aktiviti peribahasa 2015.ppt

31
Peribahasa Menengah 1

Upload: zultopen11

Post on 16-Sep-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • Peribahasa Menengah 1

  • Apa itu peribahasa?Peribahasa ialah susunan kata-kata yang mempunyai makna yang luas dan tersirat.Peribahasa digunakan bagi menggambarkan sifat dan kelakuan manusia atau sesuatu keadaan.Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis: SIMPULAN BAHASA, PERUMPAMAAN, PEPATAH, BIDALAN dan PERBILANGAN

  • Simpulan BahasaBentuk peribahasa yang paling ringkasBiasanya terdiri daripada dua perkataanContoh; baik hati, anak angkat, ambil hati, dalam tangan

  • PerumpamaanSejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain.Selalunya menggunakan kata-kata bandingan bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.Contoh: bagai kacang lupakan kulit, seperti bumi dengan langit

  • PepatahMerupakan peribahasa yang berangkapBiasanya terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.Contoh: berakat-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, harapkan pagar, pagar makan padi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

  • BidalanPeribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar.Biasanya bidalan merupakan ungkapan yang pendek yang telah melekat di mulut orang.Contoh: air yang tenang jangan disangka tiada buaya, indah khabar dari rupa, nasi sudah menjadi bubur

  • PerbilanganMerupakan kata-kata hikmat atau ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran atau falsafah yang berguna sebagai pedoman hidup.Contoh: bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, terlajak peradu boleh diundur, terlajak kata emas padahnya.

  • (1) Ada gula adalah semut

  • Ada gula adalah semutDi mana ada rezeki di situlah ramai orang

  • (2) Alah bisa tegal biasaMAKNA PERKATAAN

    Alah = biasaTegal = kerana, oleh sebab

  • Alah bisa tegal biasaPerkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya.

  • (3) Bagai hujan jatuh ke pasir

  • Bagai hujan jatuh ke pasirKebaikan (seperti pertolongan) yang sia-sia atau tidak berbalas.

  • Malu berkayuh perahu hanyut

  • (4) Malu berkayuh perahu hanyutKalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapanKalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan

  • Bagaimana acuan begitulah kuihnya

  • (5) Bagaimana acuan begitulah kuihnyaSeseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanyaKeadaan sesuatu itu menurut asalnya.

  • (6) Ditatang bagai minyak yang penuhSangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

  • (7) Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajamSeseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai

  • (8) Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkaratDiam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

  • Kerja kumpulan (15 minit)ARAHAN:Pilih satu peribahasaFahamkan maknanyaTuliskan seperenggan cerita untuk menunjukkan makna peribahasaGunakan bak kata pepatah yang diikuti dengan peribahasa dalam cerita kamu

  • Pembentangan