milenia muslim september 2009

20

Upload: esubs-milenia

Post on 22-Mar-2016

256 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Prebiu majalah keluaran September 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Milenia Muslim September 2009
Page 2: Milenia Muslim September 2009
Page 3: Milenia Muslim September 2009

1�009September

Page 4: Milenia Muslim September 2009

FOKUSGolongan profesional perlu bantu urus masjidMenjana masjid cemerlangHotel dan masjid dalam satu kompleks6 strategi masjid boleh buat duitAset Masjid BBU hampir RM8 juta

101�

1416�0

�4

BingKiSanImam bukan sekadar mengimamkan solatTak senang lihat orang lain senangBumi untuk dilestari, bukandirosakkanRuginya tangguh kerja,

67

8

9

Bicara mUFtiRoad show perjelasakidah dan berdakwah �6

54

1001 taFSiranHanya di Phnom Penh...

50

tErOPOng mEDiaJenayah & vandalisme: Usah menuding jari

nOta SiSwaWahai pemimpin, amanahmu cukup besar Era belia bukan untuk berseronokElak remaja tersepit dengan kad kreditSekat budaya gengsterisme di sekolah

55

56

58

59

5�

SiLatUraHimDoktor juga seorang

48FaKta & angKaMasjid unik & gah

PriHatinDilema 30,000 warga 38

36

antaraBangSaPenghapusan etnik Islam di

Pengakuan bekas pelacur & penagih dadah 44

iKtiBar

iQraQ

4�Penghulu ayat al-Quran & segala doa

UmmaHAdunan al-fikr & al-zikr dalam pendidikan alaf baru Merdeka & Ramadan: Minda kita harus berubahCabaran global menanganipelampau agamaUMNO & PAS: Berbaik-baik memang baikSuami sepi, anak terabaiMemahami undang-undang & hukuman

30

34

60

6366

9�

USaHawan

3�Bebola seramik tidak datang bergolek

www.mileniamuslim.com.my

6

34

26

32

10

Page 5: Milenia Muslim September 2009

3�009September

Bil 85 SEPTEMBER 2009

mUKa HaDaPan

Masjid lazimnya digunakan sebagai tempat solat berjemaah dan lokasi penganjuran ceramah dan syarahan agama serta kegiatan berkaitan keagaman. Kini, masjid sudah berubah wajah. Tempat ibadat itu mula mempelbagaikan kegiatan untuk menjana ekonomi ummah. Milenia Muslim kali ini memaparkan laporan khas bagaimana masjid mampu meraih pendapatan menerusi dunia bisnes.

86

76

4836

aKHir KaLamElak menang sorak kampung tergadai 96

SiLang Kata iSLam 95

BUKU & KritiKMencari diri dan erti dalam travelog 84

macam-macamSedapnya makan daging mayatIkan gergasi di Tasik Kenyir

9494

nEgara tEtanggaDi rumah sendiri, tidur pun tak lena… 86

KEmBaraMenyusuri budaya & adat Melayu di Riau 88

SajaKSeteguk Air 75

aDaBRamadan dan Syawal:Antara ibadat dan adat 8�

SEnamanSenaman Pernafasan Asmaul Husna 80

rEViU FiLEmPersoalan takdir dalam 76

rEnUng & FiKirCermin diri sebelum jaga tepi 6�

PEganganSyeikh Nuruddin bongkar kerapuhan tauhid Wahabi 70

Kata BiDaLan‘Adat teluk kumpulan kapal, 74

Anggota:

Persatuan Penerbit Majalah

Page 6: Milenia Muslim September 2009

4

M E J A E D I T O R

MMP Communications Sdn Bhd (146938-W)(dahulunya dikenali sebagai Milenia Muslim Publications Sdn Bhd)(Anak Syarikat ICS (M) Sdn. Bhd. (554287-W))68-B, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur.Tel: +603-2273 5426 Faks: +603-2273 5425

Pengurus Penerbitan

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA.www.yadim.com.myTel: +603-2274 6077 Faks: +603-2276 2330

Penerbit

Yang Dipertua/Pengerusi EksekutifDatuk Hj Mohamad Nakhaie Hj AhmadPenaung

[email protected] Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

[email protected] Jamaluddin MansorKetua Editor Kumpulan

Pencetak Times off set (M) Sdn. Bhd.Lot 46, Subang Hi-Tech Industrial Park,Batu Tiga 40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Pereka Grafi k Jaztina Alias

Jurufoto Mohd Yusri Mohd Shakjee, Wan NaqiuddinWan Yaacob, Jasman Md Noor

Pengurus Produksi& Pengedaran [email protected]

