alatan mengapit dan menyangga

Upload: ezzaidah-sazali

Post on 12-Jul-2015

539 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1. Pengenalan - Ketika proses kerja pemasangan, alatan khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda kerja. - Peralatan ini direka khas untuk jenis pemasangan yang tertentu. - Antara peralatannya ialah ragum meja, apit G, apit F, apit F dan lain-lain.

2. Ragum Meja - Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam. - Ragum meja dilapik dengan kayu pada rahangnya. - Ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga permukaan kerja. - Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.

Ragum Besi

Ragum Kayu

3. Apit G dan apit F. - Pemidang apit G dan apit F diperbuat daripada bahan keluli. - Saiz apit G dan apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang. - Kegunaan apit G dan apit F adalah untuk memegang kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat atau digergaji. - Apit G digunakan digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja untuk melindungi permukaan benda kerja.

Apit F

Apit G

4. Apit Panjang. - Diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6 meter, 1.2 meter, 1.5 meter dan 1.8 meter. - Ia digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap,

perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

Apit Panjang

5. Apit Rencong - Diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan. - Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggan rencong apabila hendak diglu atau dipakukan dalam pemasangan kerangka gambar.

Apit rencong

6. Kakak Tua - Digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya. - Biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm. - Kakak tua terdiri daripada lengan, rivet, rahang dan kuku.

Kakaktua

ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA

PENGENALAN ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA Ketika proses kerja pemasangan, alatan khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda kerja supaya kerja dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Peralatan ini direka khas untuk jenis pemasangan yang tertentu. Antara alat mengapit dan menyangga yang terdapat dalam folio ini adalah seperti berikut; Ragum meja Apit g Apit F Apit panjang Apit rencong Kakatua RAGUM MEJA

Gambar 1 : Ragum meja besi Ragum meja diperbuat daripada besi tuangan dalam beberapa saiz dan bentuk. Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam. Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa kerja mengergaji, mengetam kayu, mengerudi dan sebagainya. Berikut merupakan gambar bahagian-bahagian ragum meja.

gambar 2 : bahagian-bahagian ragum meja

Ragum meja dilapik dengan kayu pada rahangnya. Manakala ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga permukaan kerja. Berikut merupakan bahagian-bahagian ragum meja dan fungsinya; Nama Bahagian Rahang Pemegang Andas Fungsi Memegang bahan yang hendak dikerjakan. Mengawal kedudukan andas. Mengetatkan cengkaman apabila memegang bahan yang hendak dikerjakan.

Jadual 1 : Bahagian ragum meja dan fungsinya APIT G

Gambar 3 : Apit G Apit G diperbuat daripada besi tuangan berbentuk G. Dinamakan apit G kerana bentuknya yang menyerupai huruf G. Saiz apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang. Kegunaan apit G adalah untuk memegang kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat atau digergaji. Apit G digunakan digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja untuk melindungi permukaan benda kerja. Berikut merupakan bahagian-bahagian apit G. APIT F

Gambar 6 : Apit F Apit F dikenali juga sebagai apit pendek. Ia dinamakan apit f kerana bentuknya yang menyerupai huruf F. Sama seperti apit g, apit F juga diperbuat daripada besi tuangan dan saiz apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang. Biasanya apit F berukuran 150 mm, 300 mm dan 450 mm sahaja. Kegunaannya ialah merapatkan tanggam dan kerja-kerja lain yang lebarnya tidak melebihi panjang apit. Pendek kata, apit F digunakan dalam kerja pemasangan tanggam bagi saiz kayu yang pendek. APIT PANJANG Diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6 meter, 1.2 meter, 1.5 meter dan 1.8 meter. Ia digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

Gambar 7 : Apit panjang Apabila melakukan pengapitan, sekeping kayu hendaklah dilapikkan diantara blok apit dengan bahagian kayu yang dikerjakan supaya mencegah kesan kecatatan berlaku pada tepi kayu. APIT RENCONG

Gambar 8 : Apit rencong Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan. Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan dalam pemasangan kerangka gambar. KAKATUA

Gambar 9 : Kakatua Dinamakan kakatua kerana muncungnya yang menyerupai paruh burung kakak tua. Digunakan untuk mencabut paku, mengeluarkan paku dan memotong dawai. Biasanya

bersaiz antara 125mm hingga 300mm. Kakak tua terdiri daripada lengan, rivet, rahang dan kuku. Benda kerja kayu mungkin mengalami kerosakan apabila digunakan untuk mencabut paku, oleh itu sekeping kayu alas hendaklah digunakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan.