amalan pengurusan keselamatan bengkel … · kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah...

43
iii AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KHB) SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT MOHD NAJIB BIN SAHER Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2015

Upload: vantram

Post on 24-Mar-2019

368 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

iii

AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

(KHB) SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT

MOHD NAJIB BIN SAHER

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2015

Page 2: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan

pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan dan bahan, diri dan rakan serta

keselamatan am di bengkel Kemahiran Hidup sekolah menengah harian daerah Batu

Pahat. Kajian berbentuk kuantitatif dilaksanakan di empat buah sekolah menengah harian

daerah Batu Pahat iaitu SMK Datin Onn Jaafar, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn dan

SMK Seri Gading. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar tingkatan dua yang

mengambil matapelajaran KHB dan data dikumpul menggunakan instrumen borang soal

selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Winsteps Version 3.69.1.11

dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch sepenuhnya. Data dianalisis menggunakan

teknik analisis diskriptif dan analisis inferensi iaitu ujian-t bagi menguji hipotesis kajian.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengurusan keselamatan di bengkel

diamalkan secara sederhana bagi ketiga-tiga aspek tersebut. Terdapat perbezaan yang

signifikan di antara pelajar di bandar dan luar bandar iaitu t=-4.08 dan p=0.000 di mana

nilai min ukuranya pula ialah -.19. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi

penambahbaikkan seperti mengadakan kempen kesedaran dan menyediakan sudut

standard operasi amalan pengurusan keselamatan agar pelajar sentiasa mematuhi

peraturan semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup.

Page 3: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

vii

ABSTRACT

This study was conducted to investigate the perception of three main constructs of safety

management practices tools and materials, self, others, and general safety practices in

Life Skills workshop day secondary schools in Batu Pahat. A total of 350 form two

students who took subjects Living Skills in four secondary schools in Batu Pahat, SMK

Datin Onn Jaafar, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn and SMK Seri Gading has been

selected as respondents. The method of research is quantitative research and pilot studies

have been conducted to evaluate the reliability and suitability of instruments developed.

A total of 44 items in the survey questionnaire to be answered by the respondents and

results were analyzed using Winsteps Version 3.69.1.11 with Rasch Measurement Model

approach. A descriptive analysis of Min scores and Min Size is used to identify the

perceptions of students and inferential analysis of t-test to assess differences in safety

management practices between rural and urban schools. The findings indicate that the

safety management practices in workshops practiced by the students at the intermediate

level for all three of these constructs. There are significant differences between security

management practices adopted by students in urban and rural areas, t = -4.08 and p =

0.000 where the min size is -.19. Several suggestions were made for improvements such

as an awareness campaign and provides standard corner operation safety management

practices that students always comply with current regulations.

Page 4: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

TAJUK iii

ABSTRAK vi

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN 1

1. 1 Pendahuluan 1

1. 2 Latarbelakang masalah 4

1. 3 Penyataan masalah 7

1. 4 Objektif kajian 8

1. 5 Persoalan kajian 9

1.6 Hipotesis 9

1. 7 Kepentingan kajian 10

1. 8 Skop kajian 11

1. 9 Batasan kajian 11

1. 10 Kerangka kajian 11

1. 11 Definisi istilah 14

1. 12 Kesimpulan 16

Page 5: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Kajian lepas 18

2.2.1 Faktor kelengkapan alatan dan bahan

di dalam bengkel dan kepentinganya 18

2.2.2 Faktor pengurusan di dalam

bengkel dan kepentinganya 20

2.2.3 Faktor persekitaran di dalam

bengkel dan kepentinganya 22

2.3 Pengurusan bengkel 23

2.3.1 Pengurusan keselamatan bahan dan peralatan 24

2.3.2 Pengurusan stor 25

2.3.3 Pengurusan stok dan inventori 26

2.3.4 Pengurusan keselamatan am 27

2.4 Keselamatan di bengkel 27

2.4.1 Pengamalan keselamatan di bengkel 29

2.4.2 Peraturan dan tanggungjawab keselamatan

diri dan rakan di bengkel 30

2.5 Kesimpulan 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pendahuluan 32

3.2 Rekabentuk kajian 33

3.3 Kerangka operasi 34

3.4 Lokasi kajian 35

3.5 Populasi dan sampel 35

3.6 Instrumen kajian 36

3.6.1 Soal selidik 37

Bahagian A : Ciri demografi responden 37

Bahagian B : Keselamatan alatan dan bahan 38

Bahagian C : Keselamatan diri dan rakan 38

Bahagian D : Keselamatan am 38

Page 6: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

3.7 Kesahan muka dan kandungan 38

3.8 Kaedah pengumpulan data 39

3.9 Kajian rintis 39

3.10 Dapatan analisis kajian rintis 40

3.10.1 Kebolehpercayaan dan indeks pengasingan 40

3.10.2 Pemeriksaan terhadap polariti item 43

3.10.3 Kesesuaian item (item fit) 45

3.10.4 Pengukuran nilai kolerasi residual terpiawai 47

3.11 Analisis data kajian sebenar 48

3.12 Rumusan 50

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 51

4.1 Pendahuluan 51

4.2 Analisis persoalan kajian pertama 52

4.3 Analisis persoalan kajian kedua 53

4.4 Analisis persoalan kajian ketiga 54

4.5 Analisis persoalan kajian keempat 55

4.5.1 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan

konstruk keselamatan alatan dan bahan

mengikut item 56

4.5.2 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan

konstruk keselamatan diri dan rakan mengikut item 58

4.5.3 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan

konstruk keselamatan am mengikut item 59

4.6 Rumusan 61

BAB 5 DAPATAN KAJIAN 62

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Perbincangan 64

5.2.1 Persoalan pertama 64

5.2.2 Persoalan kedua 66

5.2.3 Persoalan ketiga 69

Page 7: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

5.2.4 Persoalan keempat 71

5.3 Kesimpulan 72

5.4 Cadangan 73

5.5 Cadangan kajian lanjutan 74

5.6 Penutup 74

RUJUKAN 75

LAMPIRAN

Page 8: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

ix

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka kajian 12

Rajah 2.1 : Model kompetensi Iceberg Spencer

& Spencer (1993) 21

Rajah 3.1 : Kerangka operasi : Carta aliran kajian 34

Page 9: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

x

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 : Populasi dan sampel kajian 35

Jadual 3.2 : Pemarkahan item-item Skala Likert 37

Jadual 3.3 : Cadangan pemilihan sampel

oleh Linacre (2005) 40

Jadual 3.4 : Interpretasi skor Alpha Cronbanch 41

Jadual 3.5 : Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach)

bagi kajian rintis yang dijalankan 41

Jadual 3.6 : Nilai kebolehpercayaan responden yang boleh diukur 42

Jadual 3.7: Nilai kebolehpercayaan item yang boleh diukur 43

Jadual 3.8 : Pemeriksaan polariti item 44

Jadual 3.9 : Kesesuaian item 46

Jadual 3.10 : Jumlah item yang kekal dan digugurkan 47

Jadual 3.11 : Interpretasi Min Skor 48

Jadual 3.12 : Objektif, Persoalan, Pendekatan dan

kaedah analisis kajian 49

Jadual 4.1 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk

amalan pengurusan keselamatan alatan dan bahan 52

Jadual 4.2 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk

amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan 53

Jadual 4.3 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk

amalan pengurusan keselamatan am 54

Jadual 4.4: Perbezaan amalan pengurusan ketiga-tiga konstruk

iaitu keselamatan alatan dan bahan, diri dan rakan-rakan

dan am mengikut item bagi sekolah bandar

dan luar bandar 55

Page 10: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

Jadual 4.5: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk

keselamatan alatan dan bahan mengikut item 56

Jadual 4.6: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk

keselamatan diri dan rakan-rakan mengikut item 58

Jadual 4.7: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk

keselamatan am mengikut item 59

Jadual 4.8: Perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel

di antara bandar dan luar bandar 60

Page 11: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A : Carta Gantt

LAMPIRAN B : Borang soal selidik

LAMPIRAN C : Jadual Krejcie dan Morgan

LAMPIRAN D: Pengesahan soal selidik

LAMPIRAN E: Surat memohon kebenaran menjalankan kajian dari

EPRD dan JPNJ

LAMPIRAN F: Surat memohon kebenaran menjalankan kajian dari

sekolah

LAMPIRAN G: Laporan teknikal

Page 12: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

xi

SENARAI SINGKATAN

NOISH - National Institute for Occupational Safety and Health

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

OSHA - Occupational Safety and Health Act

JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

ERT -Ekonomi Rumah Tangga

KMT -Kemahiran Manipulatif Tambahan

KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia

OSH - Occupational Safety and Health

PERKESO -Pertubuhan Keselamatan Sosial

PdP -Pengajaran dan Pembelajaran

Page 13: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang dilaksanakan di sekolah

menengah adalah merupakan matapelajaran yang menekankan kemahiran asas secara

teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian

dengan penuh sistematik.

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada dua iaitu

bahagian teras dan pilihan. Bahagian teras terdiri daripada beberapa komponen iaitu

Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib

dipelajari oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan pula ialah Kemahiran

Manipulatif Tambahan (KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Secara

keseluruhanya matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah berkonsepkan hands

on dan secara tidak langsung ianya berkait rapat dengan penggunaan alatan dan bahan

serta kerja amali di bengkel. Bengkel adalah sebuah bilik yang mempunyai kelengkapan

peralatan dan bahan yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran (Zainudin & Rosini, 2010).

Segala kerja amali dan ujian yang dijalankan di dalam bengkel adalah

sebahagian daripada penterjemahan kepada teori dan formula yang disampaikan di

dalam sesi pembelajaran secara teori (Samsul, 2001). Proses pengajaran dan

Page 14: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

2

pembelajaran (PnP) di sekolah menuntut guru untuk mengkolaborasikan konten

pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bengkel secara holistik semasa proses

penerapan ilmu dijalankan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Zainudin

& Rosini, 2010). Di samping guru Kemahiran Hidup Bersepadu yang sediakala

mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kerja kayu dan logam, elektrik

dan elektronik, pertanian dan sebagainya, para guru Kemahiran Hidup Bersepadu juga

perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bengkel kerana

ketiadaan pembantu makmal sejak matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

diperkenalkan pada tahun 1991.

Pengetahuan tentang pengurusan bengkel adalah salah satu faktor yang

menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu. Kesalahan dan kemalangan di dalam sesuatu pekerjaan lebih banyak

dilakukan oleh mereka yang kurang mendapat latihan dalam bidang tugasnya (Longley,

1969). Setiap latihan yang dilalui dan dipelajari akan menghasilkan pembelajaran dari

segi kemahiran, ilmu dan sikap di mana pengamalan ilmu yang telah diperolehi akan

membawa ke arah kecemerlangan dan manfaat kepada pengamalnya (Charles, 1998).

Faktor ini amat penting kerana sekiranya bengkel tidak diurus dengan betul dan guru

Kemahiran Hidup Bersepadu kurang berpengetahuan tentang pengurusan bengkel akan

menyebabkan bengkel tidak dapat diselenggara dan diuruskan dengan berkesan (Asnul

Dahar & Nurul Faezah, 2011).

Pengurusan bengkel yang tidak mengikut standard operasi akan menyebabkan

berlakunya kecelakaan seperti kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Terdapat

pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan seperti faktor

persekitaran sosial, kesalahan manusia, tindakan tidak selamat, kemalangan dan

kecederaan (Heinrich, 1980). Pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu bukan

sahaja hanya tertumpu kepada aspek pengemaskinian peralatan selepas digunakan

malah ianya boleh disifatkan lebih menyeluruh di mana guru Kemahiran Hidup

Bersepadu perlu mendokumentasikan segala aktiviti di dalam bengkel termasuk

penyediaan informasi rasmi, bukti atau rekod perjalanan sesebuah makmal, maklumat

peralatan kelengkapan samada ianya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Page 15: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

3

atau pun tidak (Asnul Dahar & Nurul Faezah, 2011). Perkara tersebut penting dan perlu

dilakukan oleh guru Kemahiran Hidup Bersepadu kerana ianya akan memudahkan

proses penyelenggaraan, inventori audit dan tambah nilai kepada pengurusan makmal

yang sedia ada di sekolah.

Pendokumentasian dalam pengurusan bengkel yang lebih sistematik amat

penting kerana ianya akan menjadi rujukan perkembangan pengurusan dari semasa ke

semasa. Kaedah penyusunan alatan dan bahan menggunakan label adalah menjadi

keutamaan dalam pengurusan bengkel kerana ianya bersesuaian dan memudahkan

proses pemahaman para pelajar dalam menguruskan alatan dan bahan setelah

digunakan.

Pelajar dapat memahami dan mempelajari alatan dan bahan secara terus serta

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan pantas (Mohd

Hazwan, 2009). Guru perlu memainkan peranan dalam usaha merancang pengalaman

dan pembelajaran yang sejajar dengan keperluan keselamatan dan menyediakan ruang

serta peluang untuk para pelajar membina sikap yang positif terhadap keselamatan

mereka di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Aspek pengurusan bengkel ini

perlu dipraktikkan oleh semua guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu

terutama guru yang mengajar di sekolah menengah harian kerana keterlibatan

pelajarnya yang ramai dan memerlukan satu pengurusan yang lebih sistematik dan

teratur. Pengurusan bengkel di sekolah menengah kebangsaan harian kebiasaanya

dilakukan mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah ialah satu entiti, organisasi mahupun institusi yang melaksanakan

aktiviti mengurus, mengajar dan mendidik (Wagiman, 2002). Berdasarkan data KPM,

jumlah sekolah menengah kebangsaan harian di Malaysia pada masa kini adalah

sebanyak 2,350 buah dan semua sekolah tersebut ada menawarkan matapelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu. Setiap sekolah tersebut seharusnya menguruskan makmal

atau bengkel Kemahiran Hidup mengikut prosedur atau ketetapan yang telah ditetapkan

oleh pihak kementerian agar keselamatan bengkel terjamin untuk kegunaan para pelajar

dan ia selaras dengan Longley (1969) yang menyatakan bahawa wakil kepada majikan

Page 16: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

4

atau penyelia perlu tahu dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan

peraturan yang telah ditetapkan kepada sesebuah bengkel.

Dalam situasi di sekolah, pihak pentadbir dan guru perlu memastikan segala

aspek keselamatan di dalam bengkel dipatuhi agar ianya memenuhi kehendak dan

keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan bertepatan dengan konsep

“sekolah selamat”. Menurut The National Education Assosiation (1996) sekolah

selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta

tingkahlaku yang sihat serta dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan

pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibubapa dan masyarakat ke arah yang

lebih bermakna. Apabila persekitaran pembelajaran yang wujud di sekolah berada

ditahap yang membanggakan secara tidak langsung ianya akan mengubah persepsi

pelajar untuk minat dan suka datang ke sekolah.

Persepsi pelajar terhadap pengurusan dan amalan di dalam bengkel akan

memberi kesan terhadap kemajuan dan perkembangan dalam keputusan matapelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu. Motivasi dalaman boleh mendorong pelajar menjadi

tekun belajar bagi memenuhi keinginannya untuk memperolehi kepuasan dirinya

setelah berjaya mengikuti aktiviti-aktiviti tertentu (Suradi Salim,1987). Pengurusan

bengkel atau makmal yang dibuat mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh

pihak kementerian akan menimbulkan perasaan selamat dalam kalangan pelajar dan

menyebabkan rasa minat untuk hadir ke sekolah.

