amalan pemakanan di kalangan remaja di kawasan · pdf fileamalan pemakanan di kalangan remaja...

28

Upload: lamnga

Post on 31-Jan-2018

320 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang
Page 2: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang
Page 3: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

i

AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, KULAI, JOHOR.

IDA ASTRIE BINTI MOHD YASIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

APRIL, 2008

Page 4: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang
Page 5: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W

Buat ayahanda dan bonda tercinta,

En Mohd Yasin bin Mastareja,

Pn Hamidah bt Pungot

…jasa dan kasih sayang yang dicurahkan akan tetap ku sanjung

Ke akhir hayat

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Kalianlah sumber inspirasiku. Harapanmu kini telah ku

tunaikan jua dan buat kekanda-kekandaku dan adinda-adindaku terima kasih atas

segalanya.

Page 6: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya dapat juga saya

menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penyelia projek sarjana muda ini, Profesor Madya Dr. Abdul Wahid b. Mukhari

kerana telah banyak memberi bimbingan dan dorongan sepanjang menyiapkan kajian

ini. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan banyak membantu saya dalam

menyiapkan kajian ini.

Sekalung terima kasih juga saya ucapkan kepada remaja-remaja Felda Bukit

Ramun, Kulai yang terlibat dalam kajian ini. Mereka telah banyak mambantu dalam

menyelesaikan soal selidik yang telah diedarkan.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan terutama dalam memberi pendapat

untuk menyiapkan kajian ini. Setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, segala

bimbingan, nasihat dan pendapat yang diberikan amatlah saya hargai.

Page 7: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

v

ABSTRAK

Pemakanan seimbang adalah penting untuk setiap individu. Daripada

pemakanan yang seimbang ini, individu boleh menjadikan diri mereka sihat daripada

sebarang penyakit dan mudah untuk melakukan aktiviti fizikal dan mental. Kajian ini

meninjau amalan pemakanan dikalangan remaja yang tinggal di kawasan Felda Bukit

Ramun, Kulai. Perkara yang dikaji ialah kekerapan pengambilan makanan dikalangan

remaja, jenis makanan yang sering diambil oleh remaja setiap hari dan pemakanan yang

seimbang yang diamalkan oleh remaja. Seramai 88 orang remaja lelaki dan perempuan

terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk diskriktif dengan menggunakan

instrumen soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data diproses menggunakan

program SPSS 15.0 dengan menggunakan statistik kekerapan dan peratus. Secara

keseluruhannya, kekerapan pengambilan makanan menunjukkan kebanyakkan

responden mengambil sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam hampir setiap

hari.

Page 8: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

vi

ABSTRACT

Balance diet is very important to each person. From the balanced diet, people

can make themselves more healthy and easy to do any physical and mental activities.

This study was focused on diet behavior among the youngsters who live at Felda Bukit

Ramun, Kulai, Johor. The aspects studied were frequency types of meal that being

consumed regularly by the youngster balance diet practiced by the youngsters. 88

youngsters including boys and girls were involved in this study. This study is

descriptive in nature and using questionnaire to collect data. The data was processed by

SPSS 15.0 by using frequency and percentage. Overall, frequent meal consumed by the

youngsters showed that most of the respondent took the breakfast, lunch and dinner

everyday.

Page 9: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Kepada Individu 9

1.6.2 Kepada Masyarakat 9

1.6.3 Kepada Negara 9

Page 10: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

viii

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Amalan 10

1.8.2 Pemakanan 10

1.8.3 Amalan Pemakanan 11

1.8.4 Makanan 11

1.8.5 Diet 11

1.8.6 Nutrien 12

1.8.7 Remaja 12

1.8.8 Obesiti 12

1.9 Penutup 12

2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 13

2.2 Jenis Makanan 13

2.2.1 Ikan dan Makanan Laut 16

2.2.2 Daging 16

2.2.3 Nasi dan Roti 16

2.2.4 Sayur-sayuran dan Buah-buahan 17

2.2.5 Kekacang 17

2.2.6 Karbohidrat 17

2.2.7 Lemak 18

2.2.8 Protein 18

2.2.9 Garam Mineral 18

2.2.10 Vitamin 19

2.2.11 Pelawas 19

2.2.12 Air 19

2.3 Makanan Seimbang 20

2.3.1 Kumpulan Bijirin (Aras 1) 21

Page 11: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

ix

2.3.2 Kumpulan Sayur-sayuran dan Buah-buahan 22

(Aras 2)

2.3.3 Kumpulan Susu dan Hasil-hasil susu (Aras 3) 22

2.3.4 Lemak, Minyak dan Gula (Aras 4) 23

2.4 Sosioekonomi Keluarga 23

2.5 Jantina 24

2.6 Amalan Pemakanan 25

2.7 Kesihatan Remaja 26

2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang 29

2.9 Penutup 31

3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 33

3.4 Populasi Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Prosedur Kajian 37

3.8 Analisis Data 37

3.9 Penutup 38

4 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Latar Belakang Responden 40

4.3 Persoalan Kajian 1 : Kekerapan Pengambilan 42

Makanan di Kalangan Responden

4.4 Persoalan Kajian 2 : Jenis-jenis Makanan Yang 44

Sering Diambil Oleh Responden Pada Setiap Hari

Page 12: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

x

4.5 Persoalan Kajian 3 : Amalan Pemakanan Yang 47

Seimbang Oleh Responden Pada Setiap Hari

4.6 Penutup 52

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan 53

5.2.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 54

5.2.2 Bahagian B : Persoalan Kajian 55

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Latar Belakang Responden 57

5.3.2 Kekerapan Pengambilan Makanan 58

Di Kalangan Responden

5.3.3 Jenis-jenis Makanan Yang Di ambil Oleh 59

Responden

5.3.4 Amalan Pemakanan Yang Seimbang 61

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Remaja 63

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.5 Penutup 64

RUJUKAN 66

Page 13: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jumlah Nutrisi Yang Diperlukan 14

2.2 Peruntukan Tenaga Harian Yang Disarankan 15

2.3 Menunjukkan Tenaga Yang Diperlukan Oleh 24

Remaja Lelaki dan Perempuan

3.1 Pekali Alpha Conbach 36

4.1 Profil Responden 41

4.2 Kekerapan Pengambilan Makanan 43

4.3 Jenis Makanan Karbohidrat 44

4.4 Jenis Makanan Vitamin / Pelawas 45

4.5 Jenis Makanan Protein / Garam Mineral 46

4.6 Jenis Makanan Sampingan 46

4.7 Amalan Pemakanan Yang seimbang 49

4.8 Amalan Pemakanan Yang Tidak Seimbang 51

Page 14: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Piramid Makanan 21

Page 15: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

FELDA Federal Land Development Authority

FSR Fakulti Sains dan Rekreasi

MASO Malaysian Association for the Study of Obesity

NSM Nutrition Society of Malaysia

PLKN Program Latihan Khidmat Negara

SPSS Statistical Package of Social Science.

% Peratus

f Frekuensi

Page 16: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 69

B Surat Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) 74

C Pengesahan Soal Selidik Projek Sarjana Muda 75

Page 17: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau

cecair. Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa dan tekstur

yang berbeza. Peranan makanan adalah untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi

dan sosial. Nutrien-nutrien dan bahan makanan memenuhi fungsi fisiologi seperti

pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan pemulihan, membekalkan tenaga dan haba,

memelihara dan mengawal proses tubuh.

Menurut Fatimah Jailani (2002), Dalam peranan psikologi, makanan sering

menjadi lambang kasih sayang dan keselamatan. Makanan juga diambil untuk

menghilangkan perasaan sunyi, bosan atau sedih. Emosi juga boleh menyebabkan

seseorang tidak berselera untuk makan. Dalam banyak situasi sosial seperti pergaulan

antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau saudara-mara, makanan sering menjadi

tumpuan utama. Peranan makanan juga penting bagi melambangkan status

sosioekonomi keluarga.

Page 18: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

2

Corak diet dan keperluan pemakanan tiap-tiap individu dari semasa masih bayi

hingga dewasa adalah berbeza mengikut aras sukatan badan mereka. Dengan itu jika

keperluan pemakanan tidak dipenuhi, mungkin kerana kurangnya pengetahuan tentang

hal ini, ia boleh menyebabkan kesihatan merosot dan senang diserang penyakit.

