8. esei- reka bentuk model assure

8
2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 3. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 30 minit untuk kelas Tahun 3 yang mempunyai pelajar seramai 25 orang murid. 2.1 Analisis Pelajar ( Analyze Learners ) Analisis pelajar adalah penting dilakukan sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek. Antaranya ialah jantina pelajar, umur, latar belakang dan kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar iaitu apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat difahami oleh pelajar. Selain itu, elemen yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan kinestetik. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid

Upload: suriati

Post on 08-Dec-2015

252 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Page 1: 8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE

2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan

setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan

penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi

matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 3. Rancangan pengajaran ini adalah

untuk rancangan pengajaran harian selama 30 minit untuk kelas Tahun 3

yang mempunyai pelajar seramai 25 orang murid.

2.1 Analisis Pelajar ( Analyze Learners )

Analisis pelajar adalah penting dilakukan sebelum sesuatu pengajaran

berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran

dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar

kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek. Antaranya ialah jantina

pelajar, umur, latar belakang dan kebolehan pelajar sebelum bermulanya

pengajaran. Kebolehan intelek pelajar iaitu apa yang pernah dipelajari oleh

pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan

pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat difahami oleh

pelajar.

Selain itu, elemen yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya

pembelajaran. terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan

kinestetik. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung

kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun

pergerakan murid . Melalui perkara tersebut , guru akan menentukan kaedah

pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik

perhatian dan minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan

berkesan. Saya mendapati murid-murid saya lebih cenderung kepada

penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti

pengayaan.

Page 2: 8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE

2.2 Nyatakan objektif pembelajaran ( state objective )

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan membantu

guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu

mestilah realistik dan sejajar dengan tahap dan aras kebolehan serta minat

murid. Pernyataan objektif hendaklah berfokus, jelas dan spesifik. Contohnya,

pada akhir pembelajaran, murid dapat menjawab 4/5 daripada soalan bertajuk

pakaian pilihanku dalam PPMI dengan tepat.

Objektif pengajaran hendaklah dirangka secara teratur daripada

mudah kepada susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan

pelajaran. Guru hendaklah merujuk kepada panduan objektif yang ada

ukurannya tersendiri. Antara ukuran yang diambil kira dan perlu dilaksanakan

termasuklah penglibatan pelajar ( Audience ), peringkat boleh diukur

( Behavior ), keadaan/ kategori ( conditions ) dan tingkat prestasi pelajar

( degree ) akaan memudahkan pencapaian objektif tercapai.

2.3 Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and materials )

Terdapat tiga langkah penting dalam pemilihan bahan yang perlu

dijalankan. Pertama, pilih kaedah yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid,

pengetahuan sedia ada murid, gaya pembelajaran serta objektif

pembelajaran. Kedua ialah format media. Pemilihan format media

instruksional bergantung kepada objektif dan cara yang difikir paling berkesan

dapat menyampaikan isi kandungan pengajaran. Format media instruksional

ini adalah merujuk kepada alat yang digandingkan untuk menampilkan imej

atau meseg. Contohnya, set komputer multimedia yang boleh menampilkan

imej, grafik, teks, audio , video, televisyen, papan tulis dan alat audio seperti

radio. Ketiga, memilih bahan sedia ada atau mengubah suai bahan yang

sedia ada atau mereka bentuk bahan yang baru. Ketiga-tiga tindakan ini

haruslah merujuk kepada kesesuaian objektif dan kesesuaian perancangan

pembelajaran yang dirancang serta memenuhi semua kehendak kurikulum

dan tidak membebankan mana-mana pihak.

Page 3: 8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE

2.4 Guna media dan bahan ( Utilise media and materials )

Pada peringkat ini, merupakan aras yang memerlukan penyediaan

bahan yang sempurna dan harus berakhir dengan penggunaan sempurna

dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Penggunaan sesuatu media dan bahan haruslah memberi manfaat kepada

guru dan murid. Heinich ( 2005 ) mencadangkan lima langkah penggunaan

media instruksional yang berkesan iaitu :-

1- Pratonton bahan : Guru perlu melihat dan menilai terlebih dahulu

media atau bahan yang hendak digunakan sebelum dipertontonkan

kepada murid bagi memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai

dengan isi kandungan pembelajaran, bersesuaian dengan budaya,

kepercayaan serta mempunyai nilai-nilai yang positif.

2- Sediakan bahan : Sebelum memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang berkaitan berada

dalam keadaan yang sedia untuk digunakan serta tersusun

penggunaannya.

3- Sediakan persekitaran pembelajaran : Penyediaan bahan yang

dipilih perlu disesuaikan dengan persekitaran ruang pembelajaran

yang dirancang, boleh dilihat antara guru dan murid, dan murid

boleh melihat antara satu sama lain.

4- Sediakan murid : Pastikan ada murid atau penonton yang

menonton kerana berminat atau sediakan set induksi yang boleh

menarik perhatian lapisan murid agar PDP dapat dijalankan tanpa

gangguan atau mengikut apa yang telah dirancang.

5- Sediakan pengalaman pembelajaran : Sekiranya guru perlu

bertindak professional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran

dan isi kandungan bagi membantu murid menimba pengalaman

pembelajaran.

Page 4: 8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE

2.5 Penglibatan murid ( Require learner participation )

Penglibatan murid merupakan suatu suasana pembelajaran yang

memerlukan penglibatan murid atau pelajaran secara aktif bagi menghasilkan

perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan

sumber yang sesuai contohnya penggunaan gambar, gambar bersiri, video

dan animasi akan dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan

idea dan penglibatan aktif murid. Selain daripada itu, teknik membuat latihan,

latih tubi, kuiz dan simulasi adalah beberapa teknik menarik yang boleh

menarik minat semua murid untuk turut bergiat aktif sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan.

2.5.1 Soal jawab

Soal jawab merupakan kaedah yang paling utama yang saya gunakan

dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan

pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid

secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan

yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan .

i- Untuk mengesan pengetahuan pelajar

ii- Untuk menggalakkan pelajar berfikir

2.6 Melakukan penilaian dan pengubahsuaian ( Evaluate and revise )

Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah menilai dan menyemak

semula. Proses ini berlaku berterusan semenjak awal perancangan, semasa

pelaksanaan dan akhir proses instruksional. Penilaian perlu dibuat secara

berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk

memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap

prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif

pengajaran telah tercapai.

Page 5: 8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE

Berdasarkan rancangan pengajaran di atas, langkah-langkah pelaksanaan

model ASSURE dapat dilaksanakan pada semua peringkat seperti :-

1- Set induksi ( pemilihan bahan, pengetahuan sedia ada murid )

Media yang digunakan ialah gambar yang dipaparkan pada slaid. Guru

berinteraksi dengan murid menggunakan kaedah soal jawab. Guru

berupaya membimbing murid melontarkan idea melalui pengalaman

sedia ada murid.

2- Langkah 1 ( objektif, pemilihan bahan dan penglibatan murid )

Dalam langkah 1, guru menayangkan gambar yang menutup aurat dan

tidak menutup aurat. Guru mengaitkan dengan objektif pembelajaran

yang hendak dicapai pada hari itu. Dalam langkah ini, murid tidak akan

teragak-agak mengemukakan pendapat berdasarkan pengalaman

mereka berkaitan dengan tayangan gambar yang ditunjukkan. Oleh itu,

penglibatan murid dapat dilihat dan dinilai pada peringkat ini.

3- Langkah 2 ( objektif, pemilihan bahan, penilaian )

Berdasarkan hasil dapatan aktiviti secara berkumpulan yang dilakukan

oleh murid, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana keberkesanan

media dan bahan yang digunakan. Guru menggunakan permainan

bagi aktiviti susulan bertujuan mendapat kefahaman murid terhadap

objektif yang hendak dicapai pada hari tersebut.

4- Langkah 3 ( objektif, penggunaan bahan, penglibatan murid, penilaian )

Pada peringkat ini, murid menajwab soalan yang diberikan oleh guru.

Set soalan yang terdapat pada PPMI digunakan bagi mengukur tahap

kefahaman murid. Selain itu, guru menggunakan lembaran kerja

sebagai aktiviti susulan murid. Keseluruhan objektif tercapai atau tidak

boleh dilihat dan dinilai pada peringkat ini.

5- Langkah 4 ( objektif, penggunaan bahan, penglibatan murid, penilaian )

Guru memberikan lembaran kerja sebagai langkah pengayaan dan

pemulihan. Melalui bahan yang diberikan guru dapat menilai tahap

Page 6: 8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE

pencapaian murid. Selain itu, guru membimbing murid yang lemah

dalam mencapai objektif yang dikehendaki.

6- Penutup ( penglibatan murid )

Guru membuat rumusan tentang pembelajaran pada hari tersebut.

Murid mendengar ulasan guru.