alatan bahan dan peraturan paip

Upload: siti-masrura-syahrial

Post on 06-Jul-2018

775 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    1/19

    KERJA PAIP ASAS

    PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL, BAHAN SERTA ALATAN

    TANGAN KERJA DI MAKMAL PAIP

    PERATURAN

    Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keaadaan selamat ataupun

    terhindar daipada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di

    maklumkan kepada pengguna bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

    Sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan

    Pekerja 1994 (S!A"ccupational Safety and!ealth Act 1994# iaitu pihak

    majikan bertanggungja$ab menyediakan maklumat% arahan% latihan dan

    penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan

    pekerja.

    Keselamatan bengkel boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu&

    1# Keselamatan diri sendiri

    '# Keselamatan alatan dan bahan

    # Keselamatan tempat kerja

    KESELAMATAN DIRI SENDIRI

    1# Perlindungan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya%

    maka kita perlulah memakai alat perlindungan mata.

    '# Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja% iaitu lengan baju yang

    panjang mesti digulung hingga ke atas siku.

    # )unakan kasut yang tertutup dan bertapak getah semasa bekerja di

    dalam bengkel.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    2/19

    4# )unakan pakaian pelindung seperti baju bengkel% apron dan sarung

    tangan apabila bekerja dengan bahan kimia.

    *# +lakkan berambut panjang% jika berambut panjang maka mestilah diikat

    atau disepit supaya tidak menganggu se$aktu bekerja.

    ,# +lakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam

    seperti jam% rantai emas% loket% cincin dan lain"lain lagi.

    -# Sentiasa patuhi peraturan bengkel.

    # Pastikan pakaian sentiasa kemas dan sesuai semasa bekerja di dalam

    bengkel.

    9# /engkapkan diri dengan pengetahuan ra$atan asas pertolongan cemas.

    10# angan bermain atau bergurau"senda semasa berada di bengkel.

    11# Amalkan amalan sentiasa berkerjasama dan bantu"

    membantu sesama ahli kumpulan.

    1'# /aporkan sebarang kemalangan kepada pensyarah dengan segera.

     

    KESELAMATAN BENGKEL

     

    1# Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada

    pensyarah sebelum boleh menggunakannya.

    '# Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi

    memelihara peralatan daripada cepat rosak.

    # Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum

    memulakan sesuatu projek.

    4# Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai

    penggunaannya.

    *# Penyimpanan bahan mudah terbakar% mudah pecah dan berbahaya perlu

    menepati pia$aian keselamatan.

    ,# Sentiasa berhati"hati se$aktu menggunakan sebarang peralatan di

    bengkel.

    -# Pastikan alatan dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.

    # Pastikan alatan yang digunakan sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.

    9# 2angan mestilah tidak bergris% berminyak atau basah semasa

    memegangalat"alat tangan.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    3/19

    10# 3ersihkan alatan setelah digunakan dan simpan di tempat yang

    dikhaskan.

    11# /aporkan alatan yang rosak% hilang dan berbahaya kepada pensyarah

    dengan segera.

    KESELAMATAN TEMPAT BEKERJA

    1# Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada

    diba$ah penga$asan pensyarah sepenuhnya.

    '# Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas% bersih

    dan teratur.

    # Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati"hati dalam setiap kerja

    dibengkel.

    4# angan biarkan peralatan bersepah di ka$asan kerja dan lantai.

    *# Ka$asan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel.

    ,# Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

    -# Sentiasa bekerja di tempat sendiri dan tidak bertukar ke tempat lain

    sesuka hati.

    # 2empat kerja mestilah kemas semasa dan setelah selesai kerja.

    ALATAN DAN BAHAN

    PITA UKUR

    Pita ukur terdiri daripada perumah dan pembilah. Pita ukur digunakan

    untuk membuat kerja"kerja mengukur sebelum sesuatu paip itu dipotong.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    4/19

    Pita pengukur yang biasa digunakan diperbuat daripada jenis kain atau

     jenis ink. 5a mempunyai dua bentuk senggatan metrik. Sai pita pengukur 

    yang biasa digunakan ialah 1 meter% meter dan juga , meter. Pita pengukur 

    hendaklah dijaga kebersihanya daripada habuk% debu atau pasir. 2ujuanya

    adalah mengelakkan angka"angka pada pita pengukur itu tanggal dan kerja"

    kerja pengukuran akan terjejas.

    KIKIR

    Kikir digunakan untuk mengikis dan menggegas benda kerja. 3erus

    kikir digunakan untuk membersihkan gigi"gigi kikir yang telah tersumbat

    dengan serbuk logam. Kikir tidak boleh dikenakan minyak atau diletakkan

    tindih"menindih antara satu dengan yang lain. 6ua jenis kikir yang biasa

    digunakan dalam kerja paip iaitu kikir bulat ( kikir ekor tikus # dan kikir rata.

    KIKIR BULAT ( KIKIR EKOR TIKUS )

    Kikir bulat berfungsi untuk membuang gerigi dan tepi tajam pada

    lubang paip besi bergal7ani yang baru dipotong samada dengan gergaji besi

    atau pemotong paip beroda.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    5/19

    !ulu kikir biasanya diperbuat daripada kayu keras atau plastik. Sai

    kikir ditentukan oleh jarak diantara hujung dengan pangkal. Sai panjang kikir 

    yang biasa ialah 100mm hingga 00mm

    Kikir bulat hendaklah sentiasa dijaga kebersihanya. Pastikan kikir bulat

    dibersihkan selepas digunakan iaitu dengan memberusnya dengan

    menggunakan berus da$ai atau berus kikir. Simpan kikir di tempat khas

    selepas digunakan.

    KIKIR RATA

    Kikir rata digunakan untuk membuat kerja"kerja menggegas logam. 6i

    dalam kerja perpaipan% ia digunakan untuk membuang gerigis dan tepi tajam

    pada bahagian luar paip yang sudah dipotong. Kikir rata diperbuat daripada

    keluli yang mempunyai permukaan yang rata dan hulunya pula kebiasanya

    diperbuat daripada kayu. Sai yang biasa digunakan dalam kerja perpaipan

    ialah diantara 100mm hingga *0mm. Sai kikir rata ditentukan oleh jarak

    antara hujung dengan pangkal.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    6/19

    SEPANA BOLEH LARAS

    Sepana boleh laras mempunyai dua rahang iaitu satu rahang tetap dan

    satu rahang lagi boleh dilaras dengan memusing pelarasnya. Sai sepanar 

    boleh laras ditentukan oleh panjang keseluruhanya.

     Kegunaan sepanar boleh laras dalam kerja paip ialah &

    i. 8engetat dan melonggarkan bolt atau nat

    ii. 8engetat dan melonggarkan kepala paip

    ara menggunakan sepanar boleh laras dengan betul ialah dengan

    rahang tetap berada di sebelah atas manakala rahang boleh laras di sebelah

    ba$ah. Sepanar boleh laras dipusing menghala ke arah hujung boleh laras

    dan menghala ke arah pengguna.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    7/19

    SEPANAR HUJUNG TERBUKA

    Sepanar hujung terbuka mempunyai dua rahang yang tetap. Sainya

    ditentukan oleh jarak antara dua rahangnya dan dikira dalam unit mm.

    Kegunaan sepanar hujung terbuka dalam kerja paip ialah &

    i. 8engetat dan melonggarkan bolt dan nat

    ii. 8enanggalkan dan mengikatkan kelengkapan di tempat yang lapang

    ara menggunakan sepanar hujung terbuka pula ialah :

    i. 8emastikan spanar hujung terbuka yang digunakan betul sainya iaitu

    muat dengan nat

    ii. Sepanar hujung terbuka hendaklah ditarik ke arah pengguna

    iii. Sepanar hujung terbuka tidak sesuai digunakan sebagai penukul

    kerana boleh membuatkan rahangya patah

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    8/19

    PERENGKUH PAIP

    Perengkuh Paip adalah alat yang paling utama dalam kerja paip. 5a

    digunakan untuk kerja paip yang batang paipnya jenis besi gal7ani ().5#. Sai

    perengkuh paip ditentukan oleh panjang keseluruhanya. Perengkuh paip

    mempunyai dua rahang bergerigi dan satu daripadanya boleh dilaraskan

    dengan nat pelaras. Kegunaan perengkuh paip dalam kerja paip ialah &

    i. 8encengkam dan memutar batang paip ketika membuat kerja"kerja

    penyambungan dan pemasangan paip

    ii. 8emegang objek"objek logam yang berbentuk bulat

    ;amun begitu perangkuh paip tidak sesuai digunakan untuk mengetatkan

    atau melonggarkan bolt dan nat. 5ni kerana ia boleh menyebabkan bolt atau

    nat itu haus. 5a juga tidak sesuai digunakan untuk memegang peralatan

    perpaipan jenis P

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    9/19

    PLAYAR

    Playar merupakan alatan tangan yang digunakan untuk mencengkam

    dan memegang. 5a dikenali mengikut jenis% sai dan kegunaannya. Playar 

    tidak boleh sama sekali digunakan untuk menggantikan perengkuh paip dan

    membuka bolt kerana cengkamannya tidak kuat dan dikhuatiri akan

    merosakkan bahan tersebut.

