9 pemerintahan & politik islam

18
BAB 9 POLITIK DAN PEMERINTAHAN ISLAM DI SEDIAKAN OLEH; SAG2010

Upload: nur-az

Post on 23-Jan-2015

6.881 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 9  pemerintahan & politik islam

BAB 9POLITIK DAN

PEMERINTAHAN ISLAM

DI SEDIAKAN OLEH;

SAG2010

Page 2: 9  pemerintahan & politik islam

PERSPEKTIF ISLAM TERHADAP POLITIK DANPEMERINTAHAN NEGARA

Politik merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia

Antara sarjana Islam al-Mawardi,Ibnu Khaldun, Ibnu Taimiyah dan Abu Yusuf dll

Imam Ghazali pernah mengatakan bahawa politik bertujuan untuk membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka, yakni manusia, ke arah jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.

Page 3: 9  pemerintahan & politik islam

Hubungan antara Agama dan Politik Islam melihat politik sebagai sebahagian daripada agama dan

ianya mempunyai hubungan secara langsung dan rapat dengan aspek keagamaan.

Ajaran Islam menyentuh setiap aspek kehidupan umat manusia, spiritual, moral, sosial, politik, ekonomi dan juga undang-undang

Islam tidak membeza2 manusia dan syari'ah telah dianggap sebagai undang-undang pemberian Allah SWT yang mengawal setiap tingkahlaku manusia

Tujuan sistem politik (pemerintahan) ialah bagi melaksanakan undang2 syari'ah dan memenuhi kepentingan duniawi berdasarkan perintah Allah SWT

Negara dalam Islam seringkali disebut sebagai alat agama Imam Ghazali menggambarkan agama dan negara adalah dua

unsur berkembar. Agama sebagai pokok pangkal, pemimpin adalah pengawalnya

Page 4: 9  pemerintahan & politik islam

Definisi Politik Menurut Islam Istilah ‘politik’ berasal daripada Barat yang membawa maksud

ilmu pemerintahan negara. Dalam Islam, istilah ‘politik’ dikenali sebagai ‘siyasah’ berasal

daripada perkataan Arab iaitu 'sasa'-'yasusu'-'siyasatan‘ Secara literalnya jika ia digunakan pada binatang membawa erti

sebagai 'menjaga' atau 'menternak'. Jika ia digunakan pada manusia ia memberi erti menjaga dan mentadbir urusan mereka.

Penggunaan pertama perkatan siasah yang bermakna 'ilmu pemerintahan' atau 'hal-ehwal pemerintahan' spt yang terdapat dalam hadith.

Kepentingan ilmu siyasah dalam kehidupan sesebuah negara. Kurdi Ali menjelaskan bahawa keperluan bangsa-bangsa akan

politik, sama dengan keperluan manusia kepada air dan udara.

Page 5: 9  pemerintahan & politik islam

Tujuan Politik Menurut Islam Politik bertujuan supaya manusia dapat hidup aman sentosa di

dalam sesebuah negara dan dikawal oleh undang-undang dan pemimpin yang telah dilantik.

Fuqaha Islam mengariskan 10 perkara penting kepada sistem politik dan pemerintahan Islam:

(1) Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh ulama salaf daripada kalangan umat Islam.

(ii) Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang-orang yang berselisih.

(iii) Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

(iv) Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syara‘ demi melindungi hak-hak manusia.

(v) Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar.

Page 6: 9  pemerintahan & politik islam

(vi) Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam.

(vii) Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagaimana yang ditetapkan oleh syara'.

(viii) Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir.

(ix) Mengangkat pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara.

(x) Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal-ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi agama.

Page 7: 9  pemerintahan & politik islam

Sumber-Sumber Pemerintahan Islam1. Al-Quran Al-Quran merupakan sumber utama dan terpenting bagi

pemerintahan Al-Quran yang terdiri daripada 6666 ayat,

membicarakan tentang segala aspek kehidupan manusia.

al-Quran tidak membicarakan tentang hal politik Islam secara terperinci.

