senarai alatan dan bahan jahitan

25
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN SENARAI ALATAN DAN BAHAN JAHITAN Alatan dan bahan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur, mendraf, menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain. Alat an Jahi tan Alatan lain > Jarum peniti > Threader > Jidal > Peretas Alat menanda > Roda surih > Karbon tukang jahit > Kapur tukang jahit Alatan mendraf > Pembaris sesiku > Pembaris melengkung Alatan mengukur > Pita ukur > Pembaris Alatan menggunting > Gunting > Snipper Alatan menekan > Seterika > Bod seterika Alatan menjahit > Mesin jahit > Jarum tangan

Upload: agus-n-yan

Post on 20-Jan-2016

1.514 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

SENARAI ALATAN DAN BAHAN JAHITAN

Alatan dan bahan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur, mendraf, menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain.

Alatan Jahitan

Alatan lain> Jarum peniti> Threader> Jidal> Peretas

Alat menanda

> Roda surih

> Karbon tukang jahit

> Kapur tukang jahit

Alatan mendraf> Pembaris sesiku> Pembaris melengkung

Alatan mengukur> Pita ukur> Pembaris

Alatan menggunting> Gunting> Snipper

Alatan menekan> Seterika> Bod seterika

Alatan menjahit> Mesin jahit> Jarum tangan

Page 2: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENGUKUR PENGGUNAAN

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola.

Mengukur fabrik.

3. SENARAI ALATAN MENJAHIT

Page 3: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENANDA PENGGUNAAN

Roda surih dan karbon tukang jahit

Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.

Page 4: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

Kapur tukang jahit

Menandakan garis pemadan pada fabric.

Memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.

Page 5: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENGGUNTING PENGGUNAAN

Gunting fabrik

Menggunting fabric.

Gunting triming

Digunakan untuk trim kelim dan bulu

Snipper

Digunakan untuk menggunting benang jahitan.

Page 6: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENEKAN PENGGUNAAN

Seterika

Menekan dan menyeterika setiap proses pada semua peringkat jahitan supaya kemas dan rata.

Bod seterika

Memudahkan semua prosesmenyeterika dan menekan.

Page 7: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENJAHIT PENGGUNAAN

Mesin jahit elektronik

Mesin jahit tepi

Menjahit dan mencantum fabric.

Menjahit jahitan sulaman.

Menjahit lubang butang.

Mengemas tepi fabrik.

jarum tangan

Untuk jahitan biasa seperti menjahit jelujur dan menyembat kelepet

Page 8: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN LAIN PENGGUNAAN

Jarum peniti

Peretas jahitan

Digunakan untuk menetapkan pola pada fabrik semasa menggunting atau menjahit.

Untuk menandakan kedudukan

Digunakan untuk menetas mata jahitan, membuat lubang butang, menanggalkan benang jelujur dan menanggalkan butang.

Page 9: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

4. SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN

JENIS BAHAN PENGGUNAAN

Fabrik kapas

Bahan utama untuk menghasilkan kemeja T

Benang

Digunakan untuk jahitan tangan dan mesin.

Mencantumkan kepingan fabrik

Butang

Sejenis pengikat bagi memastikan kemeja atau seluar tertutup

Page 10: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

5. PENGIRAAN KOS

A) KOS BAHAN

BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT KOS ( RM )1 Fabrik kapas 2 meter RM 8.00 /

meterRM 16.00

2 Benang jahit 1 buku RM 0.80 / buku RM 0.803 Butang 6 biji RM 0.30 / biji RM 1.804 Lapik kolar ½ meter RM 4.00 /

meterRM 2.00

JUMLAH RM 20.60

B) KOS UPAH

BIL KEPAKARAN KUANTITI KOS UPAH KOS ( RM )1 Membuat pola 6 RM 1.00 / pola RM 6.002 Jahit tepi / kelim 6 RM 0.50 / kpg RM 3.003 Menjahit 20 jam RM 1.00 / jam RM 20.00

JUMLAH RM 29.00

C) KOS SAMPINGAN

BIL PERKARA KUANTITI KOS SEUNIT KOS ( RM )1 Elektrik RM 3.00

JUMLAH RM 3.00

D) KOS KESELURUHAN

Kos projek = kos bahan + kos upah + kos sampingan

= RM 20.60 + 29.00 + 3.00

Jumlah kos projek = RM 52.60 sehelai

Page 11: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

6. UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN ( cm )

A) GARIS MELINTANG

1 Leher 43

2 Dada 119

3 Pinggang 117

4 Punggung 122

5 Bahu 45

6 Bidang hadapan 47

7 Bidang belakang 47

8 Keliling hujung lengan 55

9 Keliling ketiak 58

B) GARIS MENEGAK

10 Garisan tengah belakang 47

11 Labuh baju 70

12 Labuh lengan 64 / 45 / 35

Page 12: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

7. SUSUN ATUR POLA

Page 13: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

8. REKOD KERJA

A) PROSES JAHITAN

BIL

PROSES JAHITAN TARIKH ILUSTRASI CATATAN

1

2

3

Penghilang gelembung

( lisu setentang )

Kelim belah kangkunga) Bahu mendatangb) bahuc) rusuk

Belah a) Belah kelepet sama lebar

8 Sept 2012 Lisu setentang

1. kelim belah kangkung.2. mengemas3. menekan sama lebar

kelim mesin

4. Kolar a) kolar lurus

15 Sept. 2012

1. kolar dipotong mengikut ira fabrik.2. kolar hendaklah ditanda dengan tepat, dijelujur dan dijahit sama untuk mendapat bentuk yang sama dan sekata.3. kolar dijahit

Page 14: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

dengan kemas.

BIL

PROSES JAHITAN TARIKH ILUSTRASI CATATAN

5

6

Penyudah tepi

a) kelepet lurus

Lengan

a)Lengan padanan rata

Belah a) Belah kelepet sama lebar

23 Sept 2012 1. Dibuat pada

hujung pakaian yang lurus.

2. Jahitan mesin

1. Tidak berkedut atau berlisu.

2. Garis tengah lengan bertemu di garis bahu.

3. Kelim lengan bertemu di kelim rusuk

4. Basi kelim dikemaskan

7. Kancing a) Butang empat lubang

25 Sept. 2012

1. Alat untuk menutup belah pakaian atau artikel untuk mengekalkan bentuk asal pakaian

Page 15: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

B ) LANGKAH JAHITAN

BIL TARIKH PERKARA ILUSTRASI CATATAN1 14.7.2012 Perbincangan reka bentuk

pakaian1. Projek menghasilkan sehelai kemeja secara individu

2 16.7.2012 Membuat lakaran stail pakain yang diingini. Terdiri daripada 3 contoh lakaran dan membuat 1 pilihan lakaran terbaik.

lakaran pilihan

1. Semua lakaran stail pakaian dilampirkan dalam folio.

3. 23.7.2012 Melukis pola pakaian mengikut ukuran atau contoh yang telah diberikan oleh pensyarah

contoh pola yang telah siap dilukis

1. Terdapat 5 bahagian pola yang perlu dilukis iaitu :a) badan belakangb) badan belakangc) kolard) lengane) bahu mendatang

4. 24.7.2012 Menggunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis

5. 25.7.2012 a) Menyusun pola ke atas fabrik

Penyusunan pola dilakukan mengikut saiz pola yang besar ke saiz pola yang kecil

Page 16: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

BIL TARIKH PERKARA ILUSTRASI CATATAN6 25.7.2012 b) Fabrik dipotong setelah

selesai penyusunan pola dilakukan.

c) Pemindahan pola ke fabrik dilakukan setelah kesemua fabrik dipotong.

1. Fabrik ditanda menggunakan kapur tukang jahit, karbon tukang jahit dan roda surih

7 8.9.2012 Proses menjahit dijalankan.

a) menjahit lisu dan juga bahu mendatang.

b) menjahit belah kelepet sama lebar.

c) menjahit kelim bahu : kelim belah kangkung

1. Menyemat menggunakan jelujur kasar.

2. Cantuman bahagian badan hadapan dan badan belakang

Page 17: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

8. 15.9.2012 Proses menjahit kolar.

a) menyediakan kolarb) meratakan kolarc) menyediakan bahagian badan pakaiand) memadankan garis bahu dan kelepete) mencantumkan kolar ke badanf) mengemas kolar

1. Gunakan lapik kolar untuk mendapatkan hasil kolar yang lebih menarik

9. 23.9.2012 Proses mencantum dan menjahit lengan.

a) menyediakan lengan.b) menjahit kelim lengan.c) mengemaskan hujung lengan.d) Mencantumkan lengan.e) Menjahit lengan.

Menyemat menggunakan jelujur kasar

10. 23.9.2012 Menjahit penyudah tepi dengan menggunakan kelepet

Jahitan mesin

BIL TARIKH PERKARA ILUSTRASI CATATAN

Page 18: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

11. 25.9.2012 Proses menjahit lubang butang dan butang baju

12 25.9.2012 Proses terakhir :

Menyeterika pakaian supaya kelihatan lebih kemas dan menarik.

Selesai proses jahitan.

Page 19: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

10. REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dapat

jua saya menyiapkan kerja projek rekabentuk pakaian ini dengan jayanya. Penghasilan

projek ini telah memberikan pengalaman baru dalam hidup saya, dimana inilah kali

pertama saya menggunakan mesin jahit dan menghasilkan pakaian hasil tunjuk ajar

pensyarah yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman beliau iaitu Cik Fauziah

binti Hj. Jamil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu saya dalam

proses menyiapkan tugasan yang diberikan.

Pada mulanya saya berasa kurang gembira apabila diberitahu tugasan pada

semester ini adalah menghasilkan pakaian kerana saya berasa kurang yakin dengan

diri saya sendiri. Tiada pengalaman menggunakan mesin jahit menambahkan lagi rasa

gementar saya apabila memikirkan tugasan yang perlu saya siapkan. Tetapi dengan

sokongan dan cabaran yang diberikan oleh rakan-rakan sekuliah membuatkan saya

berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Proses pertama adalah memilih jenis dan corak fabrik yang sesuai. Seterusnya

melukis pola sehinggalah proses menjahit pakaian dimana pelbagai pengalaman baru

saya peroleh dan pastinya pengalaman menghasilkan pakaian ini adalah satu

pengalaman yang tidak ternilai dan mana mungkin ditukar ganti dengan wang ringgit.

Proses menjahit lengan dan kolar merupakan proses jahitan yang agak rumit

sehinggakan saya terpaksa meretas semula jahitan kerana hasil yang diperoleh kurang

memuaskan. Tetapi berkat kesabaran saya teruskan juga bagi sehingga saya dapat

mengatasi masalah ini dengan jayanya.

Setelah melalui pelbagai ringtangan dan dugaan, penghasilan pakaian ini

merupakan satu kejayaan yang besar dalam hidup saya. Diharap projek yang telah

saya siapkan ini dapat memuaskan hati semua pihak. Akhir kata dari saya sekali lagi

saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana individu yang terlibat

secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menghasilkan tugasan

rekabentuk pakaian ini.

Page 20: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran secara amali yang berteraskan kemahiran kendiri amat

dititikberatkan di dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Pembelajaran berteraskan

amali mampu memberi kesan penguasaan kepada pelajar secara umumnya.

Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber

semulajadi sebagai bahan asas untuk melindungi tubuh mereka. Kini dengan kemajuan

sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu dari

sumber asli dan juga bahan kimia untuk pakaian serta seni reka pakaian yang amat

menarik.

Dalam proses menghasilkan sehelai pakaian, beberapa aspek perlu di ambil kira.

Antaranya ialah prinsip asas pemilihan pakaian seperti bentuk badan, corak, warna,

tekstur, rupa fabrik dan garisan cantuman supaya kita dapat menyembunyikan ciri

fizikal yang lemah dan menonjolkan penampilan luaran yang positif.

Manusia mempunyai bentuk badan berbeza. Secara amnya, bentuk badan boleh

dibahagi kepada empat jenis iaitu tinggi dan langsing, rendah dan langsing, rendah dan

gempal serta tinggi dan gempal.

Stail pakaian pula ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan.

Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk pakaian kerana elemen asas

reka bentuk pakaian seperti corak, warna tekstur dan rupa fabrik, garisan dan

cantuman, garis leher dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik

dan bergaya.

Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka sepeti garisan, bunga, bentuk

geometri, genggang dan lain-lain yang bertujuan mengenal fabrik. Pilihan corak yang

sesuai akan menghasilkan pakaian yang menarik, nilai estetika yang tinggi serta

memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan.

Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga

kategori warna iaitu warna terang, warna lembut dan warna gelap. Warna terang akan

menampakkan orang yang kurus elihatan lebih gempal. Warna lembut akan

menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih gempal. Warna gelap pula akan

menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih langsing. Manakala gabungan warna

Page 21: Senarai Alatan Dan Bahan Jahitan

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

gelap dan terang akan menampakkan seseorang kelihatan lebih pendek.

Kesimpulannya jenis fabrik,corak dan juga stail pakaian mempengaruhi pakaian serta

individu yang memakainya.