amalan keselamatan kebun.docx

32

Click here to load reader

Upload: maslinahm

Post on 15-Nov-2015

147 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

AMALAN KESELAMATAN KEBUNPosted bySenthamarai Kothandan|undefinedundefined

Langkah keselamatan1.Keselamatan diri: Guru telah menyampaikan pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan diri semasa berkebun .

Semasa berkebun pelajar dikehendaki berpakaian seperti:

BajuT' shirt dan seluar panjang

Kasut sukan dan bersarung kaki

Kasut but getah

Sarung tangan

Topi bulat2.Keselamatan semasa berkebun yang diikuti pelajar: Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru.

Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun.

Tidak boleh berlari atau bising semasa berkebun.

Duduk di atas kerusi pendek sambil berkebun seperti, mencabut rumput, mengembur tanah atau meratakan tanah.

Menggunakan perlatan yang betul dan sesuai semasa berkebun, contohnya, menggunakan pencakar tangan untuk mengempur tanah dan memecahkan tanah.

Elakkan menggunakan peralatan yang rosak.

Mengambil peralatan dari bilik stor .

Memakai kasut but bergetah apabila diperlukan seperti mencangkul tanah dan menyiram tanaman.

Memakai sarung tangan apabila menggunakan pencakar tangan untuk mengemburkan tanah, mengumpul sampah dan meratakan tanah.

Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila menyembur racun perosak serangga.Guru sentiasa mengawasi pelajar semasa menjalankan kerja penyemburan racun perosak.3.Keselamatan selepas berkebun yang diikuti pelajar: Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru memberi arahan .

Membersihkan peralatan kotor sebelum disimpan di stor.

Simpan semua peralatan di stor pada tempat yang dilebalkan.

Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah.

Memastikan kebun dalam keadaan bersih dan selamat.

Tiada peralatan tajam dan bahaya bertaburan di kawasan kebun seperti cangkul, sudip dan cakar tangan.

Bersihkan tangan dengan bersih untuk membuang kotoran.

Sabunkan tangan dengan menggosok di celah jari dan kuku.

Bilas tangan dengan air sehingga bersih.

TOPI KESELAMATAN

SARUNG TANGAN

KASUT BUT BERGETAH

BAHAN-BAHAN BERKEBUNPosted bySenthamarai Kothandan|undefinedundefined

Bahan-bahan keperluan menanam pokok jagung dan sayur bendi

1.BIJI BENIH JAGUNG

Biji benih jagung telah dibeli dari kedai dan memilih biji benih yang elok untuk ditanam di kebun. Biji benih jagung yang baik terdiri daripada jenis jagung yang bermutu. Biji jagung dikeringkan didahulu sebelum ditanam.

2 . BIJI BENIH BENDI

Biji benih bendi dibeli dari kedai . Biji benih yang terpilih dari segi saiz dan warna yang elok sahaja ditanam di kebun. Biji benih bendi yang baik terdiri daripada bendi tua yang dikeringkan di pokok. Setelah dipetik bendi tua yang telah kering dijadikan sebagai biji benih bendi untuk disemai di tapak semaian.

3 .TANAH LOAM

Tanah loam merupakan tanah berwarna hitam yang digunakan untuk tanaman sayur-sayuran . Tanah loam mengandungi galian yang amat penting untuk pertumbuhan tanaman subur. Tanah loam telah digunakan sebagai medium tanah yang utama di kebun untuk menanam pokok jagung dan pokok bendi.4.TANAH CAMPURAN PASIR

Tanah campuran pasir merupakan medium tanah yang kedua penting tanaman sayur-sayuran . Penambahan campuran pasir penting sebagai tambahan mineral untuk tanah sebelum menanam pokok jagung mahupun bendi.

5 .BAJA TANAMAN

Baja tanaman amat sesuai untuk pokok jagung dan juga tanaman sayur seperti bendi . Baja digunakan untuk pertumbuhan tanaman subur dan memperolehi hasil tanaman yang baik dan bermutu.

6 .PLASTIK POLITENA

Beg politena digunakan untuk menanam anak benih pokok jagung dan kacang bendi dari tapak semaian . Beg politena amat sesuai menanam anak pokok sehingga membesar 7 cm , sebelum ditanamdi batas.

7 .BAHAN ORGANIK

Bahan organik merupakan tanah campuran baja yang amat sesuai untuk tanaman jagung dan bendi. Bahan organik kelihatan seperti tanah. Bahan organik dicampurkan bersama tanah loam dan tanah campuran pasir di setiap batas tanah sebelum menanam anak benih .8 .RACUN PEROSAK DAUN

Racun perosak digunakan untuk menyembur pada daun tanaman supaya tidak ada serangga yang makan daun dan hasil tanaman (jagung & bendi). Racun perosak serangga dicampurkan dalam air dan disembur pada daun bendi 2 minggu sekali. Guru akan mengawasipelajar apabila menggunakan racun perosak tersebut.

9 . BAKUL MENGUTIP HASIL Bakul ini digunakan untuk mengutip hasil tanaman seperti jagung . Bakul ini, mudah diangkat pelajar semasa mengutip hasil jagung dan dimasukkan ke dalam bakul supaya tidak tercicir atau jatuh. Pelajar berasa selesa mengangkat bakul tersebut dan berasa bangga mengutip hasil tanaman.

Read User's Comments(0)Posted bySenthamarai KothandanEmail This

PERALATAN KEBUN DAN KEGUNAANPosted bySenthamarai Kothandan|undefinedundefined

Peralatan yang digunakan oleh pelajar sepanjang proses pembelajaran menanan pokok jagung dan kacang bendi adalah seperti berikut: 1.PENYIRAM AIR

Penyirammerupakan sejenis bekas untuk mengisi air dan menyiram pokok dan tumbuhan termasuk tanaman sayur-sayuran. Penyiram mudah diangkat oleh pelajar dengan cara mengisi air sendiri dan menyiram tanamanpokok jagung dan kacang bendi di kebun sekolah.(lihat gambar foto)Penyiram jenis plastik adalah ringgan digunakan oleh pelajar dan tidak mudah rosak, walaupun jatuh. Bekas penyiram digunakan untuk menyiram air baja supaya menyuburkan tanaman sayuran di kebun .

Pelajar sedang menyiram tanaman bendi di kebun dengan menggunakan penyiram. Tiga orang pelajar sedang menyiram air di kebun untuk tanaman bendi. Pokok bendi memerlukan air yang banyak untuk cepat membesar.Memandangkan pada bulan september hujan pada waktu pagi dan petang telah membantu mempercepatkan pembesaran pokok bendi di kebun sekolah .

2 .SEKATEUR

Sekateurmerupakan alat untuk mengemas dahan tanaman dan mencantas dahan tanaman yang layu. Seketeur telah digunakan untuk memotong dahan pokok bendi yang tidak diperlukan. Dahan pokok bendi yang layu atau semak dipotong menggunkan alat ini. Kerja-kerja membuang dahan batang bendi dilakukan oleh pelajar dengan diawasi oleh guru. 3.SUDIP TANGAN

Sudip tangandipegang dengan tangan untuk menggali lubang supaya menanam biji benih dan memindahkan anak benih. Sudip tangan juga digunakan untuk mencampurkan tanah dan bahan -bahan organik seperti baja untuk tanaman bendi .

Pelajar ini sedang menggemburkan tanah dengan menggunakan sudip tangan sambil duduk. Sudip tangan mudah digunakan dan senang untuk dipegang kerana ia adalah ringgan dan selamat digunakan pelajar

4.PENCAKAR TANGANPencakar tangandigunakan untuk mengembur dan meratakan tanah. Peralatan ini juga digunakan untuk mengumpulkan rumput dan daun kering di atas batas. Di samping itu, pencakar tangan digunakan untuk mengaduk tanah yang padat serta mencungkil batu-batuan. Pencakar tangan amat mudah digunakan oleh pelajar . Pencakar tangan diperbuat daripada besi dan plastik dalam pelbagai saiz mata yang panjang dan pendek.