Sekolah yang berkesan mestilah sekolah yang selamat dan sekolah yang selamat

perlu menjadikan sekolah itu efektif (Mahmood, 1993). Sehubungan dengan itu perlu

diberi penekanan kepada aspek pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu yang

lebih sistematik dan tersusun agar minat pelajar untuk belajar akan sentiasa membugar

dari semasa ke semasa dan maju di masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat pelbagai potensi dan risiko bahaya yang boleh berlaku di dalam bengkel

Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Risiko tersebut berkemungkinan akan

Page 17: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

5

menyebabkan berlakunya kecederaan, kehilangan upaya mahupun kematian. Faktor

keselamatan perlu dititikberatkan dalam usaha untuk mengurangkan kadar jumlah

kemalangan yang berlaku di bengkel mahupun di tempat kerja. Keselamatan boleh

ditakrifkan sebagai kebebasan dari sebarang kecelakaan, kesakitan, kecederaan

mahupun ketakutan yang mana ianya perlu ditangani dan diambil berat oleh semua

pihak (Loganathan, 2008). Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk bertindak dan

mengumpul data bagi melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengurangkan

kadar kemalangan yang membabitkan pekerja (Kementerian Sumber Manusia, 2010).

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menangani masalah kemalangan ataupun

yang berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja namun kadar kemalangan di negara

kita masih berada ditahap yang agak membimbangkan.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2011) dalam laporan

berkaitan kemalangan pekerjaan mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut, kadar

kes kemalangan yang berlaku di sektor pekerjaan dan melibatkan kehilangan nyawa

dari tahun 2007-2010 menunjukkan sektor yang paling tinggi mencatat kadar

kemalangan di tempat kerja ialah di sektor pembinaan iaitu berjumlah 323 kes dan ia

bukan sahaja mencatat kadar yang tertinggi pada tahun 2010 malah berlaku pada setiap

tahun dari 2007 sehingga 2010. Ini diikuti dengan sektor pengilangan iaitu berjumlah

sebanyak 277 kes, kemudahan 63 kes dan yang terakhir sekali ialah sektor

perlombongan iaitu berjumlah 19 kes. Daripada jumlah tersebut, didapati kadar kes

kemalangan yang berlaku di sektor pengilangan masih berada ditahap yang tidak

menggerunkan namun ianya perlu penambahbaikkan dari semasa ke semasa dan

sekiranya berkemampuan ianya perlu disifarkan.

Kes kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan bukan

sahaja berlaku di dalam sektor pekerjaan, tetapi ia juga berlaku dalam kalangan pelajar

kejuruteraan di institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun diperingkat sekolah. Kesilapan

manusia dan kegagalan mesin untuk berfungsi adalah faktor penyumbang kepada

berlakunya kemalangan di bengkel (Kurniotis, 2001). Penggunaan mesin berkuasa

tinggi dan alatan tangan yang tajam serta berbahaya banyak digunakan oleh pelajar

pendidikan teknik dan vokasional dan perkara ini boleh menyumbang kepada

Page 18: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

6

penambahan kes kemalangan di bengkel (Buhari, 2008). Namun begitu kebanyakan

kemalangan yang berlaku di tempat kerja mahupun di institusi pendidikan dapat

dihindar dan dielakkan sekiranya para pelajar sentiasa mematuhi dan mengikuti

langkah-langkah atau standard operasi yang telah ditetapkan untuk memastikan

keselamatan mereka terjamin (A.Manan, 2003). Secara amnya, semua pelajar kursus

kejuruteraan di negara kita mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek keselamatan

dan kesihatan pekerjaan namun kemalangan di bengkel yang melibatkan pelajar

kejuruteraan masih lagi berlaku.

Pelbagai kes kecederaan yang biasa berlaku di bengkel sama ada di IPT

mahupun di sekolah (Che Juhan Negara, 2012). Berdasarkan laporan mesyuarat

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Bil 1/2010, statistik dari

tahun 2009 sehingga 2010 menunjukkan kes kemalangan yang biasa berlaku di bengkel

adalah terdiri daripada patah kaki akibat dihempap mesin, kaki cedera dan pengsan

(kaki terkena kiub konkrit), cedera di peha dan kaki (ditimpa acuan membuat seramik),

luka di jari (tidak mengenakan pin keselamatan yang terdapat di mesin pemampat).

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan keselamatan pelajar semasa di bengkel

sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan namun sifat yang tidak baik pada

manusia seperti kecuaian, degil, sambil lewa dan lain-lain menyumbang kepada punca

berlakunya kemalangan (John, 2010).

Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan yang berlaku di negara

kita, keperluan terhadap tenaga mahir amat diperlukan dan secara tidak langsung

penerapan ilmu, kefahaman dan pengetahuan tentang amalan keselamatan dalam

pekerjaan amat perlu diberi penekanan. Perkara ini telah diperjelaskan oleh pengerusi

Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH) di mana beliau menekankan agar

pihak majikan perlu meningkatkan kesedaran terhadap pekerjanya dan memberi

pendedahan mengenai Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) agar

sebarang risiko kemalangan dapat dikurangkan (Thye, 2009). Kemalangan yang berlaku

di tempat kerja mahupun di bengkel Kemahiran Hidup berkait rapat dengan cara

pengurusan perjalanan bengkel tersebut. Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel

Kemahiran Hidup Bersepadu amat penting untuk memperolehi keberkesanan serta

Page 19: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

7

menjamin keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Abd

Hamid, 1989). Ianya bersesuaian dengan matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

yang berteraskan praktikal dan merupakan komponen utama dalam pengajaran dan

pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon,

1989). Pengurusan bengkel yang baik bukan sahaja memberi kebaikan kepada guru

yang mengajar malah memudahkan pelajar selaku pengguna utama yang terlibat di

dalam aktiviti amali di bengkel (Abd Hamid, 1989).

Menurut Oh (2003) dalam kajianya yang telah dijalankan di Kedah, Perlis dan

Pulau Pinang mendapati bahawa hampir 62% guru yang mengajar matapelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki alatan dan

bahan yang dibekalkan oleh pihak kementerian dan sejumlah 64% guru mendakwa

bahawa mereka tidak mendapat sebarang latihan untuk mengurus bengkel Kemahiran

Hidup Bersepadu secara khusus. Terdapat beberapa kelemahan yang ketara dalam aspek

pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel sekolah di samping kurangnya

pengetahuan serta kemahiran guru dalam kerja penyelenggaraan juga merupakan salah

satu faktor penyebab mengapa amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran

Hidup Bersepadu di sekolah tidak diuruskan dengan berkesan dan sistematik (Sulong,

2000). Berdasarkan pernyataan yang telah dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa

faktor kemalangan dan keselamatan amat berkait rapat dengan amalan pengurusan

keselamatan bengkel yang tidak diurus dengan baik dan sistematik.

1.3 Penyataan Masalah

Amalan pengurusan keselamatan bengkel yang tidak teratur dan sistematik adalah salah

satu faktor penyumbang kepada berlakunya kes kemalangan di bengkel Kemahiran

Hidup Bersepadu. Kajian oleh Dilley dan Kleiner (1996) mendapati bahawa 85%

hingga 98% kecederaan di bengkel adalah berpunca daripada perbuatan tidak selamat

yang diamalkan oleh sesetengah individu yang cuai dan kebiasaanya kecuaian pula

boleh dikaitkan dengan kesedaran. Ini menunjukkan bahawa kesedaran tentang amalan

pengurusan keselamatan merupakan aspek penting dalam memastikan keselamatan di

Page 20: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

8

bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu terjamin. Masalah ini bertambah parah apabila

seramai 64% orang guru di sekolah yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu mendakwa mereka tidak mendapat latihan pengurusan keselamatan bengkel

secara khusus untuk mengendalikan pengurusan keselamatan bengkel yang sistematik

dan berkesan (Oh, 2003). Masalah ini dilihat bertambah kusut apabila tinjauan awal

mendapati pelajar tidak didedahkan dengan cara atau kaedah menyelamatkan nyawa

seperti penggunaan alat peti pertolongan cemas, teknik menggunakan alat pemadam api

dan latihan kebakaran semasa berada di bengkel. Peristiwa kemalangan bengkel yang

berlaku di sektor industri dan institusi pengajian tinggi memberikan kesedaran kepada

para pelajar terhadap pentingnya amalan pengurusan keselamatan bengkel yang

sistematik dan tersusun perlu diamalkan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa agar

tahap keselamatan di bengkel dapat dipertingkatkan. Oleh yang demikian satu kajian

perlu dijalankan bagi meninjau persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan

keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah harian di daerah

Batu Pahat dari aspek pengurusan keselamatan alatan dan bahan, keselamatan diri dan

rakan dan keselamatan am.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang disasarkan ialah:

i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan alatan

dan bahan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian

daerah Batu Pahat.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan diri

dan rakan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian

daerah Batu Pahat

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan am di

bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu

Pahat

Page 21: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

9

iv. Mengenalpasti perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran

Hidup di antara sekolah menengah kebangsaan harian bandar dan luar bandar

daerah Batu Pahat

1.5 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan, pengkaji telah mengutarakan beberapa

persoalan kajian iaitu:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan alatan dan

bahan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian

daerah Batu Pahat.

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan

di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu

Pahat.

iii. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan am di

bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu

Pahat.

iv. Adakah perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup

di antara sekolah menengah kebangsaan harian bandar dan luar bandar daerah

Batu Pahat

1.6 Hipotesis

i. Hipotesis null : Tidak terdapat perbezaan amalan pengurusan keselamatan di

antara pelajar bandar dan luar bandar

Hipotesis alternatif : Terdapat perbezaan amalan pengurusan keselamatan di

antara pelajar bandar dan luar bandar

Page 22: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

10

1.7 Kepentingan Kajian

Dalam usaha untuk merealisasikan kemalangan sifar secara holistik di bengkel semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, penekanan tentang aspek amalan

pengurusan keselamatan bengkel yang lebih sistematik dan efisyen perlu diterapkan ke

dalam sistem pengurusan sekolah. Amalan pengurusan keselamatan bengkel yang

sistematik dan efisyen akan memberikan kesan yang positif terhadap usaha

mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup.

Keselamatan merupakan suatu perkara asas yang bukan hanya perlu diterapkan ketika

melakukan kerja amali di bengkel malah ia juga penting untuk diamalkan serta

dipraktikkan semasa di alam pekerjaan. Melalui kajian yang dijalankan ini diharap

dapat:

i. Meningkatkan budaya kerja yang lebih baik serta menerapkan kesedaran tentang

kepentingan pengurusan bengkel yang sistematik dan teratur.

ii. Memberikan sumbangan dan panduan kepada pihak sekolah tentang proses

pengurusan, pengendalian dan penyelenggaraan serta keselamatan di bengkel

Kemahiran Hidup Bersepadu.

iii. Sebagai garis panduan, cadangan, memperbaiki kesilapan atau pendekatan yang

lebih baik, selamat dan teratur kepada pihak yang membaca kajian ini.

Page 23: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

11

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan persepsi pelajar tingkatan 2 tentang amalan pengurusan

keselamatan dari aspek :

i. Keselamatan alatan dan bahan

ii. Keselamatan diri dan rakan

iii. Keselamatan am

Skop kajian ini juga terhad iaitu hanya menggunakan instrumen soal selidik sahaja

dalam usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan di

lapangan.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan hanya di 4 buah sekolah menengah kebangsaan harian kategori

A, bandar dan luar bandar iaitu SMK Datin Onn Jaafar dan SMK Banang Jaya (kategori

bandar) dan SMK Dato Onn dan SMK Seri Gading (kategori luar bandar). Kajian ini

difokuskan kepada pelajar tingkatan 2 yang mengambil matapelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu sahaja dan tidak termasuk atau melibatkan pelajar lain-lain tingkatan.

Dapatan kajian amat bergantung kepada kejujuran respondan semasa menjawab borang

kajian.

1.10 Kerangka Kajian

Kerangka konsep kajian ini boleh dirujuk pada rajah 1.1 yang telah dibangunkan hasil

daripada objektif dan pernyataan masalah kajian ini. Rajah 1.1 ini bertujuan untuk

memberikan gambaran yang jelas mengenai persepsi pelajar terhadap amalan

pengurusan keselamatan di empat buah sekolah harian di daerah Batu Pahat.

Page 24: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

12

Rajah 1.1: Kerangka kajian

Kerangka konsep kajian ini menunjukkan pandangan keseluruhan kajian yang

dijalankan oleh pengkaji. Bermula daripada tiga konstruk amalan pengurusan

keselamatan di mana ianya mempunyai parameter-parameter yang digunakan untuk

memperincikan lagi kajian yang dijalankan. Konstruk yang dikenalpasti daripada tiga

amalan pengurusan keselamatan tersebut ialah amalan pengurusan keselamatan alatan

dan bahan, amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan dan amalan pengurusan

keselamatan am.

Keselamatan alatan dan bahan merupakan elemen utama dalam pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu melalui kerja amali di bengkel. Pengurusan alatan dan

bahan seperti memastikan penggunaan alatan dan bahan dengan teknik dan cara yang

betul tentunya akan membawa kepada hasil pemikiran yang kritis, kreatif dan analitis

(Hayward 2003; Sweeney 2003). Pelajar akan memahami fenomena dengan lebih

Keselamatan alatan dan bahan

Keselamatan am

Keselamatan diri dan rakan

Kualiti

keselamatan

pelajar di bengkel

KHB

Proses Output

Amalan

Pengurusan

keselamatan

Input

-Mengenal alatan

-Pastikan alatan selamat

dan bersih

-Gunakan alatan yg betul

-Menegur rakan

-Pakaian yg sesuai

-Dengar nasihat guru

-Memberi tumpuan

-Pastikan bengkel bersih

-gunakan alatan keselamatan yg sesuai

-keluar masuk dengan kebenaran

-ikut prosedur

Page 25: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

13

konkrit, berkesan dan lebih merasai serta yakin dengan konsep yang diperolehi jika

mereka dapat mengenali dan menggunakan alatan dan bahan yang lebih sempurna.

Selain daripada itu, ketiadaan alatan dan bahan juga boleh menyebabkan eksperimen

tidak dapat dijalankan. Manakala jika kuantiti alatan dan bahan yang diperlukan tidak

mencukupi, ia perlu dikongsi antara pelajar yang ramai dan ini akan menggangu

kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Mematuhi peraturan keselamatan diri dan rakan sekerja merupakan

tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap individu yang bekerja di bengkel. Cara

berpakaian dan tatacara kerja yang tidak betul merupakan penyebab berlakunya

kemalangan. Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dengan kerja yang dilakukan

seperti tidak terlalu ketat atau longgar, memakai sarung tangan yang sesuai dengan

kerja yang hendak dilakukan, memakai kasut keselamatan, memakai topi keselamatan

(jika perlu), memakai tali pinggan keselamatan (jika perlu). Selain itu penampilan diri

hendaklah sentiasa kemas, berambut pendek dan menjaga kebersihan diri. Kesilapan

manusia dan kegagalan mesin berfungsi dengan baik merupakan faktor berlakunya

kemalangan (Kurniotis, 2001). Sikap suka menegur sekiranya ada dikalangan rakan

yang melakukan kesilapan juga adalah salah satu faktor yang mampu mengurangkan

kadar kemalangan semasa melakukan kerja amali. Apabila tiada sikap tegur menegur di

antara sesama rakan, tumpuan pelajar lain akan terganggu kerana sikap segelintir pelajar

yang suka melanggar peraturan semasa berada di dalam bengkel.

Keselamatan am di bengkel berkait rapat dengan budaya kerja yang baik.

Amalan budaya yang baik adalah seperti mematuhi arahan dan prosedur yang

ditetapkan, sentiasa bertertib dan berdisiplin semasa bekerja, teliti dan

bertanggungjawab menggunakan peralatan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan,

memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas, menggunakan pelindung muka,

gogal atau cermin mata pelindung semasa menggerudi dan mencanai. Pelatih perlu

dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai-nilai positif seperti

berdisiplin, tekun dan berdedikasi (Mohd Anuar, 2008).

Pelajar juga perlu diberi penekanan agar tidak memakai sarung tangan ketika

menggunakan mesin yang berputar seperti mesin gerudi dan mesin pencanai serta

Page 26: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

14

memakai peralatan keselamatan tambahan atau khas apabila perlu seperti fon telinga

dan topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja yang terdedah pada bunyi

bising yang melampau atau udara yang kotor. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di

tempat kerja dapat dielakkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah keselamatan

(Muhammad A.Manan, 2003).

1.11 Definisi istilah

Definisi perkataan yang digunapakai di dalam kajian ini ialah seperti berikut:

a) Pengurusan Bengkel

Hoyle (1980) menyatakan bahawa pengurusan bengkel berkait rapat dengan

pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan bengkel Kemahiran Hidup.

Pengalaman dan pengetahuan akan memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan

pengurusan bengkel yang terkawal, tersusun, terancang dan bersistematik.

Menurut kajian ini pengurusan bengkel ialah cara guru atau pihak yang

menguruskan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dalam usaha untuk memastikan

keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel.

b) Keselamatan alatan dan bahan

Alatan dan bahan yang terdapat di dalam bengkel perlu diurus oleh guru yang

berpengetahuan kerana sekiranya diurus oleh guru yang tidak mempunyai pengetahuan

dalam pengurusan, ini akan mendatangkan masalah dan seterusnya bengkel akan berada

di dalam keadaan yang tidak terurus dan sistematik (Asnul Dahar & Nurul Faizah,

2011). Menurut pengkaji pengurusan keselamatan alatan dan bahan di bengkel adalah

berkaitan dengan pengetahuan tentang keadaan dan peralatan yang terdapat di bengkel

dari segi kuantitinya, penyelenggaraanya, cara mengendalikanya dan cara

menyimpannya agar sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan selamat.

Page 27: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

15

c) Keselamatan diri dan rakan

Hamdan (1994) semua yang terlibat dalam pengendalian bengkel mahupun makmal

mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat kerja, persekitaran dan orang lain

yang bekerja bersama mereka dan mereka perlu diberi peringatan, panduan, tatacara dan

pengendalian peralatan di bengkel dengan betul agar keselamatan semasa berada di

bengkel terjamin. Lazimnya menurut Laney (1982) menyatakan bahawa sikap cuai, tak

ambil peduli atau tidak mengambil berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan

serta disiplin yang lemah merupakan punca berlakunya kemalangan. Menurut pengkaji

keselamatan diri dan rakan ialah berkaitan dengan mematuhi arahan guru, memberi

tumpuan dan sentiasa mengambil perhatian sepenuhnya semasa berada di dalam

bengkel amali.

d) Keselamatan Am

Peraturan keselamatan di bengkel perlu diamalkan dari semasa ke semasa untuk

mengelakkan sebarang musibah dan kecelakaan serta menimbulkan perasaan

tanggungjawab dikalangan pengguna bengkel (Bakar, 1994). Di dalam kajian ini

pengkaji menjelaskan bahawa keselamatan am adalah berkaitan dengan aspek yang

perlu diberi penekanan dan perhatian dari semasa ke semasa bagi menimbulkan suasana

bengkel yang kondusif dan dapat mengelakkan dari sebarang bencana ataupun

kecelakaan semasa berada di dalam bengkel.

e) Bengkel Kemahiran Hidup

Bengkel Kemahiran Hidup ialah ruang bilik yang mempunyai pelbagai peralatan dan

bahan di mana aktiviti penggabungan pengajaran dan pembelajaran secara teori dan

praktikal akan berlaku (Zainudin & Rosini, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji

mendefinisikan bengkel sebagai bengkel yang berada di empat buah sekolah iaitu

bengkel SMK Datin Onn Jaafar, bengkel SMK Banang Jaya, bengkel SMK Dato Onn

dan bengkel SMK Seri Gading

Page 28: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

16

f) Sekolah menengah harian

Menurut Wagiman (2002), sekolah adalah satu entiti, organisasi mahupun institusi yang

melaksanakan aktiviti mengurus, mengajar dan mendidik. Terdapat pelbagai kategori

sekolah dalam sistem pendidikan di negara kita yang ditadbir oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Pengkaji mendefinisikan sekolah menengah harian sebagai sekolah yang tidak

menawarkan asrama untuk para pelajarnya dan mereka akan pulang ke rumah setiap

hari setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu subjek

teras bagi pelajar menengah atas dan rendah yang diajar adalah serupa sama ada sekolah

menengah harian mahupun sekolah berasrama penuh.

1.12 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan secara mendalam mengenai pengenalan, latar belakang

masalah yang ingin dikaji, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,

kepentingan kajian dan batasan kajian yang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini

mengkaji persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran

Hidup Bersepadu di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat. Selain itu, penyelidik

juga turut mengkaji adakah terdapat perbezaan di antara sekolah bandar dan luar bandar

terhadap amalan pengurusan keselamatan pelajar di bengkel. Pengkaji berharap dapatan

kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk memperbaiki sistem pengurusan

bengkel sedia ada agar keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel terjamin

dan terhindar dari sebarang bentuk kemalangan ataupun kecelakaan.

Page 29: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

17

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Sorotan kajian atau kajian literatur boleh didefinisikan sebagai satu penelitian atau

rujukan secara sistematik dan terperinci terhadap kajian yang telah dilakukan oleh

pengkaji yang terdahulu. Penelitian ini dijalankan ke atas dokumen-dokumen yang

mengandungi pelbagai maklumat, idea dan data-data yang akan membantu dalam usaha

untuk menyelesaikan kajian yang dijalankan. Maklumat atau data kajian lepas yang

berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan dikupas dan dibincangkan satu persatu

mengikut faktor yang dikaji. Kupasan dan perbincangan yang diutarakan disokong oleh

pendapat dan pandangan serta teori oleh tokoh-tokoh terdahulu yang pakar dalam

bidang-bidang tertentu. Perkara yang dibincangkan secara jelas adalah seperti berikut:

(i) Kajian lepas

(ii) Pengurusan bengkel

(iii) Keselamatan di bengkel

Page 30: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

18

2.2 Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan bengkel disertakan untuk

dijadikan panduan di dalam kajian ini.

2.2.1 Faktor kelengkapan alatan dan mesin di dalam bengkel dan kepentinganya

Pada masa kini perkembangan teknologi dalam sektor perindustrian terlalu pesat

membangun. Pelbagai peralatan dan kelengkapan mesin yang canggih telah dibina dan

digunakan di dalam sektor perindustrian, kilang dan bengkel pembuatan. Akibat

perkembangan teknologi tersebut, pengetahuan tentang fungsi dan cara mengendalikan

mesin amatlah perlu dikuasai oleh setiap pekerja. Pekerja kurang mahir dan kesalahan

mengendalikan mesin adalah punca menyebabkan berlakunya kemalangan di sektor

perindustrian (Saleh, 2002). Di sekolah pula pelajar menggunakan alatan dan mesin

untuk melakukan kerja amali dan ini akan mendatangkan risiko sekiranya langkah

keselamatan tidak diambil semasa melakukan aktiviti di dalam bengkel. Pelajar

menggunakan pelbagai peralatan mesin di bengkel dan ia berisiko tinggi untuk berlaku

kemalangan (Mustapha, 2000).

Langkah keselamatan perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana pengabaian

langkah keselamatan akan menyebabkan punca berlakunya kemalangan. Bagi

memastikan samada pelajar berupaya ataupun tidak untuk melakukan kerja yang

melibatkan penggunaan peralatan dan mesin di dalam bengkel pertama sekali peralatan

dan mesin perlu ditempatkan dikedudukan yang tetap dan tersusun. Setiap peralatan

perlu disediakan ruang khas mengikut jenis peralatan dan mesin agar ia mudah di

simpan, dicari, dikendalikan dan tidak hilang. Peralatan yang telah digunakan semasa

kerja amali perlu diletakkan di tempat asalnya agar sentiasa tersusun dan kemas

(Mustapha, 2000). Untuk meningkatkan kemahiran pelajar mengendalikan mesin yang

terdapat di dalam bengkel amat sukar diterapkan kerana banyak faktor yang

mempengaruhi di antaranya ialah keadaan fizikal bengkel yang kurang kondusif,

kekerapan mengendalikan mesin terlalu sedikit dan waktu latihan yang singkat adalah

Page 31: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

19

penyumbang kepada masalah ini. Pelajar perlu diberi latihan dan tunjuk ajar yang

secukupnya agar mereka mahir menggunakan mesin dan alatan yang ada di dalam

bengkel (Bunawan, 2007). Pekerja yang tidak mahir dalam bidang tugasnya akan kerap

melakukan kesilapan dan akan terdedah kepada kemalangan (Mohd Nor 2000). Beliau

mencadangkan agar setiap pekerja diberikan latihan yang sistematik untuk

meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran di dalam bidang tugas masing-masing.

Jika dilihat diperingkat antarabangsa sekalipun banyak program yang dijalankan oleh

Occupational Safety and Health Act (OSHA) untuk meningkatkan kesedaran tentang

keselamatan dalam pekerjaan (Charles, 2007). Begitu juga para pelajar yang

menjalankan latihan amali di bengkel sekolah perlu diberi latihan yang sewajarnya

bersesuaian dengan keperluan di sekolah.

Kelengkapan dan keperluan bengkel perlu diambil kira dan ianya mestilah

bersesuaian dengan keperluan kandungan pembelajaran. Keperluan dan kemudahan

peralatan di bengkel bergantung kepada kandungan program pengajaran di sekolah dan

kemudahan tersebut perlulah dikendalikan dengan sebaik mungkin agar ia berada di

dalam keadaan yang baik dan tidak menganggu semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan (Mohd Sidin, 1998). Semua peralatan dan mesin yang berada

di dalam bengkel mempunyai jangka hayat tertentu dan untuk mengekalkan ketahanan

jangka hayat mesin tersebut proses penyelenggaraan, baik pulih mesin, penyimpanan

alatan perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan di

dalam buku panduan penyelenggaraan (Khalid, 2002).

Penyediaan peralatan dan kelengkapan sebelum sesi kerja amali dijalankan akan

membuahkan hasil yang memberangsangkan (Saleh, 2002). Persediaan sebelum

memulakan kerja perlu diberi penekanan kerana sebelum memulakan kerja amali,

semua peralatan yang hendak digunakan perlu diperiksa terlebih dahulu sama ada

dalam keadaan yang baik atau tidak. Guru mestilah merancang pengalaman

pembelajaran yang sejajar dengan keselamatan murid dan menyediakan peluang untuk

mereka membina sikap yang wajar terhadap keselamatan (Hassan, 1977). Sekiranya

aspek persediaan awal tidak diambil peduli sebelum sesuatu kerja amali dilaksanakan,

berkemungkinan kemalangan boleh berlaku apabila kerja amali dijalankan. Sehubungan

Page 32: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

20

dengan itu pengurusan, penyelenggaran alatan dan bahan amat perlu dititikberatkan

agar sebarang musibah atau kemalangan di bengkel dapat dielakkan (Bakar, 1994).

2.2.2 Faktor pengurusan di dalam bengkel dan kepentinganya

Amalan pengurusan bengkel yang baik akan mewujudkan suasana dan ekosistem

bengkel yang kondusif, efektif dan efisyen. Efisyen bermaksud ianya berkait rapat

dengan input dan output di mana pekerja dapat melakukan kerja dengan betul (input)

akan membuahkan hasil yang setimpal (output) serta mampu mengurangkan kos

pengeluaran dalam usaha mencapai matlamat atau sasaran yang ditetapkan (Mustapha,

2000). Di bengkel sekolah guru teknikal atau guru yang mengajar matapelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan

bengkel terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru yang

terlibat secara langsung di dalam bengkel mestilah mempunyai pengetahuan yang

mendalam tentang sistem pengurusan bengkel yang efektif dan efisyen serta

bersistematik dalam pengendalianya. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang jitu dan

mendalam tentang pengurusan bengkel yang tersusun dan sistematik agar pengurusan

bengkel dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang terkandung di dalam buku

peraturan pengurusan (Mohd. Sidin, 1998).

Pelbagai model atau teori yang boleh dikaitkan dengan kompetensi guru dalam

pengurusan bengkel dan salah satunya ialah Model kompetensi Iceberg oleh Spencer &

Spencer (1993). Beliau mencadangkan senibina kecekapan individu merangkumi

kedua-dua pendekatan dan mendefinisikan mereka sebagai satu lapisan Iceberg, di

mana hanya lapisan atas paras air sahaja yang dapat dilihat melalui tingkahlakunya

seperti dalam rajah 2.1.

Page 33: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

21

Rajah 2.1: Model Kompetensi Iceberg, Spencer & Spencer (1993)

Lapisan pertama struktur kecekapan Iceberg adalah berkaitan dengan

pengetahuan dan kemahiran yang dapat dilihat. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah

berkaitan rapat dengan tugas dan kerja yang boleh dipelajari dalam kursus latihan

profesional dan teknikal serta pengalaman seseorang sama ada secara formal ataupun

tidak formal. Ianya juga boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik seseorang di

dalam sesuatu bidang pengkhususan. Namun begitu ciri-ciri peribadi dan nilai dalaman

seseorang amat sukar untuk dibangunkan kerana ianya bergantung kepada pelbagai

faktor persekitaran yang boleh mempengaruhinya. Konsep kendiri, motivasi dan nilai

dalaman seseorang guru amat bergantung kepada faktor luaran seperti kebergantungan

terhadap organisasi yang menguruskan sesuatu pengurusan.

Amalan di dalam sistem pengurusan bengkel yang baik perlu wujudnya

organisasi yang mengelolakan sistem tersebut. Organisasi yang dibangunkan akan

mengagihkan kerja-kerja pengurusan kepada mereka yang terlibat di dalam sistem

pengurusan bengkel di mana untuk mendapatkan hasil yang baik, pengagihan kerja di

Sifat

motivasi

Konsep kendiri

Sikap, Nilai

Bahagian permukaan: Mudah untuk dibina

atau dibangunkan

Personaliti Utama: sukar untuk dibina atau dibangunkan

Kemahiran

pengetahua

n

Konsep kendiri

Sifat

motivasi

Dapat dilihat

Tersembunyi

Page 34: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

22

dalam organisasi perlu dilakukan untuk kebaikan bersama (Mohd. Sidin, 1998).

