alatan dan ukuran elektrik

23
ALATAN DAN UKURAN ELEKTRIK 1. AM Kebanyakan alatan-alatan dan meter diasaskan kepasa prinsip magnetic atau arohan elektro-magnet. Terdapat juga alatan-alatan yang lain yang menggunakan kesan kimia pemanasan dan elektrostatik, masing-masing mempunyai kegunaan yang tersendiri. 2. BACAAN METER Dengan jarum penunjuk menunjuk pada garis sekil tetap, tidaklah menjadi masaalah untuk membuat bacaan dengan memandang tepat di atas jarum dan bukan menyerong. Gambarajah 1a membaca 1 ampiar dan gambarajah 1b membaca 35V. Jika bacaan diambil tidak tepat di atas jarum penunjuk, kesilapan parallex akan berlaku. Apabila jarum menunjuk diantara dua garisan sekil, penelitian adalah diperlukan. Dalam gambarajah 1c bacaannya ialah 67V. Penelitian yang lebih patut juga diberi apabila membaca meter Kilowatt-Hour jenis lama untuk membaca jumlah kuasa yang digunakan. Seperti yang dapat dilihat dalam gambarajah 1d, bacaannya ialah 2753.54 KWh. Trend alatan pada masa kini adalah lebih mudah lagi iaitu jenis elektronik digital. Tiap-tiap angka diasaskan kepada tujuh bahagian yang terpisah. Bahagian-bahagian ini dinyalakan berasingan oleh electronic light emitting diode (liquid crystal displays) untuk menjadikan angka dalam bentuk empat segi. 3. JANGKA ARUS DAN JANGKA VOLTAN Alatan biasa yang digunakan untuk mengukur arus dan voltan adalah sama pada prinsipnya dimana pasangan berkadar dengan arus yang melalui alatan itu. Meter ini ialah jangkarus, tetapi untuk jangkavoltan pula sekil

Upload: mohamad-syukri-abd-rahaman

Post on 07-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Alatan Dan Ukuran Elektrik

TRANSCRIPT

ALATAN DAN UKURAN ELEKTRIK

PAGE 6

ALATAN DAN UKURAN ELEKTRIK

1. AM

Kebanyakan alatan-alatan dan meter diasaskan kepasa prinsip magnetic atau arohan elektro-magnet. Terdapat juga alatan-alatan yang lain yang menggunakan kesan kimia pemanasan dan elektrostatik, masing-masing mempunyai kegunaan yang tersendiri.

2. BACAAN METERDengan jarum penunjuk menunjuk pada garis sekil tetap, tidaklah menjadi masaalah untuk membuat bacaan dengan memandang tepat di atas jarum dan bukan menyerong. Gambarajah 1a membaca 1 ampiar dan gambarajah 1b membaca 35V. Jika bacaan diambil tidak tepat di atas jarum penunjuk, kesilapan parallex akan berlaku. Apabila jarum menunjuk diantara dua garisan sekil, penelitian adalah diperlukan.

Dalam gambarajah 1c bacaannya ialah 67V. Penelitian yang lebih patut juga diberi apabila membaca meter Kilowatt-Hour jenis lama untuk membaca jumlah kuasa yang digunakan. Seperti yang dapat dilihat dalam gambarajah 1d, bacaannya ialah 2753.54 KWh. Trend alatan pada masa kini adalah lebih mudah lagi iaitu jenis elektronik digital. Tiap-tiap angka diasaskan kepada tujuh bahagian yang terpisah. Bahagian-bahagian ini dinyalakan berasingan oleh electronic light emitting diode (liquid crystal displays) untuk menjadikan angka dalam bentuk empat segi.

3. JANGKA ARUS DAN JANGKA VOLTANAlatan biasa yang digunakan untuk mengukur arus dan voltan adalah sama pada prinsipnya dimana pasangan berkadar dengan arus yang melalui alatan itu. Meter ini ialah jangkarus, tetapi untuk jangkavoltan pula sekil untuk membaca bacaan berkadar dengan voltan pada alatan itu.

