pengaruh internet terhadap keruntuhan akhlak remaja … · 1.9.4 keruntuhan 13 1.9.5 akhlak 14...

31
PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Nov-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM

NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Alamat Tetap: KAMPUNG BERIS PANCHOR, USTAZ ABDULLAH BIN SULONG 16020, TAWANG, BACHOK, Nama Penyelia KELANTAN DARUL NAIM. TEL : 013-7318093 Tarikh: 11 Mei 2011 Tarikh: 11 Mei 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

i  

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.

Tandatangan : ..........................................

Nama Penyelia : USTAZ ABDULLAH BIN SULONG

Tarikh : 11 MEI 2011

 

Page 4: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

ii  

PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI

PENDIDIKAN, UTM

NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 5: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

iii  

 

 

 

 

 

 

 

 

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”.

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penulis : NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK

Tarikh : 11 MEI 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 6: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

iv  

 

Dedikasi

Tuhanku Sesungguhnya solatku, amalanku,

hidupku dan matiku, segalanya hanya untuk-MU.

Nabi Muhammad

Semoga ketabahan dan kesabaranmu menjadi peganganku, Aku redha dengan segala suruhanmu.

Ma dan Abah Tercinta Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan

dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas.

Ketahuilah diri ini begitu menyayangi kalian, ku pohon restu dari kalian untuk meneruskan perjuangan

di bumi Allah ini.

Kakakku, abangku, abang iparku dan kakak iparku

Zaini, Mohd Riduan, Syed Azwan, dan Fadiah Terima kasih atas bantuan,

dorongan dan sokongan kalian, Menjadi kekuatan dan semangatku untuk aku meneruskan perjuangan ini.

Adik-adik ku,

Mohd Ikram dan Nurul Jannah, Semoga kalian menjadi mata rantai perjuangan Islam.

Teruskan perjuangan.

Penyelia yang dikagumi Buat Ustaz Abdullah Sulong, syukran jazilan

Atas tunjuk ajar yang diberikan,

Sahabat-sahabat seperjuangan Segala kenangan bersama akan tetap terpahat kukuh

dalam sanubariku buat selama-lamanya semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya.

Page 7: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

v  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran yang tidak terkira pada-Mu Ya

Allah kerana dengan limpah dan inayah-Mu diriku masih dikurniakan nikmat iman

dan Islam serta diberi kesempatan, peluang dan kemudahan bagi menjalankan Projek

Sarjana Muda (PSM) dengan jayanya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi

Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat yang bertungkus lumus

menegakkan Islam hingga adanya apa yang kita lihat sekarang.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin

Sulong, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu

memberi bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh ini bagi memastikan

PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik. Sekalung penghargaan juga

buat semua pensyarah FTI, UTM dan FP, UTM, atas segala curahan ilmu dan

didikan yang diberikan buat diri yang dhaif ini.

Tidak dilupakan buat ibu bapa dan ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan

seperjuangan yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan.

Jasa kalian amat dihargai. Didoakan agar ukhuwah yang dibina berkekalan

selamanya. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Juga penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga Allah SWT membalas

segala jasa mereka. Wallahu a'lam.

 

Page 8: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

vi  

ABSTRAK

Keruntuhan akhlak yang melanda sesetengah remaja Islam semakin

meruncing pada masa kini. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya perkara

ini. Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai persepsi mahasiswa Fakulti

Pendidikan terhadap internet, hubungan dan pengaruh Facebook, Youtube dan Blog

terhadap keruntuhan akhlak remaja Islam. Responden bagi kajian ini adalah pelajar

tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM sesi 2010/2011 yang terdiri daripada kursus SPI,

SPK, SPS, SPM, SPC, SPJ, dan SPL iaitu seramai 78 orang pelajar. Set soal selidik

yang mengandungi 48 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara

deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min serta dianalisis

secara inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson dan regrasi untuk melihat

hubungan dan pengaruh Facebook, Youtube dan Blog terhadap keruntuhan akhlak

remaja Islam.dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science

version 15.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha =

0.836. Hasil kajian menunjukkan min bagi persepsi mahasiswa terhadap internet

ialah 4.03. Manakala analisis korelasi yang diperolehi menunjukkan Youtube

mempunyai hubungan yang sederhana dengan keruntuhan akhlak remaja Islam

dengan nilai r = 0.490. Faktor Facebook (r = 0.265) dan Blog (r = 0.255) mempunyai

hubungan yang lemah dengan keruntuhan akhlak remaja Islam. Kajian regresi pula

menunjukkan hanya faktor Youtube (r² = 0.240) yang mempunyai pengaruh dengan

keruntuhan akhlak remaja Islam, manakala faktor Facebook (r² = 0.070) dan Blog (r²

= 0.065) tidak mempunyai pengaruh terhadapnya. Beberapa cadangan dikemukakan

bagi penambahbaikan hasil daripada rumusan kajian.

Page 9: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

vii  

ABSTRACT

Nowadays, it can be seen that moral decadence that occurs among Islamic

youth has aggravated significantly. There are various factors that have caused the

occurrence of this matter. This study is a survey done specifically to find the

perception of students from the Faculty of Education on internet, the relationship and

influence of Facebook, Youtube and Blogs to the moral decline among Islamic

Youth. Respondents of this study are fourth year students from the Faculty of

Education, UTM session 2010/2011 which consists of SPI, SPK, SPS, SPM, SPC,

SPJ and SPL and include 78 students as respondents. A set of questionnaire which

contains 48 items were distributed to the respondents and were analyzed by using the

descriptive method to find the frequency value, percentage and mean value and also

were analyzed by using Pearson correlation and regression to see the correlation

between the use of Facebook, Youtube and Blog and the moral decline among

Islamic youth using the Statistical Package Software for Social Science version 15.0

for Windows. Results from pilot study indicates that Cronbach’s alpha value = 0.836.

Survey results show that the mean value for students’ perception on internet is 4.03.

While correlation analysis that has been acquired shows that Youtube has average

correlation with the Islamic youth moral decline with r value = 0.490. Facebook

factor (r = 0.265) and Blog (r = 0.255) show weak correlation with Islamic youth

moral decline. On the other hand, regression study shows only Youtube factor (r² =

0.240) contributes to Islamic youth moral decline, while Facebook factor (r² = 0.070)

and Blog (r² = 0.065) give no effect to it. Some suggestions have been proposed for

improvement based on the conclusion deduced from the study.

Page 10: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

viii  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI AYAT AL-QURAN xvi

SENARAI HADIS xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI SIMBOL xx

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

Page 11: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

ix  

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Atau Skop Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Internet 12

1.9.2 Persepsi 12

1.9.3 Pengaruh 13

1.9.4 Keruntuhan 13

1.9.5 Akhlak 14

1.9.6 Remaja 14

1.10 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Kepentingan Internet Pada Masa Kini 17

2.3 Faktor-Faktor Dalam Internet Yang

Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak

Remaja Islam 18

2.3.1 Facebook 20

2.3.2 Youtube 24

2.3.3 Blog 25

2.4 Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja

Islam Pada Masa Kini 28

2.5 Kajian Lepas 30

2.6 Kesimpulan 32

Page 12: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

x  

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 35

3.4 Populasi Kajian Dan Sample Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Data Primer 37

3.5.2 Data Sekunder 40

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 40

3.7 Kajian Rintis 41

3.8 Kajian Sebenar 42

3.9 Analisis Data 42

3.10 Jangka Masa Kajian 45

3.11 Kesimpulan 46

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 49

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina 49

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 50

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Status Perkahwinan 51

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Kursus 51

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut

Sekolah Terdahulu 52

Page 13: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xi  

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 53

4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja

Islam Pada Masa Kini 53

4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Persepsi Mahasiswa Terhadap internet 61

4.3.3 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Facebook 67

4.3.4 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Youtube 72

4.3.5 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Blog 77

4.4 Analisis Inferensi 81

4.4.1 Analisis Korelasi 82

4.4.2 Analisis Regrasi 85

4.5 Analisis Keseluruhan 87

4.6 Kesimpulan 89

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 90

5.2 Perbincangan 90

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 91

5.2.2 Masalah keruntuhan Akhlak Remaja Islam

Pada Masa Kini 92

5.2.3 Persepsi Mahasiswa Terhadap Internet 96

5.2.4 Faktor Keruntuhan Akhlak 98

i. Youtube 98

ii. Facebook 100

iii. Blog 101

Page 14: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xii  

5.2.5 Analisis Inferensi 103

5.3 Rumusan 104

5.3.1 Melihat Persepsi Mahasiswa Terhadap

Internet 105

5.3.2 Hubungan Facebook, Youtube Dan Blog

Menyumbang Kepada Keruntuhan Akhlak 105

5.3.3 Pengaruh Internet Seperti Facebook,

Youtube Dan Blog Terhadap Masalah

Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 105

5.4 Cadangan 106

5.4.1 Membuat Satu Perisian Untuk Memantau

Dan Menyekat video-video yang tidak

bermoral dari dilihat atau dimuat naik oleh

sesiapa sahaja 106

5.4.2 Mewujudkan Undang-undang Khas Untuk

Mencegah Penyalahgunaan Internet Facebook 107

5.4.3 Menguatkuasakan Undang-Undang 107

5.5 Cadangan Lanjutan Kajian 108

5.6 Kesimpulan 109

BIBLIOGRAFI 110

LAMPIRAN

 

Page 15: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xiii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Kes anak luar nikah Melayu 4

3.1 Jumlah populasi yang terlibat dalam kajian 36

3.2 Spesifikasi item soal selidik 38

3.3 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk

dan jumlah item dalam soal selidik 39

3.4 Pengkelasan skala Likert 39

3.5 Pengkelasan maklum balas 40

3.6 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan

objektif kajian 43

3.7 Nilai skor min 43

3.8 Klasifikasi kekuatan korelasi 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 50

4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 51

4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 51

4.5 Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu 52

4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 53

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 54

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 55

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 55

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 56

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 56

Page 16: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xiv  

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 57

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 57

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 58

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 58

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 59

4.17 Taburan Min Keseluruhan Bagi Masalah Keruntuhan

Akhlak Remaja Islam Pada Masa Kini 60

4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 61

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 61

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 62

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 62

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 63

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 63

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 64

4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 64

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 65

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 65

4.28 Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi Mahasiswa

Terhadap internet 66

4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 67

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 67

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 68

4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 68

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 69

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 70

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 70

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 71

4.37 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan

Akhlak: Facebook 71

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 72

4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 73

4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 73

4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 74

4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 74

Page 17: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xv  

4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 75

4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 75

4.45 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan

Akhlak: Youtube 76

4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 77

4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 77

4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 78

4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 79

4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 41 79

4.51 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 42 80

4.52 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 43 80

4.53 Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan

Akhlak: Blog 81

4.54 Hubungan Antara Faktor Facebook Terhadap

Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 82

4.55 Hubungan Antara Faktor Youtube Terhadap

Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 83

4.56 Hubungan Antara Keruntuhan Akhlak Remaja

Islam Dengan Faktor Blog 84

4.57 Pengaruh Antara Facebook, Youtube dan Blog

Dengan keruntuhan akhlak Remaja Islam 85

4.58 Pengaruh Antara Faktor Facebook Dengan

Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 86

4.59 Pengaruh Antara Faktor Youtube Dengan

Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 86

4.60 Pengaruh Antara Faktor Blog Dengan

Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 86

4.61 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 87

4.62 Keputusan Korelasi 88

4.63 Keputusan Regrasi 88

 

Page 18: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xvi  

SENARAI AYAT AL-QURAN

SURAH HALAMAN

Al-Ahzab 3

Al-Ankabut 7

Ali-‘Imran 23

Adz-Dzariyat 23

Al-Isra’ 93

Adz-Dzariyat 95

Ali-‘Imran 95

An-Nisa’ 96

Al-Hadid 99

Al-‘Asr 101

 

Page 19: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xvii  

SENARAI HADIS

HADIS RIWAYAT HALAMAN

Tirmizi 7

Bukhari 22

 

Page 20: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xviii  

SENARAI SINGKATAN

AADK Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Bil. Bilangan

e-mel Elektronik Mel

FP Fakulti Pendidikan

FGHT Fakulti Geoinformasi dan HartaTanah

FTI Fakulti Tamadun Islam

Ha Hipotesis alternatif

Ho Hipotesis nol

IRC Internet Relay Chat

JAIM Jabatan Agama Islam Melaka

JPN Jabatan Pendaftaran Negara

JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat

KS Kurang Setuju

SAM Syarikat Air Melaka

SAW Sallallahu ’Alaihi Wasallam

Sig. Significant

SPSS Statistical Package for Social Science

SPC Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Kimia)

SPI Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPL Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Tesl)

SPM Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Matematik)

SPS Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains Sukan)

Page 21: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xix  

S Setuju

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

ICT Information and Communication Technology

IPT Institut Pengajian Tinggi

PDRM Polis Diraja Malaysia

TS Tidak Setuju

UPM Universiti Putra Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

 

Page 22: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

xx  

SENARAI SIMBOL

 

 

% Peratus

n Saiz Sample

r Korelasi

r² Regrasi

x Pemboleh ubah bebas

y Pemboleh ubah bersandar

 

Page 23: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan penggunaan internet semakin meluas seiring dengan kemajuan

sesebuah negara. Perkembangan ini menyebabkan internet tidak asing lagi di

kalangan masyarakat. Bukan hanya masyarakat bandar, masyarakat desa pun sudah

pandai menggunakan internet. Ini menjadikan rangkaian tanpa sempadan ini menjadi

semakin penting kepada masyarakat untuk memudahkan urusan. Seluruh masyarakat

di setiap pelusuk dunia menjadikan internet sebagai alat untuk memudahkan pelbagai

urusan samada urusan kerja, keluarga, pelajaran, peribadi dan sebagainya.

Tidak dinafikan internet mempunyai banyak manfaatnya, tetapi keburukan

juga datang seiring dengan kebaikan atau manfaatnya. Dalam internet semua benda

boleh dilayari tanpa tapisan. Disebabkan inilah remaja sekarang berpendapat tiada

orang yang tahu apa yang mereka buat atau apa yang mereka tengok dalam intenet

walaupun ibu bapa mereka sekalipun dan mereka bebas mengunakannya. Bagi

remaja yang mempunyai keluarga yang berada, internet dipasang di rumah dan 24

jam boleh menggunakannya tanpa had, tapi bagi remaja dari golongan sederhana

mereka lebih banyak mengunjungi kafe-kafe internet bersama kawan-kawan.

Page 24: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

2  

Walaupun ada kafe-kafe internet yang meletakkan tanda dilarang melayari

laman sesawang yang tidak bermoral, tetapi masih ada sesetengah kafe-kafe internet

lain yang membenarkan pelanggan melayarinya. Biasanya kafe internet inilah yang

banyak dikunjungi oleh remaja.

 

Penyalahgunaan terhadap internet menyebabkan kepincangan dan keruntuhan

akhlak melanda golongan remaja pada masa kini. Pelbagai perkara yang tidak baik

berlaku seperti mencuri, merompak, rogol, berzina, terlibat kegiatan samseng,

ponteng sekolah dan sebagainya. Yang paling parah ialah perkara ini banyak berlaku

kepada remaja Islam. Ini boleh menjejaskan imej Islam di mata masyarakat Islam

dan agama lain. Pelbagai punca berkait rapat dengan kepincangan yang berlaku.

Namun dalam kajian ini, hanya dibincangkan punca internet sahaja, iaitu

pengaruhnya terhadap keruntuhan akhlak remaja.

Keruntuhan akhlak yang membimbangkan di kalangan remaja masa kini

berpunca daripada kurangnya penekanan diberikan terhadap budaya dan cara hidup

Islam. Mereka menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman

sesawang yang tidak sepatutnya. Keruntuhan akhlak bukan hanya berlaku pada masa

sekarang, semasa zaman Rasulullah SAW hidup dulu pun keruntuhan akhlak di

kalangan kaum baginda juga teruk, dan disebabkan itulah Allah mengutus Nabi

Muhammad untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Akhlak mulia yang

ditunjukkan baginda menjadi contoh ikutan. Akhlak baginda adalah akhlak yang

paling baik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 21:

Page 25: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

3  

ô‰s) ©9 tβ%x. öΝ ä3 s9 ’Îû ÉΑθß™ u‘ «!$# îο uθó™é& ×π uΖ |¡ ym ⎯yϑ Ïj9 tβ%x. (#θã_ö tƒ ©!$# tΠöθu‹ø9$#uρ

tÅz Fψ $# tx.sŒuρ ©!$# #ZÏVx. ∩⊄⊇∪

Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah ”

(Al-Ahzab, 33: 21)

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, timbulnya berbagai krisis akhlak dan moral yang menular,

merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khususnya di kalangan remaja.

Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan bayi dalam

tong sampah, penderaan, gengsterisme, vandalisme, rogol, sumbang mahram,

ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan

(AADK) jumlah penagih dadah bagi tempoh 1988 hingga 2005 ialah 289,763 orang.

