nor hafsah binti sulaiman - fp.utm.my · pdf filesesi pengajian: 2008/09 ... 2.3 amalan...

30
AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: tranbao

Post on 04-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI

NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI .

SESI PENGAJIAN: 2008/09 - II

Saya : NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 64, KG SOKOR, PROF DR ABU BAKAR HJ HASHIM KOK LANAS, 16450 KETEREH, KELANTAN. Tarikh : 25 APRIL 2009 Tarikh : __27 APRIL 2009___ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya / Kami * akui bahawa saya / kami * telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya / kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : _____________________________________

Nama penyelia : PROF. DR ABU BAKAR BIN HJ HASHIM

Tarikh : ____ 27 April 2009_____________

* Potong yang tidak berkenaan

 

Page 4: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

i

 

AMALAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI

NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

ii

 

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _______________________________

Nama penulis : NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN

Tarikh : 25 APRIL 2009

Page 6: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

iii

 

DEDIKASI

Teristimewa buat:

Abah (SULAIMAN BIN MAMAT)

Umi

(NORAINI BINTI NOR)

Berkat doamu, didikanmu dan restumu pendorong kejayaanku dunia dan akhirat

Jasa dan pengorbananmu penguat semangatku

Maaf di atas kenakalan anakmu

Keluarga yang tercinta:

(Kak Long, Abe Long, Aqie, Jie, Ae, Pemon, Yaa, Akram, Amar, Syakir dan Syatibhi)

Terima kasih kerana sentiasa membantu

Dorongan kalian menjadi kekuatanku

Dalam ingatan:

(Amini Aisyah dan Amir Mubarak)

Walaupun tiada disisi, rinduku terhadapmu menjadi semangatku

Teman-teman seperjuangan:

(Laa, Nor, Zue, Ana dan Qilah)

Idea dan pandangan kalian amat dihargai

Terima kasih kerana bantuan kalian dan memahami insan ini

Page 7: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

iv

 

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kesejahteraan

yang diberikan kepada kita. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad

S.A.W., kelurga serta sahabat-sahabat baginda. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan

kepada Allah S.W.T kerana dengan izin Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana

Muda(PSM) ini dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan sempurna.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

terima kasih yang tidak terhingga buat Prof Abu Bakar Hashim selaku pensyarah

pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar bagi membuat kajian ini. Tunjuk ajar dari

Prof . adalah pengalaman yang beharga dan semoga ia akan menambah pengetahuan

saya. Terima kasih atas keperihatinan dan sentiasa memberi peluang untuk saya perbaiki

kesilapan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak mencurahkan

idea dan membantu meringankan beban tugas ini. Jasa kalian amat dihargai. Sekalung

penghargaan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Hanya Allah sahaja yang dapat

membalas jasa kalian.

Jutaan terima kasih dan penghargaan saya khasnya untuk keluarga tercinta yang

sepanjang masa mengambil berat dan memberi dorongan yang tidak terhingga dalam

hidup ini. Semoga kalian diberkati olehNya.

Sekian, terima kasih.

NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN

Page 8: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

v

 

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap amalan keselamatan bengkel

Kemahiran Hidup Bersepadu di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah

Menengah di Zon Skudai, Johor. Aspek yang dikaji adalah tahap pengetahuan pelajar

tentang peraturan am keselamatan bengkel, tahap pengetahuan pelajar tentang peraturan

keselamatan alatan dan mesin yang digunakan, dan tahap amalan keselamatan bengkel

berdasarkan peraturan keselamatan bengkel oleh pelajar-pelajar. Kajian deskriptif ini

dijalankan ke atas 333 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari empat buah sekolah

di Zon Skudai. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk

mengumpul data daripada responden, diedarkan ke sekolah-sekolah yang dipilih. Ujian

reliabiliti terhadap instrumen ini menunjukkan indeks 0.87 pada alpha Cronbach, yang

mana menunjukkan nilai yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian ini. Semua data

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi

10.0. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus.

Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan pelajar tentang peraturan am keselamatan

bengkel, tahap pengetahuan pelajar tentang peraturan keselamatan alatan dan mesin serta

tahap amalan keselamatan bengkel pelajar berdasarkan peraturan am keselamatan

bengkel adalah positif dan baik. Kajian ini juga mencadangkan beberapa cadangan

kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, pihak pengurusan

sekolah, guru-guru dan pelajar.

Page 9: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

vi

 

ABSTRACT

The purpose of study was to determine the level of safety as practiced in Living

Skills workshop by the Form Four students in Skudai, Johor. Among aspects

investigated in the study were the students’ knowledge about the safety rules in

workshop, their knowledge about safety rules in using tools and machines, and their

observance of safety rules. The descriptive research involved 333 respondents selected

randomly from among Form Four students of secondary schools in Skudai. A set of

questionnaire was used to collect data from the respondents, sent through their

respective schools. A test was conducted to determine the reliability of the instrument. It

gave an index of 0.87 on Cronbach’s alpha, which was fairly high and therefore

appropriate to be used in this study. The data were analyzed using the Statistical Package

for Social Sciences (SPSS) version 10.0. The statistics of means, frequencies and

percentages were used. The study revealed that the students’ understanding of the safety

rules in workshop, their knowledge about safety rules in using tools and machines, and

their observance of safety practice were fairly good. Relevant recommendations for

Education Ministry of Malaysia, Johore Education Department, schools management,

teachers and students were put forward for their action.

Page 10: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

vii

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 10

1.4 Objektif kajian 11

1.5 Persoalan kajian 12

1.6 Kepentingan kajian 12

1.7 Batasan kajian 13

1.8 Instrumen kajian 13

Page 11: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

viii

 

1.9 Definisi konsep dan istilah 14

1.9.1 Amalan keselamatan 14

1.9.2 Bengkel 14

1.9.3 Kemahiran Hidup Bersepadu 14

1.10 Penutup 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Sikap pelajar 17

2.3 Amalan keselamatan 18

2.4 Kepentingan keselamatan 19

2.4.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (AKKP) 20

2.5 Suasana dan persekitaran di bengkel 21

2.6 Peraturan keselamatan bengkel 24

2.7 Kemahiran penggunaan mesin yang mempengaruhi

amalan keselamatan 25

2.8 Pengetahuan dan latihan 27

2.9 Langkah-langkah pencegahan kemalangan 29

2.10 Kajian terdahulu 31

2.11 Penutup 32

BAB 3 METODOLGI KAJIAN 33

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Reka bentuk kajian 34

3.3 Tempat kajian 34

3.4 Sempelan dan populasi 35

Page 12: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

ix

 

3.5 Prosedur pengumpulan data 36

3.6 Pengedaran borang soal selidik 36

3.7 Instrumentasi kajian 37

3.8 Kajian rintis 39

3.9 Analisis data 40

3.10 Penutup 42

BAB 4 ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Keputusan dan analisis soal selidik

Bahagian A 44

4.2.1 Sekolah 44

4.2.2 Jantina 45

4.2.3 Etnik 45

4.2.4 Keputusan (gred) Kemahiran Hidup

Bersepadu dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR) 46

4.3 Keputusan dan analisis soal selidik Bahagian B 46

4.3.1 Keputusan kajian berdasarkan

persoalan kajian 1 47

4.3.2 Keputusan kajian berdasarkan

persoalan kajian 2 54

4.3.3 Keputusan kajian berdasarkan

persoalan kajian 3 57

4.3.4 Perbezaan antara jantina terhadap tahap

pengetahuan dan amalan keselamatan bengkel 62

Page 13: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

x

 

4.3.5 Perbezaan antara keputusan (gred)

Kemahiran Hidup Bersepadu dalam PMR

terhadap tahap pengetahuan dan amalan

keselamatan bengkel 63

4.4 Penutup 65

BAB 5 RINGKASAN RUMUSAN, PERBINCANGAN

DAN CADANGAN 66

5.1 Pengenalan 66

5.2 Ringkasan 67

5.3 Rumusan 68

5.4 Perbincangan 69

5.4.1 Tahap pengetahuan pelajar terhadap

peraturan am keselamatan bengkel 70

5.4.2 Tahap pengetahuan pelajar mengenai

peraturan keselamatan peralatan

dan mesin 72

5.4.3 Amalan keselamatan bengkel

pelajar berasaskan peraturan

keselamatan bengkel Kemahiran

Hidup Bersepadu 73

5.5 Cadangan 75

5.6 Cadangan untuk kajian lanjutan 77

5.7 Penutup 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN (A-E) 82-94

Page 14: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

xi

 

