7p kecerdasan

13
 b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinasikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yag dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan penyesuaian dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinasikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logic dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar cerdas ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak. Ibubapa memerlukan pendedahan untuk mengenali bakat dalam diri anak mereka yang pintar cerdas. Selain itu, mempertimbangkan kemungkinan yang akan berlaku pada kanak-kanak pintar cerdas ini. Kerana secara lazimnya, ibubapa lebih membimbangkan keperluan sosial dan emosi berbanding keperluan fizikal mereka. Mereka membimbangkanpendidikan dan pergaulan anak-anak mereka di sekolah. Ibubapa kanak-kanak pintar cerdas perlulah sensitive terhadap cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibubapa mungkin terasa orang lain menganggap mereka terlalu mendesak sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk anak-anak mereka yang pintar cerdas.  Adik beradik kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza perkembangannya, lebih mempunyai perasaan positif terhadap mereka. Kajian menyatakan bahawa adik beradik lain kanak-kanak pintar cerdas akan mempunyai diri yang rendah, kelemahan pengurusan emosi dan kebimbangan yang terlampau. Ibubapa mungkin sering menggunakan gelaran pintar cerdas terhadap anak mereka yang pintar untuk mendapatkan layanan istimewa daripada pihak sekolah. Ibubapa juga mungkin berlakunya pertelingkahan untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka yang pintar cerdas. Maka ibubapa memerlukan pendedahan tentang pemilihan sekolah yang terkenal dan sesuai untuk anak-anak pintar cerdas ini. Segelintir ibubapa mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan ibubapa yang tidak mempunyai kanak-kanak pintar cerdas. Ibubapa yang tidak memiliki anak pintar cerdas menganggap anak-anak pintar cerdas dapat menempuhi semua

Upload: asveene-loganathan

Post on 02-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

doc

TRANSCRIPT

Page 1: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 1/13

 

b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas 

Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas

pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinasikan pintar cerdas

sebagai kebolehan luar biasa yag dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan

penyesuaian dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar

psikologi mendefinasikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya

melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logic dan

mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar cerdas ini berkebolehan

mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.

Ibubapa memerlukan pendedahan untuk mengenali bakat dalam diri anak

mereka yang pintar cerdas. Selain itu, mempertimbangkan kemungkinan yang akan

berlaku pada kanak-kanak pintar cerdas ini. Kerana secara lazimnya, ibubapa lebih

membimbangkan keperluan sosial dan emosi berbanding keperluan fizikal mereka.

Mereka membimbangkanpendidikan dan pergaulan anak-anak mereka di sekolah.

Ibubapa kanak-kanak pintar cerdas perlulah sensitive terhadap cabaran yang

mungkin akan dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibubapa mungkin terasa orang lain

menganggap mereka terlalu mendesak sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan

terbaik untuk anak-anak mereka yang pintar cerdas.

 Adik beradik kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza perkembangannya,

lebih mempunyai perasaan positif terhadap mereka. Kajian menyatakan bahawa

adik beradik lain kanak-kanak pintar cerdas akan mempunyai diri yang rendah,

kelemahan pengurusan emosi dan kebimbangan yang terlampau. Ibubapa mungkin

sering menggunakan gelaran pintar cerdas terhadap anak mereka yang pintar untuk

mendapatkan layanan istimewa daripada pihak sekolah. Ibubapa juga mungkin

berlakunya pertelingkahan untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anakmereka yang pintar cerdas. Maka ibubapa memerlukan pendedahan tentang

pemilihan sekolah yang terkenal dan sesuai untuk anak-anak pintar cerdas ini.

Segelintir ibubapa mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan ibubapa yang

tidak mempunyai kanak-kanak pintar cerdas. Ibubapa yang tidak memiliki anak

pintar cerdas menganggap anak-anak pintar cerdas dapat menempuhi semua

Page 2: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 2/13

halangan. Kebanyakkan ibubapa kanak-kanak pintar cerdas terlalu melindungi

anak-anak mereka dan menginginkan kesempurnaan yang terlampau.

