a1t3.docx
TRANSCRIPT
A1T3
T1A3 – Pelaporan Praktikum
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).
Manakala Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku
membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan
membolehkan seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran.Refleksi kerap diamalkan
secara intensif di dalam proses pengajaran.
Apabila merancang untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pengajaran Dunia Sains
Dan Teknologi Tahun 5 KSSR, beberapa elemen penting untuk diserap dan diterapkan di
dalam perancangan,pelaksanaan dan penilaian di dalam pengajaran dan pembelajaran yang
akan diaplikasikan oleh saya sebagai guru untuk video pengajaran dan pembelajaran.
Peranan Guru
Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru dan murid memainkan
peranan yang sama penting . Saya beranggapan guru bukan sekadar sebagai penyampai
maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi harus ada kerjasama
dengan murid-murid untuk menentukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan berkesan.Oleh yang demikian saya telah dapat mencari satu kaedah yang
sesuai digunakan untuk merangsang keaktifan murid-murid . Kaedah yang dipilih haruslah
sesuai untuk semua tahap dan kebolehan. Saya juga sudah membuat analisa terhadap
keperluan pemahaman pengajaran dan pembelajaran kelas saya. Murid saya iaitu murid
Tahun 4 Gemilang terdiri daripada murid dari kumpulan yang cerdas,sederhana dan lemah.
Maka dengan itu, untuk mengajar tajuk ‘Luas Permukaan’ Dunia Sains Dan Tenologi KSSR
Tahun 4 saya telah memilih Kaedah pengajaran ‘Hands- on’.
1
A1T3
KEKUATAN ATAU KELEBIHAN
Keberkesanan Terhadap Murid
Aktiviti “hands-on” merupakan satu pembelajaran autentik yang bermaksud pembelajaran
yang berlaku secara langsung dengan pengalaman murid-murid. Mereka akan melakukan
sendiri aktiviti yang dilaksanakan dan berkait langsung dengan pengalaman mereka.
Pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” dapat memberikan murid-murid pengalaman
sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.
Terdapat beberapa kelebihan aktiviti “hands-on” antaranya ialah dapat meningkatkan minat
murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang
lemah biasanya kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan
memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa
berminat untuk belajar.
Aktiviti “hands-on” juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang
dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama.
Maka saya optimis aktiviti “hands-on” juga memudahkan murid untuk memahami apa yang
dipelajari dengan lebih mudah. Murid kurang berminat juga akan berasa seronok dan terhibur
ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti
“hands-on”, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi
kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui
aktiviti yang dijalankan.
Saya turut percaya pencapaian para murid dalam pembelajaran sains juga dapat
ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti “hands-on” tersebut. Tambahan pula,
aktiviti “hands-on” yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu
murid. Selain daaripada itu menambah kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran
memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data-data tertentu.
Di samping itu juga saya telah mampu menerapkan beberapa variasi teknik yang dapat
mengukuhkan lagi penyampaian pengajaran dan pembelajaran saya. Saya banyak
2
A1T3
menimbulkan soalan-soalan rangsangan dan pengukuhan dengan menggunakan teknik
penyoalan yang bertumpu dan bercapah. Selain daripada itu saya turut menggunakan kaedah
perbincangan kumpulan untuk penyelesaian masalah.Selari dengan Kaedah ‘Hands On’yang
menjadi fokus utama dalam penyampaian saya.
Kekuatan utama yang jelas banyak membantu penyampaian pengajaran dan pembelajaran
saya lebih menarik dan berkesan pastinya terletak pada bahan-bahan pengajaran yang saya
sediakan untuk mengajar tajuk Luas Permukaan. Saya menyediakan Kertas Petak 1cm x 1cm
dan kertas segiempat pelbagai saiz untuk membantu murid-murid lebih memahami konsep
memenuhi ruang sesuatu permukaan.Sesungguhnya bahan-bahan berkenaan banyak
membantu menerapkan pemahaman konsep kepada murid-murid saya.Daya eksplorasi
digunakan sepenuhnya oleh murid-murid untk memahami konsep yang harus dikuasai untuk
memahami konsep ruang.
KELEMAHAN
Namun demikian apabila diteliti secara lebih halus lagi beberapa tambahan aktiviti lagi perlu
saya serapkan juga.Berkemungkinan besar sekiranya saya menambahkan lagi elemen aktiviti
pembentangan hasil kumpulan akan lebih memantapkan lagi daya pemahaman murid-murid
saya. Sehubungan dengan itu juga saya dapat juga mengesan beberapa kelemahan yang
ketara hasil imbasan semula video pegajaran yang saya telah laksanakan.
CADANGAN STRATEGI ATAU KAEDAH PENGAJARAN MENGATASI
KELEMAHAN
Saya perlu menambah pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah
dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan
seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu
hikmah dalam kehidupan mereka.
Saya haruslah membina rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat
dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Oleh
yang demikian saya perlu meneliti terlebih dahulu persediaan bahan bantu belajar murid-
murid yang lebih rapi sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan
3
A1T3
pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang
telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik luas permukaan dengan topik yang telah dipelajari
dalam mata pelajaran Matematik.
Di samping itu saya perlu menimbulkan suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Hal
ini adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang
selesa membantu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam pada itu, perlu
juga dipastikan para pelajar dapat menguasai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat
dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik luas
permukaan.
2. ISU ATAU FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pengalaman pengajaran saya dalam kelas Tahun 5 Gemilang di sekolah tersebut,
saya mendapati murid-murid kurang memberi tumpuan dan agak pasif dalam melibatkan diri
semasa perbincangan kumpulan dalam tugasan yang diberikan. Hal ini telah mempengaruhi
kualiti pengajaran dan pembelajaran saya di mana objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
Di samping itu isu utamanya juga ialah murid-murid kurang pemahaman dalam aspek
konsep luas sesuatu permukaan.Biarpun ada kaitan langsung dalam mata pelajaran
Matematik, namun apabila diadaptasi dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi
sebilangan murid-murid masih kurang menguasai konsep luas permukaan.Oleh yang
demikian saya menetapkan tema utama pengajaran saya ialah Konsep Luas Permukaan.
Menurut K. T. Compton melalui Azrina (2009), Sains adalah sikap ingin tahu, pemerhatian
dan penaklukan mengenai dunia ini.. Maka, saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran dan
pembelajaran saya sebelum ini. Oleh yang demikian fokus utama ialah saya ingin mengkaji
keberkesanan penggunaan aktiviti “hands-on” untuk menggantikan aktiviti perbincangan
berkumpulan dan penggunaan lembaran kerja atau tugasan latihan dalam pembelajaran Dunia
Sains Dan Teknologi supaya boleh menarik minat murid di samping meningkatkan
penglibatan mereka dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Hal ini seterusnya akan
meningkatkan pencapaian mereka dalam Dunia Sains Dan Teknologi.
4
A1T3
Bertitik-tolak daripada keprihatinan dengan hal ini saya telah memilih isu ters menyedari
bahawa peranan guru amat penting dalam merancang dan memilih sesuatu kaedah atau
strategi pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan minat dan menggalakkan penglibatan
aktif murid dalam pembelajaran Sains. Hal ini kemudian akan dapat meningkatkan
pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang diajar yang sekaligus mempertingkatkan
prestasi atau pencapaian murid dalam mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 5.
Saya telah merungkai beberapa masalah daripada analisis yang diperhatikan di dalam kelas 5
Gemilang iaitu murid-murid yang tidak berminat untuk mempelajari Sains kerana mereka
tidak memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas. Hal ini menunjukkan bahawa guru
merupakan faktor utama yang menjejaskan minat murid terhadap pembelajaran Sains.Selain
itu, saya juga telah membuat tinjauan awal tentang penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dan
latihan pembelajaran Sains melalui kaedah pemerhatian.
3. KUMPULAN SASARAN
Saya mensasarkan semua murid Tahun 4 Gemilang yang terdiri daripada 15 orang
lelaki dan 20 orang perempuan. Tajuk yang diberi fokus adalah Tema ‘Luas Permukaan
Objek’. Maka, berdasarkan hasil pembelajaran yang dirancang dalam sukatan pelajaran, saya
merancang aktiviti “hands-on” dalam langkah penstrukturan semula idea, iaitu murid akan
menjalankan aktiviti “hands-on” tersebut dalam kumpulan. Aktivit dijalankan dalam bentuk
stesen bagi menjimatkan bahan. Saya menyediakan pelbagai objek dan bahan mengikut
keperluan setiap sub-tajuk pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Sains.
Berikut adalah perincian jumlah murid-murid yang telah saya analisis berdasarkan masalah-
masalah yang timbul yang menyebabkan mereka perlu diberi perhatian untuk mengikuti
kaedah pengajaran khusus untuk membantu meningkatkan minat dan pemahaman mereka
berkaitan dengan isi pelajaran menerusi Kaedah “Hands-on”.
Latarbelakang Masalah Jumlah Murid
A. Tidak faham apa yang guru ajar dalam kelas 5
B. Membosankan 3
C. Tidak suka membuat kerja/tugasan/latihan Sains 3
5
A1T3
D. Tidak suka guru Sains 3
E. Keputusan Sains terlalu lemah 4
F. Tidak suka cara guru mengajar 3
G. Keadaan kelas yang tidak selesa 3
H. Lain-lain 0
Jumlah Keseluruhan 25
Jadual 1
Latarbelakang pendidikan murid yang dikaji
Berdasarkan kajian, terdapat beberapa ciri latar belakang murid-murid yang bermasalah
dalam senarai murid di dalam jadual 1 berkenaan.