SENARAI JADUAL

NO. MUKA JADUAL TAJUK SURAT

1.1 Jumlah kemalangan bagi negeri Johor dan Malaysia

yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan

Sosial (PERKESO) bagi tahun 2006 dan 2007 9

3.1 Pengkelasan skala likert beserta dengan markah skor 38

3.2 Taburan item berdasarkan persoalan kajian 38

3.3 Pemeringkatan Skala Likert 40

3.4 Penilaian responden berdasarkan min 41

3.5 Kriteria penilaian kaedah ujian-t 41

3.6 Kriteria penilaian kaedah ANOVA 42

4.1 Taburan responden mengikut sekolah 44

4.2 Taburan responden mengikut Jantina 45

4.3 Taburan responden mengikut etnik 45

4.4 Taburan responden mengikut keputusan(gred)

Kemahiran Hidup Bersepadu dalam Penilaian

Menengah Rendah (PMR) 46

4.5 Taburan responden mengikut tahap pengetahuan terhadap

peraturan am keselamatan bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu 48

4.6 Purata peratusan item persoalan kajian 1 53

Page 15: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

xii

 

4.7 Taburan responden mengikut tahap pengetahuan pelajar

mengenai peraturan menggunakan mesin dan peralatan yang

di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 54

4.8 Purata peratusan item persoalan kajian 2 57

4.9 Taburan responden mengikut tahap amalan keselamatan

pelajar berasaskan peraturan keselamatan bengkel

Kemahiran Hidup Bersepadu 58

4.10 Purata peratusan item persoalan kajian 3 62

4.11 Hasil dapatan analisis ujian-t 63

4.12 Hasil dapatan analisis ujian ANOVA 64

Page 16: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

xiii

 

SENARAI RAJAH

NO. MUKA RAJAH TAJUK SURAT

1.1 Kemalangan industri yang dilaporkan kepada

JKKP 1999-2006 6

1.2 Jumlah kemalangan yang dilaporkan ke JKKP bagi

tahun 2007 (Sehingga Bulan Julai 2007) 7

1.3 Kemalangan Mengikut Negeri dan Jenis Kecederaan 2006 8

Page 17: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

xiv

 

SENARAI SINGKATAN

KHB : Kemahiran Hidup Bersepadu

PMR : Penilaian Menengah Rendah

NIOSH : National Institute of Organization Safety and Health

AKKP : Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

JKKP : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

DOSH : Department of Safety and Health

PERKESO : Pertubuhan Keselamatan Sosial

IKKPN : Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

SPSS : Statistical Package for Social Sciences

BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia

JPJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor

ERT : Ekonomi Rumah Tangga

KMT : Kemahiran Manipulatif Tambahan

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

STS : Sangat Tidak Setuju

TS : Tidak Setuju

TP : Tidak Pasti

S : Setuju

SS : Sangat Setuju

f : Frekuensi

Page 18: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

xv

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 82

B Surat Kebenenaran Menjalankan Kajian UTM 90

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) 91

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 93

E Output Analisis Data - Kajian Rintis 94

Page 19: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran

pravokasional yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-

kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan

kehidupan seharian dengan penuh sistematik. Mata pelajaran ini diperkenalkan pada

tahun 1989. Pada tahun 1991, mata pelajaran ini dikenali sebagai Kemahiran Hidup

Bersepadu (KHB) dan dibahagikan kepada bahagian teras dan bahagian pilihan.

Bahagian teras terdiri daripada tiga komponen iaitu Kemahiran Manipulatif,

Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari oleh semua

pelajar, manakala bahagian pilihan ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT),

Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu seperti yang dinyatakan

dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2 (2005)

adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta

kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk

kehidupan harian.

Page 20: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Selain daripada teori, proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu adalah dalam bentuk amali yang mana melibatkan hampir 70 peratus

peggunaan bengkel sebagai tempat pembelajaran. Diketahui umum bahawa makmal-

makmal atau bengkel-bengkel adalah tempat yang berisiko tinggi untuk berlakunya

kemalangan yang boleh menyebabkan kecedaraan samada kepada diri sendiri atau orang

lain. Sehubungan dengan itu, semua inisiatif ke arah menjamin keselamatan pelajar-

pelajar yang menjalankan kerja di bengkel sekolah samada dari aspek fizikal, mental,

emosi dan rohani seterusnya mencapai matlamat yang ditetapkan dalam usaha

Kementerian Pendidikan untuk menwujudkan ‘sekolah selamat’.