Perkara pokok atau prinsip umum sahaja yang dibicarakan meliputi kekuasaan mutlak Allah (SWT), pemerintahan sebagai amanah kepada manusia, pengendalian pemerintahan melalui syura, tugas pemerintah, tanggungjawab rakyat dan sebagainya

Page 8: 9  pemerintahan & politik islam

2. Al-Sunnah Al-Sunnah pula ialah segala yang datang daripada Rasulullah

(SAW), sama ada perkataan, perbuatan atau perakuan baginda. Ia merupakan sumber pemerintahan atau politik Islam yang kedua

selepas al-Quran. Al- Sunnah merupakan pentafsirnya kepada al-Quran dan

merealisasikan apa-apa yang digariskan oleh al-Quran Al-Sunnah merakamkan proses kelahiran negara Islam , bermula

dengan dakwah secara sulit setelah Rasulullah (SAW) menerima wahyu meliputi aqidah dan akhlak iaitu jiwa, menguatkan peribadi dan mementingkan jama'ah mengatasi diri sendiri.

Kepimpinan Rasulullah (SAW) telah terserlah semenjak masih kecil. Akhirnya berjaya mendirikan negara Islam di Madinah.

Semuanya ini boleh dijadikan sumber pembentukan pemerintahan atau politik Islam.

Page 9: 9  pemerintahan & politik islam

3. Al-Ijma‘ Jika al-Quran menggariskan prinsip umum tentang

politik Islam dan al-Sunnah sebagai pelaksana prinsipnya, ijma' pula merupakan hasil ijtihad golongan ulama yang ikhtisas dan arif tentang hukum Islam berkaitan dengan sesuatu hal yang tidak terdapat sama ada di dalam al-Quran atau al-Sunnah

ijma' merupakan kesimpulan daripada permuafakatan pemikiran mujtahidin Islam dan pintu ijtihad sentiasa terbuka kerana permasalahan umat Islam itu berbeza2 antara satu zaman dengan zaman yang lain dan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Page 10: 9  pemerintahan & politik islam

ASAS-ASAS PEMERINTAHAN ISLAM

1. Aqidah Ia adalah tunjang pemerintahan atau

politik Islam yang paling utama. Aqidah Islamiyah menjelaskan bahawa

hak pemerintahan sebenarnya merupakan hak mutlak Allah (SWT) Hal ni bertitik tolak daripada hakikat bahawa alam dan segala jenis isi kandungannya merupakan ciptaan Allah (SWT) dan Dialah pemiliknya

Page 11: 9  pemerintahan & politik islam

2. Syari'ah Syariah merupakan asas kedua bagi pemerintahan atau

politik Islam. Allah paling arif tentang segala keperluan yang dapat

menyempurnakan kejadian ciptaan-Nya iaitu alam amnya dan manusia khasnya.

Salah satu penyempurnaan alam dan manusia ialah peraturan atau undang-undang yang menetapkan perjalanan alam yang dikenali sebagai sunnatullah dan kehidupan manusia yang dikenali sebagai syariah Islamiyah.

Syariah Islamiyah merupakan undang-undang yang terbaik untuk manusia kerana ia digubal oleh pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah (SWT).

Page 12: 9  pemerintahan & politik islam

3. Akhlak Akhlak juga merupakan asas pemerintahan atau politik Islam. Tanpa nilai akhlak yang benar, gambaran tentang nilai-nilai

kebaikan dan kebenaran akan menjadi kabur. Akhlak yang menjadi asas pemerintahan mestilah meliputi hal-hal

peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa. Akhlak mulia merupakan asas kerana manusia yang merupakan

pemegang amanah Allah Dua perkara yang menyebabkan mereka mudah tergelincir atau

menyeleweng daripada pemerintahan yang benar. Pertama ialah nafsu yang tamakkan kekuasaan yang

menyebabkan seseorang itu mudah lupa daratan dan mudah melakukan kezaliman.

Kedua ialah dalam diri manusia ada nafsu kepentingan diri. Dengannya seseorang itu amat mudah melakukan pilih kasih yang berakhir denga kezaliman.