Khairi Ng Abdullah

Editor

Editor Agamarafl [email protected] Sabirin

Zainuddin Ayip

Jurufoto [email protected] Asraf Dahari

Eksekutif Jualan Azam Akbar Ramamam, Zakhwan Rizak,Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman

Eksekutif Produksi Widya Natasya Md Salleh

Kolumnis Datuk Dr Abu Bakar Jaafar, Abu Bakar Ismail, S.M. Zakir, Dr. Sidek Baba

Penyumbang Mohd Sukki Othman, Dr Muhammad Nur Manuty, Nik Mahani Mohamed, Ahmad Hafiz al Bakaniyy, Isma Ae Che Uma, Md Shukri Shuib, Muhammad Syarafuddin Sulaiman, Nabeela Naeem (Washington DC), Muhammad Uthman El-Muhammady

Pengarah [email protected] Hanna Khairuddin

Wartawan Salawati [email protected] Dalia [email protected]

Pengurus KananPemasaran [email protected]

Omar Ahad

Rizal Abdul Rahman

ShahrulAzrin ShaharuddinMohamad Zairull Mohd Yusof

Zulkeflee Abdullah

Web Mohd Hafizi Md Tahir

Eksekutif Pengedaran

Pereka Grafi k Korporat Saiful Hanafi

Penyelidik Foto Arman Yusuf

[email protected]

[email protected]

Eksekutif Langganan Ridzuan Besiri

[email protected]

Penolong Pengurus Pengiklanan [email protected]

Ann Norizad Muhamad Zain

Faizal [email protected]

Penulis

Dari pengusaha Islam kepada pelanggan Islam

Dalam sektor perniagaan dan urusan jual beli, umat Islam yang meliputi penduduk majoriti negara lazimnya bertindak sebagai pembeli dan pelanggan sahaja manakala bukan Islam pula sebagai penjual dan pengeluar produk. Hakikat ini harus diterima kerana ilmu dan jiwa berniaga belum tertanam dan berakar umbi di ka-langan sebahagian besar orang Melayu. Lebih malang lagi apabila umat Islam tidak merebut peluang keemasan berniaga menerusi program hub halal. Bayangkan, hampir 80 peratus peniaga yang memohon mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Is-lam Malaysia (Jakim) terdiri daripada bukan Islam. Mereka bijak mencari kesempatan kerana mengetahui pelanggan utama di ne-gara ini adalah penduduk beragama Islam.

Salah satu cara terbaik untuk memastikan umat Islam berniaga dan membeli barangan yang dipastikan bersih dan halal adalah menerusi institusi masjid dan surau. Memang diakui terdapat masjid di negara ini diurus dengan baik dan bijak mempelbagai kan fungsi rumah Allah itu daripada hanya untuk tujuan solat berjemaah lima waktu dan menganjurkan ceramah dan syarahan agama kepada bidang lain yang boleh menjana pendapatan. Ada masjid memperoleh hasil pendapatan bulanan menerusi penye-waan tapak, tanah wakaf dan kawasan lapang di sekitar masjid yang dibangunkan premis perniagaan seperti hotel, kelas tusiyen, tadika, restoran, kedai runcit, klinik, kafe siber dan sebagainya. Usaha ini memang baik dan patut dicontohi masjid lain daripa-da terus mengharapkan sumbangan dan geran daripada kerajaan negeri dan kutipan mingguan daripada jemaah dan dermawan yang mengunjungi masjid pada setiap solat Jumaat. Bagaimana-pun, usaha itu belum mencukupi kerana banyak lagi ruang dan peluang perniagaan yang boleh diceburi untuk memberi manfaat kepada masjid dan penduduk sekitarnya. Alangkah baiknya jika masjid dijadikan hub halal dengan menjual daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan produk sejuk beku. Bekalan yang diperoleh dan barangan yang dijual bukan saja bersih tetapi dijamin halal. Ini sekali gus memberi peluang kepada kariah masjid dan penduduk sekitar menikmati makanan halal dan segar. Bayangkan jika pe-rut kita dan anak-anak kita diisi makanan tidak halal, sudah pasti boleh menimbulkan kemudaratan dari segi kesihatan dan minda. Sebagai langkah permulaan, pastikan sebahagian daripada ahli jawatankuasa masjid terdiri daripada golongan profesional dan usahawan yang benar-benar komited untuk mengendalikan projek perniagaan seperti itu. Sudah sampai masanya ahli jawatankuasa dan pihak pengurusan masjid tidak dimonopoli kalangan orang agama dan ustaz sahaja.

Kita percaya usaha menjadikan institusi masjid dan surau di ne-gara ini sebagai pusat kecemerlangan bagi umat Islam memang ada baiknya dan boleh direalisasikan. Pihak berkuasa agama di peringkat negeri dan pihak pengurusan masjid boleh memikirkan perkara ini. Memang benar, kalau cadangan itu dapat dilaksana-kan, ia sudah pasti memberikan satu imej dan dimensi baru kepada fungsi masjid selaras ajaran agama suci itu terutama menggalakkan penyertaan umat Islam dalam perniagaan.

Zainuddin Ayip

Page 7: Milenia Muslim September 2009

5�009September

Yang Dipertua/Pengerusi EksekutifDatuk Hj Mohamad Nakhaie Hj AhmadPenaung

[email protected] Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Page 8: Milenia Muslim September 2009

14

foKuS

Dari jauh tiada bezanya antara Masjid Al-Ghufran di Kompleks Balai Islam, Pinggi-ran Taman Tun Dr Ismail dengan masjid-masjid di tempat lain. Malah seni bina dan

reka bentuknya tidaklah segah masjid negeri yang bo-leh berbangga dengan material, arkitek dan kontrak-tornya yang ternama. Namun sesuatu yang unik ialah masjid yang asalnya adalah sebuah surau biaya orang ramai pada 6 April 1993 ini mampu mengembalikan kegemilangan sirah institusi masjid yang diasaskan oleh Rasulullah seawal hijrah Baginda.

Masjid moden yang terletak di atas bukit berhadapan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersempadan dengan Kuala Lumpur – Petaling Jaya ini tidak mahu kalah dengan pembangunan di kawasan sekitarnya yang menempatkan kompleks penyiaran Sri Pentas TV3, pusat beli belah seperti One Utama, Cen-trepoint, Th e Curve, Cathay Cineleisure, Ikano dan Ikea, institut pengajian tinggi seperti Kolej Mahsa dan Kolej Bandar Utama serta pusat perubatan pakar seperti Damansara Specialist Centre.

Masjid yang dinaik taraf pada 4 April 2000 dengan nama Al-Ghufran yang bermaksud keampunan yang didedikasikan sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Mohd Hashim Yahya. Masjid yang didirikan di atas sebidang tanah wakaf seluas 26,000 kaki persegi dengan kos lima juta ini adalah hasil sum-bangan individu tertentu terutama golongan korporat, kini masih diterajui oleh Haji Hassanuddin Ali, 66, sebagai pengerusi sejak tahun 1998.

“Kalau kita tiada pendapatan sendiri, harap sum-bangan derma dan bantuan kerajaan memang tidak mencukupi. Kerja dakwah tetap memerlukan duit. Program sambutan hari kebesaran Islam pun memer-lukan duit. Untuk bulan Ramadan sahaja kita membe-lanjakan RM3,000 sehari.

Gaji imam, bilal dan ka-kitangan juga perlu dibayar. Ini tidak termasuk bil uti-liti yang tetap seperti bil elektrik sahaja mencecah sehingga RM10,000,” hujah beliau sambil mencongak kos tanggungan masjid di awal temubual.

Hotel dan masjid dalam satu kompleks

Masjid Al-Ghufran tawar pusat sehentian setempat perniagaan Muslim. Bermula dengan ibadah

mahdlah yang bersifat ritual hingga ibadah muamalah yang bersifat sosial.

Oleh FAIZAL RIDUANFoto W.NAQIUDDIN W.yAACOb

14

Mas

jid m

enjana ekonomi ummah

Page 9: Milenia Muslim September 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 10: Milenia Muslim September 2009

�0

foKuSfoKuS

Aset Masjid BBU hampir RM8 juta

Pusat Dialisis dan Kesihatan mula beroperasi pada April 2004 dengan kos pembangunan bernilai RM1.3 juta hasil

sumbangan kerajaan dan orang ramai. Pusat itu mempunyai 16 mesin dan boleh merawat 60 pesakit buah pinggang.

Oleh SALAWATI HARISFoto W.NAQIUDDIN W.yAACOb,

yUSRI SHAKJEE

16 mesin dan boleh merawat 60 pesakit buah pinggang.

Mas

jid m

enjana ekonomi ummah

Page 11: Milenia Muslim September 2009

�1�009September

Untuk memastikan masjid sentiasa proaktif agar sentiasa relevan dengan perubahan sema-sa tanpa menjejaskan fungsi asalnya sebagai tempat ibadat masyarakat Islam, Masjid

Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru (Masjid BBU) berusaha ke arah mempertingkatkan ketakwaan mereka kepada Allah SWT dengan pelbagai cara.

