relationship between employees’ competency and … · chandrakantan et al. (2013), hubungan...

6
JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018 EISBN: 978-967-16483-8-4 1 RELATIONSHIP BETWEEN EMPLOYEES’ COMPETENCY AND MANAGEMENT COMMITMENT TOWARDS EMERGENCY MANAGEMENT AT SELECTED BUILDING IN KUALA LUMPUR HUBUNGAN KOMPETENSI PEKERJA DENGAN KOMITMEN PENGURUSAN TERHADAP PENGURUSAN KECEMASAN DI SALAH SEBUAH BANGUNAN DI KUALA LUMPUR Mohd Zulkefli Rusli 1 & Siti Fardaniah Abdul Aziz 2 1 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, No. 21, Tingkat 1 & 2, Pusat Niaga Paya Keladi, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. 2 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Malaysia Accepted date: 03 September 2018 Published date:01 December 2018 To cite this document: Rusli, M. Z. & Aziz, S. F. A. (2018). Relationship between employees‟ competency and management commitment towards emergency management at selected building in Kuala Lumpur. Journal of Management, Business & Social Sciences Impact, 1, 1-6. ABSTRACT The aim of this research is to study and evaluate employees‟ competency relationship with management commitment towards emergency management in selected building at Kuala Lumpur City Centre. This study aimed to evaluate the competency of employees in terms of knowledge, skills and attitudes in emergency management and management's commitment toward emergency management comprising of prevention, preparedness, response, and recovery phases. A total of 95 respondents were selected using random sampling method. Data collected were analysed using descriptive analysis including mean, frequency and percentage and correlation. Summary and conclusions of this study showed that the level of competency among employees is at a moderate level, while the level of management commitment is at a high level. There is a significant relationship between emergency management and employees‟ competency and management commitment. Keywords: Emergency Management, Competency, Commitment, Worker Competency, Management Commitment

Upload: ngoque

Post on 04-May-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

1

RELATIONSHIP BETWEEN EMPLOYEES’ COMPETENCY AND

MANAGEMENT COMMITMENT TOWARDS EMERGENCY MANAGEMENT AT SELECTED BUILDING IN KUALA LUMPUR

HUBUNGAN KOMPETENSI PEKERJA DENGAN KOMITMEN PENGURUSAN TERHADAP PENGURUSAN KECEMASAN DI

SALAH SEBUAH BANGUNAN DI KUALA LUMPUR

Mohd Zulkefli Rusli1 & Siti Fardaniah Abdul Aziz2

1Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, No. 21, Tingkat 1 & 2, Pusat Niaga Paya Keladi, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. 2Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Malaysia

Accepted date: 03 September 2018

Published date:01 December 2018 To cite this document: Rusli, M. Z. & Aziz, S. F. A. (2018). Relationship between employees‟ competency and management commitment towards emergency management at selected building in Kuala Lumpur. Journal of Management, Business & Social Sciences Impact, 1, 1-6.

ABSTRACT

The aim of this research is to study and evaluate employees‟ competency relationship with management commitment towards emergency management in selected building at Kuala Lumpur City Centre. This study aimed to evaluate the competency of employees in terms of knowledge, skills and attitudes in emergency management and management's commitment toward emergency management comprising of prevention, preparedness, response, and recovery phases. A total of 95 respondents were selected using random sampling method. Data collected were analysed using descriptive analysis including mean, frequency and percentage and correlation. Summary and conclusions of this study showed that the level of competency among employees is at a moderate level, while the level of management commitment is at a high level. There is a significant relationship between emergency management and employees‟ competency and management commitment.

