abstrak-hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar

Upload: hawati-hasan

Post on 04-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 ABSTRAK-Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

    1/1

    Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

    Halimatusadiah Subari Nooraini Othman, Phd

    Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

    Abstrak

    Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik

    dalam kalangan pelajar tingkatan 4 sekolah menengah di Daerah Batu Pahat, Johor. Pemilihan

    sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 445 orang pelajar tingkatan 4 dari sepuluh

    buah sekolah menengah telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif

    dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya

    data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisisstatistik inferensi dengan bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 17.00 untuk

    windows). Soal selidik yang dibentuk mengandungi item yang mengukur tahap pencapaian akademik

    berdasarkan keputusan PMR 2010 dan tahap kecerdasan emosi (soal selidik yang telah diubahsuaidaripada Inventori Kepintaran Emosi atau Malaysian Emotional Quoetient Inventory oleh Noriah et

    al. pada tahun 2000. Teknik statistik pemeratusan, kekerapan, min skor, sisihan piawai digunakan bagi

    mengukur tahap pencapaian akademik dan tahap kecerdasan emosi. Manakala korelasi Pearson danujian-t digunakan bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan

    bahawa tahap pencapaian akademik responden adalah di tahap cemerlang dan tahap kecerdasan

    emosi juga pada tahap yang tinggi. Dapatan analisis inferensi pula mendapati terdapat hubungan

    yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Selain itu, kecerdasan

    emosi didapati berbeza mengikut jantina. Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian

    dibincangkan pada akhir bahagian penulisan.

    Kata kunci: kecerdasan emosi, pencapaian akademik