Ibubapa kanak-kanak pintar cerdas tidak harus membandingkan anak-anak

dengan kanak-kanak lain. Selain daripada memberi dorongan dan semangat

kepada anak-anak. Haruslah kawal dan tegur anak-anak sekiranya anak-anak

mengeluarkan kata-kata seperti “saya sungguh bodoh” dan membantunya dengan

menggunakan penyataan seperti “ini adalah kecuaian diri saya”. Bantu anank-anak

belajar mengambil keputusan daripada kejayaan yang telah diperolehi pada hari ini.

Mereka boleh menggalakkan anak-anak untuk menyatakan perasaan dan

emosinya. Cuba mengajaknya untuk berkongsi harapan, impian, ketakutan dan

keselamatan. Boleh bercakap tentang keadaan gender dan batasan antara lelaki

dan perempuan. Ibubapa boleh menggalakkannya untuk mengikut minatnya dan

merancang masa untuk belajar tentang perkara yang ingin diketahui, menyokong

dalam membuat keputusan. Sekurang-kurangnya, ibubapa haruslah biarkan kanak-

kanak pintar cerdas ini mencari kawan baru yang boleh menghargainya dan

menerima seadanya.

Kaufmann dan Castellanos (2000) dalam kajian mereka mendapati bahawa

ibubapa pelajar pintar cerdas serig mengadu bahawa anak mereka kerap

bersendirian berbanding rakan senaya mereka, bersikap kurang sabar dan sifathiperaktif. Oleh itu, sokongan daripada ibubapa amat diperlukan oleh kanak-kanak

pintar cerdas. Ibubapa memerlukan kefahaman tentang hakikat memiliki anak yang

berbeza daripada biasa agar mereka dapat memberi sokongan psiko-sosial yang

sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan anak mereka. Kebanyakkan

ibubapa dan sebilangan besar masyarakat menganggap bahawa pelajar pintar

cerdas seharusnya cemerlang dalam semua aktiviti terutamnya yang berkaitan

dengan bidang akademik. Anggapan sebegini akan menyebabkan tekanan kepada

golongan sebegini sehinggakan ada sebilangan daripada mereka yang gagal dipertengahan jalan.

Pada peringkat awal sesuatu program pendidikan pintar cerdas, ibubapa dan

masyarakat perlu didedahkan dengan realiti konsep yang ingin digunapakai agar

sebarang ekspektasi yang mungkin memberi tekanan yang tidak sewajarnya kepada

Page 3: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 3/13

anak mereka dielakkan. Justeru, langkah-langkah seperti taklimat pendedahan awal

berkaitan program, kaunseling keibubapaan , semasa program berlangsung, sesi

susulan selepas program berakhir dan sebagainya harus dirangka untuk

dilaksanakan.

Ibubapa harus menekankan betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak

pintar cerdas. Harus menghrmati pendapat orang lain dan mesti bertolak-ansur

dalam sesuatu hal. Ibubapa perlu melakukan aktiviti riadah dan reaksi kepada anak-

anak mereka seimbang dengan waktu pelajaran mereka. Jangan desak anak-anak

untuk belajar berterusan. Beri cabaran dan sokongan dengan selari. Jika anak-anak

berjaya melakukan sesuatu dengan betul, beri pujian, manakala jika mereka

melakukan kesilapan tegur secara baik. Jangan terlalu memberi keistimewaan

kepada kanak-kanak pintar cerdas dan bagi dendam jika mereka melakukan

kesilapan.

Sabagai ibubapa kanak-kanak pintar cerdas, beri anak anda kasih sayang

yang tiada syarat, serta membentuk ikatan emosi yang kuat dengan anak anda.

Memberkan peluang yang aman bagi anak anda untuk “gagal” dari masa ke

semasa. Komitmen berperingkat tetapi terus cuba pengalaman baru seperti

makanan baru, teman baru, tempat baru untuk melawat atau kemahiran baru.

Mendorong anak anda untuk menjadi seseorang yang suka meneroka secara terusmenerus bagi membantu mereka mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan

kesalahan sebagai pengalaman semasa belajar sebagai satu kejayan.

Ibubapa juga boleh menjadi model yang baik. Biar anak pintar cerdas anda

melihat anda gagal dan bangkit kembali. Menunjukkan bahawa anda mempunyai

batas anda sendiri dan menumpukan pada kekuatan anda. Penglibatan dalam

pelbagai aktiviti kompetitf dapat membantu anak-anak belajar untuk menghadapi

persaingan dengan cara yang lebih santai. Pengalaman yang ada dapat membantumengurangkan persaingan. Mendorong anak untuk memberi perhatian yang lebih

dalam penyertaan dalam satu-satu acara tersebut. Membolehkan anak-anak untuk

bercakap secara terbuka tentang ketakutan mereka dan kegelisahan tentang

persaingan. Mengelakkan daripada memberi anak mendedahkan perasaan negatif

Page 4: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 4/13

terhadap orang lain. Yang terakhir menggalakkan anak-anak pintar cerdas anda

dengan menggunakan ketawa untuk mengatasi tekanan.

c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakanterhadap kanak- 

kanak pintar cerdas. 

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang

berlainan daripada kanak-kanak biasa, maka para pendidik perlu merangka satu

program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik

 Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikn kanak-kanak pintarcerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum

iaitu pengayaan,percepatan dan pengelompokan.

Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktviti

iaitu pendedahan,latihan berkelopok dan penyelidikan masalah sebenar .

Dalam aktiviti pendedahanmjurid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari

bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagi bahan pengayaan

disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik

dalam bidang tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah

isu-isu semasa dalam bidang ini disediakan. Selain daripada mjalah, risalah dan

buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video

dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.

Latihan berkelompok   ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim

pemikiran kanak-kanak pintar cerdas. Antara aktiviti latihan ini termasuklah

pemikiran kriitis, penyelesaian msalah, kaedah projek dan inkuiri-

penemuan.Penyelidikan masalah sebenar pula berfungsi kenak-kanak pintar cerdas

diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus

untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-

penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan

sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan,

Page 5: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 5/13

menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk

membina skim penghayatan yang mantap.

Program Percepatan bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-

kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk

melaksanakan pogram ini, seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun

satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa keas

untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut

minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti

kurikulum setahun diajar dalam tempoh enam bulan dan lebihan masa itu digunakan

untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

Program Pengelompokan menentukan bahawa kanak-kanak dalam

kategori pintar cerdas ini dikumpulan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang

sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu

penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas.

Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk

menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.

Selain daripada program pendidikan yang dinyatakan di atas, pengajaran

dengan bantuan teknologi komputer juga salah satu caranya. Geoffrey Jones dalam

artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart ” telahmenggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memnuhi keperluan belajar

kanak-kanak pintar cerdas. Antarnya ialah teknologi yang fleksibel akan

memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan

gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan

kepada pelajar.

Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kesembilan-sembilan

kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan sepertipenggalaan, pengayaan, dan pengajaran yang sesuai (Armstrong 1994). Dalam

konteks pendidikan, guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti

dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan

kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan

oleh Howard Gardner. Maka, guru juga dapat merancang aktiviti dalam P&P yang

Page 6: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 6/13

sesuai daripada sembilan kkecerdasan tersebut untuk kanak-kanak pintar cerdas

 juga.

Semasa melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dallam P&P, terdapat tiga

peringkat iaitu Peringkat Padanan, Percubaan dan Peningkatan. PadaPeringkat

Padanan, guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar pintar cerdas tersebut bagi

memudahkan proses pembelajaran. Pada peringkat ini, guru mengenalpasti

kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan pelajar tersebut.

Melalui mengenalpasti ini, guru dapat memilih strategi P&P yang sesuai dan

memadankan dengan kecerdasan pelajar tersebut. Dengan ini, guru boleh

memperkembangkan potensi pelajar dalam kecerdasan yang belum menyerlah.

Peringkat Percubaan bagi melaksanakan atau mengaplikasikan Teori

Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru

perlu memikirkan bagaimana Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diaplikasikan dalam

P&P seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi

menyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan

bagaimana saya boleh menggunakan bahasa llisan, bacaan dan penulisan? Selain

itu, persoalan logikal-matematik ialah bagaimana saya boleh memasukkan nombor,

pengiraan atau menggalakkan pemikiran kritis? Melalui visual-ruang melibatkan

persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahan bantu belajar mengajarvisualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?

Seterusnya elemen muzik, bagaimana saya boleh menggunakan muzik,

bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi? Elemen kinestetik pula

bagaimana saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau

aktiviti “hand-on”? Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan

bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkonsian rakan sebaya,

pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan? Elemen intrapersonal pulabagaimanakan saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan

kendiri? Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa

alam semulajadi ke dalam bilik darjah atau membawa pelajar keluar ke alam

semulajadi.

Page 7: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 7/13

Pada peringkat kedua ini juga guru memikirkan cara memaksimumkan

potensi persekitaran, terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghiaskan

bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan.

Contohnya, pelajar pintar cerdas yang cenderung kepada verbal-linguistik

menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa pelajar keluar dari

bilik darrjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik mint pelajar, supaya guru

dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu ini mempunyai dan

menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada Peringkat Peningkatan, guruu perlu mengaitkan Teori Kecerdasan

Pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan pelajar. Melalui

peningkatan ini, pelajar dapat mengaplikasikan apa yang diajar dalam hal tertentu.

Dalam visual-ruang, pelajar dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan

masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, pelajar boleh memanipulasi

alat, bahan untuk menyelesaikan masalah. Melalui muzik, murid memahami ritma,

harmoni,, mengenalpasti masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan dari segi

interpersonal pula, pelajar mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang

lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkata intrapersanol, pelajar

membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri

mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, peningkatan naturalis,

pelajar menggunakan contoh daripada alam semulajadi untuk mengkaji masalahdan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil

daripada pelajar pintar cerdas. Pelajar ini juga dapat memperoleh pelbagai

perspektif mengenai sesuautu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia

ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh

dipelbagaikan dengan menggunakan Teoti Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan

perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

Bagaimanapun, tugasan yanglebih sesuai antaranya meminta mereka

menulis satu artikel mengenai satu tajuk yang memang menarik minat mereka.

Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya

menyiapkan tugasan mereka dengan baik mungkin, golongan pelajar ini perlu diberi

Page 8: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 8/13

kebebasan dalam menentukan had masa mmenyiapkan tugasan, Ini keranan

motivasi intrinsik adalah pendorong yang kuat terhadap tingkahlaku mereka.

“Kanak-kanak pintar cerdas perlu menikmati autonomi, autoriti dan kebebasan untuk

memebuat keputusan sendiri. Namun kebebasan ini perlu digabungkan dengan

amanah.”[1] 

Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas. 

Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar cerdas

merupakan seorang yang sentiasa Berjaya dalam segala yang mereka lakukan

tanpa ada sebarang masalah. Tetapi hakikatnya, golongan pintar cerdas iini

mempunyai masalah mereka sendiri. Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dariaspek kognitif. Kanak-kanak yang pintar cerdas mudah rasa bosan dengan arahan

yang mudah, serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuautu yang mudah

bagi mereka. Ini kerana golongan pintar cerdas ini suka perkara yang kompleks

yang mencabar kebolehan mereka. Rakan-rakan sebaya mereka juga tiidak

mempunyai nilai kesabaran yang tinggi, serta suka bertindak dengan terburu-buru

dalam melakkan sesuatu perkara.

Dalam akademik pula, mereka memangnya sering mendapat keputusanyang cemerlang. Kanak-kanak yang pintar cerdas cenderung untuk menyoal guru

sewaktu di dalam kelas sehingga keluar dari topik pengajaran, malah menyebabkan

rakan yang lain menjadi keliru di samping menggangu P&P yang sedang dijalankan.

Oleh itu, kanak-kanak pintar cerdas seharusnya menjalankan kurikulum yang

berlainan daripada kanak-kanak normal yang lain bagi mengelakkan proses

pembelajaran kanak-kanak yang lain terganggu.

Potensi yang tinggi yang ditunjukkan mereka dalam akademik sudah

semestinya membuatkan para ibubapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan

bangga, serta menganggap mereka mampu menguasai semua matapelajaran yang

kemudiannya akan memberi tekanan kepada mereka. Kebolehan kanak-kanak yang

pintar cerdas yang mampu menyiapkan tugasan lebih awall daripada rakan yang

lain akan menyebabkan mereka berasa bosan, dan kemudiannya akan

Page 9: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 9/13

mengganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Walaupun mereka sentiasa

cemerlang dalam akademik, tetapi kebanyakkan rakan-rakan di sekeliling selalunya

akan menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan

mereka.

Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakkannya berkebolehan dalam

bidang yang terhad sahaja. Sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak pintar

cerdas yang mempunyai kecerdasan dalam bidang matematik, tidak boleh

menguasai matapelajaran yang lain dengan baik. Ini menunjukkan kebolehan yang

mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja. Dari segi

tingkahlaku pula, golongan ini sangat sensitif dan mudah tersinggung apabila dikritik

atau ditegur. Mereka amat mementingkan kesempurnaan dan sentiasa ingin

berjaya. Tetapi dari pandangan orang lain mereka ini dilihat sebagai seorang yang

degil.

Perkembangan kanak-kanak normal dan kanak-kanak pintar cerdas adalah

sama, tetapi berbeza. Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas boleh diukur dari

segi emosi dan sosial. Dari segi emosi, kanak-kanak pintar cerdas mudah terasa

tertekan. Keadaan sosial dan emosi kanak-kanak yang pintar cerdas sangat berkait

rapat dengan satu sama lain. Golongan kanak-kanak pintar cerdas tidak memilih

kawan berdasarkan kepada umur kronologi, tetapi berdasarkan kepada minat yangsama. Kebanyakkan golongan ini lebih selesa untuk bergaul dengan golongan yang

lebih tua daripada mereka. Adalah penting juga bagi golongan pintar cerdas ini

mendapat seorang rakan yang mementingkan persahabatan, tetapi bukan untuk

populariti semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh golongan biasa

yang lain.

Ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan kualiti daripada

kuantiti kawan mereka. Hubungan persahabatan yang rapat memberi peluang untukmereka meluahkan perasaan, pendapat dan keyakinan mereka. Bagi mereka,

hubungan persahabatan memberi sokongan, keselesaan, kepercayaan, kenikmatan

dan kebaikan, malah bagi mereka sahabat yang sebenar hanya akan mencari

kebaikan antar satu sama lain tanpa menyalahkan perbuatan sahabat mereka

Page 10: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 10/13

sendiri. Persepsi serta pendirian mereka inilah yang sedikit sebanyak menyebabkan

mereka tidak mempunyai ramai kawan.

Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakkan mereka amat mementingkan

kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan. Menurut Patricia Schuler (2002),

seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York, telah merumuskan

kajiannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang mementingkan kesempurnaan

dalam semua perkara yang mereka lakukan. Apabila berada di dalam satu

kumpulan kanak-kanak pintar cerdas sentiasa menekankan kesempurnaan. Mereka

lebih suka untuk menjadi seseorang teliti dari pelajar yang sederhana. Sifat mereka

yang sangat mementingkan kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan

ke arah pencapaian yang cemerlang.

Dalam akademik, kanak-kanak pintar cerdas yang dimasukkan ke dalam

kelas kumpulan kanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan prestasi yang lebih

baik pada penilaian-penilaian yang akan dijalankan daripada belajar bersama-sama

kanak-kanak pintar biasa. Terdapat dalam kalangan guru yang tidak memberi

perhatian kepada kanak-kanak pintar cerdas bagi mengelakkan mereka menjadi

sombong, tetapi memberi kesan yang buruk kepada kanak-kanak pintar verdas

tersebut. Keadaan ini akkan mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak itu. Dalam

konsep kendiri, kanak-kanak pintar cerdas akan mendapat kesan positif atau negatifbergantung kepada konsep mereka terhadap diri mereka sendiri.

Konsep kendiri boleh memberi kesan kepada akademik, sosial dan fizikal

mereka. Dalam akademik, kanak-kanak itu akan suka berpandangan bahawa

keputusan mereka dalam sesuatu matapelajaran tidak akan bagus dan akan

mendapat keputusan yang kurang baik. Dari sosial pila, kanak-kanak pintar cerdas

akan menjadi sedikit sensitif dengan keadaan dan perasaan orang yang berada di

sekeliling mereka. Mereka akan cepat mudah terasa dengan perkara-perkara yangberlaku di sekeliling mereka. Selain itu, mereka juga sensitif dari konsep kendiri

fizikal. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini sangat mementingkan

penampilan mereka. Contohnya, pakaian yang cantik atau keadaan tubuh badan

yang langsing dan sebagainya.

