aktiviti 1 (inklusif) 2015

12
AKTIVITI 1 1.0 MUKADIMAH Pendidikan inklusif merupakan satu isu global termasuklah negara kita Malaysia. Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Namun, sebelum kita menerangkan lebih lanjut berkenaan pendidikan inklusif, kita terlebih dahulu berkenalan dengan murid murid bekeperluan khas, siapakah murid ini, cara mengenalpasti murid murid sebegini, kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai dan kemudahan fizikal dan sokongan infrastruktur yang disediakan untuk murid bekeperluan khas. Dalam Bahasa Ingger s, istilah kanak-kanak bekeperluan khas í dinamakan children with exceptional needs atau secara ringkas exceptional children . Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk kanak-kanak bekeperluan khas dan antaranya ialah; kanak-kanak istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments), kanak-kanak kelainan upaya dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan. Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan tugasan ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan. Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga berlainan. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak- kanak berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin mewujudkan persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya, mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji dengan mendalam sesuatu kategori. Ini akan menambahkan kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu kategori dan langkah-langkah yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka. 2.0 KATEGORI KANAK – KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami ketidakupayaan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental

Upload: muhammad-azirul

Post on 17-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

AKTIVITI 1

1.0 MUKADIMAH

Pendidikan inklusif merupakan satu isu global termasuklah negara kita Malaysia. Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Namun, sebelum kita menerangkan lebih lanjut berkenaan pendidikan inklusif, kita terlebih dahulu berkenalan dengan murid – murid bekeperluan khas, siapakah murid ini, cara mengenalpasti murid – murid sebegini, kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai dan kemudahan fizikal dan sokongan infrastruktur yang disediakan untuk murid bekeperluan khas.

Dalam Bahasa Inggerís, istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’. Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak bekeperluan khas’ dan antaranya ialah; kanak-kanak istimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments), kanak-kanak kelainan upaya dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan.

Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan tugasan ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan.

Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga berlainan. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin mewujudkan persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya, mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji dengan mendalam sesuatu kategori. Ini akan menambahkan kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu kategori dan langkah-langkah yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka.

2.0 KATEGORI KANAK – KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami ketidakupayaan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf

Page 2: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

pusat. Berikut adalah penerangan tentang kategori kanak – kanak bekeperluan khas secara ringkas seperti di bawah.

2.01 Autisme

Autisme adalah cacat perkembangan yang kompleks yang biasanya muncul semasa tiga tahun pertama kehidupan dan merupakan hasil dari gangguan neurologi yang mempengaruhi fungsi normal otak, kesan perkembanganan dalam bidang interaksi sosial dan kemahiran komunikasi. Jenis-jenis autisme Autistic disorder, Pervasive Developmental Disorder (PDD), Retts Disorder dan Asperger Disorder.

Tanda-tanda atau ciri-ciri autisme yang jelas dalam bidang pertuturan atau komunikasi (verbal dan non-verbal). Tanda-tanda atau gejala autisme ini muncul dalam umur 2 dan 6 tahun. Antaranya ialah tidak takut bahaya,tiada kepekaan terhadap rasa sakit,tidak suka bertentangan mata, lebih suka bersendiri, mempunyai kesukaran mengekspresikan apa yang mereka inginkan atau perlukan dan hanya menggunakan gerak tubuh dan lain – lain lagi. Satu salah faktor ketara penghidap autisme ialah kesukaran berinteraksi secara keseluruhan dengan orang lain.

2.02 Down Sindrom

Satu kelainan kromosom umum kerana jumlah tambahan kromosom 21 (trisomi 21). Sindrom Down menyebabkan kerencatan akal, wajah ciri-ciri, dan beberapa malformasi. Sindrom down adalah kecacatan sejak lahir. Kelainan kromosom mempengaruhi perkembangan fizikal dan intelektual individu

Jenis-jenis Sindrom down

a. Trisonomy 21

Sembilan puluh lima peratus orang dengan sindrom Down mempunyai trisomi 21, yang bermaksud ada kromosom # 21 tambahan di setiap sel

b. Translocation

Dua hingga tiga peratus orang dengan sindrom Down mempunyai pola translokasi. Dalam translokasi, selama pembahagian sel, bahagian daripada jumlah 21 kromosom dan melekat pada kromosom lain, biasanya jumlah 14 kromosom

c. Mosaicism

Sekitar dua peratus orang dengan sindrom Down mempunyai mosaicism. Dalam kes ini, pembahagian sel rosak terjadi di salah satu divisi sel awal selepas konsepsi, sehingga beberapa sel mempunyai 46 kromosom dan beberapa memiliki 47.

2.03 Dislexia

Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut. Kanak-kanak yang mghadapi masalah ini biasanya

Page 3: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama. Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku. Menurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama. Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.)

2.04 Celebral Palsi

Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan. Penghidap Celebral Palsi ini mempunyai ciri – ciri seperti tidak mencapai objek yang ditunjukkan, tidak berupaya mengangkut badan, tidak berupaya berpijak atau berdiri,tidak berupaya memegang objek dan tidak berupaya mengurus diri.

2.05 Masalah Pembelajaran

Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang paling banyak ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran. Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran.

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi ( Individual Disablities Education Act (IDEA), 1997).

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

Page 4: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.

Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

2.06 Masalah Penglihatan

Ada dua kategori berfungsi utama buta: Rabun dan Buta. Murid bermasalah penglihatan biasanya adalah pengguna cetak, tetapi mungkin memerlukan peralatan khas dan bahan. Definisi kebutaan undang-undang merangkumi spektrum yang luas. "Buta secara undang-undang" menunjukkan bahawa seorang murid telah kurang dari 20/200 penglihatan dalam mata lebih fungsional atau bidang yang sangat terhad (20 darjah pada titik terlebar).Keupayaan penglihatan bergantung pada penurunan sensorik fizikal mata murid, usia murid pada awal gangguan penglihatan, dan cara di mana penurunan yang berlaku. Penglihatan juga boleh berubah-ubah atau mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pencahayaan yang tidak sesuai, silau cahaya, atau kelelahan. Masalah rabun pula merujuk pada kehilangan penglihatan berat pada visi jarak dan dekat. murid menggunakan kombinasi visual dan sensori yang lain untuk belajar, dan mereka mungkin memerlukan adaptasi dalam pencahayaan atau saiz cetak, dan, dalam beberapa kes seperti Braille.

2.07 Masalah Pendengaran

Murid bermasalah pendengaran memerlukan akomodasi berbeza bergantung pada beberapa faktor, termasuk tahap gangguan pendengaran, usia semasa, dan jenis bahasa atau sistem komunikasi yang mereka gunakan. Mereka mungkin menggunakan pelbagai kaedah komunikasi, termasuk membaca bibir, cued-speech dan bahasa isyarat.

Page 5: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

2.08 Terencat Akal

Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

a. Kurang koordinasi motor.

b. Sukar menumpukan perhatian.

c. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap

d. yang rendah daripada mereka yang sebaya.

e. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru.

f. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat

kesimpulan.

2.09 Masalah Pertuturan

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan “saya” menjadi “caya”. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

2.10 ADHD

Masalah ADHD adalah murid atau penghidap ADHD mempunyai tingkah laku yang luar biasa dan tidak terkawal. Antara ciri – ciri murid ADHD adalah seperti aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan, tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna. ,tidur yang tidak tetap,terlalu kerap menangis atau ketawa, sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut,mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang. dan sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hiperaktif lazimnya dapat dilihat dengan ketara dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak hiperaktif ini selalunya terlalu aktif sehinggakan mengganggu tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh kanak – kanak yang lain.

Maka, ciri dari aspek psikomotor yang dapat dilihat pada kanak-kanak hiperaktif ialah mereka kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Mereka juga selalu meninggalkan tempat duduk ketikaberada di dalam kelas. Selain itu, mereka juga selalu berlari ke sana ke mari atausuka memanjat.

Page 6: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

Seterusnya, ciri bagi kanak-kanak yang mengalami ADHD pula ialah mereka kerap bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah³digerakkan oleh motor´. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah dalam tumpuan iaitu mempunyai tumpuan mata (eye contact ) yang lemah. Misalnya,mereka tidak ada hubungan mata dengan ibu bapa, guru dan rakan sebaya apabila meminta sesuatu.

3.0 CARA MENGENALPASTI MURID PENDIDIKAN KHAS

Dalam mengenalpasti murid- murid pendidikan khas, terdapat dua instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti murid – murid ini. Instrumen tersebut adalah ISD dan IPMBP .ISD adalah intrumen yang digunakan untuk mengenalpasti murid mempunyai ciri – ciri disleksia. ISD merupakan satu instrumen yang dapat menentukan kebarang-kalian murid mengalami masalah pembelajaran disleksia. ISD ini diterbitkan bagi tujuan membantu guru-guru bahasa khususnya guru bahasa Melayu dan disleksia mengendalikan ISD di sekolah mereka dengan berkesan.

Manakala IPMBK adalah instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti murid – murid yang mempunyai ciri – ciri pendidikan khas dan bermasalah pembelajaran. (Rujuk Lampiran 1 & 2 : Instrumen ISD dan IPMBP) Kedua – dua instrumen ini guru – guru pemulihan khas gunakan bagi mengenalpasti murid – murid bekeperluan khas. Sekirannya murid yang diuji mempunyai ciri – ciri dan bermasalah pembelajaran. Murid tersebut akan dirujuk kepada Pakar untuk pengesahan dan sekirannya disahkan. Murid – murid ini akan ditempatkan di sekolah – sekolah pendidikan khas.

4.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat.

Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:

Strategi pemusatan guru Strategi pemusatan murid, dan 

Strategi pemusatan bahan pelajaran

4.01 STRATEGI PEMUSATAN GURU

Strategi pemusatan guru ini merupakan kaedah biasa dan klasik. Ianya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mana guru memberikan penerangan dan murid hanya mendengar. Brophy (1978), menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan

Page 7: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

4.02 STRATEGI PEMUSATAN MURID

Strategi pemusatan murid pula merupakan kaedah yang berkesan dan sering digunakan oleh guru di bilik darjah bagi mencapai objektif pembelajaran khususnya murid berkeperluan khas. Melalui strategi ini murid yang melakukan aktiviti yang disuru oleh guru. Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator, pemimpin atau pandu arah agar murid tidak lari dari objektif pembelajaran. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan sering kali membuatkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menarik. Kaedah pengajaran seperti kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

4.03 STRATEGI PEMUSATAN BAHAN

Strategi ini juga sesuai digunakan untuk membantu pembelajaran dan pengajaran murid pendidikan khas. Bahan bantu mengajar merupakan elemen terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru juga menarik, berkesan dan mudah manakala murid pula mendapat pelajaran yang bermakna. Bahan bantu mengajar ini juga terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Manakala bahan pelajaran ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer. Ketiga – tiga strategi ini mempunyai kaitan antara satu sama lain. Terpulang kepada guru untuk mengunakan strategi yang sesuai bagi mencapai objektif pengajaran di bilik darjah.

5.0 KEPERLUAN FIZIKAL DAN LOGISTIK YANG DISEDIAKAN UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS

Keperluan logistik adalah sangat penting.Dalam memastikan program pendidikan inklusif dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan lancar, terdapat beberapa keperluan logistik yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan KPM. Kesemua keperluan logistik ini bertujuan untuk membantu menjayakan pelaksanaan program pendidikan inklusif. Antara keperluan logistik yang perlu bagi murid pendidikan khas adalah seperti berikut :-

5.01 Tenaga Pengajar

Tanggungjawab dan peranan guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif seperti layanan dan bimbingan yang adil, merancang dan melaksanakan penilaian,dedikasi dan komitmen yang tinggi dan bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

Page 8: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

5.02 Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas

Kemudahan asas untuk pelajar khas ini merangkumi kerusi meja seperti pelajar – pelajar normal, bahan rujukan / peralatan tambahan - atas kebijaksanaan / inisiatif pihak sekolah, bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik, buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah dan Bilik Resos perlu diwujudkan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

5.03 Bahan Bantu Mengajar dan Kemudahan Pengajaran

Salah satu faktor kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif adalah penyediaan bahan bantu mengajar kepada guru untuk diaplikasi di dalam kelas. Kemudahan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar juga perlu disediakan dalam setiap pelaksanan ativiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai bahan pembelajaran ini adalah sebagai salah satu cara yang boleh digunakan dalam merangsang minat dan kecenderungan kanak-kanak menjalankan aktiviti pembelajaran. Memandangkan murid yang terlibat dalam program pendidikan inklusif ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas, maka bahan bantu mengajar dan kemudahan pengajaran lain juga perlu selari dengan masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas. Contohnya seperti murid yang mengikuti Program LINUS yang mana guru perlu dibekalkan dengan modul pengajaran program LINUS.

Selain itu, guru juga perlu bijaksana dalam menyediakan pelbagai bahan pengajaran mereka. Contohnya seperti mereka bentuk pelbagai bahan bantu mengajar yang bercirikan fizikal dan interaktif yang dapat digunakan oleh guru dan murid semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kebergantungan guru terhadap modul pengajaran yang disediakan oleh KPM akan menghadkan aktiviti pengajaran guru. Sebaliknya, kemahiran dan kebijaksanaan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar akan dapat membantu guru untuk mempelbagai bahan bantu mengajar mereka dan seterusnya akan dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran mereka.

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, program pendidikan inklusif yang dijalankan di sekolah perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan penuh hemah agar murid – murid bekeperluan khas ini tidak tercicir dalam arus pendidikan negara. Berdasarkan penerangan tugasan di atas, dapatlah kita kenalpasti individu yang dikategorikan bekeperluan khas, cara – cara mengenalpasti murid – murid ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai serta keperluan fizikal dan sokongan infrastruktir yang mesti disediakan untuk murid bekeperluan khas. Ini juga akan mempengaruhi perkembangan akademik dalam kalangan murid berkeperluan khas.

Page 9: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

7.0 RUJUKAN

Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian

Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.

Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu Tinjauan Prevalen

Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak berumur 4-9 tahun. Kementerian

Pendidikan Malaysia.

http://www.academia.edu/6349746/ISD_INSTRUMEN_SENARAI_SEMAK_DISLEKSIA_MANUAL

http://www.scribd.com/doc/29079607/kaedah-dan-teknik-pengajaran-pembelajaran-pendidikan-khas#scribd

Page 10: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

8.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 : Instrumen Senarai Semak Disleksia

Page 11: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015

Lampiran 2 : Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Pembelajaran

Page 12: Aktiviti 1 (Inklusif) 2015