Keywords: Emergency Management, Competency, Commitment, Worker Competency, Management Commitment

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menilai hubungan kompetensi pekerja dengan komitmen pengurusan terhadap pengurusan kecemasan di salah sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap kompetensi pekerja dari segi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pengurusan kecemasan dan komitmen pengurusan terhadap pengurusan kecemasan berdasarkan fasa pencegahan, persediaan, tindakan dan pemulihan. Sejumlah 95 orang dipilih secara rawak di kalangan pekerja pelbagai latar belakang jawatan. Data yang telah dikumpulkan telah diproses secara deskriptif berdasarkan skor min, kekerapan dan peratusan serta korelasi. Rumusan dan kesimpulan dari dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pekerja berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap komitmen pengurusan pula berada pada tahap yang tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan terhadap pengurusan kecemasan terhadap kompetensi pekerja dengan komitmen pengurusan.

Kata Kunci: Pengurusan Kecemasan, Kompetensi, Komitmen, Kompetensi Pekerja, Komitmen Pengurusan

PENGENALAN

Dasar Keselamatan yang diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia sudah cukup untuk sesuatu organisasi mengamalkan dasar yang sudah digariskan sama ada organisasi awam atau swasta. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], Seksyen 31 telah menerangkan fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang mana mengkehendaki sesuatu organisasi perlu menubuhkan Jawatankuasa dan membuat satu dasar keselamatan yang sesuai untuk organisasi mereka. Dalam menguatkuasakan dasar keselamatan, pihak majikan harus menyediakan beberapa perkara dari segi pengurusan keselamatan yang efektif seperti pelan tindakan kecemasan, manual keselmatan dan kesihatan pekerjaan, Jawatankuasa Keselamatan dan Pekerjaan sepertimana yang disyorkan oleh Ahmad Fauzi Hassan (1998) tentang tanggungjawab majikan di bawah Akta 514 ini yang mana majikan yang mempunyai pekerja 40 orang atau lebih, atau bila diarahkan oleh Ketua Pengarah JKKP perlu membentuk jawatankuasa keselamatan dan kesihatan antara pihak majikan dengan pihak pekerja. Jawatankuasa ini hendaklah menyediakan satu forum perbincangan atau erti kata lain mesyuarat berkala antara pengurusan dengan pekerja untuk berkongsi kemahiran, pengalaman dan masalah dalam membantu organisasi mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Secara umumnya, pengurusan kecemasan adalah satu perkara yang harus ditekankan dan penting kepada organisasi. Pengurusan kecemasan yang efektif akan membantu organisasi menyediakan dokumen yang mengenalpasti kecemasan yang perlu diuruskan. Manakala pelan membantu untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk kecemasan. Chandrakantan et al. (2013) merasakan pengurusan kecemasan adalah merangkumi polisi, strategi, prosedur dan aktiviti organisasi bagi mengukuhkan lagi aspek keselamatan pekerja.

KAJIAN LITERATUR

Pentingnya latihan kepada pekerja bagi menghadapi kecemasan adalah kerana mereka sebahagian entiti dalam bangunan yang perlu diuruskan. Durishah et al. (2004) menekankan betapa pentingnya aspek pengurusan kecemasan supaya maklumbalas kekuatan dan kelemahan dapat dikemaskini agar prosedur dan polisi jelas dan selari dengan kekuatan dan kelemahan yang telah dikenalpasti. Ini akan membantu pihak pengurusan melaksanakan pengurusan kecemasan yang dinamik

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

3

JKKP ada menggariskan pelaksanaan fire drill perlu sentiasa dilaksanakan agar pekerja lebih memahami bagaimana untuk bertindak dalam sebarang bentuk kecemasan yang berlaku tanpa diduga. Latihan fire drill yang kerap akan memberikan satu impak yang positif kepada kompetensi pekerja supaya mereka lebih peka dan mudah untuk berkomunikasi tentang pengurusan kecemasan antara satu sama lain.

Pengurusan kecemasan yang berkesan memerlukan elemen seperti komitmen daripada pengurusan, penglibatan pekerja, analisis persekitaran kerja, pencegahan dan kawalan hazard dan latihan yang bersesuaian dan memenuhi pengetahuan, kemahiran dan sikap pekerja terhadap aspek pengurusan kecemasan Gustin (2008).