5 .CANGKUL

Cangkuldigunakan untuk menggembur dan memecah tanah.Digunakan untuk menggali lubang dan meratakan tanah.Cangkul digunakan untuk kerja menggali tanah dan kerja ringan di kebun.Cangkul digunakan untuk membuat batas serta lubang menanam biji benih tanaman sayuran .Kebiasaannya guru yang menggunakan cangkul untuk membuat batas dan memecahkan tanah

6 . KERETA SORONG

Kereta sorongdigunakan untuk mengangkat tanah, bahan organik dan kompos.Kereta sorong digunakan untuk mengangkat tanah dengan bilangan banyakke kawasan kebun semasa membaja tanah .kereta sorong ditolak oleh pelajar yang lasakdengan menggunakan tenaga yangbanyak.

7 .SERAMPANG TANGAN

Serampang tanganuntuk merumput dan menggemburkan tanah. Serampang tangan terdapat pelbagai saiz dan warna serta diperbuat daripada besi dan plastik.Serampang tangan mudah untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan merumput sambil duduk.

Kemahiran Hidup PerkebunanProgram IntegrasiPendidikan KhasSekolah Menengah Kampung Jawa KlangHasil tanaman jagung di kebun sekolah yang diusahakan oleh pelajarPada bulan Januari hingga April 2012

Hasil tanaman bendi yang diusahakan oleh pelajar pada bulan September hingga November 2012

Kemahiran Hidup perkebunan merupakan salah satu komponen kemahiran hidup bagi program integrasi bermasalah pembelajaran di Sek Men Keb Kampung Jawa. Tumpuan utama kemahiran hidup perkebunan adalah kepada perkembangan motor halus, motor kasar dan pengamatan. Kemahiran hidup yang diperolehi oleh pelajar melalui perkebunan merupakan satu persedian dengan kemahiran asas dalam kehidupan seharian supaya pelajar berdikari dengan sempurna dan lebih berkeyakinan. Kemahiran hidup perkebunan dijalankan dua kali seminggu ,iaitu pada hari selasa dan jumaat selama 1 jam 30 minit. Semua pelajar terlibat bersama dalam pengajaran dan pembelajaran perkebunan dengan bimbingan guru. Pengetahuan Kemahiran hidup perkebunandisampikan kepada pelajar-pelajar di bawah Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran . Pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikanpada tahun 2012melalui kemahiran perkebunan melibatkan penanaman dua jenis tanaman, iaitupokok jagung dan pokok kacang bendi. Pengajaran dan pembelajaran menanan jagung dan kacang bendi melibatkan semua pelajar dari kumpulan A sehingga kumpulan F. Semua guru turut terlibat dalam perkebunan dan membimbing pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui kemahiran asas perkebunan yang boleh dijadikan panduan hidup bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kebolehanberkebun . Pelajar yang berjaya melepasi Penilaian Menegah Rendah (PMR) , kategori ( bermasalah pembelajaran )diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang Vakosional di sekolah-sekolah Vakosional Malaysia . Sebagai guru pendidikan khas ,telah menjadi tanggugjawab untuk menyampaikan kemahiran perkebunan bagi memastikan pelajar berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran perkebunan adalah fleksibel untuk memenuhi keperluan individu yang pelbagai tahap keupayaan supaya mencapai kehidupan bermakna .

LANGKAH -LANGKAH MENANAM BENDIPosted bySenthamarai Kothandan|undefinedundefined Prosedur menanam pokok bendiserta penjagaan

2orang pelajar mengemburkan tanah dengan pencakar tangan sebelum membuat batas untukmenanambendi

pelajar ini sedang mengumpulkan daun dan meratakan dan padatkan tanah di sekeliling anak bendi

3 orang pelajar sedang menyiram anak pokok bendi pada waktu pagi

pokok bendi telah tumbuh besar dalam masatiga bulan

pokok bendi telah mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan

Hasil tanaman bendi

Pokok bendi mengeluarkan bunga berwarna kuning bersama bendi

1. Biji benih bendi telah disemai di dalam beg politena terlebih dahulu.2. Membuat batas untuk menanam anak pokok bendi dan jagung.3. Menyiram air setiap batas untuk melembapkan tanah.4. Membuat lubang sebesar cawan di atas batas.5. Mengubah anak benih bendi menggunakan penyodok dan dimasukkan ke dalam lubang yang telah dibuat di atas batas .6. Rata dan padatkan tanah di sekeliling anak bendi .7. Siram anak bendiperlahan menggunakan penyiram (lihat gambar)8. Mencabut rumput di kawasan pokok bendi .9. Menggemburkan tanah di sekeliling pokok bendi .10. Menyiram pokok bendi pada waktu pagi.11. Mencantas dahan pokok yang tidak diperlukan .12. Menyembur racun perososk 2 minggu sekali.13. Apabila hasil tanaman cukup matang boleh dipetik.

KERTAS CADANGANProjek Pertanian Menggunakan Kaedah FertigasiProgram Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2010

Disediakan Oleh :Muhammad Safwan Bin AliasSMK Demak Baru, Kuching, Sarawak

1.TAJUK

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru 2011.

2.MATLAMATMemberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedahFetirgasi.

3.OBJEKTIFi.Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.ii.Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.iii.Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.iv.Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan (Gigih) PPKI SMK Demak baru.v.Menambahkan lagi dana tabung PPKI SMK Demak Baru dengan penjualan hasil dari pertanian ini.

4.LATAR BELAKANG

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).

Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SMK Demak Baru telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi mulai tahun 2011. Pada pringkat awal, projek ini akan dibimbing oleh Encik Muhammad Safwan Alias serta akan dilaksanakan di tapak pertanian PPKI bersebelahan kawasan pakir motosikal pelajar. Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili padi kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan penyakit. Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan diserahkan kepada bahagian keusahawanan yang dibimbing oleh Puan Nozita Mohamed untuk dijual.

5.PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan pokok baru.

Kelebihan Kaedah FertigasiPemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahajaKualiti hasil yang lebih baik.Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang

6.KUMPULAN SASARANMurid-murid pendidikan khas SMK Demak Baru yang mengambil aliran Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan

7.TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan pakir motosikal pelajar. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk fertigasi.

8.JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi : En. Rambli bin Hj. HasbiNaib Pengerusi : En. Jamal Shukuri bin BolhassanSetiausaha : En. Muhammad Safwan bin AliasBendahari : Pn. Norzita bte MohamedAJK : Cik Ruhana bte Bujang Pn. Chong Fui Fong Cik Nillip a/k Kevas (PPM) Pn Norfauziah (PPM)Ahli : Pelajar PPKI SMK Demak Baru9.KOS PELAKSANAAN

Bil.PeralatanKos (RM)

1.EC Meter150

2.Sisitem Fertigasi: - 30 helai Polibeg Putih 16 x 16 - 30 unit mikro tube - 30 unit dripper - 30 unit joiner - 6 unit penyambung polypipe - 2 unit end clip - 1 unit penebuk mikro tiub - 1 unit Pam - 1 unit tapak semaian - 1 unit racun serangga - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer) - 1 set Baja Fertigasi A dan B - 16mm polypipe (10 meter) - Silvershine - Media semaian - Biji benih

300

3.Tong 100 gelen50

4.Sabut kelapa/sekam padi30

5.Pendawaian elektrik50

6.Pam racun50

7.Media semaian20

8.Lain-lain keperluan50

Jumlah700

10.JADUAL PELAKSANAAN

Bil.Jangka MasaPerkara

1.Januari Febuari-Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar-Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama-Menyemai benih-Penjagaan anak benih

2.Febuari Mac-Menanam anak pokok-Meracun dan merawat pokok-Memancang tiang sokongan-Pendebungaan-Mencantas dahan

3.Mac Jun-Memetik hasil-Menjual hasil yang diperolehi-Meracun dan merawat pokok-Pendebungaan-Mencantas dahan

4.Jun Julai-Mencabut pokok-Merawat media-Menyemai benih-Menyediakan semula tapak untuk musim kedua-Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.

10.PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang pertama kali dijalankan di SMK Demak Baru dan seumpamanya di Program Pendidikan Khas Integrasi di Kuching dan ianya dirasakan mampu untuk memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju program pendidikan khas itu sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SMK Demak Baru, projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MUHAMMAD SAFWAN BIN ALIAS)(EN JAMAL SHUKURI BOLHASAN)Guru PPKI, Penyelaras PPKI,SMK Demak Baru. SMK Demak Baru.You might also like: