pusat permatapintar tm negara · pdf filepematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. hal...

60
PUSAT PERMATApintar TM NEGARA 1 A+ DISEDIAKAN OLEH : MIOR MUHAMMAD SAIFUL NIZAN BIN MUHD SAALI

Upload: phamdan

Post on 12-Feb-2018

299 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

1

A+

DISEDIAKAN OLEH :

MIOR MUHAMMAD SAIFUL NIZAN BIN MUHD SAALI

Page 2: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1

PENGENALAN

Penulisan karangan adalah Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea

oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa. Setiap idea yang

disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca/

pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik

penulisan yang sesuai .

(Samsu Yaacob, Bahasa Melayu Kertas Satu, Masa Enterprise, Kajang 1995)

BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN

PRAWACANA

Item Karangan Bahagian A

Peruntukan masa 45 minit

Bilangan perkataan 200 hingga 250 pp

Bilangan muka surat 2 halaman

Bilangan Perenggan 5 perenggan

Bilangan isi 3 isi

Jumlah markah 30 markah

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN A

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

26 – 30

(28 – 30)

(26 – 27)

•••• Karangan menepati tema bahan rangsangan.

•••• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan

tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan

Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta

sesuai.

•••• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan

bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik

dan tepat serta sesuai.

•••• Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan

dihuraikan dengan jelas dan matang.

Kepujian

20 – 25

(23 - 25)

(20 – 22)

•••• Karangan menepati tema bahan rangsangan.

•••• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan

tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan

Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

•••• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan

bervariasi.

•••• Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan

dihuraikan dengan jelas.

15 – 19

•••• Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Page 3: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

3

Memuaskan

(17 - 19)

(15 – 16)

•••• Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.

Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan

masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan

kosa kata umum.

•••• Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih

bervariasi.

•••• Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan.

Huraian idea masih jelas.

Kurang

Memuaskan

10 – 14

(12 - 14)

(10 – 11)

•••• Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan.

•••• Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.

Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih

mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat

kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata

terhad (Ayat yang pendek)

•••• Wacananya kurang lengkap. Unsur bahasa kurang

bervariasi.

•••• Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan

huraiannya kurang jelas.

Pencapaian

minimum

01 – 09

(06 - 09)

(01 – 05)

•••• Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran

menulis.

•••• Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

•••• Idea kurang menepati tema bahan rangsangan.

CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN

TEMA : Menepati tema & tugasan bahan rangsangan

BAHASA : Gramatis dari segi kata dan ayat

Tanda baca betul dan tepat

Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru

Kosa kata luas dan tepat

WACANA : Lengkap

Unsur bahasa bervariasi

Guna ungkapan yang menarik

IDEA : Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan Dihuraikan dengan jelas dan mata

SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG:

• Jenis Bahan Rangsangan;

• Gambar Foto

• Gambar rajah

• Ilustrasi kartun

Page 4: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

4

• Pelan

• Iklan

• Petikan

• Catatan

KAEDAH PENULISAN KARANGAN SECARA TERANCANG

Contoh Soalan

Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk

memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan

Isi 1 : Kempen “Cintai Bahasa Kita”

Isi 2 : Aktiviti Kebahasaan

Isi 3 : Penerbitan Bahan Bacaan

Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

Tema : bahasa kebangsaan

Kata kunci : cara-cara (alternatif : langkah-langkah/usah-usaha/strategi/kaedah/mekanisme)

PERENGGAN PENDAHULUAN

Ayat 1 : TEMA

Kait dengan semasa Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan

ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada

Tema isu berkaitan dengan... ...(sebutkan tema)

Sasaran Dalam kalanganpelajar/remaja/masyarakat/belia

Prioriti saban waktu diwara-warakan dalam media arus

perdana malah sering menjadi polemik yang hangat

diperdebatkan di negara kita.

Ayat 2 : JUSTIFIKASI

Wacana Justeru, / Sehubungan dengan itu, / Menyedari

hakikat ini,

Saranan semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk

mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan,

di situ ada jalan /hendak seribu daya, tak hendak

seribu dalih /yang bulat tidak datang bergolek, yang

pipih tidak datang

melayang

Ayat 3 : TUGASAN

Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan

tentang dalam soalan) dan berakhir dengan tanda

soal (?)

Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban waktu

diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di

negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana

ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa

kebangsaan?

Page 5: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

5

PERENGGAN ISI PERTAMA

Ayat topik

Rumus Rumus Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada

pandangan saya, + Ayat Topik (KATA KUNCI -

tanpa gandaan) + yang paling

utama/efektif/dominan + ialah +(ISI PERTAMA

YANG TELAH DITRANSFORMASI MENJADI KKAT)

Ayat 1 Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah

mengadakan Kempen “Cintai Bahasa Kita”.

Ayat huraian

Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi +

pelaku + impak

Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang

diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat

memberi kesedaran kepada masyarakat tentang

kepentingan mendaulatkan bahasa kebangsaan

sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia selaras

dengan citra ”Bahasa Jiwa

Bangsa”.

Ayat contoh

Rumus Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang

relevan + kaitkan dengan tema

Ayat 3 Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen

Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan

Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa

Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang

menjurus kepada penggunaan bahasa kebangsaan

yang betul.

Ayat penegas

Rumus

Tegasnya, + isi pertama + tugasan

Ayat 3 Tegasnya, kempen “Cintai Bahasa Kita” merupakan

strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

di negara kita.

PERENGGAN ISI KEDUA

Ayat topik

Rumus Rumus Selain itu, + Isi Kedua yang telah

ditransformasikan + Tugasan

Ayat 1 Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga

merupakan langkah untuk memartabatkan bahasa

kebangsaan.

Ayat huraian

Rumus Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi +

pelaku + impak

Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti

kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah

dapat menarik minat para pelajar untuk

menggunakan bahasa kebangsaan yang betul

secara lisan atau penulisan.

Rumus Misalnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan

Page 6: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

6

Ayat contoh

+ kaitkan dengan tema

Ayat 3 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan

seperti Pertandingan Debat, Pesta Pantun,

Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan

sebagainya mampu memperkasakan aspek

keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar.

Ayat penegas

Rumus

Memang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi kedua

Ayat 3 Memang tidak dapat dinafikan, langkah

memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih

berkesan dengan menganjurkan aktiviti

kebahasaan di sekolah-sekolah.

PERENGGAN ISI KETIGA

Ayat topik

Rumus Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3

Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan

Ayat huraian

Rumus Hal ini bermaksud + Pasifkan Isi + pelaku + impak

Ayat 2 Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan

oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat

mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat

dengan menggunakan bahasa kebangsaan

sebagai wahana untuk menyampaikan maklumat

dan hiburan.

Ayat contoh

Rumus Tamsilannya, + isi yang dipasifkan + bukti yang

relevan + kaitkan dengan tema

Ayat 3 Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan

seperti majalah, surat khabar, bahan pandang

dengar dan sebagainya berupaya menarik minat

masyarakat untuk menggunakan bahasa

kebangsaan dalam urusan harian mereka.

Ayat penegas

Rumus

Saya optimis + isi 3 + tugasan

Ayat 3 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan yang

menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran

merupakan usaha murni untuk memartabatkan

bahasa ini di negara kita.

Page 7: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

7

PERENGGAN KESIMPULAN

Saranan + Harapan

Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah

berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema

+ Harapan

Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah

berusaha untuk memartabatkan bahasa

kebangsaan supaya bahasa ini dapat

diperkasakan di negara kita.

Seruan

Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)

Ayat 2 Penggemblengan tenaga dan usaha untuk

menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang

bijak pandai pernah berpesan kalau tidak

dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif

mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana

perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula

dengan langkah yang pertama!

CONTOH 1

Belakangan ini, isu berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat saban

waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat

diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani

isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah caracara untuk

memartabatkan bahasa kebangsaan?

Pada hemat saya, cara yang paling efektif ialah mengadakan Kempen “Cintai Bahasa Kita”. Saya

berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat menarik

minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan.

Contohnya, kempen yang diadakan seperti Kempen Penggunaan Bahasa Baku, Kempen Pengucapan

Bertatasusila, Kempen Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Dalam Iklan dan sebagainya yang menjurus

kepada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Tegasnya, kempen “Cintai Bahasa Kita” merupakan

strategi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di

negara kita.

Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga merupakan langkah untuk memartabatkan

bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak

sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara

lisan atau penulisan. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang dianjurkan seperti Pertandingan Debat,

Pesta Pantun, Pementasan Teater, Deklamasi Puisi dan sebagainya mampu memperkasakan aspek

keterampilan berbahasa dalam kalangan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan, langkah

memartabatkan bahasa kebangsaan menjadi lebih berkesan dengan menganjurkan aktiviti

kebahasaan di sekolah-sekolah.

Page 8: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

8

Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan

bacaan. Hal ini bermaksud, bahan bacaan yang diterbitkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan dapat

mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai wahana

untuk menyampaikan maklumat dan hiburan. Tamsilannya, bahan bacaan yang diterbitkan seperti

majalah, surat khabar, bahan pandang dengar dan sebagainya berupaya menarik minat masyarakat

untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan harian mereka. Saya optimis, penerbitan bahan

bacaan yang menggunakan bahasa kebangsaan di pasaran merupakan usaha murni untuk

memartabatkan bahasa ini di negara kita.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan

supaya bahasa ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk

menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan

ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah

digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah

yang pertama!

CONTOH 2

Mafhum daripada sepotong hadith Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,”Jagalah masa

sihatmu sebelum tiba masa sakit.” Hadith ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam

kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik

membolehkan kita mengurus kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang

kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus

hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Asas kepada kehidupan yang sihat bermula daripada pemakanan. Oleh itu, untuk menjalani

kehidupan yang sihat, pemakanan seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada piramid makanan

amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

buah-buahan dan ikan serta mengurangkan pengambilan gula, lemak dan makanan ringan. Sebaik-

baiknya, makan di restoran atau kedai makan perlu dielakkan. Hal ini kerana, kandungan yang terdapat

dalam makanan tersebut tidak pasti asal usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut datang

daripada sumber yang kotor seterusnya meninggalkan impak yang tidak sihat kepada tubuh badan.

Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Sebaik-

baiknya, aktiviti bersukan dan bersenam dilakukan pada setiap petang. Namun jika tuntutan kerja tidak

membenarkan bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu.

Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa “di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan”. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama

melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berlari, tai-chi dan

aerobik. Namun begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika

berkesempatan, senaman boleh dilakukan di taman atau gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh

badan, hubungan kekeluargaan turut dipereratkan.

Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik penjagaan kesihatan

seharian. “Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu”. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium

yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa diri. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik

atau hospital membolehkan kita menambah pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-juta

Page 9: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

9

maklumat yang terdapat di hospital. Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni

dihidangkan tanpa sedikit bayaran pun yang dikenakan untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu,

mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk

menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

Kesimpulannya, kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan

yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah kesihatan seperti

menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada satu pun barang di dunia ini boleh menandungi nikmat

kesihatan pemberian Allah. Jadilah manusia yang bersyukur ke atas kurniaan Allah. Kita boleh

menjadikan mafhum sepotong hadith yang menyatakan bahawa “Kehidupan sebagai sebatang tubuh.

Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga

malam.” Hadith ini boleh menggambarkan bahawa kesihatan manusia memainkan perana penting

dalam kehidupan. Jika tiada kesihatan yang baik, maka tempanglah kehidupan. Berdoalah kepada Allah

supaya dikurniakan kesihatan yang baik.

CONTOH 3

“Badan cergas , otak cerdas.” Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat di media massa seperti majalah-

majalah kesihatan, radio dan juga di institusi-institusi perubatan seperti hospital dan klinik. Seiring

dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus

ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar

dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang

mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana

daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan

kemajuan negara pada masa hadapan.

Terdapat pelbagai cara untuk kita mengaplikasikan amalan gaya hidup sihat dalam rutin harian

kita nataranya menjalani pemeriksaan kesihatan yang berkala di institusi perubatan seperti hospital.

Perkara ini penting bagi menyedarkan kita tetang tahap kesihatan diri. Sekiranya kita menghidap

penyakit seperti demam, selesema dan lain-lain segeralah mencari penawarnya dan pergilah ke hospital

untuk mendapat rawatan. Hal ini penting bagi mengelakkan penyakit tersebut merebak kepada

masyarakat yang lain. Kesimpulannya, amalan menjalani pemeriksaan secara berkala penting bagi

menyedarkan kita tentang tahap kesihatan diri.

Tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan salah satu prakarsa bagi melestarikan amalan

gaya hidup sihat. Dengan tidur serta rehat yang mencukupi secara tidak langsung akan memberikan

impak yang positif kepada tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana , tubuh dan anggota badan kita

akan menjadi lebih segar dan bertenaga selepas menjalani ‘ubat’ yang secukupnya. Sebagai contoh,

pelajar yang tidur sekurang-kurangnya 6 jam akan mendapati badannya akan lebih segar dan ini

memberikan semangat kepada pelajar tersebut ketika di sekolah. Tegasnya, tidur dan rehat yang

mencukupi penting bagi seorang pelajar kerana melalui perkara tersebutlah lahirnya pelajar yang

cemerlang.

Amalan pengambilan makanan seimbang juga penting di samping bersenam dan bersukan untuk

membentuk masyarakat yang sihat. Melalui pengambilan makanan yang seimbang seperti mengikut

jadual piramid makanan dan diet seimbang, kita dapat menghindarkan diri daripada menghidap

penyakit obesiti yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Situasi ini, perlulah ditangani dengan

segera bak kata bidalan ‘mencegah lebih baik daripada merubati’. Kita perlulah mengambil makanan

Page 10: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

10

yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan kita tenaga yang secukupnya seperti nasi dan roti.

Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan protein juga penting kerana protein membekalkan

kandungan kalsium yang tinggi untuk tumbesaran anak-anak dan juga kekuatan tulang. Konklusinya,

amalan makanan secara seimbang merupakan langkah yang bijak bagi mengatasi gejala obesiti dan

melahirkan masyarakat yang sihat.

Deduksinya, amalan gaya hidup sihat ini merupakan sesuatu yang signifikan bagi melahirkan

masyarakat yan bebas daripada penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kegagalan buah

pinggang, kencing manis dan sebagainya. Perkara ini penting bagi memanifestasikan masyarakat yang

sihat serta remaja yang proaktif untuk menerajui legasi kepimpinan negara agar berdiri sama tinggi dan

duduk sama rendah dengan negara-negara metropolitan yang lain. Tegasnya, tanpa amalan gaya hidup

sihat ini sudah semestinya masyarakat dan remaja kita mudah dihidapi penyakit yang akan merencatkan

visi dan misi negara.

CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) 1

Pada era modenisasi ini, manusia sering mengejar kekayaan dan kebendaan serta kemewahan

yang menyebabkan mereka alpa akan penjagaan kesihatan tubuh badan mereka sama ada dari

segi fizikal mahupun mental. Sebagai akibatnya, masyarakat kita sering menghidap penyakit yang

berbahaya dan kronik seperti penyakit kardiovaskular, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi

serta pelbagai kanser organ dalaman kita. Kajian statistik telah meramalkan bahawa 70 peratuskes

kematian yang berlaku pada sepuluh tahun akan datang berpunca daripada penyakit-penyakit

kronik seperti kanser paru-paru, diabetes, penyakit buah pinggang serta penyakit

kardiovaskularyang berpunca daripada cara pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Oleh itu,

penjagaan kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting.

Langkah pertama untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita adalah dengan mengamalkan

pemakanan yang seimbang. Makanan yang seimbang lazimnya mengandungi kandungan serat atau

fiber yang tinggi serta mampu memudahkan proses pencernaan dalam tubuh badan kita. Hal ini penting

untuk mengelakkan kita daripada menghadapi masalah sembelit. Sesungguhnya, kita harus

mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan berpandukan piramid makanan. Piramid

makanan menentukan kuantiti dan komposisi pelbagai kelas makanan yang perlu kita ambil.

Makanan yang seimbang merangkumi tujuh kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang

optimum. Misalnya, karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, zat-zat yang berkhasiat seperti zat besi

dan kandungan air yang mencukupi. Menurut pakar kesihatan, kita harus meminum sekurang-

kurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita terjamin. Kita juga harus

mengelakkan makanan segera dan makanan makanan ringan yang tidak mengandungi nutrien serta

memudaratkan kesihatan kita. Kita harus berpegang kepada prinsip makan untuk hidup dan bukannya

untuk makan.

Selain itu, kita harus menjalankan pemeriksaan badan atau kesihatan sekurang-kurangnya dua

kali setahun bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada era moden ini, pakar-

pakar perubatan dunia mahupun tempatan telah berjaya mencari penawar kepada pelbagai jenis

penyakit. Jikalau kita kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan, kita mungkin dapat mengesan tanda-

tanda awal sesuatu penyakit yang boleh diubati jika pemeriksaan dilakukan lebih awal. Selain itu,

kita juga boleh berjumpa dengan pakar-pakar kesihatan untuk mengetahui pelbagai tip tentang

gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kita juga boleh neminta tunjuk ajar doktor wanita ataupun jururawat

yang ada di klinik untuk melakukan pemeriksaan payu dara dengan sendiri. Hal ini mustahak kepada

Page 11: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

11

semua kaum wanita kerana kanser payu dara dianggap sebagai pembunuh senyap kaum wanita dan

telah mengorbankan banyak nyawa.

”Badan cergas, otak cerdas”. Slogan ini jelas memberitahu kita bahawa peri pentingnya

badan yang cergas untuk melahirkan minda yang cerdas. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya menjaga

kesihatan diri masing-masing dengan bersenam dan bersukan. Kita hendaklah melakukan senaman

sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jikalau boleh, kita harus melakukan pelbagai bentuk senaman

yang mampu mengerakkan otot-otot kita misalnya berjoging, berenang mahupun bermain badminton,

bola sepak dan sebagainya. Bersenam sememang mampu meningkatkan sistem keimunan dan

sistem peredaran darah kita. Namun, apa yang menyedihkan ialah pelbagai automasi yang wujud pada

era moden ini menyebabkan manusia menjadi malas. Persoalannya ialah siapakah yang memulakan

kehidupan harian dengan aktiviti senaman ringan?” Tepuk dada, tanyalah selera. Kebanyakan

masyarakat kita pada hari ini hanya perlu menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan

perkhidmatan transit aliran ringan serta memandu kereta sendiri untuk sampai di tempat kerja atau

sekolah atau mana-mana sahaja. Masyarakat kini kurang bergerak atau berjalan dan amalan

sebegini boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, masyarakat kita

harus berusaha mengikis tabiat yang negatif.

Akhir sekali, masyarakat harus tidur dan dan rehat yang cukup supaya dapat memulakan

kehidupan harian dengan penuh bersemangat dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, kita dapat

menjamin kesihatan kita yang baik di samping memastikan kecekapan kita semasa bekerja ataupun

semasa bersekolah. Kita juga boleh meminum segelas susu sebelum tidur untuk memastikan kita

tidur dengan lena. Selain itu, kita patut tidur awal dan bangun awal untuk mengelakkan keletihan yang

berlebihan. Kita juga boleh meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga kita untuk berehat pada hari

Ahad atau Sabtu dengan menjalankan aktiviti riadah. Hal ini boleh diibaratkan sebagai sambil

menyelam minum air.

Tuntasnya, kesibukan yang baik merupakan anugerah daripada Yang Maha Kuasa yang tidak

ternilai harganya. Oleh itu, kita harus menjaga kesihatan kita. Dengan kesihatan yang baik,

barulah kita dapat membangunkan negara dengan cekap dan bijaksana. Rakyat yang sihat mampu

merealisasikan Wawasan 2020 dan menyumbang ke arah pembangunan negara. ”Rakyat Sihat,

Negara Makmur ”. Semua pihak patut berusaha untuk mewujudkan rakyat yang cergas dan cerdas agar

mampu bersaing dengan negara lain di persada dunia dalam bidang politik, ekonomi mahupun

sosial.

CONTOH KARANGAN MEMUASKAN (PENANDAAN) 2

Kesihatan merupakan anugerah Tuahn yang telah diberikan kepada semua umat di muka bumi

ini.Setiap individu seharusnya menjaga dan memantau tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan

yang lebih sihat dan sejahtera tetapi ramai yang masih mengabaikan kesihatan mereka sehingga

menghidapi penyakit kronik baru ingin bertindak.

Antara cara menjalani kehidupan yang sihat ialah menjalani pemeriksaan kesihatan di

klinik-klinik yang terdekat. Pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dilakukan tiga kali dalam setahun.

Pemeriksaan ini amat penting bagi menguji tahap kesihatan supaya dapat mengelakkan daripada

menghidapi penyakit kronik.

Page 12: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

12

Selain itu, kehidupan yang sihat dapat direalisasikan apabila setiap individu kerap bersenam

dan bersukan untuk mengeluarkan peluh. Apabila berpeluh, toksin-toksin di dalam badan dapat

dikeluarkan sekali gus membuat badan berasa sihat dan ringan.

Seterusnya, tidur dan rehat yang mencukupi merupakan salah satu cara menjalani

kehidupan yang sihat. Bagi individu yang telah bekerja, mereka sentiasa menginginkan tidur dan

rehat yang cukup bagi menguatkan badan supaya dapat melakukan kerja dengan sempurna dan

bersemangat. Bagi pelajar pula, mereka akan belajar dengan lebih tumpuan dan fokus apabila guru

sedang mengajar. Hal ini kerana, tidur dan rehat mereka mencukupi.

Di samping itu, mengamalkan pemakanan seimbang adalah langkah yang perlu dititikberatkan

dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang berikhtiar untuk mengurangkan lemak,

amalan pemakanan seimbang seharusnya diamalkan.

Akhirnya sekali, kita haruslah bersyukur atas nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh-Nya. Selain

itu, kita hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat

dana sejahtera dia atas muka bumi ini.

CONTOH KARANGAN KURANG MEMUASKAN (PENANDAAN) 3

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nilainya kepada manusia. Pada zaman

moden kini, manusia sentiasa ingatkan kerja dan lupa kesihatan mereka.

Kita ada banyak cara untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dalam kehidupan kita, makanan

adalah sangat penting. Jadi, mengamalkan pemakanan seimbang adalah sangat penting untuk

menjaga kesihatan kita. Makan secara sihat, orangnya juga akan sihat. Pada zaman yang moden kini,

sudah ada banyak makanan segera(Fast food), sepert (KFC), (MCD) dan lain-lain. Banyak orang suka

makan makanan segera, tapi makanan segera tersebut tidak baik kepada kesihatan kita. Makanan

yang kita makan mestilah seimbang dengab tujuh bahan, iaitu karbohidrat, protein, garam,

lemak,vitamin, mineral dan pelawas. Tetapi makanan segera kebanyakan adalah lemak. Jadi, untuk

menjaga kesihatan kita, kita boelh mengikut makan piramid makanan.

Selain itu, bersenam dan bersukan juga ialah cara untuk menjaga kesihatan kita. Ramai

orang hanya pentingkan kerja mereka, tetapi bersenam dan bersukan juga adalah sangat penting.

Kita perlu buat aktiviti untuk mencergaskan badan kita, seperti berjoging, bersenam dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti tersebut perlulah membuat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap minggu.Seterusnya,

menjalani pemeriksaan kesihatan juga penting. Pemeriksaan kesihatan tersebut juga perlu dijalankan

pada setiap tahun sekali.

Tambahan pula, tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting juga. Kes-kes jalan raya

semakin bertambah disebabkan oleh pemandu tidak cukup tidur dan rehat. Median masa juga selalu

cakap, rehat dulu sebelum memandu. Tetapi banyak orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Mereka tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Perkara tersebut menimbulkan banyak tragedi

berlaku.

Akhir sekali, sayangkan badan kita, supaya tidak mencederakan orang yang sayang kita. Kita

mestilah menjaga kesihatan diri sendiri untuk menjadikan seorang yang berguna dan bantu

memajukan negara kita untuk mencapai wawasan 2020.

Page 13: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

13

SARANAN

1. Karangan mestilah menepati tema bahan rangsangan/menepati arahan soalan.

2. Karangan mestilah mempunyai isi-isi penting yang relevan dan tersusun.

3. Isi-isi penting itu pula perlu dihuraikan dengan jelas dan disokong dengan contoh-contoh

yang tepat dan menarik.

4. Perenggan-perenggan pula harus seimbang.

5. Karangan mestilah menggunakan bahasa yang gramatis, kosa kata luas dan tepat

penggunaannya.

6. Unsur bahasa yang digunakan mestilah bervariasi dan menggunakan ungkapan yang

menarik seperti peribahasa, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, hadis nabi,

terjemahan ayat suci Al-Quran dan lain-lain.

7. Karangan juga harus mempunyai idea yang relevan dengan tema rangsangan yang diberi

dan dihuraikan dengan jelas.

8. Keseluruhan karangan mestilah memperlihatkan kematangan calon.

9. Karangan mestilah ditulis dengan tulisan yang kemas, bersih dan jelas.

10. Jumlah perkataan seboleh-bolehnya dalam lingkungan 250 hingga 300 patah perkataan.

Walaupun tiada pemotongan markah, namun peraturan dalam pemarkahan boleh berubah

pada bila-bila masa.

Page 14: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

14

BAHAGIAN B : RESPONS TERBUKA

PRAWACANA

Item Karangan Bahagian B

Peruntukan masa 90 minit

Bilangan perkataan Lebih 350 pp

Bilangan muka surat 4 halaman

Bilangan Perenggan 7 perenggan

Bilangan isi 5 isi

Jumlah markah 100 markah

KRITERIA PENSKORAN KARANGAN BAHAGIAN B

PERINGKAT MARKAH KRITERIA

Cemerlang

80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan

tepat.

•••• Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.

•••• Ejaan dan tanda baca yang betul.

•••• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

•••• Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat.

•••• Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.

Ada penegasan isi.

•••• Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.

•••• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang

jelas antara perenggan.

•••• Penggunaan unsur bahasa bervariasi.

•••• Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan

kata atau frasa.

Kepujian

66 – 79

(73 - 79)

(66 – 72)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

•••• Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum.

•••• Ejaan dan tanda baca yang betul.

•••• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

•••• Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

•••• Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.

•••• Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan

sesuai.

•••• Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang

jelas antara perenggan.

•••• Penggunaan unsur bahasa bervariasi.

•••• Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

Page 15: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

15

penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan

kata

Baik

51 – 65

(58 - 65)

(51 – 57)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.

•••• Penggunaan ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum.

•••• Ejaan dan tanda baca masih betul.

•••• Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

•••• Penggunaan kosa kata masih tepat.

•••• Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih

jelas dan contoh masih sesuai..

•••• Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih

sesuai.

•••• Wacana masih lengkap.

•••• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

•••• Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa

dan penggunaan ungkapan masih berkesan.

Memuaskan

36 – 50

(43 - 50)

(36 – 42)

•••• Penggunaan pelbagai jenis kata masih/kurang tepat.

•••• Ayat masih/kurang gramatis.

•••• Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan

yang minimum.

•••• Laras bahasa masih/kurang sesuai.

•••• Penggunaan kosa kata umum.

•••• Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang

jelas dan contoh kurang sesuai..

•••• Pengolahan kurang menarik.

•••• Wacana masih/kurang lengkap.

•••• Penggunaan unsur bahasa masih/kurang bervariasi.

•••• Gaya bahasa masih/kurang menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

Kurang

Memuaskan

21 – 35

(28 - 35)

(21 – 27)

•••• Penggunaan kata kurang tepat.

•••• Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.

•••• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

•••• Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian

tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.

•••• Pengolahan tidak menarik.

•••• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang.

•••• Unsur bahasa tidak bervariasi.

•••• Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan lemah.

Pencapaian

Minimum

01 – 20

(11 - 20)

(01 – 10)

•••• Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat

yang tidak gramatis.

•••• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

•••• Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak

berkembang dan contoh tidak sesuai.

Page 16: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

16

•••• Pengolahan tidak menarik.

•••• Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang dan tidak sesuai.

•••• Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan

ungkapan lemah dan tidak menarik.

•••• Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami.

TAJUK KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI :

BIDANG INTERPERSONAL (IP)

BIDANG MAKLUMAT (M)

BIDANG ESTETIKA (E)

SKOP SOALAN MERANGKUMI 5 DIMENSI :

• DIRI

• KELUARGA & MASYARAKAT

• NEGARA

• ANTARABANGSA

• UNSUR SASTERA

DIMENSI DIRI : CONTOH SOALAN

1. Masalah kegemukan atau obesiti dalam karangan rakyat negara ini semakin serius.

Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi

masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat

dan cergas.

2. Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan

masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Bincangkan usahausaha yang boleh

dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

3. Pencapaian seseorang tokoh dalam sesuatu bidang seperti politik, sukan dan

budaya telah memberikan inspirasi kepada diri anda. Jelaskan bagaimanakah kejayaan mereka itu

membakar semangat anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

4. Pelbagai salah laku disiplin berlaku dalam kalangan murid pada masa ini. Sebagai

seorang murid, huraikan peranan yang dapat anda sumbangkan untuk membantu pihak sekolah dalam

menangani salah laku disiplin murid-murid di sekolah anda.

5. Anak-anak merupakan permata dalam sesebuah keluarga. Jelaskan tanggungjawab anak-

anak terhadap ibu bapa bagi melahirkan keluarga bahagia.

DIMENSI KELUARGA / MASYARAKAT : CONTOH SOALAN

1. Anak-anak merupakan modal insan yang penting dalam sesebuah institusi keluarga. Oleh

Page 17: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

17

itu, ibu bapa perlu memainkan peranan proaktif agar dapat melahirkan anak-anak yang bersahsiah

terpuji .Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena

Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup sihat”.

Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

DIMENSI NEGARA : CONTOH SOALAN

1. Kepelbagaian kaum dan etnik serta budaya mampu menjadi aset untuk memajukan sektor

pelancongan di negara ini.

Berikan komen anda.

2. Air bersih merupakan keperluan penting dalam kehidupan manusia. Malangnya

kebanyakan sumber air bersih di negara ini telah tercemar. Huraikan langkah-langkah untuk mendidik

masyarakat agar menghargai sumber air.

i. BIDANG INTERPERSONAL

• Surat Rasmi

• Surat Tidak Rasmi

• Wawancara

• Forum

• Syarahan

• Ucapan

• Ceramah*

• Perbahasan

ii. BIDANG MAKLUMAT

• Rencana

• Laporan

• Berita

• Pendapat

• Mengulas Pendapat

• Perbincangan

• Membahaskan Tajuk

• Ulasan Buku

• Ulasan Cerpen/Novel/ Drama/ Puisi

• Peribahasa/ Cogan Kata

• Menulis Minit Mesyuarat

iii. BIDANG ESTETIKA

• Gambaran/ Keperihalan

Page 18: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

18

• Menulis Cerpen

• Menulis Skrip Drama

PANDUAN MENULIS KARANGAN

1. TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN

Untuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik perhatian pemeriksa.

Lima strategi tersebut ialah :

I. Memilih Soalan Yang Tepat

Ii. Mengenal Pasti Kata Kunci Soalan

Iii. Menyediakan Rangka Karangan

Iv. Menulis Karangan

V. Menyemak Karangan

2. MEMILIH SOALAN YANG TEPAT

Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi setiap kata kunci

dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk menjawabnya.

3. MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALAN

Para pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan peperiksaan. Setiap soalan

peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah TEMA

(T), SKOP (S) dan FORMAT (F). Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut.

Contoh soalan:

Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati masyarakat. Program

seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada penonton

Bincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat.

TEMA : persoalan yang dibincangkan - program televisyen realiti

SKOP : kehendak soalan - kesan buruk kepada masyarakat

FORMAT : jenis karangan - perbincangan/pendapat

4. MERANGKA PENULISAN KARANGAN

Setelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk menulis karangan.

Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki.

5. PERENGGAN PENDAHULUAN

Bahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu

semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini

Page 19: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

19

sebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan

hendaklah mempunyai lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan:

I. AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN

II. ISU SEMASA

III. HURAIAN ISU

IV. PENDAPAT

V. PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN

Contoh :

(Tema) Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen realiti. (Isu

semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini.

(Huraian isu) Tambahan pula , setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah

televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh

sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Antara

rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuklah

`Akademi Fantasia‟, `Mentor‟, `One In A Milion‟ dan banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan-

rancangan tersebut berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan

ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma yang betul.

Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian

melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu ”sambil menyelam

minum air”. (Skop soalan) .Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada

komuniti di negara kita?

Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi.

6. PERENGGAN ISI

Seterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi karangan. Perenggan

isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap perenggan. Penulisan isi karangan yang baik

mesti mempunyai empat unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada:

I. AYAT FOKUS : ISI / IDEA UTAMA

II. AYAT HURAIAN : 5W1H (MASB2D)

III. AYAT CONTOH : RELEVAN DAN TERKINI

IV. AYAT SIMPUL : KESIMPULAN PERENGGAN

Ayat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dalam satu ayat sahaja. Gunakan ayat penyata

yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat huraian daripada penyataan isi. Gunakan teknik

penyoalan 5W1H. Jumlah ayat huraian tidak terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar.

Seterusnya, pelajar perlu mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas. Contoh /

bukti yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan daripada majalah atau

akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan ayat kesimpulan.

Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya lima isi yang ditulis dalam lima perenggan. Setiap

perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam

satu perenggan.

Page 20: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

20

Contoh :

(Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat di

negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini menyebabkan berlakunya pembaziran sama

ada masa atau wang. Rancangan ini melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang

menggemari rancangan ini akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan

tersebut. (Ayat contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengan

sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak membawa keuntungan

kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa dengan menonton rancangan tersebut dan

menggadaikan masa ulang kaji mereka. Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga

membazirkan wang para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan

mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu menghantar undian

mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di

sini bahawa rancangan televisyen realiti ini membazirkan masa dan wang.

7. PERENGGAN PENUTUP

Akhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh. Perenggan penutup

ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai pelengkap sesebuah karangan. Unsur

yang perlu ada dalam perenggan ini ialah:

I. AYAT KESIMPULAN

II. AYAT CADANGAN

III. AYAT HARAPAN

IV. AYAT PENEGASAN

Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. Jangan masukkan isi

baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan

karangan. Kemudian, nyatakan cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai

penutup ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap keseluruhan isi

karangan.

Contoh:

(Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai kesan dan dapat

memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan) Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan

televisyen realiti ini haruslah semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di

negara kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan yang

diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui sistem pesanan ringkas.

Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang terpendam dalam diri mereka bukan kerana

kecantikan rupa paras semata-mata. Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting

untuk mengelakkan pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit

haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan ilmiah yang lebih

memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun penonton. (Harapan) Dengan ini,

masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini

dapat dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini

walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.

Page 21: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

21

8. MENULIS KARANGAN

i. Karangan yang ditulis mestilah mepunyai TUJUH perenggan yang terdiri daripada Pendahuluan (1

perenggan), Isi (5 perenggan) dan Penutup (1 perenggan)

ii. Setiap perenggan terdiri daripada 12 baris yang sekata. Pastikan karangan berselang sebaris

antara perenggan.

iii. Isi utama merupakan ayat pertama dalam karangan.

iv. Ayat huraian menggunakan teknik 5W1H (MASB2D)

v. Setiap isi perlu ada kesimpulan.

vi. Ungkapan menarik berupa peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat tokoh, pantun, dan

seumpamanya mesti diselitkan dalam setiap perenggan.

vii. Gunakan kosa kata yang luas seperti anjakan paradigma, kedangkalan ilmu dan seumpamanya.

viii. Susun isi mengikut kepentingan, contohnya diri - keluarga - negara -global.

ix. Setiap ayat yang ditulis mestilah mempunyai subjek dan predikat dengan jelas. Ayat mesti betul.

x. Kertas karangan mesti bersih, kemas dan mudah dibaca. Setelah menulis karangan, pelajar perlu

menyemak karangan yang telah siap. Pastikan ejaan, tanda baca, penanda wacana dan struktur ayat

telah ditulis dengan betul. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan pemotongan

markah.

9. TIP-TIP LAIN

i. Pelajar MESTI membaca akhbar setiap hari. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum P&P

dengan membaca isu semasa.

ii. Guru menggunakan akhbar untuk membina karangan di samping sebagai bahan rujukan.

iii. Latihan menulis karangan perlu dilakukan pada setiap hari dalam tempoh yang ditetapkan.

iv. Gunakan kertas berformat kertas jawapan LPM untuk latihan (boleh difotokopi). Ini untuk

membiasakan pelajar dengan kertas peperiksaan sebenar.

v. Semua pelajar menggunakan pena yang sama jenis semasa peperiksaan.

vi. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya seminggu sekali.

vii. Sebulan sekali perlu diadakan ujian masa menulis karangan. Patuhi masa peperiksaan sebenar.

Page 22: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

22

9. TEKNIK MEMBINA PERENGGAN YANG MATANG

TEKNIK 1: Menggunalkana Lembaran Pengurusan Grafik Jadual (Sumber : Saudara Asmui Mustafa)

Isi Pokok :

1 Isi Pokok

2

Siapa?

3

Bagaimana?

4

Analogi

5

Kesan/akibat

6

Kesan lanjutan

7

Peribahasa

8

Penegasan

CONTOH APLIKASI TEKNIK 1 :

Soalan: Negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mencatatkan kadar kemalangan jalan

raya yang tinggi.

Jelaskan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis Soalan:

TEMA : Kemalangan Jalan Raya

FORMAT : Perbincangan

TUGASAN : Punca-Punca

Kerangka isi :

a) faktor kecuaian pemandu

b) faktor jalan raya

Page 23: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

23

c) faktor cuaca

d) faktor kenderaan

e) kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Contoh Olahan Isi : Kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan

1 Isi Pokok Pemandu kenderaan yang cuai selalu menjadi punca berlakunya

kemalangan.

2 Siapa? Pemandu yang paling berisiko tinggi ialah penunggang motosikal.

3 Bagaimana? Pemandu yang kurang sopan sewaktu di jalan raya selalunya memandu

secara berbahaya, contohnya ialah pemandu yang terlibat dengan lumba

haram, mabuk dan lain-lain.

4 Analogi “Kalau berjalan di jalan berduri, perlulah berhati-hati”, begitulah juga

di jalan raya, umpama mulut harimau yang sentiasa ternganga menunggu

mangsa.

5 Kesan/Akibat Diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain turut terdedah untuk

mendapat kemalangan.Kadangkala orang yang tidak bersalah turut

menjadi mangsa disebabkan oleh golongan cuai ini.

6 Kesan lanjutan Mangsa kemalangan akan merana sepanjang hayat.

7 Peribahasa Pemandu ini umpama “apabila dibawa keranda barulah mereka

bercucuran air mata” atau “sudah terhantuk baru tengadah”. Setelah

mereka terkena barulah mereka menyesal.

8 Penegasan Justeru, sebelum roh meninggalkan jasad, sebelum nasi menjadi bubur,

pemandu mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu

perkara. Jadilah seorang pengguna yang berhemah tinggi.

CONTOH APLIKASI RUMUS

Tema : Menabung

Arah soalan : Langkah menghadapi kemelut ekonomi

AT Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak

zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.

AH 1

Apa

Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut

ekonomi yang melanda negara.

AH 2

Mengapa

Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa

kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai

AH 3 Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada

Page 24: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

24

Bagaimana pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap

berpatutan.

AH 4

Bila

Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung

perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman

kanak-kanak lagi.

AH 5

Siapa

Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh

bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian

kanak-kanak menabung.

AH 6

Sekiranya

Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen

yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut

ekonomi akan dapat diatasi

AC

Di mana

Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk

simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana

tertentu.

AS

Peribahasa

Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat

sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan

amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

TEKNIK 3 : TEKNIK MUDAH PERENGGAN (Sumber : Saudara Mohd Nazir Noh)

A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN

A1 = Idea utama

A2 = Huraian

A3 = Huraian

A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan

* A ialah ayat

PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN

Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ;

• Akhir-akhir ini,...

• Kebelakangan ini,... ..

• Belakangan ini...

• Mayapada,... .

• Marcapada,... ..

• Dalam mengejar era modenisasi... .

1. Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi.

2. Selepas mengesan tema dan arah soalan, pelajar mula menulis ayat 1 hingga ayat 5 mengikut

kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah.

Page 25: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

25

3. Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya

dalam bahagian pendahuluan.

4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama

ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan.

Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan mempunyai bentuk seperti berikut:

Ayat 1 Ayat penyataan

tema(mayapada,marcapada…..)

Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....)

Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)

Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......)

Ayat 5 Ayat arah soalan (Oleh itu,... arah soalan)

TEKNIK 4 :

CONTOH HURAIAN PERENGGAN:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin

buruk.

bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN

Contoh Perenggan 4 Unsur

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan

institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu,

hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan

menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah

kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran

hendaklah dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang

membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr.

Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi

masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian

maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial

dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi

keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi

keluarga = ISI UTAMA

elemen = KOSA KATA MENARIK

Page 26: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

26

Sehubungan itu = PENANDA WACANA

ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK

Selain itu = PENANDA WACANA

rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti

penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH

Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA

Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi

membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS

PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA

Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut;

Punca/ cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalus ialah,

1. Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan isi.

2. Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah.

3. Pelajar memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya.

4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama

ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan.

5. Pelajar perlu menjawab persoalan mengapa, bagaimana, dan siapa, bagi menjelaskan isi secara

terperinci.

Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:

• Ayat 1 Ayat arah soalan isi

• Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa)

• Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa)

• Ayat 4 Ayat contoh / tokoh( Menurut…./ Hal ini……)

• Ayat 5 Ayat kesimpulan perenggan (Sekiranya,...)

PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN

� Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut;

� Kesimpulannya,.....

� Secara tuntas,...

Page 27: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

27

� Sebagai akhir kalam,... .

� Konklusinya,...

� Sebagai intiha,... .

� Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalam.....)salin A1P1

� Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga….)

� Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)

� Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)

� Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)

KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI

Tema = isu dalam soalan

Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan

Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea

Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh (dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..)

Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan,pandangan dan cadangan terhadap isu

berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat.

Contoh :

PENDAHULUAN

Mayapada, ..[tema]...........................................................................................................................

.......................................(AH=Apa).Dari segi konsepsinya, (tema ) ialah...………………………………………………...

(AH)BAGAIMANA/MENGAPA/SIAPA..............................................................................................................

(AC)Menurut……………………………………………………………………………………………………………………………………………...

.(AA)Oleh itu, ..... (ARAH) …………………………………………………………………………………………………………………………..

ISI

Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan

ialah ...............................................................................................................................................................

(AC)Sebagai……………………………………………………………………………………………………………………………………………….

.(AH) Justeru, ................................................................................................................................................

contoh,..........................................................................................................................................................

(AH)Hal ini demikian, kerana .....................................................................................................................

(AS)Sekiranya,..............................................................................................................................................

(AC)Sebagai contoh,.....................................................................................................................................

(AS)Sekiranya,...............................................................................................................................................

KESIMPULAN

Akhirulkalam, …………………………………………………………………………………………………………………………………………….

(Harapan)Semoga...........................................................................................................................................

Page 28: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

28

(Pandangan)Sememangnya...........................................................................................................................

(Cadangan)Oleh itu, kita perlu ........................................................................................................................

RUJUKAN BESTARI

UNGKAPAN MENARIK :

� peribahasa (simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih dan perumpamaan).

� cogan kata.

� frasa menarik.

� petikan ucapan.

� kata-kata hikmat.

� maksud hadis.

� maksud ayat Al-Quran.

PERIBAHASA MELAYU ( JENIS DAN CIRI- CIRINYA) :

Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi

pengertian yang tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna

yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

JENIS PERIBAHASA

1 SIMPULAN BAHASA

Rangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas.Terhasil daripada pemerhatian terhadap

persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa.Mempunyai makna yang tersirat.Terdiri daripada dua

patah perkataan. Apabila perkataan dalam pasangan perkataan itu dipisahkan, perkataan yang

berkenaan hanya membawa makna asalnya.

Contoh : air muka, akal kancil, banyak mulut,batu api, bendera putih, cakar ayam, durian runtuh,cepat

tangan.

2 PERUMPAMAAN

Membandingkan dengan apa-apa yang ada di sekeliling.Didahului dengan kata-kata perbandingan,

“seperti umpama, bagai, seperti, laksana, ibarat dan bak”Mempunyai makna tersurat dan tersirat.

Contoh : seperti anjing berebut tulang; bagai ayam disambar helang; umpama burung, mata terlepas

badan terkurung; ibarat air di daun keladi; laksana katak diharung ular.

3 PEPATAH

Mempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan maksud tertentu .Terdiri

daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat

perbilangan atau perkataan.Dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam

Page 29: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

29

kehidupan .Bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan

sesuatu perkara .Mempunyai maksud yang jelas.

Contoh : biar putih tulang, jangan putih mata; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; cubit paha kanan, paha kiri sakit juga;

ditelan mati emak, diluah mati bapak.

4 BIDALAN

Susunan kata-kata yang umum digunakan. Seakan-akan pepatah.Mempunyai nilai, ilmu dan

pengajaran.Merangkumi aspek kehidupan, pengajaran dan anutan atau fahaman sesebuah

masyarakat .Mempunyai maksud selapis dan tidak mempunyai maksud tersembunyi .

Contoh : air tenang jangan disangka tiada buaya; nasi sudah menjadi bubur; malu berkayuh perahu

hanyut, malu bertanya sesat jalan; jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga;

sambilmenyelam minum air; rumah sudah pahat berbunyi.

PENERAPAN PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN

Cara menulis peribahasa dalam karangan adalah seperti berikut:

1. Menggunakan satu tanda petik „... . ‟

Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.

Contoh:

Peribahasa „usaha tangga kejayaan‟ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin

mengecapi kejayaan dalam hidup ini.

2. Menggunakan dua tanda petik “... . ”

Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah

`pepatah‟ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.

Contoh:

(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,”kalau hendak melentur buluh,

biarlah dari rebungnya.”

(b) Orang tua-tua mengatakan, “jauh perjalanan, luas pengalaman.”(Tiada kata hubung `bahawa')

3. Tanpa menggunakan tanda petik

Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan.

Contoh:

Page 30: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

30

(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan

ruyung manakan dapat sagunya.

(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan

bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa')

CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT

1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa….

2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa...

3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa…..

4. Orang tua-tua pernah berkata…

5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa…

6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa….

7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh

biarlah dari rebungnya.

8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak

kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata.

9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana

usaha tangga kejayaan.

10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu

aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya

sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat

setempat untuk memperkukuh perpaduan.

12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara

yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah

semua.

13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba

mencampuri urusan pentadbiran negara kita.

14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau

yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan

menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan.

Page 31: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

31

15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita

tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri

Maksud : Sombong

5. bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Page 32: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

32

15. terang hati

Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati

Maksud : Tidak sombong

17. murah hati

Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5

1. lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing (N-2010 )

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah(n-2008)

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat

kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (n-2009)

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Page 33: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

33

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (n-2009)

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

Maksud : Gembira.

25. anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah

Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

Page 34: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

34

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang

Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

PERIBAHASA PILIHAN

1 Ada udang di sebalik batu.

• Berbuat baik kerana ada hajat terselindung

2 Air dicencang tak akan putus.

• Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan.

3 Air perabung mengalir ke cucur atap.

• Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak.

4 Alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam.

• Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah.

5 Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.

• Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya.

6 Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut.

• Orang yang selalu bertukar kerja (berubah pendirian) tidak akan berjaya.

7 Beraja di mata bersultan di hati.

• Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri.

8 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu.

• Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.

9 Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.

• Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu.

Page 35: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

35

10 Berpantang mati sebelum ajal.

• Jangan sengaja mencari nahas (maut).

11 Besar periuk, besarlah keraknya.

• Semakin berada bertambah boros.

12 Besar sendal daripada gelegar.

• Lebih berbelanja daripada pendapatan

13 Biar putih tulang jangan putih mata.

• Rela mati demi mempertahankan hak.

14 Biduk berlalu kiambang bertaut.

• Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut.

15 Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

• Mesti berhati-hati bercakap dalam perkara-perkara yang sulit dan rahsia.

16 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum balik.

• Perpecahan sesama ahli keluarga lambat-laun berbaik semula.

17 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga.

• Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri akhirnya diri kita pun terasa.

18 Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati.

• Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung.

19 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

• Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung).

20 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung.

• Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu.

21 Direndam tak basah direbus tak empuk.

• Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya.

22 Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.

• Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah.

Page 36: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

36

23 Harapkan pagar, pagar makan padi.

• Orang yang tidak memegang amanah.

24 Harapkan sokong, sokong membawa rebah.

• Orang yang tidak memegang amanah.

25 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

• Rela mati demi mempertahankan hak.

26 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

• Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri.

27 Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

• Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi.

28 Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak.

• Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan.

29 Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk.

• Tidak sombong walaupun semakin berada.

30 Jarak panggang dari api.

• Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan.

31 Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman.

• Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara.

32 Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

• Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab.

33 Jong pecah yu yang menang.

• Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh.

34 Kalah jadi abu, menang jadi arang.

• Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang.

35 Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.

• Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu.

Page 37: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

37

36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

• Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.

37 Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya.

• Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah).

38 Kerana nila setitik habis susu sebelanga.

• Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang.

39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan.

• Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh.

40 Keruh di muara kerana di hulu keruh juga.

• Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa.

41 Lempar batu sembunyi tangan

• Perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

42 Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang.

• Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan.

43 Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri.

• Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu.

44 Luka hilang parut tetap tinggal.

• Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik.

45 Lunak gigi daripada lidah.

• Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu.

46 Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.

• Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah.

47 Macam melukut di tepi gantang.

• Terasing dan tidak dipedulikan.

48 Menahan lukah di pergentingan.

• Mencari untung pada saat-saat kesusahan.

Page 38: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

38

49 Mencurah air ke daun keladi.

• Nasihat yang tidak berbekas.

50 Mencurahkan garam ke laut.

• Berbudi kepada si kaya tiada berguna.

51 Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan.

• Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan.

52 Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari.

• Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah.

53 Patah sayap bertongkat paruh.

• Gigih berusaha walaupun kudrat terhad.

54 Patah tumbuh hilang berganti.

• Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya.

55 Pepat di luar rencong di dalam.

• Sikap yang tidak jujur.

56 Pipit sama pipit, enggang sama enggang.

• Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan.

57 Pisang berbuah dua kali.

• Mengulangi kesilapan yang sama.

58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal.

• Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini.

59 Pukul anak sindir menantu.

• Mengata-ngata orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.

60 Rosak bawang ditimpa jambak.

• Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa.

61 Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

• Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai.

Page 39: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

39

62 Sekali air bah, sekali pantai berubah.

• Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya.

63 Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

• Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri

64 Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor.

• Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan.

65 Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

• Hidup yang saling bermuafakat.

66 Sudah jatuh ditimpa tangga.

• Bencana yang bertimpa-timpa

67 Tak akan buaya menolak bangkai.

• Orang jahat tetap memilih kejahatan.

68 Tak dapat tanduk telinga dipulas.

• Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat.

69 Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia.

• Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak.

70 Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri.

• keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.

71 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

• Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya.

72 Tidak Iari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga.

• Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah.

73 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

• Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.

74 Telunjuk lurus kelengkeng berkait.

• Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur.

Page 40: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

40

KATA-KATA HIKMAT

Aristotle

• Tamadun sebenar sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi kepada

jiwa rakyatnya yang merdeka.

Bill Gates

• Sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.

Charles Fourier

• Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung kepada ketinggian darjat kaum wanitanya.

Hamka

• Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya,

memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.

• Sesuatu kuasa apabila sudah berada terlalu tinggi, itulah petanda bahawa masa untuk jatuh

sudah tiba.

• Wanita yang baik budi pekertinya adalah laksana matahari yang memancar pada waktu fajar

bagi orang yang menunggu kedatangan siang.

Hukama

• Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup

melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.

Imam al Ghazali

• Untuk mengenal wajah lihatlah pada cermin, untuk mengenal peribadi bercerminlah pada wajah.

Nabi Muhammad

• Sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. Berilah sesuatu walaupun sebuah

senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Socrates

• Terlalu banyak bercakap kerap kali membawa kekesalan, tetapi diam itu membawa keselamatan.

Sukarno

• Sekiranya aku diberikan 10 orang peria, aku mampu menggoncangkan dunia ini, tetapi jikalau

diberikan 100 orang tua aku pasti jatuh (tewas).

Page 41: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

41

Tao

• Jikalau kamu hendak hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu hendak hidup sepuluh

tahun tanamlah pokok, dan jikalau kamu hendak hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia.

William Shakespeare

• Berhati-hatilah dengan cemburu. Cemburu ialah raksasa yang mengejikan daging yang dimakan

sendiri olehnya.

PENANDA WACANA

(i) Fungsi :

(a) Menyambungkan ayat dengan ayat,

(b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan, agar berlaku kesinambungan antara ayat dan

perenggan serta ayat menjadi gramatis.

(ii) Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu :

A. Penanda wacana memulakan karangan

a. Pada era globalisasi ini

b. Dewasa ini

c. Pada masa ini

d. Dasawarsa ini

e. Belakangan ini

B. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan

a. Sebagaimana yang kita ketahui

b. Lazimnya dalam keadaan

c. Umum mengetahui bahawa

d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa

e. Sementara itu

f. Pada waktu yang sama

C. Penanda wacana huraian isi karangan

a. Hal ini demikian kerana

Page 42: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

42

b. Dalam konteks ini

c. Dengan berbuat demikian

d. Bertitik tolak daripada itu

e. Hal ini bersangkut paut dengan

D. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbeza

a. Walau bagaimanapun

b. Kontradiksinya

c. Jika dilihat dari sudut lain

d. Di sebalik itu

e. Namun demikian

E. Penanda wacana untuk menyatakan contoh

a. Sebagai contohnya

b. Sebagai analoginya

c. Misalnya

d. Tamsilnya

e. Biar kita ambil contoh

F. Penanda wacana untuk menunjukkan statistik

a. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak

b. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian… pada tahun… menunjukkan

bahawa sebanyak…

G. Penanda wacana menghuraikan contoh

a. Jelaslah bahawa

b. Oleh itu

c. Maka

d. Hal ini menyebabkan

e. Hal ini menunjukkan

Page 43: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

43

H. Penanda wacana menutup isi

a. Kesannya

b. Natijahnya

c. Dengan berbuat demikian

d. Justeru

I. Penanda wacana untuk kesimpulan karangan

a. Sudah terang lagi bersuluh

b. Intihanya (Sebagai intiha)

c. Kesimpulannya

d. Dengan ini diharapkan

e. Konklusinya

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN

Tajuk : Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih

berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa

dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak

CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN PENDAHULUAN

Belakangan ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah semakin luntur. Dari

segi konsepsinya, semangat perpaduan boleh ditakrifkan sebagai kerjasama antara satu sama lain

tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan sememangnya cukup penting dalam

mendepani dunia yang semakin mencabar pada hari ini sehinggakan masyarakat lebih suka membuat

hal sendiri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mewujudkan masyarakat Hadhari,

perpaduan antara kaum harus dipupuk terlebih dahulu pada peringkat akar umbi. Oleh itu, ibu bapa

mestilah menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak supaya mereka menyedari kepentingan

semangat perpaduan dalam konteks Satu Malaysia.

CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN ISI

Antara peranan ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka

dengan jiran tetangga. Dengan kata lain, perlakuan ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap

sikap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan, anak-anak

ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan

elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr.

Page 44: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

44

Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri

teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh

menunjukkan nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah, tolong-menolong,

bertoleransi dan menjaga kepentingan jiran. Secara tuntas, ibu bapa yang berjaya menunjukkan suri

teladan yang baik kepada anak-anak mampu merapatkan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran.

CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN KESIMPULAN

Akhirul kalam, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dalam membina impian masa depan yang

gemilang. Semoga ibu bapa tidak memandang enteng keperluan semangat perpaduan dalam jiwa

anak-anak. Sesungguhnya, generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu perlu

dijana untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Sememangnya, perpaduan

perlu menjadi cerucuk utama pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita perlu mengorak

langkah dengan memberi sokongan dan dokongan kepada ibu bapa dalam usaha pembentukan

masyarakat sakinah. Tegasnya, jika semua pihak bersinergi mewujudkan perpaduan kaum nescaya

segala impian akan menjadi kenyataan.

KARANGAN BERFORMAT BAHASA MELAYU SPM (1103/1)

BIL JENIS KARANGAN FORMAT

1 Surat Kiriman Rasmi Alamat (di sebelah kiri)

Menghadap surat Tarikh

Tajuk

Penutup

Tandatangan

2 Surat Kiriman Tidak Rasmi Alamat ( di sebelah kanan)

Menghadap surat Tarikh

Penutup

Tandatangan

3 Rencana Tajuk

Nama Penulis

4 Syarahan/ Ucapan/

Ceramah/ Pidato

Tuan/puan di tengah-tengah(

syarahan/

ucapan/ ceramah/ pidato ) Penutup

5 Ulasan Buku Nama buku

Nama pengarang

Nama penerbit

Nama pengulas

6 Drama Tajuk drama

Watak

Latar

Dialog

7 Cerpen Tajuk Cerpen

Nama Penulis

8 Wawancara/ Forum Pengenalan Wawancara/ Forum

Bentuk dialog

9 Laporan Tajuk

Nama pelapor

10 Bahas Ala Parlimen Menghadap majlis

Page 45: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

45

Pembentangan kes

Kata sapaan (Yang berhormat)

Penutup

CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) 1

’Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’. Budaya kuning

yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan mereka semakin

alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar

dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan

negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan usaha-

usaha kerajaan untuk menyuburkan semula semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin

luntur .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai

perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara yang begitu syumul pada

suatu masa dahulu.

Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip

bertolak ansur dalam kehidupan seharian. Dalam masyarakat majmuk ini, sikap toleransi amat

diperlukan dalam mengukuhkan kesejahteraan negara. Integrasi nasional mampu dicetuskan sekiranya

setiap rakyat dapat memahami satu sama lain tanpa mengira kekurangan dan kelebihan kaum lain.

Hanya amalan bersatu teguh, bercerai roboh yang harus disematkan dalam sanubari setiap rakyat

Malaysia.Kesepakatan yang utuh dalam masyarakat mampu menangani segala anasir subversif yang

ingin mengucar-ngacirkan keamanan dan kesejahteraan negara. Pelbagai jenis perayaan yang disambut

oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bolehlah bertindak

mengunjungi rumah rakan yang berlainan kaum sewaktu musim perayaan. Lebih-lebih lagi, kerajaan

juga melaksanakan program rumah terbuka pada setiap perayaan. Rakyat Malaysia boleh bertindak

mengunjungi dan melibatkan diri dalam usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk nilai

perpaduan. Hal ini kerana aktiviti sebegini dapat membuka mata dan memberi peluang kepada

rakyat untuk memahami budaya dan adat resam kaum lain supaya tidak menjadi seperti katak di bawah

tempurung.

Sementelahan, rakyat yang berminda murni dan berwatak mithali merupakan hasrat negara.

Ibu bapa menjadi suri teladan dalam mendidik dan membentuk generasi pewaris yang mempunyai

lahiriah dan rohaniah yang cukup ampuh dan jitu. Merujuk kepada Rukun Negara, hasrat pertama

ialah ’Kepercayaan Kepada Tuhan’. Hal ini menunjukkan masyarakat yang beragama mudah dibentuk

oleh kerajaan. Dengan itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama berbentuk pendidikan tidak

formal untuk anak-anak. Kepatuhan kepada ajaran agama mampu melahirkan rasa kesyukuran

dalam diri setiap rakyat Malaysia lantas memberi jaminan kepada kesejahteraan negara. Bertitik

tolah daripada perkara di atas, setiap waris negara perlu berusaha melengkapkan diri dengan

bekalan ilmu agama yang mencukupi agar dapat menangkis segala kepincangan sosial dan kemelut jiwa

kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kita tidak boleh memandang sebelah mata kesan

kegoyahan institusi agama terhadap keamanan dan kesejahteraan negara. Setiap individu perlu

sentiasa bersyukur kerana dapat menghirup udara di bumi merdeka ini hasil perjuangan para

Page 46: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

46

nasionalis negara. Tegasnya, walaupun kini dunia telah mencapai tahap dunia tanpa sempadan,

namun kita mesti sedar akan kepentingan agama dalam usaha membangunkan negara.

’Tak kenal maka tak cinta’. Generasi pewaris terutamanya pelajar yang bakal menerajui

tampuk kepimpinan harus peka dan prihatin terhadap mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan dan mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah. Dasar pendidikan ini bertindak

sebagai ’serampang dua mata’ untuk mendidik modal insan yang berilmu dan memiliki semangat

patriotik yang tinggi. Pelajar haruslah berusaha untuk memahami segala inti pati nilai-nilai murni

yang cuba disampaikan oleh kedua-dua mata pelajaran ini. Pendidikan merupakan pendekatan terbaik

untuk menerapkan erti kepentingan kesejahteraan negara. Tambahan pula, pelajar harus melibatkan diri

dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk semaangat kerjasama antara satu sama

lain. Pelajar juga perlu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan negara supaya

nostalgia dan memorabilia sewaktu kita dijajah dahulu, kekal dalam lipatan sejarah. Nilai taat setia

kepada rakyat dan negara boleh dihayati melalui peristiwa-peristiwa lampau melalui pembacaan buku

sejarah kerana sejarah bukan bertujuan untuk dihafal tetapi untuk diselami dan difahami.