4. JENIS-JENIS ALATAN YANG DIGUNAKANa. Besi bergerak sesuai untuk DC dan AC

b. Gegelong bergerak magnet tetap sesuai untuk DC sahaja

c. Gegelong bergerak jenis Dynamometer sesuai untuk DC dan AC

d. Elektrostatik untuk jangka voltan AC dan DC

e. Arohan sesuai untuk AC sahaja

f. Dawai panas dan Thermo-couple sesuai untuk AC dan DC

Perhatian Gegelong bergerak magnet tetap boleh digunakan pada AC asalkan dilengkapkan dengan alaterus.

5. ALATAN BESI BERGERAK (MOVING IRON)Alat jenis ini biasa digunakan di kilang memandangkan harganya yang murah dan ketahanannya. Walaupun sesuai digunakan pada AC dan DC tetapi kegunaannya lebih kepada AC. Terdapat dua jenis alatan besi bergerak jenis tarikan dan jenis penolakan dimana jenis penolakan lebih banyak digunakan daripada jenis tarikan.

6. JENIS PENOLAKAN (REPULSION TYPE)Gegelong dawai dililit pada pembentuk silinder tanpa magnetic membawa arus dalam alatan ini. Satu besi bengkok soft atau mumetal ditentuletak di dalam pembentuk bobbin dan dimagnetkan apabila arus memasuki gegelong. Besi bengkok yang lain pula dipasang pada sepindal yang bergerak mamaksi melalui gegelong, dan dalam keadaan tidak bergerak, ia berada dekat dengan besi yang ditentuletak.

Penolakan berlaku diantara dua besi, menyebabkan besi bergerak membuat pergerakan pusing disepindal dalam arah jam. Satu jarum penunjuk dipasang pada sepindal supaya pergerakan ditunjukkan pada sekil. Kawalan pergerakan ialah dengan spring rerambut apabila diguna dalam sebarang kedudukan atau menggunakan berat pengimbang apabila operasinya dalam kedudukan menegak.

Satu alat damping adalah perlu untuk mengelakkan pembuaian jarum penunjuk dan ia mengandungi aluminium vane fitting yang dekat dengan ruang angin. Penolakan besi-besi ini berkadar dengan gandadua arus dengan itu sekilnya tidak rata dimana terlalu rapat untuk bacaan rendah dan renggang untuk bacaan tinggi pula.

Besi-besi ini boleh dibentuk dan diatur supaya sekilnya merenggang sedikit untuk bacaan arus rendah. Jika arah arus melalui gegelong bertukar, polar kedua-dua besi turut bertukar dan penolakan berlaku kearah yang sama. Oleh yang demikian alatan ini boleh digunakan pada arus terus dan juga arus ulangalik.

Alat besi bergerak lebih murah dan tahan daripada alat gegelong bergerak, tetapi ketepatannya adalah berlainan. Kuasa yang digunakan oleh alat ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan alat gegelong bergerak.

7. JENIS PENARIKANApabila arus terus melalui gegelong dawai insulated medan magnet dihasilkan yang mana boleh menarik ketul-ketul besi atau logam ke dalam gegelong. Satu bilah besi lembut yang dipangsi agar boleh berpusing menuju gegelong magnet apabila arus melalui gegelong itu. Satu jarum penunjuk ditentuletakkan pada bilah dan menunjuk di atas sekil yang sesuai. Kawalan dan damping adalah sama dengan alat jenis penolakan dimana sekilnya tidak rata. Alat ini boleh digunakan pada arus terus dan juga arus ulangalik.

8. SEBAB-SEBAB SELISEHa. Medan Magnet Kesasar Oleh kerana pesongan berkadar medan magnet yang dihasilkan didalam gegelong, uratdaya magnet berpunca dari luar boleh memberi kesan pada pesongan. Seliseh-seliseh seperti ini boleh dikurangkan dengan cara magnetic screening yang sesuai pada pesawat.

b. Histerisis walaupun dengan pengunaan besi yang paling sesuai, terdapat juga sedikit histerisis yang menyebabkan bacaan berubah-ubah. Seliseh yang berpunca dari histerisis boleh direndahkan dengan merekabentuk angker agar ia tidak terlalu besar dan mempunyai ketumpatan uratdaya yang agak rendah.

c. Ulangan disebabkan ulangan dalam litar mengubah regangan, bacaan yang berlainan akan kedapatan untuk ulangan yang berlainan dan juga terdapat kesan berpunca dari arus pusar. Walaubagaimanapun ini tidak begitu ketara sangat memandangkan sekarang ulangan sudah diseragamkan dan jika perlu, kapasitor boleh digunakan untuk menjadikan alatan secara praktiknya tidak bergantung kepada ulangan.