Pengerusi Masjid BBU, Haji Suliman Sujak, berkata, Masjid BBU adalah sebuah masjid yang diiktiraf sebagai Masjid Cemerlang selama beberapa tahun oleh Majlis Agama Islam Johor, menerima anugerah Masjid Hadhari pada 2009 dan kini dalam usaha menjadi masjid terbaik di ASEAN.

Masjid BBU mempunyai kerangka kerja yang men-erangkan dengan jelas tentang asas dan tonggak penting masjid ini.

Mel

ahirk

an m

asya

raka

t pen

yaya

ng &

kek

al

deng

an Is

lam

Men

gem

bang

bud

aya

ilmu

& ke

faha

man

Isla

m

Mempertingkatkan ketakwaan

kepada Allah SWT

Kumpulan Kepimpinan & Pengurusan

Pengumpulan Harta

Pengagihan & Pembahagian Hasil

Pusa

t per

padu

an u

mm

ah &

pem

bang

unan

m

asya

raka

t

Pusa

t ruj

ukan

dal

am k

ehid

upan

seh

aria

n

Rasa

cin

ta k

epad

a m

asjid

Kem

ampu

an m

enja

na d

ana

Aset Masjid BBU hampir RM8 juta

Mas

jid m

enjana ekonomi ummah

Page 12: Milenia Muslim September 2009

5�

SIlATuRAHIM

Bantulah menggapai tangan saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka ke jalan menuju Allah SWT.

Bekerja di Wad Kecemasan Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu membawa saya berfikir mengenai peranan dan sumbangan saya dalam masyarakat.

Bekerja di Jabatan Kecemasan ini menyebabkan saya turut terlibat dengan kes medicolegal (kes dalam siasatan polis) seperti kes rogol yang kebanyakannya suka sama suka, kes penyalahgunaan dadah, pengambilan

Doktor juga seorang pendakwah

Hidup ini terlalu murah jika

sekadar untuk dihabiskan bagi

memenuhi tuntutan jasmani

semata-mata.

Oleh DR SALMAN AMIRUDDIN

Allah SWT akan mempersoalkan apa yang kita lakukan untuk agama melalui

pekerjaan kita.

Page 13: Milenia Muslim September 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 14: Milenia Muslim September 2009

70

PeGANGAN

Syeikh Muhammad Nuruddin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib adalah seorang ulama yang tidak asing lagi di Nusantara. Beliau sering datang ke Malaysia bagi menyebarkan dak-

wah Islam kepada masyarakat melalui pengajian kitab-kitab turath (kuning) agar masyarakat mengetahui ke-pentingan ilmu agama yang diperjuangkan oleh guru pondok sebelum ini yang sememangnya memperjuang dan memartabatkan ilmu Islam serta membongkar ke-sesatan golongan sesat.

Seperti yang telah disebutkan dalam keluaran lalu, antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun salsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sam-pai salsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah SAW. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muk-tabar, maka kitab-kitab ini sampai salsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain.

Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu ber-pindah dari generasi ke generasi. Kehebatan beliau tu-rut terserlah dengan kekuatan ilmu pada dirinya serta kelancaran lidah beliau menjawab soalan secara spon-tan tanpa melihat kepada buku rujukan. Beliau pernah ditanya tentang kerapuhan fahaman tauhid yang di-

ketengahkan oleh golongan Wahabi, iaitu: Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma wa sifat. Beliau menegaskan bahawa pembahagian tauhid ini sebenar-nya mengelirukan masyarakat, kerana tauhid tidak perlu dibahagi-bahagikan. Lebih-lebih lagi tidak ada seorang nabi, sahabat dan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang membahagikan tauhid tersebut kepada tiga. Maka ini adalah suatu perkara yang bidaah dalam agama.

Tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah pembaha-gian tauhid yang dicipta oleh ajaran Wahabi ini telah tersebar luas di kalangan masyarakat dan yang lebih parah lagi ia telah dijadikan satu sukatan pelajaran di se-bahagian besar sekolah-sekolah agama di Malaysia dan kadangkala ia diajar di masjid-masjid dan surau-surau.

Sebenarnya tujuan tauhid ini disebarkan oleh golon-gan Wahabi, antara lain untuk menghapuskan penga-jian sifat 20 Allah SWT yang menjadi asas pengajian tauhid umat Islam yang bersumberkan kepada dalil al-Quran, hadis, Ijma dan qias, sebab itulah mereka mahu masyarakat berubah kepada pengajian tauhid tiga tersebut agar masyarakat meninggalkan dan melupak-an pengajian asas sifat 20 Allah SWT. Ini kerana benci-nya Wahabi kepada pengasas Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu Imam Abu Hasan al-Asyary (260h-324H) yang mengasaskan pengajian sifat Allah.

Syeikh Nuruddin bongkar kerapuhan tauhid Wahabi

Tujuan tauhid ini disebarkan oleh golongan Wahabi, antara lain untuk menghapuskan pengajian Sifat 20 Allah SWT yang menjadi asas pengajian tauhid

umat Islam yang bersumberkan kepada dalil al-Quran dan hadis.

Oleh HAJI AHMAD HAFIZ AL-bAKANIyy

Page 15: Milenia Muslim September 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 16: Milenia Muslim September 2009

80

1d)Kedua-dua telapak tangan hen-dak berada seakan-akan menekan sesuatu ke bawah, dan kemudian melompat semula untuk kedudu-kan asal. Bila mahu menghem-buskan nafas, keluarkan melalui mulut. Bagi setiap pusingan, ia dilakukan dengan empat kali hi-tungan. Lakukan gerakan se-naman ini tiga kali pusingan. Mengakhiri setiap senaman, baca dalam hati kelimat takbir “ Alla-hu” sambil menarik nafas secuku-pnya melalui hidung. Hembus nafas melalui mulut dengan mem-baca kalimat “Akbar” dalam hati.

SeNAMAN

Senaman pernafasanAsmaul Husna

Oleh RAFLIS SAbIRIN

1a)Berdiri dengan kaki sejarak satu kaki jarak. Baca kalimat tauhid dalam hati dan tarik nafas secukupnya melalui hidung.

1b)Tahan nafas seberapa boleh sam-bil melompat merenggangkan kedua-dua kaki sejarak kira-kira satu meter manakala kedua-dua tangan membujur ke depan se-perti menahani sesuatu.

1c)Lalu kembali melompat sedikit hingga pada kedudukan asal manakala jari kedua-dua tangan mengepal dan teruskan melom-pat untuk kali kedua dengan jarak antara kedua-dua kaki ialah satu meter.

Gerakan pinggang & lutut

1a) 1b) 1c)

1d)

Setelah mengikuti gerakan senaman kepala, kedua-dua tangan, dan kedua-dua bahu, selanjutnya ialah gerakan senaman pinggang.

1 meter

Page 17: Milenia Muslim September 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 18: Milenia Muslim September 2009

8�

ADAB

Umat Islam di seluruh dunia kini sedang menyambut keda-tangan bulan Rama-

dan al-Mubarak dengan melak-sanakan ibadah puasa pada siang hari dan bertarawih serta berta-darus al-Quran pada malamnya. Suasana bulan Ramadan begitu meriah dengan juadah berbuka puasa manakala umat Islam ter-masuk remaja dan kanak-kanak turut sama mengimarahkan masjid dan surau pada sebelah malam.

Namun, persoalannya ialah apakah sambutan me-riah ini mempunyai nilai ibadat di sisi Allah atau pun ia semata-mata adat yang disambut secara rutin tahu-nan? Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan yang dimuliakan dan bulan yang diberkati Allah

SWT. Justeru, Allah membuka pintu rahmat-Nya seluas-luas-nya pada bulan Ramadan. Beta-pa besarnya fadilat bulan mulia ini dapat kita fahami daripada hadis Rasulullah SAW yang di-riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Apabila masuk bulan Ra-madan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu pintu neraka serta dibelenggu semua iblis dan syaitan”.

Allah SWT juga telah menyediakan ganjaran yang besar dan tidak ternilai harganya kepada orang yang melaksanakan ketaatan di bulan Ramadan. Dalam se-buah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurai-rah r.a, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Sesia-pa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh

Ramadan & Syawal:Antara ibadat dan adat

Ramadan yang sepatutnya bulan

menahan nafsu dengan berpuasa bertukar

menjadi bulan ‘makan’ yang sarat dengan

pembaziran semata-mata untuk

memenuhi tuntunan nafsu dan syahwat.

Oleh MOHD SUKKI OTHMAN

Page 19: Milenia Muslim September 2009

94

Milenia Muslim- membongkar kebenaran disebalik isu, dengan isi

kandungan yang menyeluruh -

Mulakan Hari Anda Dengan Milenia Muslim...

www.mileniamuslim.com.my

Page 20: Milenia Muslim September 2009