Izharnya, sesebuah negara tidak akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan

negara maju tanpa kesepakatan dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap golongan dalam

mengekalkan keamanan negara. Ingatlah bahawa air mata dan titik peluh yang menitis pada hari ini

akan menjadi mutiara kejayaan pada hari esok. Usaha kita tidak sia-sia sekiranya kita berkolaborasi

dengan setiap pihak untuk menjulang negara ke puncak jagat. Tiada pihak yang boleh berpeluk tubuh

dalam impian negara untuk mashyur dan disegani di seantero dunia. Majukan negara berpaksikan visi

dan misi serta kesejahteraan negara agar bangsa kita tidak dibelenggu kejahilan dalam mengejar

aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 yang meletakkan negara di puncak kejayaan.

CONTOH KARANGAN BAIK (PENANDAAN) 2

Semangat patriotik merujuk kepada semangat kebangsaan dan sikap cinta akan negara. Negara Malaysia

amat digeruni dan dihormati oleh negara-negara luar yang lain. Hal ini kerana, perpaduan yang

dikecapi walaupun berlainan bangsa, warna kulit dan agama. Semangat cinta akan negara tetap utuh di

dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan yang penting dalam menjamin

kesejahteraan negara seperti bertegur sapa dengan jiran walaupun jiran itu bukan sebangsa dengan

kita. Hal ini kerana, hubungan yang erat dapat dibentuk dan dapat melahirkan bangsa yang

menghormati bangsa lain.

Selain itu, peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara iaitu tidak

membuat kekecohan di dalam negara. Apabila kekecohan berlaku, ini mengakibatkan pergaduhan

terjadi. Pelancong yang melancong di negara ini akan merasa takut dan mereka akan balik ke negara

mereka dengan segera. Aktiviti pelancongan negara akan terjejas dan hasil pendapatan negara

berkurangan akibat kekecohan yang berlaku.

Page 47: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

47

Seterusnya, setiap bangsa mestilah mengadakan rumah terbuka apabila perayaan utama

setiap bangsa menjelang tiba. Apabila rumah terbuka diadakan, bangsa lain turut dijemput untuk

memeriahkan majlis tersebut. Mereka akan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka.

Secara tidak langsung, perpaduan telah diwujudkan.

Antara peranan lain ialah setiap rakyat Malaysia haruslah bersyukur atas nikmat yang

telah dikecapi selama ini. Tanpa pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang yang sanggup menggadai

nyawa mempertahankan tanah air, kehidupan kita akan menderita dan sengsara sehingga kini.

Tetapi, dengan kebijaksanaan pemimpin kita telah bebas daripada penjajah sehingga ke hari ini. Di

samping itu, subjek Sejarah yang kita pelajari di sekolah bertujuan mengenang jasa dan

menyanjungi para pemimpin dan pejuang yang berjuang demi tanah air tercinta.

Tambahan pula, setiap rakyat harus taat dan setia kepada raja dan negara. Hal ini kerana,

apabila setiap rakyat taat setia kepada raja dan negara, perasaan cinta akan tanah air akan wujud.

Setiap warganegara mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Apabila rakyat

mematuhi undangundang, kesejahteraan negara terjamin

Akhir sekali, perpaduan kaum mestilah diterapkan pada setiap rakyat. Selaras dengan Gagasan

1Malaysia, rakyat didahulukan pencapai diutamakan akan tercapai jikalau setiap rakyat mengamalkan

konsep rukun negara dan perpaduan kaum yang erat agar kesejahteraan negara Malaysia terjamin.

KERANGKA PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B

ANALISIS SOALAN:

Tema :

Format :

Tugasan :

PENDAHULUAN:

Ayat Rangsangan :

Ayat Keterangan:

Ayat Arah :

PERENGGAN ISI :

Isi Huraian Contoh Peribahasa/Ungkapan Menarik

KESIMPULAN :

Rumusan Umum :

Ayat Pandangan :

Ayat Cadangan :

Ayat Harapan :

Page 48: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

48

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2

SOALAN 1: RUMUSAN

• Markah penuh 30 dibahagikan kepada:

Isi - 20 markah

Bahasa - 10 markah

Panduan mengira perkataan

• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- nama khas (Kota Bharu)

- perkataan berulang/kata ganda (cara-cara)

- penggunaan kata depan di dan ke (di sana, ke atas)

- tarikh yang ditulis dengan ayat atau angka

- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

- gelaran (Yang Amat Berhormat)

• Jawapan calon akan diperiksa setakat 120 perkataan sahaja, yang selebihnya tidak akan

diperiksa.

• Isi yang tepat dan lengkap sahaja akan diberi markah.

1. MULAKAN RUMUSAN DENGAN Petikan membincangkan…

2. Ditulis dalam satu ayat sahaja

2. JANGAN ADA PERKATAAN tentang SELEPAS Petikan membincangkan…

3. Sinonim perkataan selepas tentang dalam soalan

Contoh sinonim:

• kesan/akibat/implikasi

• langkah-langkah/cara-cara/usaha-usaha/strategi

• masalah/halangan/kekangan

• faedah/kepentingan/manfaat/

• kebaikan/keistimewaan

• Faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab

• Tujuan/matlamat/objektif

• Ciri-ciri/kriteria

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah

disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak

melebihi 120 patah perkataan

Rumus:

Subjek + sinonim + tema + sasaran + lokasi

Subjek : Petikan membincangkan

Sinonim : langkah-langkah menangani

Tema : masalah disiplin

Sasaran : dalam kalangan murid

Lokasi : di sekolah

Page 49: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

49

Contoh Pendahuluan:

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid

di sekolah.

Kaedah Penandaan Isi Tersurat:

Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di

negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi

pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri.

Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya

termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Untuk menangani masalah ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas

Menangani Gejala Disiplin. Sehingga penghujung tahun 2004, sebanyak 250 pendapat awam diterima di

samping ratusan aduan yang dikategorikan dalam masalah salah laku murid. Tindakan lain yang diambil

oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan

keganasan di sekolah. Dengan cara ini, Kementerian Pelajaran akan mendapat maklumat tentang

masalah disiplin dengan lebih tepat. Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang

masalah disiplin murid. Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)

kepada pegawai yang bertanggungjawab.

Bagi menangani masalah disiplin yang berat, pihak sekolah dibenarkan untuk mendapatkan

bantuan daripada polis. Sekiranya perlu, pihak polis dibenarkan untuk menahan murid yang berada di

luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran telah mengingatkan pihak

sekolah bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib jika menyembunyikan kes disiplin yang

berlaku di sekolah masing-masing. Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan

bahawa terdapat pihak pentadbir sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes

disiplin di sekolah mereka.

Sebenarnya masalah disiplin yang berlaku ini boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia

ada seperti mengenakan hukuman rotan, denda, gantung sekolah dan buang sekolah. Namun demikian,

sebelum hukuman dikenakan, setiap kes itu mestilah disiasat puncanya terlebih dahulu. Tindakan ini

diambil supaya kita dapat berlaku adil kepada murid tersebut kerana ada murid yang melakukan

kesalahan disiplin semata-mata kerana ingin akan perhatian dan mereka sebenarnya bukan penjenayah.

Kita akui bahawa masa depan negara amat bergantung pada kejayaan dan kemantapan sistem

pendidikan. Kemantapan ini pula bergantung pada kecemerlangan kakitangan Kementerian Pelajaran

melaksanakan peranan masing-masing. Dengan itu, akan tercapailah hasrat negara untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Contoh Penulisan Isi Tersurat:

Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas

Menangani Gejala Disiplin (S1). Kementerian Pelajaran juga membuka talian penting dan e-mel untuk

mangsa buli dan keganasan di sekolah (S2). Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat

aduan tentang masalah disiplin murid (S3). Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan

ringkas (SMS) kepada pegawai yang bertanggungjawab (S4). Sekolah dibenarkan untuk

Page 50: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

50

mendapatkan bantuan daripada polis (S5). Masalah disiplin boleh ditangani menerusi prosedur yang

sedia ada. (S8)

Kaedah Menulis Isi Tersirat:

Rujuk Tugasan Soalan Bahagian 2:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengatasi masalah

disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak

melebihi 120 patah perkataan

Kesan masalah itu kepada negara ialah...

T1 Pelaburan negara dalam bidang pendidikan tidak setimpal dengan hasil yang diperoleh

T2 Menjejaskan matlamat negara untuk melahirkan warganegara yang baik

T3 Guru mengambil masa yang banyak untuk mengendalikan masalah disiplin

T4 Kejadian jenayah meningkat

T5 Imej negara terjejas di mata dunia

T6 Pembangunan negara tidak seimbang

T7 Amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat

Contoh Isi Tersurat:

Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat (T4) dan

imej negara pula akan terjejas di mata dunia (T5). Selain itu pembangunan negara menjadi tidak

seimbang (T6) dan amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat (T7).

[Anda boleh menyenaraikan 4 isi tersirat seperti yang di atas asalkan jumlah perkataan keseluruhan

tidak melebihi 120 patah perkataan]

Panduan Menulis Kesimpulan:

• Ditulis dalam satu ayat sahaja

{Saranan] + [Harapan]

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin supaya kita

dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera.

Contoh Rumusan Yang Lengkap

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani masalah disiplin dalam kalangan murid di

sekolah.

Antaranya ialah Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas

Menangani Gejala Disiplin. Kementerian juga membuka talian penting dan e-mel untuk mangsa buli dan

keganasan di sekolah. Seterusnya Ibu bapa dan orang awam boleh membuat aduan tentang masalah

disiplin murid. Maklumat boleh disalurkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pegawai yang

Page 51: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

51

bertanggungjawab. Sekolah dibenarkan untuk mendapatkan bantuan daripada polis. Masalah disiplin

boleh ditangani menerusi prosedur yang sedia ada

Kesan masalah itu kepada negara ialah kejadian jenayah akan semakin meningkat dan imej

negara pula akan terjejas di mata dunia. Selain itu pembangunan negara menjadi tidak seimbang dan

amalan berbudi bahasa diabaikan oleh kebanyakan rakyat.

Kesimpulannya semua pihak mestilah bekerjasama untuk menangani masalah disiplin agar kita

dapat mewujudkan sebuah negara yang sejahtera.

(120 patah perkataan)

TEKNIK 2

• Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.

• Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata

untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.

• Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan

sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala,

strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.

• Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan

makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-

4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda

wacana.

• Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau

sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan

boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu

menuliskan isi tersirat.

• Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha

untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan

makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu,

(isi 3).

• Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah

cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa

cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua

pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar

keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).

• Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar

di bawah rumusan anda.

• Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana

sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.

Contoh Soalan :

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang

menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak

melebih 120 patah perkataan.

Page 52: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

52

Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang.

Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti

Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari

negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor

pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit

sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan

pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan

peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.

Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang

terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh

pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan

dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan

negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat

berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang

kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh

kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin

bertambah.

Selain faktor di atas, kebanjiran pendatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang

tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing

sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah

pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih

menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing

sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa

selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk

tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui

kegagalan.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya

yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya,

sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit

untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal

kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan

serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah,

bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing

tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke

negara kita.

Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan

perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi

menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan

ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka.

Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara

Page 53: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

53

Pendahuluan Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Isi-isi Tersurat

1 peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.

2 banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi

3 keadaan negara kita yang aman dan makmur

4 permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia

5 ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing

6 keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad

7 kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan

Isi-isi Tersirat

1 peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas

2 jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia

3 perumahan setinggan akan semakin berleluasa dan menyesakkan kawasan bandar

Kesimpulan Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat

dikurangkan.

Contoh Jawapan :

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan

pekerja asing.

Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik

berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak

pekerjaan di sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang

aman, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan

kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di

Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita

memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan

pemantauan pekerja asing dilaksanakan.

Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin

terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing

dapat dikurangkan.

(121 patah perkataan)

Page 54: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

54

Format mudah menulis rumusan

Petikan membincangkan_________________________________________________________

Punca yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing yang pertama,______________________________________________________________________________________________. Kedua,_____________________________________________________________________________. Ketiga,_____________________________________________________________________________. Keempat,___________________________________________________________________________. Kelima,_____________________________________________________________________________. Keenam,____________________________________________________________________________.

Antara kesan-kesan kemasukkan pekerja asing ialah_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________. Selain itu,____________________________________________________________.

Kesimpulannya, kerajaan mestilah__________________cadangan_______________________________agar/supaya______________________________harapan___________________________________________.

Soalan 2: PEMAHAMAN

Jenis Soalan : Maksud Rangkai Kata

(i) Berikan maksud rangkai kata sekolah yang berstatus elit. [2 markah]

Rujuk kepada petikan:

Hal ini demikian kerana Kementerian Pelajaran menerima laporan bahawa terdapat pihak pentadbir

sekolah terutamanya sekolah yang berstatus elit, cuba menutup kes disiplin di sekolah mereka.

Skema:

- Sekolah-sekolah ternama/sekolah yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar pintar

- Sekolah hebat

Contoh jawapan:

Maksud rangkai kata tersebut ialah sekolah yang ternama

Jenis Soalan : Analisis Petikan

(ii) Apakah peranan pendidikan di negara kita? [3 markah]

Page 55: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

55

Rujuk kepada petikan:

Pada masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk memperkasakan pendidikan di

negara kita kerana pendidikanlah yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Menerusi

pendidikan juga kita akan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan kental jati diri.

Walau bagaimanapun, hasrat murni kementerian ini menghadapi beberapa kekangan, antaranya

termasuklah masalah disiplin murid di sekolah-sekolah.

Skema:

- Menentukan hala tuju negara

- Melahirkan pemimpin yang berwibawa

- Melahirkan pemimpin yang kental jati diri

- Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Antara peranan pendidikan di negara kita ialah dapat menentukan hala tuju negara.

Seterusnya, pendidikan berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa. Selain itu,

pendidikan juga berperanan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber dan kental jati diri.

Jenis Soalan : KBKK

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah

disiplin di sekolah? [4 markah]

Skema:

- Mewujudkan hubungan baik

- Pelajar rasa dihargai

- Pelajar mendapat perhatian

- Maklumat pelajar dirahsiakan

- Pelajar ada tempat mengadu

- Pelajar dibantu untuk menyelesaikan masalah

Pada pendapat saya, pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah

kerana melalui kaunseling hubungan baik dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan. Selain itu, pelajar

akan berapa diri mereka dihargai kerana masalah mereka mendapat perhatian daripada guru.

Seterusnya pendekatan kaunseling juga membolehkan guru-guru membantu menyelesaikan masalah

pelajar berkenaan secara rasional. Tambahan pula, pelajar akan rasa dihargai dan ini dapat

mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3 (a) : Membina Ayat

Peringatan:

1. 1 markah setiap ayat yang betul

2. Memberi makna dan tepat maknanya, 1 markah

3. Kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca tolak ½ markah bagi keseluruhan soalan.

Page 56: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

56

4. Perkataan berkenaan diguna sebagai peribahasa atau nama khas, 0 markah.

5. Sengaja meninggalkan/ menambah imbuhan,0 markah

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat, tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.

7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, dipertimbangkan sebagai satu ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah setiap ayat

Soalan 3 (b)

Bentuk 1:

Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud

asalnya.

(i) Kanak-kanak berumur lima tahun itu sungguh petah bercakap.

(ii) Masyarakat kita terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa.

(iii) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat

galakan daripada kerajaan.

[6 markah]

Bentuk 2:

Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat

tanya, ayat perintah atau ayat seru

(i) Istana di atas bukit itu cantik?

(ii) Wah, hebatnya nyanyian awak malam ini!

(iii) Tengoklah barang-barang antik yang baru kami beli.

(iv) Para pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang.

(v) Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam?

(vi) Dana PNB dijangka mencecahRM100 bilion tiga tahun lagi.

(6 markah)

Bentuk 3:

Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah maksud asal ayat-

ayat tersebut.

Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan isu vandalisme.Vandalisme ialah kegiatan

merosakkan harta benda awam. Perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh remaja yang tidak

bertanggungjawab. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu. Strategi itu membuahkan

hasil. Strategi itu mengambil masa yang lama. Kini, timbul satu masalah baru dalam kalangan remaja.

Masalah yang dimaksudkan ialah gengsterisme.

[6 markah]

Bentuk 4:

Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam

petikan ini.

Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang

dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya, Mariam menyatakan

Page 57: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

57

bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Sakinah melahirkan hasratnya

untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya

bahawa Sakinah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Sakinah

mengucapkan terima kasih kepada Mariam.

[6 markah]

Bentuk 5:

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tugas mengisi kemerdekaan akan kita pikul bersama-sama.

(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan

kediaman semakin meningkat.

(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu

lepas.

[6 markah]

Bentuk 6:

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?

(ii) Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

(iii) Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

[6 markah]

Bentuk 7:

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000 hingga

2006.

(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.

(iii) Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

[6 markah]

Bentuk 8:

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama

(FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama +

Frasa Sendi (FN + FS)

(i) Baju sutera ini untuk ibu

(ii) Kuda putih itu berlari pantas.

(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.

(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.

(v) Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.

(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

SOALAN 3 (c)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.

Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan

Page 58: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

58

lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu

menyalin ayat itu semula.

I. Pengguna kad pintar adalah bagi membolehkan pelajar mengakses bilik-bilik tertentu sahaja,

sekaligus menjamin keselamatan kampus.

II. Naskah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara untuk

dijadikan rujukan para pengkaji.

III. Pertandingan kaligerafi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah disertakan oleh murid-

murid dari seluruh negara.

[6 markah]

Teknik Menjawab:

Soalan 3 (c)

(i) Sekaligus - sekali gus

Pengguna - penggunaan

(ii) Naskah - naskhah

bertulisan - bertulis

(iii) Kaligerafi - kaligrafi

disertakan - disertai

SOALAN 3 (d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh

menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan

tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Kerajaan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan berbagai kemudahan di

universiti-universiti tempatan.

ii. Kemajuan sesebuah negara dalam melahirkan rakyat berminda kelas pertama penting demi

untuk membolehkannya bersaing pada peringkat antarabangsa.

iii. Penghawa dingin yang dipasang di makmal komputer sekolah itu tidak berjalan dengan baik.

[6 markah]

Teknik Menjawab:

Soalan 3 (d)

(i) Menghabiskan - membelanjakan

berbagai - pelbagai

(ii) Kemajuan - kemampuan

demi untuk - demi

Page 59: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

59

(iii) Penghawa dingin - pendingin hawa

berjalan - berfungsi

SOALAN 3 (e)

Peringatan

1. Peribahasa mesti lengkap dan tidak ditokok tambah.

2. Kesalahan ejaan atau bahasa ditolak ½ markah daripada keseluruhan.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud

ayat tersebut.

i. Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

ii. Bertindak dengan yakin kerana berada pada pihak yang betul

iii. Apabila menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan, kita hendaklah insaf dan berusaha

untuk membetulkannya

[6 markah]

Teknik Menjawab:

Soalan 3 (e)

(i) Durian runtuh

(ii) Berani kerana benar, takut kerana salah

(ii) Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

SOALAN 4 : NOVEL

Soalan 4(a)

- Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.

- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

- Berikan 2 markah untuk 1 peristiwa yang lengkap/jelas

- Berikan 1 markah untuk 1 peristiwa yang kurang lengkap/kurang jelas

- Markah isi maksimum 4 markah

- Markah bahasa maksimum 3 markah

- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 3 markah

Sederhana = 2 markah

Lemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa

- Calon tidak menjawab 0 markah

Soalan 4(b)

- Jawapan berdasarkan dua daripada novel yang dipelajari.

- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap

Page 60: PUSAT PERMATApintar TM NEGARA · PDF filePematuhan kepada piramid makanan amat digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin, sayur-sayuran,

PUSAT PERMATApintarTM NEGARA

60

- Berikan 1 markah untuk 1 konflik setiap watak dalam setiap novel

- Berikan 2 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang dihuraikan dengan lengkap dalam

setiap novel

- Berikan 1 markah untuk cara menyelesaikan konflik yang tidak dihuraikan dengan lengkap

dalam setiap novel

- Huraian tanpa menyatakan konflik berikan 0 markah

- Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel)

- Markah bahasa maksimum 2 markah

- Markah bahasa diberikan secara impression

Baik = 2 markah

Lemah = 1 markah

- Jika calon menjawab dan markah isi 0 markah, berikan 1 markah untuk bahasa

- Calon tidak menjawab 0 markah