9. ALATAN MAGNET TETAP GEGELONG BERGERAKPada keperluannya alatan ini ialah alatan AC dan tidak boleh digunakan untuk arus DC. Alatan ini boleh digunakan untuk ukuran arus terus dengan melengkapkan alat terus di dalam litarnya supaya arus satu arah sahaja akan memasuki alatan.

Operasi alatan jenis ini boleh dilihat daripada gambarajah 2a. Dengan menggunakan magnet tetap yang sesuai dan satu silinder besi lembut diantara dua kutub, satu bulatan ruang angin dihasilkan dalam mana gegelong yang dipangsikan boleh bergerak.

Gegelong ini membawa arus yang hendak diukur atau sebahagian sahaja dan oleh kerana medannya segaya didalam ruang angin, kilas adalah berkadar dengan arus. Pesongan dikawal dengan menggunakan satu spring puntiran dengan alat pengubah yang sesuai dan arus diukur melalui gegelong bergerak dari spring ini atau yang lain.

Alatan ini hanya sesuai untuk arus kecil yang sesuai untuk tujuan-tujuan menggerak dan dengan itu kedua rintangan SHUNT dan MULTIPLIER digunakan pada kadar yang patut. Damping diperolehi dengan menggunakan arus pusar terarah didalam pembentuk logam yang digunakan pada gegelong bergerak seliseh yang ketara untuk alatan ini hanyalah berpunca dari geseran dan suhu.

10. METER DAWAI PANASAlatan ini menggunakan kesan pemanasan apabila arus melalui satu rintangan yang menyebabkan pesongan terjadi. Oleh kerana kendaliannya bergantung pada kesan pemanasan sahaja, alatan ini boleh digunakan untuk bacaan arus DC dan AC yang berlainan ulangan.

Jangkarus jenis dawai panas menggunakan kembangan pada dawai rintangan tinggi disebabkan oleh pemanasan pada dawai apabila arus melaluinya. Satu dawai rintangan ditegangkan diantara dua punca meter dengan satu benang disangkut disudut tepat ditengah dawai. Satu spring dipasang dihujung benang yang berlawanan untuk memberi tarikan yang tetap pada dawai rintangan. Arus yang mengalir akan memanaskan dawai, yang menyebabkan pengembangan. Pergerakan ini dialihkan pada penunjuk meter melalui benang dan satu pangsi.

11. METER THERMO-COUPLEAlatan ini juga menggunakan kesan pemanasan dan dengan itu boleh digunakan untuk mengukur arus terus dan arus ulangalik yang berlainan ulangan. Meter ini mempunyai satu wayer rintangan pada punca meter yang kepanasannya berkadar kepada banyaknya arus yang mengalir. Terpasang pada rintangan panas ini ialah satu simpang thermo-couple yang kecil mengandungi dua dawai logam yang berlainan, dipasang pada pergerakan meter arus terus yang cukup sensitive. Apabila arus yang diukur memanaskan dawai rintangan, satu voltan kecil dijanakan oleh simpang thermo-couple. Voltan ini akan menyebabkan arus terus kecil mengalir melalui meter. Pesongan yang dihasilkan oleh arus ini adalah berkadar dengan suhu dijanakan disimpang thermo-couple dan juga berkadar dengan arus yang diukur.

12. SAMBUNGAN ALATANJangkarus mengukur arus dan dengan itu disambung sederet atau bersiri dengan beban (gambarajah 3a). Jika tidak kerana rintangan yang rendah, satu arus yang agak tinggi boleh merosakan alatan.

Oleh kerana jangkavoltan menunjukkan beza upayaan, sambungan selari diperlukan (gambarajah 3a).

