aktiviti dan sumbangan asas 50

2
Aktiviti dan sumbangan ASAS 50 Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak. Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”.Penyajak ASAS 50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN. Sajak ”Nelayan, Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam Bonda” karya Usman Awang. Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN. Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen. Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman .Cerpen ASAS 50 membawa persoalan darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya ”Seni Untuk Masyarakat”. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nil-Sarkam dan A. Samad Said. Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen “ Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh “ karya Keris Mas. Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera. Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan ”Seni Untuk Masyarakat” dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat.Berlaku polimek antara Asraf –”Seni Untuk Masyarakat ”dengan Hamzah ”Seni Untuk Seni” menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah. Tulisan kritikan Aasas 50 ”Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu” dan ”Esei Sastera ASAS 50 ”(Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. ”Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan ”Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas. Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel. Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan popular Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin) Novel “Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci,

Upload: ainul-asyifah

Post on 03-Sep-2015

470 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

asas50

TRANSCRIPT

Aktiviti dan sumbangan ASAS 50

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak. Sajak-sajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara, Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari dengan slogannya Seni Untuk Masyarakat.Penyajak ASAS 50 adalah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN. Sajak Nelayan, Gadis Kuburan, Pak Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam Bonda karya Usman Awang. Antologi Puisi Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN.

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen. Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman .Cerpen ASAS 50 membawa persoalan darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan slogannya Seni Untuk Masyarakat. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nil-Sarkam dan A. Samad Said. Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen Mekar dan Segar dan Patah Tumbuh karya Keris Mas.

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera. Tulisan kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan Seni Untuk Masyarakat dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat.Berlaku polimek antara Asraf Seni Untuk Masyarakat dengan Hamzah Seni Untuk Seni menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah Asraf, Keris Mas dan Hamzah. Tulisan kritikan Aasas 50 Mencari Pembaharuan Dalam Kesusasteraan Melayu dan Esei Sastera ASAS 50 (Antologi Esei Kritikan bersama) karya Araf. Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya Keris Mas.

Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel. Penulisan novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan popular Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi, kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin) Novel Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban Cinta Suci, Pelukis Muda dan Meja Bola karya Rosmera. Novel Mata Intan, Saka Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah karya Wijaya Mala.

Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa. Penulis ASAS 50 gigih berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an. Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan tidak melupakan tulisan jawi. Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf ASAS 50 menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan III.