adatperkahwinan melanau

10
MELANAU Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas ter lihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Perkahwinan Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Merisik Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya. Meminang

Upload: apner-siau

Post on 17-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kongsi sahaja,dapat dari rakan.semoga membantu

TRANSCRIPT

Page 1: adatperkahwinan melanau

MELANAU

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. 

PerkahwinanPerkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

Merisik

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

Meminang

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan

Page 2: adatperkahwinan melanau

kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan. 

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk rnajlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.

Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. Persandingan pertama diadakan di rumah pengantin lelaki dan ini diikuti dengan persandingan kedua di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap dengan pakaian tradisional bersanding di atas pelamin untuk disaksikan oleh para jemputan. Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin perempuan bersama-sama rombongan keluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki. Ketibaan mereka disambut oleh keluarga pengantin lelaki. Wakil keluarga pengantin lelaki akan menghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantin perernpuan. Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi pengantin pe-rempuan belum menerima hadiah tersebut, dia dilarang memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu.

Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.

Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-menyuap antara kedua-dua pengantin itu dilakukan. Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang', iaitu tari-menari. Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni lelaki berpasangan sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan. Mereka menari hingga larut malam. Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-bebaskan mereka daripada pantang yang dikenakan. Upacara membuang pantang ini juga bertujuan untuk membuang ke laut segala bala atau bencana yang mung-kin mengancam pasangan suami isteri itu. Upacara ini sebenarnya lebih merupakan upacara

Page 3: adatperkahwinan melanau

bersukaria dan mandi-manda beramai-ramai di tepi pantai.

Bangsa Sembilan Pikul

Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan.

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'.

Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut:

Satu amas emasTujuh biji manik kehet

Page 4: adatperkahwinan melanau

Lima manik tilakSepasang gelang perakEmpat bilah lembingDua belas belanSehelai kain lugiTiga ketul damarBagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga)Bulang anyamanSebilah lembing untuk mengikis damarSatu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang. Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa mereka.

Bangsa Tujuh Pikul

Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai.

Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai. Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi sebuhuong pranakan bercura' (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe' makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan diikat dalam kain hitam.

Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing. Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila, sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang gelang perak dan bibe' kuali.

Bangsa Tujuh Beritih

Page 5: adatperkahwinan melanau

Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut.

Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).

Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei, kila' (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan golongan seperti ini tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.

Peraturan Dalam Perkahwinan

Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:

Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.

Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.

Kelahiran

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu

Page 6: adatperkahwinan melanau

masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti berikut

Sewaktu Mengandung

Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam seperti petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Selepas Lahir

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendaki mengeringkan badannya di puyan dan tidak boleh makan sembarangan. Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari. makanan dan barang-barang di dalam rumah tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika tidak anak akan jatuh sakit atau meninggal.

Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidak dibenarkan memegang anak itu selepas balik dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut dan hutan masih melekat di badannya sehingga boleh menjejaskan kesihatan anak tersebut.

Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses ini sudah menjadi identiti khas di kalangan masyarakat Melanau. 

Page 7: adatperkahwinan melanau

Kematian

Upacara kematian merupakan satu upacara yang penting mengikut kepercayaan masyarakat Melanau. Kematian perlu diuruskan dengan sebaik mungkin dengan mengikuti adat-adat tertentu. Masyarakat Melanau juga percaya jika seseorang itu meninggal dunia, si mati perlu dibantu dalam perjalanannya menuju ke akhirat atau dipanggil likow matai. Bantuan ini adalah dari segi mengadakan majlis berkabung, kenduri dan sebagainya.

Semasa kematian

Apabila berlaku kematian, mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu. Ini akan dilakukan oleh A-beri patai atau ahli keluarga terdekat. Seterusnya mayat dipakai dengan pakaian yang cantik beserta dengan hiasan seperti manik dan barang-barang kemas. Bagi mayat wanita, kain Sebunong iaitu kain yang diterima sebagai hadiah perkahwinan akan diletakkan bersama-sama.Jari kaki mayat akan diikat kepada badan dengan kain manakala kepalanya ditudung dengan kain yang diikat di bawah dagu. Mayat akan diletakkan di atas pakat iaitu tempat meletak mayat yang diperbuat daripada papan dan dahan rumbia. Tempat ini pula akan dilapis dengan tikar bemban dan dilapis bahagian atas dengan kain selimut. Mayat juga akan dialas dengan beberapa helai sarung dan baju kepunyaannya. Kain Lugi' seterusnya diletakkan di atas mayat tersebut. Selehai kelambu akan dipasang sebagai melindungi mayat.

Pengebumian

Mayat akan disimpan di dalam rumah selama tiga hari sebelum dikebumikan. Terdapat juga ahli keluarga yang menyimpan mayat selama seminggu. Upacara pengebumian akan disertai oleh semua ahli keluarga dan tukang tangis iaitu terdiri daripada kaum perempuan dikehendaki menangisi kematian tersebut dengan cara meratap dengan suara yang nyaring. Sebuah tilam, lazimnya yang digunakan si mati semasa hidupnya akan dimasukkan ke dalam keranda. Dua helai kain Lugi' yang diletakkan di atas mayat tadi akan di ambil untuk digunakan dalam upacara platow dan sehelai lagi di lapiskan di keranda si mati. Bendera mengikut taraf atau bangsa si mati akan dikibarkan semasa keranda dibawa untuk pengebumian. Selepas sampai ke tanah perkuburan, keranda dibuka dan ikatan pada badan mayat dibuka. Serterusnya, keranda ditutup semula lalu ditanam. Pakaian si mati akan diletakkan di atas kubur dan selama tiga hari berturut-turut. Lilin akan dinyalakan sebagai menerangi perjalanan roh si mati ke akhirat.

Selepas kematian

Masyarakat Melanau mengikuti beberapa pantang larang selepas ahli keluarga mereka meninggal dunia. Tiga hari selepas pengebumian, keluarga si mati akan

Page 8: adatperkahwinan melanau

mematuhi pakai bukeang, iaitu tempoh tujuh hari, mereka dilarang keluar rumah dan melawat orang lain. Peligin adalah saudara mara yang datang menziarahi. Mereka perlu tidur di rumah tersebut selama tiga hari berturut-turut. Peligin akan berjaga sehingga pagi sambil berbual-bual dan bermain tataw atau teka-teki di rumah keluarga si mati, bertujuan untuk menghibur keluarga tersebut. Mengikut kepercayaannya, masyarakat Melanau dahulu kala akan mengadakan upacara pestow iaitu nyanyian yang berkaitan dengan kematian dan kelahiran. Tempoh nyanyian berbeza mengikut jantina si mati, iaitu tujuh hari untuk lelaki dan lima hari untuk wanita.

Upacara piyup dan platow akan diadakan sebagai memberi hantaran kepada roh si mati. Upacara piyup merupakan upacara menyabung ayam yang bertujuan meningkatkan martabat si mati semasa di akhirat. Upacara ini dilakukan selepas tujuh hari si mati dikebumikan. Rombongan akan menuju ke kubur dengan membawa kuih muih untuk diberi kepada si mati. Selepas balik setiap ahli rombongan perlu mandi dan jamuan makan akan diadakan. Selepas itu upacara menyabung ayam akan dijalankan dan ketika itu kuih muih akan diberi kepada ahli rombongan tadi. Sebagai menandakan tamatnya uapcara tersebut, kain Lugi' akan diberi kepada ahli rombongan.

Selain upacara-upacara di atas, masyarakat Melanau juga perlu menjalani tempoh berkabung atau maulid sebagai menghormati si mati. Ia memakan masa selama dua belas hingga lima belas bulan. Sepanjang tempoh maulid, ahli keluarga perlu memakai baju serba hitam dan terindak iaitu topi untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

sumber: Perpustakaan Negara Malaysia