Phuah Kooi Ean (2006), menyatakan bahawa para remaja mempunyai keperluan

pemakanan yang lebih dalam pelbagai bidang. Peringkat remaja adalah peringkat di

mana aktiviti-aktiviti jasmani , hayat, emosi, sosial, ubah suai dan tekanan pada taraf

yang tertinggi dan disertai oleh kesedaran tentang perubahan tubuh badan berlaku.

Apabila lelaki dan perempuan mencapai peringkat ini keperluan tenaga dan zat-zat

makanan mereka meningkat dengan cepat. Perempuan remaja memerlukan 2200 hingga

2500 kalori tenaga sementara lelaki pula memerlukan 3000 hingga 3400 kalori. Remaja

pada peringkat sedang membesar dan matang ini banyak menghabiskan masa mereka di

luar rumah seperti mengerjakan aktiviti-aktiviti sekolah, kerja rumah dan aktiviti sosial.

Dari itu mereka memerlukan keperluan kalori yang berlebihan untuk menjaga keadaan

jasmani mereka. Corak makanan keluarga dikira sempurna bagi remaja dan ditambah

saiz hidangan itu jika perlu untuk membekalkan tambahan protein , besi dan kalsium.

Makanan yang kita makan selalu diubah untuk menghasilkan tenaga dan

digunakan oleh seluruh sistem tisu badan untuk memenuhi beberapa fungsi. Kegunaan

tenaga ini, bukanlah sahaja untuk menjalankan aktiviti fizikal,seperti berjalan atau

berlari tetapi sama juga kepentingannya iaitu untuk meneruskan proses pertumbuhan,

perkembangan dan juga pembaikan semula segala tisu yang mengalami kerosakan biasa.

Di sepanjang kehidupan kita, tisu badan sentiasa terurai dan digantikan dengan sel-sel

baru untuk mengekalkan kesihatan dan meneruskan proses kehidupan. Kita patut

menerima secukupnya bekalan makanan untuk memenuhi keperluan tenga tubuh kita.

Sebaliknya kalau kita makan terlalu banyak makanan, bahan yang berlebihan ini akan

Page 19: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

3

disimpan di dalam beberapa bahagian badan kita seperti punggung, muka, kulit di

hadapan perut, lengan dan kaki. Hal ini akan menambahkan berat badan kita.

Pemakanan yang sihat adalah pemakanan seimbang mengikut piramid makanan

yang disarankan oleh kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut Suriati dan rakan-

rakan (1993) , makanan seharusnya memenuhi kriteria seperti seimbang dan sederhana,

pelbagai, mencukupi dan mempunyai kalori yang terkawal. Diet seimbang adalah sajian

makanan yang mengandungi bahan-bahan dan zat-zat makanan dalam kuantiti yang

cukup dalam kadar yang betul yang mengekalkan kesihatan dan menggalakkan

tumbesaran. Hidangan ini perlu mengandungi nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat

, vitamin , mineral , air dan pelawas yang mencukupi.

Menurut U.S.Food and Drug Administration dalam Suriati dan rakan-rakan

(1993), pemakanan yang sihat ialah makanan seimbang yang mengandungi 6-11

hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi ,3-5 hidangan daripada

kumpulan sayuran, 2-4 hidangan daripada kumpulan buah-buahan, 2-3 hidangan

daripada kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang, 2-3 hidangan daripada

kumpulan hasilan tenusu iaitu susu , keju dan dadih. Manakala lemak dan minyak

hendaklah diambil sedikit yang mungkin.

Menurut Suriati dan rakan-rakan (1993), karbohidrat adalah makanan yang kaya

dengan gula dan kanji seperti nasi, mi dan makanan bijirin. Makanan-makanan ini dapat

membekalkan tenaga kepada badan dan minda. Remaja perlu mengelakkan memakan

makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana gula yang berlebihan ini

akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Ini boleh menyebabkan pertambahan

berat badan yang akan menyumbang kepada penyakit. Ubi keledek dan kentang juga

merupakan pilihan yang bagus. Makanan ini dapat memberi sumber tenaga yang utama

Page 20: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

4

dan ia juga mengandungi sejenis karbohidrat khas yang dipanggil serat, yang amat

penting untuk kesihatan.

Menurut Zainab (2001), diet sihat mengandungi semua zat makanan (nutrien)

yang penting dan tenaga yang perlu bagi mencegah kekurangan dan kelebihan zat

makanan dan menjaminkan kesihatan. Diet sedemikian boleh didapati dari pelbagai

makanan yang mudah didapati, mampu dibeli dan dinikmati oleh sesiapa sahaja.

Makanan yang baik bukan sahaja kelihatan menarik dan menyelerakan tetapi juga mesti

seimbang. Ini bermakna makanan kita perlu mengandungi kesemua tujuh kelas

makanan dalam kadar yang betul dan sejajar dengan keperluan tubuh badan. Makanan

kita perlu mengandungi protein untuk tumbesaran, karbohidrat dan lemak untuk tenaga,

makanan tambahan lain seperti vitamin, mineral dan air untuk kesihatan.

Oleh itu para remaja yang merupakan generasi masa akan datang perlu

menitikberatkan mengenai diet seimbang dalam kehidupan seharian. Perkara ini adalah

penting untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cerdas di masa-masa akan datang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Apabila kita membeli-belah di pasar raya, kita dapat melihat pelbagai jenis

produk makanan yang mengandungi khasiat semula jadi, diperkaya atau lain-lain

makanan alternatif yang menyihatkan. Pengeluar makanan telah membuat pelaburan

yang tinggi untuk mengukuhkan nilai pemakanan produk mereka. Malah, restoran

mamak juga turut menawarkan versi ‘kurang manis’ untuk minuman kegemaran kita.

Industri makanan sudah memulakan trend baru bagi memenuhi permintaan yang

Page 21: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

5

semakin meningkat terhadap keperluan pengguna yang prihatin terhadap kesihatan

mereka.

Walaupun ini adalah satu perubahan yang baik, keperluan terhadap pasaran

remaja perlu juga diambil perhatian. Dengan kuasa membeli dan kebebasan yang

dimiliki, para remaja kini membuat pilihan mereka sendiri apa yang perlu dibeli atau

dimakan. Malangnya, pilihan yang dilakukan kebiasaannya terdiri daripada diet tinggi

kalori, lemak tepu dan trans, gula dan garam halus. Pengambilan buah-buahan, sayur-

sayuran, bijirin dan kalsium pula lebih kurang.

Kesan pemilihan makanan yang tidak sihat dan tabiat makan yang buruk dapat

dilihat di seluruh dunia. Di mana-mana sahaja, terdapat sebilangan remaja yang

mengalami masalah malnutrisi/kekurangan zat makanan yang teruk. Sama ada terlebih

atau kurang khasiat pemakanan. Perkara ini boleh menyebabkan penyakit yang mampu

menjejaskan kualiti kehidupan mereka dan dalam kes-kes yang lebih teruk mengancam

nyawa.

Menurut Dr. Poh Bee Koon (2007), Profesor Madya di Jabatan Pemakanan &

Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia merangkap ahli majlis Persatuan Kajian

Obesiti Malaysia (MASO) 21.4 peratus di kawasan bandar dan 16 peratus di kawasan

luar bandar menghadapi masalah berat badan berlebihan. Sebanyak 6 peratus remaja

telah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh diabetes dan angka ini semakin meningkat

(Utusan Malaysia, 15 Julai 2007)

Teng Yu Yuet, Ketua Pakar Diet di Pusat Perubatan Sunway menjelaskan, zaman

remaja adalah satu tempoh pertumbuhan yang pesat di mana keperluan pemakanan

adalah amat penting. Kegagalan untuk memenuhi keperluan ini akan menyebabkan

Page 22: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

6

kekurangan zat pemakanan, dan kebanyakannya adalah kalsium dan zat besi. Kajian

tempatan yang telah dijalankan menunjukkan lebih dari 70 peratus di kalangan remaja

mungkin tidak mengambil makanan yang kaya dengan kalsium secukupnya. Tambahan

pula, 22 peratus remaja luar bandar telah dilaporkan mengalami anemik.

Terdapat satu kes di mana seorang remaja, Mohd. Said Ibrahim, 19, gagal untuk

mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akibat mempunyai masalah berat

badan yang berlebihan. Remaja tersebut terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan

secara terperinci oleh doktor dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dengan

bantuan pegawai perubatan pusat kesihatan UiTM serta menjalankan Program

Penurunan Berat Badan di UiTM tersebut. Sebelum program ini dijalankan, semua data

mengenai latar belakang, corak pemakanan serta tahap kecergasan Mohd. Said perlu

diambil. Mohd. Said mempunyai peluang kedua untuk mengikuti PLKN sekiranya dia

dapat mengurangkan berat badan daripada 250 kg kepada 180 kg (Utusan Malaysia, 24

Mei 2007)

Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong,

keadaan di Malaysia agak runcing. Remaja-remaja Malaysia mengalami masalah berat

badan yang berlebihan dan obesiti kesan daripada diet yang buruk serta kurang

menjalani aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2

, penyakit jantung dan strok (Utusan Malaysia, 15 Julai 2007)

Faktor yang mempengaruhi amalan pemakanan adalah amat penting dan berguna

jika ianya dikaji secara terperinci dan berterusan terutamanya bagi memastikan

wujudnya generasi yang sihat secara berterusan di negara ini khususnya di FELDA. Dari

pemerhatian saya, kebanyakkan remaja Felda Bukit Ramun, Kulai memiliki badan yang

besar daripada tahap umur mereka. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor yang boleh

Page 23: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

7

membuatkan mereka menjadi seperti sedemikian. Perkara yang paling utama dalam hal

tersebut adalah berkaitan tentang amalan pemakanan mereka seharian. Isu-isu berkaitan

dengan makanan dan pemakanan ini melibatkan interaksi budaya, sosial, ekonomi dan

psikologi yang kompleks. Baik buruk taraf pemakanan ini berpunca daripada corak

pemakanan yang diamalkan. Tabiat makan yang buruk boleh membawa kepada keadaan

kesihatan yang tidak sihat seperti kegemukan atau berkemungkinan meningkatkan risiko

terhadap penyakit-penyakit lain seperti diabetes, sakit jantung ataupun tekanan darah

tinggi.

Hal ini amat penting untuk para remaja supaya mereka dapat menjaga dan

mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan sihat. Sikap yang mementingkan

amalan pemakanan yang salah boleh menyebabkan kesihatan tubuh badan seseorang

terjejas. Ini kerana tubuh badan yang sihat dapat meningkatkan ketahanan serta

kecergasan mental dan fizikal. Begitu juga sebaliknya, jika tahap kesihatan tubuh badan

rendah, ia akan menyebabkan seseorang tidak bermaya dan tidak mempunyai semangat

yang tinggi untuk belajar mahupun menjalankan aktiviti seharian. Kajian ini dibuat

untuk mengenalpasti amalan pemakanan remaja pada masa kini supaya dapat

mengamalkan amalan pemakanan yang betul dan sihat kerana remaja adalah generasi

yang menjadi tunggak untuk negara di masa hadapan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik

ingin membuat kajian mengenai amalan pemakanan dikalangan remaja yang tinggal di

kawasan Felda Bukit Ramun Kulai, Johor.

Page 24: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

8

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti

i. Kekerapan pengambilan makanan dikalangan remaja di kawasan Felda Bukit

Ramun, Kulai.

ii. Jenis makanan yang sering diambil oleh remaja yang tinggal di kawasan Felda

Bukit Ramun, Kulai.

iii. Pemakanan seimbang yang diamalkan oleh remaja yang tinggal di kawasan

Felda Bukit Ramun,Kulai.

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang

berkaitan dengan amalan pemakanan di kalangan remaja yang tinggal di kawasan Felda

Bukit Ramun. Diantaranya ialah

i. Bagaimanakah kekerapan pengambilan makanan dikalangan remaja yang tinggal

di kawasan Felda Bukit Ramun, Kulai.

ii. Apakah jenis makanan yang sering diambil oleh remaja yang tinggal di kawasan

Felda Bukit Ramun, Kulai.

iii. Adakah remaja yang tinggal di kawasan Felda Bukit Ramun,Kulai,

mengamalkan pemakanan yang seimbang setiap hari.

Page 25: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

9

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberi faedah kepada semua terutamanya kepada individu, masyarakat dan negara.

1.6.1 Kepada Individu

Pengetahuan tentang kepentingan mengamalkan corak pemakanan yang betul

serta meningkatkan kesedaran individu berhubung corak pemakanan yang betul supaya

dapat menjaga kesihatan dengan baik dan sempurna.

1.6.2 Kepada Masyarakat

Maklumat ini meningkatkan lagi kefahaman masyarakat tentang kepentingan

corak pemakanan yang betul dikalangan generasi yang menjadi tunggak negara untuk

masa hadapan. Perancangan menu dalam pengambilan makanan diet harian akan dapat

meningkatkan mutu dan taraf kehidupan di sesebuah negara. Segala perancangan ini

dapat dikawal oleh ibu bapa, guru-guru dan lain-lain untuk membentuk sebuah

masyarakat yang bebas dari masalah kesihatan.

1.6.3 Kepada Negara

Maklumat dalam kajian ini dapat menerangkan kepada badan-badan kerajaan

contohnya seperti Kementerian Kesihatan atau lain-lain tentang kepentingan corak

pemakanan dikalangan remaja. Menjelang menuju ke arah satu negara yang maju,

negara kita memerlukan ramai tenaga yang cerdik pandai dan sihat dari segi fizikal dan

Page 26: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

10

mental untuk memastikan hasrat negara tercapai. Mereka adalah para remaja iaitu

generasi muda sebagai tinggak masa hadapan negara.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan hanya keatas remaja-remaja yang tinggal di kawasan Felda

Bukit Ramun, Kulai, Johor. Kesemua remaja yang tinggal di kawasan Felda Bukit

Ramun adalah berbangsa melayu.Kajian ini tertumpu kepada remaja yang berusia diawal

peringkat remaja iaitu antara 13 hingga 15 tahun.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan untuk menerangkan dengan

lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian ini

nanti.

1.8.1 Amalan

Menurut kamus komprehensif amalan dimaksudkan dengan kebajikan atau

perbuatan yang diterapkan,perbuatan praktis.

1.8.2 Pemakanan

Beberapa siri proses yang melaluinya organisma mengambil dan mencerna

Page 27: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

11

makanan untuk merangsangkan tumbesaran, memberikan tenaga, menggantikan tisu

lama atau yang rosak dan mencegah setengah-setengah penyakit.(John T.R Nickerson

et.al 1989)

1.8.3 Amalan pemakanan

Amalan pemakanan ialah bagaimana manusia mengambil makanan termasuk

cara makanan dipenuhi, disediakan dan dipilih. Ia juga berkaitan dengan pemilihan

pengambilan makanan yang ada (Kitter and Sucker 1989). Dalam kajian ini, amalan

pemakanan merujuk kepada perbuatan, tingkahlaku atau cara responden memenuhi

pengambilan makanan harian

1.8.4 Makanan

Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005), menyatakan makanan adalah

Sesuatu yang boleh dimakan, bahan-bahan makanan. Di dalam kajian ini, makanan

dikaitkan dengan jenis makanan yang diambil oleh para remaja di kawasan Felda Bukit

Ramun,Kulai.

1.8.5 Diet

Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005), diet didefinisikan

sebagai jenis makanan yang sesuai dan biasa dimakan mengikut keadaan, tempat,

masyarakat dan cita rasa.

Page 28: AMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN · PDF fileAMALAN PEMAKANAN DI KALANGAN REMAJA DI KAWASAN FELDA BUKIT RAMUN, ... 2.7 Kesihatan Remaja 26 2.8 Kepentingan Pemakanan Seimbang

12

1.8.6 Nutrien

Sebatian kimia yang mempunyai tugas-tugas khas dalam menyuburkan badan

(Phuah Kooi Ean 2006)

1.8.7 Remaja

Menurut kamus Za’ba, remaja bermaksud akil baligh , cukup umur, orang yang

berumur dalam lingkungan 12-21 tahun. Dalam kajian ini remaja adalah responden yang

diperlukan untuk menjawab permasalahan yang ingin dikaji.

1.8.8 Obesiti

Menurut Phuah Kooi Ean (2006), obesiti adalah keadaan di mana pengumpulan

lemak berlebihan daripada biasa di dalam badan untuk sesuatu peringkat umur, jantina

dan bentuk badan. Di dalam kajian ini, obesiti berkaitan dengan masalah yang dihadapi

oleh kebanyakan remaja pada masa kini.

1.9 Penutup

Secara keseluruhan, bab 1 ini mengandungi pengenalan kepada kajian yang akan

dijalankan oleh penyelidik iaitu mengenai tajuk amalan pemakanan. Antara perkara-

perkara yang terkandung adalah latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif

kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi istilah.