Page 13: 9  pemerintahan & politik islam

PRINSIP-PRINSIP PEMERINTAHAN ISLAM1. Permesyuaratan (al-Musyawarah/al-Shura) Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan

pemilihan ketua negara dan orang-orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah.

Asas musyawarah yang kedua ialah penentuan jalan dan cara perlaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menentukan perkara-perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

Permesyuaratan boleh meluaskan semangat persaudaraan, menghapuskan syak wasangka dan mengurangkan ketidakyakinan yang wujud di kalangan pihak-pihak tertentu.

Islam menjadikan permesyuaratan sebagai peraturan untuk meneliti dan memeriksa pendapat orang lain serta menyatukan pendapat-pendapat tersebut agar memperolehi petunjuk dalam membuat keputusan.

Page 14: 9  pemerintahan & politik islam

2. Keadilan (al-'Adalah) Prinsip keadilan meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang

berlaku di dalam kehidupan manusia Adil dan menjauhi perbuatan zalim

3. Kebebasan (al-Hurriyyah) Kebebasan yang berteraskan kepada makruf dan kebajikan.

4. Persamaan (al-Musawah) Persamaan dalam mendapat hak-hak, memikul tanggungjawab di bawah

taklukan kekuasaan undang-undang.

5. Hak Menghisab Pemerintah Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat

penjelasan terhadap tindak-tanduknya. Ia bererti kewajipan setiap anggota dalam masyarakat untuk

menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Ia menghisab tindak-tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.

Page 15: 9  pemerintahan & politik islam

ISLAM DAN DEMOKRASI Demokrasi berasal dari dua gabungan perkataan Greek

'demos' yang bermaksud rakyat dan 'kratia' yang membawa maksud pemerintah.

‘Demokratia‘ bermaksud pemerintahan rakyat. Demokasi boleh dikatakan sebagai kerajaan untuk

rakyat oleh rakyat seperti yang telah(oleh Abraham Lincoln)

Menurut Raymond Gettel, demokrasi haruslah memenuhi syarat-syarat berikut iaitu:

(i) Bentuk pemerintahan harus di dukung oleh persetujuan umum.

(ii) Peraturan-peraturan serta dasar-dasar awam dicipta oleh wakilwakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya.

Page 16: 9  pemerintahan & politik islam

(iii) Ketua negara atau ketua kerajaan dipilih secara langsung atau tidak langsung melalui proses pemilihan umum.

(iv) Hak memilih secara langsung diberikan kepada rakyat jelata atas dasar sama rata.

(v) Jabatan-jabatan serta tugas-tugas pemerintahan dipegang oleh pegawai yang dilantik berdasarkan kelayakan (merit) daripada semua golongan rakyat

Pemerintahan tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kepada yang diperintah (rakyat) tanpa persetujuan mereka.

Rakyat berhak menjatuhkan pemerintah sekiranya mereka telah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak majoriti.

Page 17: 9  pemerintahan & politik islam

Pandangan Islam Tentang Demokrasi Islam tidak menolak sepenuhnya sistem ciptaan manusia yang dibawa

oleh pemikir-pemikir Barat ini. Segala sistem hidup manusia termasuk politik mestilah berpandukan

kepada landasan yang telah ditetapkan Kehendak majoriti tidak dapat diterima oleh Islam sekiranya ia

bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah Dalam demokrasi Islam, perkara-perkara dasar yang telah diputuskan

dengan jelas oleh al-Quran dan hadis tidak sekali-kali boleh dipinda atau dibawa kepada majoriti untuk mendapatkan persetujuan atau sebaliknya

Perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam al-Quran dan hadis, maka menjadi kewajipan kepada cerdik pandai Islam untuk berijtihad dalam sesuatu perkara itu.

Demokrasi Barat yang tidak terkawal telah membawa manusia ke era keruntuhan moral yang amat menyedihkan.

Manusia tidak lagi hidup berpandukan oleh wahyu Allah tetapi mengikut hawa nafsu sematamata.

Page 18: 9  pemerintahan & politik islam

Sekian