manual penggredan buah kelapa sawit

12
MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT PENGENALAN Usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerbitkan MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT merupakan satu komitmen untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya dikalangan pengusaha ladang dan pekebun-pekebun kecil.Manual ini menghuraikan tatacara penggredan yang meliputi kaedah persampelan, kaedah penggredan, pengiraan kadar perahan serta dokumen-dokumen yang perlu untuk penggredan. PENDAHULUAN MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT ini disediakan sebagai satu panduan praktikal untuk menggred buah kelapa sawit dikilang. OBJEKTIF Objektif khusus adalah :- I. Untuk mempertingkatkan mutu buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang II. Untuk mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia. III. Untuk mempertingkatkan kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di kilang. IV. Untuk menentukan pembekal dan pengilang mendapat pulangan yang setimpal. PROSEDUR PENGGREDAN Prosedur Persampelan: Pilih tandan secara rawak sebagai sampel daripada setiap konsignasi yang hendak digred. Saiz sampel minima bagi konsignasi kurang daripada 5 tan metrik ialah 50 tandan dan

Upload: sahibul-anuar

Post on 30-Jun-2015

2.369 views

Category:

Documents


323 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

PENGENALAN

Usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerbitkan MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT merupakan satu komitmen untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya dikalangan pengusaha ladang dan pekebun-pekebun kecil.Manual ini menghuraikan tatacara penggredan yang meliputi kaedah persampelan, kaedah penggredan, pengiraan kadar perahan serta dokumen-dokumen yang perlu untuk penggredan.

PENDAHULUAN

MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT  ini disediakan sebagai satu panduan praktikal untuk menggred buah kelapa sawit dikilang.

OBJEKTIF

Objektif khusus adalah :-

        I.            Untuk mempertingkatkan mutu buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang

     II.            Untuk mempertingkatkan kualiti pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia.

   III.            Untuk mempertingkatkan kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di kilang.

  IV.            Untuk menentukan pembekal dan pengilang mendapat pulangan yang setimpal.

PROSEDUR PENGGREDAN

Prosedur Persampelan: Pilih  tandan secara rawak sebagai sampel daripada setiap konsignasi yang hendak digred. Saiz sampel minima bagi  konsignasi kurang daripada 5 tan metrik ialah 50 tandan dan bagi konsignasi 5 tan metrik atau lebih ialah 100 tandan.

Kekerapan Penggredan: Kekerapan penggredan bagi pembekal yang mempunyai ikatan kontrak jangka panjang ialah 1:10 lori. Jika tidak penggredan dibuat keatas semua konsignasi.

 

Klasifikasi Tandan:

1. Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah

 

Page 2: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

Tandan Masak

2. Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

 

 

Tandan Mengkal

3. Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini tidak mempunyai soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada) pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa.

 

 

Tandan Muda

4. Tandan Terlalu Masak ialah tandan segar yang mempunyai buah berwarna merah tua dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah telah relai daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) buah segar masih melekat pada tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.

 

 

Tandan Terlalu Masak

Page 3: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

5. Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari tandannya semasa pemeriksaan di kilang.

 

 

Tandan Kosong

6. Tandan Busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat.

 

 

Tandan Busuk

7. Tandan Tangkai Panjang ialah tandan segar yang mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari paras terbawah tangkai tandan.

 

 

Tandan Tangkai Panjang

8. Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam sebelum dihantar ke kilang dan semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu. Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan berwarna kehitaman.

 

 

Tandan Tidak Segar

Page 4: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

9. Tandan Lama ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke kilang. Buah yang masih melekat pada tandan ini telah kecut dan berwarna perang kehitaman. Tangkainya juga telah kecut, lembut, berserabut dan warna kehitaman.

 

 

Tandan Lama

10. Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya berlumpur, berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau jirim-jirim asing yang lain

 

 

Tandan Kotor

11. Tandan Kecil  ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg (5 lb).

 

Tandan Kecil

12. Tandan Rosak ialah tandan yang lebih daripada 30 % bahagian buahnya telah rosak diserang oleh binatang-binatang perosak terutamanya tikus.

 

Tandan Rosak 

13. Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan yang mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah ‘parthenocarpic’

 

Tandan Berpenyakit

Page 5: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

14. Tandan Dura ialah tandan segar yang buahnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

    -  Tebal tempurung                       -    2-8 mm

    -  Nisbah tempurung dengan buah -    25-50 %

    -  Nisbah mesokarpa dengan buah   -    20-60 %

    -  Nisbah isirong dengan buah          -    4-20 %

    -  Tiada gelung serabut di sekeliling biji

 

 

 

 

Tandan Dura

15. Buah Relai  ialah buah yang berwarna oren kemerahan yang gugur daripada tandan segar kerana masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.

 

 

Buah Relai 

16. Tandan Basah adalah merujuk kepada konsignasi buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air yang berlebihan.

 

 

Tandan Basah

Page 6: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

KAEDAH PENGGREDAN

Sampel tandan buah kelapa sawit yang telah dipilih akan digred bagi menentukan mutu tandan dan kadar perahan yang boleh diberi kepada pembekal. Aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat semasa penggredan adalah seperti berikut :

         Pemeriksaan dan penilaian mutu tandan

         Pengiraan penalti bagi tandan tidak bermutu

         Penetapan kadar perahan asas

         Pengiraan kadar perahan digred

Pemeriksaan dan Penilaian Mutu Tandan

1.      Kerja Penggredan buah kelapa sawit hendaklah dilakukan di hadapan pembekal atau wakilnya seperti pemandu atau kelendan lori.

2.      Lori yang dipilih untuk digred hendaklah diarah untuk menurunkan muatannya ke atas platform berhampiran ‘loading ramp’. Pastikan tandan-tandan itu dalam keadaan rata, yakni tidak berlonggok atau berlapis.

3.      Bilang jumlah tandan konsignasi tersebut dan kira berat purata tandan mengikut formula seperti berikut : Berat Purata Tandan = Berat Muatan Bersih (kg)Mengikut Tiket Timbang / Jumlah Bilangan Tandan

4.      Daripada jumlah tandan ini, pilih secara rawak sebanyak 50-100 tandan sampel dan asingkan daripada tandan-tandan baki yang lain. Pemilihan saiz sampel minimum hendaklah berdasarkan kepada berat bersih konsignasi.

5. Kelaskan sampel tandan-tandan tadi kepada 5 kumpulan seperti berikut :

         Tandan Masak

         Tandan Mengkal

  

Page 7: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

         Tandan Muda

         Tandan Kosong

         Tandan Busuk

6. 6.      Rekodkan bilangan dan peratus tiap-tiap kumpulan tandan tersebut ke dalam Borang Penggredan seperti di LAMPIRAN I. Jumlah peratusan bagi 5 kategori mutu tandan tersebut mestilah genap seratus peratus (100%).

7. Gred dan kelaskan sekali lagi kesemua sampel tandan tersebut kepada 5 kumpulan seperti berikut :-

         Tandan Tangkai Panjang

         Tandan Kotor

         Tandan Dura

         Tandan Lama

         Tandan Basah.

7. 8.      Dokumen-dokumen yang diperlukan dalam kerja penggredan ialah Borang Penggredan (LAMPIRAN I), tiket timbang dan dokumen perjanjian dengan pembekal (jika ada). Pastikan hanya bekalan buah kelapa sawit daripada pembekal yang mempunyai lesen MPOB yang sah sahaja diterima untuk digred.

Pengiraan Penalti Ke Atas Tandan Tidak Bermutu

1. Tandan buah kelapa sawit yang tidak bermutu seperti di bawah akan dikenakan penalti mengikut sistem diskaun seperti dalam JADUAL III hingga JADUAL XI. Penalti yang akan dikenakan bergantung kepada keputusan penggredan seperti yang tercatat dalam Borang Penggredan. Semak keputusan ini dengan jadual penalti (JADUAL III-JADUAL XI) dan dari sini dapatkan nilai penalti sebenar yang boleh dikenakan ke atas setiap kategori tandan tidak bermutu. (Rujuk Buku Manual

Page 8: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

Penggredan Buah Kelapa Sawit). 2. Konsignasi yang mempunyai kuantiti tandan buah

kelapa sawit yang tidak bermutu melebihi had maksimum yang dibenarkan seperti salah satu di bawah :-

Bilangan tandan kosong melebihi dua puluh peratus (20%) atau;

Bilangan tandan kotor melebihi tiga puluh peratus (30%): Hendaklah ditolak dan dikembalikan kepada pembekal.

 

3. Dari segi praktik, adalah sukar untuk memperolehi satu konsignasi yang mempunyai tandan bermutu seratus peratus. Oleh itu kombinasi mutu tandan untuk satu konsignasi yang dianggap bermutu adalah seperti :-

Kategori Tandan Had

Tandan Masak > 90 %

Tandan Mengkal < 10 %

Tandan Tangkai Panjang < 5 %

Tandan Dura 0%

Tandan Kosong 0%

Tandan Busuk 0%

Tandan Kotor 0%

Tandan Lama 0%

Tandan Basah 0%

 

 

Penetapan Kadar Perahan Asas

 

Kadar Perahan Asas ialah kadar perahan teoritikal yang juga merupakan kadar perahan maksimum minyak dan isirong kelapa sawit. Kadar Perahan Asas boleh ditentukan dengan dua cara, iaitu berdasarkan umur pokok atau

 

Page 9: MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT

berdasarkan berat tandan.

1. Penetapan Kadar Perahan Asas Berdasarkan Umur Pokok.Kadar Perahan Asas boleh ditentukan berdasarkan umur pokok, sekiranya maklumat mengenai tahun tanam diketahui. Sila rujuk JADUAL I. Kaedah ini sesuai untuk kilang-kilang yang memperolehi bekalan buah kelapa sawit daripada ladang sendiri

2. Penetapan Kadar Perahan Asas Berdasarkan Berat Tandan. Kaedah ini sesuai untuk kilang-kilang yang memperolehi sumber bekalan buah kelapa sawit daripada ladang-ladang luar atau peniaga yang tidak diketahui tahun tanamnya. Sila rujuk JADUAL II. Berat purata tandan boleh dikira dengan membahagikan berat muatan bersih (seperti yang tercatat dalam tiket timbang) dengan jumlah bilangan tandan

 

Pengiraan Kadar Perahan Digred

1. Kadar perahan digred ialah kadar perahan minyak dan isirong yang boleh diberi kepada seseorang pembekal setelah penggredan dibuat keatas mutu tandan buah kelapa sawit tersebut dan dikira mengikut sistem diskaun seperti berikut;

              Kadar Perahan Digred = Kadar Perahan Asas - Penalti

2. Kadar perahan digred hendaklah dicatatkan dalan Borang Ringkasan Penggredan Bulanan seperti di Lampiran 11 untuk tujuan pembayaran kepada pembekal.