Organisasi yang diwujudkan adalah merupakan nadi penggerak utama kepada

keberkesanan pengurusan di bengkel. Apabila organisasi tersebut dapat melaksanakan

tugas seperti yang telah diagihkan, secara tidak langsung segala tugas dan kerja yang

melibatkan bengkel akan dapat dilaksanakan (Wagiman, 2002). Kesan daripada itu,

kadar kemalangan di bengkel akan berkurangan kerana semua anggota organisasi

memainkan peranan yang sewajarnya semasa berada di dalam bengkel dan produktiviti

kerja akan meningkat. Lantaran itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali semasa

di dalam bengkel dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

2.2.3 Faktor persekitaran di dalam bengkel dan kepentinganya

Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting terhadap ekosistem dan

perkembangan prestasi pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di bengkel.

Persekitaran yang kondusif dan selamat akan mewujudkan suasana yang selesa kepada

pelajar dan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kedudukan

susunatur alatan dan mesin yang kemas di dalam bengkel dapat mengurangkan risiko

daripada berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan

sahaja dapat menjauhkan risiko kemalangan malah ia dapat meningkatkan lagi mutu

dan kecekapan pekerja (Buhari, 2008). Usaha untuk meningkatkan mutu persekitaran di

bengkel agar sentiasa berada ditahap yang memuaskan beberapa langkah telah

dicadangkan untuk penambahbaikkan iaitu:

(i) Serpihan logam yang berlebihan perlu dibersihkan dan jangan dibiarkan

bersepah di atas lantai dan di sekeliling tempat kerja sebaik sahaja

selesai kerja-kerja amali dijalankan.

(ii) Lantai perlu dibersihkan dan di mop sekiranya terdapat minyak atau gris

yang tertumpah kerana ianya akan menyebabkan lantai menjadi licin dan

mengundang bahaya kepada pengguna.

Page 35: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

23

(iii) Jangan membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas meja, lantai

ataupun di sekeliling ruang kerja setelah selesai digunakan kerana

dikhuatiri akan terlanggar, tersepak ataupun terpijak dan menyebabkan

kecederaan.

(iv) Pencahayaan dan pengudaraan yang baik di dalam bengkel perlu diberi

perhatian kerana udara dan cahaya yang mencukupi akan menyebabkan

keadaan di dalam bengkel berada di dalam keadaan yang selesa dan

kondusif.

(v) Rak dan tempat menyimpan peralatan perlu disediakan agar alatan

tangan dan bahan dapat disusun dengan kemas dan teratur.

(vi) Guru dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadaan persekitaran di

dalam bengkel sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat digunakan

oleh pelajar tanpa sebarang risiko yang boleh menyebabkan kemalangan

dan kecederaan.

Bengkel memerlukan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik serta terhindar

daripada segala perkara yang menggangu keselesaan persekitaran di dalam bengkel

seperti bising, gelap dan sebagainya (Mustapha, 2000). Perkara ini amat penting bagi

memastikan keselesaan untuk menjalankan kerja amali di dalam bengkel.

2.3 Pengurusan Bengkel

Pelbagai takrifan yang telah ditakrifkan oleh para ilmuan dan pakar berkaitan dengan

pengurusan. Pengurusan ialah satu aktiviti atau perjalanan pergerakan sesebuah

organisasi yang berkait rapat dengan kaedah, peraturan dan juga tanggungjawab serta

tugas-tugas yang diberikan kepada kakitangan (Wagiman, 2002). Dari aspek pendidikan

Page 36: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

24

pula, pengurusan ialah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat

dilaksanakan dengan sempurna tanpa gangguan. Bagi matapelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu pula, ianya merupakan tanggungjawab seorang guru teknikal yang akan

menguruskan segala keperluan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan

dijalankan agar bengkel berada di dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk

digunakan (Mohd Sidin, 1998).

Pengurusan adalah segala aktiviti yang melibatkan kerja-kerja merancang,

menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal aktiviti (Abd Hamid, 1989).

Ianya boleh berbentuk barangan atau perkhidmatan yang mampu memberi pulangan

atau kepuasan kepada pengguna dan dilakukan dengan cara yang ekonomi serta

berkesan. Pandangan ini selari dengan Sidin (1998) di mana beliau menegaskan bahawa

pengurusan ialah proses pembahagian tugas kepada seluruh anggota organisasi,

mengurus sumber, alatan dan kewangan supaya semua elemen tersebut berkaitan di

antara satu sama lain dan menjadi teguh di dalam organisasi tersebut. Di samping itu

pengurusan juga merupakan satu proses untuk mencapai matlamat dan objektif yang

disasarkan berdasarkan input dalam sesebuah organisasi seperti sumber ekonomi,

kakitangan, cara merancang, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan yang

bertujuan untuk mengeluarkan output sama ada dalam bentuk barangan ataupun

perkhidmatan.

2.3.1 Pengurusan keselamatan bahan dan alatan

Pengurusan bahan dan alatan di dalam bengkel adalah suatu perkara yang berkait rapat

dengan pengetahuan dan pengalaman seseorang di dalam mengendalikan sesebuah

bengkel. Pengetahuan tentang keadaan peralatan dan bahan tersebut, kuantitinya,

penyelengaraanya, cara mengendalikan dan cara penyimpananya amat perlu kerana

alatan dan bahan tersebut perlu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan selamat

untuk digunakan (Mohd Sidin, 1998). Pengurusan alatan dan bahan yang tidak

bersistematik akan menganggu proses perjalanan pengajaran dan pembelajaran dan

Page 37: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

75

RUJUKAN

A. Manan, M. Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali pelajar: Pengalaman

makmal pengujian petroleum. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi

Malaysia; 2003.

Abd Ghafar, M.N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor. Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia

Abd Hamid, Y. (1989). Pengurusan Woksyop, Petaling Jaya : IBS Buku

Aiken, L. S. (2003). Applied multiple regression/correlation analysis for the behavioral

sciences, 3rd ed. Hillsdale: Erlbaum.

Ary, Donald; Jacobs, Lucy Cheser; Razavieh, Asghar. (1985) Introduction to research

in education 3rd edition. New York: Holt, Rinehart, and Winston

Ashaari, O. (1996). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Asnul Dahar, M., & Nurul Faizah, S. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan

Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri

Selangor Dan Kuala Lumpur. Journal of Educational Management. 2011. 3: 1–

17.

Ayob, A. M. ( 2005 ). Kaedah penyelidikan sosioekonomi, Edisi ketiga. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakar, A.R. (2007). Jawatankuasa Basmi Kemalangan Pekerja Dibentuk. Dicapai pada

Febuari 12, 2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_m

alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive

Bond, T.G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental

measurement in the human sciences. (2nd ed.) Mahwah, N.J.: Erlbaum.

Page 38: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

76

Buhari, N. (2008). Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan

Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. Di capai pada Mac 3, 2011 dari :

http://eprints.utm.my/10905/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar.pdf

Bunawan, A. Tinjauan Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Pengurusan Bengkel

Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat,

Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2007.

Charles, A. W. (1998). Safety, Health And Environmental Protection. Boston Mass: Mc

Graw- Hill.

Charles,Y. J. (2007). Construction Safety and Health Factor at the industry Level.

Dicapai pada April 05, 2011 di

http://web.usm.my/jcdc/input/JCDC%20Vol%2012(2)/5_Charles%20(p.81-

99).pdf

Che Juhan Negara, R. Tahap Kesediaan Pelajar Politeknik Terhadap Keselamatan Di

Dalam Bengkel. Tesis Master, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; 2012.

Chua. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill,.

Cohen, R.J dan Swedlik, M.E. (2002). Psychological testing and measurement: an

introduction to test and measurement. Edisi ke-5. New York: McGraw-Hill.

