alatan dan fungsi merivet

12
ALATAN DAN FUNGSI BIL . ALATAN FUNGSI 1. Alat merivet Merivet kepingan logam pada rangka atau pemidang keluli lembut. Digunakan bersama rivet aluminium Muncungnya boleh ditukar dengan saiz rivet yang digunakan. Langkah-langkah menggunakan riveter: 1. Tandakan pusat lubang pada logam yang hendak digerudi dengan menggunakan penebuk pusat. 2. Gunakan mata gerudi yang bersaiz sama dengan garis pusat batang rivet. 3. Tekan hujang riveter untuk merapatkan cantuman. MUNCUNG RIVETER HULU RIVETER(TU AS PENEKAN)

Upload: nurul-farida-rozi

Post on 31-Jan-2016

946 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Alatan Dan Fungsi Merivet

TRANSCRIPT

Page 1: Alatan Dan Fungsi Merivet

ALATAN DAN FUNGSI

BIL. ALATAN FUNGSI

1. Alat merivet Merivet kepingan logam pada rangka atau pemidang keluli lembut.

Digunakan bersama rivet aluminium

Muncungnya boleh ditukar dengan saiz rivet yang digunakan.

Langkah-langkah menggunakan riveter:

1. Tandakan pusat lubang pada logam yang hendak digerudi dengan menggunakan penebuk pusat.

2. Gunakan mata gerudi yang bersaiz sama dengan garis pusat batang rivet.

3. Tekan hujang riveter untuk merapatkan cantuman.

4. Tekan teras hulu riveter sehingga dawai terputus.

MUNCUNG RIVETER

HULU RIVETER(TUAS PENEKAN)

Page 2: Alatan Dan Fungsi Merivet

5. Rivet Bahan untuk mengikat dua atau lebih kepingan logam atau keluli pada rangka projek secara sementara.

Bahan yang diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau Loyang.

Digunakan bersama riveter.

Kelebihan: menyambung kepingan dengan lebih kuat dan tahan lama dan sesuai untuk penyambungan bahan logam dan bukan logam.

6. Penanda lubang besi Untuk menanda pusat pada kepingan logam atau keluli pada kepingan logam atau keluli lembut sebelum proses menebuk lubang dengan gerudi dilakukan.

Lubang yang dibuat adalah untuk memasang rivet atau skru benam sendiri.

Digunakan bersama dengan tukul kepala bulat.

7. Bongkah kayu Digunakan sebagai pelapik semasa kerja merivet. Digunakan sebagai pelapik semasa mengetuk aluminium supaya

aluminium tidak tercalar dan rosak.

Page 3: Alatan Dan Fungsi Merivet

8. Gunting besi Digunakan utuk memotong kepingan aluminium. Sifatnya yang lebih kuat dan boleh memotong kepingan

aluminium dalam berbagai bentuk.

Page 4: Alatan Dan Fungsi Merivet

9. Cordless screwdriver Memasang skru benam sendiri. Menggerudi lubang dengan memasang mata gerudi pada

rahangnya. Mesin ini dipasang mata pemutar skru mengikut bentuk kepala

atau alur pada skru yang digunakan.

Fungsi setiap komponen cordless screwdriver:

Bahagian utama FungsiHulu Memegang mesin semasa kerja

mengskru.Suis Menghidupkan motor dan

melaras kelajuan pusingan bindu(kelajuan rendah atau kelajuan tinggi).

Pelaras arah pusingan bindu Melaraskan pusingan bindu mesin sama ada untuk membuka atau mengetatkan skru.

Bindu dan rahang bindu Memegang mata pemutar atau mata.

Bateri Membekalkan arus elektrik kepada mesin.

10. Kepingan aluminium Aluminium ialah bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada

PELARAS ARAH PUSINGAN

BINDU

SUIS

BATERI

BINDU

PENGUNCI BINDU

Page 5: Alatan Dan Fungsi Merivet

bahan galian bauksit. Aluminium bersifat ringan, tidak berkarat dan mudah dibentuk. Saiz aluminium yang biasa terdapat di pasaran ialah 122 cm x 244 cm

dan 91 cm x 183 cm dengan pelbagai ketebalan. Aluminium sesuai digunakan untuk penghasilan barang perhiasan,

peralatan rumah, kabel elektrik dan bahan binaan. Kelebihan: Ringan, mudah dibentuk, tidak berkarat dan mudah

dipotong. Kelemahan: Tidak dapat dipateri dengan menggunakan pemateri

logam

11. Gading getah Digunakan untuk mengetuk dan meratakan kepingan logam. Untuk mengetuk kepingan logam dan membentuk keluli lembut

yang nipis. Untuk mengelakkan permukaan logam menjadi calar atau rosak. Alas kepingan logam semasa mengetuk untuk mengelakkan calar

atau rosak.

Page 6: Alatan Dan Fungsi Merivet

JENIS RIVET

Rivet terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jenis-jenis rivet dikenali mengikut bentuk kepalanya:

1. Kepala kon2. Kepala benam3. Kepala bulat4. Kepala leper5. Rivet pop

JENIS RIVET FUNGSI1. Rivet kepala kon Digunakan untuk kerja struktur.

Jenis rivet ini adalah paling kuat.

2. Rivet kepala benam Digunakan untuk memperoleh permukaan yang rata.

3. Rivet kepala bulat Sejenis rivet yang luas digunakan untuk kerja biasa.

4. Rivet kepala leper Digunakan untuk kerja kepingan logam yang nipis.

5. Rivet pop Rivet yang sambungannya hanya ada pada sebelah sahaja.

Alat khas diperlukan untuk melakukan kerja merivet ini.

Page 7: Alatan Dan Fungsi Merivet

PROSES KIMPALAN ARKA

1. Kimpalan Arka Manual (ARC Welding)

Proses memulakan kerja mengimpal:

1. Meletakkan bahan pada kedudukan yang betul.

2. Cengkamkan kabel bumi pada benda kerja atau meja.

3. Laraskan mesin kimpal arka kepada jumlah ampere yang dikehendaki.

4. Suhunya di antara 2500°C–3500°C dan voltan arka antara 15V-25V.

5. Cengkam elektrod pada pemegang elektrod dengan kedudukan yang betul.

6. Pakai alatan keselamatan yang betul dan sesuai sebelum memulakan kerja

mengimpal.

7. Tekan butang “on” pada mesin pengmpal arka

8. Ketuk atau guris permukaan logam perlahan-lahan dengan bahagian hujung elektrod.

9. Mula membuat “tacking” pada bahan yang dikimpal.

10. Setelah selesai mengimpal, leburan logam yang terlebur akan menghasilkan jermang

hasil daripada pembakaran bahan salutan elektrod.

11. Setelah itu, ketuk jermang dengan menggunakan tukul penyerpih.

12. Kumai akan kelihatan apabila siap proses mengetuk jermang.

13. Setelah kumai sejuk ia akan menjadi sambungan yang kuat.

Page 8: Alatan Dan Fungsi Merivet

Prinsip kimpalan arka:

1. Proses ini melibatkan pemanasan atau peleburan logam asas oleh arka elektrik.

2. Arka elektrik terbentuk apabila terdapat perbezaan voltan arus elektrik antara hujung

logam elektrod dan permukaan asas.

3. Leburan logam lebur akan dilindungi oleh satu lapisan gas dan jermang hasil daripada

pembakaran bahan salutan elektrod

4. Suhu yang terhasil lebih tinggi berbanding suhu takat lebur logam asas dan elektrod.

5. Sebatian kolam leburan akan memejal sehingga membentuk kumai yang disaluti oleh

satu lapisan yang dikenali sebagai jermang/sanga.

6. Kumai menghasilkan satu sambungan kekal yang kuat.

Page 9: Alatan Dan Fungsi Merivet

2. Kimpalan Arka Logam Gas Lengai (MIG Welding)

Proses melakukan kerja kimpalan MIG

1. Bersihkan tempat yang hendak di kimpal dengan menggunakan berus besi.

2. Sambungkan kabel pengkebumi pada meja kimpalan atau logam yang hendak

dikimpal.

3. Letakkan benda kerja di atas meja dan laraskan arus serta tekanan mengikut

kesesuaian plat tersebut serta laraskan arus pada mesin MIG.

4. Letakkan kedua-dua benda kerja untuk dilekapkan hujung-hujung plat berkenaan

dengan betul.

5. Lakukan kimpal paku dengan menekan picu penembak pada hujung sambungan plat

bagi menentukan kedudukan yang betul dan memudahkan proses kimpalan.

6. Lakukan kimpal MIG dengan menekan picu penembak dari hujung ke hujung dengan

sudut dan jarak dari benda kerja yang betul sehingga selesai.

7. Matikan suis mesin kimpal MIG dan tutup tekanan gas apabila selesai kerja

mengimpal larian kumai dan sejukkan bahan kerja.

8. Bersihkan jermang pada bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih seperti

berus dawai untuk mendapatkan hasil yang kemas.

Bekalan gas pelindung

Pengatur tekanan dan meter alir gas pelindung

Bekalan dawai elektrod

3

Kabel-kabel

Sumpitan

2

1

1. Kabel bumi2. Saluran gas pelindung3. Dawai elektrod

Page 10: Alatan Dan Fungsi Merivet

Prinsip asas kimpalan MIG

1. Arka elektrik terbentuk apabila hujung dawai elektrod bersentuhan dengan logam

asas.

2. Arka menghasilkan haba yang akan meleburkan logam asas dan hujung elektrod.

3. Leburan elektrod dan logam asas bercampur membentuk kolam leburan dan sebati

apabila sejuk untuk menghasilkan kumai kimpalan.

4. Dawai elektrod tanpa salutan dibekalkan berterusan dalam bentuk gelungan melalui

unit suapan dawai.

5. Bekalan gas lengai melindungi arka dan kolam daripada udara atmosfera.