Stephens (1996) dalam Shamsiah, et al. (2005) mendefinisikan sekolah selamat

ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang

selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan.

Pengerusi National Institute of Organization Safety and Health (NIOSH), Tan

Sri Lee Lam Thye dalam Shamsiah, et al. (2005) pula menjelaskan bahawa konsep

‘sekolah selamat’ tidak seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman

kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi

aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu

sedar tentang kewujudan dan kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan

1994 serta aplikasinya kepada institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan

dan kesihatan.

Menurut beliau walaupun keutamaan akta tersebut untuk melindungi pekerja,

tetapi ia termasuk juga peruntukan mencukupi bagi melindungi “perkara-perkara lain”

yang terjejas. Lee berkata selaras dengan akta itu, pihak pengurusan sekolah dan Jabatan

Pelajaran yang mewakili majikan, mempunyai tanggungjawab am bagi memastikan

keselamatan dan kebajikan guru dan kakitangan sokongan serta melindungi pelajar dan

pelawat.

Page 21: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Zuraida (2004) menjelaskan bahawa pengabaian aspek keselamatan mungkin

akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan

imej istitusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran

operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa ditanggung akibat

kerosakan dan tanggungan kos perubatan.

Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku di

bengkel, menjadi tanggungjawab pihak pengurusan bengkel untuk memastikan

persekitaran, peralatan dan perkara yang mungkin membawa kearah berlakunya

kemalangan disenggara dan diselenggara secara berterusan dan sistematik. Jesteru itu,

Laney (1982) menyatakan bahawa wakil kepada majikan (penyelia) perlu tahu dan

bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan

kepada sesebuah bengkel.

Wan Abdul Rahman (2004) menjelaskan keselamatan bukan sahaja untuk

diketahui tetapi perlu diterapkan turutamanya ketika melakukan kerja-kerja harian.

Perlaksanaan amalan keselamatan perlulah ditekankan kepada semua pihak terutamanya

kepada pelajar yang bakal menjadi penyambung kepada generasi yang ada sekarang.

Atas sebab inilah pengajaran memainkan peranan yang penting kearah

mewujudkan suasana pembelajaran bengkel yang selamat. Pullias dan Young (1977)

mendefinisikan bahawa pengajaran adalah keseluruhannya merupakan cara

membimbing murid untuk memperoleh sejumlah pengalaman yang cukup bermutu

hingga mampu sejauh mungkin menolong pengembangan kemungkinan manusia.

Bagi situasi bengkel sekolah, untuk memastikan semua peraturan dan

keselamatan bengkel dipatuhi oleh semua pelajar, adalah menjadi tanggungjawab guru

untuk membimbing dan memberi pengajaran kepada pelajar cara bekerja yang selamat.

Page 22: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Sehubungan dengan hasrat Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini

digubal iaitu ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam

teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar

dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi,

aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang

menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (Huraian Sukatan Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, 2005).

Jesteru itu, guru perlu bertanggungjawab bagi memastikan semua peraturan

keselamatan di bengkel dipatuhi dan dihayati oleh pelajar. Selain itu pelajar-pelajar juga

perlu didedahkan dengan amalan keselamatan agar mereka mengetahui dan seterusnya

mengamalkan aspek yang berkaitan dengan keselamatan dibengkel. Pelajar-pelajar perlu

didedahkan diperingkat awal lagi samada secara langsung atau tidak langsung mengenai

kepentingan menjaga keselamatan agar mereka dapat menerapkan budaya ini di

peringkat pekerjaan iaitu selepas mereka menamatkan alam persekolahan mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Setiap kemalangan, walau sekecil manapun akan mengakibatkan kerugian.

Dengan demikian langkah yang mesti diambil untuk mencegah kerugian adalah dengan

mencegah berlakunya kemalangan tersebut. Untuk mencegah kemalangan tersebut,

perkara yang perlu difahami ialah takrifan kemalangan, bagaimana ia boleh berlaku dan

punca-punca yang menyebabkan kemalangan tersebut belaku.

