amali 1 biota tanah.docx

10
SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4) AMALI 1 Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Jaringan Makanan Pendahuluan. Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan ( biodiversiti) dan factor-faktor abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga. Sebagai contoh tumbuhan yang merupakan pengeluar akan mengumpul tenaga melalui proses fotosintesis dan akan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat bagi tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrient balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Makrofauna ialah haiwan tanah yang agak besar seperti spesis-spesis cacing tanah, lipas, siput dansemut yang terdapat dalam sampah sarap daun atau tanah yang gembur.Makrofauna yang bertindak sebagai pengurai akan mengurai tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses dekomposisi bahan organic kepada cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Dalam pada itu, sebahagian dari tenaga tersebut akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu, makrofauna turut memainkan peranan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrient. Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan PH, 740608025892 Page 1

Upload: mai-zatul-aziah-jamaluddin

Post on 22-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


43 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALI  1 Biota Tanah.docx

SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI – NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4)

AMALI 1

Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Pendahuluan.

Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan ( biodiversiti) dan factor-faktor

abiotik yang saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga.

Sebagai contoh tumbuhan yang merupakan pengeluar akan mengumpul tenaga melalui proses

fotosintesis dan akan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat bagi tumbuhan atau lemak

dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut.

Organisma organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan

memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrient balik ke tanah untuk diambil balik oleh

tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi –fungsi ekosistem

dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri.

Makrofauna ialah haiwan tanah yang agak besar seperti spesis-spesis cacing tanah,

lipas, siput dansemut yang terdapat dalam sampah sarap daun atau tanah yang

gembur.Makrofauna yang bertindak sebagai pengurai akan mengurai tisu tumbuhan atau

haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses dekomposisi bahan organic kepada

cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Dalam pada itu, sebahagian dari tenaga

tersebut akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain itu,

makrofauna turut memainkan peranan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam

kitaran nutrient. Dalam sesebuah ekosistem tanah, perbezaan PH, kelembapan, kepadatan

tanah dan jenis makanan yang terdapat pada satu ekosiistem serta struktur tanah

mempengaruhi kehadiran makrofauna.

PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza ?

Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka.Apakah

paramater yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-

perbezaan tersebut?

740608025892 Page 1

Page 2: AMALI  1 Biota Tanah.docx

SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI – NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4)

Tanah merupakan lapisan paling atas yang dipenuhi oleh akar-akar tumbuhan dan

mempunyai kedalaman yang berbeza-beza. Tumbuh-tumbuhan biasanya hidup dikawasan

yang mempunyai tanah. Ditempat yang tiada tumbuhan,maka haiwan juga tiada kerana

tumbuhan merupakan sumber makanan bagi haiwan tersebut. Tanah merupakan satu

persekitaran yang menyediakan kedua-dua dan perlindungan kepada berjenis-jenis

organisma.Tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza mengikut tempat keran a ia dipengaruhi

oleh beberapa factor yang berbeza.

Melalui pemerhatian kumpulan kami,kami mendapati bahawa jenis mikrofauna yang

berbeza terdapat di lokasi yang berbeza. Ini kerana kandungan tanah di kedua-dua kawasan

tersebut berbeza.Faktor-faktor seperti keamatan cahaya, suhu tanah, kelembapan tanah dan

kepadatan tanah mempengaruhi bilangan makrofauna yang ditemui. Kami telah mengkaji dua

sampel tanah yang diambil dari dua lokasi yang berbeza parameter tanah. Satu diambil di

sebuah kawasan terbuka dan satu lagi diambil di kawasan yang terlindung. Makrofauna didapati

lebih banyak di kawasan yang mempunyai keamatan cahaya yang rendah (kawasan 2 )

berbanding dengan kawasan yang mempunyai keamatan yang tinggi ( kawasan 1) .Suhu di

kawasan 2 juga adalah lebih rendah dan tanahnya juga agak lembab jika dibandingkan dengan

kawasan 2. Oleh sebab itu terdapat pelbagai jenis makrofauna di kawasan 2 .Tanah yang

lembab memudahkan pergerakan haiwan kecil seperti cacing dan semut jika dibandingkan

dengan tanah. Tanah di kawasan 2 juga adalah lebih neutral menyebabkannya lebih sesuai

untuk makrofauna hidup.

Makrofauna ialah organisma bersaiz sederhana seperti spesis-spesis cacing

tanah,semut, siput, lipan dan lipas tanah yang terdapat dalam sampah sarap, daun-daun kering

atau tanah gembur dan ia bertindak sebagai pengurai yang akan mengurai tisu tumbuhan atau

haiwan yang telah mati dan mempercepatkan proses dekomposisi bahan organic kepada

cebisan-cebisan kecil supaya mudah untuk diuraikan. Cacing tanah yang telah ditemui dalam

kajian ini berfungsi sebagai agen penyubur tanah. Cacing tanah akan selalu bergerak dan

menembusi tanah secara langsung akan memberi ruang pengudaraan yang baik kepada

struktur tanah. Bagi haiwan semut pula ia penting bagi tanah kerana mereka mengubah

persekitaran fizikaldan kimia serta menambahbaik kapasiti tanah untuk menakung air.

740608025892 Page 2

Page 3: AMALI  1 Biota Tanah.docx

SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI – NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4)

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah .

Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis fauna dengan panjang lebih dari 1 mm

dan berdiameter tubuh lebih daripada 2 mm.Dalam pengelolaan atau menjamin ekosistem

tanah,makrofauna memiliki peranan yang sangat penting.Fungsi utama makrofauna dalam

tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi tanah.

Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu

menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organic dapat membantu

mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi

dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut.

Makrofauna memainkan peranan penting dalam kitaran nutrient bagi menguraikan sisa-

sisa tumbuhan.Ia merangsang aktiviti makrob dan struktur tanah dengan mencampurkan zarah

organic dan mikroorganisma, membina biopores, menggalakkan kelembapan dan

menghasilkan pelet najis.

Organisma –organisma dalam tanah mempunyai pelbagai ciri dan peranan masing-

masing. Antaranya ialah bacteria yang terlibat dalam proses pereputan sisa organic. Bakteria

penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Sementara cacing pula membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang

digalinya. Najisnya pula mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah Cacing juga membawa

tanah dari satu lapisan ke lapisan yang lain. Bagi organisma nematode pula ia membantu

pereputan bahan organic.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan , labelkan jenis-jenis biota ( contohnya,

fungi, nematode dan lain-lain ) apa yang mereka lakukan (pemangsa,pemakan daun dll ) dan

huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya

pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan).

Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrient apabila organisma pada puncak rantai

makanan mati ?

740608025892 Page 3

Page 4: AMALI  1 Biota Tanah.docx

SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI – NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4)

Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

740608025892 Page 4

Page 5: AMALI  1 Biota Tanah.docx

SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI – NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4)

Organisma-organisma individu dari komponen biosis berkemandiri sama ada dengan

menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. Tumbuhan hijau

dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil

yang dapat memerangkap tenaga dari matahari.

. Tumbuh-tumbuhan menggunakan tenaga cahaya matahari melalui proses fotosintesis

dengan kehadiran karbon dioksida ( CO2) ditukar menjadi karbohidrat dan lain-lain sebatian

karbon organic.Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan

juga membekalkan makanan kepada organism lain apabila organisma itu memakan tumbuhan.

Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai.

Rantai makanan adalah satu siri organism dalam suatu ekosistem yang dihubungkan

kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Siratan makanan pula

merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan.

Berdasarkan rajah di atas , tumbuh-tumbuhan mempunyai peranan sebagai pengeluar

atau organism autotrof. Pengeluar akan bertindak memerangkap tenaga cahaya untuk

membina makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.Kemudian, tenaga yang diperangkap

akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier

(heterotrof). Kebiasaannya, dalam satu rantai makanan, bilangan peringkat adalah terhad

kerana pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua tenaga

habis digunakan.Berikut adalah salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpasti

berdasarkan siratan makanan di atas ialah :

Rumput nematode (e1) arthropod (g1) arthropod (g2) burung ( h )

Dalam rantai makanan di atas rumput merupakan pengeluar , nematode (e1) merupakan

pengguna primer, arthropod (g1) pula adalah pengguna sekunder ,arthropod (g2) pula adalah

pengguna tertier manakala burung pula ialah pengguna pada aras tertinggi.

Apabila organisma di puncak siratan makanan mati ( burung dan tikus ), tenaga yang

tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang, sebaliknya ia akan diuraikan oleh

ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. Ulat ini akan berfungsi sebagai pengurai semulajadi.

Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90 % tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai

tenaga haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa

yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada

740608025892 Page 5

Page 6: AMALI  1 Biota Tanah.docx

SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI – NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4)

matahari oleh pengeluar. Perhubungan bilangan populasi dalam dalam suatu siratan makanan

itu penting kerana ia dapat memelihara keseimbangan alam semulajadi dan ekosistem.

Pertambahan atau pengurangan yang ketara sesuatu populasi akan menjejaskan bilangan

populasi yang berkenaan dengannya dalam siratan makanan.Apabila organism yang berada di

puncak rantai makanan mati, ia akan memberi kesan kepada organism yang lain. Saringan

makanan akan menjadi tidak seimbang. Komponen –komponen yang berinteraksi saling

bergantung antara satu sama lain. Jika salah satu komponen terganggu maka keseluruhan

ekosistem akan terganggu.

Mesofauna merupakan organism halus yang mempunyai saiz antara 0.1 mm dan 2 mm

yang bertindak sebagai penukar daun reput ( litter transformer ). Mesofauna ini menguraikan

bahan organic melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. Mereka ini juga akan

memakan kembali najis mereka dan najis organism lain untuk menggunakan nutrient dan bahan

lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan ini menyediakan habitat baik bagi aktiviti microbial,

seterusnya menguraikan lagi bahan organic untuk menghasilkan nutrient yang penting bagi

organism lain ( Biological Resources , 2011 ).

Mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100 mm. Kebanyakan

mikrofauna adalah protozoa dan nematode yang heterotrofik serta memerlukan karbon organic

bagi tumbesaran. Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses

partikel organic yang kecil dalam tanah yang mendap. Mikrofauna juga mendiami usus

organism lain yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulos ( Biologikal Resources, 2011).

Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada

kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Aktiviti biota tanah adalah penting kerana ia

meningkatkan kitaran nutrient dalam tanah secara pantas ke dalam bentuk mineral tanah. Di

samping kitaran ini, penghasilan mucus bersama rembesen air dalam tubuh biota tanah seperti

cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah yang lain. Hal ini diikuti dengan

penghasilan bahan organic yang banyak. Oleh itu,akan terdapat banyak nutrient seperti

nitrogen, kalium, fosforus dan kalsium yang boleh digunakan oleh pokok-pokok. Selain itu, biota

tanah boleh meningkatkan pengmineralan nitrogren melalui kesan terus atau tidak terus ke atas

komuniti mikrobioal. Biota tanah juga menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan serta

menggerakan fosforus di dalam tanah. ( Tunira Bhadauria dan Krishan Gopal Saxena, 2009 )

740608025892 Page 6

Page 7: AMALI  1 Biota Tanah.docx

SCE 3107: EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI – NASRIAH BINTI ABDUL AZIZ PPG SAINS 1 (SEM 4)

Kesimpulan.

Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yang lebih

banyak.Kebanyakan organisma hidup menggunakan tanah sebagai habitatnya. Organisma

tanah akan membantu memperbaiki nilai tanah melalui kegiatannya seperti membuat lubang

dengan mengorek dan menolong mengudarakan dan menggaulkan tanah. Di samping itu,

dengan memakan jirim organic, ia menolong memecahkan bahan-bahan itu menjadi

humus.Antara organisma yang memainkan peranan penting untuk menguraikan bahan-bahan

tumbuhan dan haiwan yang mati ialah cacing tanah, anai-anai, bacteria dan fungi. Justeru itu,

kami mendapati sampel tanah kawasan 2 mempunyai makrofauna yang lebih banyak

berbanding sampel tanah kawasan 1. Tanah dari kawasan 2 mempunyai warna yang lebih

gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang lebih banyak.

740608025892 Page 7