Daud, A. (2003). Healthy Workplace Report November 2003 Government Printing

Johor Bahru. Occupational Health Unit Disease Control Division Ministry

Health Of Malaysia. Johor Bahru: NIOSH.

Dilley, H. dan Kleiner, B.H. (1996). Creating a Culture of Safety.Work Study. Vol.

45(3): pp. 5-8

Earl, B. (2008). The Basics of Social Research. Belmont, CA: Wadsworth (4th ed.)

Gay, L. R. dan Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis

and applications. Ed. ke-3. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.

Hamdan, H.,& Abd. Majid, Z. (1997). Keselamatan Makmal, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hamdan, H. (1994). Keselamatan Makmal. Edisi dua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Page 39: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

77

Hassan, S., Tan, G. S., Ta, K. M., Toh, K. T., Mohd Rafik, K., & H.S., G. (1977).

Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah (Cetakan Pe.). Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Hayward, D. 2003. Teaching and Assessing Practical Skills in Science. Cambridge:

Cambridge University Press.

Heinrich, H. W. Peterson D. And Ross. (1980). Industry Accident Prevention A Safety

Management Approach. New York: Mc Graw Publisher.

Hoyle, E. (1980). Pridesionlization & Deprotession In Education, New York: New

York of Education.

Jaafar (1988). Asas Pengurusan, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Jab, A. T. (2005). Perkembangan Kurikulum Teknik dan Vokasional, Putrajaya: Jabatan

Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2011). Kemalangan pekerjaan mengikut

sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada Mac 12, 2011, dari Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja:

http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_phocadownload

&view=category&id=81&Itemid=141&lang=ms

Jeanne, L. N. and Kate G. (2002). Building Robust Learning Environment In

Undergraduate Science, Technology, Engineering And Mathematics. San

Francisco: Jersy-Bass.

John, T. (2001). Occupational Safety and Health Management. Second Edition.

United Kingdom. Mcgraw Hill.

Kementerian Sumber Manusia. (2010).Wajibkan aspek keselamatan di tempat

kerja.Dicapai pada Febuari 15, 2011 dari Kementerian Sumber Malaysia:

http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=

1603&Itemid=558

Kerlinger, F. (1986). Foundations of Behavioral Research, 3rd edn. New York: Holt,

Rinehart, and Winston.

Page 40: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

78

Khalid, A. Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional yang Telah

di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi

Malaysia; 2002.

Konting, M.M (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Kurniotis,. (2001). Curriculum development in vocational and technical education

Planning, content and implementation (5th ed.) Allyn and Bacon.

Laney, D.H. (1982). Construction Safety Manual. New York.: National Highway

Traffic Safety Administration

Linacre, J. M. (2005). WINSTEPS: Multiple-choice, rating scale, and partial credit

Rasch analysis [computer software]. Chicago: MESA.

Lindbeck, R.J. (1986). General Industry And Technology. USA: Bennet and Mc Knight.

Lindberk, R.J. (1972). Practice Guide To Industrial & Education, New York: The

Center For Applied Research In Education

Loganathan, E. (2008): Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di

sebuah IKM. Dicapai pada Mac 2, 2011,dari ms. 14 di

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/EZRALOGAN

ATHANAP040087L2008TTP

Longley, Sir. (1969). Safety Education And Training. Safety On Construction Site.

London: The Institution Of Civil Engineering.

Mahmood, H. (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Md. Salleh, A. (1990). Pengurusan Industri, New York: John B. JJ Computer

Publication.

Mohd Anuar Abdul Rahman. (2008). Amalan peraturan keselamatan bengkel dalam

kalangan pelajar di sebuah Institut Kemahiran MARA. Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Page 41: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

79

Mohd. Hazwan, M. P. (2009). Hubungan Antara Faktor Pengetahuan Dengan Amalan

Pengurusan Makmal Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal

Kimpalan Arka Dan Gas. In N. Zainal Abidin, S. Abdul Kadir, & A. Kamis

(Eds.), Strategi Memperkasa Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Cetakan Pe.,

pp. 13–39). Penerbit Universiti Putra Malaysia

Mohd Nor, M. N. Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus amalan

bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : satu

tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2000.

Mohd. Sidin, S. (1998). Monograf Organisasi dan Pengurusan Bengkel. Skudai:

Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad A. Manan. (2003). Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali

pelajar: Pengalaman makmal pengujian petroleum. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mustapha, H. Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4 STP

(Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di Fakulti

Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti

Teknologi Malaysia; 2000.

Nair, N. K (1986). Purchasing & Material Management, New Delhi: Vikos Publishing

House PTV. LTD

National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States.

Newable, D., Cannon, R. (1989). Teaching Practical & Laboratory Classes, Asian

Industrial Training: 2(3), Page 18-21

Oh, S.K. Persepsi Guru-Guru Bengkel Terhadap Masalah Yang Dihadapi Dalam

Pengurusan Bengkel. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia;

(2003).

Pratt, D., (1980), Curriculum Design and Development. International Edition, USA :

Halcourt Brace Jovonarich.

R. Borg,W. & Gall,M.D. (1979), Educational Research ; An Introduction. 3rd Edition,

New York : Longman, h. 70

Page 42: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

80

Richard, S. Sharf (2001). Life’s Choices Problem And Solutions. Belmont USA:

Brooks/Cole Thomson Learning.

Roger, L. B. (2006). Safety And Health For Engineers. Second Edition.USA: John

Wiley And Sons Inc Hoboken New Jersey.

Russel, D.R. (1980). Modern Safety And Health Technology. Colombus: Charles E.

Merill Pub. Com.

Saleh, R. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Keselamatan Semasa Melakukan Kerja-

kerja Amali di Dalam Bengkel Automotif. Tesis Sarjana Muda.Universiti

Teknologi Malaysia; 2002.

Samsul, A. R. Perkaitan Antara Pengurusan Berkesan Dari Segi Kesediaan Pengurus

Makmal, Pengendalian Peralatan Dan Keadaan Persekitaran Dengan

Peningkatan Ciri-Ciri Keselamatan Di Makmal. Tesis Master, Kolej Universiti

Teknologi Tun Hussein Onn; 2001.

Sidin, R. (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta.

Spencer, L. M., & Spencer, S. (1993). Competence At Work : Models For Superior

Performance. John Wiley & Sons, Inc.

Strasser, M.K. Aaron, J.E and Bohn, R.C. (1980). Fundamentals Of Safety Education

(Third Edition). New York: Mc Millan Publishing Co. Inc.

Sulong, M.P. Tanggapan Guru-Guru Terhadap Kepentingan Penyenggaraan Bengkel

Di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : Satu Tinjauan. Tesis

Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2000.

Suradi Salim. Tinjauan sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar sekolah menengah

Negeri Selangor. Jurnal Pendidikan. 1997. 11: 77-90

Sweeney, A. E. & Paradis, J. A. 2003. Developing a Laboratory Model for the

Professional Preparation of Future Science Teachers: A Situated Cognition

Perspective. Research in Science Education. 34(2): 195–219.

Thye, L. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja.

Dicapai pada Mac 12,2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Page 43: AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL … · Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan

81

Tuckman, B.W. (1988) Conducting educational research (3rd ed.). San Diego:

Harcourt, Brace, Jovanovich.

Wagiman, Z. Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di

Sekolah-sekolah Daerah Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana Muda Universiti

Teknologi Malaysia; 2002.

Wiersma, W. (2000). “Research Methods in Education: 6th Edition. New York : Allyn

and Bacon

Woods, P.F. (1976). Fundamentals Of Welding Skills. London: The Mac Millan Press

Ltd.

Zainudin, A., & Rosini, A. Hubungan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu Dengan Persepsi Guru Terhadap Sokongan Pihak Pentadbir Sekolah.

Jurnal Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia, 2010. 1(1), 61–79.