documenta

3
KARANGAN SPM 2015...Sebab-sebab remaja lari dari rumah? Remaja lari rumah sudah menjadi satu perkara lumrah dalam kehidupan zaman moden ini. Jelaskan sebab-sebabnya. Remaja lari rumah diibaratkan sebagai remaja yang meninggalkan rumah tanpa mendapat keizinan ibu bapa mereka. Kajian telah membuktikan bahawa golongan remaja perempuan dari kawasan bandar lebih banyak lari dari rumah berbanding jantina yang lainnya itu. Media massa telah menggunakan bahan berita sebegini untuk melariskan jualan akhbar mereka atau menarik jumlah penonton ke saluran mereka itu. Sebenarnya, wujud pelbagai faktor yang menyebabkan kemelut ini terus menular dalam kalangan remaja kita tersebut. Sebab utama ialah ibu bapa pada zaman ini sering mengabaikan amalan mendidik anak mereka itu. Kegagalan ini banyak dikaitkan dengan sikap ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kejayaan kerjaya atau mencari rezeki buat keluarga mereka itu. Remaja akan berasa diri mereka disisihkan oleh ibu bapa kerana tidak ada langsung interaksi dengan orang tua mereka itu untuk tempoh yang panjang pula. Jadi, kegagalan ibu bapa melakukan tugas mendidik itu yang membawa fenomena sosial ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Selain itu, gejala sosial ini berlaku kerana remaja itu mengalami tekanan yang hebat dalam kehidupan harian mereka. Tekanan ini melibatkan prestasi pelajaran di sekolah yang berdasarkan peperiksaan itu dan juga harapan ibu bapa yang keterlaluan supaya anak mereka berjaya dalam pelajaran tersebut. Remaja yang gagal mengawal tekanan sebegini akan berasa cemas dan tidak tenang dalam kehidupan mereka lalu melihat lari rumah ini sebagai jalan keluar yang paling mudah.

Upload: mohd-shukri-hassan

Post on 28-Sep-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

remaja

TRANSCRIPT

KARANGAN SPM 2015...Sebab-sebab remaja lari dari rumah?Remaja lari rumah sudah menjadi satu perkara lumrah dalam kehidupan zaman moden ini.

Jelaskan sebab-sebabnya.

Remaja lari rumah diibaratkan sebagai remaja yang meninggalkan rumah tanpa mendapat keizinan ibu bapa mereka. Kajian telah membuktikan bahawa golongan remaja perempuan dari kawasan bandar lebih banyak lari dari rumah berbanding jantina yang lainnya itu. Media massa telah menggunakan bahan berita sebegini untuk melariskan jualan akhbar mereka atau menarik jumlah penonton ke saluran mereka itu. Sebenarnya, wujud pelbagai faktor yang menyebabkan kemelut ini terus menular dalam kalangan remaja kita tersebut.

Sebab utama ialah ibu bapa pada zaman ini sering mengabaikan amalan mendidik anak mereka itu. Kegagalan ini banyak dikaitkan dengan sikap ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar kejayaan kerjaya atau mencari rezeki buat keluarga mereka itu. Remaja akan berasa diri mereka disisihkan oleh ibu bapa kerana tidak ada langsung interaksi dengan orang tua mereka itu untuk tempoh yang panjang pula. Jadi, kegagalan ibu bapa melakukan tugas mendidik itu yang membawa fenomena sosial ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Selain itu, gejala sosial ini berlaku kerana remaja itu mengalami tekanan yang hebat dalam kehidupan harian mereka. Tekanan ini melibatkan prestasi pelajaran di sekolah yang berdasarkan peperiksaan itu dan juga harapan ibu bapa yang keterlaluan supaya anak mereka berjaya dalam pelajaran tersebut. Remaja yang gagal mengawal tekanan sebegini akan berasa cemas dan tidak tenang dalam kehidupan mereka lalu melihat lari rumah ini sebagai jalan keluar yang paling mudah. Jelaslah, remaja yang tidak boleh mengawal tekanan hidup menjadi golongan yang mudah terlibat dalam amalan buruk ini.

Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya turut dilihat menjadi penyebab utama remaja meninggalkan rumah tanpa kebenaran itu. Rakan sebaya yang masih mentah itu pasti memberikan nasihat yang tidak rasional apabila remaja meluahkan perasaan mereka yang tertekan tersebut. Tanpa disedari remaja akan mematuhi nasihat yang diberikan oleh kawannya tanpa memikirkan impak buruk yang berlaku pada masa hadapan itu. Lantaran itu, rakan yang tidak matang pemikirannya akan membawa banyak remaja terjebak dalam perbuatan sumbang ini.

Pengaruh media massa turut mempunyai kaitan dalam penularan perbuatan lari dari rumah ini. Penyiaran program hiburan Barat oleh pihak media massa terutama elektronik ini telah meracuni pemikiran remaja kita tentang erti kehidupan sebenar itu. Lama-kelamaan, minda remaja akan cuba meniru semua tindakan yang dilihat menerusi program tersebut termasuklah tindakan lari dari rumah kerana beranggapan tindakan itu bijak. Sesungguhnya, penyiaran program sebegini membawa minda remaja kita keliru lalu bertindak di luar batas-batas budaya tempatan itu pula.

Malahan, budaya lari rumah ini turut disebabkan oleh sikap remaja itu sendiri terutama dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ada remaja yang sengaja mencari masalah kerana mahu diberi perhatian oleh ahli keluarga yang tidak berinteraksi itu. Jika amalan sebegini dibiarkan sudah pasti remaja itu akan mengulangi kesilapan demi kesilapan kerana sedar bahawa keluarga mereka akan terus membantu atau memberikan perhatian apabila sebarang masalah terjadi. Oleh itu, remaja kita yang bersalah dalam isu ini kerana ada remaja yang mempunyai sikap suka menimbulkan masalah dalam kehidupan ini atau berpura-pura itu.

Pendek kata, semua hujah yang dihuraikan tadi membawa budaya lari rumah ini sebagai satu perkara yang lazim berlaku dalam kalangan remaja kita. Semua pihak haruslah berfikiran terbuka dalam menangani isu ini agar masalah sosial ini berjaya dikekang dengan efektif. Jika semua pihak masih berdegil terutamanya ibu bapa yang tidak mahu menerima pandangan hidup anak, sudah pasti gejala lari rumah ini akan berterusan untuk satu jangka masa yang panjang pula. Peribahasa menconteng arang ke muka sendiri harus direnung oleh remaja yang ingin melakukan perkara buruk ini kerana tindakan mereka itu pasti menimbulkan rasa malu terhadap keluarga mereka untuk satu jangka masa yang panjang.