Model Pengurusan Kecemasan

Model pengurusan kecemasan telah dibincangkan secara menyeluruh dengan pelbagai definisi. Pelbagai negara juga membuktikan wujud pengurusan kecemasan yang sistematik sebagaimana yang digambarkan Canos et al. (2013) pengurusan kecemasan di beberapa buah negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Jepun boleh dijadikan contoh atau panduan untuk syarikat-syarikat di Malaysia mempunyai pengurusan kecemasan tersendiri. Sebagai contoh Negara Jepun sentiasa kehadapan dalam pengurusan kecemasan dan mereka sentiasa bersiap sedia dalam sebarang situasi bencana dan kecemasan dengan teknologi dan persediaan yang lengkap. (FEMA, 2006) pula mencadangkan lima fasa iaitu pencegahan, persediaan, tindakan, pemulihan dan mitigasi. Ini berbeza dengan Federal Highway Administration (FHWA) pula melaksana pengurusan kecemasan kepada perlindungan, persediaan, tindakan dan pemulihan. Saint Paul, Arizona, NCHRP dan Caldwell Country mempunyai empat fasa mitigasi, persediaan, tindakan dan pemulihan. Jika dilihat daripada semua model yang dikenalpasti banyak perbezaan yang dikenalpasti di setiap fasa pengurusan kecemasan. Daripada model-model tersebut model E. Baird (2010) adalah dikenalpasti sebagai model kajian yang akan menggambarkan tentang pencegahan, persediaan, tindakan dan pemulihan kerana bangunan ini mempunyai pelbagai jenis pejabat dan fungsi setiap bilik yang ada. Sehubungan dengna itu, kompetensi pekerja harus dinilai bagaimana mereka dapat mengurus kecemasan dengan baik dan keperluan latihan yang sesuai dapat dikenalpasti oleh pihak pengurusan. Berikut adalah model E. Baird (2010) yang akan digunakan untuk kajian ini.

Rekabentuk Kerangka

Satu ringkasan model yang bersesuaian telah dibina untuk menunjukkan perkaitan hubungan antara kompetensi pekerja dengan komitmen pengurusan terhadap pengurusan kecemasan yang dibentuk berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan. Dalam kerangka model yang dibina ini, komitmen pengurusan adalah pembolehubah bebas dan kompetensi pekerja pembolehubah meditasi dan pekerja adalah pembolehubah bersandar. Model kerangka konseptual ini adalah seperti dalam Rajah 2.

DAPATAN KAJIAN

Nilai korelasi Kompetensi Pekerja dengan Komitmen Pengurusan aspek pengetahuan adalah nilai r = 0.290 signifikan dengan nilai (p = 0.004 < 0.01) menunjukkan berada pada kekuatan hubungan korelasi yang lemah, manakala bagi dimensi aspek kemahiran pula adalah r = 0.353 signifikan dengan nilai (p = 0.000 < 0.01) juga menunjukkan kekuatan korelasi yang lemah. Bagi aspek hubungan dimensi sikap sahaja yang menunjukkan nilai korelasi yang sederhana dengan nilai r = 0.594 signifikan dengan nilai (p = 0.000 < 0.01). Ini jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga dimensi tersebut mempunyai hubungan dengan komitmen pengurusan iaitu dengan nilai signifikan yang diperolehi berada pada aras keertian 0.01 yang menjelaskan terdapat hubungan yang signifikan. Secara keseluruhan pula antara komitmen pengurusan dengan keseluruhan kompetensi pekerja iaitu menjelaskan

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

4

nilai r = 0.436 signifikan dengan nilai (p = 0.000 < 0.01) seperti jadual 4.11 iaitu mempunyai hubungan yang sederhana pada aras keertian 0.01. Berikut adalah keputusan korelasi bagi setiap dimensi dan keseluruhan dimensi yang terlibat seperti Jadual 1 dan Jadual 2(Jadual 4.13).

