al-hidayah - mpob.gov.my · pdf file• makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan...

6
Al-hidayah Penerbitan Bil. (11) Julai 2013 Tadarus: Satu juzuk sehari Solat fardhu berjemaah tiap waktu Tarawih: Tak tinggal! Solat sunat rawatib Solat sunat dhuha Qiamulail: Setiap hari Menjaga lidah dan pandangan Banyakkan sedekah Iktikaf Menambah ilmu Mengeratkan silaturahim Banyakkan zikir, selawat dan doa Memburu lailatul qadar dan beribadah Jadi lebih baik dari dulu SIDANG REDAKSI AL-HIDAYAH PENAUNG Hj Ahmad Sidek Stroo PENASIHAT Hj Samsul Kamal Rosli EDITOR Zaidiana Mohd Zaid PENYELARAS PENERBITAN Mohamad Hamizi Sidek PENYUMBANG Nek Daud Ahmad, Mohd Sukri Salleh, Joriah Puteh, Nor Hanin Ayub, Hj Mohd Roslan Mohd Noor, Abdul Karim Mohd Ali, Abd Hamid Hamad, Juwairiah Othman, Raznim Arni Abd Razak, Norhayati Md Fahimy, Siti Noraini Surip PRUF Mustafa Mat Ali CETAKAN Zamri Samsuri

Upload: vuongdien

Post on 12-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF file• Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia: Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin

[ 1 ] Al-Hidayah_JULAI 2013

Al-hidayahPenerbitan Bil. (11) Julai 2013

Tadarus: Satu juzuk sehari Solat fardhu berjemaah tiap waktu Tarawih: Tak tinggal! Solat sunat rawatib Solat sunat dhuha Qiamulail: Setiap hari Menjaga lidah dan pandangan Banyakkan sedekah Iktikaf Menambah ilmu Mengeratkan silaturahim Banyakkan zikir, selawat dan doa Memburu lailatul qadar dan beribadah Jadi lebih baik dari dulu

SIDANG REDAKSI AL-HIDAYAH

PENAUNGHj Ahmad Sidek Stroo

PENASIHATHj Samsul Kamal Rosli

EDITORZaidiana Mohd Zaid

PENYELARAS PENERBITANMohamad Hamizi Sidek

PENYUMBANGNek Daud Ahmad, Mohd Sukri Salleh,

Joriah Puteh, Nor Hanin Ayub,Hj Mohd Roslan Mohd Noor,

Abdul Karim Mohd Ali,Abd Hamid Hamad, Juwairiah Othman,

Raznim Arni Abd Razak,Norhayati Md Fahimy, Siti Noraini Surip

PRUFMustafa Mat Ali

CETAKANZamri Samsuri

Page 2: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF file• Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia: Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin

[ 2 ] Al-Hidayah_JULAI 2013

Kelebihan Bersahur• Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu

ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

• Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

• Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi saw bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

• Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

• Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam

ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan

rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa.

Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah

memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi

menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini

dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak

akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah

sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Sumber:http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Ihya/20090819161426/Article/

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan

kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa,

ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah.

Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu)

orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah

beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah

kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar,

yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan

Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.”

(Surah Ali Imran:15-17)

Page 3: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF file• Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia: Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin

[ 3 ] Al-Hidayah_JULAI 2013

Tips Berbuka Puasa • Makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal

sihat di bulan puasa.

• Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia:

Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin. Buah-buahan dan sayur-sayuran Ikan, ayam, daging dan kekacang Susu dan produk tenusu Sedikit minyak, lemak, gula dan garam

• Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

• Sunnah mengambil tiga biji kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.

• Hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.

• Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah setengah set cawan nasi putih, satu ketul ikan atau ayam, satu cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan.

• Ambil banyak buah-buahan serta lebihkan minum air kosong.

• Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, satu atau dua ketul kuih dan satu gelas susu . Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.

• Sekiranya anda mengalami masalah sembelit, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil enam hingga lapan gelas air, tiga hidangan sayur-sayuran dan setengah cawan sayur-sayuran serta dua biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran.

Tips Meningkatkan Pengambilan Air di Bulan Puasa Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil enam hingga lapan gelas air sehari. Air adalah penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah

sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Bagi berbuka puasa, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah-buahan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:

• Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.

• Minum dua gelas air antara waktu tarawih dan moreh.

• Minum dua hingga tiga gelas air sebelum tidur.

• Minum dua gelas air sewaktu bersahur.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/pemakanan/pemakanan-di-bulan-

puasa/tips-di-bulan-ramadan

Sabda Rasulullah saw, "Barang siapa yang tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta [waktu berpuasa], maka Allah tidak memerlukan lapar dan

hausnya."Hadis riwayat Al-Bukhari.

Page 4: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF file• Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia: Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin

[ 4 ] Al-Hidayah_JULAI 2013

• “Al- Quran adalah pemberi syafaat (yang mana syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka” (Riwayat Ibnu Hibban).

• Sabda Nabi saw, “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali kepada Allah (menghampir diri kepada-Nya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripada-Nya yakni al- Quran” (Riwayat al- Hakim).

• Sabda Nabi saw, “Semaikanlah rasa takut kepada Allah sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan kebaikan”. Abu Dzar meminta supaya Nabi saw menambah lagi. Sabda Nabi saw, “Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untukmu di langit (akhirat)”. (Riwayat Ibnu Hibban).

• Sabda Nabi saw, “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya. Dan menjadi kemegahan dan kebanggaan umatku iaitu al-Quran.” (Riwayat Abu Na’im).

• Sabda Nabi saw, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat at- Tirmizi).

• Sabda Nabi saw, “Al-Quran diibaratkan seperti seekor unta yang diikat; apabila tidak selalu dipegang talinya, dia akan terlepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Al-Quran Mukjizat TeragungSejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadan, Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk, penjelas dan furqan yang menyingkap tabir kegelapan manusia dan alam ini. Peristiwa ini diabadikan dalam Al-Quran, melalui firmanNya: "Bulan Ramadan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran (sebagai) petunjuk bagi (sekalian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang batil)" (Al-Baqarah:185). Oleh itu, di antara amalan yang digalakkan oleh Rasulullah saw untuk dilaksanakan di bulan Ramadan adalah tadarus Al-Quran. Amalan tadarus di bulan Ramadan bukan hanya membaca ayat-ayat Al-Quran sahaja, tetapi yang paling penting adalah bagaimana Al-Quran menjadi pedoman, panduan serta standard kehidupan muslimin dalam menjalani kehidupan seharian. Basahilah lidah dengan membaca al-Quran setiap hari. Jangan biarkan diri kosong tanpa membaca al- Quran walaupun sehari. Di dalam hadis Rasullulah menyatakan tentang pemberi cahaya rumahtangga dengan membaca al-Quran itu. Hadis yang diriwayatkan Daru Quthni daripada Anas ra, Rasulullah memerintahkan: “Perbanyakkanlah membaca al -Quran di rumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang tidak ada orang yang membaca al-Quran, akan sedikit sekali dijumpai kebaikan di rumah itu, dan akan banyak sekali kejahatan, serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah.” Al-Imam al-Nawawi rhm menulis dalam kitabnya al-Azhar, “Hari-hari yang terbaik untuk membaca Al-Quran adalah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari Arafah (9 Zulhijjah) dan 10 hari terakhir bulan Ramadan. Manakala bulan terbaik adalah bulan Ramadan.”

Hadis Berkenaan Al-Quran

• Ibnu Mas'ud ra berkata yang bermaksud: "Kami dahulu belajar membaca Al-Quran tidak lebih dari 10 ayat dalam sehari. Kami tidak menambahkan bacaan ayat-ayat itu sebelum kami memahami serta mengamalkannya."

• Sabda Rasulullah saw, "Aku tinggalkan dua perkara, apabila kamu sekelian berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan tersesat untuk selama-lamanya, iaitu al-Kitab (Al-Quran) dan As-Sunnah Rasul-Nya".

• Sabda Rasulullah saw, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari).

Page 5: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF file• Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia: Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin

[ 5 ] Al-Hidayah_JULAI 2013

Kehebatan Malam Al-Qadar• Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa

buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr. Firman Allah SWT: "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan." (Al-Qadr: 2).

• Di malam ini jugalah Nabi saw bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadis: Adalah Nabi saw, beribadat dengan (lebih) bersungguh-sungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain." (Riwayat Muslim, no 1175).

• Sebuah lagi hadis menyebut, "Adalah Nabi saw beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadan)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

• "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

• Malam berkat yang diturunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi saw secara berperingkat). Justeru, ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat tiga surah ad-Dukhan. Pandangan ini adalah sahih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126).

• Dituliskan pada malam tersebut ‘qadar’ atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa juga berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu. “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul” (Ad-Dukhan: 4-5).

• Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan (Tafsir At-Tabari, 25/108).

• Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat. Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi saw yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad saw yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

• Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as). Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan: Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus silaturahim dan individu yang sedang bermusuhan.

• Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera. Hinggakan syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531; Al-Qurtubi, 20/134). Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

• Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Apakah Amalan pada Malam Lailatul Qadar?

Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah ra berkata: ”Ya Rasulullah, bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ”Ya Allah kami bermohon pada-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba-hambaMu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad). Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka(Al-Baqarah: 201).

Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti: berzikir, berdoa, membaca terjemahan Al-Quran serta memahaminya Selain itu, para wanita boleh mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari sumber lain. Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof Dr Muhammad Abu Laylah (Prof Syariah di Universiti Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Semoga kita semua diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Sumber: www.zaharuddin.net(Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman)

Page 6: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF file• Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia: Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin

[ 6 ] Al-Hidayah_JULAI 2013

Sekitar Program Amal Madrasah Al-Quran Durian Mas,Dungun, Terengganu oleh Biro Kebajikan PKKIM dan

Biro Hulu Paka pada 24-27 Mei 2013

Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Pendidikan

dan Dakwah, PKKIM Sesi 2012/2014