Page 11: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 11/13

  Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang, maka semakin

tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm,

1998). Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang heterogen. Mereka yang

lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi

masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini

hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka. Ketika

berdepan dengan masalah perbezaan, kanak-kanak pintar cerdas ini mungkin

menggunakan pelbagai strategi termasuk menafikan kecerdasan mereka, mengelak

bergaul dengan orang lain, dan meninggalkan keperluan sosialnya.

Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial atau pendidikan iaitu

golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan

besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita

fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada

setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang.

Jika kita mlihat dari perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar, kita akan mendapati

pendidikan adalah usaha-usha untuk memenuhi keperluan perkembangan diri

pelajar. Dan dalam aspek ini, pelajar pintar cerdas ini memerlukan bantuan dan

bimbingan pendidik.

Kanak-kanak pintar cerdas sering disalah anggap oleh orang lain, merekaperlu bersabar walaupun tidak faham. Apabila usianya meningkat, mereka akan

menambah perasaan benci terhadap pergaulan sosial, mereka mungkin akan

mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Kebanyakkan daripada

mereka bersikap dingin, kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran

sekolah. Ini berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus-

kawalan-dalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapi masalah

untuk patuh kepada norma, menafikan pengiktirafan luaran, dan memilih untuk

menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Semua tiingkahlaku tersebut dianggap oranglain sebagai mencabar autoriti dan tradisi.

Kanak-kanak pintar cerdas menjangka tinggi terhadap hasil kerja mereka,

maka mungkin berlaku juga di mana mereka menganggap semua masalah yang

mereka hadapi adalah akibat tindakan orang lain. Contohnya, mereka sukar

Page 12: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 12/13

menerima kritikan orang lain, dan faktor inilah yang menyebabkan mereka boleh

menyerang orang lain atas kegagalan dan masalah mereka sendiri. Sikap terlampau

kritikan juga mungkin menjadikan mereka menafikan nilai yang ada pada diri

mereka.

Bagi mereka yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi dan

menyedari apa yang berlaku terhadap diri mereka, sentiasa berusaha mengatasi

masalah tersebut walaupun perubahan yang mereka alami hanya sedikit. Kesunyian

menjadi perkara biasa dalam hidup mereka, kerana idea-idea mereka tidak dapat

dikongsi atau diterang oleh orang lain. Masalah komunikasi yang serius seperti ini

berlaku terutamanya pada mereka yang sangat berlainan daripada orang

kebanyakkan. Biasanya, idea-idea radikal mereka yang menjadikan orang lain

terpaku apabila mendengarnya, dan sukar diterima orang lain. Kelainan mereka

menyebabkan orang ramai menjauhi mereka. Sebenarnya, kanak-kanak pintar

cerdas ini tidak semestinya boleh cepat menjadi kawan walaupun di kalangan

golongan mereka sendiri, sekalipun mereka mungkin lebih memahami satu sama

lain.

Sosial adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia dan juga suatu

aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat. Masalah sosial yang sangat serius

membawa impak buruk kepada kesejahteraan hidup seseorang individu. Oleh itu,menghadapi tekanan sosial yang sangat serius tidak mungkin dapat menumpukan

perhatiannya kepada usaha-usaha untuk memajukan masyarakat. Jelas sekali

masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas adalah berpunca

daripada dua faktor utama iaitu keistimewaan yang ada pada diri mereka dan faktor

luaran. Selain motivasi, perhatian juga perlu diberi kepada keperluan mereka yang

unik.

Page 13: 7p kecerdasan

7/18/2019 7p kecerdasan

http://slidepdf.com/reader/full/7p-kecerdasan 13/13

Bibliografi 

Bee, H. (1999). The growing child: An applied approuch (2 nd 

  edition). New York:

Longman.

Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships

with 

social coping among gifted adolescents in Hong Kong . Hong Kong: Journal 0f Youth

and Adolescence, 32(6),409.

Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan:

Bacaan 

asas. Kuala Lumpur: DBP.

Clark, C., & Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues

and  

 processes for teachers (2 nd 

  eition.). London: Fulton