8. implikasi perkembangan kanak

4
IMPLIKASI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain. Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam norma- norma kehidupan seharian. Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya. Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan

Upload: zi-yan

Post on 23-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKMengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain. Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam norma-norma kehidupan seharian.Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya.Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya.Dalam pada itu, menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masing-masing. Sama ada tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan datang.Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah menarik minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola sepak, bola jaring, tarian dan sebagainya.Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang umum kepada khusus dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah berperingkat-peringkat mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan murid, penghafalan murid dan berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek agama, sains, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan sebagainya.Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka. Peranan guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai contoh cara-cara menggosok gigi. Hendaklah menggunakan berus gigi yang masih elok untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus kandungannya. Dan menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi atau gigi, dan berdikari.Justeru itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak.Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya.Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Peranan ibubapa dirumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibubapa adalah orang yang paling hampir dan memahami keperluan mereka.Guru sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan.Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka.