amali memahami trend populasi

24
Praktikal 4 : Memahami trend populasi Tujuan : Untuk menyiasat trend populasi pelbagai jenis haiwan Teori : Populasi ini merujuk kepada pertambahan,pengurangan ataupun pengekalan bilangan individu dalam sesuatu spesis yang disebabkan oleh beberapa faktor dalam sesuatu tempoh masa. Manakala menurut Kee Bee Suan (2012) pula, populasi adalah sekumpulan organism yang sama spesies mendiami kawasan yang sama dan bilangan organisma dalam populasi dinamakan saiz populasi. Populasi mempunyai ciri-ciri khas yang unik seperti kadar pertumbuhan, struktur umur, nisbah jantina dan kadar jangka hayat. Populasi dikatakan meningkat apabila bilangan sumber makanan mencukupi dan keadaan persekitaran selamat dan tenang. Selain itu faktor lain ialah seperti kurangnya kadar persaingan antara individu dalam kelompok itu dan keadaan cuaca yang baik dan tidak ada bencana alam. Kepadatan populasi Kepadatan populasi merupakan hubungan diantara jumlah individu dan luas sesuatu ruang yang didiami pada sesuatu ketika atau masa. Keupayaan Muatan Keupayaan Muatan bermaksud beban maksimum persekitaran. Apabila saiz populasi kecil daripada keupayaan muatan, kadar pertumbuhan adalah positif dan apabila populasi lebih besar daripada keupayaan muatan, kadar pertumbuhan adalah negatif. Pertumbuhan pula merupakan satu proses tidak berbalik yang melibatkan pertambahan saiz, pertambahan bilangan sel, peningkatan kerencaman dan fungsi sesuatu organisma. Tiga proses yang terlibat didalam pertumbuhan iaitu pembahagian sel, pembesaran sel dan pembezaan sel. Pertumbuhan sel, tisu, organ danorganisma biasa diukur dengan menggunakan parameter berat,panjang, tinggi, isi padu, dan berat kering. Secara amnya, lengkung pertumbuhan bagi organisma yang berlainan mempunyai bentuk asas yang sama iaitu berbentuk S atau sigmoid.

Upload: jef-manjef

Post on 07-Dec-2014

174 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

populasi

TRANSCRIPT

Page 1: Amali Memahami Trend Populasi

Praktikal 4 : Memahami trend populasi

Tujuan : Untuk menyiasat trend populasi pelbagai jenis haiwan

Teori :

Populasi ini merujuk kepada pertambahan,pengurangan ataupun pengekalan

bilangan individu dalam sesuatu spesis yang disebabkan oleh beberapa faktor dalam

sesuatu tempoh masa. Manakala menurut Kee Bee Suan (2012) pula, populasi adalah

sekumpulan organism yang sama spesies mendiami kawasan yang sama dan bilangan

organisma dalam populasi dinamakan saiz populasi.

Populasi mempunyai ciri-ciri khas yang unik seperti kadar pertumbuhan, struktur

umur, nisbah jantina dan kadar jangka hayat. Populasi dikatakan meningkat apabila

bilangan sumber makanan mencukupi dan keadaan persekitaran selamat dan tenang.

Selain itu faktor lain ialah seperti kurangnya kadar persaingan antara individu dalam

kelompok itu dan keadaan cuaca yang baik dan tidak ada bencana alam.

Kepadatan populasi

Kepadatan populasi merupakan hubungan diantara jumlah individu dan luas

sesuatu ruang yang didiami pada sesuatu ketika atau masa.

Keupayaan Muatan

Keupayaan Muatan bermaksud beban maksimum persekitaran. Apabila saiz

populasi kecil daripada keupayaan muatan, kadar pertumbuhan adalah positif dan

apabila populasi lebih besar daripada keupayaan muatan, kadar pertumbuhan adalah

negatif.

Pertumbuhan pula merupakan satu proses tidak berbalik yang melibatkan

pertambahan saiz, pertambahan bilangan sel, peningkatan kerencaman dan fungsi

sesuatu organisma. Tiga proses yang terlibat didalam pertumbuhan iaitu pembahagian

sel, pembesaran sel dan pembezaan sel. Pertumbuhan sel, tisu, organ danorganisma

biasa diukur dengan menggunakan parameter berat,panjang, tinggi, isi padu, dan berat

kering. Secara amnya, lengkung pertumbuhan bagi organisma yang berlainan

mempunyai bentuk asas yang sama iaitu berbentuk S atau sigmoid.

Page 2: Amali Memahami Trend Populasi

Dipetik daripada www.tutor.com.my

Satu lengkung sigmoid mempunyai lima fasa, iaitu:

(a) fasa permulaan (M)

(b) fasa eksponen (N)

(c) fasa kematangan (O)

(d) fasa kedewasaan (P)

(e) fasa penuaan (Q)

Jika saiz populasi dua kali ganda antara setiap jangka masa, maka bentuk

pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan eksponen. Bentuk lengkung

pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor iaitu saiz populasi permulaan atau awal

(N0), faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar di mana populasi

berkembang jika ia mempunyai sumber makanan. (Institut Pendidikan Guru Malaysia,

2013)

Pertumbuhan populasi dipengaruhi oleh dua faktor iaitu :

i. faktor bersandarkan kepadatan (Density-dependent factors)

ii. faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-independent factors)

Page 3: Amali Memahami Trend Populasi

i. faktor bersandarkan kepadatan (Density-dependent factors)

Faktor bersandarkan kepadatan adalah faktor yang mengawal pertumbuhan

populasi. Sebagai contoh, penyakit akan membawa kesan jika kepadatan penduduk

adalah padat, maka setiap individu dalam komuniti itu akan mempunyai kebarangkalian

yang lebih tinggi dijangkiti penyakit. Bukan hanya sebilangan besar individu akan

terjejas, tetapi, yang lebih penting, sebahagian besar daripada penduduk akan terjejas

jika mereka tinggal berhampiran bersama-sama.Faktor bersandarkan kepadatan

bergantung kepada faktor-faktor biologi, seperti penyakit, parasit, persaingan, dan

pemangsa.

ii. Faktor tidak bersandarkan kepadatan (Density-independent fatcors)

Faktor tidak bersandarkan kepadatan adalah tidak bergantung kepada

ketumpatan asal atau saiz penduduk. Kesan cuaca adalah contoh faktor tidak

bersandarkan kepadatan. Ribut teruk dan banjir yang melanda sesuatu kawasan boleh

memusnahkan sejumlah penduduk yang besar.Faktor tidak bersandarkan kepadatan

adalah faktor-faktor fizikal, seperti faktor cuaca (contohnya, musim sejuk yang teruk)

atau kehadiran bahan kimia berbahaya dalam sesuatu komuniti. (Dr. Ray L. Winstead

(n.d).http://nsm1.nsm.iup.edu/rwinstea/popreg.shtm)

Page 4: Amali Memahami Trend Populasi

Tugasan 1:

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh

badak dan mengapakah saiz populasi akhir berbeza?

Senarai bahan :

Jadual anggaran populasi dua jenis badak A dan badak B

Kaedah :

1. Pertumbuhan populasi badak diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t) pada

paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis

pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 1.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Pemerhatian / Data :

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Badak A Populasi Badak B

Saiz

populasi, (N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

0 N0 = 30 N0 = 20

1 58 1.9 39 2.0

2 123 2.1 82 2.1

3 236 1.9 161 2.0

4 484 2.0 318 2.0

5 955 2.0 643 2.0

Page 5: Amali Memahami Trend Populasi

Jadual 1

Graf : (Rujuk Lampiran)

Analisis Data :

Faktor pertumbuhan (R) badak A

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 58 / 30

= 1.9

Faktor pertumbuhan (R) badak B

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 39 / 20

= 2.0

Purata geometrik Populasi Badak A dan Badak B

Populasi Badak A,

Purata (R) = 1.9 + 2.1 + 1.9 + 2.0 + 2.0

5

= 1.98 ~ 2.0

Populasi Badak B,

Purata (R) = 2.0 + 2.1 + 2.0 + 2.0 + 2.0

5

= 2.02 ~ 2.0

Page 6: Amali Memahami Trend Populasi

Soalan :

Semak ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapakah terdapat

perbezaan dari segi penduduk antara kedua-dua penduduk pada selang masa ke 5?

Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz pendudukan awal, faktor

pertumbuhan atau alam sekitar?

Populasi Badak B mempunyai kadar pertumbuhan (R) yang tinggi. Saiz

penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi kedua-dua populasi badak

disebabkan oleh saiz awal populasi. Bilangan saiz populasi awal badak A

adalah sebanyak 30 adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B

iaitu 20 sahaja. Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasi

badak B.

Tugasan 2:

Page 7: Amali Memahami Trend Populasi

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan mengapa saiz

populasi akhir berbeza?

Senarai bahan :

Jadual anggaran populasi dua jenis koala A dan koala B

Kaedah :

1. Pertumbuhan populasi koala diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t) pada

paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis

pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 2.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Pemerhatian / Data :

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Koala A Populasi Koala B

Saiz

populasi, (N)

Faktor

pertumbuhan,

®

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan, ®

0 N0 = 20 N0 = 20

1 36 1.8 31 1.5

2 63 1.8 47 1.5

3 118 1.9 66 1.4

4 212 1.8 103 1.6

5 375 1.8 150 1.5

Jadual 2

Graf : (Rujuk Lampiran)

Page 8: Amali Memahami Trend Populasi

Analisis Data :

Faktor pertumbuhan (R) koala A

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 36 / 20

= 1.8

Faktor pertumbuhan (R) koala B

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 31 / 20

= 1.5

Purata geometrik Populasi koala A dan koala B

Populasi Koala A,

Purata (R) = 1.8 + 1.8 + 1.9 + 1.8 + 1.8

5

= 1.82 ~ 1.8

Populasi Koala B,

Purata (R) = 1.5 + 1.5 + 1.4 + 1.6 + 1.5

5

= 1.5

Soalan :

Page 9: Amali Memahami Trend Populasi

1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapakah terdapat perbezaan dari segi saiz

penduduk pada selang masa ke-5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam

saiz penduduk awal, faktor pertumbuhan atau alam sekitar?

Graf menunjukkan bentuk eksponen. Apabila saiz populasi semakin

meningkat, ia akan mempengaruhi faktor pertumbuhan. Populasi koala A dan

Koala B meningkat dari semasa ke semasa, namun disebabkan berlakunya

persaingan dari segi keperluan makanan dan tempat tinggal, populasi koala B

berkurangan daripada populasi Koala A.

2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi koala A adalah sama tetapi di bawah

keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi koala B adalah di bawah

keadaan kemarau, mengapakah adanya perubahan bagi faktor pertumbuhan, R

populasi tersebut? (Faktor pertumbuhan, R = Kelahiran – kematian)

Perubahan alam sekitar seperti kemarau dan keadaan hujan boleh

mempengaruhi populasi sesuatu spesies. Semua faktor-faktor tersebut sangat

berpengaruh terhadap kelahiran, kematian dan migrasi yang berlaku bagi

memenuhi keperluan asas bagi sesuatu individu.

Tugasan 3 :

Page 10: Amali Memahami Trend Populasi

Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda

belang dan bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity)

mempengaruhi saiz populasi akhir?

Senarai bahan :

Jadual anggaran populasi dua jenis kuda belang A dan kuda belang B

Kaedah :

1. Pertumbuhan populasi kuda belang diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t)

pada paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis

pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 3.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Pemerhatian / Data :

Page 11: Amali Memahami Trend Populasi

Selang masa

(t) = generasi

Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B

Saiz

populasi, (N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 80 4.0 50 2.5

2 230 2.9 100 2.0

3 400 1.8 220 2.2

4 500 1.3 360 1.6

5 550 1.1 460 1.3

6 580 1.1 520 1.4

7 590 1.0 550 1.0

8 595 1.0 570 1.0

9 600 1.0 580 1.0

10 600 1.0 600 1.0

Jadual 3

Graf : (Rujuk Lampiran)

Analisis Data :

Faktor pertumbuhan (R) kuda belang A

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 80 / 20

= 4.0

Faktor pertumbuhan (R) kuda belang B

Page 12: Amali Memahami Trend Populasi

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 50 / 20

= 2.5

Purata geometrik Populasi kuda belang A dan kuda belang B

Populasi Kuda belang A,

Purata (R) = 1.62 ~ 1.6

Populasi Kuda belang B,

Purata (R) = 1.5

Soalan :

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan

yang paling tinggi?

Graf menunjukkan bentuk sigmoidal. Berdasarkan purata geometrik, Populasi

kuda belang A mempunyai faktor pertumbuhan yang paling tinggi iaitu 1.6

berbanding purata geometrik kuda belang B

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan

yang berlaku pada R.

Faktor pertumbuhan, R semakin berkurangan pada selang masa 2 hingga

selang masa 6, dan tetap pada selang masa ke 7 hingga ke 10

3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi?

Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A dan kuda belang B ialah 600.

Tugasan 4 :

Page 13: Amali Memahami Trend Populasi

Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang

mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)?

Senarai bahan :

Jadual anggaran dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama bagi 10

selang masa (generasi).

Kaedah :

1. Pertumbuhan populasi kuda belang diplot menggunakan paksi yang sama. Masa (t)

pada paksi-X dan saiz populasi (N) pada paksi-Y. satu garis dilukis mewakili garis

pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan.

2. Bentuk graf yang terhasil dikenalpasti.

3. Faktor pertumbuhan ( R ) dikira bagi setiap populasi selang masa dan dimasukkan

ke dalam Jadual 4.

4. Purata geometrik dikira bagi kedua-dua populasi.

Pemerhatian / Data :

Selang masa Populasi Kuda Belang A Populasi Kuda Belang B

Page 14: Amali Memahami Trend Populasi

(t) = generasi Saiz

populasi, (N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

Saiz populasi,

(N)

Faktor

pertumbuhan,

(R)

0 N0 = 20 N0 = 20

1 90 4.5 50 2.5

2 220 2.5 120 2.4

3 340 1.6 210 1.8

4 410 1.2 260 1.2

5 440 1.1 260 1.0

6 450 1.0 230 1.0

7 450 1.0 200 1.0

8 440 1.0 170 1.0

9 460 1.0 150 1.0

10 450 1.0 150 1.0

Jadual 4

Graf : (Rujuk Lampiran)

Analisis Data :

Faktor pertumbuhan (R) kuda belang A

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 90 / 20

= 4.5

Faktor pertumbuhan (R) kuda belang B

Page 15: Amali Memahami Trend Populasi

Contoh : Selang masa (t) 1

= N1 / N0

= 50 / 20

= 2.5

Purata geometrik Populasi kuda belang A dan kuda belang B

Populasi kuda belang A,

Purata (R) = 1.59 ~ 1.6

Populasi kuda belang B,

Purata (R) = 1.39 ~ 1.4

Soalan :

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai faktor pertumbuhan

yang paling tinggi?

Graf menunjukkan bentuk sigmoidal. Populasi kuda belang A mempunyai

faktor pertumbuhan yang paling tinggi.

2. Adakah faktor pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan

yang berlaku pada R.

Page 16: Amali Memahami Trend Populasi

Faktor pertumbuhan, R tidak tetap. Bagi Populasi Kuda belang A, faktor

pertumbuhan, R semakin berkurang bagi selang masa 1 hingga 5 dan tetap

pada selang masa ke 6 hingga ke 10 iaitu 1.0. Manakala populasi B, semakin

berkurang dari selang masa 1 hingga ke 4 seterusnya tetap hingga ke selang

masa ke 10, iaitu 1.0.

3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan

mengapa.

Ya, keupayaan muatan bagi populasi A berubah kerana saiz populasi yang

berubah. Semakin besar Saiz populasi semakin besar keupayaan muatan bagi

populasi tersebut.

4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama.

Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor

yang mengawal pertumbuhan populasi.

Antara faktor yang mengawal pertumbuhan populasi ialah kepelbagaian

genetik, persaingan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan persekitaran.

Selain itu, faktor pertumbuhan iaitu kadar kelahiran populasi A dan B.

Daripada pemerhatian, kadar kelahiran populasi A adalah lebih tinggi daripada

populasi B. Manakala, kadar kematian populasi B adalah lebih tinggi daripada

populasi A. Selain itu, faktor alam sekitar iaitu setiap haiwan bersaing untuk

mendapatkan sumber air dan makanan. Populasi B kurang berdaya saing

daripada populasi A. Maka, kadar pertumbuhan populasi B adalah lebih

rendah daripada populasi A.

5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan

di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan

persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang?

Page 17: Amali Memahami Trend Populasi

Bagi Jadual 3, kesan persaingan bagi R untuk populasi kuda belang adalah

rendah kerana perbezaan persekitaran bagi kedua- dua populasi. Bagi jadual

4, kesan persaingan bagi R untuk kedua- dua populasi kuda belang adalah

tinggi kerana setiap penduduk bersaing sesama sendiri untuk keperluan asas

yang serupa di kawasan yang sama di mana sumbernya akan menjadi

semakin terhad. Maka, bagi Jadual 4, pertumbuhan populasi A menunjukkan

pertumbuhan yang lebih tinggi daripada populasi B kerana daya saing yang

lebih tinggi.

Perbincangan :

1. Graf dibina bagi setiap tugasan. Label setiap lengkung pada graf dengan min

faktor pertumbuhan, R.

2. Apakah perbezaan diantara pertumbuhan eksponen dan logistik (sigmoidal)?

Pertumbuhan eksponen ialah salah satu yang wujud apabila kadar

pertumbuhan penduduk adalah berkadar kepada jumlah yang sedia ada.

Untuk ini, penduduk memerlukan keadaan yang paling ideal. Pertumbuhan

jenis ini ialah apabila setiap penduduk mempunyai bekalan sumber

kehidupan tanpa had dan berkembang dengan pesat. Kadar pertumbuhan

jenis ini bermula dengan perlahan dan kemudian menjadi lebih cepat

dengan peningkatan penduduk. Populasi dengan pertumbuhan eksponen

mempunyai kadar kelahiran yang berterusan dalam satu tempoh masa dan

tidak dihalang disebabkan faktor kekurangan makanan dan jangkitan

penyakit. Dalam pertumbuhan jenis ini ia tidak mempunyai had. Tetapi

dalam pertumbuhan logistik, pertumbuhan adalah terhad. Apabila

membandingkan dua pertumbuhan ini, pertumbuhan logistik dianggap

lebih realistik daripada pertumbuhan eksponen.

Page 18: Amali Memahami Trend Populasi

Pertumbuhan logistik (sigmoidal) pula ialah kadar pertumbuhan yang

berkadar dengan jumlah yang sedia ada juga tetapi turut dipengaruhi

sumber yang terhad dan persaingan. Berbeza dengan pertumbuhan

eksponen, pertumbuhan jenis ini, pada awalnya kadar pertumbuhan adalah

tinggi. Kemudian, kadar pertumbuhan semakin berkurang kerana terdapat

beberapa penduduk yang bersaing sesama sendiri pada ruangan yang

terhad untuk keperluan hidup. Apabila penduduk mencapai keadaan yang

seimbang, kadar pertumbuhan adalah sifar. Jika gangguan tidak berlaku,

maka nilai penduduk akan kekal malar.

3. Bagaimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu?

Bilangan individu bertambah melalui proses kelahiran dan imigrasi, dan

mengalami kehilangan individu melalui kematian dan emigrasi.

4. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik

yang tinggi?

Populasi bagi penigkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah kadar

pertumbuhan penduduk apabila penduduk semakin berkembang di bawah

keadaan yang ideal dan tanpa had, iaitu, secepat mana penduduknya boleh

berkembang. Kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar

intrinsik yang tinggi ialah dapat membiak pada umur yang muda, bilangan

anak yang dilahirkan bagi setiap kelahiran adalah tinggi dan generasi

mudanya dapat memastikan kelangsungan hidupnya dengan baik. Populasi

yang mempunyai kadar peningkatan intrinsik tinggi pasti boleh membiak

dengan mudah dan dapat menyesuaikan diri dengan baik di dalam habitat.

Ciri-ciri lain adalah antibodi populasi yang kuat maka mereka tidak mudah

jatuh sakit.

Page 19: Amali Memahami Trend Populasi

5. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan

populasi dan (2) penerunan pertumbuhan populasi?

(1) peningkatan pertumbuhan populasi

Faktor persekitaran yang bertindak untuk peningkatan pertumbuhan

populasi dalam sesuatu kawasan ialah mempunyai ekosistem yan stabil

antara ekosistem air dan darat. Oleh itu, kadar imigrasi iaitu penghijrahan

masuk penduduk dan ini akan meningkatkan populasi. Selain itu, kadar

kelahiran akan meningkat apabila keadaan persekitaran adalah ideal kerana

penduduk berasa selamat untuk pembiakan berlaku.

(2) penurunan pertumbuhan populasi

Faktor persekitaran yang menyebabkan penurunan pertumbuhan populasi

dalam sesuatu kawasan ialah berlaku gangguan ekosistem di kawasan

tersebut seperti bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, angin taufan

dan gempa bumi. Selain itu pencemaran terhadap air, udara dan tanah yang

akan menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau sebagai pembekal

makanan utama. Penurunan tahap kesuburan tanah disebabkan oleh

aktiviti manusia juga menjadi faktor utama. Oleh itu kadar emigrasi akan

meningkat begitu juga dengan kadar kematian.

6. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan

(carrying capacity)?

Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan maka kadar kematian akan

meningkat dimana berlaku kadar pertumbuhan populasi negatif

sehinggalah saiz populasi kembali stabil. Kadar kelahiran juga akan

menurun sehingga kuantiti penduduk kembali stabil.

Page 20: Amali Memahami Trend Populasi

7. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001

angka 7,5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah

rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat

diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti

pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai

contoh, nelayan komersial berlesen boleh manangkap ikan mengikut berat

tertentu ("kuota" mereka) setiap tahun. Oleh itu, mengapa perubahan rawak di K

dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi

komersial liar?

Keupayaan muatan, K sesuatu spesis berubah bagi setiap tahun. Apabila

sesetangah individu telah diburu, maka akan berlaku penurunan bagi saiz

ahli di dalam populasi tersebut. Individu yang tidak berpeluang untuk

membesar juga berkemungkinan akan menjadi mangsa tangkapan dan

mengakibatkan pengurangan bilangan individu yang wujud. Kuota yang

tetap sapanjang tahun akan mengakibatkan individu ini sentiasa diburu di

dalam kuantiti yang sama, sedangkan bilangan individu semakin menurun.

Justeru, penangkapan individu untuk tujuan komersial akan terjejas

berikutan kekurangan ahli.

8. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan

pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan

(kuota masing-masing ialah 2% daripada penduduk). Setelah memahami konsep

yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan penduduk, apa yang anda akan

lakukan jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%?

Keupayaan muatan boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Jika

keupayaan muatan tinggi untuk beberapa tahun, dan dalam beberapa tahun

kemudian ia adalah rendah, ini berlaku disebabkan oleh perubahan dalam

keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian

bergantung kepada hasil tangkapan yang diperolehi. Bagi pemburu

Page 21: Amali Memahami Trend Populasi

komersial berlesen, untuk memburu rusa, mereka perlu mengikut kuota

yang tetap setiap tahun. Kuota ditentukan dengan membahagikan jumlah

biojisim atau berat hasil buruan, dengan bilangan pemburu (atau lesen).

Kesimpulan :

Populasi dapat ditafsirkan dalam bentuk lengkungan graf yang dikawal oleh 3 faktor

iaitu:

1. Saiz populasi awal (N0)

2. Faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengira kadar pertumbuhan

3. Keupayaan muatan (K) yang menentukan faktor persekitaran.

Page 22: Amali Memahami Trend Populasi

Rujukan

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2013). In Modul Biodiversiti dan Ekosistem PPG

(p.23). Cyberjaya : Kementerian Pelajaran Malaysia

Kee Bee Suan, Dr. Hamdan bin Mohd Nor, Quek Yoke Hua, Choo Yan Tong. (2012),

Fokus Sukses Biologi Tingkatan 4. Selangor : Penerbitan Pelangi

Pertumbuhan manusia. (t.t). Didapatkan Mac 25, 2013, daripada

http://www.tutor.com.my

Dr. Ray L. Winstead (n.d). Population Regulation. Didapatkan Mac 25, 2013, daripada

http://nsm1.nsm.iup.edu/rwinstea/popreg.shtm