    PLAYAR GABUNG

    Playar gabung mempunyai dua pemegang dan rahang cekup. Sai

    playar gabung juga ditentukan oleh panjang keseluruhannya. Kegunaan

    playar gabung dalam kerja paip ialah &

    i. 8emegang dan mencengkam benda kerja yang bulat% leper dan kecil

    ii. 8emotong da$ai halus

    iii. 6igunakan apabila mengikat dengan da$ai

    ara menggunakan playar gabung dengan betul ialah &

    i. Playar tidak seharusnya digunakan untuk mengetatkan bolt atau nat

    ii. Playar gabung tidak boleh digunakan sebagai penukul

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    10/19

    PLAYAR MUNCUNG TIRUS

    Playar muncung tirus merupakan alat tangan untuk kerja"kerja

    memegang dan mencengkam. Playar muncung tirus juga digunakan untuk

    kerja yang sukar pada ruangan yang sempit contohnya semasa kerja

    mengeluarkan pelompat dari sesendal dalam kerja baik pulih pili.

    PLAYAR CENGKAM RAGUM

    Playar ini biasanya digunakan untuk mencengkam batang besi paip

    gal7ani kerana ia kuat mencengkam dan kukuh. Playar ini mempunyai rahang

    yang bergigi dan boleh dilaraskan mengikut sai yang dikehendaki.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    11/19

    PLAYAR CENGKAM SERIBU

    Playar cengkam ragum pula biasanya digunakan untuk membuka paip

    simbah diba$ah tangki. =ahang atas dan ba$ahnya boleh dilaraskan. 5a

    digunakan untuk membuka bahagian tersebut kerana cengkamannya besar 

    dan agak kukuh tetapi tidak sekuat cengkaman playar gabung. 3ahagian

    cengkamannya boleh mengurangkan kerosakan pada kelengkapan

    perpaipan.

    PEMUTAR SKRU

    Pemutar skru digunakan untuk memasang dan mengetatkan skru. Sai

    pemutar skru ditentukan oleh panjang batang pemutar skru. )unakan

    pemutar skru yang bermata sesuai dengan skru bagi mengelakkan

    kerosakan.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    12/19

    PEMUTAR SKRU MATA RATA

    Pemutar skru mata rata digunakan untuk mengetatkan dan

    melonggarkan skru kepala berlurah ( skru biasa #. Pemutar skru mata rata

     juga dikenali sebagai pemutar skru biasa. 3ahagian"bahagian utama pemutar 

    skru mata rata ialah mata rata% batang dan hulu.

    PEMUTAR SKRU MATA PHILIPS

    Pemutar skru philip juga digunakan untuk membuka dan melonggarkan

    skru. Perbeaan antara kedua"dua pemutar skru hanyalah pada matanya

    yang bersilang. /angkah >/angkah Keselamatan 8enggunakan Pemutar

    Skru :

    i. angan ketuk pemutar skru dengan tukul besi

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    13/19

    ii. )unakan pemutar skru yang sesuai sainya dengan alur skru

    iii. Sabun atau lilin boleh digunakan untuk memudahkan skru

    GERGAJI BESI

    )ergaji besi digunakan untuk memotong logam. ?alau bagaimanapun%

    ia boleh dianggap pemotong serbaguna kerana ia juga boleh digunakan untuk

    memotong paip p7c selain paip besi bergal7ani. 5a terdiri dari ' bahagian yang

    penting iaitu bingkai yang memegang mata gergaji dan mata gergaji.

    Sai panjang mata gergaji besi biasanya ialah '*0 mm @ dan 00 mm

    @. /ebar mata pula biasanya 1 mm dan tebalnya ialah 0.,* mm. 5a

    mempunyai jumlah gigi yang berlainan bergantung kepada jenis bahan yang

    ingin dipotong. 2erdapat ' jenis gergaji besi iaitu gergaji besi berbingkai tetap

    dan gergaji besi bingkai boleh laras.

    PEMOTONG PAIP BERODA

    Pemotong paip beroda digunakan untuk memotong besi paip

    bergal7ani% paip plastik dan objek"objek yang bulat dengan tepat dan cepat. 5a

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    14/19

    mempunyai lima bahagian utama iaitu satu mata pemotong% dua roda pandu

    atau penggolek% skru pelaras% bingkai dan pemegang yang juga dikenali

    sebagai tangkai pemulas.

    8atanya boleh ditukar jika telah haus. 5a juga boleh ditukar jika bahan

    yang ingin dipotong memerlukan mata pemotong yang lebih sesuai contohnya

    penggunaan mata yang berbea diperlukan bagi pemotongan paip besi

    tuang% paip palstik dan kuprum atau paip besi bergal7ani.

    ALAT PEMBENANG LUAR

     Alat ini digunakan untuk membenang luar paip besi bergal7ani. 5a

    terdiri daripada mata pembenang (die# dan pasung (die stock#. 8ata berfungsi

    untuk membuat benang pada paip dengan tepat untuk setiap sai paip yang

    laim.

    Sai mata pembenang adalah dari mm ke 10' mm. Semasa proses

    membenang dijalankan% minyak pelincir diperlukan bagi mengurangkan

    geseran untuk mengurangkan kepanasan mata dan memudahkan kerja

    membenang dibuat. Pasung pula berfungsi untuk memusingkan mata

    pembenang. Pasung jenis berengkol dan gear sala biasa digunakan kerana ia

    memerlukan berat badan untuk memusingkan pembenang.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    15/19

    KALENG / PEMANCUT MINYAK

    3erfungsi untuk memancutkan minyak ke bahagian"bahagian yang

    bergerak% berputar dan bergeser supaya kerja dapat dibuat dengan lancar 

    dan tidak merosakkan alat. ontoh terdekat ia digunakan ialah semasa kerja

    membenang dan memotong paip besi bergal7ani dibuat. Pemancut terdiri

    daripada dua bahagian yang penting iaitu takungan dan pemancut. Sai

    takungan yang biasa digunakan ialah antara '*0 ml dan *00 ml.

    BERUS

    3erus digunakan sama ada untuk menyapu bahan perpaipan semasa

    kerja penyelenggaraan dan pemasangan ataupun untuk membersihkan

    bahagian"bahagian tertentu paip selepas pemotongan atau ulir dibuat.

    2erdapat beberapa jenis berus yang digunakan dalam sai"sai tertentu

    seperti berus kikir atau berus da$ai dan berus cat.

    BERUS KIKIR / BESI

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    16/19

    3erus kikir mempunyai hujung yang kasar% keras dan tajam. 5a

    digunakan untuk mengeluarkan gerigis"gerigis yang biasanya terdapat pada

    kikir selepas digunakan.

    5a juga boleh digunakan untuk membersih mata gergaji dan alat"alat

    yang terlekat sisa selepas digunakan.

    BERUS CAT

    ungsi utamanya ialah untuk mengecat tetapi ia boleh digunakan untuk

    pelbagai tujuan di dalam kerja perpaipan. Kegunaan utamanya ialah untuk

    membersih bahagian celahan alat dan kelengkapan seperti mengeluarkan

    gerigi pada celahan alat semasa membenang.

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    17/19

    PAIP BESI BERGALVANI (BG)

    Paip ini diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan ink. Sai paip

    3) ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip. Sai yang

    biasa untuk kegunaan di rumah ialah 1mm dan '0 m dengan panjang ,

    meter. Sai yang biasa digunakan untuk kegunaan perpaipan industri dan loji

    pula% ialah '* mm% ' mm% mm dan *0 mm. !ujung paip 3) diulir untuk

    tujuan penyambungan dan pemasangan.

    PAIP POLIVINIL KLORIDA (PVC)

    Gred Keteb!" K#d $r" Ke%&""

     A ;ipis Perang Paip /impah

    3Sederhana 3iru Paip Agihan

    2ebal 8erah Paip perhubungan dan paip

    perkhidmatan

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    18/19

    Paip ini diperbuat daripada plastik poli7inil klorida (P

  • 8/17/2019 Alatan Bahan Dan Peraturan Paip

    19/19

    PENYAMBUNGAN PAIP