september newsletter

10
CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

Upload: sal-lie

Post on 19-Jun-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

Page 2: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA SAMSUNG

08 September 2012

Satu latihan dan kempen mencegah kebakaran telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak SMK Taman Tuanku Jaafar bersama Syarikat Samsung Senawang.

Tujuan utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada warga SMKTTJ tentang tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya berlaku kebakaran.

Pihak Samsung juga telah memberi panduan ringkas tentang bantuan pernafasan sekiranya mangsa lemas kerana tersedut asap semasa kebakaran.

Kaedah memadam api yang betul juga ditunjukajar dan telah memberi peluang kepada beberapa orang pelajar untuk mencuba alat pemadam api.

Page 3: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

Perkampungan Ilmu Siri 2

08 September 2012 (Sabtu):

Pada siri sekolah ganti kali ini, pihak sekolah telah mengadakan Perkampungan Ilmu Siri 2 yang melibatkan 4 kelas tingkatan 3. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk membantu pelajar

Kelas 3 USM, 3 UPM, 3 UTM dan 3 UiTM menguasai topik-topik tertentu mata pelajaran yang akan diambil semasa PMR nanti.

Beberapa orang pelajar yang sempat diajukan soalan rata-rata bersetuju bahawa program ini banyak memberi manfaat kerana mereka dapat belajar dengan rakan sebaya dari kelas berlainan. Ini membolehkan mereka bertukar-tukar pendapat dan pandangan semasa sesi perbincangan.

Page 4: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

11 September 2012

Mulai 11 september 2012, calon PMR 2012 mengikuti klinik mata pelajaran yang melibatkan 8 mata pelajaran utama. Klinik ini memfokuskan kepada dua kumpulan iaitu Near Miss Cemerlang (markah 65 hingga 75) dan Near Miss Lulus (markah 30 hingga 39)

Klinik ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka yang terlibat sama ada menggunakan khidmat dan kepakaran guru mahupun bantuan rakan sebaya.

KLINIK MATA PELAJARAN PMR

Page 5: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

BOLA SEPAK PERSAHABATAN TTJFC DAN SINGAPURA FC

13 September 2012

Setelah berhenti rehat sepanjang bulan Ramadhan lepas, kini pasukan TTJFC kembali rancak turun padang untuk

menambahkan stamina dan kecerdasan.

Kali ini TTJFC telah bertemu dengan pasukan dari Singapura melalui perlawanan persahabatandi Padang SMK Taman

Tuanku Jaafar. Perlawanan ini bukan setakat mengeratkan persahabatan melalui aktiviti sukan tetapi dapat belajar

teknik-teknik yang dipraktikalkan oleh negara jiran tersebut.

Page 6: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI

14 September 2012

Menghampiri penghujung Syawal, satu majlis jalinan mesra Aidilfitri telah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna warni di Dataran Cendekiawan SMK Taman Tuanku Jaafar.

Kehadiran tetamu kehormat seperti Dato’ Mohamad Firdaus bekas ADUN Rembau, wakil KPJ Seremban, wakil PTPL, Cosmopoint, PUSPANITA, dan pelbagai agensi yang sentiasa member sumbangan dan bantuan kepada SMKTTJ turut memeriahkan suasana.

Majlis ini telah mengeratkan tali persahabatan antara warga SMKTTJ dengan pihak luar sama ada komuniti setempat mahupun dari luar Daerah Seremban.

Salam Aidilfitri dari Lensa SMKTTJ. Blogspot. Com kepada semua pembaca Catatan Lensa SMKTTJ.

Page 7: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

Page 8: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

Page 9: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

15 September 2012

Bertempat di Tiara Beach Resort, warga SMK Taman Tuanku Jaafar mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan berehat bersama keluarga dalam sambutan hari keluarga SMKTTJ.

Program bertemakan merah menyala itu merupakan tajaan Mampan Corporation Berhad di bawah naungan Dato’ Mohammad Nordin.

Majlis berakhir hampir jam 2 petang dan untuk beberapa keluarga, kesempatan ini diambil dengan bermalam sambil mandi manda.

HARI KELUARGA SMKTTJ

Page 10: September newsletter

CATATAN EDISI 10 SMKTTJ

MUNAJAT KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2012

27 September 2012

Menghampiri ke hujung usaha dan ikhtiar, calon PMR dan SPM 2012 bersama ibu bapa dan guru mengadakan majlis Munajat Kecemerlangan di Masjid Taman Tuanku Jaafar.

Majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib dan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Imam Masjid, Tuan Haji Madah bin Ilong. Sejurus selepas itu majlis juga menjemput Ustaz Mohd Hafizi bin Mohamad Ali dari Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam JPNS untuk tazkirah motivasi kecemerlangan sebagai ransangan di saat akhir sebelum pelajar menduduki peperiksaan.

Solat Hajat dilakukan selepas Solat Isyak dan Solat Taubat untuk memohon kepada Yang Maha Kuasa supaya dipermudahkan dan diberi akal yang tenang semasa menduduki peperiksaan.