amalan keselamatan dalam bengkel elekrik

24

Click here to load reader

Upload: puteri050503

Post on 27-Jun-2015

728 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

Struktur organisasi bengkel

Langkah keselamatan

Amalan 4M

# Membersih

# Menyusun atur

# Menilai

# Mendisiplin

Keselamatan Am

# Keselamatan bengkel

# Keselamatan diri

# Keselamatan alat dan bahan

# Keselamatan penggunaan elektrik

Etika kerja Budaya kerja

# Menepati masa

# Bertanggungjawab

# Amanah

# Patuh

# Sikap bekerjasama

# Bertanggungjawab

Page 2: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL ELEKTRIK

Keselamatan adalah sangat penting dan haruslah diutamakan dalam setiap keadaan.

Dalam menggunakan kemudahan bengkel, beberapa aspek keselamatan harus diberi

perhatian. Antaranya ialah keselamatan di dalam bengkel, alatan , diri sendiri dan

keselamatan rakan. Kemalangan akan menyebabkan kecederaan anggota, kehilangan

harta benda, kehilangan masa, kenaikan kos dan mungkin boleh menyebabkan

kehilangan nyawa. Seseorang pelatih atau pelajar harus berhati-hati dan sentiasa

mematuhi peraturan-peraturan bengkel semasa membuat kerja-kerja amali.

Keselamatan dalam bengkel merupakan etika penting yang perlu dipatuhi oleh semua

pelajar. Ini kerana bengkel merupakan tempat yang berisiko untuk mendapat

kecederaan fizikal yang tinggi. Oleh itu, kawasan tempat kerja pelajar haruslah bersih

dan kemas , mendapat pengudaraan yang cukup, lantainya tidak licin, dan pastikan

tiada wayar atau sambungan terputus yang boleh menyebabkan renjatan.

Sebagaimana yang telah diterangkan di peringkat awal, anda perlu tahu menggunakan

alatan atau perkakas mengikut cara yang betul dan selamat. Jika anda mematuhi tabiat

bekerja yang betul, kemalangan dapat dikurangkan. Perkara utama yang perlu diingat

ialah menggunakan alatan atau perkakas dengan cara yang betul pada setiap masa.

Cara penggunaan dan pengendalian alatan juga harus dilakukan secara berhati-hati

dan mengutamakan keselamatan diri dan orang lain. Contohnya di dalam melakukan

kerja kimpalan, pelajar harus mengetahui had voltan peralatan yang digunakan dan

cara-cara yang betul menggunakan alatan tersebut.

Selain itu juga, keselamatan terhadap diri sendiri dan rakan juga harus diberi perhatian

serius. Pelajar haruslah bersikap berhati-hati dan mengamalkan tatasusila yang baik

semasa berada di dalam bengkel. Perbuatan bergurau, bermain dengan peralatan

elektrik dan bersikap cuai tidak harus berlaku ketika mengendalikan mesin dan

peralatan elektrik. Di samping itu, pelajar juga haruslah mematuhi etika berpakaian

yang betul ketika berada di dalam bengkel. Oleh itu, sekiranya pelajar mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan, mereka dapat mengurangkan risiko kemalangan dan

kecederaan fizikal daripada berlaku kepada diri sendiri dan orang lain.

Page 3: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Keselamatan alat tangan

Alat tangan merupakan satu perkara penting yang mesti lengkap dan sedia digunakan

bila perlu. Alat tangan yang tidak lengkap boleh mengganggu perjalanan kerja. Apabila

kita ingin menggunakan sesuatu alat tangan itu, pastikan ia sesuai untuk kerja tersebut.

Jika tidak, kemungkinan hasil mutu kerja yang tidak sempurna atau alat tangan itu

sendiri akan rosak. Sebagai contoh anda tidak seharusnya menggunakan pen penguji

untuk membuka skru kerana ia mungkin akan merosakkan pen penguji itu sendiri. Anda

sewajarnya menggunakan pemutar skru yang sesuai untuk tujuan membuka skru.

Pemilihan dan teknik menggunakan alat tangan yang betul boleh membantu

mempercepatkan kerja dan menjaminkan keselamatan alat tangan tersebut.

Kaedah menyimpan alat tangan

Alat tangan perlu disimpan di tempat yang selamat, sesuai dan mudah dikesan apabila

berlaku kehilangan. Alat tangan untuk kegunaan persendirian sepatutnya di simpan

dalam kotak atau beg alat tangan. Jangan sekali-kali meletakkan alat tangan di dalam

poket baju atau seluar kecuali baju yang ditempah khas untuk tujuan tersebut. Bagi alat

tangan untuk kegunaan ramai kaedah yang paling sesuai untuk menyimpan ialah

meletakkan pada satu papan khas yang diwarnakan dan dinomborkan.

Penyenggaraan alat tangan

Pastikan alat tangan disimpan dengan kemas, tersusun dan sentiasa berada dalam

keadaan baik. Pemeriksaan secara berjadual boleh menjamin janka hayat peralatan

tersebut lebih panjang. Jangan sesekali menggunakan alat tangan yang telah pecah,

sumbing atau rosak. Bila didapati ada alat tangan yang telah rosak hendaklah diganti

dengan yang baru dengan kadar segera. Alat tangan perlu dibersihkan dan

disenggarakan setelah digunakan. Sebahagian daripada peralatan seperti mata gerudi,

playar dan mata gergaji perlu diminyakkan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik

dan tidak berkarat.

Page 4: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Panduan keselamatan alat tangan berkuasa elektrik

Alat tangan berkuasa elektrik perlu disenggara dengan rapi dan disimpan ditempat yang

selamat. Pemeriksaan secara berjadual perlu bagi memastikan peralatan tersebut boleh

digunakan pada bila-bila masa dan tidak berbahaya kepada pengguna. Berikut adalah

panduan penjagaan alat tangan berkuasa elektrik:

1. Membaca dan mengetahui panduan keselamatan dalam buku manual servis

yang dicadangkan oleh pengilang-pengilang.

2. Mesti mengetahui fungsi dan kendalian sesuatu alat tangan sebelum

menggunakannya.mestilah dipatuhi dengan mengikut turutan yang dicadangkan

3. Panduan keselamatan mestilah dipatuhi dengan mengikut turutan yang

dicadangkan oleh pengilang.

4. Menggunakan cermin mata keselamatan untuk mengelakkan daripada percikan

habuk besi dan sebagainya.

5. Penumpuan fikiran harus dipusatkan kepada pekerjaan yang sedang dilakukan

dan jangan bergurau semasa mengendalikan alat tangan berkuasa elektrik.

6. Pastikan bahan yang hendak ditebuk ata dipotong itu mengikut umuran tanpa

merosakkan alat tangan.

7. Apabila sesuatu kerja selesai, tutup terus suis bekalan dan tunggu mesin

berhenti pusing, baru diangkat untuk pembersihan.

8. Alat tangan berkuasa elektrik perlu diperiksa secara berjadual bagi menjamin

ketahanan atau jangka hayatnya. Ikuti peraturan menservis seperti yang

dicadangkan oleh pengilang dalam buku panduan servis.

9. Apabila sesuatu kerja selesai, tutup terus suis bekalan dan tunggu mesin

berhenti berpusing baru diangkat untuk di cuci atau dibersihkan.

10.Alat tangan berkuasa elektrik perlu diperiksa secara berjadual bagi menjamin

ketahanannya dan jangka hayatnya.

Page 5: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

11. Ikuti peraturan menservis seperti yang dicadangkan oleh pihak pengilang dalam

buku panduan servis.

12.Jika didapati terdapat wayar bekalan yang pecah, rosa atau putus, langkah

membaiki atau mengantikan hendaklah dilakukan segera.

13.Alat tangan berkuasa elektrik sepatutnya dibumikan kecuali alat tangan yang

dibuat khas tanpa talian bumi.

Panduan menyimpan komponen elektronik

Komponen-komponen elektronik seperti perintang, kapasitor, diod, transistor dan lain-

lain perlu disimpan dalam rak yang tersusun, berlabel dan mudah untuk dicari bila

diperlukan. Label yang ditulis mestilah lengkap dan mengikut urutan nilai misalnya dari

nilai yang rendah ke nilai yang lebih tinggi. Komponen lain seperti transformer, gelung

dan pembesar suara hendaklah disimpan di dalam laci atau tempat khas yang sesuai

dan dilabelkan spesifikasinya.

Komponen yang telah rosak hendaklah diasingkan atau dibuangkan terus kerana ia

boleh menganggu keputusan kerja-kerja amali. Komponen yang sensitive kepada

elektromagnetik seperti IC logic CMOS hendaklah disimpan di tempat khas.

Langkah-langkah keselamatan mesin

1. Sebelum menggunakan sesuatu mesin, anda mestilah tahu dan faham cara

menggunakan, mengendali dan memberhentikan mesin dengan cara yang betul.

2. Mengetahui tempat-tempat yang merbahaya di atas mesin. Tahu bila waktunya

mengguna dan mengenakan gogal dan bila pula perlu memegang sesuatu alatan

elaktrik.

3. Perkakas kuasa perlu dijaga supaya bersih dan kering. Kekotoran atau

longgokan gris yang terkumpul oleh menyebabkan berlaku litar pintas.

Page 6: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

4. Alatan kuasa mudah alih sentiasa dibumikan bagi mencegah sebarang renjatan

elektrik. Semasa menggunakan perkakas elektrik, pastikan alatan yang membuat

kerja, jangan sekali-kali memaksa alatan dengan daya yang berlebihan

menyebabkan bebanan dan boleh merosakkan alatan atau menerbangkan

cebisan pepejal.

5. Hindarkan daripada menggunakan perkakas elektrik di tempat yang terdapat

bahan-bahan mudah terbakar.

6. Pastikan bahagian yang bergerak di mesin mempunyai perlindung atau

pengadang keselamatan. Jangan sekali-kali tanggalkan pengadang keselamatan

ini.

7. Ketika menggerudi, pastikan benda kerja dicengkam teguh di atas meja gerudi

bagi mencegah benda kerja dari terlucut atau terpusing. Gunakan perlindung

mata ketika menggerudi.

8. Ketika bekerja dengan mesin pencanai, laraskan 1 – 5mm dari roda pencanai.

Jika jarak berlebihan, benda kerja akan mudah terlekat di celah penyandar dan

memberhentikan roda pencanai dengan mengejut. Ketika mencanai benda kerja

kecil, pastikan ia di cengkam agar mudah dipegang ketika menjalankan kerja

mencanai. Gunakan gogal ketika mencanai tanpa bantuan penyokong atau

penyandar.

9. Cuci semua alatan dan perkakas yang telah digunakan. Simpan di tempat yang

baik dan selamat. Matikan semua suis.

10.Pastikan sambungan dawai tidak longgar atau ada dawai yang terdedah. Hindari

bekerja dengan alat elektrik di tempat yang basah.

Peringatan: Bekerja engan elektrik perlu selalu beringat tentang arus tidak dapat

dilihat dan sebarang renjatan dating tanpa syarat.

Page 7: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Pertolongan Cemas

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau

keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1. Menyelamatkan nyawa

2. Mengurangkan kesakitan

3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya

pernafasan pesakit itu

3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar

melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa

dan memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Page 8: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Kejutan elektrik

Kejutan elektrik boleh berlaku jika seseorang itu tersentuh punca bekalan elektrik

yang bervoltan tinggi sama ada semasa membuat projek, membaiki alat-alat elektrik

atau sebagainya. Kejutan seumpama ini boleh merangsang dan mengaktifkan

denyutan jantung yang mengakibatkan pengucupan otot dan mungkin

menghilangkan ingatan sementara atau mungkin juga pengsan dan terus mati.

