cabaran pentadbiran tanah masakini - ksu

Upload: erida-sharida

Post on 08-Jul-2015

111 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA Kementerian Tanah Dan Pembangunan KoperasiBehrang 35950, Perak Darul Ridzuan www.instun.gov.my

INSTUN

SEMINAR : SEMINAR PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN TANAH UNTUK PEGAWAI DAERAH / PENTADBIR TANAH SEMENANJUNG MALAYSIA 15 16 DISEMBER 2003

TAJUK : SISTEM PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA - CABARAN MASA KINI

OLEH : DATO HAJI YIDRIS ABDULLAH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN TANAH DAN PEMBANGUNAN KOPERASI

1.

TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk memberi penjelasan ringkas mengenai sistem pentadbiran tanah semasa, isu-isu berkaitan dengannya dan cabarancabaran yang wujud di dalam Pentadbiran Tanah Negara serta langkahlangkah yang telah dan wajar diambil bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut. 2. SISTEM PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA Sejarah dan Latar Belakang Perundangan Tanah

2.1

2.1.1 Perundangan tanah di Malaysia pada hari ini adalah berasaskan Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh penjajah British. Undang-undang tanah utama ialah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). KTN berkuatkuasa di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak. Sebelum penjajahan British, negeri-negeri Melayu sudahpun memiliki sistem perundangan yang tersendiri berasaskan undang-undang adat dan Islam. Oleh yang demikian, sejarah perkembangan undang-undang tanah di Malaysia bolehlah dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pemakaian undang-undang Islam dan adat dan fasa pemakaian undang-undang Inggeris. Kedudukan Undang-Undang Tanah Semasa

2.2

2.2.1 Pada hari ini terdapat tiga undang-undang tanah yang berbeza di negeri-negeri di Malaysia berdasarkan latar belakang sejarah. Pertama, Kanun Tanah Negara 1965 yang berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia, Kanun 2Sumber : www.instun.gov.my

Tanah Sarawak (Cap 81) untuk Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) untuk Sabah. Bagi menyesuaikan

perlaksanaan KTN dengan undang-undang tanah berasaskan sistem suratikatan yang sedia ada di Pulau Pinang dan Melaka maka Parlimen telah meluluskan satu undang-undang penyelarasan yang dikenali sebagai Akta KTN (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang hanya berkuatkuasa di dua negeri tersebut. Struktur Perundangan dan Pentadbiran Tanah Di Malaysia 2.3.1 Struktur Perundangan Tanah 2.3.1.1 Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 74 dan Senarai 2 (Senarai Negeri) dalam bahawa Jadual perkara

2.3

Kesembilan

memperuntukkan

`tanah adalah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri. Namun demikian, Perkara 76(4) memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan membuat undang-undang yang berkaitan dengan tanah bagi tujuan penyeragaman. Melalui peruntukan inilah

kerajaan Persekutuan telah menggubal beberapa undang-undang seperti Kanun Tanah Negara, Akta Hakmilik Strata, Akta Pengambilan Tanah dan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok).

Namun demikian terdapat juga undang-undang negeri yang berkaitan dengan tanah terus kekal di bawah bidangkuasa kerajaan negeri seperti

enakmen-enakmen rizab Melayu.

3Sumber : www.instun.gov.my

2.3.2 Struktur Pentadbiran Tanah

2.3.2.1

Sebagaimana dinyatakan di atas, kuasa mengenai tanah adalah di tangan Kerajaan-kerajaan Negeri. Seksyen 40 Kanun Tanah Negara (KTN) secara jelas memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mempunyai hak ke atas semua tanah yang termasuk di dalam sempadan negeri masingmasing. PBN diberi kuasa untuk melupuskan tanah tersebut mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KTN dan Kaedah Tanah Negeri masing-masing. Istilah PBN merujuk kepada Raja atau Gabenor yang bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Negeri.

2.3.2.2

Dari sudut pentadbiran, setiap negeri mempunyai Pejabat Tanah dan Galian Negeri yang

menguruskan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran tanah. Di peringkat daerah pula

terdapat Pejabat Tanah bagi memudahkan urusan pentadbiran penyelarasan tanah. urusan Bagi tanah di melancarkan peringkat

Persekutuan, terdapat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. JKPTG berkerjasama rapat dengan Jabatan Tanah dan Galian Negeri dalam melaksanakan

peranannya.

4Sumber : www.instun.gov.my

2.3.2.3

Dari sudut Perlembagaan, Kerajaan Persekutuan berperanan sebagai penasihat dan penyelaras dan tanggungjawab ini dilaksanakan melalui Majlis Tanah Negara. Majlis yang biasanya

dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ini dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Ia berperanan di antara di sebagai penyelaras dengan

perhubungan Kerajaan

Persekutuan dalam

Negeri

menentukan

keseragaman pentadbiran tanah. Di samping itu ia juga berkuasa meluluskan sebarang dasar dan perundangan berkaitan dengan penggunaan tanah.

3.

TUGAS DAN PERANAN PENTADBIRAN TANAH 3.1 Secara amnya Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah

dipertanggungjawabkan ke atas lima (5) tugas atau aktiviti utama seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) menguruskan permohonan tanah; mengutip hasil tanah; menguruskan pendaftaran hakmilik; menguruskan permohonan pembangunan tanah; dan penguatkuasaan undang-undang tanah.

3.2

Secara lebih terperinci, tugas dan tanggungjawab Pejabat Tanah adalah meliputi pemprosesan permohonan tanah, pengeluaran hakmilik tanah, permohonan pindahmilik dan menggadai tanah, permohonan mengubah jenis kegunaan tanah, permohonan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah, membuat pengambilan balik tanah, mengutip hasil tanah, mendaftarkan 5

Sumber : www.instun.gov.my

hakmilik strata, dan seterusnya menguatkuasakan undang-undang. Semua aktiviti ini perlu ditadbir dan diuruskan berdasarkan perundangan yang ada, di mana Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang utama.

3.3

Walau bagaimanapun, KTN perlu dibaca bersama beberapa undang-undang lain yang berkaitan. Undang-undang ini biasanya saling melengkapi antara satu sama lain dan ianya perlu difahami dengan jelas. Di samping undang-undang yang disebutkan,

pentadbir-pentadbir tanah juga dibantu oleh Pekeliling-Pekeliling, Surat-Surat Pekeliling dan Arahan-Arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh JKPTG. Tujuan utama pekeliling-pekeliling ini ialah untuk memperjelaskan peruntukan undang-undang dan menyeragamkan tatacara-tatacara yang perlu diikuti. 4. ISU-ISU DALAM PENTADBIRAN TANAH

4.1

Antara perkara yang sering dibangkitkan mengenai pentadbiran tanah ini ialah soal kelewatan, rasuah, tidak telus, red tape, sikap sambil lewa, tidak profesional, kurang pengetahuan, kemahiran dan kepakaran. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan

pelanggan yang terdiri daripada semua golongan dan lapisan masyarakat baik di bandar mahupun masyarakat di akar umbi, sama ada swasta mahupun individu. Ketidakpuasan hati pelanggan ini, telah menjejaskan kewibawaan dan keutuhan Perkhidmatan Awam secara umumnya.

4.2

Melihat kepada Jadual 1 di bawah, jika dibuat perbandingan di antara tunggakan kerja tahunan 1992 dengan tahun 2002 iaitu dalam jarak 10 tahun ini, adalah didapati tidak ada kemajuan ketara dalam peningkatan pengurusan pentadbiran tanah. 6

Sumber : www.instun.gov.my

Jadual 1 : Perbandingan Tunggakan Tahun 1992 dengan 2002 Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Pemberimilikan Tanah Lesen Pendudukan Sementara Permit Bahan 1,929 Permit Ruang Udara 190 Penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik tetap Cukai tanah 47 1,201 1992 299,15 89,687 2002 280,82 25,896

1,700,000 2,940,075 202 juta 677 juta

6.

4.3

Sementara itu sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul di pelbagai forum dan peringkat mengenai kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran tanah. Semasa merasmikan Konvensyen Tanah Kebangsaan 2002 pada awal bulan Oktober 2002 yang lalu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan masih belum berpuas hati dengan prestasi pentadbiran tanah walaupun pelbagai usaha telah dibuat. Kerajaan masih menerima banyak rungutan dari orang ramai mengenai kelewatan dan kelemahan dalam pentadbiran tanah termasuk penguatkuasaan yang belum cukup berkesan. Oleh itu beliau

menyarankan agar struktur pentadbiran tanah diperkemaskan semula.

4.4

Laporan Biro Pengaduan Awam 2002 mencatatkan bahawa aduan awam terhadap pentadbiran tanah masih tinggi. Bilangan aduan

awam terus meningkat dari 553 dalam tahun 2002 kepada 805 dalam tahun 2001. Manakala dalam tahun 2002 (sehingga Jun) 7Sumber : www.instun.gov.my

sebanyak 454 aduan telah diterima. Sebahagian besar dari aduanaduan awam yang diterima adalah berkaitan dengan kelewatan mengambil tindakan ke atas pelbagai permohonan yang di terima dan kelewatan membuat keputusan.

4.5

Isu pentadbiran tanah juga telah dibincangkan dengan hangat di dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 dan 31 Oktober 2002 yang lalu semasa membincangkan Belanjawan 2003 Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK). Di antara isu yang

ditimbulkan ialah kelewatan pengeluaran hakmilik strata, kelemahan dalam penguatkuasaan, penerokaan haram di tanah Kerajaan, struktur organisasi yang tidak lagi sesuai dan kelewatan dalam pelbagai urusan pentadbiran tanah.

4.6

Seterusnya akhbar-akhbar tempatan juga telah banyak memaparkan artikel dan rungutan-rungutan ini telah mengenai menyentuh pentadbiran keseluruhan tanah. aspek

Rungutan-rungutan

berkaitan pentadbiran tanah, terutama sekali isu-isu kelewatan dan isu-isu tunggakan ke atas permohonan pemberimilikan tanah dan pendaftaran hakmilik tanah. Daripada semua yang di atas, isu-isu yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut: i. kurang keberkesanan Delivery System;

ii. kelemahan penguatkuasaan dalam Pentadbiran Tanah; iii. kekurangan kemahiran, ilmu pengetahuan dan latihan; iv. kekurangan pegawai dan kakitangan; dan v. kekurangan peralatan moden.