Jadual 1: Keputusan Korelasi Antara Komitmen Pengurusan dengan Setiap Dimensi Kompetensi Pekerja Terhadap Pengurusan Kecemasan

Dimensi Pengetahuan Kemahiran Sikap

Komitmen Pengurusan

r 0.290** 0.353** 0.594**

Sig. 2 tailed 0.000 0.000 0.000

Jadual 2: Keputusan Keseluruhan Korelasi Antara Komitmen Pengurusan dengan Kompetensi Pekerja Terhadap Pengurusan Kecemasan

Dimensi Kompetensi Pekerja

Komitmen Pengurusan

r 0.436**

Sig. 2 tailed 0.000

Rajah 1: Model Empat Fasa dalam Pengurusan Kecemasan E. Baird (2010)

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

5

Kompetensi Pekerja

Rajah 2: Impak Kerangka Konseptual dan Teorikal

RUMUSAN

Secara menyeluruh, kajian ini telah mencapai objektif untuk melihat kompetensi dan hubungannya kepada komitmen pengurusan terhadap pengurusan kecemasan yang efektif di kalangan pekerja pejabat. Hasil kajian yang berbeza dapat menyumbang kepada pertambahan literatur dalam bidang teori dan model pengurusan kecemasan. Para penyelidik akan datang dapat menggunakan dapatan kajian ini untuk dijadikan sebagai sumber rujukan untuk kajian lanjutan jika ada yang berminat. Sokongan pihak organisasi terutamanya daripada pihak pengurusan sangat positif dan membantu kepada kompetensi pekerja untuk lebih berusaha untuk meningkatkan kompetensi dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang lebih baik. Secara umumnya, kajian ini telah memberi satu pendekatan yang berbeza dalam aplikasi teori pengurusan kecemasan.

RUJUKAN

Chandrakantan et al. (2013), Hubungan Amalan Pengurusan Keselamatan dengan Pematuhan Keselamatan Pekerjaan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jurnal Pengurusan, 37, 133-142.

Durrishah Idrus, Hadmidah Ab. Rahman, Hapriza Ashari, Fadilah Zaini, Rossilah Jamil dan Sharizatul Noorizwan Muktar (2004). Level of Awareness of UTM Staff On Occupational Safety and Healthy At The Work Place. FPPSM, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Baird E. (2010), The “Phases” of Emergency Management, Intermodal Freight Transportation Institute, University of Memphis.

FEMA (2006), Disaster Declaration Joseph F. Gustin (2008), Safety Management: A Guide for Facility Managers, Taylor & Francis Distibutor, CRC

Press. Jose H. Canos et. al. (2013), Improving emergency plans management with SAGA, Technological Forecasting &

Social Change 80, 1868-1876. Li Jianfeng (2009), Emergency Response Plans Assessment Based on Stochastic Markov Traffic Flow Model,

International Conference on Transportation Engineering (ICTE), 7-12. Mark Bromann (2011), Fire Protection For Commercial Facilities, Taylor & Francis Distibutor, CRC Press.

STAF

Pengurusan Kecemasan

- Pencegahan

- Persediaan

- Tindakan

- Pemulihan

Pengetahuan

Kemahiran

Sikap - ERT - AJK

OSH - Staf

Biasa

Komitmen Pengurusan

JOURNAL OF MANAGEMENT, BUSINESS & SOCIAL SCIENCES IMPACT VOLUME/YEAR: 1/2018

EISBN: 978-967-16483-8-4

6

Mustazar dan Ho Shu Peng (2009), Keberkesanan Latihan Keselamatan dan Kesihatan Dalam Mengurangkan Kemalangan Di Tempat Kerja, Prosiding PERKEM IV, JILID 2, 293-324.

Sacuta et. al (2013), Emergency Response Planning: An Example of International Collaboration in CCS Community Outreach and Project Development, Energy Procedia Journal. 37, 7388-7394.

Star Metro bertarikh 28 September 2012, Media Resources Factory‟s Inaugural Event Includes Talks and fun Activities dicapai pada 2 Februari 2015.