Punca Kejutan Elektrik

Kerja-kerja pembaikan di bengkel terutama di bengkel alat uji kebanyakannya

melibatkan penggunaan bekalan kuasa yang tinggi. Kejutan elektrik boleh berlaku

jika litar pintas atau percikan (sparking) ketika melakukan kerja-kerja “trouble

shooting”. Selain itu, kilat (lightning) juga boleh mendatangkan kejutan elektrik yang

boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan dan mungkin juga membawa maut

kepada anggota jika sistem pembumian tidak berada dalam keadaan baik

Langkah-Langkah Mengelak Renjatan Elektrik

Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan menjamin keselamatan dan

kesihatan anggota, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:-

1. memastikan sambungan bekalan kuasa berada dalam keadaan baik

2. tutup bekalan kuasa ketika membuat pertukaran alat ganti pada alat uji

3. tutup suis mata kuasa (“socket outlet”) jika tidak menggunakan alat uji

4. menggunakan kasut yang bertapak getah semasa membuat pembaikan

5. memastikan sistem pembumian sentiasa dalam keadaan baik

Page 9: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Langkah menyelamat rakan terkena kejutan elaktrik

1. Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya.

2. Jika tidak diketahui suis utama atau suis ke tempat berkenaan maka gunakan

bahan penebat seperti baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan

mangsa dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat berarus tetapi

pada masa yang sama sentiasa berhati-hati supaya badan si mangsa tidak

tersentuh dengan badan kita ketika arus elektrik masih mengalir di tubuhnya.

3. Jika mangsa tidak sedarkan diri gunakan rawatan pertolongan cemas atau

pemulihan pernafasan.

4. Bawa si mangsa ke hospital untuk bantuan perubatan seterusnya.

Pemulihan Pernafasan

Ada beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang biasa digunakan ialah:

a) Kaedah mulut ke mulut

b) Kaedah tekanan pemulihan

c) Kaedah Holger Nielsen

d) Kaedah Silvester

Page 10: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Rawatan selanjutnya. Antara langkah yang perlu diambil ialah:

i) Tanggalakan benda-benda yang mencerutkan leher seperti tali leher, tali

pinggang atau kasut sebelum bahagian terbakar menjadi bengkak.

ii) Bahagian anggota yang melecur hendalah dibalut dengan pembalut kain anduh

atau kain bersih.

iii) Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan.

iv) Mangsa tersebut hendaklah di hantar segera ke klinik atau hospital untuk

rawatan lanjut.

Kecederaan anggota

Kecederaan anggota yang teruk seperti luka besar, terseliuh atau juga memerlukan

rawatan segera sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Berikut adalah

langkah segera yang patut diambil:

i) Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan si malang ditempat

yang

sesuai untuk diberi pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera.

ii) Jika anggota tanganyang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas tau

diampuh dengan mengikat ke leher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai.

iii) Jika luka serius yang menyebabkan banyak darah keluar seperti luka di

tangan

maka di bahagian atas tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekat

sementara pengaliran darah terus keluar.

Page 11: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

iv) Si malang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan

lanjut.

Kaedah mulut ke mulut

1. Bukakan saluran pernafasan dengan mendogakkan kepala mangsa.

2. Buka mulut anda seluas-luas yang boleh, ambil nafas panjang, picit hidungnya

dengan jari anda dan rapatkan bibir anda dengan bibirnya.

3. Dengan melihat selari ke arah dada mangsa hembuskan udara ke paru-paru

mangsa. Anda boleh lihat dadanya naik ke takat maksimum.

4. Alihkan mulut anda daripada mangsada hembuskan baki udara yang tinggal.

Lihat dada mangsa turun lalu ambil nafas semula dan ulangi langkah 2 dan 3.

Periksa denyutan nadi untuk memastikan jantung kembali normal. Jika belum

normal, ulang beberapa kali langkah 2,3 dan 4.

Kaedah tekanan pemulihan jantung dari luar

1. Terlentangkan mangsa di permukaan yang rata. Melutut disebelahnya

dengan menghadapkan ke dada dan sebaris dengan jantung mangsa. Cari

bahagian bawah tulang selangka. Letakkan genggaman di tempat yang

ditunjukkan di sebelah.

2. Letakkan genggaman tangan anda di bahagian tengah tlang selangka bawah.

Genggaman anada mestilah kuat.

3. Dengan meluruskan tangan anda gerakkan badan anda ke hadapan, selepas

itu undur ke belakang semula. Lakukan sebanyak 15 kali ( 8 kali seminit ).

Page 12: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

4. Periksa denyutan nadi setiap 3 minit. Sebaik sahaja denyutan nadi bermula

hentikan tekanan dan lakukan permulihan mulut ke mulut sehingga

pernafasannya normal kembali.

Kaedah Holger Nielson

1. Baringkan mangsa dalam keadaan meniarap. Kepalanya dipalingkan ke

sebelah dan diletakkan di atas tangan yang bertindih diantara satu sama lain.

Angkat sedikit kepalanya ke belakang dan buka mulutnya untuk melawaskan

saluran pernafasan.

2. Letakkan lutut anda berhampiran dengan kepalanya dan kaki anda di sebelah

siku. Letakkan kedua-dua tangan anda di atas belakang mangsa itu. Ibu jari

anda harus terletak di atas tulang belakang.

3. Luruskan tangan anda dan tekan bahagian belakang mangsa selama 2 saat,

nafas akan keluar. Jangan tekan terlalu kuat kerana boleh merosakkan paru-

paru.

4. Selepas itu tangan diturunkan perlahan-lahan ke siku mangsa dan naikkan

tangannya selama 7 saat, nafas akan masuk. Jangan angkat tangan

keterlaluan.

5. Letakan kedua-dua tangan di atas belakang seperti langkah 2 dan ulang

langkah 3,4 & 5 sebanyak 12 kali seminit. Langkah 3&4 dilakukan selama 5

saat. Selepas 4 ulangan periksa denyutan jantung.

Kaedah Silvester

1. Baringkan mangsa dalam keadaan telentang dan pastikan mulutnya bebas

daripada sebarang benda seperti gigi palsu. Letakkan gulungan kain atau

Page 13: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

pelapik di bawah bahu untuk meninggikannya supaya kepalanya terdonggak

san saluran pernafasannya terbuka luas.

2. Letakkan kepala mangsadi celah kelangkang anda. Ambil tangannya dan

letakkan di atas dada. Gerakkan badan anda ke hadapan sambil menekan

bahagian dada bawah lebih kurang 2 saat.

3. Hentikan tekanan, undur kebelakang semula. Dengan segera angkat tangan

mangsa ke atas selama 2 saat. Ulang langkah 2 dan 3 sebanyak 12 kali

dalam seminit. Selepas 4 ulangan periksa dengupan jantung. Jika sudah

normal teruskan sehingga pernafasannya pulih.

Langkah-langkah keselamatan diri

1. Jangan berlari, bergurau atau bermain dengan alat tajam di dalam bengkel.

2. Jauhkan tangan atau anggota lain ketika bekerja pada mesin sedang bergerak.

3. Pakai pakaian yang sesuai untuk bekerja di bengkel.

4. Berambut pendek dan kemas atau memakai topi keselamatan ketika bekerja

dengan mesin. Rambut panjang mendatangkan bahaya.

5. Gunakan gogal atau pengadang mata ketika mencanai, menggerudi, meracik,

mengimpal atau menjalankan kerja di bawah kenderaan.

6. Jangan membawa atau menyimpan alat tajam dalam saku kerana ia boleh

menikam diri sendiri.

7. Ketika bekerja gunakan teknik yang betul dan mengikut tatacara kerja yang

dicadangkan.

8. Jangan memakai perhiasan ketika bekerja di bengkel, ini mencegah anggota dari

tercacat apabila kemalangan.

Page 14: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

9. Gunakan kasut keselamatan bagi mengelakkan kaki tercedera bila tersepak

benda-benda tajam atau ditimpa benda keras.

10.Ketika menjalankan kerja mengangkat dengan membengkokkan kaki dan tidak

membongkokkan pinggang.

11.Sediakan kotak ubat kecemasan yang lengkapdi bengkel. Setiap kemalangan

atau kecederaan hendaklah dirujuk kepada pengawai perubatan bertauliah.

Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit )

Peti pertolongan cemas merupakan satu kit bantuan kecemasan yang lengkap dengan

keperluan perubatan dan digunakan untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa

yang mengalami kecederaan. Kit bantuan kecemasan ini mestilah teguh, tahan lama

dan kalis air. Kit ini juga boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung

kepada kecederaan dan keperluan . Peti bantuan kecemasan ini mestilah disimpan di

kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Kebiasaannya, kit kecemasan ini mudah didapati di dalam makmal, bengkel dan di

tempat-tempat berisiko kecederaan yang tinggi. Namun begitu, peti ini tidak terhad

untuk kegunaan di dalam makmal sahaja tetapi juga di tempatkan di rumah, di pejabat

dan di sekolah sebagai langkah terbaik untuk rawatan awal.

Selain itu, isi kandungan peti pertolongan cemas mestilah diperiksa dalam satu

jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput

tarikh dan berada dalam keadaan baik.  Saiz peti pertolongan cemas mesti sesuai

untuk memuatkan semua kelengkapan dan mudah di bawa ke mana-mana . Untuk

memudahkan proses rawatan awal yang cepat, pastikan peti kecemasan tidak berkunci

dan berada di tempat yang mudah dilihat oleh mata. Di samping itu, senaskah buku

panduan pertolongan cemas hendaklah di masukkan dalam peti ini untuk memudahkan

penggunaannya. Setiap benda yang berada dalam peti pertolongan cemas hendaklah

dilebel dengan terang dan kegunaannya hendaklah nayatakan dan pastikan bahawa

benda-benda disimpan dalam keadaan yang bersih.

Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi :

Page 15: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

1. Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal

2. Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)            

i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru

ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka

iii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama  

3. Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan

kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah

umur 16 tahun)

4. Pembalut luka (bandage)

5. Plaster (sepeket)

6. Pita bergam untuk membalut

7. Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh)

8. Pembalut elastik

9. Jenis balutan

i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing

ii) Kain kasa

iii) Anduh tiga segi  

10.Losyen calamine untuk ruam yang gatal

11.Kapas steril (1 gulung)

12.Pembalut luka atau dressing

Page 16: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

13.Gause parafin dan Burnol (untuk luka terbakar dan melepuh)

14.Gause steril

15.Dressing untuk luka (2 saiz)

16.Basuhan mata

17.Lampu suluh

18.Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)

19.Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu

20.Putik kapas (untuk meletakkan ubat)

21.Pin (untuk menetapkan bandage)

22.Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan

pertolongan cemas sahaja)

23.Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)

Lampiran Peralatan Asas Peti Kecemasan

Page 17: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Rajah 1.0 Peralatan Asas Peti Pertolongan Cemas

Page 18: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Rajah 1.1 Jenis Pembalut Luka

Rajah 1.2 Gunting

Rajah 1.3 Kain Anduh yang terdapat dalam peti kecemasan

Page 19: Amalan Keselamatan Dalam Bengkel Elekrik

Rajah 1.4 Cara merawat menggunakan balutan