4.7

Adalah

diperhatikan

bahawa

walaupun

pelbagai

program

pentadbiran tanah telah dilaksanakan, pada pandangan umum pentadbiran tanah masih lagi di anggap mundur. Pandangan ini 8Sumber : www.instun.gov.my

telah diasaskan kepada delivery system yang masih tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat. Ini kerana cabaran utama masa

kini ialah public expectations yang tinggi ke atas pentadbiran Kerajaan. Jabatan-jabatan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara telah dapat mengeksploitasikan ICT untuk meningkatkan mutu kerja, tetapi pentadbiran tanah masih ditakuk lama. Berhadapan dengan cabaran ini, para Pentadbir Tanah

wajarlah dapat menerimanya secara positif.

5.

CABARAN-CABARAN DI DALAM PENTADBIRAN TANAH Paradigma Baru Pentadbiran Tanah

5.1

5.1.1 Paradigma lama yang menonjolkan status tuan di Pejabatpejabat Tanah sudah ketinggalan zaman. Dalam era

persyarikatan Malaysia ini penjawat-penjawat awam adalah merupakan pemudahcara (fasilitator) kepada pihak swasta dan orang awam. Y.B. Menteri Tanah dan Pembangunan

Koperasi yang begitu komited untuk melihat Pentadbiran Tanah mempunyai visi dan wawasan bagi menghadapi cabaran abad ke-21 telah melancarkan satu Paradigma Baru Pentadbiran Tanah pada 10 Jun 1996. Paradigma Baru ini mahu mengikis segala tohmahan, isu dan permasalahan yang seringkali dikaitkan dengan Pentadbiran Tanah dan

membawa Pentadbiran Tanah ke arah kecemerlangan dalam menuju wawasan 2020. Paradigma Baru ini mengemukakan 10 cabaran seperti berikut: . i. Mewujudkan kepimpinan yang berwibawa agar mampu membawa perubahan kepada Pentadbiran Tanah;

9Sumber : www.instun.gov.my

ii.

Membina pentadbiran yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bagi menjadi

pentadbiran tanah satu pentadbiran yang bermutu tinggi dan berkualiti;

iii.

Menuju

ke

arah

pengurusan untuk

yang

mempunyai dengan

profesionalisme

diseimbangkan

kepesatan pembangunan negara;

iv.

Mengamalkan

nilai

pengurusan

korporat,

bagi

membolehkan negara memenuhi wawasannya;

v.

Menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat dalam pengurusan untuk membolehkan negara mendapat faedah daripadanya;

vi.

Menyedari faedah-faedah daripada era globalisasi di mana pentadbiran tanah perlu menyesuaikan diri;

vii.

Menyedari hakikat negara akan mempunyai 70 juta penduduk. Kepesatan ini memerlukan perancangan

guna tanah disesuaikan dengan guna tenaga yang bertambah;

viii.

Merancang dan mengawasi agar alam sekitar tidak tercemar dan musnah bagi kepentingan generasi akan datang;

ix.

Memainkan peranan dalam pembangunan sektor industri dan pembuatan untuk membolehkan negara menjadi sebuah negara maju; 10

Sumber : www.instun.gov.my

x.

Memahami berkurangan.

bahawa

tanah

adalah

semakin

Dengan itu perancangan yang tepat

perlu diberi perhatian. Cabaran Bagi Mewujudkan Kepimpinan Berwibawa 5.2.1 Teras kepada 10 cabaran di atas ialah Kepimpinan Berwibawa. Di bawah cabaran ini seorang pemimpin atau ketua perlu mempunyai sifat-sifat tertentu yang antara lain ialah mempunyai visi iaitu mereka kenal diri mereka dan tahu ke arah mana mereka akan bawa organisasi mereka; mampu membuat hubungan dan berkomunikasi dengan baik, boleh dipercayai dan mempunyai sifat amanah; mengamalkan atau mempraktikkan apa yang dikatakan olehnya; menghormati orang lain dan pandangan mereka dan tidak semata-mata menonjolkan pandangannya sahaja; memberangsangkan orang lain supaya mencapai prestasi yang tinggi.

5.2

5.2.2 Daripada pembentukan leadership qualities ini Pentadbiran Tanah di peringkat Persekutuan sebagai tonggak, perlulah menggerakkan Pentadbir-Pentadbir Tanah Negeri dan

Daerah ke arah membentuk kepimpinan dengan cara menentukan matlamat dan visi pentadbiran tanah bagi memenuhi hasrat negara maju melalui satu perancangan yang strategik. penyelesaian Fokus diberikan kepada isu dan kaedah menerusi kemahiran, profesionalisme,

pengurusan ala korporat, globalisasi dan mengatur strategi kerja bagi membolehkan urusan dilaksanakan dengan mudah melalui penggunaan teknologi moden; menuju pengurusan MS ISO 9000 dan MS ISO 2002 di mana kepastian kualiti diutamakan. Tindakan diambil secara bersepadu antara 11Sumber : www.instun.gov.my

pengurusan atasan dengan pihak bawahan dalam mencapai visi negara dalam perancangan guna tanah yang mapan dan mesra alam.

5.2.3 Oleh yang demikian, usaha-usaha peningkatan pentadbiran tanah hendaklah bermula dengan kepimpinan. Kepimpinan telahpun diletakkan sebagai teras kepada 10 cabaran, namun masih terdapat kelemahan dalam pentadbiran tanah. Dalam pentadbiran tanah, seorang pemimpin tidak dibekalkan dengan ilmu pentadbiran tanah. Seorang yang tidak

mempunyai pengetahuan tanah ini tidak dapat menghayati perkhidmatannya dan akan menjadi pegawai yang tidak committed kepada pentadbiran tanah. Kepimpinan dalam

pentadbiran tanah dengan itu bermula dengan adanya kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dapat mewujudkan profesionalisme dalam pentadbiran tanah.

Kesedaran kepada keperluan profesionalisme ini bukanlah satu perkara yang baru. kenalpasti bahawa Sejak dari dulu lagi telahpun di dan pengalaman

pengetahuan

pentadbiran tanah adalah amat penting untuk membolehkan seorang pegawai menjadi pentadbir tanah yang berkesan.

5.2.4 Masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran ini mula terserlah semenjak tahun-tahun 80an lagi di mana ramai daripada pegawai-pegawai kanan yang ditempatkan dalam Pentadbiran Tanah negeri dan daerah tidak ditempatkan berdasarkan pengalaman pentadbiran tanah. Keadaan ini

telah menyukarkan pegawai-pegawai ini sendiri dalam membuat keputusan dan perancangan pentadbiran tanah dan ini menyukarkan pegawai-pegawai bawahan, terutamanya Penolong-Penolong Pentadbir Tanah dan kakitangan 12Sumber : www.instun.gov.my

sokongan untuk mendapatkan tunjuk ajar, bimbingan dan panduan untuk melaksanakan tugas harian mereka. Sebagai contoh, di kebanyakan negeri, PTD juga adalah Pegawai Daerah yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pembangunan daerah, urusan-urusan protokol seperti

perayaan-perayaan dan juga pengurusan Majlis Daerah. Oleh itu pengetahuan khusus dalam pentadbiran tanah tidaklah begitu dititikberatkan. Masalah akan bertambah jika dibantu oleh Timbalan PTD dan pegawai-pegawai yang tidak berkemahiran dan berpengalaman dalam pentadbiran tanah.

5.2.5 Dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran tanah berterusan, konsep the right man for the right job wajarlah dilaksanakan. Pengetahuan dan

pengalaman dalam perundangan tanah dan bidang berkaitan adalah penting bagi jawatan-jawatan PTG, Timbalan PTG, PTD dan pegawai-pegawai kanan di Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan malahan di Kementerian Tanah sendiri. Sementara itu adalah wajar Pegawai Daerah juga mempunyai pengalaman dalam perundangan tanah. Ini adalah untuk menentukan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi atau bercanggah dengan undang-undang. Selain daripada itu akibat dari ketidakmahiran pegawaipegawai dalam hal undang-undang tanah, beberapa isu telah timbul yang memberi kesan dan masalah kepada pihak Kerajaan dan orang ramai. Di antara masalah yang timbul adalah seperti berikut:

(i)

lebih 70% hasil negeri dikebanyakan negeri datangnya dari cukai tanah dan kebanyakan Kerajaan Negeri kehilangan hasil kerana terdapat pegawai-pegawai 13

Sumber : www.instun.gov.my

yang tidak begitu mahir tentang undang-undang yang berkaitan dengan premium, permit dan pengutipan hasil tanah ataupun mengenakan kadar cukai yang tidak sewajarnya.

(ii)

Terdapat pegawai yang tidak sanggup mengambil tindakan undang-undang dan tidak berani membuat dakwaan ke mahkamah terhadap pelanggaran undangundang oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka kurang mahir tentang undang-undang dan kuasa yang ada. Ini menyebabkan penguatkuasaan undang-

undang menjadi lemah.

(iii)

Oleh kerana tidak mahir di dalam undang-undang dan prosedur yang berkaitan, kebanyakan pegawai tidak mampu memperbetulkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai bawahannya. Oleh itu kesalahan tersebut akan berterusan dan terdedah kepada risiko didakwa oleh orang awam. Ini menyebabkan kes-kes yang dibawa ke mahkamah tidak dapat dipertahankan.

(iv)

Kerajaan telah membelanjakan beratus juta ringgit untuk memodenkan pentadbiran tanah dengan seperti

membangunkan

sistem-sistem

komputer

Sistem Infrastuktur Kebangsaan bagi Maklumat Tanah (NaLIS) yang sekarang ini dikenali sebagai Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI),

Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer dan Sistem Hasil Tanah Berkomputer. Walau bagaimanapun,

hasrat ini tidak akan tercapai sekiranya pegawai14Sumber : www.instun.gov.my

pegawai yang terlibat tidak mahir dengan ICT dan tidak memahami perundangan yang berkaitan.

(v)

Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, melalui JKPTG, adalah agensi pusat yang

bertanggungjawab menggubal dan meminda undangundang tanah dan undang-undang yang berkaitan. Di samping itu ia menjadi pakar rujuk kepada

Kementerian dan agensi lain berkaitan dengan tanah. Kerajaan Negeri (PTG dan PTD) juga bergantung kepada nasihat dan pandangan KPTG sekiranya terdapat sebarang keraguan dan kesukaran dalam mentafsirkan setengah-setengah peruntukan undangundang dan prosedur. JKPTG juga perlu

mengeluarkan pekeliling dari semasa ke semasa bagi membantu pentadbiran tanah peringkat negeri dan daerah. Walau bagaimanapun peranan ini tidak akan mampu dilaksanakan dengan cara yang terbaik jika terdapatnya kekurangan pegawai-pegawai yang mahir di dalam perundangan dan pentadbiran tanah. Mewujudkan Arah Tuju Ke Arah Kecemerlangan

