akhlak remaja masakini

9
Khutbah Jumaat Akhlak Remaja Masakini ُ دْ مَ حْ لَ اِ َ ِ يِ دَ ال اَ نَ لَ عَ جَ رْ يَ خٍ ةَ مُ اْ تَ جِ رْ خُ اِ اسَ ن لِ ل، ُ رُ مْ َ نِ فْ وُ رْ عَ مْ ل ِ ن ىَ هْ نَ 2 نَ وِ 4 نَ عِ رَ كْ نُ مْ ل اُ 4 نِ مْ ُ نَ وِ َ ِ ن، ُ دَ هْ > شَ اْ 4 نَ اَ لاَ ةَ لِ D اَ لاِ D اُ َ اُ هَ دْ حَ وَ لاَ G ك يِ رَ > شُ ةَ ل، ُ دَ هْ > شَ اَ وَ 4 نَ ا اً دَ مَ حُ مُ هُ دْ نَ عُ ةُ ولُ سَ رَ و، َ مُ هَ ل لَ اِ لَ صْ مِ لَ سَ و ىَ لَ ع َ نِ دِ نَ سٍ دَ مَ حُ م ىَ لَ عَ وِ ةِ ل\ اِ ةِ بَ حاْ صَ اَ و4 نْ يِ عَ مْ جَ ا. َ مَ اُ دْ عَ ب، اَ يَ فَ ادَ نِ عِ َ ا، واُ قَ بِ اَ َ ا واُ مَ لْ ع اَ و اً حِ ل اَ ص، ُ ةَ بِ D ا اَ مِ بَ 4 نْ وُ لَ مْ عَ ب. ٌ رْ يِ صَ بSidang Jumaat yang dirahmati Allah, Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara sekelian agar senitasa miningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang, semoga kita 1

Upload: adam-hamka

Post on 20-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KHUTBAH

TRANSCRIPT

Page 1: akhlak remaja masakini

Khutbah JumaatAkhlak Remaja Masakini

د� م� �ل�ح� ع�ل�ن�ا ال�ذي لل�ه ا ي�ر� ج� ة� خ� م�ت� أ� رج� أ�خ�

ر� ، للن�اس م�و�ف ن�أ� ع�ر� ن�ن�ه�ى بال�م� ع�ن و�

ن�ك�ر ن� ال�م� ن�ؤ�م د� ، بالل�ه و� ه� � أ�ن� أ�ش� ل�ه� ال إد�ه� الل�ه� إال� � و�ح� ريك� ال د� ، ل�ه� ش� ه� أ�ش� أ�ن� و�

د1ا م� ول�ه� ع�ب�د�ه� م�ح� س� م� ، و�ر� ل7 ا�لل�ه� ص�ل7م� ي7دن�ا ع�ل�ى و�س� د� س� م� آله و�ع�ل�ى م�ح�

حا�به ص�أ� عي�ن و� م� . أ�ج�ا م�

ي�ا ، ب�ع�د� أ� ب�اد� ف� وا ، الل�ه ع ت�ق� الل�ه� اا و�اع�ل�م�وا الح1 ن�ه� ، ص� ا إ ل�و�ن� بم� . ت�ع�م� ي�ر@ ب�ص

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara sekelian agar senitasa miningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang, semoga kita digolongkan dalam mereka yang sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t.

Maasyiral Muslimin wa zumratal mukminin rahimakumullah,

Hari ini saya inign menyentuh tentang satu perkara. Satu perkara yang mungkin dipandang kecil oleh sebahagian orang, tetapi amat penting bagi masyarakat Islam. Kerana ia menentukan keadaan sesebuah masyarakat pada masa akan datang, samada maysraakat tersebut berjaya atau gagal, samada masyarakat tersebut dipandang mulia atau dipandang hina, samada masyarakat tersebut disanjung atau dikeji. Apakah perkara tersebut?

1

Page 2: akhlak remaja masakini

Ia tidak lain tidak bukan adalah keadaan akhlak para remaja. Para remaja dan belia adalah tunggak negara. Mereka adalah harapan masyarakat masa akan datang. Mereka akan membina generasi akan datang. Jika runtuh akhlak mereka maka runtuhlah akhlak generasi akan datang. Ini adalah kerana mereka akan menjadi ibu bapa kelak. Dan akhlak mereka akan ditiru oleh anak-anak mereka. Maka kita perlu memberikan perhatian kepada pembentukan akhlak remaja kita sekarang ini. Serangkap syair Arab mengatakan:

ا �BBم�ن م� إ ال�ق� ا�أل�م� ا ا�أل�خ� �BBي�ت� م إن� ب�ق �BBف # ب�ت� ه�م�و م� ذ�ه� ه� ال�ق� ب�وا أ�خ� ذ�ه�

“Seseungguhnya umat yang berakhlak akan kekal. Jika hilang akhlak mereka maka hilanglah masyarakat tersebut”.

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Ada beberapa aspek keperibadian remaja kita masakini boleh kita banggakan. Remaja kita sekarang ini lebih berpendidikan. Mereka lebih terdedah dengan pergolakan dunia dan lebih mengetahui tentang perkembangan masakini dari remaja zaman dahulu. Mereka lebih berani mendatangkan idea-idea yang bernas dan menghadapi cabaran-cabaran, tidak kita samada carbaran dari sudut fizikal atau mental. Remaja masakini juga suka menroka bidang-bidang baru bidang keusahatekwanan. Sifat-sifat ini harus dipupuk dan digalakkan.

Kita juga lihat semakin bertambah bilangan remaja Islam yang semakin sedar akan identiti mereka sebagai orang Islam, terutama dari kalangan pemudi-pemudi yang berpendidikan tinggi. Semakin ramai yang menutup aurat mereka. Semakin ramai yang mengerjakan solat. Alhamdulillah. Inilah usaha-usaha para pendai’, para asatizah dan mereka yang mempunyai kesedaran untuk mengembangkan nilai-nilai Islam. Firman Allah s.w.t didalam surah A-Ra’ad, ayat 11:

2

Page 3: akhlak remaja masakini

� الل�ه� إن� ا ي�غ�ي7ر� ال م� م� و� ت�ى بق� وا ح� ا ي�غ�ي7ر� م�م� ه س بأ�نف�

Ertinya: Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga kaum tersebut mengubahnya sendiri.

Sidang Jumaat sekelian,

Dalam masa yang sama, kita dapat lihat juga semakin ramai anak muda kita, para belia dan remaja kita, yang terbawa-bawa dengan budaya dan nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam. Nilai-nilai negatif ini dapat dilihat dari penonjolan mereka dalam pakaian, pergaulan dan akhlak mereka. Dari sudut pakaian, para pemuda pemudi kita sekarang ini menghadapi cabaran hebat untuk mengenakan pakaian yang bukan sahaja membuka aurat tetapi menjolok mata. Pakaian yang mendedakkan anggota badan seperti peha, lengan, dada dan sebagainya. Para remaja biasanya mudah tertekan untuk berpakaian seperti kawan-kawan mereka yang lain. Sekiranya kawan-kawan mereka berpakaian sedemikian, maka mereka juga akan terdorong untuk berpakaian demikian. Sebagai ibu-bapa kita mesti membentengi mereka dari tekanan ini. Apakah cari kita menahan mereka dari terikut-ikut dengan pakaian yang menjolok mata ini? Pertama kita mesti menunjukkan contoh yang baik. Apabila kita melarang anak-anak ktia berpakaian yang mendedah aurat, kita juga mesti berpakaian yang menutup aurat. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anakanya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan bengkok. Kedua, kita mesti menanamkan dalam diri mereka sifat bangga terhadap identiti mereka sebagai orang Islam, bangga dengan pakaian Islam. Mereka perlu fahami mengapa Islam melarang mengikutnya dari memakai pakaian yang membuka aurat, apatah lagi yang menjolok mata. Sekiranya kaum lain dapat berbangga dengan pakaian mereka, dengan kain mereka, dengan serban mereka, mengapa tidak umat Islam berbangga dengan pakaian Islam? Mengapa mesti ada sebahagian kita yang malu mengenakan pakaian Islam? Adakah kita

3

Page 4: akhlak remaja masakini

menginginkan keredhaan orang bukan Islam, dan bukan keredhaan Allah? Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisaa, ayat 138 dan 139:

ر� ين� ب�ش7 ن�افق م� بأ�ن� ال�م� ا ع�ذ�اب1ا ل�ه� �ليم1 ، أذ�ون� ال�ذين� رين� ي�ت�خ لي�اء� ال�ك�اف و�

ن� أ� منين� د�ون ؤ�م �ي�ب�ت�غ�ون� ، ال�م� م� أ ن�د�ه� ة� ع ال�عز�إن� ة� ف� يع1ا. لل�ه ال�عز� م ج�

Ertinya: Dan berilah khabar kepada orang-orang munafiq bahawa untuk mereka azab yang pedih. Mereka yang mengambil orang-orang kafir sebagai teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Adakah mereka ingin mencari kemulian dari orang-orang kafir itu? Sesungguhnya kemulian yang hakiki adalah dari Allah semata-mata.

Sidang Jumaat rahimakumullah,

Seperkara lagi yang kita dapat lihat sekarang ini, satu tren yang semakin ramai umat Islam terikut-ikut, adalah mewarnai rambut. Hukum Islam adalah jelas. Mewarnai rambut adalah haram! Ia adalah haram kerana ia merubah penciptaan Allah. Kecuali jika seseorang itu usdah beruban putih, maka ia boleh mewarnai rambutnya dengan warna inai sahaja. Tetapi untuk suka-suka mewarnai rambut adalah haram. Hukum ini mungkin tidak diketahui oleh para remaja kita. Oleh kerana itu kita lihat semakin ramai dari mereka yang terikut-ikut dengan tren mewarnakan rambut ini. Sebagai ibu-bapa, kita mesti memberitahu mereka bahawa perbuatan mewarnakan rambut adalah haram.

Kita juga melihat semakin ramai remaja yang menindik anggota badan mereka. Ini adalah gaya hidup yang amat tidak sihat, dari sudut kesihatan dan agama. Dari sudut kesihatan, ia membawa kepada kemudaratan yang lebih. Islam melarang

4

Page 5: akhlak remaja masakini

umatnya dari mendedahkan dirinya kepada kemudaratan yang sia-sia. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 195:

وا ق� أ�نف بيل في و� � الل�ه س� وا و�ال ت�ل�ق�ل�ك�ة إل�ى بأ�ي�ديك�م� ن�وا الت�ه� س أ�ح� الل�ه� إن� و�

Vب نين� ي�ح س ال�م�ح�Ertinya: Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan.

Oleh kerana itu Islam mengharamkan perbuatan melobang-lobangkan anggota badan dengan sia-sia untuk meletakkan perhiasan besi-besi seperti yang dilakukan oleh sebahagian remaja masakini. Sebagai adat, menindik telinga untuk perhiasan adalah dibenarkan kerana ia tidak mendatangkan mudarat. Tetapi menindik lebih dari satu, melobangkan bahagian anggota lain untuk perhiasan sehingga mendatangkan mudharat adalah salah disisi Islam. Ia tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah sebaliknya ia membawa masalah. Islam inginkan kemudahan, kebersihan dan kesihatan bagi umatnya.

Dan atas prinsip ini juga, Islam melarang umatnya dari memakan bahan-bahan yang memudharatkan, seperti menyalah-gunakan dadah. Masalah dadah telah menghantui masyarakat kita dari dahulu lagi. Berbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan untuk mengurangkan bilangan masyarakat Islam yang menagih dadah. Tetapi sedihnya, bilangan tersebut masih lagi ramai. Terlalu ramai kalau dibandingkan dengan nisbah masyarakat Islam di Singapura. Maka kita perlu tanya: apakah pencegah utama bagi masyarakat kita agar tidak menyalah-gunakan dadah?

Jawapannya satu. Memperkukuhkan pegangan kita terhadap ugama Islam. Ibu bapa harus memainkan peranan pencegah ini dari anak-anak mereka masih kecil lagi. Mereka harus menerapkan pendidikan agama dari kecil, semangat cintakan

5

Page 6: akhlak remaja masakini

agama Islam dan berbangga sebagai umat Islam. Terapkan dalam diri mereka nilai-nilai murni Islam. Inilah benteng yang kukuh dari segala nilai-nilai negatif yang mengancam masyarakat kita sekarang ini. Islam bukanlah hanya satu agama. Islam adalah satu cara hidup. Marilah kita menghayati sepenuhnya ajaran ugama Islam. Marilah kita menerapkan nilai-nilai Islam keseluruhannya dalam kehidupan kita.

ك� ار� �BBBBه بBBBBي اللل�ك�م� ل آن في و� ر� �BBBBال�ق

ع�ني ، ال�ع�ظيم ن�ف� ي�اك�م� و� إ ا و� �BBمب هBBي ن� ف مات �BBاآلي ذك�ر 7BBال كيم و� ل� ، ال�ح� �BBب ت�ق� ن7ي و� من�ك�م� ت�ه� و�م ن�ه� تالو� و� إ �BBيع� ه م �BBيم� السال�ع�ل ، ول� �BBBي أ�قو�ل �BBBذ�ا قBBBر� ه ت�غ�ف �BBBأ�س اللBBBه و�، لي ال�ع�ظيم� ل�ك�م� ائر و� �Bسل ين� و� لم �Bال�م�س

ات لم� ال�م�س� نين� ، و� ؤ�م ال�م� ن�ات و� ؤ�م ال�م� ، و�وه� ر� ت�غ�ف اس� ي�ا ف� ز� ف� و� رين� ف� ت�غ�ف ي�ا ال�م�س� و�

اة� . ن�ج� الت�ائبين�I

6