amalan pemakanan

16
Garis Panduan Pelaksanaan Pemakanan Sihat Di Sekolah BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: zalina-mohd-yusop

Post on 23-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KESIHATAN

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PEMAKANAN

Garis Panduan Pelaksanaan Pemakanan Sihat Di Sekolah

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: AMALAN PEMAKANAN

Keputusan Jawatankuasa Kabinet Bagi Persekitaran Hidup Yang Sihat (JKPHS) Siri 1, Bil.1/2011 pada 4 April 2011 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. (Cabutan minit:)

1. Bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Garis Panduan “Kantin Sihat” melalui arahan pentadbiran.

2. YAB Timbalan Perdana Menteri memaklumkan bahawa dasar 1 Murid 1 Sukan yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran adalah selaras dengan strategi-strategi yang terkandung di dalam NSP-NCD . Khusus bagi maklumat pemeriksaan kesihatan murid berkaitan berat badan dan Body Mass Index (BMI), YAB Pengerusi mencadangkan supaya satu mekanisme dibangunkan untuk menyampaikan maklumat status BMI kepada ibu bapa untuk tindakan lanjut bagi murid dan pelajar yang berlebihan berat badan dan obes.

LATAR BELAKANG

Page 3: AMALAN PEMAKANAN

Mengandungi 2 Garis Panduan utama iaitu:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH

i. Bab 1: Garis Panduan Pengurusan Berat Badan Murid Sekolah

ii. Bab 2: Garis Panduan Penjualan Makanan dan Minuman di Kantin Sekolah (telah diintegrasikan ke dalam Bab 3 Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat, Cetakan Pertama 2011 dan Surat Pekeliling Iktisas Kementerian Pelajaran bagi komponen pemantauan)

Page 4: AMALAN PEMAKANAN

Taklimat pelaksanaan telah disampaikan kepada wakil Penyelia Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Daerah dan Penyelia Kesihatan dari Jabatan Pelajaran Negeri pada 11 November 2011.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMAKANAN SIHAT DI SEKOLAH

Page 5: AMALAN PEMAKANAN

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BERAT

BADAN MURID SEKOLAH

Page 6: AMALAN PEMAKANAN

Tujuan Garis Panduan Pengurusan Berat Badan Murid Sekolah adalah untuk:

TUJUAN

i. Menjelaskan kaedah merekod pengiraan BMI dalam buku Rekod Kesihatan Murid (RKM).

ii. Menjelaskan kaedah rujukan murid-murid yang mengalami masalah berat badan (berlebihan berat badan, obes dan susut teruk) ke Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan.

Page 7: AMALAN PEMAKANAN

TINDAKAN PIHAK SEKOLAH

i. Mengambil ukuran berat badan dan ketinggian murid sekolah sebanyak dua kali setahun mengikut panduan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM).

ii. Merujuk murid yang dikenalpasti berlebihan berat badan, obes dan susut teruk ke Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan.

iii. Memaklumkan status BMI murid kepada ibu bapa semasa Hari Terbuka Sekolah.

iv. Menyediakan alat penimbang dan alat pengukur ketinggian yang sesuai mengikut spesifikasi. Semua peralatan yang digunakan perlu dibuat kalibrasi/ verifikasi secara berkala.

Page 8: AMALAN PEMAKANAN

Hantar Borang (RBS 101) ke Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan

Saringan BMI

Rekod butiran murid yang berlebihan berat badan, obes dan susut teruk ke dalam Borang Pemantauan Pengurusan Berat Badan Murid

Sekolah (RBS 101)

Rekod butiran BMI murid kali pertama ke dalam Buku RKM

CARTA ALIR PENGURUSAN BERAT BADAN DI SEKOLAH

Maklum status BMI murid kepada ibu bapa semasa Hari Terbuka

Page 9: AMALAN PEMAKANAN

GARIS PANDUAN PENJUALAN MAKANAN

DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

Page 10: AMALAN PEMAKANAN

Tujuan Garis Panduan Penjualan Makanan dan Minuman di Kantin Sekolah adalah untuk:

TUJUAN

i. Menyenaraikan makanan dan minuman yang boleh dijual, tidak digalakkan dan dilarang dijual di premis sekolah.

ii.

Memberi maklumat kaedah mempamerkan kandungan kalori makanan dan minuman di kantin sekolah.

iii. Menggariskan kaedah pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah.

Page 11: AMALAN PEMAKANAN

MAKANAN/MINUMAN YANG DILARANG DIJUAL

1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 seperti :

• Makanan yang melampaui tarikh luput.

• Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.

2. Gula-gula dan coklat.

3. Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk sama ada masam, masin atau manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau dan jeruk bawang.

4. Makanan ringan dan minuman yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan, kecuali susu berperisa.

5. Makanan dan minuman yang beralkohol.

Page 12: AMALAN PEMAKANAN

MAKANAN/MINUMAN YANG TIDAK DIGALAKKAN DIJUAL

1. Mi segera.

2. Konfeksi ais dan ais krim.

3. Teh dan kopi.

4. Minuman berperisa berkarbonat.

5. Makanan yang berkrim atau bersalut gula.

6. Makanan diproses seperti daging burger, sosej, nugget.

Page 13: AMALAN PEMAKANAN

MAKANAN/MINUMAN YANG BOLEH DIJUAL

Makanan/minuman dibahagikan mengikut 11 kategori seperti berikut :

Bil Kategori Jumlah

1 Nasi 11

2 Mi/ bihun/ kuetiau 40

3 Hidangan lauk-pauk 56

4 Hidangan sayur-sayuran 7

5 Roti 19

6 Kuih Muih 43

7 Buah-buahan 19

8 Bijirin sarapan 2

9 Kudapan / snek 13

10 Minuman yang dibancuh 11

11 Minuman sedia diminum 6

Jumlah Keseluruhan 227

Page 14: AMALAN PEMAKANAN

TINDAKAN PIHAK SEKOLAH

i. Memastikan makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah mematuhi senarai yang telah digariskan di dalam Bab 3 Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat, Cetakan Pertama 2011.

ii. Memastikan kandungan kalori bagi makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah dipamerkan oleh pengendali kantin.

iii. Pengusaha kantin dan guru yang bertugas memantau penjualan makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah menggunakan Borang Pemantauan Penjualan Makanan dan Minuman di Kantin Sekolah (KSS1/2011). Laporan hasil pemantauan oleh guru dihantar ke Penyelia Hal Ehwal Murid di Pejabat Pelajaran Daerah pada setiap bulan.

iv. Mengambil tindakan secara pentadbiran sekiranya pengusaha kantin gagal melaksanakan garis panduan ini mengikut spesifikasi.

Page 15: AMALAN PEMAKANAN

TINDAKAN PPD

1. Menyelaraskan sesi taklimat/latihan kepada guru penyelaras dengan kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah mengenai pelaksanaan garispanduan ini

2. Pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah bagi mengatur sesi Latihan Katering Sihat kepada pengendali kantin dan pihak sekolah terutamanya bagi kantin yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

Page 16: AMALAN PEMAKANAN

TERIMA KASIH