BUKU PANDUAN
PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF
AMBILAN SEPTEMBER 2019
2
PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA
Aras 9, Wisma R&D Universiti Malaya
Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur
Tel: 03-2246 3600 Faks: 03-2246 3627
Laman Web: http://www.umcced.um.edu.my
3
ISI KANDUNGAN
Halaman
1. Latar Belakang 4
2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7
3. Maklumat Am 9
4. Struktur Program Pengajian 10
5. Kehadiran Kelas 11
6. Skim Penggredan Sistem Semester 11
7. Mempertingkatkan Gred Kursus Dan/Atau Prestasi Akademik 15
8. Penentuan Prestasi Akademik Pelajar 16
9. Tidak Hadir Peperiksaan 17
10. Rayuan 18
LAMPIRAN
Lampiran A - Senarai Penawaran Kursus Mengikut Semester 19
Lampiran B - Kalendar Pengajian Ambilan September 2019 28
Lampiran C - Caj Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran 30
Nota : Maklumat yang dinyatakan di dalam buku ini adalah benar sehingga ke tarikh cetakan
dibuat. Sebarang perubahan akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.
4
1. LATARBELAKANG
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya atau University of Malaya Centre for Continuing
Education (UMCCed) yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan sebuah pusat di bawah
Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program-program pendidikan dan latihan khusus
kepada golongan bekerja pada peringkat Diploma, Diploma Eksekutif, Sijil serta kursus-kursus
pendek dalam pelbagai bidang. UMCCed juga merupakan satu-satunya pusat di universiti awam
yang mempelopori perkhidmatan dan latihan coaching yang ditawarkan khusus untuk para
eksekutif, pegawai tadbir, usahawan serta tenaga pengajar dan perunding profesional sebagai
kaedah efektif dalam meningkatkan produktiviti serta mencapai kecemerlangan organisasi. Di
samping itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta-peserta antarabangsa melalui
bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta menjadi urus setia dan penganjur dalam
pengurusan seminar dan persidangan untuk pelanggan-pelanggan dari dalam dan luar negara.
Berteraskan prinsip pendidikan sepanjang hayat, kebanyakan program yang ditawarkan adalah
berbentuk separuh masa dan disusun mengikut keperluan individu dan organisasi korporat. Kelas
yang biasanya diadakan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja memberi peluang kepada
warga bekerja untuk memanfaatkan masa yang terluang secara lebih produktif bagi meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka secara berterusan.
UMCCed telah membuktikan kecemerlangannya sebagai penyedia latihan terkemuka di negara ini
dengan kejayaan melahirkan lebih 17,000 graduan yang terdiri daripada warga bekerja pada
peringkat Diploma Eksekutif dan Sijil dalam pelbagai bidang. Ramai antara mereka telah pun
mengecap pelbagai kejayaan sama ada dalam kerjaya atau pun melanjutkan pengajian ke
peringkat lebih tinggi. Pencapaian ini juga memperlihatkan kepercayaan, keyakinan serta
pengiktirafan sektor korporat terhadap keupayaan pusat ini dalam menyumbang ke arah
pembangunan tenaga kerja mereka.
Penawaran program-program yang berkualiti melalui UMCCed ini adalah bertujuan memenuhi
hasrat Universiti Malaya untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya untuk
memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat.
Usaha ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan
tinggi yang mampan dan inklusif melalui Model Ekonomi Baru serta menempatkan negara pada
landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
Lokasi Strategik
Kedudukan strategik UMCCed di Wisma R & D Universiti Malaya memberikan kemudahan akses
kepada orang ramai melalui jaringan jalan raya utama dan juga pengangkutan awam.
5
Kemudahan
UMCCed juga mempunyai kemudahan pembelajaran yang selesa seperti perpustakaan, bilik
seminar dan makmal komputer untuk kegunaan pelajar-pelajarnya. Kemudahan lain seperti
kafetaria, surau dan tempat letak kereta yang luas turut disediakan.
Komitmen
UMCCed sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua golongan
pelanggan. Peranan yang dinamik ini akan sentiasa ditingkatkan bagi menghasilkan warganegara
yang berilmu, sesuai dengan keperluan pembangunan negara.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan.
Misi
Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat umum, sama ada dari dalam
atau luar negeri, dengan menawarkan kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan
mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu dari segi profesion atau
pembangunan diri.
6
Pada masa ini terdapat sepuluh (10) program pengajian yang ditawarkan oleh UMCCed seperti di
bawah :
Bil. Nama Program Kod
Program
Tempoh Pengajian
Minimum
1. Diploma Eksekutif Sains Siasatan UFG 4 semester
2. Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) UFA 6 semester
3. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) UFB 6 semester
4. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) UFC 6 semester
5. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak UFD 6 semester
6. Diploma Eksekutif Kaunseling UFE 6 semester
7. Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan UFF 6 semester
8. Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat UFH 6 semester
9. Diploma Eksekutif Pengajian Syariah UFK 6 semester
10. Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin UFL 6 semester
7
2. SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN
BAHAGIAN PROGRAM AKADEMIK (BPA)
JAWATAN NAMA TEL E-MEL
Pengarah
Timbalan Pengarah
(Akademik)
Prof. Dato Dr. Mansor Md
Isa
Dr. Haslida Abu Hasan
2246 3633
2246 3633
Ketua Bahagian
Datin Farinda Abdul
Ghani
2246 3459
Pengurus
Penolong Pengurus
Eksekutif Kanan
Mohd. Nasran Abd Halim
Maryam Ishak
Nor Adilah Mohd Nor
2246 3632
2246 3631
2246 3624
diya_adilahmnor@um.
edu.my
Pengurus Program :
(1) Diploma Eksekutif
Pengurusan (Pentadbiran
dan Operasi)
(2) Diploma Eksekutif
Pengurusan (Perniagaan)
(3) Diploma Eksekutif
Pengurusan (Sumber
Manusia)
(4) Diploma Eksekutif
Pendidikan Awal Kanak-
kanak
(5) Diploma Eksekutif
Kaunseling
(6) Diploma Eksekutif
Pentadbiran Perakaunan
(7) Diploma Eksekutif
Teknologi Maklumat
Balqis Bahari
Noor Sharizan Ismail
Noor Sharizan Ismail
Nor Adilah Mohd Nor
Nor Adilah Mohd Nor
Noor Sharizan Ismail
Siti Hamizah Samingan
2246 3625
2246 3626
2246 3626
2246 3624
2246 3624
2246 3626
2246 3493
diya_adilahmnor@um.
edu.my
diya_adilahmnor@um.
edu.my
8
(8) Diploma Eksekutif
Pengajian Syariah
(9) Diploma Eksekutif
Pengajian Usuluddin
Mohd Iftitah Tahril
Mohd Iftitah Tahril
7967 6015
7967 6015
Pembantu Tadbir
(Perkeranian dan Operasi)
(1) Shaidatul Hanan
Mohamed
(2) Norkhuzaimah
Kudus
(3) Nur Ainoon Jariah
Abdul Hadi
(4) Muhamad Shah
Izzuddin Fadzil
(5) Mohd Yazid Mohd
Yasin
(6) Nurul Shuhaida
Mohd Salim
2246 3625
2246 3624
2246 3626
2246 3630
7967 6138
7967 6015
9
3. MAKLUMAT AM
(1) PENDAHULUAN
(a) Pelajar dinasihatkan supaya membaca maklumat tentang pengajian melalui Buku
Panduan Program Diploma Eksekutif dan Buku Kaedah-kaedah dan Peraturan-
Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma Eksekutif) 2012 sebagai
pelengkap kepada Buku Panduan UMCCed.
(b) Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa penawaran kursus adalah
berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan. Senarai
kursus bagi setiap program adalah seperti di Lampiran A.
(c) Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi
kursus berkenaan.
(d) Maklumat Am ini hanya terpakai untuk pelajar kemasukan Ambilan September
2019 sahaja. Buku ini hendaklah diguna pakai sepanjang tempoh pengajian
pelajar. Kalendar pengajian bagi Ambilan September 2019 adalah seperti di
Lampiran B.
(2) PENDAFTARAN
Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian ialah enam (6)
semester dan maksimum ialah 12 semester.
(3) PENDAFTARAN KURSUS
(a) Pelajar dikehendaki mengikuti dan memenuhi jumlah kredit keseluruhan yang
ditetapkan bagi program pengajian berkenaan seperti mana yang ditentukan
oleh UMCCed dan diluluskan oleh Senat.
(b) Pendaftaran kursus secara atas talian perlu dilakukan selewat-lewatnya pada
minggu kuliah kedua sesuatu semester.
(c) Pelajar yang tidak mendaftar selepas minggu kuliah kedua boleh dianggap telah
menarik diri daripada program berkenaan sekiranya tiada apa-apa pendaftaran
telah dibuat dan tiada apa-apa pemberitahuan diterima daripada pelajar
berkenaan pada tempoh tersebut.
(d) Namun, bagi mana-mana pelajar di bawah kes khas atas kelulusan Pengarah,
boleh diluluskan untuk mendaftar lewat tertakluk calon memenuhi 50% daripada
kehadiran kelas untuk sesuatu kursus.
(e) Sekiranya pelajar gagal mematuhi sebarang prosedur pendaftaran dalam tempoh
yang ditetapkan, atas kecuaian pelajar itu sendiri, permohonan untuk
pendaftaran lewat boleh dipertimbangkan oleh Pengarah. Caj akan dikenakan
mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak UMCCed.
10
4. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
(1) Pelajar dikehendaki mengikuti sejumlah minimum 90 kredit. Komponen kursus yang
melayakkan seseorang pelajar dianugerahi Diploma Eksekutif ialah:
(a) Kursus Universiti
(b) Kursus Teras
(c) Kursus Elektif
(2) Pemindahan Kredit
(a) Pemindahan kredit boleh dikategorikan seperti berikut:
(i) Pemindahan kredit dengan gred
(ii) Pemindahan kredit tanpa gred
(b) Pemindahan kredit dengan gred
(i) “Pemindahan kredit dengan gred” ertinya pemindahan kredit bersama-
sama gred bagi kursus daripada tahap kelayakan yang sama (horizontal)
untuk pelajar yang masih dalam pengajian.
(ii) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan diberi gred
yang telah disetarakan dengan skim penggredan Universiti dan kredit yang
ditetapkan bagi kursus berkenaan di Universiti.
(iii) Kredit yang diperolehi bersama-sama mata gred bagi kursus yang
diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Kredit
bagi kursus berkenaan akan diambilkira bagi tujuan keperluan
penyempurnaan penganugerahan Diploma Eksekutif.
(iv) Bagi maksud pemindahan kredit dengan gred, pelajar hendaklah telah
mengikuti kursus terdahulu dan mencapai tahap kompetensi dalam kursus
yang dipohon.
(v) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tidak lewat dari
minggu kuliah kedua semester berikutnya menggunakan kaedah yang
ditetapkan oleh UMCCed. Permohonan yang diterima selepas tempoh yang
ditetapkan akan dipertimbangkan pada semester berikutnya.
(c) Pemindahan kredit tanpa gred
(i) "Pemindahan kredit tanpa gred" ertinya pemindahan kredit tanpa
membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari:
(A) tahap kelayakan yang rendah (vertical) untuk pelajar yang telah
tamat pengajian dengan jayanya; dan/atau
(B) tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang:
11
(aa) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau
(bb) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar yang
ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah mencapai
tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.
(ii) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan diberi gred K
dan tidak perlu diganti dengan kursus lain. Kredit tidak diambil kira dalam
pengiraan PNG dan PNGK namun diambil kira bagi tujuan penyempurnaan
penganugerahan Diploma Eksekutif.
(iii) Pelajar tidak dibenarkan membuat pemindahan kredit tanpa gred bagi
kursus berikut:
(A) Kursus Universiti/Kursus Umum dari tahap kelayakan yang lebih
rendah; dan
(B) Kursus dari tahap kelayakan yang lebih tinggi.
(iv) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam dua (2)
semester pertama pengajian.
(d) Pemindahan kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kursus yang diambil
terdahulu dengan kursus yang ditawarkan di Universiti.
(e) Kebenaran untuk pemindahan kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
(i) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan setelah
disetarakan dengan skim penggredan Universiti mestilah tidak kurang
daripada C atau 2.0;
(ii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai nilai kredit yang sama atau
lebih selepas penyetaraan dengan nilai kredit kursus yang ditawarkan di
Universiti;
(iii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai pertindihan sekurang-
kurangnya lapan puluh peratus (80%) dengan kursus yang ditawarkan di
Universiti;
(iv) Kursus yang diambil terdahulu hendaklah daripada program yang telah
mendapat akreditasi/pengiktirafan dari badan berautoriti di negara
berkenaan;
(v) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah adalah seperti berikut:
12
Kategori Keterangan Had Kredit
(A) Pemindahan
kredit secara
horizontal
(aa) Pemindahan kredit dengan gred
bagi pelajar yang bertukar
program pengajian dalam
Universiti
Tiada had
(bb) Pemindahan kredit dengan gred
bagi pelajar yang mengikuti
Program Mobiliti
Tidak melebihi satu
pertiga (1/3) daripada
jumlah keseluruhan
kredit program
pengajian
(cc) Pemindahan kredit tanpa gred
bagi kursus dari tahap kelayakan
yang sama dari institusi atau
universiti lain
(B) Pemindahan
kredit secara
vertical
(aa) Pemindahan kredit tanpa gred
bagi kelayakan peringkat Sijil
Profesional/ Diploma
Tidak melebihi satu
pertiga (1/3) daripada
jumlah keseluruhan
kredit program
pengajian
(bb) Pemindahan kredit tanpa gred
bagi kelayakan peringkat Diploma
Lanjutan
(vi) Walau apapun yang dinyatakan dalam subperaturan (5)(e) di atas, bagi tujuan
penganugerahan Diploma Eksekutif, jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah dari
institusi/universiti luar tidak boleh melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah
keseluruhan kredit program pengajian.
(vii) Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama:
(a) bukti bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak
akan dikembalikan; dan
(b) dokumen sokongan wajib iaitu hasil pembelajaran kursus, silibus/kandungan
kursus dan skim penggredan kursus dari institusi/universiti lain.
(viii) Permohonan pemindahan kredit hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Senat
setelah mendapat perakuan jawatankuasa khas yang ditetapkan.
(ix) Kursus yang telah diluluskan pemindahan kredit tidak boleh ditarik balik oleh pelajar.
(x) Keputusan permohonan pemindahan kredit pelajar akan dimaklumkan oleh Pengarah.
13
5. KEHADIRAN KELAS
(a) Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas.
(b) Seseorang pelajar yang tidak dapat hadir kelas dalam masa Semester perlulah
memaklumkan kepada Pengurus Program. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit, perlu
mengemukakan surat akuan doktor ke UMCCed dengan seberapa segera yang boleh.
(c) Mana-mana pelajar yang mencapai kehadiran di bawah 80% bagi sesuatu kursus tanpa
sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran boleh
dihalang daripada menduduki peperiksaan program pengajiannya oleh Ketua Bahagian
yang berkenaan. Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Ketua Bahagian
Program Akademik sebelum peperiksaan bermula sekiranya ia dihalang daripada
menduduki peperiksaan sesuatu kursus.
6. SKIM PENGGREDAN SISTEM SEMESTER
(a) Gred rasmi Universiti serta maksudnya seperti berikut:
Markah Gred Mata Gred Maksud
80-100
75-79
A
A-
4.0
3.7
Cemerlang
Cemerlang
70-74
65-69
60-64
B+
B
B-
3.3
3.0
2.7
Kepujian
Kepujian
Kepujian
55-59
50-54
C+
C
2.3
2.0
Lulus
Lulus
45-49
40-44
35-39
00-34
C-
D+
D
F
1.7
1.3
1.0
0.0
Gagal
Gagal
Gagal
Gagal
(b) Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan di perenggan (a) di atas, gred-gred
berikut juga boleh diberikan kepada seseorang pelajar untuk sesuatu kursus yang
diikutinya:
(i) Gred H, diberi bagi kursus di mana pelajar yang dihalang menduduki peperiksaan
atas sebab tidak mencukupi peratus kehadiran yang ditetapkan. Kredit tidak
diberi untuk gred ini. Pelajar dikehendaki mengikuti semula kursus berkenaan
dan perlu memenuhi syarat minimum kehadiran untuk melayakannya
menduduki peperiksaan kursus berkenaan.
14
(ii) (A) Gred I, diberi apabila –
(aa) pelajar tidak mengambil peperiksaan bagi mana-mana kursus atas
alasan perubatan (sakit), atau perikemanusiaan (simpati) dan gred itu
diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Kluster berkenaan; atau
(bb) sebahagian daripada keperluan kursus masih belum disempurnakan
atas alasan di luar kawalan pelajar yang boleh diterima oleh
Jawatankuasa Pemeriksa Kluster berkenaan.
(B) Dalam keadaan di perenggan (aa) di atas, pelajar dibenarkan
menduduki peperiksaan khas kursus berkenaan tanpa
disyaratkan mengikuti semula kelas kursus tersebut. Pelajar
akan dikehendaki menduduki peperiksaan khas untuk kursus
berkenaan yang diadakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh
UMCCed.
(C) Dalam keadaan di perenggan (bb) di atas, pelajar dikehendaki
untuk menyempurnakan sebahagian daripada keperluan kursus
yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan oleh UMCCed.
(D) Dalam kedua-dua keadaan yang dinyatakan di perenggan (B)
dan/atau (C) di atas, pelajar tidak dikenakan sebarang yuran.
(E) Gred I akan digantikan dengan gred sebenar apabila pelajar
telah lulus peperiksaan khas dan/atau telah menyempurnakan
sebahagian keperluan kursus berkenaan. Gred yang diperolehi
akan menggantikan gred I pada semester di mana pelajar
mendapat gred I tersebut.
(iii) Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pengecualian kredit. Kredit
akan diambilkira dalam pengiraan kredit dapat.
(iv) Gred P, diberi pada semester pertama pendaftaran bagi kursus yang
dijalankan dalam dua semester berturutan;
(v) Gred R, diberi bagi kursus yang didaftar oleh pelajar untuk mengaudit
sahaja. Kredit tidak diberi untuk gred ini;
15
(vi) Gred S, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya dari segi
memuaskan;
(vii) Gred U, diberi bagi kursus yang prestasi pelajar dinilai hanya dari segi
tidak memuaskan;
(viii) Gred UR, diberi bagi kursus yang didaftar oleh pelajar untuk
mengaudit tetapi tidak memenuhi 80% kehadiran;
(ix) Gred W, diberi bagi kursus di mana pelajar telah menarik diri secara
rasmi dari satu atau lebih kursus dalam sesuatu semester;
(x) Gred W1, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri
secara rasmi daripada semester;
(xi) Gred W2, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri
secara rasmi daripada program pengajian Diploma Eksekutif;
(xii) Gred Y, diberi bagi kursus di mana pelajar yang dihalang menduduki
peperiksaan atas sebab tidak menjelaskan yuran pengajian kursus
berkenaan. Kredit tidak diberi untuk gred ini. Pelajar dikehendaki
menduduki peperiksaan setelah menjelaskan bayaran yuran
tertunggak tanpa disyaratkan mengikuti semula kursus berkenaan.
(c) Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C kecuali bagi kursus yang dinilai hanya dari
segi memuaskan atau tidak memuaskan.
7. MEMPERTINGKATKAN GRED KURSUS DAN/ATAU PRESTASI AKADEMIK
(a) Pelajar dibenarkan mempertingkatkan gred kursus yang telah lulus kepada satu gred
yang lebih baik bagi mana-mana kursus sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya.
Gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan pengiraan PNGK.
(b) Bagi tujuan mempertingkatkan gred kursus, pelajar diberi pilihan untuk -
(i) memenuhi keperluan kaedah penilaian kursus berkenaan dengan mengikuti
semula kelas; atau
(ii) menduduki peperiksaan serta memenuhi satu kaedah penilaian berterusan khas
yang ditentukan oleh UMCCed tanpa mengikuti semula kelas.
16
(c) Dalam keadaan di atas, pelajar dikehendaki mengemukakan permohonan kepada
Pengarah dalam tempoh dua minggu dari tarikh keputusan rasmi dikeluarkan.
8. PENENTUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR
(a) Kaedah Pengiraan PNG dan PNGK
(i) Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan
PNGK.
Contoh Pengiraan PNG:
Kursus Gred Mata
Gred
Kredit Kredit
X Mata Gred
K1
K2
K3
K4
Jumlah
A
C+
B
C
4.0
2.3
3.0
2.0
3
4
4
4
15
3 X 4.0 = 12.0
4 X 2.3 = 9.2
4 X 3.0 = 12.0
4 X 2.0 = 8.0
PNG = 41.2
15
= 2.75
PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperoleh
dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester.
PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperoleh
dengan jumlah kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga
semester terkini bagi kursus di dalam program pengajiannya.
(ii) Sesuatu kursus yang diikuti oleh pelajar di luar daripada struktur program
pengajiannya tidak akan diambil kira dalam PNG dan PNGK.
(b) Keperluan minimum program pengajian
Untuk memenuhi keperluan minimum program pengajian, seseorang pelajar
hendaklah memperoleh PNG dan PNGK tidak kurang daripada 2.0 pada setiap
semester sehingga tamat pengajiannya.
(c) Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran
Mana-mana pelajar yang memperoleh PNG di bawah 2.0 dalam sesuatu semester akan
diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan di dalam
17
Tempoh Pemerhatian Akademik dalam semester berikutnya. Tempoh ini akan terus
kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.0.
(d) Gagal Keluar
(i) Seseorang pelajar boleh ditamatkan daripada program pengajiannya sekiranya:
(A) memperoleh PNG kurang daripada 2.0 untuk dua semester berturut-turut;
(B) memperoleh gred D dan ke bawah sebanyak tiga kali bagi mana-mana
kursus; dan
(C) gagal menyempurnakan keperluan program pengajiannya dalam tempoh
maksimum yang ditetapkan.
9. TIDAK HADIR PEPERIKSAAN
(a) Peraturan am
Mana-mana pelajar yang tidak hadir pada mana-mana kertas peperiksaan dianggap
telah gagal bagi komponen peperiksaan akhir peperiksaan kursus berkenaan.
(b) Tidak hadir peperiksaan atas alasan perubatan/munasabah:
(i) Pelajar yang tidak mengambil sebahagian atau keseluruhan peperiksaan atas
alasan perubatan (sakit), atau lain-lain sebab yang munasabah hendaklah
mengemukakan permohonan bertulis kepada Pengarah/Ketua Bahagian.
Sekiranya tidak ada permintaan bertulis diterima, pelajar dianggap telah gagal
komponen peperiksaan.
(ii) Permohonan bertulis mestilah disampaikan kepada Pengarah/Ketua Bahagian
tidak lewat daripada dua (2) minggu dari tarikh peperiksaan kursus berkenaan.
(iii) Permohonan hendaklah dikemukakan bersama bukti dokumentasi berdasarkan
alasan:
(A) perubatan (sakit); sijil sakit yang dikeluarkan atas nama pelajar daripada
pegawai perubatan yang berdaftar; atau
(B) munasabah;
(aa) satu laporan daripada pegawai daerah dan/atau pegawai polis;
18
(bb) Sijil sakit dan/atau laporan perubatan daripada pegawai perubatan
berdaftar yang dikeluarkan atas nama keluarga terdekat;
(cc) Surat majikan tentang arahan bertugas pada hari dan tarikh
peperiksaan dijalankan.
10. RAYUAN
(1) Rayuan Terhadap Keputusan Kursus
(a) Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan kursus boleh merayu untuk
semakan semula keputusan kursus berkenaan. Rayuan hendaklah dibuat dalam
tempoh dua minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.
Tarikh pengumuman rasmi adalah tarikh di mana keputusan peperiksaan
dimaklumkan kepada pelajar oleh Pengurus Program.
(b) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah dalam tempoh dua
minggu selepas keputusan dimaklumkan kepada pelajar dengan mengemukakan
resit asal bayaran yang ditetapkan untuk rayuan ini. Bayaran ini tidak akan
dikembalikan. Sila rujuk Lampiran A.
(c) Rayuan tidak akan diterima oleh pejabat UMCCed sekiranya:
(i) dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (a) di
atas; atau
(ii) tidak dikemukakan bersama-sama dengan resit asal bayaran.
(d) Gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan pengiraan PNGK.
19
LAMPIRAN A JADUAL PERANCANGAN KULIAH (AMBILAN PINDAAN)
DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PENTADBIRAN DAN OPERASI) - UFA
KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti
GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus Teras
& Elektif
UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFB 1002 Tingkah Laku Organisasi 4 UFA 1002 Metodologi Penyelidikan 4
UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFA 1004 Pengurusan Kualiti 4 UFB 1001 Pengurusan Sumber Manusia 4
UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFA 1005 Pengurusan Perolehan 4 UFA 1003 Sistem Maklumat Pengurusan 4
UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4
Jumlah Kredit 16 15
14 45
KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6
JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1004
Kemahiran Penyampaian
Berkesan 3 GFG 1003
Bahasa Inggeris untuk
Komunikasi 3 GFG 1008 Asas Keusahawanan di Malaysia 3
Kursus Teras
& Elektif
UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFA 2006 Pengurusan Operasi 4 UFA 2002 Pengurusan Logistik dan
Rantaian Bekalan 4
UFA 2003 Pengurusan Projek 4 UFC 2004 Strategi Perniagaan 4 UFA 2005 Pengurusan Pejabat 4
UFC 2002 Pengurusan Perkhidmatan 4 UFC 2001
Etika Profesional dan
Undang-Undang
Perniagaan
4 UFB 2002 Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 4
Jumlah Kredit 15
15 15 45
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90
20
JADUAL PERANCANGAN KULIAH
DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (SUMBER MANUSIA) - UFB
KOMPONEN
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFB 1002 Tingkah Laku Organisasi 4 UFA 1002 Metodologi Penyelidikan 4
Kursus Teras
& Elektif
UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFB 1003 Perancangan Sumber
Manusia 4 UFB 1001 Pengurusan Sumber Manusia 4
UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFB 1004 Pengurusan Prestasi 4 UFA 1003 Sistem Maklumat Pengurusan 4
UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4
Jumlah Kredit 16
15
14 45
KOMPONEN
SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1004
Kemahiran Penyampaian
Berkesan 3 GFG 1003
Bahasa Inggeris untuk
Komunikasi 3 GFG 1008 Asas Keusahawanan di Malaysia 3
Kursus Teras
& Elektif
UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFA 2006 Pengurusan Operasi 4 UFB 2004 Pengurusan Pampasan dan
Faedah 4
UFA 2003 Pengurusan Projek 4 UFC 2004 Strategi Perniagaan 4 UFB 2005 Latihan dan Pembangunan 4
UFB 2001 Undang-Undang Pekerjaan 4 UFC 2001
Etika Profesional dan
Undang-Undang
Perniagaan
4 UFB 2002 Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 4
Jumlah Kredit 15
15
15 45
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90
21
DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (PERNIAGAAN)
SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)
KOMPONEN
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus Teras
& Elektif
UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFB 1002 Tingkah Laku Organisasi 4 UFA 1002 Metodologi Penyelidikan 4
UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFC 1003 Pengurusan Jualan 4 UFB 1001 Pengurusan Sumber Manusia 4
UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFC 1004 Perniagaan Antarabangsa 4 UFA 1003 Sistem Maklumat Pengurusan 4
UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4
Jumlah Kredit 16
15
14 45
KOMPONEN
SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1004
Kemahiran Penyampaian
Berkesan 3 GFG 1003
Bahasa Inggeris untuk
Komunikasi 3 GFG 1008 Asas Keusahawanan di Malaysia 3
Kursus Teras
& Elektif
UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFA 2006 Pengurusan Operasi 4 UFC 2003 Gelagat Pengguna 4
UFA 2003 Pengurusan Projek 4 UFC 2004 Strategi Perniagaan 4 UFC 2005 Tadbir Urus Korporat 4
UFC 2002 Pengurusan Perkhidmatan 4 UFC 2001 Etika Profesional dan
Undang-Undang Perniagaan 4 UFC 2006 E-Perniagaan 4
Jumlah Kredit 15
15
15 45
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90
22
DIPLOMA EKSEKUTIF PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)
KOMPONEN
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus
Teras &
Elektif
UFD 1009 Permuafakatan Pendidik dan
Ibu Bapa 4 UFD 1004 Muzik Awal Kanak-kanak 4 UFD 1003
Bahasa dan Literasi Awal
Kanak-kanak 4
UFD 1010
Perancangan, Pengurusan dan
Penubuhan Pusat Pendidikan
Awal Kanak-kanak
4 UFD 1001 Asas Perkembangan
Awal Kanak-kanak 4 UFD 1008
Pengurusan Pengasuhan dan
Didikan Awal Kanak-kanak
Taska
4
UFD 1006 Penggunaan ICT dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak 4 UFD 1002
Falsafah Pendidikan
Awal Kanak-kanak 4 UFD 1007
Pendekatan dan Strategi
Pendidikan Prasekolah 4
UFD 1005 Pengurusan Tingkah Laku Awal
Kanak-kanak 4
Jumlah Kredit 16
15 14 45
KOMPONEN
SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1003
Bahasa Inggeris untuk
Komunikasi 3 GFG 1008
Asas Keusahawanan di
Malaysia 3
Kursus
Teras
UFD 2002 Seni Awal Kanak-kanak 4 UFD 2004 Sains Awal Kanak-kanak 4 UFD 2008 Asas Penyelidikan Awal Kanak-
kanak 3
UFD 2001 Bahasa Inggeris untuk Awal
Kanak-kanak 4 UFD 2006
Kanak-kanak
Berkeperluan Khas 4
UFD 2003 Kesihatan, Keselamatan dan
Pemakanan Awal Kanak-kanak 4 UFD 2007
Matematik Awal Kanak-
kanak 4 UFD 2009 Praktikum 8
UFD 2005 Pendidikan Moral dan Rohani
Awal Kanak-kanak 4
Jumlah Kredit 16
15 14 45
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90
23
DIPLOMA EKSEKUTIF KAUNSELING (UFE)
SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)
KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus Teras
UFE 1001 Pengenalan kepada Psikologi 4 UFE 1002 Pengenalan kepada Bimbingan
dan Kaunseling 4 UFE 1005 Teori Kaunseling 4
UFE 1004 Pengenalan kepada Psikologi
Sosial 3
UFE 1008 Teknik Kaunseling I 4
UFE 1003 Pengenalan kepada
Perkembangan Manusia 4 UFE 1010
Teori Perkembangan
Kerjaya 4
Kursus Elektif
UFE 1006 Kemahiran Asas Komputer untuk
Kaunselor 4 UFE 1009 Kaunseling dan Perundangan 4
UFE 1007 Komunikasi Organisasi 4
Jumlah Kredit 15
15
14 44
KOMPONEN
SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1004
Kemahiran Penyampaian
Berkesan 3 GFG 1008
Asas Keusahawanan di
Malaysia 3
Kursus Teras
UFE 2001 Pengenalan kepada Kaunseling
Pelbagai Budaya 4 UFE 2003
Bimbingan dan Kaunseling
Kelompok 4 UFE 2008
Asas Teori Sistem
Keluarga 4
UFE 2006 Isu dan Etika dalam Profesion
Perkhidmatan Menolong 4 UFE 2004 Teknik Kaunseling II 4
UFE 2009 Pengenalan kepada Psikologi
Abnormal 4
UFE 2007
Pengendalian Program
Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
4 UFE 2002 Asas Pentaksiran dalam
Kaunseling 4
Kursus Elektif UFE 2005 Motivasi dalam Perkhidmatan
Perhubungan Menolong 4 UFE 2010
Devian, Delinkuen dan
Disiplin 4
Jumlah Kredit 15
16
15 46
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90
24
DIPLOMA EKSEKUTIF PENTADBIRAN PERAKAUNAN
SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)
KOMPONEN
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus Universiti
GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus Teras &
Elektif
UFC 1002 Prinsip Ekonomi 4 UFF 1004 Asas Pelaburan 4 UFF 1002 Perakaunan Kewangan I 4
UFA 1001 Pengenalan kepada Pengurusan 4 UFF 1005 Kewangan dan Perakaunan Islam 4
UFF 1006 Perakaunan Pengurusan I 4
UFF 1001 Pengenalan kepada Perakaunan 4 UFF 1007 Percukaian Individu 4 UFF 1003 Pengauditan 4
UFC 1001 Prinsip Pemasaran 4
Jumlah Kredit 16
15
14 45
KOMPONEN
SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus Universiti GFG 1004 Kemahiran Penyampaian
Berkesan 3 GFG 1003
Bahasa Inggeris untuk
Komunikasi 3 GFG 1008
Asas Keusahawanan di
Malaysia 3
Kursus Teras &
Elektif
UFF 2001 Pengurusan Kewangan 4 UFF 2002 Perakaunan Pengurusan II 4 UFF 2004 Statistik 4
UFF 2007 Sistem Maklumat Perakaunan 4 UFC 2001 Etika Profesional dan Undang-
Undang Perniagaan 4 UFF 2006 Percukaian Korporat 4
UFF 2003 Perakaunan Kewangan II 4 UFF 2005 Undang-Undang Syarikat 4 UFF 2008 Undang-Undang Komersil 4
Jumlah Kredit 15
15
15 45
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90
25
DIPLOMA EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT (UFH)
SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)
KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus Teras
UFH 1001 Teknologi dan Sistem
Maklumat 4 UFH 2008
Pengenalan kepada
Pembangunan Web 4 UFH 1004 Konsep Pengaturcaraan 4
UFH 1007 Organisasi Komputer 4 UFH 1002 Sistem Pengendalian 4
UFH 1008 Asas Matematik Diskrit 4 UFH 1003 Teknologi Rangkaian 4
UFH 1009 Pengenalan kepada
Multimedia 4
Kursus Elektif
UFH 2010 Pengurusan Sistem Maklumat 4
UFH 2012
Tren dalam Teknologi
Maklumat 4
Jumlah Kredit 16 15 14 45
KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus Universiti
GFG 1003 Bahasa Inggeris untuk
Komunikasi 3 GFG 1008
Asas Keusahawanan di
Malaysia 3
Kursus Teras
UFH 1005 Analisis dan Reka Bentuk
Sistem 4 UFH 2003 Pembangunan Aplikasi Web 4 UFH 2005 Projek Akademik I 3
UFH 1006 Pangkalan Data 4 UFH 2004 Perdagangan Elektronik 4 UFH 2007 Projek Akademik II 4
UFH 2001 Pembangunan Sistem
Multimedia 4 UFH 2009
Pembangunan Aplikasi dan
Pengaturcaraan 4
UFH 2002 Keselamatan Maklumat 4
Kursus Elektif
UFH 2011 Pembangunan Aplikasi
Kembara 4
Jumlah Kredit 16 15 14 45
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 90
26
DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN SYARIAH (UFK)
SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)
KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti
GFG 1001 Pengajian Malaysia 3
GFG 1004 Kemahiran Penyampaian
Berkesan 3
GFG 1009 Sistem Undang-undang
Malaysia 3
Kursus Teras
UFL 1001 Pengantar Akidah 3 UFL 2004 Tilawah dan Hafazan Al-
Quran 3 UFL 1002 Bahasa Arab Asas 4
UFK 1001 Pengantar Hukum Islam 4 UFK 2005 Praktikal Ibadat 4 UFK 1002 Usul Fiqh 3
UFL 1003 Akhlak dan Tasawuf 3
UFK 1003 Fiqh Ibadat 4
* Kursus
Elektif UFK 2008 Latihan Industri 8
Jumlah Kredit 14 15 16 45
KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus Teras
UFL 1004 Ulum Al-Quran 3 UFK 2002 Fiqh Munakahat 4 UFK 2003 Fiqh Jinayah 4
UFL 1005 Ulum Al-Hadith 3 UFL 2003 Pengantar Usul Tafsir 4 UFK 2004 Fiqh Muamalat 4
UFL 1006 Bahasa Arab Pertengahan 4 UFL 2008 Sirah Rasulullah 3 UFL 2005 Bahasa Arab Tinggi 4
UFK 2001 Kaedah Pentafsiran Nas 4 UFL 2009 Dakwah Islamiyah 3 UFK 2006 Qawa'id Fiqhiyyah 4
Jumlah Kredit 16 14 16 46
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 91
27
DIPLOMA EKSEKUTIF PENGAJIAN USULUDDIN (UFL)
SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)
KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti
GFG 1001 Pengajian Malaysia 3
GFG 1004 Kemahiran Penyampaian
Berkesan 3
GFG 1009 Sistem Undang-undang
Malaysia 3
Kursus Teras
UFL 1001 Pengantar Akidah 3 UFL 2004 Tilawah dan Hafazan Al-
Quran 3 UFL 1002 Bahasa Arab Asas 4
UFK 1001 Pengantar Hukum Islam 4 UFK 2005 Praktikal Ibadat 4 UFK 1002 Usul Fiqh 3
UFL 1003 Akhlak dan Tasawuf 3
UFK 1003 Fiqh Ibadat 4
* Kursus
Elektif
UFK 2008 Latihan Industri 8
Jumlah Kredit 14 15 16 45
KOMPONEN SEMESTER 4 SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH
KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT
Kursus
Universiti GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2
Kursus Teras
UFL 1004 Ulum Al-Quran 3 UFL 2002 Akidah Islam 4 UFL 2007 Pengajian Teks Al-Hadith 4
UFL 1005 Ulum Al-Hadith 3 UFL 2003 Pengantar Usul Tafsir 4 UFL 2005 Bahasa Arab Tinggi 4
UFL 1006 Bahasa Arab Pertengahan 4 UFL 2008 Sirah Rasulullah 3 UFL 2006 Pengajian Teks Al-Quran 4
UFL 2001 Tafsir Mawdu'i 4 UFL 2009 Dakwah Islamiyah 3 UFL 2010 Kaedah Berinteraksi dengan
Sunnah 4
Jumlah Kredit 16 14 16 46
JUMLAH KREDIT KESELURUHAN 91
28
LAMPIRAN B
KALENDAR PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF AMBILAN SEPTEMBER 2019
SEMESTER I
Pendaftaran
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Pertengahan Semester I
Cuti Pertengahan Semester l
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Semester I
Cuti Semester I / Peperiksaan Tambahan
6 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
6 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
20 minggu
28.09.2019
19.10.2019
28.12.2019
04.01.2020
11.01.2020
15.02.2020
28.03.2020
04.04.2020
11.04.2020
-
-
-
-
-
-
-
-
22.12.2019
29.12.2019
05.01.2020
19.01.2020
22.03.2020
29.03.2020
05.04.2020
19.04.2020
SEMESTER II
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Pertengahan Semester II
Cuti Pertengahan Semester lI
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Semester II
Cuti Semester II / Peperiksaan Tambahan
6 minggu*
1 minggu
1 minggu
2 minggu
6 minggu**
1 minggu
1 minggu
2 minggu
20 minggu
25.04.2020
27.06.2020
04.07.2020
11.07.2020
25.07.2020
12.09.2020
19.09.2020
26.09.2020
-
-
-
-
-
-
-
-
21.06.2020
28.06.2020
05.07.2020
19.07.2020
06.09.2020
13.09.2020
20.09.2020
04.10.2020
SEMESTER III
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Pertengahan Semester III
Cuti Pertengahan Semester lII
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Semester III
Cuti Semester III / Peperiksaan Tambahan
6 minggu+
1 minggu
1 minggu
2 minggu
6 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
20 minggu
10.10.2020
28.11.2020
05.12.2020
12.12.2020
02.01.2021
20.02.2021
27.02.2021
06.03.2021
-
-
-
-
-
-
-
-
22.11.2020
29.11.2020
06.12.2020
20.12.2020
07.02.2021
21.02.2021
28.02.2021
14.03.2021
SEMESTER IV
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Pertengahan Semester IV
Cuti Pertengahan Semester IV
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Semester IV
Cuti Semester IV / Peperiksaan Tambahan
6 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
6 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
20 minggu
20.03.2021
01.05.2021
08.05.2021
15.05.2021
29.05.2021
10.07.2021
24.07.2021
31.07.2021
-
-
-
-
-
-
-
-
25.04.2021
02.05.2021
09.05.2021
23.05.2021
04.07.2021
11.07.2021
25.07.2021
08.08.2021
29
SEMESTER V
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Pertengahan Semester V
Cuti Pertengahan Semester V
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Semester V
Cuti Semester V / Peperiksaan Tambahan
6 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
6 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
20 minggu
14.08.2021
25.09.2021
02.10.2021
09.10.2021
23.10.2021
04.12.2021
11.12.2021
18.12.2021
-
-
-
-
-
-
-
-
19.09.2021
26.09.2021
03.10.2021
17.10.2021
28.11.2021
05.12.2021
12.12.2021
26.12.2021
SEMESTER VI
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Pertengahan Semester VI
Cuti Pertengahan Semester VI
Kuliah
Ulangkaji
Peperiksaan Semester VI
Cuti Semester VI / Peperiksaan Tambahan
6 minggu++
1 minggu
1 minggu
2 minggu
6 minggu^
1 minggu
1 minggu
2 minggu
20 minggu
08.01.2022
05.03.2022
12.03.2022
19.03.2022
02.04.2022
28.05.2022
04.06.2022
11.06.2022
-
-
-
-
-
-
-
-
27.02.2022
06.03.2022
13.03.2022
27.03.2022
22.05.2022
29.05.2022
05.06.2022
19.06.2022
Tertakluk kepada pindaan
Kelas/peperiksaan dijalankan pada setiap hari Sabtu/Ahad sahaja
Cuti Umum:
* Hari Pekerja (1 Mei 2020), Nuzul Quran (10 Mei 2020) & Hari Raya Puasa (24 & 25 Mei 2020)
** Hari Raya Haji (31 Julai 2020)
+ Hari Deepavali (14 November 2020)
++ Tahun Ba ru Cina (1 & 2 Februari 2022) & Hari Wilayah (1 Februari 2022)
^ Hari Pekerja (1 Mei 2022) & Hari Raya Puasa (3 & 4 Mei 2022)
Tarikh kemaskini : 22.08.2019
30
LAMPIRAN C
CAJ BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN PENDAFTARAN
BIL. PERKARA CAJ BAYARAN (RM)
1. Yuran Pendaftaran – tidak dikembalikan
(termasuk dalam yuran pengajian)
1,550.00
2. Penangguhan Pengajian *
(a) Kali pertama
(b) Kali kedua
(c) Kali ketiga
(d) Kali keempat dan seterusnya
(*tertakluk kepada jangka masa maksimum
pengajian 12 semester)
100.00
200.00
300.00
400.00
3. Kelas Ulangan (per kredit) 100.00
4. Peperiksaan Tambahan 150.00
5. Pengecualian / Pemindahan Kredit (per kredit) 15.00
6. Mempertingkatkan Gred 150.00
7. Semakan Semula Keputusan 150.00
8. Caj Pendaftaran Lewat 50.00
9. Penarikan Diri dari Program
(a) Yuran Pengajian
(i) Permohonan dibuat sebelum hari
Jumaat minggu kedua kursus
(ii) Permohonan dibuat selepas
minggu kedua kursus
(b) Yuran Pendaftaran
(i) Semester I & Semester II
(ii) Semester III, Semester IV
Semester V, Semester VI
30% daripada jumlah yuran
kursus berkenaan
100% daripada jumlah
yuran kursus berkenaan
30% daripada jumlah yuran
pendaftaran
100% daripada jumlah
yuran pendaftaran
31