13. RINTANGAN SHUNT DAN MULTIPLIER

Kawalan atau penurunan arus asal yang mengalir dalam berbagai litar alatan atau meter boleh didapati dengan menggunakan rintangan (untuk kedua-dua AC dan DC) atau dengan menggunakan alatubah alatan (AC sahaja). SHUNT rintangan tanpa arohan untuk menambahkan julat jangkarus dipanggil SHUNT. Ia disambung sederet dengan jangkarus.

14. MULTIPLIERUntuk jangkavoltan pula adalah tidak praktikal membenarkan semua voltan diterima oleh gegelong alatan. Satu rintangan yang dikira nilainya disambung selari dengan jangkavoltan untuk menghasilkan susutan voltan yang dikehendaki.

Soalan

Satu meter bergerak mengandungi satu rintangan 8 ohm dan memberi pesongan sekil penuh untuk satu arus serendah 10mA. Adalah dimahukan meter boleh membaca hingga (a) 10A (b) 100V. Cari nilai rintangan yang diperlukan.

Jawapan

a. Rintangan SHUNT diperlukan seperti dalam gambarajah 4a.

Arus melalui rintangan SHUNT, IS=I - IA

=10A 10mA

=9.99A

Voltan pada pergerakan meter, VA=0.01A X 8(= 0.08V

Jadi nilai rintangan SHUNT, RS=VA ( IS

=0.08 ( 9.99

=0.008

=8m(b. Untuk ini rintangan MULTIPLIER diperlukan seperti dalam gambarajah 4b

Voltan pada jangkavoltan Vv=0.08V

Jadi voltan pada rintangan MULTIPLIER, Vm = V - Vv

= 100 0.08

= 99.92V

Dari hukum ohm, rintangan Rm= 99.92 ( 0.01 = 9.992K(

Atau

Jumlah rintangan RT=100 ( 0.01 = 1000(

Jadi rintangan MULTIPLIER, RM= 1000 8

= 9992

= 9.992K(15. PEMBINAAN RINTANGAN SHUNT DAN SERIESBiasanya SHUNT mengandungi keeping manganin dipateri pada dua punca blok ditiap satu hujung dan diatur supaya angin boleh beredar diantara keeping-keping ini untuk tujuan penyejukan. Gelongan rintangan sederet yang digunakan dalam jangkavoltan mestilah tetap pada ulangan yang berbeza-beza iaitu arohannya tidak boleh berubah. Untuk ini gegelong rintangan (manganin) diliut diatas kepingan mica rata untuk mengurangkan kawasan yang ditutup oleh dawai dan dengan itu mengurangkan uratdaya tertutup untuk satu arus.

16. METER WATTAlatan ini diguna untuk mengukur kuasa di dalam litar. Oleh kerana untuk litar arus terus, kuasa ialah hasil dharab voltan dan arus, P = VxI, meter watt tidak diperlukan dan jarang digunakan. Dengan arus ulangalik pula, kuasa bukanlah hasil dharab voltan dan arus sahaja (kecuali pada faktur kuasa satu), dan diberi oleh formula P = VI cos(.

Daya guna pusingan di elemen meter pada sebarang saat adalah berkadar dengan hasil dharab arus dan voltan pada saat itu. Hitung panjang pusingan daya guna ialah ukuran hitung panjang pada nilai kuasa (lihat gambarajah 5a).

Terdapat dua jenis utama meter watt iaitu meter watt dynamometer digunakan pada arus terus dan arus ulangalik dan meter watt arohan hanya digunakan untuk arus ulangalik saja.

17. METER WATT DYNAMOMETER

Alatan ini mempunyai sepasang gegelong tetap yang membawa arus kecil berkadar dan sefasa dengan voltan pada litar itu (lihat gambarajah 5b). Gegelong tetap dan bergerak dipasang didalam litar seperti yang ditunjuk dalam gambarajah 5c. Medan magnet untuk gegelong tetap dan bergerak bertindakbalas sesama sendiri, menyebabkan gegelong bergerak berpusing pada paksinya. Pergerakan dikawal dengan spring rerambut yang juga dilalui oleh arus masuk dan keluar daripada elemen bergerak itu. Damping dihasilkan dengan cara bilah aluminium ringan bergerak masuk dan keluar dari dashpat angin.

Jarum penunjuk dipasangkan pada sepindal gegelong bergerak dan bergerak diatas satu sekil tentukur yang sesuai. Untuk tugas satu fasa satu elimen saja dikehendaki untuk 3 fasa seimbang litarnya, juga satu elimen diperlukan dengan sekil tentukur yang sesuai. Untuk tiga fasa litar tak seimbang dua elimen diperlukan, mengikut prinsip dua meter watt. Elimen-elimen ini ditebat diantara satu sama lain dan dilekatkan satu diatas yang satu lagi. Satu sepindal tengah membawa kedua-dua gegelong. Jumlah dayaguna pusingan pada sepindal ialah jumlah alegebra tiap-tiap dayakilas (torque) yang berlainan.

18. METER WATT JENIS AROHANIa mengandungi satu gegelong voltan dan gegelong arus. Gegelong voltan dililit pada teras besi bertebat menjadikan satu litar magnetic yang hampir tertutup. Dengan ini litar mempunyai arohan yang tinggi dan arus didalam gegelong sudut mengekor lebih kurang 85( dibelakang voltan. Gegelong arus dililit pada litar magnetic terbuka yang mempunyai arohan terlalu sedikit. Satu cakera aluminium ringan (light aluminium disc) dipasang didepan magnet agar rimnya melepasi diantara dua pasang kutub. Setiap pasang kutub menghasilkan arus-arus pusar dalam cakera. Arus-arus pusar ini bertindak balas sesama sendiri dan menyebabkan ia bergerak. Kawalan ialah dengan spring rerambut. Damping didapati daripada magnet tetap yang menghasilkan arus pusar didalam cakera bila ia bergerak. Gambarajah 5d ialah meter-watt satu elimen.

19. MENGUKUR KUASA CARA DUA METER-WATTKuasa didalam satu litar tiga fasa seimbang boleh diukur menggunakan dua meter-watt disambung seperti didalam gambarajah 5d. Daripada teori, boleh ditunjukkan bahawa jumlah kuasa ialah campuran kedua-dua bacaan meter-watt. Dengan menganggap bacaan kedua-dua P1 dan P2, jumlah kuasa ialah:

P=P1 + P2Faktur kuasa pula boleh diketahui daripada formula:

Tan (=(3 (P1 P2)

(P1 + P2)

dengan anggapan P1 lebih besar bacaannya, dengan ini Kos ( boleh didapati daripada jadual-jadual. Juga, jika bacaan-bacaan sama dan positif, faktur kuasa adalah unity, pada satu faktur kuasa 0.966, satu daripada bacaan adalah dua kali ganda daripada yang satu lagi, pada satu faktur kuasa 0.5, satu bacaan ialah kosong dan pada satu faktur kuasa dibawah 0.5, satu bacaan ialah negatif.

SOALAN

Bacaan yang tetap oleh dua satu fasa meter-watt didalam litar tiga fasa ialah 35KW dan 14KW. Nilaikan yang berikut:

i. Kuasa diambil oleh beban

ii. Faktur kuasa

iii. Beban dalam unit KVA dan

iv. Arus talian, jika bekalan bernilai 415V

Jawapan

i. Kuasa dalam KW

=35 + 14= 49KW

ii. Faktur kuasa, Tan (=(3 (35 14)= 0.4285

(35 + 14)

Jadi Kos (=0.9191

iii. Beban dalam unit KVA=KW ( Kos (= 49 ( 0.9191

=53.4KVA

iv. Arus talian,

I=Watt ( ((3x415x0.9191)