Kemalangan menurut Ismail (2006) ialah urutan peristiwa yang tidak

dijangkakan dan tidak dirancang, berlaku melalui urutan yang logik dan akibat gabungan

beberapa sebab lalu mengakibatkan kecederaan fizikal (kecederaan dan penyakit)

kepada individu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris, kerugian atau gabungan

kesan tersebut.

Page 23: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Oleh kerana kemalangan adalah satu kejadian dikaitkan dengan bahaya yang

tidak dirancang dan tidak dapat dijangkakan oleh seseorang individu akan kejadiannya,

punca-punca kemalangan harus dikenalpasti dan diketahui.

Wan Abdul Rahman (2004) menjelaskan bahawa kebanyakan punca kemalangan

adalah berpunca daripada kecuaian dan sikap lalai terhadap kerja yang dilakukan. Ianya

dapat dicegah melalui amalan, sikap, disiplin dan tabiat kerja yang baik.

Laney (1982) pula berpendapat bahawa kecuaian dan tidak peka kepada kerja

kebiasaannya dilakukan oleh pekerja muda seperti pelajar yang baru tamat Sekolah,

Kolej dan Universiti. Golongan ini bersemangat untuk bekerja tetapi mereka tidak

mempunyai pengetahuan yang cukup terhadap kerja yang mereka lakukan dan mudah

terdedah kepada bahaya yang berpunca daripada sikap mereka sendiri. Oleh itu untuk

mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku, langkah awal perlu dibuat dan

dilaksanakan sebaik mungkin bermula di peringkat sekolah lagi.

Mengikut laporan statistik Kementerian Sumber Manusia (2008), peningkatan

kemalangan di industri yang tinggi setiap tahun amat merungsingkan. Berikut adalah

statistik jumlah kemalangan industri yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan di

Malaysia yang diambil daripada laman web http//dosh.mohr.gov.my (laman web rasmi

rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).

Page 24: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Rajah 1.1 Kemalangan industri yang dilaporkan kepada JKKP 1999-2006

Sumber: Kementerian Sumber Manusia (2008)

Rajah 1.1 menunjukkan statistik jumlah kemalangan industri yang dilaporkan

kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi tahun 1999 sehingga 2006.

Rajah ini jelas menunjukkan peningkatan kadar kemalangan di tempat kerja setiap

tahun.

Page 25: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Rajah 1.2 Jumlah kemalangan yang dilaporkan ke JKKP bagi tahun 2007

(Sehingga Bulan Julai 2007)

Sumber: Kementerian Sumber Manusia (2008)

Rajah 1.2 menunjukkan jumlah kemalangan yang dilaporkan ke JKKP bagi tahun

2007 mengikut jenis kecederaan.

Page 26: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Rajah 1.3 Kemalangan Mengikut Negeri dan Jenis Kecederaan 2006

Sumber: Kementerian Sumber Manusia (2008)

Rajah 3 pula menunjukkan statistik kemalangan mengikut negeri dan jenis

kecederaan bagi tahun 2006. Berdasarkan rajah 3 ini, negeri Johor adalah negeri yang

paling tinggi kadar kemalangan di tempat kerja.

Page 27: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Manakala jadual 1 adalah menunjukkan jumlah kemalangan bagi negeri Johor

dan Malaysia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi

tahun 2006 dan 2007.

Jadual 1.1 : Jumlah kemalangan bagi negeri Johor dan Malaysia yang dilaporkan

kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2006

dan 2007.

2006 2007

Johor 9,725 10,114

Malaysia 58,321 56,339

Sumber: PERKESO (8 Ogos 2008)

Kadar kemalangan yang tinggi ini agak membimbangkan ramai pihak. Oleh itu

pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kadar kemalangan di negara ini

berkurang menjelang 2010 seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah JKKP Datuk Ir

Dr Johari Basri dalam Bernama bertarikh 7 April 2007. Menurut beliau JKKP

mensasarkan 3.5 kes setiap 1,000 pekerja menjelang 2010 adalah setanding dengan

negara maju termasuk Jepun dan United Kingdom yang kini berada pada tahap tiga kes

setiap 1,000 pekerja.

Jesteru itu, untuk merealisasikan sasaran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Malaysia (JKKPM) untuk menurunkan kadar kes kematian akibat kemalangan

di tempat kerja kepada tahap yang paling minimum bagi setiap 1,000 pekerja menjelang

2010, pendidikan dan pendedahan di peringkat akar umbi lagi perlu dilakukan.

Jika diteliti punca-punca kemalangan di tempat kerja, dapat dibuat satu

kesimpulan yang agak empirik terhadap punca satu permasaalahan yang rumit. Oleh

kerana kemalangan melibatkan manusia, Ismail Bahari (2006) berpendapat bahawa

manusia jugalah yang harus dipertanggungjawabkan terhadap kemalangan yang berlaku.

Page 28: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Dalam hal ini jelas menunjukkan sekolah memainkan peranan yang penting bagi

memberi pendedahan awal kepada pelajar sebagai persediaan untuk pekerjaan.

Penyataan ini juga disokong oleh Kamarudin dan Siti Hajar (2004) yang menjelaskan

bahawa sekolah bertanggungjawab memberi pendidikan ke arah membolehkan ahli

masyarakatnya mendapat pekerjaan. Menurut mereka lagi, sistem pendidikan merupakan

alat bagi mengisi keperluan pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, Wan Abdul Rahman (2004) pula menjelaskan latihan

amali yang dikuti di bengkel adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar

sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar kelak. Jesteru itu pendedahan di

sekolah adalah merupakan langkah awal untuk membiasakan diri pelajar dengan situasi

yang sebenar di bengkel.

Oleh itu, kesedaran terhadap keselamatan di bengkel bukan sahaja

menguntungkan diri sendiri malahan melindung orang lain dan harta benda. Atas sebab

inilah, guru-guru perlulah berperanan untuk menjadikan bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu sebagai tempat menyemarakkan proses pengajaran dan pembelajaran dan

sebagai tempat untuk menerapkan amalan keselamatan dikalangan pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Bagi memastikan hasrat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan untuk

mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja menjelang 2010 nanti, kesedaran

terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar. Oleh itu

kesedaran yang tinggi yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi di kalangan pelajar

dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang

pekerjaan.

Page 29: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

Menyentuh aspek untuk melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan

keselamatan di bidang pekerjaan, timbul persoalan apakah tahap pengetahuan pelajar

tentang semua aspek keselamatan yang dipelajari ketika di sekolah mencukupi untuk

diaplikasikan di tempat kerja mereka nanti.

Selain itu, Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu bertujuan untuk melahirkan

pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan

kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk

insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bagi menjayakan

perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, ia memerlukan komitmen

semua pihak yang terlibat.

Berdasarkan persoalan inilah, kajian ini ingin melihat sejauhmanakah tahap

pengetahuan pelajar dalam semua aspek keselamatan yang melibatkan kerja dibengkel.

Perkara ini penting bagi memastikan pelajar peka terhadap keselamatan diri sendiri dan

orang lain ketika mereka menjalankan amali di bengkel. Sehubungan dengan itu, kajian

yang bertajuk “Amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah

Menengah Zon Skudai” di pilih.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah berdasarkan pemerhatian secara umun dengan tujuan

untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Antara objektif kajian adalah seperti

berikut:

1. Mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap peraturan am keselamatan di

bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

2. Mengetahui tahap pengetahuan pelajar mengenai peraturan mengunakan mesin

dan peralatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

3. Mengetahui tahap amalan keselamatan pelajar berdasarkan peraturan

keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

Page 30: NOR HAFSAH BINTI SULAIMAN - fp.utm.my · PDF fileSESI PENGAJIAN: 2008/09 ... 2.3 Amalan keselamatan 18 2.4 Kepentingan keselamatan 19 ... peraturan am keselamatan bengkel 70 5.4.2

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan yang berkaitan dengan

amalan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Zon

Skudai. Persoalan-persoalan kajian dalam kajian ini adalah:

1. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap peraturan am keselamatan di

bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

2. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai peraturan menggunakan mesin

dan peralatan yang di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?

3. Apakah tahap amalan keselamatan pelajar berdasarkan peraturan keselamatan

bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu?