amali 3 nilai bahan api

2
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK SCE 3109 TENAGA DALAM KIMIA MANUAL AMALI Amali 3 Tujuan : Untuk menentukan nilai bahan api bagi kerosin (minyak tanah), LPG(gas petroleum) dan lilin. Bahan : Kerosin, LPG dan lilin. Radas : Tin kuprum, tungku kaki tiga, termometer (0-100 o C), silinder penyukat100cm 3 , lampu minyak, penimbang elektronik, tanah liat segitiga, penghadang angin, bongkah kayu. Prosedur : 1. Dengan menggunakan silinder penyukat, tuang 200cm 3 air ke dalam tin kuprum. 2. Letakkan tin kuprum di atas tungku kaki tiga. 3. Sukat dan rekodkan suhu awal air. 4. Letakkan penghadang angin seperti dalam Gambarajah 3. 5. Tuangkan 50cm 3 kerosin ke dalam bekas lampu minyak dan rekodkan berat lampu dan kandungannya. 6. Letakkan bekas lampu minyak di bawah tin kuprum seperti dalam Gambarajah 3 dan nyalakan lampu minyak tersebut dengan segera. 7. Kacau air sepanjang eksperimen ini. 8. Padamkan api apabila perubahan suhu air telah mencecah 30°C. Rekodkan suhu yang tertinggi air. 9. Timbang dan rekod berat lampu minyak serta kandungannya. 10. Ulang prosedur 1 hingga 9 menggunakan lilin. 11. Ulang prosedur 1 hingga 9 menggunakan LPG. Gambarajah 3: Menentukan nilai bahan api untuk kerosin, LPG dan lilin.

Upload: nas-akob

Post on 20-Jul-2015

3.468 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 3 nilai bahan api

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK SCE 3109 TENAGA DALAM KIMIA

MANUAL AMALI Amali 3

Tujuan : Untuk menentukan nilai bahan api bagi kerosin (minyak tanah), LPG(gas

petroleum) dan lilin.

Bahan : Kerosin, LPG dan lilin.

Radas : Tin kuprum, tungku kaki tiga, termometer (0-100 oC), silinder

penyukat100cm3, lampu minyak, penimbang elektronik, tanah liat segitiga,

penghadang angin, bongkah kayu.

Prosedur :

1. Dengan menggunakan silinder penyukat, tuang 200cm3 air ke dalam tin kuprum.

2. Letakkan tin kuprum di atas tungku kaki tiga.

3. Sukat dan rekodkan suhu awal air.

4. Letakkan penghadang angin seperti dalam Gambarajah 3.

5. Tuangkan 50cm3 kerosin ke dalam bekas lampu minyak dan rekodkan berat

lampu dan kandungannya.

6. Letakkan bekas lampu minyak di bawah tin kuprum seperti dalam Gambarajah 3

dan nyalakan lampu minyak tersebut dengan segera.

7. Kacau air sepanjang eksperimen ini.

8. Padamkan api apabila perubahan suhu air telah mencecah 30°C. Rekodkan suhu

yang tertinggi air.

9. Timbang dan rekod berat lampu minyak serta kandungannya.

10. Ulang prosedur 1 hingga 9 menggunakan lilin.

11. Ulang prosedur 1 hingga 9 menggunakan LPG.

Gambarajah 3: Menentukan nilai bahan api untuk kerosin, LPG dan lilin.

Page 2: Amali 3 nilai bahan api

Keputusan :

Kerosin LPG Lilin

Suhu awal air (°C)

Suhu akhir air (°C)

Peningkatan suhu (°C)

Berat awal lampu minyak (g)

Berat akhir lampu minyak (g)

Berat bahan api yang terbakar (g)

Soalan :

1. Nyatakan 6 faktor yang mempengaruhi pemilihan bahan api yang digunakan

dalam bidang perindustrian. [6]

2. Dalam suatu perkhemahan, anda diminta untuk menjalankan aktiviti memasak.

Anda dibekalkan dengan lilin, kerosin dan LPG.Bahan api yang manakah yang

akan anda akan memilih untuk menjalankan aktiviti tersebut? Jelaskan.[4]

3. Sekiranya LPG hanya mengandungi butana dan propana, tuliskan persamaan

untuk pembakaran kedua-dua hidrokarbon tersebut. [2]

4. Jelaskan kenapa nilai bahan api yang diperolehi daripada eksperimen adalah

lebih rendah daripada nilai secara teori? [3]