5.3

5.3.1 Arah tuju ke arah kecemerlangan pentadbiran tanah amat bergantung kepada pewujudan kepimpinan dalam

pentadbiran tanah dan kepimpinan ini hanya akan menjadi efektif jika adanya pemimpin-pemimpin yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pentadbiran tanah. Seterusnya

pentadbiran tanah perlu menjadi satu disiplin yang khusus dalam usaha untuk mewujudkan kumpulan pegawai-pegawai yang profesional. Sementara itu, oleh sebab jawatan dalam 15Sumber : www.instun.gov.my

pentadbiran tanah di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Pahang dipegang oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang mempunyai latar belakang yang pelbagai, maka satu sistem perlu diwujudkan untuk menentukan pegawai-pegawai yang ditempatkan di bidang ini mendapat pendedahan sewajarnya dalam

perundangan dan pentadbiran tanah.

5.3.2 Pentadbir pentadbiran

Tanah tanah

adalah yang

pengurus merupakan

bagi barisan

organisasi hadapan

pentadbiran negara. Oleh yang demikian, PTD yang baik harus boleh menggerakkan tenaga kerja bagi mengeluarkan hasil yang maksimum mengikut permintaan yang berubahubah. Ia juga harus berkemampuan menguruskan maklumat yang banyak dengan cekap, membolehkan ia membuat keputusan yang cepat dan tepat. Mereka juga mestilah

berpengetahuan dan bersedia menggunakan teknologi moden dalam kerja mereka. Ia juga perlu berkebolehan merancang penyelesaian tugas di samping melayani setiap permintaan pelanggan. PTD selaku pengurus tidak boleh lagi

menjalankan tanggungjawab secara ad hoc. Oleh itu perlu adanya perancangan yang teliti dan ada sistem pemantauan bagi menyelesaikan sesuatu tugas.

5.3.3 Pentadbir Tanah hendaklah memahami semua perundangan berkaitan tanah dan berkeyakinan melaksanakannya,

responsif kepada isu-isu pembangunan dan persekitaran, berfikiran positif dan bersikap proaktif dalam menangani isuisu berkaitan pentadbiran tanah. Justeru itu Pentadbir Tanah perlu mempunyai sikap yang positif terhadap budaya ilmu dan 16Sumber : www.instun.gov.my

sentiasa berusaha menambah pengetahuan. Mereka harus sensitif kepada perubahan dan perkembangan sekeliling serta responsif kepada kehendak pelanggan yang datang membuat urusan di pejabat. sentiasa berusaha Oleh itu Pentadbir Tanah hendaklah mencari jalan mempercepat dan

memperkemaskan proses kerja melibatkan permohonan awam supaya ia kelihatan telus. Piagam pelanggan perlu

dipaparkan bagi setiap urusan atau perkhidmatan yang terdapat di pejabat. Ini akan menggelakkan prasangka orang awam semasa berurusan dengan pejabat tanah dan ini akan menjimatkan masa ketika berurusan. Cadangan Bagi Mengatasi Masalah Kepimpinan

5.4

5.4.1 Bagi mengatasi masalah kepimpinan dalam pentadbiran tanah, KTPK telah mencadangkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam agar langkah-langkah diambil seperti berikut:-

(i)

Kuota untuk pegawai yang terlibat dalam pengurusan tanah menghadiri kursus Diploma Lanjutan, Ijazah Lanjutan hingga ke peringkat Phd.; mewajibkan Kursus Jangka Pendek bersijil yang mengambil masa selama 3 hingga 6 bulan bagi pegawai-pegawai baru yang akan ditempatkan di pejabat-pejabat tanah;

menempatkan pegawai-pegawai di pejabat tanah dalam jangka masa yang sesuai sekurang-kurangnya 7 tahun. Di peringkat KTPK dan JKPTG perlu

mempunyai bilangan jawatan kanan yang sewajarnya bagi menyerap Ini pegawai-pegawai untuk yang dinaikkan pegawai 17Sumber : www.instun.gov.my

pangkat.

menggalakkan

berpengalaman

dan

berminat

meneruskan

karier

mereka di bidang yang sama; dan kenaikan pangkat serta pelantikan pegawai ke jawatan penting seperti KPTG, TKPTG, PTG, Timbalan PTG, Pentadbir Tanah Daerah (Pegawai Daerah), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) dan Pegawai-pegawai kanan di JKPTG hendaklah diberi keutamaan kepada mereka yang mempunyai pengalaman di bidang pentadbiran tanah sebelumnya;

(ii)

Bagi memastikan keberkesanan pembangunan tenaga manusia untuk memberi penekanan kepada

kepimpinan dan pengetahuan pentadbiran tanah, sebuah Jawatankuasa Khas wajar dibentuk untuk mengkaji isu ini dengan lebih menyeluruh dan menyelaraskan tindakan dengan Kerajaan-kerajaan negeri. Jawatankuasa yang dicadangkan ini mungkin perlu dibantu oleh beberapa jawatankuasa kerja bagi meneliti aspek-aspek tertentu seperti Jawatankuasa Penyemakan Organisasi dan Perjawatan,

Jawatankuasa Mengkaji Prosedur dan Jawatankuasa Mengkaji Perundangan Tanah. 6. USAHA-USAHA PENAMBAHBAIKAN PENTADBIRAN TANAH 6.1 Dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, usahausaha untuk memperbaiki pentadbiran tanah tidak pernah diabaikan. Usaha-usaha terbesar yang pernah dilakukan termasuklah

penubuhan Suruhanjaya Pentadbiran Tanah dalam tahun 1957 untuk menyiasat dan membuat perakuan-perakuan untuk

memperbaiki pentadbiran tanah di Semenanjung Tanah Melayu 18Sumber : www.instun.gov.my

ketika itu; serta mengadakan seminar-seminar Pentadbiran Tanah Negara iaitu kali pertama dalam tahun 1967 dan kali kedua dalam tahun 1973.

6.2

Daripada hasil usaha-usaha ini beberapa langkah telahpun diambil untuk memperbaiki pentadbiran tanah seperti percubaan untuk memisahkan pengkhususan pentadbiran tanah dari pentadbiran kumpulan daerah; audit

kerani-kerani;

mengadakan

pengurusan untuk melawat Pejabat-pejabat Tanah; pengambil-alihan tanggungjawab memberi latihan kepada kakitangan pentadbiran tanah oleh Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK) dari INTAN; mewujudkan jawatan-jawatan khas di Unit Pusaka Kecil dan Unit Khas Bergerak di KTPK untuk penyelesaian pusaka kecil dan pengambilan balik tanah; penggunaan komputer dalam pungutan hasil tanah; pembinaan pejabat baru; dan penubuhan jawatankausa-jawatankuasa untuk mempercepatkan proses

pemberimilikan, pertukaran syarat dan pecah sempadan tanah.

6.3

Usaha-usaha bagi meningkatkan keberkesanan Pentadbiran Tanah secara terperinci adalah seperti berikut: Pemisahan peranan tugas antara Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah Penstrukturan semula Pejabat Tanah dan Daerah adalah diperlukan bagi mewujudkan jawatan-jawatan specialist. Dengan memisahkan peranan tugas di antara Pentadbiran Tanah dengan Pegawai Daerah akan membolehkan pegawaipegawai ini mempunyai tugas yang lebih spesifik dan fokus. Pentadbiran Tanah akan bertanggungjawab ke atas hal-hal pentadbiran tanah dan Pegawai Daerah akan mempunyai tugas pembangunan daerah. Dengan adanya skop tugas 19

(i)

Sumber : www.instun.gov.my

yang terperinci ini akan membolehkan pentadbir-pentadbir tanah mewujudkan leadership qualities dalam pentadbiran tanah dan dengan itu dapat meningkatkan prestasi

pentadbiran tanah di daerah-daerah. Pemodenan Pejabat Tanah Perkara ini amat penting diberi penekanan kerana pejabatpejabat lain terutamanya Pejabat-pejabat Agensi Pusat di peringkat daerah dan negeri mendapat kelengkapan-

(ii)

kelengkapan yang moden. Dengan kemudahan ICT banyak Pejabat-pejabat Agensi Pusat di daerah dan negeri

mempunyai sistem on-line dengan Ibu Pejabat.

Langkah-

langkah perlu diambil bagi membolehkan Pejabat Tanah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan ICT. SPTB dan SPHT yang telah dipasang di Pejabat-pejabat Tanah haruslah dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi serta ditambah dengan sistem ICT yang lain. Berkaitan dengan

perkembangan ICT di Pejabat Tanah, satu kajian menyeluruh dan terperinci telah dilaksanakan dan satu sistem baru, iaitu Sistem Pemodenan Pejabat Tanah (SPPT) akan

dibangunkan. Sistem ini akan merangkumkan semua sistemsistem pengkomputeran yang ada dan membolehkan sistemsistem lain yang diperlukan bagi memodenkan Pejabat Tanah digunakan supaya setaraf dengan jabatan-jabatan

Persekutuan lain.

Usaha-usaha penambahbaikan telah diteruskan di mana pentadbiran tanah telah menggunakan teknologi maklumat untuk tertentu. membangunkan sistem-sistem ini amat pengkomputeran membantu dalam 20Sumber : www.instun.gov.my

Usaha-usaha

meningkatkan perkhidmatan pentadbiran tanah kerana jumlah urusan dan maklumat yang perlu disimpan di pejabat tanah telah bertambah dengan banyaknya. dapat disimpan dengan lebih selamat. Dokumen-dokumen Pada masa ini

terdapat sebanyak 6.5 juta hakmilik yang perlu diuruskan oleh pejabat tanah di seluruh negara berbanding dengan kira-kira 3 juta hakmilik sahaja dalam tahun 80an.

Dalam pelaksanaan teknologi komunikasi dan maklumat ini, Kerajaan dalam tahun 1980 telah mula memperkenalkan komputer untuk sistem kutipan hasil tanah (SPHT) yang telahpun beroperasi di semua negeri. Mulai awal tahun 90an Kerajaan juga telah mula memperkenalkan Sistem

Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB).

Pelaksanaan

peringkat pertama yang menelan belanja RM51 juta meliputi negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis, Terengganu, Pahang dan Kedah. Manakala peringkat kedua yang melibatkan perbelanjaan RM192 juta melibatkan negerinegeri yang lain telah siap pada bulan Ogos 2002. Penggunaan membantu sistem pengkomputeran ini telah dapat

meningkatkan

kecekapan

pengendalian

pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga di pejabatpejabat tanah. Pengeluaran Pekeliling-Pekeliling Pentadbiran Tanah Penyebaran Pekeliling-pekeliling Pentadbiran Tanah juga merupakan satu langkah yang berkesan dalam usaha-usaha penambahbaikan pentadbiran tanah. Ketua Pengarah Tanah dan Galian sentiasa mengeluarkan pekeliling dari semasa ke semasa bagi memudahkan pentadbiran tanah melaksanakan 21Sumber : www.instun.gov.my

(iii)

tugas-tugas mereka. Pekeliling-pekeliling ini dapat memberi panduan terperinci untuk melaksanakan sesuatu urusan dalam pentadbiran tanah. Dengan adanya garis panduan ini, pentadbir-pentadbir tanah tidak perlu tercari-cari lagi prosedur untuk melaksanakan sesuatu peraturan dan ianya juga memastikan keseragaman prosedur di semua Negeri.

Penyaluran maklumat kepada Pentadbir-Pentadbir Tanah ini adalah penting supaya mereka dapat melaksanakan dasardasar Kerajaan yang telah ditetapkan mengikut prosedurprosedur yang digariskan. Di samping Pekeliling-pekeliling

KPTG, Manual On National Land Code, Pekeliling Kemajuan Pengurusan Pentadbiran Tanah (PKPPT) dan lain-lain panduan pentadbiran tanah perlu diteruskan pengeluarannya untuk panduan kepada Pejabat-pejabat Tanah. Contoh-

contoh Pekeliling yang telah dikeluarkan adalah Pekeliling 2/1991 Langkah-langkah untuk mempercepatkan

pendaftaran dan pengeluaran hakmilik strata; Pekeliling 4/1994 Keutamaan pengeluaran hakmilik tetap bagi tanahtanah dengan bangunan berbilang tingkat yang masih dipegang di bawah hakmilik sementara; Pekeliling 1/1995 Penyempurnaan surat cara urusniaga di bawah Kanun Tanah Negara; dan Pekeliling 1/1998 Panduan proses tukar syarat dan pecah sempadan. Identiti Korporat

(iv)

Bagi mengharungi alaf baru ke arah anjakan paradigma dengan sepuluh cabaran, maka perlu bagi Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, khususnya JKPTG menonjolkan identitinya sebagai sebuah organisasi yang 22Sumber : www.instun.gov.my

telus, mesra pelanggan dan profesional. Untuk itu, JKPTG telah mewujudkan satu cogan kata sebagai nota Jabatan, iaitu: TELUS, MESRA DAN BERILMU. Telus membawa

makna bahawa antara JKPTG dan Pengurusan Tanah dengan pelanggan-pelanggannya perlu ada dasar, prosedur dan peraturan yang telus. perlu mesra dengan Pengurusan pentadbiran tanah dari segi layanan dan

rakyat

hubungannya. Berilmu pula membawa makna seluruh warga JKPTG perlu memantapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran, khususnya dalam perundangan dan pentadbiran tanah. Hubungan Antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan Dalam keadaan sekarang, hubungan Kerajaan Pusat dan negeri wujud melalui Majlis Tanah Negara, Mesyuarat Pengarah-Pengarah Tanah Malaysia, Mesyuarat Timbalan KPTG/Timbalan PTG dan Persidangan Pentadbir-Pentadbir Tanah. Kebanyakan isu yang dibentangkan di mesyuarat-

(v)

mesyuarat ini merupakan isu dan pandangan Persekutuan sahaja. Konsep win-win perlu dititikberatkan bagi melihat

bahawa hubungan antara Persekutuan dan negeri sentiasa dalam keadaan berfaedah bagi kedua-dua pihak. Isu-isu

yang seringkali diketengahkan ialah rizab persekutuan, cukai tanah dan premium tanah yang kerap mendapat bantahan negeri. Pandangan yang saksama perlu ada bagi

membolehkan kedua-dua pihak mendapat faedah dari mesyuarat-mesyuarat yang diadakan. Masalah undang-

undang yang seragam dan peraturan yang berbeza dapat di atasi sekiranya kedua-dua pihak tidak curiga mencurigai akan

23Sumber : www.instun.gov.my

tindakan masing-masing. Rakyat mendapat kemakmuran dari persefahaman ini. Mesra Rakyat

(vi)

Anjakan paradigma pentadbiran tanah harus mengambil kira mesra rakyat. Dalam pembentangan Pindaan KTN di Dewan Negara, pada tahun 2001 terdapat ahli-ahli Parlimen telah menyarankan bahawa Pejabat Tanah perlu mengambil sikap Mesra Rakyat. Mesra Rakyat memberi makna telus

(transparent) dalam hubungan antara Pentadbir Tanah dengan rakyat dan rakyat tidak perlu lagi berulang-alik ke pejabat tanah mengenai urusan mereka. Mesra Rakyat boleh juga dikaitkan dengan prosedur-prosedur teratur, laman web, kiosk komputer di mana rakyat mudah mendapat maklumat dan konsep Mesra Rakyat akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dengan pewujudan Sistem Pemodenan Pejabat Tanah (SPPT) kelak. Dalam hubungan ini dasar-dasar, flow chart, peraturan, manual, piagam pelanggan dan Aku Janji wajarlah dipamerkan kepada pelanggan bagi memudahkan urusan mereka. Program Berkembar Antara JKPTG dengan PTG-PTG Salah satu program dalam konsep anjakan paradigma yang boleh menambahbaikkan pentadbiran tanah ialah melalui program-program berkembar antara JKPTG dengan PTGPTG. Salah satu bentuk pelaksanaan program ini adalah