1. Murid-murid yang sering berpindah-pindah sekolah kerana mengikut ibu bapa yang
sering bertukar-tukar tempat bertugas.Oleh kerana itu murid-murid jenis ini tidak
mempunyai konsentrasi sepenuhnya dengan suasana pembelajaran di sekolah
yang baru.Tumpuan mereka terhadap pelajaran turut terganggu kerana tidak dapat
menyesuaikan diri dengan situasi pengajaran dan pembelajaran yang baru. Malahan
terdapat juga murid yang tertangguh lama dalam persekolahan. Jadi memberikan
kesan dengan pembelajaran kendiri dan pencapaian akademik.
2. Latar belakang yang pelbagai rekod pencapaian di kalangan murid-murid pula adalah
perolehan daripada pencapaian murid-murid berkenaan dalam ujian-ujian yang telah
dilalui seperti berikut iaitu:
Pencapaian Jumlah Murid
A 3
B 8
C 14
D 8
E 0
Jadual 2
6
A1T3
4. PERLAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam kajian ini, tajuk yang diberi fokus adalah Luas Permukaan Sesuatu Objek daripada
Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 4. Makan dengan itu, berdasarkan hasil pembelajaran
yang dirancang dalam sukatan pelajaran, saya telah merancang aktiviti “hands-on” dalam
langkah penstrukturan semula idea, di mana para peserta akan menjalankan aktiviti “hands-
on” tersebut dalam kumpulan. Saya telah menyediakan pelbagai objek dan bahan mengikut
keperluan setiap sub-tajuk pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Sains.
PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS-ON
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Pengenalan tajuk dan aktiviti
Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah teknik penyoalan secara bercapah iaitu guru
menunjukkan kertas yang mengandungi tajuk Luas Permukaan Objek.Seterusnya
murid-murid akan memberikan respon jawapan yang bertujuan untuk kesediaan
murid-murid terhadap tajuk yang dipelajari.
2. Langkah kedua yang saya laksanakan ialah memberikan penerangan tajuk dan aktiviti
yang akan diaplikasikan oleh murid-murid secara ringkas dan mudah difahami dan
menepati fokus utama isi pembelajaran. Tujuannya bagi meningkatkan kefahaman
murid untuk aktiviti yang dilakukan, saya memilih aktiviti yang berkaitan antara satu
konsep pengisian ruang dengan konsep luas permukaan yang lain. Murid-murid
diterangkan aktiviti menggunakan Kertas Petak 1cm x 1cm dan kertas segiempat
pelbagai saiz.
3. Murid-murid berada dalam 8 kumpulan iaitu seramai 4 hingga 5 orang satu
kumpulan.Guru mengagihkan satu set Kertas Petak 1cm x 1cm dan kertas segiempat
pelbagai saiz. Penglibatan melibatkan semua murid-murid dalam setiap kumpulan
menyusun kertas petak 1 cm X 1 cm memenuhi ruang kertas segiempat yang lain
pelabagai saiz.Melalui aktiviti ini murid-murid dapat mengeksplorasi konsep
memenuhi ruang sesuatu permukaan.Selain daripada itu murid-murid akan
mengetahui bahawa ruang sesuatu luas permukaan adalah berlainan saiznya.
7
A1T3
4. Langkah ini adalah pengukuhan.Dalam aktiviti ini murid-murid diberikan Lembaran
Kerja. Aktiviti yang dilakukan ialah murid-murid mengira luas permukaan segiempat
sama dan segiempat tepat. Dalam pada itu juga murid-murid membuat kesimpulan
yang menyatakan maksud luas.
LAPORAN PERLAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Akiviti-aktiviti perlaksanaan
Langkah-langkah pelaksanaan:
1. Pengenalan tajuk dan aktiviti
Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah teknik penyoalan secara bercapah iaitu guru
menunjukkan kertas yang mengandungi tajuk Luas Permukaan Objek.Seterusnya
murid-murid akan memberikan respon jawapan yang bertujuan untuk kesediaan
murid-murid terhadap tajuk yang dipelajari.
2. Penerangan tajuk dan aktiviti yang akan diaplikasikan oleh murid-murid secara
ringkas dan mudah difahami dan menepati fokus utama isi pembelajaran. Tujuannya
bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, saya memilih
aktiviti yang berkaitan antara satu konsep pengisian ruang dengan konsep luas
permukaan yang lain. Murid-murid diterangkan aktiviti menggunakan Kertas Petak
1cm x 1cm dan kertas segiempat pelbagai saiz.
3. Aplikasi teknik dan kaedah Hands-on
Aktiviti kumpulan.Penglibatan melibatkan semua murid-murid dalam setiap
kumpulan menyusun kertas petak 1 cm X 1 cm memenuhi ruang kertas segiempat
yang lain pelabagai saiz. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat meneroka konsep
memenuhi ruang sesuatu permukaan.Selain daripada itu murid-murid akan
mengetahui cara megetahui luas sesuatu permukaan.
