kini.

Page 402: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 116

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pelantikan Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) masih

diteruskan oleh Kerajaan. PKP yang dilantik membantu kementerian

dengan menjadi pengantara di antara Kementerian dan komuniti

serta membantu pelaksanaan program dan aktiviti kepenggunaan. PKP

ini juga bertindak sebagai “mata dan telinga” kerajaan dalam

melaporkan isu-isu kepenggunaan di peringkat parlimen.

Calon-calon yang dilantik sebagai PKP perlulah memenuhi syarat-

syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Selain daripada itu, PKP

juga tertakluk kepada Terma dan Syarat Pelantikan. Antara bidang

tugas yang diamanahkan kepada PKP adalah seperti berikut:

a) mengumpul maklumat mengenai isu dan masalah

kepenggunaan di kawasan Parlimen untuk dipanjangkan ke

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP);

b) membantu KPDNHEP melaksanakan aktiviti-aktiviti

kepenggunaan di kawasan Parlimen masing-masing;

c) merancang dan melaksanakan ceramah kepenggunaan kepada

masyarakat;

Page 403: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 116

d) menghadiri seminar, taklimat, bengkel yang dianjurkan oleh

KPDNHEP;

e) Menyertai sesi jerayawara atau pembukaan tapak pameran di

kawasan Parlimen dan membantu menyebarkan risalah, poster,

buku-buku serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan

kepenggunaan kepada masyarakat setempat;

f) memberi panduan dan membantu ahli masyarakat membuat

aduan berkaitan kepenggunaan termasuk pemfailan kepada

Tribunal Tuntutan Pengguna;

g) menghadiri mesyuarat bersama KPDNHEP Negeri / Cawangan

bagi membincangkan isu-isu dan permasalahan di peringkat

Parlimen; dan

h) menjalin hubungan dengan pemimpin masyarakat bagi

mendapatkan isu-isu kepenggunaan semasa.

Sekian, terima kasih.

Page 404: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 117

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR

menyatakan senaraikan projek-projek tambakan laut di setiap negeri yang

diluluskan laporan AIA dari tahun 2013 sehingga 2018.

Page 405: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 117

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi tahun 2013 hingga 2018, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah

meluluskan sebanyak 13 laporan Environmental Impact Assessment

(EIA) bagi aktiviti penambakan iaitu sebanyak 7 laporan di Negeri Johor,

3 di Negeri Melaka, 1 di Negeri Pahang, 1 di negeri Perak dan 1 di Wilayah

Persekutuan Labuan. Tiada projek penambakan di negeri-negeri lain

yang diluluskan bagi tahun 2013 hingga 2018.

2. Bilangan laporan EIA yang telah diluluskan oleh JAS bagi aktiviti

penambakan bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL NEGERI

BIL. EIA

JADUAL

KEDUA

BIL. EIA

JADUAL

PERTAMA

JUMLAH

1 Johor 6 1 7

2 Melaka 1 2 3

3 Pahang 1 0 1

4 Perak 1 0 1

5 Labuan 1 0 1

Jumlah keseluruhan 13

Page 406: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 117

3. Senarai laporan EIA yang telah diluluskan bagi aktiviti penambakan

di Negeri Johor bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL NAMA PROJEK

TARIKH

KELULUSAN

EIA

1.

The Proposed Reclamation On Lot PTD 220207

(238 acres) and Part Of Lots PTD 194792, PTD

194794-PTD 194797 (149 acres) Mukim Plentong,

District Of Johor Bahru, Johor Darul Takzim

7/1/2016

2.

Proposed Reclamation and Development of

Pengerang Maritime Industrial Park at Teluk

Ramunia, Johor, Malaysia (TOR For 3rd Report)

1/7/2016

3.

Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA)

For The Proposed Development Of An Integrated

Hub And Maritime Industrial Park Including

Reclamation At Tg.Piai, Johor, Malaysia

23/1//2015

4. The Proposed Reclamation Of R&F Tanjung Puteri,

Johor 13/1/2015

5. Proposed Forest City Island Reclamation And

Mixed Development, Johor Darul Takzim 9/1/2015

6.

Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA)

For Phase III Dredging And Reclamation Works At

Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Darul Takzim

9/6/2014

7.

The Proposed Capital Dredging, Reclamation &

Construction Of New Jetty At Tanjung Langsat,

Johor

8/10/2017

Page 407: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 117

4. Senarai laporan EIA yang diluluskan bagi aktiviti penambakan di

Negeri Melaka bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL NAMA PROJEK

TARIKH

KELULUSAN

EIA

1.

The Proposed 120 Acres Of Coastal Reclamation

At Pekan Klebang Section III, Mukim Klebang

Besar, Daerah Melaka Tengah, Melaka

29/3/2018

2.

Proposed 3.3 Acres Reclamation At Pulau Melaka,

Kawasan Bandar XLIII, Daerah Melaka Tengah,

Melaka; Untuk Tetuan Seaview Landmark Sdn.

Bhd.

28/11/2016

3.

The Proposed Hotel, Serviced Apartments And

Commercial Development On Lot Pt842 And Part

Of The State Land At The Reclamation Area In

Town Area XLIII, Melaka Tengah, Melaka

27/12/2013

5. Laporan EIA bagi aktiviti penambakan yang diluluskan di Negeri

Pahang bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL NAMA PROJEK

TARIKH

KELULUSAN

EIA

1.

Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA)

for the Proposed Land Reclamation of Kuantan

Waterfront Resort City (KWRC) Kuantan, Pahang

10/3/2017

Page 408: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 117

6. Laporan EIA yang telah diluluskan bagi aktiviti penambakan di

Negeri Perak bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL NAMA PROJEK

TARIKH

KELULUSAN

EIA

1.

The Proposed Reclamation Works for Perak Heavy

Industries Park (PHIP) At Bagan Datoh, Perak Oleh

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

23/5/2016

7. Laporan EIA bagi aktiviti penambakan yang diluluskan di Wilayah

Perekutuan Labuan bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL NAMA PROJEK

TARIKH

KELULUSAN

EIA

1.

The Detailed Environmental Impact Assessment

(DEIA) For Proposed Reclamation For The

Development Of Oil And Gas Industrial Base At Kg.

Rancha-Rancha, WP Labuan, F.T., Malaysia

3/9/2014

8. Bagi aktiviti penambakan ini, EIA hendaklah dikemukakan di bawah

Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, iaitu aktiviti yang

ditetapkan didalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang

Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu:

Jadual Pertama - Aktiviti 7. PENEBUSGUNAAN TANAH:

Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah

sepanjang tebing sungai yang melibatkan kawasan kurang daripada

50 hektar.

Page 409: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 117

Jadual Kedua - Aktiviti 7. PENEBUSGUNAAN TANAH:

(a) Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah

sepanjang tebing sungai yang melibatkan kawasan seluas 50

hektar atau lebih.

(b) Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah

sepanjang tebing sungai di dalam atau bersebelahan atau

berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar dan sensitif

reseptor.

(c) Penebusgunaan bagi pulau buatan manusia.

Sekian, terima kasih.

Page 410: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 118

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan senaraikan

projek-projek pembinaan pelantar minyak di setiap negeri yang diluluskan

dari tahun 2013 sehingga Julai 2020.

Page 411: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 118

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan rekod PETRONAS, terdapat sejumlah 38 projek-

projek pembinaan pelantar minyak di seluruh Malaysia yang telah

diluluskan dari tahun 2013 sehingga Julai 2020.

2. Pecahan mengikut kawasan dan tahunan adalah seperti berikut:

Tahun Pecahan Mengikut Kawasan Jumlah Projek-Projek

Pembinaan Pelantar

Minyak di Seluruh

Malaysia

Semenanjung

Malaysia

Sabah Sarawak

2013 1 1 3 5

2014 3 1 5 9

2015 2 1 2 5

2016 - - 1 1

2017 1 - 5 6

2018 2 - 2 4

2019 4 - 3 7

2020* - - 1 1

Jumlah 13 3 22 38

Nota: *sehingga Julai 2020

Sekian, terima kasih.

Page 412: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERDAGANGAN

ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha Kerajaan

Perikatan Nasional untuk meningkatkan lagi daya saing Negeri Pulau

Pinang yang merupakan negeri yang mencatat pelaburan asing terus

(foreign direct investment) yang tertinggi di suku pertama, 2020.

Page 413: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 119

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Januari

hingga Jun 2020, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

telah meluluskan sejumlah 398 projek pelaburan yang bernilai RM35.7

bilion di dalam sektor pembuatan dengan 26,940 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah ini, projek pelaburan asing adalah sebanyak RM17.8

bilion.

2. Bagi tempoh yang sama, sebanyak RM9.1 bilion pelaburan

daripada 61 buah projek di dalam sektor pembuatan telah diluluskan di

Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8.4 bilion (92.4%)

adalah merupakan pelaburan langsung asing yang mana dijangka akan

menjana 6,971 peluang pekerjaan, sekaligus meletakkan Pulau Pinang

sebagai negeri yang menerima pelaburan kedua tertinggi. Antara industri

utama yang diluluskan adalah industri jentera dan kelengkapan,

elektronik dan elektrikal, peralatan pengukuran dan saintifik, pengilangan

makanan, dan produk plastik.

3. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

melalui MIDA sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan

termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi berkaitan

seperti Invest Penang Berhad serta Pihak Berkuasa Pembangunan

Ekonomi dan Pelaburan Utara (NCER) dalam menarik pelaburan

langsung asing dan tempatan dalam pelbagai sektor. Di antara usaha-

usaha yang dijalankan di peringkat nasional bagi menarik pelaburan

termasuk ke Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Page 414: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 119

i. Menggalakkan pelaburan berkualiti, iaitu projek-projek yang

berteknologi tinggi; nilai ditambah yang tinggi; berintensifkan

pengetahuan, kemahiran, eksport dan modal, reka bentuk,

penyelidikan dan pembangunan serta projek-projek yang

melengkapkan ekosistem industri tempatan;

ii. Membangunkan ekosistem rantaian bekalan tempatan dengan

menganjurkan Seminar Rantaian Bekalan (Supply Chain Seminar)

bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem rantaian bekalan di antara

syarikat-syarikat tempatan dan syarikat multinasional agar syarikat-

syarikat tempatan terus mendapat peluang perniagaan dan

pembekalan daripada projek-projek pelaburan syarikat-syarikat

multinasional;

iii. Menawarkan insentif galakan pelaburan berbentuk fiskal dan bukan

fiskal secara selektif dalam mempromosikan industri strategik yang

disasarkan di dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK-11)

iaitu tiga subsektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik

(E&E), serta mesin dan peralatan, dan dua sektor berpotensi tinggi

iaitu peranti perubatan dan aeroangkasa. Secara tidak langsung,

insentif sedia ada termasuk Galakan Taraf Perintis, Elaun Cukai

Pelaburan dan Skim Galakan Istimewa (Prepackaged Incentive)

serta insentif-insentif cukai baharu dan elaun cukai pelaburan khas

yang diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

(PENJANA) terus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai

hab E&E di Malaysia dan di rantau ini;

Page 415: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 119

iv. MITI bersama MIDA telah mengadakan siri jelajah ke seluruh

Malaysia termasuk Pulau Pinang bagi meningkatkan kesedaran

industri terhadap program dan insentif seperti Penilaian Kesediaan

(Readiness Assessment), Dana Intervensi, Dana Strategik

Pelaburan Domestik dan Elaun Modal Automasi dalam usaha untuk

mentransformasikan sektor pembuatan dan perkhidmatan di dalam

negara. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini juga bertujuan untuk

menjadikan Malaysia sebagai rakan strategik untuk pembuatan

pintar dan perkhidmatan berkaitan di rantau Asia Pasifik, destinasi

utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi serta penyedia

penyelesaian menyeluruh (total solutions provider) untuk teknologi

termaju;

v. Menganjurkan sesi dialog dengan dewan perniagaan, komuniti

perniagaan antarabangsa serta kedutaan asing bagi mencari

penyelesaian kepada cabaran dan halangan yang dihadapi oleh

pelabur dalam melaksanakan projek-projek mereka; dan

vi. Penubuhan Project Acceleration and Coordination Unit (PACU)

bagi membantu dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek

pelaburan yang telah diluluskan di peringkat Kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri.

4. Di dalam Laporan Doing Business 2020 oleh Bank Dunia, Malaysia

berada di kedudukan ke-12 terbaik dari kalangan 190 buah ekonomi. Bagi

meningkatkan lagi daya saing negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia

(MPC) dengan kerjasama Bank Dunia juga telah menerbitkan Laporan

Subnational Doing Business in Malaysia pada bulan April 2020 di mana

laporan ini mengukur prestasi beberapa buah negeri di Malaysia termasuk

Page 416: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 119

Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan metodologi Ease of Doing

Business dan indikator yang terlibat adalah Pendaftaran Hartanah,

Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan dan Perdagangan Rentas

Sempadan.

5. Melalui laporan ini, beberapa penambahbaikan telah disarankan

oleh Bank Dunia untuk dilaksanakan oleh pihak yang terlibat termasuklah

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau

Pinang (MBPP) dan Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) bagi

memastikan Pulau Pinang menjadi negeri yang berdaya saing dan

produktif. Antara saranan tersebut adalah:

i. Mempertingkatkan penggunaan platfom digital seperti e-Tanah

dalam proses pendaftaran hartanah;

ii. Memperkenalkan platfom elektronik secara single window untuk

meningkatkan kecekapan perdagangan rentas sempadan (import

dan eksport) serta memperkukuhkan Sistem Maklumat Kastam

(SMK); dan

iii. Mempertingkatkan kecekapan Pusat Setempat (OSC) bagi

memudahkan urusan mendapatkan permit pembinaan melalui

pengurangan bilangan prosedur dan masa yang diambil.

6. Selain daripada itu, MPC Wilayah Utara juga telah memperkenalkan

program ‘Penang Produktif’. Program ini melibatkan pelbagai inisiatif

produktiviti bagi merangsangkan pelaburan, ekonomi dan pendapatan

negeri agar lebih berdaya saing. Program ini juga adalah seiring dengan

Page 417: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 119

hasrat Negeri untuk merealisasikan Wawasan Pembangunan Negeri

Pulau Pinang (Penang 2030).

7. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPC Wilayah

Utara di bawah Program ‘Penang Produktif’ adalah seperti berikut:

i. Membuat semakan semula dan menambahbaik Dasar Peraturan

Negeri melalui program Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory

Practice (GRP);

ii. Mempertingkatkan penggunaan teknologi digital seperti khidmat

nasihat kepada peniaga secara atas talian melalui program

Business Virtual Advisory Clinic (BVAC) serta melaksanakan

promosi dan seminar kepada industri secara atas talian melalui

webinar berkaitan topik Industry 4.0, peningkatan produktiviti dan

daya saing; dan

iii. Meningkatkan produktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dan

sektor awam di Pulau Pinang melalui program latihan seperti Skim

Peningkatan Produktiviti Enterpris (2017-2020), Program

Pembangunan Pengukuran Produktiviti, Sistem Pengurusan

Kewangan Produktif (ProKIRA), Program Latihan Productivity

Change Agent dan Khidmat Nasihat Pensijilan Persekitaran

Berkualiti untuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi di Pulau

Pinang.

8. Usaha-usaha yang dilaksanakan di peringkat nasional ini

mempunyai limpahan kesan yang dapat dirasai dan dimanfaatkan

sepenuhnya oleh semua pihak dalam merencanakan pembangunan

Page 418: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 119

Negeri Pulau Pinang yang semakin kompetitif. Inisiatif-inisiatif yang

dinyatakan ini dijangka akan menjadikan Pulau Pinang lebih berdaya

saing dan produktif serta menjadi destinasi pelaburan utama bagi pelabur

luar dan dalam negara.

Sekian, terima kasih.

Page 419: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

PERTANYAAN : YB PUAN LIM HUI YIN

Puan Lim Hui Ling minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN menyatakan usaha Kerajaan Perikatan Nasional untuk

meningkatkan kemampuan rakyat memiliki perumahan mampu milik. Sila

senaraikan projek perumahan mampu milik yang telah disiapkan sejak

tahun 2018 sehingga kini mengikut Negeri dan harga jualan bagi unit-unit

tersebut.

Page 420: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha pihak Kerajaan

melalui Kementerian untuk meningkatkan kemampuan rakyat memiliki

perumahan mampu milik adalah melalui pelaksanaan program dan

skim perumahan seperti berikut:

i) Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menawarkan rumah

PPR Dimiliki berharga RM35,000 seunit di Semenanjung

Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah/Sarawak kepada

pembeli rumah pertama dari golongan B40 berpendapatan isi

rumah di bawah RM3,000 sebulan;

ii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang

menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama

dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di

bawah RM10,000 sebulan;

iii) Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara

Berhad (SPNB) - individu yang berkelayakan dan memiliki

tanah sendiri boleh memohon program Rumah Mesra Rakyat

(RMR) untuk membina rumah dengan harga RM75,000 hingga

RM106,500 dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM20,000.

Manakala baki RM55,000 hingga RM86,500 dibiayai melalui

Page 421: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik

ansuran yang lebih rendah;

iv) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang

merupakan program khusus kepada penjawat awam dari

kalangan B40 dan M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah

dari harga pasaran; dan

v) Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada

golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah

RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah.

2. Kerajaan juga kekal komited untuk memastikan aksesibiliti rakyat

untuk memiliki rumah pertama melalui inisiatif pembiayaan

perumahan seperti berikut:

i) Skim pembiayaan kewangan fleksi yang menawarkan pakej

pinjaman menyeluruh merangkumi pembayaran berperingkat dan

bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah

daripada pinjaman biasa kepada pembeli yang layak. Antara

syarat permohonan skim ini adalah pendapatan isi rumah

RM5,000 dan ke bawah serta bagi hartanah bernilai sehingga

RM300,000;

ii) Pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam

di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Page 422: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

(LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama dilanjutkan

daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan

iii) Jaminan Cagamas SRP Berhad untuk membantu golongan

muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah untuk

memiliki rumah. Cagamas SRP akan menjamin 10% daripada

pembiayaan berkenaan.

3. Selain itu, antara inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan adalah

melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) 2020 untuk

menggalakkan pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat adalah

melalui Kempen Pemilikan Rumah / Home Ownership Campaign

(HOC) 2020. Insentif oleh Kerajaan diberikan melalui pengecualian

duti setem dan insentif oleh pemaju perumahan diberikan melalui

diskaun harga jualan sekurang-kurangnya 10%.

4. Senarai projek rumah mampu milik di bawah Kementerian Perumahan

Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang disiapkan sejak Julai 2018

hingga kini berdasarkan data oleh agensi bagi penyelarasan maklumat

pelaksanaan Rumah Mampu Milik sehingga 31 Mac 2020 adalah

seperti berikut:

Page 423: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

i) Perumahan PR1MA

NEGERI NAMA PROJEK BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

HARGA JUALAN SEUNIT

(RM)

WP. Kuala Lumpur

Residensi Jalan Jubilee

543 10-Dec-19 344,553

Perak Residensi Lumut Phase 1

285 19-Dec-19 200,044

Sabah Residensi Kota Marudu 360 15-Aug-19 153,619

Sarawak Residensi Matang 912 28-Jan-19 207,436

Sarawak Residensi Bintawa Riverfront

1,320 3-Jan-20 268,707

Selangor Residensi Cyberjaya Phase 2

469 17-Dec-19 250,000

Selangor Residensi Cyberjaya Lakefront

1,932 6-Jul-20 285,000

Pahang Residensi Gambang 1 Phase 1A

317 20-Jul-20 171,476

ii) Program Perumahan SPNB

NEGERI PROGRAM NAMA PROJEK BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

Johor Rumah Mesra Rakyat

Rumah sesebuah di atas tanah sendiri

481 Pelbagai

Johor Rumah Mesra Rakyat

Plus

2 Pelbagai

Kedah Aspirasi Taman Permai Utama, Mukim Gurun (Fasa

2a)

284 11/2/2018

Kedah Rumah Mesra Rakyat

201 Pelbagai

Kelantan Rumah Mesra Rakyat

535 Pelbagai

Page 424: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

NEGERI PROGRAM NAMA PROJEK BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

Melaka Aspirasi Taman Sutera Wangi (Fasa 3)

178 31/12/2018

Melaka Idaman Taman Kelubi Idaman Pembangunan

Bercampur Di Atas Lot Pt 2447 (Hsd 10307), Mukim Kesang, Jasin

185 29/11/2019

(Pakej 1)

Melaka Rumah Mesra Rakyat

98 Pelbagai

Melaka Rumah Mesra Rakyat

Plus

1 Pelbagai

Negeri Sembilan

Rumah Mesra Rakyat

211 Pelbagai

Negeri Sembilan

Rumah Mesra Rakyat

Plus

1 Pelbagai

Pahang Aspirasi Taman Nusa Puteri, Rompin (Fasa 2)

312 22/4/2019

Pahang Rumah Mesra Rakyat

366 Pelbagai

Perak Rumah Mesra Rakyat

350 Pelbagai

Perlis Rumah Mesra Rakyat

150 Pelbagai

Pulau Pinang

Rumah Mesra Rakyat

55 Pelbagai

Sabah Aspirasi Apartment Tuaran Impian, Km 24, Jalan Tuaran, Telipok (Fasa

2a)

256 29/7/2019

Sabah Rumah Mesra Rakyat

65 Pelbagai

Sarawak Aspirasi Vista Perdana, Desa Bahagia, Miri (Fasa 2)

789 19/10/2018

Page 425: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

NEGERI PROGRAM NAMA PROJEK BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

Sarawak Rumah Mesra Rakyat

167 Pelbagai

Selangor Aspirasi Laguna Biru, Kuang, Selangor (Fasa 2)

1224 12/4/2019

Selangor Rumah Mesra Rakyat

114 Pelbagai

Selangor Rumah Mesra Rakyat

Plus

2 Pelbagai

Terengganu Rumah Mesra Rakyat

410 Pelbagai

iii) Perumahan Penjawat Awam (PPAM)

NEGERI NAMA PROJEK HARGA JUALAN SEUNIT

(RM)

BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

Johor PPAM Bandar Baru Tangkak 1, Segamat

264,000 23 17/7/2018

Kedah PPAM Residensi Bidara, Pendang, Kedah (Fasa 2)

169,798 191 17/12/2018

Kedah PPAM Anak Bukit Projek 1, Kedah (Fasa 3)

277,162 20 3/10/2018

Kedah PPAM Taman Laman Kuda Projek 2 (Fasa 4),

Anak Bukit

183,600 86 17/7/2019

Kedah PPAM Taman Gunung Emas

268,800 26 5/9/2018

Kedah PPAM Taman Lelasari (Fasa 4), Jalan Langgar,

276,626 32 30/9/2019

Kedah PPAM Shahab Perdana 299,205 41 26/5/2019

Page 426: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA JUALAN SEUNIT

(RM)

BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

Kedah PPAM Kulim Utama (Fasa 2), Kulim

299,727 114 30/8/2019

Kedah PPAM Mutiara Residence, Jitra

220,000 55 27/3/2019

Kedah PPAM Taman Serai Wangi (Projek 1)

189,895 332 27/11/2019

Kedah PPAM Taman Nautika Fasa 1 @ Kuala Kedah

284,540 78 12/2/2019

Kedah PPAM Taman Nautika Fasa 2 @ Kuala Kedah

284,540 14 12/2/2019

Kedah PPAM Taman Keriang Permai, Kubang Pasu

218,000 40 1/10/2019

Kedah PPAM Taman Sri Permai, Kota Setar

291,060 12 1/7/2019

Kedah PPAM Casa Ruby Bandar Mutiara, Sg Petani (Projek

1)

273,980 131 7/10/2019

Kedah PPAM Casa Ruby Bandar Mutiara, Sg Petani (Projek

2)

204,800 115 7/10/2019

Kedah PPAM Casa Ruby Bandar Mutiara, Sg Petani (Projek

3)

273,980 68 7/10/2019

Kedah PPAM Taman Mahkota, Jitra, Kedah (Fasa 2)

256,869 19 7/10/2019

Kelantan PPAM Taman Wangsa Elite, Gua Musang

193,280 27 28/1/2019

Kelantan PPAM Desa Green Mutiara, Kuala Krai

150,000 135 26/5/2019

Kelantan PPAM Rantau Panjang 236,000 43 16/10/2019

Kelantan PPAM Denai Melawi Bachok

226,620 16 2/1/2019

Page 427: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA JUALAN SEUNIT

(RM)

BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

Melaka PPAM Taman Cheng Indah, Tanjung Minyak

189,400 95 18/9/2018

Melaka PPAM Taman Bertam Impian, Tanjung Minyak

149,500 153 31/12/2018

Melaka PPAM Taman Angkasa Nuri (Fasa 1), Durian

Tunggal

184,565 74 8/10/2018

Negeri Sembilan

PPAM Taman Marikh (Fasa 4)

282,500 28 17/7/2018

Negeri Sembilan

PPAM Taman Bintang (Fasa 2)

277,980 24 29/3/2019

Negeri Sembilan

PPAM Panchor 8, Taman Panchor Jaya

271,500 23 29/5/2019

Negeri Sembilan

PPAM Taman Armani 300,000 25 17/10/2018

Negeri Sembilan

PPAM Puncak Jati 217,500 168 14/10/2019

Pahang PPAM Taman Saujana Indah 1

199,000 22 4/4/2019

Pahang PPAM Taman Saujana Indah 2

199,000 41 4/4/2019

Pahang PPAM Taman Kampung Kolam Jaya

197,000 18 1/11/2018

Pahang PPAM Desa Bangau Parit, Temerloh

241,743 19 22/8/2019

Pahang PPAM Taman Chenor Indah

243,500 47 7/2/2020

Pahang PPAM Indera Sempurna 165,000 252 17/9/2019

Pahang PPAM Taman Seri Mahkota Damai 1

204,000 17 3/7/2018

Pahang PPAM Taman Seri Mahkota Damai 2

210,000 22 2/7/2019

Pahang PPAM Taman Seri Mahkota Damai 3

180,000 22 25/2/2020

Page 428: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA JUALAN SEUNIT

(RM)

BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

Pahang PPAM Taman Damai Impian 2, Kuala Lipis

295,000 12 3/1/2019

Perak PPAM Taman Kamunting Aman, Kamunting 2

238,500 28 295,000

Perak PPAM Taman Akasia, Gerik

194,320 9 28/8/2019

Perak PPAM Taman Kerian Indah, Kerian

174,234 89 15/1/2019

Perak PPAM Elemen @ 18, Pengkalan Hulu Kinta

220,000 38 25/9/2019

Perlis PPAM Taman Desa Saujana, (Fasa 2) Arau

299,500 36 11/2/2020

Pulau Pinang

PPAM One Foresta, Bayan Lepas, Pulau

Pinang

293,400 200 8/3/2019

Sabah PPAM Puncak Gloxinia, Kinarut

300,000 648 2020

Sarawak PPAM Melia Residences @ Parkcity Eastwood

300,000 204 22/1/2020

Selangor PPAM LBS Alam Perdana 260,000 120 28/1/2020

Selangor PPAM Taman Bayu Malawati

300,000 13 30/8/2019

Terengganu PPAM Taman D'putra, Besut

249,500 10 1/7/2018

Terengganu PPAM Tiara Paka 190,000 57 14/5/2019

Terengganu PPAM Laman De Sura, Dungun

294,100 26 15/9/2019

Terengganu PPAM Taman Warisan Kelulut, Marang

152,500 34 4/11/2018

WP. Kuala Lumpur

PPAM Residensi Bayu Andaman, Sentul

300,000 673 15/1/2020

WP. Putrajaya

PPAM Jintan 260,000 517 22/4/2019

Page 429: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA JUALAN SEUNIT

(RM)

BILANGAN UNIT

RUMAH SIAP

TARIKH SIAP

WP. Putrajaya

PPAM Melinjau, Presint 11

260,000 650 5/7/2019

WP. Putrajaya

PPAM Seruling 260,000 1062 30/4/2019

iv) Program Perumahan Rakyat (PPR)

NEGERI NAMA PROJEK BILANGAN UNIT RUMAH

SIAP

TARIKH SIAP

Johor PPR Taman Uda Utama 500 27.9.2018

Johor PPR Perling, Johor Baharu 525 20.8.2019

Johor PPR Taman Pelangi Indah 442 21.10.2019

Kedah PPR Ayer Hitam, Kubang Pasu 630 15.8.2019

Kedah PPR Kota Setar 500 31.3.2019

Kedah PPR Kuala Nerang, Padang Terap

286 28.10.2019

Kelantan PPR Batang Merbau 150 10.10.2018

Kelantan PPR Machang 418 13.11.2019

Negeri Sembilan

PPR Rantau 100 24.1.2018

Sabah PPR Merotai, Tawau 470 3.10.2018

Sabah PPR Gayang, Tuaran 418 14.10.2018

Sabah PPR Batu Putih, Sandakan 900 18.10.2019

Sarawak PPR Sg. Tengah 439 6.7.2018

Sekian, terima kasih.

Page 430: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 121

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020,PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ling minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN

TEMPATAN menyatakan perancangan untuk menghentikan pembuangan

sampah haram untuk setiap negeri.

Page 431: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 121

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan penguatkuasaan

sampah haram atau pembuangan sisa pepejal di tempat yang tidak

dibenarkan telah bermula pada 1 Januari 2014 secara serentak di

tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] iaitu Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan,

Pahang, Kedah dan Perlis. Manakala pengurusan sisa pepejal di

negeri yang tidak menerima Akta 672 pula adalah tertakluk kepada

bidang kuasa dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-

masing.

2. Kementerian melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (SWCorp) telah menyediakan Pelan Tindakan

Menangani Isu Pembuangan Sisa Pepejal Di Lokasi Yang Tidak

Dibenarkan (Sampah Haram) di tujuh negeri yang menerima pakai

Akta 672 yang mana telah menggariskan beberapa langkah penting

untuk mengawal pembuangan sampah oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab di antaranya :

i. Pelaksanaan terhadap kawalan bagi pembuangan sampah secara

haram di lokasi yang tidak dibenarkan dilakukan secara proaktif

dan show of presense oleh anggota penguatkuasa SWCorp

melalui pemantauan berkala di dalam kawasan perkhidmatan dan

Page 432: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 121

hot spot haram;

ii. Membersihkan lokasi sampah haram yang telah dikenalpasti;

iii. Memasang papan tanda serta barrier tape bagi kawasan yang

telah dibersihkan dan berpotensi menjadi lokasi pembuangan sisa

haram;

iv. Memantau secara bersepadu antara SWCorp dengan agensi

penguatkuasaan yang berkaitan serta masyarakat setempat

dalam memastikan pembuangan sampah haram tidak berlaku;

v. Melaksanakan program libat urus bersama penduduk setempat

dengan pengedaran risalah berkaitan kesalahan-kesalahan serta

hukuman yang dikenakan di bawah Akta 672;

vi. Menjalankan “Operasi Intip dan Cekup” bagi mengenal pasti

mereka yang tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang

membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan; dan

vii. Melaksanakan tindakan ke atas pelaku kesalahan yang

membuang sisa secara haram mengikut Seksyen 71, Akta 672.

Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan tidak kurang

daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau

dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan

dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Page 433: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 121

3. Persekitaran bebas dari masalah sampah haram merupakan

tanggungjawab bersama dan penglibatan orang awam perlu supaya

lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah di tempat

yang tidak dibenarkan. Masyarakat di 7 buah negeri yang menerima

pakai Akta 672 boleh melaporkan kepada SWCorp di talian Indahkan

Malaysia 1-800-88-7472 sekiranya terdapat maklumat mengenai

pembuangan sampah haram. Manakala bagi lain-lain negeri, aduan

pembuangan sampah haram boleh disalurkan melalui aplikasi i-Tegur.

Sekian, terima kasih.

Page 434: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 122

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah

bentuk kes jenayah berjumlah 22,575 yang belum diselesaikan sejak 20

tahun dahulu dan apakah cabaran yang dihadapi oleh PDRM dalam

penyelesaian kes tersebut memandangkan kes baru pada tahun ini adalah

sudah hampir 14,000 kes.

Page 435: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 122

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan kenyataan media Ketua Polis Negara pada 7 Ogos 2020,

sebanyak 73,425 kes jenayah komersial telah dilaporkan bagi tempoh tahun

2005 hingga 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50,853 kes telah

berjaya diselesaikan, manakala sebanyak 22,572 dan bukan 22,575 kes

masih belum diselesaikan. Berdasarkan statistik tersebut, baki kertas

siasatan yang masih tertunggak hanya melibatkan kes pada tahun 2010

hingga 2019.

Antara kes – kes yang tertunggak ini antaranya melibatkan kesalahan

penipuan, pecah amanah jenayah, ah long, jenayah siber, pemalsuan, salah

guna harta, VCD/DVD haram dan wang palsu.

Proses siasatan kes-kes jenayah komersial adalah berbeza dengan kes-kes

jenayah lain. Siasatan bagi kes jenayah komersial melibatkan keterangan

saksi-saksi yang ramai dan memerlukan dokumen – dokumen untuk

membuktikan kes. Dokumen-dokumen ini bukan sahaja diperolehi daripada

pengadu, saksi atau suspek tetapi juga daripada agensi-agensi kerajaan,

swasta atau badan berkanun.

Hal ini menyebabkan proses menyediakan kertas siasatan menjadi lambat

dan sukar di bawa ke muka pengadilan dengan kadar segera kerana

Page 436: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 122

kelewatan dokumen yang diterima dan terdapat juga dokumen-dokumen

yang penting gagal dikemukakan oleh saksi-saksi.

Dalam usaha memastikan siasatan kes-kes jenayah komersial dapat

diperkasakan, jabatan ini turut memberi penekanan untuk menyegerakan

tangkapan terhadap suspek-suspek yang disenaraikan sebagai dikehendaki

serta melaksanakan beberapa usaha seperti ops mule bagi mengekang

jenayah ini.

Sekian, terima kasih.

Page 437: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 123

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) Statistik kes keganasan rumahtangga yang dicatatkan di seluruh

negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

dan jumlah kes yang dituduh dan dijatuhkan hukuman oleh

mahkamah; dan

(b) Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian

bagi memastikan masalah penderaan rumahtangga dapat

ditangani dengan lebih efektif.

Page 438: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 123

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semenjak

pelaksanaan PKP 1 hingga PKP 5 bermula 18 Mac hingga 28 Jun 2020,

sebanyak 288 kes aduan mengenai keganasan rumah tangga telah

dilayan oleh JKM di seluruh negara. Pecahan kes mengikut negeri adalah

seperti berikut:

Bil. Negeri Kes

1. Selangor : 105 kes

2. W. P. Kuala Lumpur : 30 kes

3. Johor : 29 kes

4. Pulau Pinang : 24 kes

5. Pahang : 19 kes

6. Kedah : 17 kes

7. Perak : 15 kes

8. Sabah : 15 kes

9. Negeri Sembilan : 14 kes

10. Kelantan : 9 kes

11 Melaka : 7 kes

12. Terengganu : 3 kes

13. Sarawak : 1 kes

14. Perlis : Tiada kes

15. W.P. Labuan : Tiada kes

Jumlah 288 kes

Beberapa langkah telah diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat dalam menangani isu keganasan rumah

tangga seperti:

Page 439: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 123

a) menyediakan material advokasi bagi meningkatkan kefahaman

mengenai tindakan, hak serta perkhidmatan dan perlindungan yang

boleh diakses oleh mangsa keganasan rumah tangga;

b) memperluaskan hebahan mengenai bantuan dan perkhidmatan sedia

ada dengan kerjasama rapat bersama badan-badan bukan kerajaan

agar mangsa dan orang ramai melaporkan kes keganasan rumah

tangga yang turut diuar-uarkan melalui sistem pesanan ringkas Majlis

Keselamatan Negara;

c) membantu memastikan permohonan perlindungan melalui Emergency

Protection Order (EPO), Interim Protection Order (IPO) dan Protection

Order (PO) dapat diakses oleh mangsa sepanjang tempoh PKP

termasuk mendapatkan kerjasama PDRM untuk memudahkan

pergerakan mangsa untuk membuat laporan dan aduan; dan

d) menyediakan khidmat kaunseling yang boleh diakses sama ada

secara bersemuka ataupun secara atas talian dengan menghubungi

Talian Kasih 15999.

Sekian, terima kasih.

Page 440: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 124

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan:

(a) Jumlah kemalangan yang melibatkan pemandu yang mabuk dari

Januari sehingga Ogos 2020 di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan

dan jumlah kes yang berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh

mahkamah dari Januari sehingga Ogos 2020 mengikut negeri; dan

(b) Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian

untuk mengawal kes kemalangan terutamanya melibatkan pemandu

mabuk.

Page 441: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 124

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berdasarkan kepada

rekod yang diterima daripada Polis DiRaja malaysia (PDRM), jumlah

kertas siasatan yang telah dibuka ke atas kemalangan yang melibatkan

pemandu mabuk dari bulan Januari hingga 15 Ogos 2020 adalah

sebanyak 240 kes. Perincian kertas siasatan yang dibuka mengikut

seksyen di bawah Akta 333 adalah seperti di bawah:-

Peruntukkan Seksyen Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] Di

Mana Kertas Siasatan Dibuka

Jumlah Kemalangan

Seksyen 44 APJ 1987 44

Seksyen 45 APJ 1987 196

JUMLAH 240

2. Jumlah kes yang berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh

Mahkamah dari bulan Januari hingga 15 ogos 2020 adalah berjumlah

126 kes. Perincian kes seperti berikut:-

Peruntukkan Seksyen Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] Di

Mana Kertas Siasatan Dibuka

Jumlah Kes Berjaya Didakwa Di Mahkamah

Seksyen 44 APJ 1987 4

Seksyen 45 APJ 1987 122

JUMLAH 126

Page 442: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 124

3. Untuk makluman, isu kemalangan maut yang disebabkan oleh

pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol adalah merupakan

satu perkara yang amat dipandang serius oleh Kerajaan khususnya

Kementerian Pengangkutan. Dalam usaha menangani isu ini serta aspek

keselamatan jalan raya secara amnya, pendekatan dan strategi yang

holistik adalah diperlukan bagi memastikan usaha ini berjaya dan

mencapai objektifnya.

4. Antara langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian

Pengangkutan termasuklah secara berterusan melaksanakan program-

program dan kerjasama berkaitan kempen, advokasi dan kesedaran

keselamatan jalan raya di Malaysia secara keseluruhannya termasuklah

berkaitan dengan aspek memandu di bawah pengaruh alkohol.

5. Salah satu program utama yang telah dilaksanakan adalah program

Tiada Minggu Tanpa Advokasi (atau TMTA). Berdasarkan rekod,

sehingga kini, sejumlah 1,866 Program TMTA telah dilaksanakan yang

merangkumi seluruh kategori advokasi kempen keselamatan jalan raya.

6. Antara aktiviti utama di bawah TMTA adalah mengadakan sesi libat

urus dan kerjasama dengan pihak premis jualan makanan, pengilang dan

pusat hiburan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan tanggungjawab

dan tindakan pihak berkenaan termasuk dalam meningkatkan kesedaran

berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. Program advokasi

khas keselamatan jalan raya berkenaan bahaya memandu di bawah

pengaruh alkohol juga telah diadakan di restoran-restoran dan bar di

sekitar lembah kelang pada setiap minggu, yang dilaksanakan berselang

seli dengan program keselamatan jalan raya yang lain seperti

kepentingan menggunakan tali pinggang keledar dan sebagainya.

Page 443: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 124

7. Program kempen don’t drink and drive juga telah diadakan baru-

baru ini pada 17 Julai 2020 mulai pukul 5 hingga 11 malam di premis

restoran dan premis menjual minuman keras di sekitar bandar Kajang dan

Semenyih, Petaling Jaya dan Puchong. Program yang sama juga secara

berterusan diadakan di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang,

Kuching dan Kota Kinabalu.

8. Selain itu, pihak Kementerian juga telah mengadakan sesi libat urus

dengan pihak penyedia kenderaan perkhidmatan awam e-hailing bagi

menyediakan perkhidmatan kepada individu yang telah mengambil

minuman beralkohol. Perkara ini bertujuan mengubah minda individu

berkenaan untuk tidak memandu selepas mengambil minuman

beralkohol, sebaliknya menggunakan kenderaan perkhidmatan awam.

9. Selain itu, sebagai salah satu strategi utama dalam usaha

mencegah dan menjadi deterrence kepada orang ramai daripada

memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, Akta Pengangkutan

Jalan 1987 [Akta 333] juga telah dipinda bagi meningkatkan hukuman-

hukuman berkaitan kesalahan memandu dengan tidak mematuhi

peraturan jalan raya termasuk memandu dalam keadaan mabuk. Bacaan

pertama Rang Undang-Undang ini telah pun dilaksanakan pada sesi

parlimen pada 27 Julai 2020 yang lalu. Bacaan kali kedua dan ketiga turut

dijadualkan dalam sesi parlimen kali ini. Untuk makluman dewan yang

mulia ini, RUU ini telah dibentangkan, dibahsakan dan diluluskan

oleh Dewan Rakyat pada 26 Ogos 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 444: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 125

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM

NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) jumlah keseluruhan rampasan di setiap negeri atas kesalahan

menjual penutup hidung dan mulut yang melebihi kawalan

harga maksimum setakat Ogos 2020 dan berapakah bilangan

kes penipuan penjualan penutup hidung dan mulut yang telah

dikesan secara atas talian setakat Ogos 2020 di seluruh negara;

dan

(b) apakah tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil

oleh Kementerian untuk mengawal penjualan penutup hidung

dan mulut bagi melindungi hak pengguna.

Page 445: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 125

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Bermula 29 Januari 2020 sehingga 17 Ogos 2020, Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah

melaksanakan sebanyak 49,225 pemeriksaan dan penguatkuasaan ke

atas pelitup muka. Tindakan penguatkuasaan adalah seperti berikut:

i. Tindakan kes yang telah diambil di bawah Sek.11 Akta Kawalan

Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu kesalahan menjual melebihi

harga maksimum adalah sebanyak 42 kes dengan jumlah sitaan

bernilai RM 489,022.10.

ii. Manakala bilangan kes penipuan penjualan yang telah dikesan

secara atas talian setakat Ogos 2020 adalah sebanyak 3 kes di

seluruh negara.

Antara tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk

mengawal penjualan penutup hidung dan mulut adalah:

i. menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan

Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga menjual

sepertimana harga yang telah diwartakan;

ii. menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan

Harga oleh Penjual Runcit) 1993 bagi mewajibkan peniaga

Page 446: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 125

meletak tanda harga ke atas barangan yang dijual atau

mempamerkan senarai harga; dan

iii. menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi

memastikan bekalan berada di pasaran.

Sekian, terima kasih.

Page 447: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 128

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI PENDIDIKAN apakah

penekanan yang akan diberikan oleh Kementerian di dalam mengkaji

silibus Rukun Negara yang bercirikan sivik dan tatanegara dalam sistem

pendidikan negara dan adakah pihak Kementerian akan

mempertimbangkan cadangan untuk memberikan tekanan terhadap asas

pendidikan perlembagaan.

Page 448: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 128

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kurikulum mata pelajaran Sejarah dan pendidikan Sivik memberi fokus

kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai tentang sejarah penggubalan,

matlamat dan prinsip Rukun Negara. Komponen tersebut disusun

berdasarkan tajuk khusus dan juga sisipan dalam tajuk-tajuk yang

berkaitan dengan Rukun Negara.

Di peringkat sekolah rendah, Rukun Negara dipelajari dalam mata

pelajaran Sejarah sebagai tajuk khusus yang menghuraikan tentang

prinsip dan matlamat Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati oleh

murid. Pelaksanaannya melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah dengan melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran disokong

dengan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah.

Di peringkat sekolah menengah, Rukun Negara dihuraikan secara khusus

di bawah tajuk Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia dan Ke Arah

Kesejahteraan Negara. Melalui tajuk ini, murid memahami tentang

kepentingan beragama dan kepercayaan, menghormati raja

berpelembagaan, mendokong prinsip negara demokrasi, dan hidup

harmoni dalam masyarakat berbilang kaum.

Untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan penghayatan murid berkaitan

Rukun Negara, KPM telah membangunkan modul Pendidikan Sivik

(2019) untuk dilaksanakan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam bagi sekolah

Page 449: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 128

rendah dan sekolah menengah. Modul tersebut dilaksanakan di sekolah

rendah dan menengah melalui aktiviti di bilik darjah dan kegiatan

kokurikulum. Pendidikan Sivik membolehkan murid membentuk karakter

yang positif dan bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

Page 450: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 129

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan statistik terkini individu yang kehilangan pekerjaan dalam

tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan statistik

laporan pekerja terhadap majikan yang gagal mematuhi syarat penerima

dana program Pengekalan Pekerja (ERP) serta apakah tindakan yang

diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

Page 451: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 129

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan kepada

rekod Kehilangan Pekerjaan di bawah SIP PERKESO, dari Mac sehingga 14

Ogos 2020 adalah sebanyak 62,383 pekerja. Manakala jumlah keseluruhan

pemberhentian pekerja dari Januari sehingga 14 Ogos 2020 sebanyak 72,723

pekerja.

2. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 243 kes

aduan yang telah direkodkan di bawah Program Pengekalan Pekerjaan

(ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) terhadap majikan yang

mengingkari terma dan syarat ERP/PSU kerana tidak menyalurkan

bantuan yang diterima kepada pekerja yang layak di bawah program ini.

3. Bagi permohonan yang telah diberi kelulusan dan dibuat

pembayaran, senarai nama majikan akan dipaparkan di laman web

PERKESO untuk tujuan semakan para pekerja dan untuk membolehkan

mereka membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap majikan

mereka.

4. Sehubungan dengan itu, sekiranya aduan diterima, tindakan yang

diambil oleh Kementerian saya melalui PERKESO adalah seperti berikut:

i. Menyenarai hitamkan majikan tersebut;

ii. Proses pembayaran untuk bulan berikutnya akan dihentikan;

Page 452: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 129

iii. Pengesahan aduan dan laporan polis akan dibuat bagi kes

penyalahgunaan Program Subsidi Upah.

5. PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut

semula bayaran yang telah diterima dan tindakan undang-undang akan

diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat yang telah

ditetapkan.

6. Selain itu, saluran Kaunter Khidmat Pelanggan serta Talian Khas

berkenaan PSU dan ERP turut diwujudkan bagi menyediakan

perkhidmatan serta menangani urusan berkaitan permohonan dan aduan.

PERKESO turut mewujudkan task force khas untuk mengawal selia semua

permohonan dan aduan-aduan berkaitan bagi memastikan pematuhan

majikan-majikan yang menerima subsidi ini memenuhi terma dan syarat

yang ditetapkan.

7. PERKESO telah menghubungi majikan yang mengingkari terma dan

syarat terbabit dan akan mengambil tindakan susulan ke atas kesemua

majikan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 453: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI PERUSAHAAN

PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah

ketegangan perdagangan di antara Amerika dan China ditambah pula

dengan penularan COVID-19 berupaya mengehadkan eksport jualan

komoditi sawit serta apakah usaha Kementerian untuk mewujudkan eko

sistem perdagangan yang lebih baik bagi mengatasi masalah ini.

Page 454: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

JAWAPAN

Tuan yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Ekonomi dunia mengalami pertumbuhan kurang memberangsangkan

pada tahun 2020 akibat penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan

aktiviti-aktiviti ekonomi global. Kesan langsung keadaan ini terhadap

prestasi eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit negara amat

ketara kerana semua negara pengimport utama mengalami kejatuhan

ekonomi yang mendadak. Walau bagaimanapun, permintaan bagi minyak

sawit dijangka pulih apabila perintah berkurung di seluruh dunia mula

dilonggarkan termasuk negara pengimport utama seperti India dan China

yang dijangka akan meningkatkan pembelian untuk mengisi semula stok.

Selain itu, ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan

China juga telah memberi kesan negatif terhadap ekonomi dunia dan

perdagangan antarabangsa termasuk pasaran komoditi khususnya

minyak sawit. China merupakan pengimport terbesar kacang soya

Amerika Syarikat sebelum ini dan China juga adalah pasaran terbesar

dunia bagi kacang soya. Pengurangan pembelian kacang soya dari

Amerika Syarikat oleh China berikutan ketegangan perdagangan antara

mereka telah mengakibatkan perubahan keseimbangan penawaran dan

permintaan bagi pasaran kacang soya dunia. Keadaan ini juga memberi

kesan secara langsung terhadap pasaran minyak sawit dunia kerana

minyak sawit adalah barang pengganti kepada minyak kacang soya.

Page 455: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

Namun begitu, keadaan ini telah menyumbang kepada peningkatan

eksport minyak sawit Malaysia ke China. Berdasarkan statistik dari

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi tempoh Januari hingga Jun

2020, eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke

China telah meningkat 6.6% atau 111,558 tan kepada 1.80 juta tan

berbanding 1.68 juta tan bagi tempoh yang sama tahun 2019. Harga

minyak sawit Malaysia yang lebih kompetitif berbanding minyak kacang

soya juga turut menyumbang kepada peningkatan eksport tersebut. Di

samping itu, peningkatan eksport ini juga berikutan pembukaan serta

pemulihan semula sektor ekonomi di negara China selepas penularan

wabak COVID-19.

Bagi mewujudkan ekosistem perdagangan yang lebih baik untuk

mengatasi masalah ini serta meningkatkan permintaan minyak sawit

dalam tempoh jangka pendek, Kerajaan telah memberikan pengecualian

duti eksport minyak sawit mentah (CPO), minyak isirong sawit mentah

(CPKO) dan minyak isirong sawit diproses (RBDPKO) bermula pada 1

Julai hingga 31 Disember 2020. Melalui pengecualian ini, permintaan

minyak sawit Malaysia dijangka akan meningkat.

Kerajaan juga secara berterusan berusaha meningkatkan eksport minyak

sawit Malaysia ke seluruh dunia melalui usaha-usaha berikut:

i. Memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya

negara India, China, Pakistan, dan Amerika Syarikat serta

mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi

menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika dan

Asia Tengah;

Page 456: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

ii. Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam

penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah

kepada produk hiliran komoditi;

iii. Meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan

perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan

pelbagai hala atau serantau;

iv. Mengadakan kerjasama strategik bersama Indonesia menerusi

Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (Council of Palm Oil

Producing Countries atau CPOPC) untuk memantapkan lagi

amalan persekitaran mampan, pengurusan bekalan, aktiviti promosi

dan pembangunan pekebun-pekebun kecil. Dalam hal ini, Kerajaan

telah merangka beberapa strategi bersama Indonesia untuk

mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk menangani isu-isu

semasa industri sawit; dan

v. Melaksanakan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

yang telah dijadikan mandatori bermula 1 Januari 2020 sebagai

langkah menjenamakan minyak sawit Malaysia yang mampan dan

berkualiti. Pensijilan MSPO dijangka akan membuka akses

pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit negara di

negara-negara pengimport. Pada masa ini, pensijilan MSPO telah

diterima oleh Negara Jepun bagi Sukan Olimpik 2020.

Sekian, terima kasih.

Page 457: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 131

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan apakah mekanisme Kerajaan bagi menguruskan

kedudukan defisit negara yang dijangkakan akan meningkat kepada 5.8

hingga 6.0 peratus dan menurunkan nisbah hutang berbanding Keluaran

Negara Kasar (KNK) atau "Debt-to-GDP Ratio" dijangka akan turut

meningkat susulan daripada pandemik COVID-19.

Page 458: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 131

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang terkumpul

Kerajaan Persekutuan kepada KDNK pada akhir-Jun 2020 adalah

53.2%, masih di bawah had 55% KDNK yang ditetapkan.

2. Secara amnya, hutang Kerajaan Persekutuan akan meningkat

setiap tahun selagi kedudukan kewangan mengalami defisit.

Berikutan kedudukan kewangan Kerajaan yang masih mengalami

defisit, Kerajaan akan terus membuat pinjaman baharu setiap

tahun bagi membiayai semula kertas hutang yang matang serta

defisit tahun semasa.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan

dan pemulihan ekonomi tersebut adalah bersifat one-off dan tidak

akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam

jangka masa sederhana dan panjang. Ini adalah antara strategi

Kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dalam jangka masa

sederhana secara berperingkat seterusnya memastikan

kedudukan fiskal dan hutang Kerajaan Persekutuan kekal pada

paras terkawal.

Page 459: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 131

4. Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal dengan

memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan kutipan

hasil dan kecekapan perbelanjaan bagi mengukuhkan lagi

kedudukan kewangan serta memastikan paras hutang Kerajaan

terkawal. Pada masa ini, Kerajaan mengguna pakai Kerangka

Fiskal Jangka Sederhana atau dengan izin, Medium Term Fiscal

Framework (MTFF) sebagai panduan dalam menggubal strategi

ke arah konsolidasi fiskal untuk jangka masa sederhana (3 hingga

5 tahun) di samping selari dengan Rancangan Malaysia jangka

panjang. Kerajaan juga dalam proses merangka Akta

Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang dijangka akan dibentangkan

pada 2021 untuk mengukuhkan tadbir urus, ketelusan dan

akauntabiliti dalam pengurusan fiskal. Dalam masa yang sama,

Kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri bagi memastikan

risiko tukaran wang asing dan kos pinjaman yang lebih rendah.

Pematuhan kepada disiplin fiskal ini adalah penting bagi

memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh serta

meningkatkan ruang fiskal pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Page 460: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 132

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan [Sepanggar] minta MENTERI LUAR

NEGERI menyatakan apakah respon dan pendirian Malaysia terhadap

pelan damai tajaan Amerika Syarikat iaitu "Deal of the Century" yang

dikatakan sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel

namun ianya merupakan perjanjian yang berat sebelah dan terus

menindas hak kebebasan dan pemilikan negara Palestin.

Page 461: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 132

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator

Datuk Haji Yakubah Khan di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Izinkan saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa

pendirian Kerajaan Malaysia mengenai isu-isu yang melibatkan Palestin

adalah konsisten sejak dahulu lagi. Kerajaan Malaysia sentiasa memberi

sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada

dari segi politik, ekonomi, dan moral.

3. Kementerian Luar Negeri pada 30 Januari 2020 telah

mengeluarkan kenyataan mengutuk dan menolak keras cadangan Pelan

Damai Amerika Syarikat yang digelar “Deal of the Century” itu.

Kementerian juga menyifatkannya amat tidak adil dan berat sebelah

kerana tidak melibatkan Palestin dalam sebarang perbincangan.

Malaysia melihat cadangan Pelan Damai tersebut sebagai penindasan

terhadap rakyat Palestin.

4. Malaysia terus berpegang kepada pendirian bahawa Penyelesaian

Dua Negara (Two-States solution) berdasarkan garis sempadan 1967

dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin, adalah satu-satunya

jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin dan Israel.

Page 462: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 132

5. Pendirian ini turut dizahirkan menerusi pelbagai platform

antarabangsa, terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam Antarabangsa (OIC) dan Sidang

Kemuncak Negara-Negara Berkecuali (NAM). Semasa menjadi ahli

tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015/2016, Malaysia

lantang mengetengahkan pendiriannya menyokong aspirasi rakyat

Palestin untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan

berdaulat. Hasil daripada usaha ini, Resolusi 2334 mengenai

penempatan haram Israel telah diterimapakai oleh Majlis Keselamatan

PBB.

6. Sebagai tanda sokongan yang berterusan kepada Palestin, Wisma

Putra dengan kerjasama Parlimen Malaysia telah melancarkan kempen

Unite for Palestine pada 27 Julai hingga 6 Ogos 2020. Kempen ini juga

bertujuan memberi pendedahan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai isu

Palestin terutamanya peranan serta langkah-langkah yang telah diambil

oleh Kerajaan, serta menyatakan pendirian Malaysia yang menolak

sekeras-kerasnya tindakan Israel untuk mengilhak (annex) tanah-tanah

Tebing Barat milik Palestin.

7. Malaysia tidak akan berganjak dari keputusan untuk menyokong

sebarang usaha jujur dan konkrit untuk mencari jalan penyelesaian yang

adil dan berkekalan bagi konflik Israel-Palestin ini, berdasarkan

peruntukan undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB

yang berkaitan melalui rundingan yang melibatkan pihak-pihak

berkepentingan.

Sekian, terima kasih.

Page 463: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 133

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

adakah Hospital Padang Besar, di Negeri Perlis yang telah diluluskan oleh

Kerajaan terdahulu dari tahun 2012 terus dibatalkan atau akan dibina

semula dalam masa terdekat bagi menampung kesesakan rakyat Negeri

Perlis untuk mendapat rawatan di hospital Kerajaan.

Page 464: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 133

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan melalui

surat daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bertarikh 24

Oktober 2018 bahawa status terkini pembinaan Hospital

Padang Besar, Perlis telah dibatalkan oleh Kerajaan. KKM akan

mempertimbangkan pembinaan Hospital Padang Besar pada masa

akan datang berdasarkan keperluan keutamaan serta kedudukan

kewangan semasa Kerajaan.

2. Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan keperluan

perkhidmatan kesihatan penduduk di Padang Besar. Untuk

makluman, Kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah klinik

kesihatan jenis 3 di Padang Besar di bawah Rancangan

Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10), Rolling Plan 4 (RP4). Klinik ini

dijangka akan siap pada bulan Mei 2022 dan akan menawarkan

perkhidmatan seperti seperti Rawatan Pesakit Luar, Kesihatan Ibu

dan Anak, Pergigian, Rawatan Kecemasan, Farmasi, Pengimejan

dan Makmal.

Sekian, terima kasih.

Page 465: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 134

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan adakah pihak Kementerian Kesihatan bercadang

mengenakan kompaun atau denda yang tinggi kepada individu yang

melanggar arahan pihak Kementerian sebagai Kluster Sivagangga yang

baru pulang dari luar negara.

Page 466: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 134

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan

Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan

Jangkitan) (No. 7) 2020 [P.U. (A) 181/2020] boleh dikenakan

kompaun. Kadar kompaun yang diperuntukkan ini adalah

RM1,000 merupakan kadar maksimum denda dan ia juga

terpakai bagi kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta 342 ini.

2. Kompaun adalah salah satu tindakan awal prosiding jenayah di

mana kegagalan untuk membayar kompaun yang dikenakan akan

menyebabkan suatu tindakan pendakwaan dimulakan di

mahkamah. Sekiranya disabitkan kesalahan, maka penalti dan

hukuman bagi kesalahan tersebut adalah seperti yang dinyatakan

dalam seksyen 24 Akta 342, iaitu:

“24. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di

bawah akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu

diperuntukkan, apabila disabitkan-

(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

atau didenda atau kedua-duanya.

Page 467: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 134

(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan

berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun

atau didenda atau kedua-duanya.

(c) Berkenaan dengan kesalahan yang berterusan didenda

selanjutnya tidak melebihi 200 ringgit bagi tiap-tiap hari

kesalahan itu berterusan.”

3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti untuk

meminda Akta 342 termasuk penalti dan kompaun seperti

yang termaktub dalam seksyen 24 dan seksyen 25 Akta 342.

Sementara menunggu Akta 342 dibuat pindaan, bagi yang

melakukan kesalahan di bawah Akta 342 boleh ditawarkan

kompaun maksima sebanyak RM 1,000.00.

Sekian, terima kasih.

Page 468: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 135

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PEMBANGUNAN

WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pihak Jabatan

Kebajikan Masyarakat meneliti semula peruntukkan makanan kepada

rumah anak-anak yatim yang berdaftar di bawah JKM dari RM8.00 adalah

tidak mencukupi. Peruntukkan sekarang adalah RM8.00 sehari untuk 5

kali makan adalah tidak memadai dan memohon pihak JKM menaikkan

kepada RM16.00 sehari.

Page 469: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 135

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

Kerajaan telah menyediakan Bantuan Kewangan kepada kepada

Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan

jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM

meliputi warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak.

Kerajaan bersedia mempertimbangkan pemberian Geran Rangsum yang

bertujuan untuk menampung sebahagian kos perbelanjaan dan

penyediaan makan dan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau

datang secara harian ke Pusat Jagaan PSK tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pemberian ini adalah

tertakluk kepada syarat kelayakan dan kaedah yang telah ditetapkan di

dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada

PSK.

Pada masa ini, di bawah peruntukan JKM, bantuan yang disalurkan masih

sebanyak RM8.00 sehari kepada penghuni yang tinggal berkediaman,

manakala sebanyak RM4.00 sehari kepada penghuni yang datang secara

harian.

Sebagai menyokong usaha Kerajaan, PSK wajar mengambil inisiatif

untuk mendapatkan dana lain bagi menampung kos tambahan makan

dan minum penghuni mengikut keperluan.

Page 470: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 135

Pengiraan bantuan kewangan yang disalurkan juga akan mengambil kira

prestasi kewangan semasa PSK tersebut. Ini adalah selaras dengan

prinsip kebajikan tanggungjawab bersama melalui kerjasama strategik

antara kerajaan dan PSK.

Sekian, terima kasih.

Page 471: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 136

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PELANCONGAN, SENI

DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) adakah Kementerian boleh membantu memberikan sejumlah dana

khas untuk Negeri Perlis bagi persiapan sempena Tahun Melawat

Perlis 2021; dan

(b) adakah pihak Kementerian Pelancongan bercadang membina

sebuah mini taman tema di Negeri Perlis seperti Negeri Kedah dan

Perak.

Page 472: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 136

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian

Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak memperuntukkan dana

khas untuk mana-mana negeri menjalankan promosi Tahun Melawat

Negeri masing-masing. Namun, MOTAC konsisten dalam melaksanakan

pelbagai program pelancongan seperti projek penyediaan kemudahan

pelancongan dan sebagainya di semua negeri.

2. Kementerian amat menghargai cadangan dan usaha pihak Yang

Berhormat Senator untuk merancakkan industri pelancongan negara

khususnya di Negeri Perlis. MOTAC ada menyediakan kemudahan

pembiayaan berbentuk pinjaman iaitu Tabung Infrastruktur Pelancongan

(TIP) yang dikendalikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad

(BPMB). Walau bagaimanapun, MOTAC tidak menyediakan peruntukan

khusus bagi membiayai projek seperti yang dinyartakan oleh Yang

Berhormat Senator. Oleh kerana ia bersifat komersial dan berasaskan

keuntungan (profit oriented), maka ia sesuai dilaksanakan dengan

kerjasama pihak swasta.

Sekian, terima kasih.

Page 473: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 137

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan bilakah pihak Kementerian Pengangkutan akan membina lif

dan membuat selenggara setiap bulan di setiap stesen-stesen keretapi

terutamanya di Negeri Perlis sebagai contoh Stesen Bandar Diraja Arau,

Stesen Bukit Keteri dan Stesen Padang Besar untuk memudahkan warga

emas dan warga OKU menikmati kemudahan yang telah disediakan

Page 474: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 137

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada masa ini

kemudahan lif di Negeri Perlis adalah seperti berikut:-

a. Stesen Arau :-

Stesen ini telah dilengkapi dengan tiga (3) unit lif untuk

kegunaan semua para penumpang tren termasuk warga

emas dan OKU. Ianya telah disediakan semasa pembinaan

stesen ini di bawah Projek Landasan berkembar Ipoh –

Padang Besar dan telah siap beroperasi sejak tahun 2016.

b. Stesen Padang Besar :-

Stesen ini tidak mendapat peruntukan untuk pembinaan lif di

bawah Projek Landasan berkembar Ipoh – Padang Besar.

Walau bagaimanapun stesen ini telah dilengkapi dengan satu

(1) unit lif KHAS sedia ada untuk kegunaan OKU sahaja.

c. Stesen Bukit Keteri :-

Stesen ini tiada kemudahan lif pada masa ini. Pihak

Kementerian bersama KTMB/RAC akan melihat isu ini dan

mengkaji keperluan pembinaan lif untuk kegunaan warga

emas dan OKU supaya pelaburan Kerajaan tersebut adalah

benar-benar value for money.

Page 475: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 137

2. Selain itu, pihak KTMB bertanggungjawab untuk menjalankan

aktiviti-aktiviti selenggaraan lif di semua stesen dan mematuhi segala

aspek keselamatan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Keselamatan

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) termasuk:-

a. Melantik syarikat penyelenggaraan lif yang kompeten dan

disahkan oleh pihak JKKP. KTMB telah melantik Syarikat MS

Elevator Sdn. Bhd untuk melaksanakan kerja pemeriksaan

dan selenggaraan lif di stesen-stesen di Negeri Perlis pada

setiap bulan.

b. Syarikat MS Elevator juga bertanggungjawab untuk

melaksanakan kerja-kerja baik pulih segera jika berlaku

sebarang kerosakan pada lif serta memberi bantuan segera

kepada para pengguna jika berlaku sebarang kes pengguna

terperangkap di dalam lif.

c. Memastikan pihak JKKP membuat lawatan dan pemeriksaan

untuk memperbaharui Permit Mesin Angkat (PMA) bagi Lif

berkenaan sebagaimana yang diwajibkan oleh pihak JKKP.

3. Diharapkan dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan dengan

menambahbaik fasiliti di stesen-stesen kereta api akan menggalakkan

orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutamanya rel untuk

ke destinasi masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Page 476: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

menyatakan perincian dan senarai projek-projek jalan luar bandar, bekalan

elektrik dan air luar bandar di Sarawak pada tahun 2020 dan 2021 serta

bagaimana usaha Kerajaan memastikan pendapatan isi rumah di luar

bandar Sarawak berada di atas tahap pendapatan garis kemiskinan baru

(RM 2208) 2020.

Page 477: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untukmakluman Ahli Yang Berhormat,

Dalam usaha menyasarkan pendapatan isi rumah di atas paras

kemiskinan baru, Kementerian telahpun meletakkan keutamaan ke atas

program-program di luar bandar Sarawak berdasarkan peruntukan yang

telah diluluskan kepada Kementerian bagi fasa terakhir Rancangan

Malaysia Ke-11 (RMKe-11) pada tahun 2020.

Keutamaan pelaksanaan ini akan menumpukan kepada program/projek

KPLB yang berbentuk pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan

yang boleh meningkatkan kesejahteraan penduduk dan seterusnya

meningkatkan pendapatan purata bulanan isi rumah khasnya di daerah-

daerah termiskin sekaligus mengurangkan jurang daerah-daerah terpinggir

tersebut dengan daerah-daerah yang lain. Antara program-program yang

dicadang untuk dilaksanakan adalah seperti:

1) Projek-projek Prasarana seperti Jalan Luar Bandar, Bekalan Air Luar

Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa,

Program Ameniti Sosial, Program Perumahan Rakyat Termiskin,

Projek Pemajuan Kawasan;

2) Program Ekonomi dan Keusahawanan seperti Program Peningkatan

Pendapatan, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa, Program Desa

Lestari, program-program di bawah MARA dan Agensi; dan

Page 478: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

3) Pembangunan Modal Insan seperti Program Latihan Kemahiran dan

Kerjaya, program-program di bawah KEMAS dan INFRA.

Di samping itu juga, pembangunan secara menyeluruh juga akan

dilaksanakan melalui strategi pelaksanaan yang akan dirancang oleh

Kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang akan

mula dilaksanakan pada tahun 2021 hingga tahun 2025. Perancangan

pembangunan ini akan dibuat secara holistik dan mengambil kira semua

aspek agar dapat memberi kesan yang optimum kepada kumpulan

sasaran di luar bandar Sarawak.

Bagi projek jalan luar bandar, bekalan elektrik dan air luar bandar Sarawak

bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:

NEGERI PROGRAM BIL.

PROJEK

SILING 2020

(RM)

Sarawak

Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 7 120,000,000

Bekalan Elektrik Luar Bandar

(BELB) 19 291,165,100

Jalan Luar Bandar (JALB) 68 189,800,000

JUMLAH 94 600,965,100

Page 479: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 138

Manakala bagi projek BALB, BELB dan JALB Negeri Sarawak (Cadangan

Permohonan Baru Dalam RMK-12 Tahun 2021) adalah seperti berikut:

NEGERI PROGRAM

BARU

BIL.

PROJEK

SILING 2021

(RM)

Sarawak

Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 42 168,200,000

Bekalan Elektrik Luar Bandar

(BELB) 2 80,000

Jalan Luar Bandar (JALB) 27 8,300,000

JUMLAH 71 176,580,000

Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak Kementerian sentiasa mengadakan

pertemuan dan sesi libat urus bersama pihak Kerajaan Negeri yang terlibat

seperti EXCO Luar Bandar Negeri, UPEN, dan Pejabat Daerah bagi

mendapatkan maklum balas, isu, cadangan serta keperluan daripada pihak

Kerajaan Negeri mengenai keperluan pembangunan luar bandar. Maklum

balas daripada pihak-pihak berkepentingan tersebut menyumbang kepada

pelaksanaan program-program pembangunan di luar bandar Sarawak

sekaligus dijadikan sebagai salah satu strategi di bawah Rancangan

Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Sekian, terima kasih.

Page 480: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 139

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA

MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN

DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR

BANDAR menyatakan perincian dan komposisi Jawatan Pengurusan

Kanan dan Tertinggi yang mengetuai Pusat-pusat MARA di Majlis Amanah

Rakyat serta sejauh mana komposisi lantikan mengikut kumpulan

Penjawat Awam DG, J atau E (dari Gred 54 ke Turus III) ini membawa

realiti aspirasi yang tersurat dan tersirat dalam Akta MARA 1966 serta

peranan mara meningkatkan kelangsungan ekonomi bumiputera.

Page 481: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 139

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, penubuhan MARA adalah

bertunjangkan kepada perjuangan bagi mengangkat ekonomi masyarakat

bumiputera luar bandar dengan menggalakkan kegiatan perdagangan dan

perusahaan.

Jawatan Pengurusan Tertinggi terdiri daripada Ketua Pengarah yang

dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah mengikut sektor iaitu

Keusahawanan, Pendidikan dan Khidmat Pengurusan serta Pelaburan

masing-masing diisi oleh pegawai daripada Skim Pegawai Ehwal Ekonomi

(E), dan sektor Pendidikan pula disandang oleh pegawai daripada

kalangan Skim Pegawai Latihan Vokasional (DV).

Setiap pusat pentadbiran MARA diketuai oleh seorang ketua dengan

gelaran samada Pengarah, Pengetua atau Ketua Unit dengan skim yang

berbeza mengikut norma kerja serta kompleksiti jawatan terbabit.

Peratusan pengisian kumpulan pengurusan mengikut skim di MARA

adalah seperti berikut:

Bil Skim Peratus (%)

1. E 31

2. DV 14

3. DG 53

4. WA 1

5. L 1

Jumlah 100%

Page 482: 2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 …

NO SOALAN: 139

Bagi jawatan bersifat pembangunan seperti penggubalan dasar serta

perancangan, jawatan tersebut diisi dalam kalangan pegawai Skim

Pegawai Ehwal Ekonomi (E). Manakala bagi jawatan di Institut Pendidikan

MARA atau singkatannya IPMa, yang berteraskan pembangunan pelajar

serta pengurusan akademik, kebanyakan pengisian adalah dalam

kalangan skim Pendidikan sama ada DG dan DV.

Komposisi dan kepelbagaian skim perkhidmatan di MARA ini disusun bagi

memastikan usaha dalam menggembleng tenaga untuk membawa aspirasi

MARA dalam meningkatkan kelangsungan ekonomi bumiputera sentiasa

terbela.

Sekian, terima kasih.