(vii)

melalui kajian bersama di antara JKPTG dengan PTG-PTG ke atas isu-isu tertentu yang unik dalam pentadbiran tanah untuk sesuatu negeri. Kajian bersama ini akan dapat mengeratkan 24Sumber : www.instun.gov.my

lagi hubungan di antara persekutuan dan negeri. Di samping itu, hasil-hasil kajian dan perakuran-perakuan yang dibuat akan lebih mudah diterima pakai oleh negeri-negeri. Audit Pengurusan Pejabat Tanah

(viii)

Penambaikan

tidak

akan

dapat

dilaksanakan

dengan

berkesan jika penyebab sebenar sesuatu masalah itu tidak dikenalpasti dan untuk itu wajarlah digerakkan semula program audit pengurusan ke pejabat-pejabat tanah secara lebih berkesan. Pada suatu ketika dahulu Audit Pengurusan telah dijalankan melalui program penilaian inovasi dan kualiti, iaitu pada tahun-tahun 1994, 1995 dan 1996. Audit

Pengurusan bentuk baru wajarlah diadakan, di mana case study dijalankan untuk menentukan kesilapan-kesilapan dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Daripada kesilapan-

kesilapan yang dijumpai ini pembetulan dan penambahbaikan dapat dibuat. Semakan Undang-undang

(ix)

Sebagai tindakan pembaikan secara berterusan, JKPTG sentiasa mengkaji dan menyemak semula undang-undang seperti Kanun Tanah Negara, Akta Hakmilik Strata, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) dan Akta Pengambilan Tanah dan membuat pindaan-pindaan tertentu mengikut kehendak dan keperluan semasa. Sementara itu JKPTG juga memberi khidmat nasihat kepada semakan lainlain undang-undang berkaitan tanah yang dilaksanakan oleh lain-lain agensi.

25Sumber : www.instun.gov.my

(x)

Kemahiran dan Kepakaran Dalam Pentadbiran

Menyedari akan kekurangan pengetahuan dan kemahiran di kalangan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pentadbiran tanah yang boleh menjejaskan usaha-usaha penambahbaikan pentadbiran tanah, maka Kerajaan juga telah menubuhkan sebuah institut yang mula beroperasi pasa penghujung tahun 2001. Institut ini ialah Institut Tanah dan Ukur Negara.

Institut ini amat perlu untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang pentadbiran tanah. INSTUN juga akan memberi latihan

sambil kerja dari semasa ke semasa bagi membolehkan pegawai dan kakitangan sentiasa meningkatkan kefahaman dan kamahiran dalam pentadbiran tanah. 7. KESIMPULAN

Pelbagai pendekatan yang telah dibincangkan untuk tujuan penambaikan pentadbiran tanah dan besertakan Sepuluh Cabaran adalah pemangkin ke arah perubahan Paradigma Pentadbiran Tanah serta telah menjadikannya sebagai asas menggerakkan Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah ke arah peningkatan kecemerlangan perkhidmatan negara amnya dan pentadbiran tanah khasnya. Persoalannya adakah pendekatan-pendekatan ini telah membawa kesan yang positif ke atas pentadbiran tanah dan sudahkah mencapai mercu kecemerlangan sebagai agensi yang dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai dan memenuhi hasrat negara menuju ke arah negara membangun dalam tahun 2020?

26Sumber : www.instun.gov.my

8.

PENUTUP

Program-program terbaik, peralatan tercanggih, sistem pengkomputeran yang terkini dan terunggul serta sistem kerja yang teratur masih tidak lagi boleh menambahbaik pentadbiran tanah ke tahap yang cemerlang untuk memenuhi kehendak orang ramai dan memenuhi hasrat kerajaan dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan negara ke arah pewujudan negara membangun dalam tahun 2020. Penambahan kakitangan untuk mengatasi isu-isu kelemahan pejabat tanah juga bukanlah satu tindakan yang boelh selesaikan masalah ini. Apa yang dikehendaki dalam anjakan paradigma ke arah kecemerlangan pentadbiran tanah adalah kelahiran kepimpinan yang berwibawa dalam pentadbiran tanah. Kepimpinan ini

hendaklah wujud di semua peringkat pentadbiran tanah sama ada di peringkat Persekutuan, negeri dan juga daerah.

Kepimpinan dalam pentadbiran tanah adalah berkait rapat dengan pengetahuan dalam pengurusan dan pentadbiran tanah. Pemimpin yang efektif adalah pemimpin-pemimpin yang berpengetahuan yang dapat membimbing dengan menentukan arah tuju dan visi organisasinya. Ini

bererti setiap pemimpin pentadbiran tanah perlu diberi pendedahan; latihan dan kemahiran yang secukupnya supaya mempunyai pengetahuan yang mendalam serta meluas dalam pentadbiran tanah dan seterusnya dapat mencorakkan perkhidmatan pentadbiran tanah yang unggul dan dihormati umum. Akhirnya, sikap yang positif di kalangan pentabir tanah amatlah penting dalam merealisasikan hasrat murni ini.

Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia. Disember 2003 27Sumber : www.instun.gov.my