(Berita Harian 27 Mac 2006)

Manakala bagi kes kelahiran anak luar nikah, Ketua Pengarah Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim menyatakan anak luar nikah Melayu

telah didaftarkan di seluruh negara seperti jadual 1.1 di bawah:

Page 26: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

4  

Jadual 1.1 Kes Anak Luar Nikah Melayu

Tahun Jumlah (kes)

2007 16,1000

2008 16,541

2009 17,303

(Sumber: Berita Harian 21 Mac 2010)

Walaupun laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM) tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan

anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk

membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya

kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu. Sebahagian

besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan

kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah.

Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

Perkara ini berlaku kerana dorongan nafsu yang tidak di kawal oleh remaja.

Umur pada peringkat remaja biasanya suka mencari dan mencuba pelbagai perkara

terutama perkara yang baru dijumpai oleh mereka. Nafsu adalah anugerah Allah

SWT kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang

melaksanakan hasrat nafsu manusia. Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk

melakukan sesuatu yang bersifat buruk berbanding dengan kecenderungan untuk

melakukan sesuatu yang bersifat baik. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah

pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah

masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam

masyarakat kini.

Page 27: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

5  

Menurut Dr. Fariza Md Sham dalam majalah Al-Islam (2006: 18) antara

perkembangan ketara yang mempengaruhi psikologi remaja ialah kesan globalisasi

yang membawa konsep dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka. Ini bermakna

segala maklumat dan perkembangan dunia luar boleh diketahui dan dicapai oleh

masyarakat dunia. Tidak kira perkara itu baik atau buruk, semuanya dapat dilihat.

Anak remaja yang sememangnya dalam proses perkembangan, mempunyai

keinginan dan sifat mencuba sesuatu yang baru, sudah pasti teruja dan tidak dapat

mengelak daripada melihat atau menonton apa yang dipaparkan oleh masyarakat

dunia.

Menurut Abdullah Naseh Ulwan (1988: 152) dalam Mohd Ismail Mustari

(2007: 160) menyatakan pengaruh media massa seperti media cetak dan elektronik

juga adalah punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Belia kini

lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer

sama ada bermain game komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan

ibu bapa dan ahli keluarga. Keasyikan ini juga menyebabkan pelajaran, kerja rutin

harian dan tanggungjawab lain terabai.

Justeru, remaja pada masa kini perlulah memperkukuhkan iman dan jiwa

supaya mereka mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak terjerumus dalam

kegiatan yang tidak sihat ini. Selain itu, setiap ahli keluarga juga terutamanya ibu

bapa harus memantau perlakuan anak-anak mereka supaya perkara ini dapat

dibendung di peringkat awal. Tetapi ibu bapa sekarang lebih mementingkan harta

dunia daripada mendidik dan mengasuh anak-anak mereka. Padahal anak-anak

adalah harta yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kesibukan ibu

bapa itu menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap,

berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka.

Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan

pengawasan ibubapa dengan melayari internet untuk mengubati hati yang

kekosongan kasih sayang.

Page 28: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

6  

1.3 Pernyataan Masalah

Disebabkan penyalahgunaan terhadap internet itulah menyebabkan

berlakunya berbagai salah laku seperti pembuangan bayi, penagihan dadah, lumba

haram, pergaulan bebas dan sebagainya. Ini kerana mereka ingin mencuba setelah

menonton sesuatu video atau gambar daripada internet seperti laman sesawang dan

blog yang tidak sepatutnya yang mengandungi unsur-unsur lucah dan tidak bermoral.

Institusi keluarga penting untuk membantu para remaja supaya tidak terjebak

dengan penyalahgunaan internet. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang

agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya

terjerumus kepada perkara yang tidak baik.

Allah SWT menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah,

biar dalam keadaan apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya melakukan

sembahyang dengan khusyuk dan diterima oleh Allah SWT. Ketika dirundung

malang, mereka mengeluh dan menjadi tamak, kedekut ketika memperoleh

kesenangan, kecuali mereka yang sembahyang dan diterima sembahyangnya.

Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan,

kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan

kemungkaran. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45:

Page 29: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

7  

ã≅ø? $# !$ tΒ z©Çrρ é& y7ø‹ s9Î) š∅ ÏΒ É=≈tGÅ3 ø9$# ÉΟ Ï% r&uρ nο 4θn=¢Á9$# ( χ Î) nο 4θn=¢Á9$# 4‘ sS÷Ζ s?

Ç∅tã Ï™!$ t± ósx ø9$# Ìs3Ζßϑ ø9$# uρ 3 ãø. Ï% s!uρ «!$# çt9 ò2r& 3 ª!$#uρ ÞΟ n=÷ètƒ $ tΒ tβθãèoΨóÁs?

∩⊆∈∪

Maksudnya: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan ”

(Al-Ankabut, 29:45)

Justeru, masyarakat perlu bertindak dan bertanggungjawab bagi

mengatasinya bersama-sama. Kita perlu kembali kepada cara hidup Islam, malah

semua agama mahukan penganutnya menjadi seorang manusia yang baik. Dalam

satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

هما قال كنت خلف : عن أبي العباس عبد االله بن عباس رضي االله عنـ: يا غلام إني أعلمك كلمات : النبي صلى االله عليه وسلم يـوما فـقال

... إحفظ االله يحفظك

) رواه الترمذي( ) ٢٣٣: الحديث التاسع عشر(

Hadis di atas bermaksud: Dari Abi Al-Abbas Abdillah bin Abbas

Radiyallahu’anhuma katanya: “ Pada suatu hari adalah aku di belakang Nabi SAW,

lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan.

Page 30: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

8  

Peliharalah Allah, nescaya Dia pelihara engkau…” Maksud hadis itu adalah jika

manusia memelihara undang-undang serta hukum Allah, maka Dia pasti memelihara

kita daripada melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini.

Keruntuhan akhlak yang berleluasa dan melampaui batas sekarang ini boleh

dibandingkan dan diambil iktibar seperti umat yang rosak yang telah dihancurkan

oleh Allah di zaman dahulu seperti mana yang tersebut di dalam Al-Quran.

Meskipun mereka dulu tidak memiliki kemudahan teknologi namun, fitrah manusia

yang cenderung mengikut hawa nafsu boleh mempelajari perbuatan aib mengikut

naluri haiwan.

Bezanya di zaman moden ini, teknologi seperti media massa menjadi

pemangkin, mempermudahkan remaja terdedah dengan subjek-subjek yang tidak

bersesuaian atau bertentangan dengan agama dalam usia yang teramat muda. Jika

ianya ditonton, didengar atau dibaca tanpa pengawasan penjaga, pendidik, pihak

berkuat kuasa atau masyarakat umumnya, maka natijahnya naluri ingin mencuba,

digoda oleh pasangan mereka atau tekanan pergaulan bebas menjebakkan mereka

kekancah maksiat tersebut. Keruntuhan akhlak boleh berlaku dimana-mana sahaja

tidak kira zaman samada dahulu, sekarang atau mengikut ketentuan Tuhan di masa

yang akan datang.

Oleh itu, masalah utama yang akan dikaji adalah untuk melihat apakah

keruntuhan akhlak mempunyai hubungan dan pengaruh dengan internet dan pengkaji

hanya fokus kepada tiga faktor internet sahaja iaitu faktor Facebook, Youtube dan

Blog. Pengkaji merasakan perlu mengkaji hubungan dan pengaruh internet terhadap

keruntuhan akhlak remaja Islam supaya boleh dijadikan pengajaran dan iktibar

kepada remaja-remaja sekarang dan yang akan datang.

.

Page 31: PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA … · 1.9.4 Keruntuhan 13 1.9.5 Akhlak 14 1.9.6 Remaja 14 1.10 Kesimpulan 14 BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan 16 2.2 Kepentingan

9  

1.4 Objektif Kajian

 

Antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap internet.

1.4.2 Untuk melihat sejauh mana hubungan Facebook, Youtube dan Blog

menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja Islam.

1.4.3 Untuk mengenal pasti pengaruh internet seperti Facebook, Youtube dan

Blog terhadap masalah keruntuhan akhlak remaja Islam.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan bagi kajian ini ialah:

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa terhadap internet?

1.5.2 Adakah Facebook, Youtube dan Blog mempunyai hubungan dalam

menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja Islam?

1.5.3 Adakah Facebook, Youtube dan Blog boleh mempengaruhi masalah

keruntuhan akhlak remaja Islam?