4. Akiviti pengukuhan.
8
A1T3
Aktiviti latihan yang dilakukan ialah murid-murid mengira luas permukaan segiempat sama dan segiempat tepat. Dalam pada itu juga murid-murid membuat kesimpulan yang menyatakan maksud luas.
Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.
Secara keseluruhannya inovasi yang telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran
ada kebaikan dan kekurangannya.
Antara kekuatan bagi penggunaan aktiviti “hands-on” dalam pembelajaran Sains
adalah dari segi peningkatan minat murid terhadap Sains. Menurut Julie Gantcher melalui
Anis (2012), pembelajaran secara “hands-on” merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan
dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti
yang dijalankan secara amali. Oleh yang demikian, dapatan daripada sesi pengajaran dan
pembelajaran saya telah menunjukkan bahawa minat murid telah ditingkatkan apabila
mereka diberi peluang untuk menjalani aktiviti “hands-on” semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Sains.
Selain itu, penglibatan murid yang aktif dalam pembelajaran Sains juga dapat diperhatikan
apabila aktiviti “hands-on” digunakan dalam pembelajaran Sains. Murid-murid lebih
bermotivasi untuk mempelajari Sains apabila minat mereka ditingkatkan dengan penggunaan
aktiviti “hands-on”. Sifat ingin tahu yang wujud dalam diri murid hasil daripada peningkatan
minat terhadap pembelajaran Sains merupakan motivasi intrinsik yang menggalakkan mereka
untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti “hands-on”. Penglibatan aktif secara
sukarela dalam sesuatu proses pembelajaran akan meningkatkan pencapaian atau prestasi
seseorang murid dalam mata pelajaran tersebut.
Pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” ini dilihat penting kerana pembelajaran
jenis ini membolehkan murid mengingati pelajaran yang diajar lebih lama berbanding
pembelajaran objektivisme di mana guru hanya memberi semua maklumat dan tiada
penglibatan secara langsung oleh murid-murid. Melalui kaedah aktiviti “hands-on” ini, guru
juga dapat mengetahui sejauh mana kefahaman murid tentang sesuatu isi pelajaran (Shukri,
1999). Maka, prestasi atau pencapaian murid dalam Sains boleh ditingkatkan apabila
kefahaman mereka tentang sesuatu isi pelajaran meningkat melalui aktiviti “hands-on” yang
dijalankan dalam pembelajaran Sains.
9
A1T3
Namun demikian terdapat juga kelemahan yang didapati semasa penggunaan aktiviti “hands-
on” dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sains. Hal ini berlaku berpunca daripada murid-
murid diberi peluang untuk bertindak sendiri dalam pembelajaran, manakala guru hanya
bertindak sebagai fasilitator yang tidak akan memberi sebarang jawapan kepada murid.
Murid-murid memerlukan tempoh yang lebih lama untuk mencari jawapan sendiri melalui
penerokaan dalam aktiviti “hands-on”. Ekoran daripada itu, saya haruslah membuat
perancangan yang lebih sistematik dan terancang supaya murid-murid dapat melakukan
aktiviti dalam masa yang diperuntukkan, namun tidak menyekat peluang mereka dalam
menjalani penerokaan melalui aktiviti “hands-on”. Kelemahan tersebut haruslah diperbaiki
secepat mungkin supaya tidak mempengaruhi kualiti dan keberkesanan penggunaan aktiviti
“hands-on”.
Kaedah Penilaian Keberkesanan Inovasi Kaedah Hands-on
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan untuk rakaman video
mengenai inovasi Kaedah Hands-on untuk kelas 4 Gemilang di SK Paya Mebi,saya telah
menggunakan kaedah penilaian semula keberkesanannya dalam dua cara.Kaedah-kaedahnya
ialah:
1. Soal jawab dalam sesi rumusan pada akhir pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid bagi setiap kumpulan wajib memberikan respon atau tindak balas untuk
menjawab dan merumuskan setiap soalan yang dikemukakan oleh guru. Dengan
kaedah ini saya akan dapat mengesan penerimaan dan keberkesanan Kaedah Hands-
on.
2. Latihan Pengukuhan menggunakan Lembaran Kerja.Pengunaan Lembaran Kerja
telah dapat membantu saya mengesan pemahaman murid-murid dan menggambarkan
pertambahan jumlah murid-murid yang telah dapat memahami dan menguasai
maksud atau definisi luas permukaan objek dan cara-cara mengira luas permukaan
objek menggunakan kaedah pengisian ruang.
Lampiran Sebelum Perlaksanaan
10
A1T3
Lampiran Selepas Perlaksanaan
11
A1T3
12