=74.24A

Jika didalam kes diatas, bacaan ialah P1 = 35KW dan P2 = -14KW jadi,

i.Kuasa dalam KW=35 14= 21KW

ii.Tan (

=(3 {35 (-14)} = 2.333

{35 +(-14)}

Daripada jadual, Kos (= 0.4083

iii.Beban dalam KVA=21 ( 0.4083= 51.4KVA

iv.Arus talian

=21,000 ( ((3x415x0.4083) = 71.6A

20. METER KUASA ATAU METER BEKALANAlatan ini adalah perlu jika mahu tenaga bekalan kepada pengguna pada tempoh yang tertentu didaftarkan. Tenaga ialah hasil kuasa dan masa, dan satu meter watt dimana pergerakan dibenarkan berterusan dan menggunakan satu teren giar dengan jejari penunjuk menjadikan satu meter tenaga, jika ditentukur dengan betul. Terdapat berbagai jenis meter tenaga, seperti dibawah:

a. Meter mercury ampere-jam arus terus, ditentukur untuk membaca kilowatt-jam pada voltan yang diistiharkan.

b. Meter Electrolytic ampere-jam arus terus, atau arus ulangalik yang dialatubah, ditentukur untuk membaca kilowatt-jam atau kilowatt-ampere-jam.

c. Meter tenaga jenis arohan arus terus

d. Meter jenis arohan pendulum

21. UKURAN RINTANGAN

Cara mengukur rintangan ialah:

a. Dengan jangka arus dan jangka voltan

b. Dengan tetimbang wheatstone

c. Dengan membaca terus daripada alatan mengukur rintangan (Ohm meter)

22. CARA JANGKARUS DAN JANGKAVOLTANHukum ohm boleh digunakan pada satu litar yang sempurna atau kepada mana-mana bahagian satu litar. Timbangkan litar seperti dalam gambarajah 6a. Nilai rintangan ialah R dalam unit ohm (() ialah umumnya diberi oleh formula,

V

R=

I

Dimana V ialah beza upaya pada rintangan dalam unit volt dan I ialah arus dalam unit ampere.

Gambarajah 6a

Keputusannya tidaklah begitu tepat sekali kerana bacaan jangkarus I ampere melibatkan arus jangkavoltan. Satu sambungan cara lain ialah seperti dalam gambarajah 6b. Dalam kes ini, jika formula mudah digunakan R = V(I, bacaannya juga melibatkan susutan voltan pada rintangan R dan rintangan jangkarus.

Gambarajah 6b

Dalam kedua-dua kes, untuk ketepatan pada jawapan pembetulan mestilah dibuat, seperti contoh berikut:

SOALAN

Didalam kedua-dua litar 6a dan 6b rintangan jangkarus dan jangkavoltan ialah 0.05( dan 350(. Dalam kedua-dua kes bacaan jangkarus dan jangka voltan ialah 5A dan 35V. Cari nilai rintangan dalam ohm.

Jawapan

Kiraan biasa untuk kedua-dua kes,R = V(I = 35(5 = 7(Pembetulan dalam kes (a):

Arus jangkavoltan, Iv = 35 (350 = 0.01A

Jadi, arus dalam rintangan = 5 0.1A = 4.9A

Dengan ini, rintangan sebenar R = 35 ( 4.9 = 7.14(Pembetulan dalam kes (b):

Susutan voltan pada jangkarus Va = 0.05 x 5 = 0.25V

Jadi, susutan voltan pada rintangan R = 35 0.25 = 34.75V

Dengan ini rintangan sebenar R = 34.75 ( 5 = 6.95(Pertimbangan yang teliti pada perkara diatas akan menunjukkan apabila menggunakan formula R = V/I tanpa pembetulan, keputusannya akan lebih tepat untuk nilai rintangan yang rendah apabila sambungan (a) digunakan dan untuk nilai rintangan yang tinggi sambungan (b) digunakan.

23. TETIMBANG WHEATSTONEKalau misalnya empat rintangan A, B, C dan D disambung seperti didalam gambarajah 7a dengan satu bateri menyenggara satu beza upaya diantara p dan r, dan dengan satu meter galvani (galvanometer) disambung diantara q dan s. Jika suis meter galvani dibuka, arus yang mengalir daripada bateri akan terbahagi, sebahagian mengalir melalui A dan B sederet, dan yang sebahagian lagi melalui D dan C sederet.

Upayaan (voltan) pada q dan s adalah rendah daripada upayaan P, dan tinggi daripada upayaan r. Oleh sebab susutan upayaan didalam kedua-dua rintangan sederet berkadar dengan rintangan-rintangan itu, jadi:

Potential A=Resistance of APotential B

Resistance of B

Juga

Potential D=Resistance of DPotential C

Resistance of C

Jika q dan s berada pada upayaan yang serupa, arus tidak akan mengalir dalam meter galvanic apabila suis meter galvanic di ON kan. Dengan anggapan ini sebagai kesnya, jadi

Potential drop across A=Potential drop across DPotential drop across B

Potential drop across C

Oleh yang demikian dalam jangka rintangan,

A=D

B

C

Jika mana-mana rintangan diketahui, rintangan yang keempat boleh dikira, iaitu jika nilai rintangan A, B, D diketahui, jadi rintangan

C=BD

A

Susunan ini digelar tetimbang wheatstone dan digunakan untuk mencari nilai rintangan dengan ketepatan yang tinggi. Rintangan A, B dan D boleh diubah-ubah berasingan, dan C ialah rintangan dimana nilainya ingin dicari. Ketiga-tiga rintangan tadi akan diubah-ubah nilainya sehingga arus tiada mengalir dalam meter galvanic. Dengan ini tetimbang dikatakan sudah seimbang dan formula berikut digunakan, iaitu:

C=BD

A

SOALAN

Tetimbang didapati seimbang apabila nilai A = 100(, B = 10( dan D = 397(. Carikan rintangan C.

Jawapan

Rintangan C= BD= 10 X 397= 39.7(

A 100

The Slide Wire

Satu dawai rintangan yang rata sepanjang 1m dipasangkan diantara dua busbar p dan r. Meter galvanic disambungkan diantara satu busbar q dan satu sambungan slider S. Satu rintangan D yang diketahui dan rintangan C yang tidak diketahui disambungkan seperti didalam rajah. Penyambung S disegerakkan diatas dawai sehingga tetimbang menjadi seimbang. Rintangan dawai untuk bahagian A dan B adalah berkadar dengan kepanjangnya dan dengan itu kepanjangan dawai-dawai ini boleh digunakan didalam formula:

Rintangan D=Panjang ARintangan C

Panjang B

Rintangan C=Rintangan D x Panjang B

Panjang A

24. ALATAN ALATUBAHAlat ini ialah satu alatubah yang istimewa untuk menukar arus dan voltan kepada nilainya yang sesuai untuk ukuran. Alatubah arus berkendalian dalam keadaan litar-pintas, akan tetapi alatubah voltan pula bertugas dalam keadaan tiada beban.

Lilitan utama membawa arus utama atau disambungkan pada voltan utama. Lilitan kedua membawa arus kedua atau ia membekal voltan kedua seperti yang ditentukan oleh nisbah pengubahan. Kedua-dua lilitan ditebat diantara satu dengan yang lain untuk satu voltan sepadan dengan alatubah sederet dan hanya dicantum oleh medan magnet saja.

25. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Gegelong Bergerak Magnet Tetap:

Kebaikan:

a. Mempunyai kuasa penggunaan yang rendah

b. Sekilnya sama dan direkabentuk untuk menunjuk dalam angka lebih dari 370(c. Tiada kehilangan histerisis

d. Mempunyai damping arus pusar yang sekap dan berkesan

e. Tiada mempunyai banyak kesan daripada medan mengetik kesasar

Keburukan:

a. Harganya mahal sedikit jika dibandingkan dengan jenis besi bergerak oleh kerana pembuatannya yang halus dan teliti

b. Mempunyai seliseh berpunca dari penuaian spring kawalan dan magnet tetap

Dawai Panas

Kebaikan

a. Oleh kerana pesongannya bergantung pada nilai rms untuk arus ulangalik, ia boleh digunakan untuk arus terus

b. Bacaannya tidak bergantung pada ulangan dan gelombang

c. Tiada kesan terhadap medan kesasar

Keburukan

a. Bacaannya agak lambat kerana menunggu dawai menjadi panas dahulu

b. Pengunaan kuasanya tinggi berbanding dengan alatan gegelong bergerak

c. Kedudukan kosong memerlukan pengubah suaian yang kerap

d. Ia adalah mudah rosak